Utusan Online - Dalam Negeri |
- Kerajaan pastikan harga makanan kekal rendah
- Ada bukti JI bertapak - TPM
- Belia dinasihat jangan buang masa sertai demonstrasi Bersih
Kerajaan pastikan harga makanan kekal rendah Posted: Kerajaan pastikan harga makanan kekal rendahHULU SELANGOR 23 Jun - Kerajaan akan memastikan harga bekalan makanan termasuk sayur-sayuran di negara ini kekal rendah supaya ia tidak membebankan rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah dihadapi di peringkat pengeluaran bekalan makanan terutama di kalangan petani. "Dalam situasi ketika ini, isu bekalan dan harga makanan menjadi perhatian rakyat dan saya mahu tunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin mengenai masalah dihadapi oleh pengguna serta kelompok petani termasuk penanam sayur," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di ladang sayur-sayuran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Ulu Yam dekat sini hari ini. Turut serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Muhyiddin menambah, kerajaan pada masa sama akan menimbangkan bantuan yang diperlukan kepada kelompok penanam sayur di TKPM Ulu Yam terutama dari sudut infrastruktur, petrol dan bantuan-bantuan berkaitan yang lain. Sementara itu, beliau berharap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mengambil alih tanah ladang di TKPM bagi tujuan pembangunan komersial. Ini kerana kata beliau, TKPM Ulu Yam ketika ini menjadi tapak bekalan sayur-sayuran terbesar negara dengan pengeluaran 40 hingga 50 tan metrik sehari. | ||
Posted: Ada bukti JI bertapak - TPMOleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR TAMPIN 23 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan mempunyai bukti wujudnya ideologi dan gerakan ekstremis Jemaah Islamiah (JI) bertapak di negara ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh media. Kata beliau, kerajaan memandang serius ancaman tersebut kerana kumpulan terbabit dianggap bahaya, bukan sekadar ekstremis agama tetapi dalam beberapa hal dianggap sebagai kumpulan pengganas. "Sebagaimana yang dimaklumkan pihak berkuasa, ada bukti-bukti dan ia telah dinyatakan dalam media. "Kumpulan ini menyalahgunakan Islam dan melatih mereka menjadi pejuang jihad. Ini jihad yang menyimpang dan membahayakan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau ladang ternakan lembu di Pusat Fidlot Nasional, Gemas, dekat sini hari ini. Muhyiddin yang diminta mengulas gerakan jihad yang memesongkan pemikiran pelajar sekolah agama dan maahad untuk membenci kerajaan menambah, pihak berkuasa mengetahui perkara ini dan kini menyiasat secara menyeluruh ancaman pihak terbabit. "Mungkin pihak sekolah, mahupun maahad tidak sedar perkara ini berlaku atau sengaja tidak sedar bahawa tempat pendidikan dan pengajian mereka itu digunakan bagi tujuan tidak baik ini," ujarnya. Justeru katanya, kerajaan mahu jihad yang menyimpang itu dicegah daripada berlarutan sehingga boleh membahayakan negara. "Kalau sudah jelas kes itu ada, tindakan bersesuaian sepatutnya boleh diambil pihak berkuasa keselamatan. Pihak berkuasa boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri terbabit atau pihak berkuasa yang menjaga perihal sekolah dan maahad ini," ujarnya. Ditanya sama ada isu JI ini melibatkan maahad atau sekolah di beberapa negeri, Muhyiddin berkata, setakat yang diketahuinya, cuma tempat itu sahaja yang menjalankan kegiatan tersebut. "Kita haruslah ke tempat itu, tengoklah gerakannya. Tempat lain, tiada dalam pengetahuan saya," katanya. Akhbar ini melaporkan ideologi kumpulan ekstremis seperti JI disebarkan di kalangan pelajar sekolah di negeri ini, sehingga menanam sikap membenci kerajaan, selain perlu berbaiah dan melakukan demonstrasi sebagai persediaan menentang kerajaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Belia dinasihat jangan buang masa sertai demonstrasi Bersih Posted: Belia dinasihat jangan buang masa sertai demonstrasi Bersih
MUAR 23 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta golongan belia supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini kerana ia menyalahi undang-undang. Beliau berkata, sebarang ajakan melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman web perlu ditolak kerana perhimpunan itu tidak membawa sebarang manfaat dan hanya membuang masa. "Baik kita tumpukan usaha membangunkan diri kita sendiri. Jangan kita membazirkan masa membabitkan diri dengan perhimpunan haram. Ini ada yang sebut Bersih yang kotor. "Jangan kita mendengar seruan mereka (Bersih). Jangan terima panggilan telefon dan SMS yang tersebar luas untuk mengajak terbabit dalam kegiatan yang haram dan menyalahi undang-undang," katanya pada Perhimpunan Belia 1Malaysia Parlimen Pagoh di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kim Kee, Bukit Pasir di sini hari ini. Muhyiddin berkata, golongan belia sewajarnya memberi keutamaan untuk memajukan diri dalam bidang kemahiran dan pendidikan bagi membantu keluarga, masyarakat dan negara. Beliau yakin golongan belia tidak akan membazir masa membabitkan dalam kegiatan atau perhimpunan yang tidak memberi manfaat seperti itu. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengajak golongan belia untuk bersama-sama kerajaan Barisan Nasional (BN) menggerakkan pembangunan negara dalam mencapai wawasan menjadi negara maju pada 2020. Beliau berkata, dengan kawasan Parlimen Pagoh bakal dijadikan hab pendidikan, pelbagai peluang serta pekerjaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia di situ dan mereka tidak perlu merantau ke tempat lain mencari rezeki. Katanya, Pagoh bakal berubah wajah dengan kehadiran pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka bermula akhir tahun ini dan pembangunan itu turut membabitkan usaha mewujudkan kawasan rekreasi dan sukan yang boleh disertai para belia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan