Utusan Online - Muka Hadapan |
- Rumah 1Malaysia di Sungai Besi
- Ke udara di radio berbahasa Mandarin, Najib buktikan dirinya pemimpin 1Malaysia
- Cemar Felda untuk raih undi
Rumah 1Malaysia di Sungai Besi Posted: Rumah 1Malaysia di Sungai BesiOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan hari ini mengotakan janji untuk menyediakan rumah mampu milik termasuk kepada golongan muda apabila mengumumkan sebahagian daripada tapak Pangkalan Udara Sungai Besi seluas 196.6 hektar akan dibangunkan dengan Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kawasan tersebut akan dibangunkan dengan projek perintis Prima memandangkan Pangkalan Udara Sungai Besi bakal ditutup tidak lama lagi apabila berpindah ke Sendayan, Negeri Sembilan. Menurutnya, bagi tujuan itu kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat perumahan seperti SP Setia, Sime Darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan Prima bukan sahaja di tapak Pangkalan Udara Sungai Besi, tetapi juga di lokasi-lokasi lain. "Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak penuh. Bayangkan kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan mampu dimiliki oleh rakyat," katanya semasa ke udara secara langsung dari konti Radio One FM di Sri Pentas hari ini. Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan kawasan pangkalan udara itu bakal dibangun menjadi Bandar Malaysia iaitu pembangunan strategik untuk pertumbuhan jangka panjang oleh 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Perdana Menteri berkata, besar kemungkinan pembangunan Prima berkonsepkan kondominium mampu milik dengan harga setiap unit adalah RM220,000 ke bawah untuk golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000. Jelas Najib, pemaju yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Prima tidak akan dibenar meraih keuntungan kerana tanah untuk projek berkenaan disediakan oleh kerajaan, namun mereka tetap diwajibkan menyediakan rumah yang berkualiti. Dalam perkembangan berasingan beliau berkata, pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan potongan harga sehingga 64 peratus, memberi manfaat besar kepada rakyat terutama ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu. Tambah beliau, Kedai Rakyat bukan sahaja dapat mengurangkan beban orang ramai yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang akibat fenomena global, tetapi ia juga manifestasi yang membuktikan gagasan 1Malaysia bukan slogan, sebaliknya merupakan suatu perkhidmatan. "Langkah inovatif ini adalah bukti kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. Kita tidak mampu mengawal ekonomi dunia tetapi kita mampu mencari jalan untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan hasilnya, lahirlah Kedai Rakyat selepas Klinik 1Malaysia," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Ke udara di radio berbahasa Mandarin, Najib buktikan dirinya pemimpin 1Malaysia Posted: Ke udara di radio berbahasa Mandarin, Najib buktikan dirinya pemimpin 1Malaysia
KUALA LUMPUR 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau sebenar-benarnya pemimpin 1Malaysia apabila tampil ke udara bersama program Morning Kaki's anjuran Radio One FM, iaitu radio berbahasa Mandarin. Malah, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengasah kebolehannya berkomunikasi dalam bahasa Kantonis, meskipun mengakui tidak fasih dalam bahasa itu. Beliau yang meluangkan masa selama sejam berinteraksi bersama pendengar Cina mulai pukul 7.30 hingga 8.30 pagi, ditemani penyampai radio, Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui. Ini merupakan kali kedua Najib ke udara secara langsung melalui radio sejak menjadi Perdana Menteri, selepas kali pertama berbuat demikian pada 6 Mei lalu ketika ke udara bersama Radio Hot FM. "Hai, selamat pagi semua, nama saya Najib," kata Perdana Menteri dalam bahasa Kantonis memulakan bicara. Turut sama ke udara bersama beliau ialah anaknya, Nor Ashman, yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin kerana pernah mengambil pengajian bahasa tersebut selama empat tahun. Di konti, antara persoalan ditanya kepada Perdana Menteri ialah, apakah beliau mempunyai minat yang sama dengan Ashman dan bagaimana pemimpin No. 1 negara itu menghabiskan masa dengan anak-anak. Selain itu, Najib yang juga pengguna laman sosial ditanya mengenai kekerapan beliau berinteraksi melalui laman tersebut, selain perkembangan Skim Rumah Pertamaku dan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mengakhiri program tersebut, Perdana Menteri sekali lagi bertutur dalam bahasa Kantonis apabila beliau mendoakan kesihatan serta nasib yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia. | ||
Posted: Cemar Felda untuk raih undiKUALA LUMPUR 23 Jun - Cubaan pembangkang memecah-belahkan masyarakat peneroka tidak lebih daripada permainan politik bagi meraih undi sekali gus memecah kubu kuat Barisan Nasional (BN) di tanah-tanah rancangan Felda. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha pembangkang itu akan menemui kegagalan kerana pelbagai dakwaan terhadap pengurusan Felda sebelum ini tidak berasas. "Saya rasa pembangkang telah melakukan penganiayaan dan ketidakadilan kepada Felda apabila dituduh sebegitu kerana budinya (Felda) cukup besar terutama kepada golongan bumiputera. "Felda telah membela nasib seramai 112,653 keluarga peneroka dan anak cucu mereka untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini. Beliau ditanya mengenai pelbagai tohmahan dan usaha dilakukan pembangkang untuk mencemar nama baik, kemajuan serta kejayaan yang dicapai Felda sejak ditubuhkan 55 tahun lalu. Menurut Najib, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendakwa Felda bankrap sedangkan hakikatnya ia tuduhan palsu yang sengaja direka-reka untuk mendapat tempat dalam kalangan peneroka. "Ini soal politik, kalau pembangkang gagal menghasut masyarakat Felda, mereka takut tidak dapat menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kawasan Parlimen. "Jadi, untuk menghakis sokongan terhadap BN, mereka akan lakukan pelbagai cara dengan menyerang Felda yang menjadi tunggak kekuatan BN selama ini," katanya. Beliau berkata, kejayaan Felda pada masa depan bergantung kepada peneroka dan untuk meneruskan kelangsungannya, peneroka perlu mempertahankan organisasi pembangunan tanah paling berjaya di dunia itu. Perdana Menteri turut menggesa supaya wakil rakyat BN di peringkat DUN dan Parlimen di kawasan Felda menjadi pembela kepada isu-isu yang cuba diputarbelitkan oleh pembangkang. Dalam pada itu, beliau optimis dalam tempoh sembilan tahun menjelang 2020, Felda bukan lagi hanya membantu peneroka malah, menjadi entiti penting dalam menjana kekayaan negara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan