Utusan Online - Feminin |
Posted: Memperkasa ibu tunggalOleh mariatul qatiah zakaria
SEBAGAI sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia, Proton Persona menerusi syarikat pengedarannya, Proton Edar Sdn. Bhd., telah melancarkan kempen 'Persona, Sememangnya Lebih Sempurna' baru-baru ini. Melalui kempen tersebut, tiga penyampai radio telah dilantik menjadi duta Persona yang terdiri daripada DJ Lin daripada Suria FM, Aanantha (THR Raaga) dan Jack Lim (MY FM) . Ketiga-tiga personaliti itu diberi peluang selama lima bulan untuk mendekati rakyat Malaysia dalam usaha memupuk keyakinan diri. Dalam masa yang sama, mereka turut dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program sendiri yang diwujudkan berdasarkan pengalaman hidup masing-masing. Untuk itu, baru-baru ini bertempat di ibu negara, telah berlangsungnya program DJ Lin dan Pertubuhan Ibu Tunggal Islam. Dalam program tersebut, Lin yang juga merupakan seorang ibu tunggal memberi kata-kata semangat dan secara tidak langsung membantu ibu-ibu tunggal mengatasi cabaran yang mereka hadapi. Tidak ketinggalan Lin turut berkongsi pengalaman dan rintangan yang dilaluinya selama lima tahun sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata. Kempen yang berlangsung selama tiga jam itu turut mengetengahkan Roslina Jantan, seorang pakar motivasi dalam segmen motivasi dan demonstrasi make up dan penampilan diri daripada Cleo Studio. Yang pasti, kempen seperti itu dapat meningkatkan semangat kepada ibu-ibu tunggal di Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan dalam hidup dan jangan sesekali menyerah kalah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen 'Persona, Sememangnya Lebih Sempurna' dan cara bagaimana untuk menyertainya, bolehlah layari laman web www.protonpersona.com.my. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan