Jumaat, 20 Mei 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Nenek warga India edar ketamine dihukum mati

Posted:

Nenek warga India edar ketamine dihukum mati

Nenek warga India edar ketamine dihukum mati

SHAH ALAM 20 Mei - Seorang nenek warganegara India hanya mampu menangis tersedu-sedu apabila dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis ketamine seberat 2,925 gram semasa tiba di negara ini, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Fazila Bee Abdul Kareem, 62, selepas berpuas hati bahawa keterangan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, beliau berkata, keterangan tertuduh didapati penuh dengan percanggahan serta tidak langsung dapat diterima akal.

Jelas beliau, tertuduh mendakwa datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan diminta oleh seorang wanita yang akan bekerja di tempat sama untuk mendaftar masuk sebuah beg semasa berada di India.

Bagaimanapun, kata Hakim Noor Azian, tertuduh bukan sahaja tidak mempunyai permit kerja dan hanya masuk menggunakan visa pelancong, tetapi tidak mengetahui siapa majikannya dan tidak mempunyai alamat tempat dia dikatakan akan bekerja.

''Tertuduh dikatakan lahir pada 1949 tetapi hasil pemerhatian terhadap keterampilannya, saya berpendapat umurnya lebih daripada itu dan tidak mungkin ada orang yang ingin mengambilnya sebagai pembantu rumah.

''Keterangan tertuduh juga penuh dengan percanggahan. Contohnya orang yang bernama Mohd. Zafar, sekejap tertuduh mendakwa dia adalah cucunya, tetapi kemudian memberitahu dia adalah ejen. Cerita tertuduh tidak konsisten dan lebih kepada rekaan serta cerita tokok-tambah yang gagal membangkitkan sebarang keraguan,'' katanya.

Fazila Bee yang berbaju-T lengan panjang putih, berseluar sukan biru gelap serta bertudung hitam dilihat masih mengelap air mata semasa dibawa ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke penjara.

Dia yang mempunyai beberapa orang cucu didakwa mengedar dadah tersebut di Kaunter Pemeriksaan Kastam A, Unit Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang, 13 Februari 2009.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam K.A. Ramu.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam saksi manakala tertuduh pula memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ganti rugi kabinet dapur tak siap

Posted:

Ganti rugi kabinet dapur tak siap

Ganti rugi kabinet dapur tak siap

DAPUR boleh diibaratkan sebagai ruang kedua penting di setiap kediaman kerana di situlah tempat ahli keluarga terutama ibu-ibu dan anak perempuan mereka berkumpul menyediakan juadah sambil merapatkan ikatan kekeluargaan.

Sambil menurunkan pengetahuan dan petua memasak, ibu-ibu juga boleh mendengar cerita atau masalah yang ingin diluahkan anak-anak mereka, begitu juga sebaliknya.

Suasana mesra sedemikian mengeratkan lagi hubungan anak-beranak. Begitulah peranan besar yang dimainkan oleh ruang dapur bagi setiap keluarga.

Bermula daripada inspirasi sedemikian, seorang suri rumah, Azlin Azmi, 30, berhasrat menghias dapurnya dengan mengupah syarikat kontraktor untuk memasang kabinet dapur di kediamannya.

Pada November tahun lalu, dia telah memanggil kontraktor tersebut untuk mengukur ruang kabinet dapur yang ingin dipasang dan pekerja tersebut kemudian memberitahu bahawa Azlin perlu membayar RM8,180.

Tanpa melengah-lengahkan masa, wanita berkenaan bersetuju membayar sebahagian jumlah tersebut iaitu sebanyak RM7,620 antara November 2010 dan 27 Mac 2011.

Biarpun telah banyak wang dikeluarkan sehingga hampir habis bayaran yang dikehendaki, namun hanya sebahagian kabinet dapur dipasang. Itupun bahan yang digunakan tidak berkualiti dan mudah rosak.

Memikirkan impiannya untuk memiliki dapur yang selesa masih belum dapat dijelmakan, wanita itu ligat memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalahnya.

Maklumlah, duit telah dilaburkan tetapi kontraktor terbabit masih tidak menyiapkan baki pemasangan kabinet dapur tersebut.

Akhirnya dia pasrah dengan masalah yang dihadapinya dan menyerahkan nasibnya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara, baru-baru ini dengan harapan kontraktor terbabit memulangkan kembali wang yang telah dijelaskan.

Nasib menyebelahinya apabila Presiden TTPM, Reihana Abd. Razak mengarahkan kontraktor tersebut memulangkan semula wang itu kepada Azlin dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah berkenaan dikeluarkan.

Beliau turut mengarahkan Azlin mengembalikan perkakas-perkakas yang telah dipasang sekiranya kontraktor terbabit selesai memulangkan wang itu semula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved