Utusan Online - Mahkamah |
Benjy dilihat serah peket kepada polis Posted: Benjy dilihat serah peket kepada polisOleh JUANI MUNIR ABU BAKAR KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang anggota polis hari ini mendakwa dia melihat pelakon Benjy menyerahkan kepada seorang pegawai atasannya satu peket plastik lutsinar disyaki syabu yang disembunyikan di dalam unit Kondominium Menara Duta 2. Inspektor Roslan Tambi memberitahu Mahkamah Majistret di sini, selepas pintu utama kediaman Benjy itu dibuka oleh pembantu rumahnya, artis tersebut dengan segera mencapai peket plastik yang terletak di rak buku sebelum diserahkan kepada Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar. Kata Roslan, Benjy yang diberkas bersama pembantunya, Afifi Hamid di tempat meletak kereta kediaman tersebut, sebelum itu telah dibawa ke Kondominium Mutiara Vista, Kepong Baru selepas dijumpai sejambak kunci dalam poket seluar artis lelaki tersebut. Tambah anggota polis itu yang bertugas sebagai Pegawai Risikan/Operasi di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara, dua peket plastik mengandungi dadah turut ditemui di atas sebuah meja di unit Kondominium Mutiara Vista. Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abdul Halim siapa anggota polis yang bertanggungjawab menyimpan ketiga-tiga peket dadah itu, saksi pendakwa kesembilan itu berkata, Mohd. Ashril yang menyimpan kesemua barang kes itu. Ketika sesi soal balas oleh peguam bela yang mewakili Benjy, Amer Hamzah Arshad, lelaki tersebut memaklumkan, dia tidak pasti sekiranya tempat penyembunyian dadah di unit Menara Duta 2 itu boleh dilihat oleh sesiapa. Namun ketika pemeriksaan semula oleh Noor Mawarni, Roslan menyatakan individu yang mengambil peket tersebut boleh melihat tempat penyembunyian barang terbabit. Benjy, 33, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dibicarakan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu. Tertuduh juga didakwa memiliki 0.14 gram dadah jenis yang sama di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama. Perbicaraan di hadapan Majistret Hafizza Sauni bersambung 30 Mei ini. Dia yang hadir ditemani bapanya, Khairil Anwar ZM Rashidi didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. Perbicaraan di hadapan Majistret Hafizza Sauni bersambung 30 Mei ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwa Posted: Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwaKLUANG 19 Mei - Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu. Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan. Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion. Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu. Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka kepada pegawai Jabatan Kesihatan, Amezatul Aida Mohd. Daim bagi tujuan analisis dan keputusan ujian Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu. Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan belum dibuka yang mengandungi DNA babi kepada Amezatul Aida bagi tujuan serupa pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Keputusan analisis di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya turut mendapati wujud DNA babi dalam kopi uncang tersebut. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan tanpa suatu pernyataan tentang adanya DNA babi pada label bungkusan makanan berkenaan. Setiap pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan. Sementara itu, syarikat pengilang, Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa atas pertuduhan menyedia dan membungkuskan kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel itu untuk jualan kepada syarikat Rail Passion. Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing di sini antara pukul 10.40 pagi hingga 2 petang, 25 Mac lalu. Dua rakan kongsi syarikat pengilang tersebut, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan ke atas ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion. Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, S. Selvarajah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd. Radzaz. Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula ketiga-tiga kes berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan