Jumaat, 25 Oktober 2013

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berlindung di Raudhatus Sakinah

Posted: 25 Oct 2013 12:31 AM PDT

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Ghazali Basri

Didikan agama amat dititikberatkan di Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

REMAJA semuda 12 tahun ini merupakan antara penghuni Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah cawangan Selangor.

Dengan hanya beranggapan bapanya lebih menyayangi abang-abangnya, Ummi (bukan nama sebenar) menjadi seorang anak gadis liar dan kurang ajar.

Pada kedua-dua ibu bapanya pernah dihamburkan kata-kata kesat serta makian.

Namun itu semua cerita dahulu kena Ummi kini telah menyedari kesilapannya dan berusaha mencari jalan hidup yang lebih lurus.

Memahami situasi anak gadis tersebut, Ummi seperti remaja-remaja lain turut 'menuntut' kasih sayang daripada kedua ibu bapanya.

Walaupun anak tunggal perempuan dalam keluarga, Ummi mendakwa dirinya tidak disayangi apatah lagi mendapat perhatian yang sewajarnya daripada kedua orang tuanya.

"Mak dan ayah sentiasa sibuk, mereka berdua tidak penah mempunyai masa untuk saya serta kedua-dua abang saya.

"Apa sahaja kemahuan kami akan diberikan tanpa banyak soal. Tetapi mengapa saya ditempatkan di sini? Kerana saya dapat rasakan yang kedua ibu bapa saya lebih memberi perhatian dan kasih sayang kepada kedua abang-abang saya.

"Ini dapat dilihat apabila mereka (abang) meminta wang ayah akan memberi beratus ringgit tetapi jika saya yang memintanya tidak pernah dapat lebih daripada RM50," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mungkin masih muda serta inginkan perhatian lebih, Ummi mendapatkan kesemuanya melalui rakan-rakan.

Memberitahu dia lebih senang dan selesa apabila berada dalam kelompok rakan-rakannya. Ummi tidak menafikan akibat daripada pergaulan bebasnya itu dia juga sudah mengenali apa itu rokok dan arak.

Menafikan pernah menjalinkan hubungan ranjang dengan mana-mana rakan lelaki yang lain, Ummi memberitahu dirinya hanya menyentuh rokok dan arak serta sesekali mengambil dadah.

Mengakui apa yang dilakukan adalah pengaruh daripada rakan-rakannya, Ummi kini sedar akan kesalahan yang telah dilakukan terutama terhadap kedua ibu bapanya.

Ingin memohon keampunan daripada mereka sebaik sahaja tamat pemulihan di Raudhatus Sakinah, Ummi, menyatakan dia akan menebus kembali masa-masa lalu yang telah disia-siakan.

Keldai dadah

Bagi Jelita (bukan nama sebenar) pula, akibat daripada ketiadaan kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia sejak dia berusia sembilan tahun seterusnya dijaga oleh kakaknya, dia menjadi seorang remaja liar sehingga melahirkan anak luar nikah.

Bukan itu sahaja, Jelita juga merupakan 'keldai dadah' diupah oleh teman lelakinya yang merupakan rakyat Afrika.

Mengakui bersekedudukkan dengan teman lelakinya sejak berusia 18 tahun, Jelita yang kini berusia 21 tahun telah menghuni Raudhatus Sakinah sejak tiga tahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai kejadian yang berlaku, Jelita memberitahu dia merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.

Setelah ketiadaan ibu dan bapanya, dia dijaga oleh kakaknya manakala adik beradiknya yang lain tidak mengambil peduli akan dirinya.

Mengakui adik-beradiknya yang lain tidak penah menjalani suruhan Allah (kecuali abang sulungnya), Jelita berkata, kakak yang menjaganya juga tinggal serumah dengan teman lelakinya.

Akibat daripada ingin bebas serta tidak tahan sering dipukul dan dimarahi teman lelaki kakaknya, Jelita telah melarikan diri dari rumah.

"Keluarga saya berpecah-belah setelah ketiadaan mak dan ayah. Lagipun saya tidak mendapat pendidikan agama secukupnya dan adik-beradik yang lain pula tidak menunjukkan contoh yang baik. Saya juga sering tidak sependapat dengan kakak (yang tinggal bersama) menyebabkan saya mengambil keputusan melarikan diri.

"Saya lebih selesa dengan kehidupan tanpa dikelilingi adik-beradik sehinggalah kejadian ini (hamil anak luar nikah) berlaku," tambahnya lagi.

Dihantar oleh kakaknya ke rumah tersebut, Jelita kini semakin selesa dengan didikan agama serta ilmu yang diperoleh di pusat bimbingan tersebut.

Tidak terfikir untuk keluar dari pusat bimbingan tersebut, Jelita mengakui mahu menjadi penghuni tetap di situ lebih-lebih lagi apabila bekas teman lelakinya sehingga kini masih mencarinya.

Ini kerana sebelum dimasukkan ke pusat tersebut, dia serta bekas teman lelakinya telah ditangkap polis atas tuduhan disyaki memiliki dadah.

Tetapi ketika itu Jelita bernasib baik kerana semasa ditahan dadah yang dicari polis tidak ada bersama mereka.

Bagaimanapun Jelita telah bekerjasama dengan polis dengan menyalurkan maklumat mengenai bekas teman lelakinya yang memang merupakan pengedar dadah.

Akhirnya bekas teman lelaki Jelita telah ditahan dan dipenjara selama tiga tahun atas kesalahan yang dilakukan.

Apa yang diharapkan Jelita ialah penyatuan semula kesemua ahli keluarganya dan yakin dengan dirinya sendiri untuk mengharungi hari-hari mendatang.

Lahir anak di bilik air

Dalam pada itu, seorang lagi penghuni pusat tersebut, Yan (bukan nama sebenar) tersasar daripada landasan hidup bukan disebabkan kurang didikan agama mahupun perhatian daripada keluarga, sebaliknya menganggap hidupnya terlalu dikongkong keluarga.

Justeru tawaran yang diterima untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dijadikan 'tiket' untuk hidup bebas.

Yan seperti seorang remaja yang terkena kejutan budaya. Dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki sehingga melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.

Dilihat begitu naif, ketika ditanya mengenai kandungannya, Yan memberitahu, dia tidak mengetahui dirinya mengandung sehinggalah melahirkan bayi di dalam bilik air di rumahnya.

Dia akhirnya dihantar ke pusat bimbingan tersebut oleh keluarga dalam usaha membawanya pulang ke pangkal jalan.

Yan menyesali apa yang telah berlaku dan berharap setelah selesai menjalani proses pemulihan di pusat tersebut dia dapat menyambung kembali pengajiannya yang tertangguh dan dapat berjasa kepada kedua ibu bapanya.

Setem karya istimewa

Posted: 25 Oct 2013 12:31 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar WAHIDAH ZAINAL ARIPIN

Mearia Hamzah (duduk kiri) bersama Wivina Belmonte (duduk kanan) bergambar bersama tiga pemenang Pertandingan Seni Colours of My World, Lovira Jospely (berdiri dua dari kiri), Stephanie Tam (tiga dari kiri) dan Intan Syafienaz Mohamad Bakhid (duduk tengah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MESEJ utama, jangan lihat mereka sebagai anak atau orang kelainan upaya (OKU), tapi lihatlah mereka sebagai kanak-kanak yang mempunyai impian, perasaan dan masa depan.

Seorang kanak-kanak cacat bukanlah kelainan upaya kerana mereka tidak boleh berjalan, melihat atau mendengar, sebaliknya mereka menjadi lain kerana sikap masyarakat yang meminggirkan mereka.

"Apabila kita melihat pada kelainan upaya kanak-kanak tersebut dan bukan melihatnya seorang individu, ia bukan saja memberi satu tanggapan yang salah malah tidak adil bagi kanak-kanak tersebut.

"Lebih teruk apabila sikap kita sendiri umpama menafikan sumbangan yang boleh diberikan kanak-kanak tersebut kepada masyarakat," kata Wivina Belmonte, wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia sempena majlis penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Seni Colours of My World di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tiga pemenang Lovira Jospely, 14, dari Penampang, Sabah, Stephanie Tam Zhu Shin, 14, dari Shah Alam, Selangor dan Intan Syafienaz Mohamad Bakhid, 17, dari Sitiawan, Perak merupakan pemenang daripada 120 penyertaan yang diterima.

Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 setiap seorang daripada Pos Malaysia Berhad sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti mereka.

Dalam menghuraikan inspirasi mereka ketika menghasilkan karya seni, Stephanie berkata, dia mengilhamkan warna dan alam semula jadi sebagai sebahagian elemen yang menyumbang kepada kemenangannya.

Stephanie juga bijak menggunakan krayon dan warna pastel minyak untuk menjadikan karyanya lebih menarik.

Sementara itu bagi Intan Syafienaz, yang memang minat melukis dan mewarna, dia menghasilkan karya untuk menggambarkan pandangannya tentang masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

"Sebagai kanak-kanak OKU, saya mempunyai impian untuk bercampur, melakukan aktiviti sama dengan rakan-rakan lain. Apatah lagi negara ini berbilang kaum, jadi saya memang suka bila dapat bergaul dengan mereka yang sihat.

"Terdapat ramai lagi kanak-kanak kurang upaya di negara ini dan mereka juga memerlukan bantuan sama ada dari segi kemudahan mahupun sokongan psikologi.

"Setakat ini kemudahan yang diberikan pihak kerajaan boleh katakan mencukupi dan selepas ini saya berharap suara kami lebih didengari," ujar Intan yang ditemani ibunya, Hazariah Salleh.

Sementara itu, bagi Lovira yang OKU pendengaran, inspirasi karyanya adalah dari konsep kasih sayang dan setiakawan.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Saya akan menggunakan wang hasil kemenangan untuk membantu keluarga dan tidak lupa menyumbangkan sebanyak RM1,000 untuk sekolah saya," katanya yang menggunakan perantara gurunya, Ling Fong untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat.

Edisi terhad

Berita yang menggembirakan tiga pemenang bertuah ini ialah, karya mereka dicetak menjadi setem edisi terhad dan dijual bermula 22 Oktober lalu di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

Pelanggan Pos Malaysia yang menggunakan perkhidmatan mel pada hari itu, juga menikmati cop khas pembatalan setem ke atas mereka yang tertulis 'Raikan Kebolehan Kanak-Kanak Kelainan Upaya'.

Pertandingan Colours of My World ini merupakan inisiatif kali kedua anjuran Pos Malaysia dan UNICEF. Tahun 2009, setem bertemakan Masyarakat Penyayang telah dikeluarkan bagi meraikan ulang tahun ke-20 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.

"Kami di Pos Malaysia kagum dengan kebolehan dan usaha yang ditunjukkan oleh kanak-kanak kelainan upaya ini menerusi hasil karya seni mereka.

"Kita seringkali cenderung untuk menilai seseorang menerusi paras rupa dan penampilan mereka dan lupa bahawa setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri," ujar wakil Pos Malaysia, Datin Maeria Hamzah di majlis yang sama.

Orang ramai juga boleh melihat sendiri karya seni anak-anak ini di aras 6, pusat membeli belah Pavilion dari 18 hingga 25 Oktober 2013.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pendatang asing mengganggu penduduk

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

BEBERAPA pendatang asing berkeliaran di halaman salah sebuah flat yang dikatakan dihuni oleh ramai pendatang asing.

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pengotor, membuang sampah merata-rata sudah menjadi sikap negatif warga asing yang menghuni beberapa flat dan pangsapuri di sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Cahaya, Ampang dekat sini.

Namun, yang paling menimbulkan kemarahan warga tempatan di kawasan-kawasan itu ialah warga asing itu kini mula 'naik lemak' apabila mereka berani pula memarahi sesiapa yang menegur perbuatan pengotor dan tak endah ketenteraman orang lain.

Selain membuang sampah di tangga, warga asing itu yang dipercayai pendatang tanpa izin, turut membuang botol arak, puntung-puntung rokok dan membuat bising pada waktu malam.

Utusan Malaysia juga dimaklumkan, pendatang asing yang beragama Islam juga tinggal berkesedudukan dengan mereka yang bukan Islam.

Menurut penduduk, selain masalah tersebut, kebanjiran pendatang asing yang berniaga di kawasan tersebut juga amat membimbangkan.

Ada yang membuka perniagaan kecil-kecilan seperti menjual pisang goreng tetapi ada yang mengusahakan bengkel motosikal, kata penduduk tempatan.

Tidak tahan dengan keadaan bising dan kotor, penduduk mendakwa ada di antara rakan mereka telah mengambil tindakan berpindah ke kawasan lain.

Seorang pemilik kedai barangan logam, Yap Voon Foong, 37, berkata, pendatang asing kerap membuat bising pada waktu malam.

"Mereka suka melepak dengan rakan-rakan mereka dan kadang kala mengganggu orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

"Namun tidak semua daripada mereka yang jahat, cuma segelintir sahaja," katanya.

Sementara itu, Fandy Fan, 46, pula berkata, pihak berkuasa tempatan harus lebih tegas dalam menangani kebanjiran pendatang asing.

"Memang ada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) buat serbuan tapi tidak menyeluruh.

"Kawasan yang perlu diberi tumpuan adalah seperti Pandan Indah, Pandan Jaya, Taman Cahaya dan Taman Dagang," ujarnya.

Muhammad Baharuddin Othman, 45, pula berkata, kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk.

"Ada penduduk yang mendakwa rumah mereka dipecah masuk oleh pendatang asing, oleh itu kita bimbang masalah sama atau lebih teruk akan berlaku," katanya.

MPAJ akan buat operasi bersepadu

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengadakan operasi bersepadu bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Ampang, dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran, Imigresen, polis bagi menangani masalah tersebut.

"MPAJ juga mendapat aduan daripada penduduk dan pelbagai pihak mengenai pendatang asing yang mengganggu ketenteraman penduduk selain berniaga secara haram.

"Oleh itu diharap melalui operasi bersepadu yang akan dijalankan nanti mampu 'membersihkan' kawasan Ampang daripada dicemari oleh pendatang asing tanpa izin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan penduduk mengenai kebanjiran PATI di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Cahaya yang mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

Jelasnya, pihaknya sedaya-upaya mengadakan operasi bersepadu bagi mengekang masalah tersebut daripada terus berlaku.

RapidKL bawa pelajar istimewa pusing KL

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

SEBAHAGIAN pelajar, guru dan pegawai pengiring sekolah pendidikan khas yang dibawa menaiki bas RapidKL melawat beberapa lokasi menarik di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebanyak 300 pelajar istimewa termasuk guru dan pegawai pengiring sekolah pendidikan khas seluruh negara telah dibawa oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. untuk bersiar-siar di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Mohd. Azam Omar berkata, sebanyak enam buah bas disediakan secara percuma kepada peserta-peserta tersebut sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR).

Menurutnya, bas-bas RapidKL dilengkapi kemudahan untuk golongan orang kurang upaya seperti penyediaan ruang letak kerusi roda, tempat duduk khas, tanjakan dan badan bas yang boleh direndahkan.

"Mungkin ada pelajar tersebut tidak pernah berpeluang menaiki bas kerana mereka memerlukan bimbingan atau pengiring yang lebih dewasa.

"Jadi, program ini secara tidak langsung memberi keceriaan kepada mereka, tambahan pula bersiar-siar di tempat menarik. Program ini tidak akan terhenti di sini kerana RapidKL akan meneruskan usaha-usaha sedemikian pada masa depan," katanya.

Program itu turut disertai Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPWPKL, Mahani Kassim.

Antara lokasi dilawati dalam program itu adalah Muzium Bank Negara, Planetarium Negara, KLCC, Petrosains dan pejabat Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields.

Sementara itu, Mahani berkata, program bersama RapidKL itu adalah sebahagian daripada aturcara dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum, Sukan dan Kesenian untuk pelajar khas

"Anugerah tahunan yang masuk kali kedua ini menyaksikan JPWPKL menjadi tuan rumah dan kami merasakan perlu ada aktiviti yang menyeronokkan kepada peserta yang datang dari pelbagai tempat.

"Malah, program ini juga boleh menjadi lawatan sambil belajar kepada murid-murid untuk mengenali tempat-tempat menarik yang ada di ibu negara," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


3P pantau isu alam sekitar

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

Ayub Rahmat (tiga dari kiri) menyiram pokok sebagai simbolik merasmikan sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Pontian, Johor, kelmarin. - utusan/ MUHD. ZIKRI

PONTIAN 24 Okt. - Kerajaan negeri akan mewujudkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) di 26 kawasan Parlimen bagi membantu pihak berkuasa menangani pelbagai isu khususnya alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pasukan tersebut berperanan menyalurkan maklumat bagi membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak dengan segera.

Menurutnya, tindakan undang-undang perlu dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan berlakunya pencemaran supaya tidak dipandang remeh oleh mana-mana pihak di negeri ini.

Beliau berkata, sebagai permulaan, seramai 16 anggota 3P telah dilantik oleh JAS menjadi mata dan telinga pihak berkuasa supaya isu-isu berkaitan alam sekitar dapat dicegah di peringkat awal.

"Bilangan mereka akan ditambah pada masa akan datang supaya lebih ramai anggota 3P dapat diwujudkan di setiap kawasan Parlimen bagi sama-sama berperanan memelihara alam sekitar di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JAS negeri, Mokhtar Abdul Majid; Setiausaha Majlis Daerah Pontian, Nor Syazlan Abd. Razak; Pengetua SMK Ayer Baloi, Saedah Sariyan dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Ayer Baloi, Selehon Sengot.

Ayub berkata, di samping 3P, penubuhan pusat Rakan Alam Sekitar (RAS) juga bertujuan memberikan pengetahuan kepada ahli-ahli RAS di setiap kawasan Parlimen tentang pentingnya alam sekitar yang bersih bagi kehidupan sejagat.

"Penubuhan pusat RAS di SMK Ayer Baloi merupakan yang pertama di negeri ini menerusi kerjasama daripada guru dan pelajar sebagai pusat informasi bagi manfaat orang ramai di kawasan ini," katanya sambil berharap orang ramai lebih memahami isu-isu berkaitan alam sekitar dengan sama-sama berperanan bagi membantu pihak berkuasa secara sukarela.

Beliau berkata, tanpa sokongan masyarakat, pihak berkuasa sukar untuk mengetahui sesuatu kejadian yang berlaku yang akhirnya mereka juga akan berdepan dengan masalah yang boleh diselesaikan di peringkat awal.

Sempena MASM, seramai 27 orang menyertai program Jelajah Jejak Mesra Alam yang akan melawat ke Melaka, Negeri Sembilan seterusnya ke Putrajaya sehingga 27 Oktober ini.

3 pusat warga emas dibuka

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 24 Okt. - Tiga buah pusat aktiviti warga emas di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dijangka dibuka hujung tahun ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM240,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Asiah Md. Ariff berkata, tiga buah pusat akan dibuka di Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru selain dua yang sudah beroperasi iaitu di Muar dan Kluang.

Beliau berkata, pembukaan pusat aktiviti itu melalui koloborasi dan perkongsian bijak bersama kerjaan negeri, JKM dan beberapa pertubuhan sukarelawan.

"Dengan wujudnya pusat ini, saya pasti ia dapat memberi ruang dan peluang kepada golongan warga emas menghabiskan masa mereka dengan lebih sistematik dan produktif.

"Selain itu, pusat berkenaan juga akan menjadi platform bagi golongan warga emas itu untuk terus menyumbang jasa dan pengalaman mereka dalam pembangunan komuniti sedia ada," katanya semasa ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru.

Pada majlis penghargaan tersebut, seramai 62 warga emas berbilang kaum dari negeri ini menerima anugerah dan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Menurut Asiah lagi, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarela kebajikan dan badan korporat diseru untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dan JKM dalam mengembleng tenaga dan keupayaan untuk mensejahterakan kehidupan warga emas.

"Pertubuhan sukarela kebajikan ini merupakan potern force yang menjadi nadi dan tulang belakang membantu kerajaan menjaga kebajikan dan keperluan warga emas di seluruh negeri ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sungai sempit punca bah besar

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

Zambry Abdul Kadir melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak, kelmarin.

IPOH 24 Okt. - Kejadian banjir besar di Pantai Remis, Manjung yang menyebabkan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan ekoran banjir kelmarin didapati berpunca daripada sebatang sungai di kawasan tersebut tidak mampu menampung air yang terlalu deras.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau telah pun mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung supaya mengambil tindakan segera membesarkan laluan sungai berkenaan supaya masalah tersebut tidak berulang.

"Kita dapati ada sebatang sungai yang tidak mampu menampung laluan air yang deras di kawasan berkenaan iaitu di Parit Marikan di Sungai Batu.

"Pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sendiri telah membuka laluan baharu untuk membolehkan air itu keluar. Masalah banjir besar di kawasan itu disebabkan air tidak boleh mengalir keluar apabila hujan lebat dan berlaku air pasang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Zambry yang turut meluangkan masa meninjau kawasan banjir berkenaan pada pukul 2 pagi semalam berkata, kerajaan negeri terus memantau situasi dan memberikan bantuan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri kepada mangsa-mangsa banjir.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota agensi kerajaan yang menunjukkan contoh yang baik bekerja sebagai satu pasukan sehingga mengatasi masalah itu dengan cara yang pantas," katanya.

Mengulas mengenai mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Zambry berkata, Pulau Sembilan, Pulau Jerjak dan Pulau Pangkor merupakan tiga buah pulau utama di negeri ini yang diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan dalam projek pemuliharaan terumbu karang.

Beliau berkata, di samping peruntukan yang akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri sedang menyediakan satu bajet bagi memulihara terumbu karang di kawasan berkenaan.

"Kita juga telah melaksanakan beberapa projek melalui pertubuhan termasuk Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang telah mewujudkan terumbu karang tiruan di kawasan berkenaan.

"Yang terbaharu, kerajaan negeri mendapat bantuan daripada syarikat Vale yang bersetuju bersama-sama membantu memulihara alam sekitar dan terumbu karang di kawasan sekitar Pulau Sembilan dan Pulau Pangkor," ujarnya.

Pasangan kekasih dicekup

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh AINSAFRE BIDIN
utusanperak@yahoo.com.my

Goh Kok Liang menunjukkan dua plastik berisi heroin yang dirampas daripada sepasang kekasih selepas ditangkap dalam sebuah kenderaan di pekan Langkap, Teluk Intan, Perak, semalam. - utusan/Ainsafre Bidin

TELUK INTAN 24 Okt. - Seorang lelaki dan teman wanitanya diberkas kerana disyaki terlibat dalam pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM41,000 petang semalam.

Pasangan yang merupakan penganggur itu ditahan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima pada pukul 2.45 petang di hadapan sebuah restoran di pekan Langkap di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu, polis menemukan dadah jenis heroin dan syabu yang disembunyikan dalam sebuah beg berwarna biru di belakang tempat duduk kenderaan tersebut.

"Sebaik sahaja diperiksa kita menjumpai dua plastik lutsinar disyaki heroin dan syabu yang disorokkan di bahagian tempat duduk.

"Setiap satu mempunyai berat 755.6 gram dan 65.2 gram. Kita percaya ia belum sempat dijual di sekitar kawasan ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek lelaki itu berusia 27 tahun dan mempunyai beberapa rekod jenayah manakala pasangannya berusia 26 tahun.

"Kita percaya mereka telah bergiat aktif sejak beberapa bulan lalu dan kedua-dua berasal dari Pulau Pinang," katanya.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

2 ditahan cuba seludup keluar 876 ayam proses

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Penyelidikan Halal dan Hab Halal Jabatan Agama Islam Perlis, Dharulkhizan Mohamad (kanan) menunjukkan bahagian leher ayam tidak dipotong mengikut cara Islam kepada Zakaria Abd. Rahman (kiri) sambil dibantu Komander UPP Chuping, Asisten Supritendan, Syed Basri Syed Ali di Kompleks UPP Chuping, Padang Besar, Perlis, kelmarin.

PADANG BESAR 24 Okt. - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping merampas 146 kotak berisi 876 ekor ayam siap diproses yang cuba diseludup ke negara jiran setelah menahan sebuah lori muatan lima tan di Ulu Pauh, Arau dekat sini kelmarin.

Dalam rampasan pukul 10.30 pagi itu, pasukan tersebut turut merampas 253 kotak hati ayam dan itik juga telah siap diproses yang kesemuanya diisi di dalam 40 guni plastik putih.

Komander UPP negeri, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, lori itu ditahan untuk pemeriksaan di Kilometer 24, Ulu Pauh ke Padang Besar.

"Hasil pemeriksaan menemukan ayam serta hati ayam dan itik yang siap diproses. Meskipun di luar kotak tertera logo halal tetapi kita mengesyaki haiwan itu tidak disembelih mengikut syarak.

"Berikutan itu, pemandu dan kelendan lori berusia 29 dan 30 tahun tersebut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di UPP Chuping dekat sini hari ini.

Zakaria berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan sumber bekalan haiwan tersebut diperoleh dan kedua-duanya akan disiasat atas kesalahan salah guna logo halal di bawah Akta Perihal Perdagangan 2011.

Tambahnya, bagi individu, mereka yang melakukan kesalahan boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah.

Katanya, bagi kesalahan untuk syarikat pula, denda RM250,000 bagi kesalahan kali pertama manakala RM500,000 bagi kesalahan kedua.

Beliau berkata, kes itu akan diserahkan untuk tindakan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perlis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pusat Hang Tuah gerbang zaman silam

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

SEBAHAGIAN koleksi senjata yang dipamerkan di rumah Hang Jebat yang terletak di pekarangan Pusat Hang Tuah.

MELAKA 24 Okt. - Berbicara mengenai laksamana Hang Tuah, sudah pastinya sumpah keramat 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' akan berlegar-legar dalam fikiran sambil tergambar kelicikan langkah pahlawan Melayu itu berpencak silat bersama empat sahabatnya.

Selain sejarah lisan, kisah Hang Tuah turut diceritakan dalam dua buah karya agung tulisan Tun Sri Lanang hampir 400 tahun lalu iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sulalat Al-Salatin yang sehingga kini menjadi rujukan khusus kepada pengkaji sejarah Melayu.

Karya berkenaan yang agak sukar difahami kerana penulisnya menggunakan lenggok sastera mendalam maksudnya kemudian diterjemahkan ke layar perak oleh Malay Film Productions Ltd. melalui Pengarahnya, Phani Majumdar dengan teraju utama memegang watak Hang Tuah ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Filem Hang Tuah pertama yang ditayangkan pada 28 Januari 1956 itu dikatakan adaptasi daripada Hikayat Hang Tuah yang menjadi titik permulaan penonjolan Hang Tuah kepada umum secara audio visual.

Kisah hidup Hang Tuah mula menjadi sebutan pelbagai peringkat usia dan penggiat filem ketika itu mula menghasilkan karya yang mengaitkan kisah pendekar ulung itu antaranya filem berjudul Hang Jebat (1961), Puteri Gunung Ledang (1961), Tuah (1989), XX Ray II (1995) dan Puteri Gunung Ledang (2004).

Namun seiring dengan peredaran zaman, filem berkenaan yang suatu masa dahulu menjadi pujaan segenap lapisan masyarakat jarang lagi muncul di kaca televisyen dan cerita 'super hero' Barat mula menggantikannya sehingga Hang Tuah yang sepatutnya 'hidup' dalam diri setiap masyarakat terutamanya orang Melayu kian pudar.

Menyedari hakikat ini dan sebagai usaha melindungi Hang Tuah agar terus segar dalam ingatan setiap generasi, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan kerajaan negeri mengorak langkah mewujudkan Pusat Hang Tuah (Hang Tuah Centre) yang menjadi mercu kepada penonjolan pahlawan itu kepada umum melalui pendekatan moden.

Pusat berkenaan yang terletak di Perkampungan Hang Tuah, Duyong di sini tidak seperti sebuah muzium biasa yang menyimpan khazanah lama, malah boleh dianggap sebagai pintu gerbang melangkah ke zaman silam khususnya zaman Kesultanan Melayu Melaka ketika hebatnya kisah Hang Tuah dan empat sahabatnya diperkatakan.

Dengan senibina bercirikan istana zaman Kesultanan Melayu Melaka, pengunjung pastinya terpukau apatah lagi selepas melihat ukiran batu wajah Hang Tuah dan rakan-rakannya menghiasi laluan masuk ke pusat berkenaan.

Sejurus melangkah masuk ke pusat yang dibina dengan kos keseluruhan RM132 juta ini, terdapat dua bahagian yang dinamakan Galeri Hang Mahmud yang mendedahkan cerita Laksamana Hang Tuah dalam aspek ketokohan dan kepahlawanannya dan Galeri Dang Merdu yang merungkai sikap dan sifat pahlawan Melayu itu.

Kisah Hang Tuah yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah diterjemahkan secara ringkas juga dipamerkan di beberapa bahagian pusat itu bagi memudahkan pengunjung membaca dan menghayatinya.

Menariknya mengenai Pusat Hang Tuah ini, pengunjung boleh melihat tayangan multimedia berbentuk animasi 3D di sudut tertentu yang memaparkan peristiwa penting antaranya pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah.

Bagi yang meminati bidang persilatan bolehlah mencungkil bakat di ruang tengah pusat berkenaan yang menempatkan gelanggang silat interaktif yang membolehkan pengunjung mengikuti pergerakan silat yang ditunjukkan oleh jurulatih silat melalui tayangan video.

Selain itu terdapat 12 ruang pameran dalam pusat berkenaan yang mempamerkan koleksi senjata lama, keris, manuskrip, pakaian dan juga disediakan sebuah panggung mini yang boleh memuatkan kira-kira 30 pengunjung pada satu-satu masa.

Selesai melawat pusat berkenaan, tidak lengkap sekiranya tanpa berkunjung ke pekarangan yang menempatkan lima buah rumah iaitu rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang setiap satunya mempamerkan koleksi peribadi tertentu antaranya senjata, pakaian dan lukisan.

Untuk berkunjung ke setiap rumah berkenaan, tiada bayaran dikenakan dan pengunjung juga dialu-alukan untuk hadir pada hari tertentu untuk melihat pertunjukkan silat yang diadakan di perkarangan rumah berkenaan yang setiap satunya dilengkapi dengan gelanggang silat.

Di atas tapak seluas 40 hektar itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung selain turut mempunyai sebuah gelanggang silat terbesar di dunia yang ditadbir oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) negeri.

Perzim janji hidupkan Perkampungan Hang Tuah

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

PAKAIAN tradisional yang dipamerkan antara daya penarik di Pusat Hang Tuah.

MELAKA 24 Okt. - Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) berjanji akan menghidupkan suasana Perkampungan Hang Tuah, Duyong di sini dengan mengadakan pelbagai program secara berkala dengan penglibatan penduduk setempat.

Pengurus Besarnya, Datuk Khamis Abas berkata, lokasi berkenaan kini dilihat sebagai destinasi pelancongan baharu di negeri ini setelah Pusat Hang Tuah dan perkampungan lima saudara dibuka kepada orang ramai Ogos lalu.

Menurutnya, Perzim merangka pelbagai aktiviti untuk sepanjang tahun supaya tempat berkenaan khususnya Pusat Hang Tuah dan persekitarannya seluas 40 hektar itu tidak sunyi daripada kunjungan pelancong dalam dan luar negara.

"Untuk membina pusat ini kerajaan negeri telah membelanjakan kos yang begitu tinggi, jadi sekiranya ia tidak dimanfaat sepenuhnya sudah pasti sangat merugikan.

"Perzim telah merangka banyak aktiviti dan program untuk memeriahkan lagi kawasan ini dan menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam dan luar negara kerana Pusat Hang Tuah ini sangat istimewa tidak seperti muzium lain," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, Perkampungan Hang Tuah itu diibaratkan sebagai muzium hidup kerana dikelilingi oleh elemen sejarah sama ada berbentuk artifak atau sejarah lisan turun temurun yang masih kuat dipegang oleh penduduknya.

Beliau berkata, Perzim juga akan membaik pulih perigi Hang Tuah yang menjadi antara tarikan pelancong ke kawasan berkenaan yang dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti airnya mampu menyembuhkan penyakit kulit.

Tempat yang dipercayai berasalnya Hang Tuah itu juga akan diserikan dengan persembahan silat dan seni bela diri lain pada setiap malam.

"Saya yakin dengan apa yang kita rancang ini, tempat ini akan menjadi meriah selain dapat mengembalikan kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana ada aktiviti kesenian dan kebudayaan termasuk kegiatan persilatan di halaman rumah lima bersaudara itu," katanya.

Katanya, pembangunan di kawasan itu juga telah membuka peluang kepada penduduk tempatan menambah pendapatan melalui aktiviti perniagaan dan pihak Perzim sangat mengalu-alukan penglibatan mereka ini supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan berkenaan.

Tiada kompromi jika salah laku

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 24 Okt. - Anggota dan pegawai polis di negeri ini diingatkan supaya sentiasa menjaga disiplin, tatasusila dan kelakuan ketika berhadapan dengan masyarakat mahupun semasa di luar waktu penugasan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas bagi mereka yang gagal mematuhi perkara itu.

"Mereka yang melanggarnya tidak layak untuk bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengamalkan nilai integriti serta pematuhan standard ditetapkan," katanya ketika berucap semasa perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang di sini hari ini.

Tegas Shah Gzali, perkara tidak bermoral perlu dielakkan kerana setiap tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.

Sementara itu katanya, seluruh warga polis digesa menghayati tiga teras utama yang digariskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk dilaksanakan seluruh lapisan pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam PDRM.

Jelas beliau, tiga teras tersebut ialah mengekalkan ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat, mengawal serta mengekang jenayah melalui kaedah pencegahan dan penyiasatan lebih efektif dan inovatif serta memantapkan integriti dan pematuhan standard warga PDRM.

"Oleh itu, teras ini perlu difahami dan dilaksanakan secara maksimum selain meningkatkan kebolehan dalam pelbagai sudut yang akan membantu melonjakkan lagi imej pasukan PDRM di kaca mata masyarakat.

"Kreativiti dan inovasi perlu dijadikan amalan dalam kerjaya ini yang akan memberi impak terhadap keyakinan masyarakat terdapat organisasi," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bajet 2014: RM1.8 bilion dilabur untuk fasa kedua HSBB

Posted: 25 Oct 2013 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif itu bakal memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan luar bandar merangkum 2.8 juta isi rumah di seluruh negara dan kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp.

"Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mbp, yang akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna, katanya semasa membentangkan Bajet 2014 di Parlimen hari ini.

Bagi meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, Najib berkata 1,000 menara telekomunikasi akan dibangunkan dalam tempoh tiga tahun akan datang melibatkan pelaburan RM1.5 bilion.

"Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, pemasangan kabel dasar laut baharu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun pada kos RM850 juta.

"Pelaburan ini akan menggunakan Dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat yang dikelola Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya. - BERNAMA

Bajet 2014: Tabung khas insfrastruktur pelancongan

Posted: 25 Oct 2013 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan dengan peruntukan sejumlah RM2 bilion akan disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad bagi membiayai kos pembinaan infrastruktur berkaitan sektor pelancongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata tabung tersebut akan menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah rendah antara empat hingga enam peratus, di mana kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus.

"Tabung ini dapat membiayai kos pembinaan infrastruktur seperti hotel, pusat peranginan, taman tema serta pembelian dan penggantian peralatan yang berkaitan dengan sektor pelancongan," katanya.

Bagi terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, Najib berkata kerajaan akan meneruskan galakan pelaburan terutama bagi hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang.

"Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi, sekali gus menarik kedatangan pelancong, terutamanya daripada kategori mewah dan berbelanja tinggi.

"Menyokong usaha ini, kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga 31 Disember 2016," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Sebagai usaha berterusan menggalakkan kemasukan pelancong, Najib mengumumkan tahun 2015 sebagai Tahun Perayaan dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun ini dan tahun depan dengan merangkumi aspek pengurusan dan pembangunan meliputi program promosi dan pengiklanan.

Beliau berkata Malaysia menyasar 28 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

"Sektor pelancongan telah menjana pendapatan sebanyak RM65 bilion pada tahun ini dan berpotensi untuk dipertingkatkan," katanya. - BERNAMA

Bajet 2014: RM6 bilion untuk program pertanian

Posted: 25 Oct 2013 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara inisiatif utama ialah menubuhkan Food and Angro Council for Export (FACE) yang akan dipengerusikan oleh menteri pertanian dan industri asas tani yang bertindak sebagai pemudah cara untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan.

Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga akan diperkukuh untuk memainkan peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport.

Najib berkata untuk memastikan kesegaran produk pertanian, kerajaan akan menyediakan kemudahan bilik sejuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau berkata selain daripada meningkatkan eksport negara, ia juga dapat memberi pulangan yang lebih tinggi kepada para petani.

"Memandangkan permintaan dan harga yang tinggi, kita juga akan berusaha untuk meningkatkan eksport durian ke pasaran China," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak 60 pasar tani, 50 pasar ikan dan 50 karavan tani akan dibuka selain memperluas 100 buah gerai buah-buahan segar di seluruh negara yang akan dikendalikan oleh Fama dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dapat memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna.

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2.4 bilion bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif yang merangkumi subsidi baja, benih dan harga padi, insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi, subsidi harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.

"Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM243 juta bagi tujuan pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan," katanya.

Najib berkata kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM634 juta di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkatkan produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah dengan kerjasama syarikat multinasional untuk menghasilkan sebanyak 18,000 tan metrik yang dijangka dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan pada jangka panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga RM4,000 sebulan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Dua mati, dua cedera parah

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Cergaskan ekonomi antara teras Bajet 2014

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kerjasama erat Malaysia - PBB

Posted: 24 Oct 2013 12:04 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved