Selasa, 27 Ogos 2013

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


RM1.8j biayai 400 bakal haji Johor

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan orang ramai dalam Majlis Perjumpaan Bakal-Bakal Haji Rombongan Kerajaan Johor di Pusat Konvensyen Persada, Johor Bahru, semalam. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 26 Ogos - Johor memperuntukkan RM1.8 juta untuk membiayai 400 bakal haji rombongan kerajaan negeri yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua bakal jemaah yang menjadi tetamu Allah itu terdiri 230 jemaah lelaki dan 170 wanita dan merupakan petugas serta pesara kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri meluluskan kuota haji seramai 400 orang walaupun jumlah kuota yang diperuntukkan kepada negara telah diperkecilkan sebanyak 20 peratus.

"Pelaksanaan ibadah haji bukan sahaja memerlukan kekuatan jasmani atau fizikal yang baik, malah kekuatan rohani perlu diperkuatkan dengan ilmu dan amal sebagai usaha untuk melahirkan insan yang cemerlang di Tanah Suci itu nanti.

"Untuk itu, persediaan rohani dan jasmani perlulah seiring agar segala ibadah seperti tawaf, saie, wukuf di Arafah dan melontar Jamrah dapat dilaksanakan dengan baik serta penuh penghayatan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Bakal-bakal Haji Rombongan Kerajaan Johor Tahun 1434H/2013M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Kesemua bakal haji rombongan kerajaan negeri itu merupakan antara 2,700 orang yang berpeluang mengerjakan Rukun Islam kelima berkenaan tahun ini dan akan berlepas dengan tujuh penerbangan mulai 9 September sehingga 5 Oktober ini.

Mohamed Khaled turut menyeru semua jemaah supaya menitikberatkan aspek kesihatan ketika mengerjakan ibadah haji ekoran ketika ini Asia Barat secara amnya dan di negara Arab Saudi khususnya terdapat beberapa kes coronavirus iaitu sejenis penyakit selesema.

"Kes itu bukan ditahap yang berbahaya tetapi adalah dinasihatkan dalam suasana orang yang berjuta-juta tertumpu pada satu tempat, kita perlu menjaga diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit yang akan mengganggu ibadah itu nanti," katanya.

Sasar lebih banyak kampung sertai Keceriaan Merdeka

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

PONTIAN 26 Ogos - Pejabat Penerangan Daerah menyasarkan lebih banyak kampung tradisional dan kampung baharu menyertai pertandingan Keceriaan Merdeka sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-56 pada tahun ini.

Pegawai Penerangan daerah, Latifah Abdul Hamid berkata, pertandingan yang bermula awal bulan lalu itu akan berakhir pada 26 Ogos ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di kampung.

Menurutnya, tahun lalu hanya enam kampung mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan Kampung Ulu Pulai dari Mukim Jeram Batu/Pengkalan Raja muncul johan di peringkat negeri.

"Kami menaruh keyakinan akan kemampuan serta keupayaan kampung tradisional dan kampung baharu untuk sama-sama bersaing bagi mencari yang terbaik," katanya di sini baru-baru ini.

Latifah berkata, keunikan kampung tradisional Melayu yang mempertahankan tradisi kehidupan etnik seperti Jawa, Bugis dan Banjar merupakan kelebihan kepada yang mengambil bahagian.

"Pertandingan ini juga adalah seiring dengan harapan kerajaan supaya setiap lapisan masyarakat termasuk di luar bandar turut sama menghayati sambutan bulan kemerdekaan yang diraikan setiap tahun," katanya.

Selain mewujudkan suasana keceriaan, penduduk juga boleh mengadakan aktiviti yang bertemakan sambutan bulan kemerdekaan seperti pertandingan mewarna, memasak, berbasikal, sukaneka dan membaca puisi bagi menyebar luaskan lagi sambutan itu yang bermula dengan rasminya pada 17 Ogos dan acara kemuncak pada 31 Ogos ini.

Justeru, pihaknya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat menubuhkan jawatankuasa sambutan bulan kemerdekaan bagi menggerakkan aktiviti di tempat masing-masing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jemaah rujuk pegawai Tabung Haji

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (depan, tengah) bersama bakal-bakal haji dalam Kursus Perdana Haji 1434 Hijrah Peringkat Negeri Perlis di Kangar, baru-baru ini.

KANGAR 26 Ogos - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati bakal jemaah haji agar merujuk kepada pegawai Tabung Haji jika mereka mempunyai kemusykilan ketika berada di tanah suci.

Baginda juga mengingatkan bakal jemaah agar tidak terpengaruh dengan amalan tertentu jemaah dari negara-negara lain.

"Tumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah kerana anda antara yang terpilih untuk mengerjakan tahun ini sedangkan ramai lagi yang harus menunggu giliran mereka.

"Sebagai jemaah yang terpilih, saya harap setiap jemaah haji lebih serius memberi tumpuan mengerjakan ibadah haji bukan untuk membeli-belah atau seumpamanya," titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Kursus Perdana Haji 1434 Hijrah Peringkat Negeri Perlis, di sini malam kelmarin.

Titah baginda, mereka yang terpilih juga bertuah kerana tahun ini kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah haji sebanyak 20 peratus bagi setiap negara.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan (Haji) Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, Tabung Haji membelanjakan RM3 juta untuk mengendalikan siri kursus haji tahun ini.

Setiap bakal haji juga masih menikmati subsidi sebanyak RM5,575 kerana kos sebenar ialah RM15,555 namun mereka hanya membayar RM9,980, katanya.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hasan. — BERNAMA

Sembilan spesies baharu flora dan fauna ditemui

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

GERIK 26 Ogos - Sebanyak sembilan spesies baharu flora dan fauna ditemui di kawasan Sungai Enam Basin di Timur Hutan Simpan Temengor yang merupakan sebahagian dari Kompleks Hutan Belum Temengor di sini, antara 1 hingga 10 Oktober tahun lalu.

Penemuan tersebut melibatkan tiga spesies orkid (biermannia laciniata, oberonia bertoldii dan hylophila lanceolata); dua spesies cicak (cnemaspis dan cyrtodactylus) dan ular (lycodon effraenis dan rhabdophis) serta masing-masing satu spesies katak, rhacophorus dan pokok liana (callicarpa sp).

Semua spesies baharu itu ditemui sekumpulan 128 pakar, saintis dan penyelidik yang menyertai ekspedisi 10 hari yang dijalankan di muara sungai tersebut sehingga ketinggian 1,213 meter yang belum pernah diterokai.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding dan Pulau Banding Rainforest Research Centre, Dr. Daniel Baskaran K. berkata, selain dijangka sebagai spesies baharu di negara ini, penemuan berkenaan juga sesetengahnya bersifat endemik.

"Setakat ini terdapat penemuan yang kita jangka sebagai pertama di negara ini iaitu orkid jenis hylophila lanceolata manakala liana (callicarpa sp) pula merupakan spesies baharu ditemui.

"Sebenarnya kami amat teruja dengan penemuan baharu tersebut dan berharap lebih banyak ekspedisi dapat dijalankan pada masa depan. Kita yakin masih banyak spesies baharu berada di kawasan Hutan Belum Temengor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis perasmian Simposium Ekspedisi Saintifik Temengor kali kedua di Pulau Banding yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohd. Radzi di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Yayasan Pulau Banding, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad.

Menurut Daniel, pihaknya bercadang untuk mengeluarkan sebuah buku mengandungi penemuan yang dibuat sepanjang ekspedisi berkenaan tidak lama lagi.

"Simposium ini merupakan medan untuk semua saintis, pakar serta ahli kumpulannya membentangkan penemuan yang telah mereka buat pada ekspedisi di Sungai Enam tersebut.

"Segala maklumat dan gambar berkenaan penemuan itu akan dimasukkan dalam sebuah buku berbentuk ringan yang akan kita hasilkan untuk kemudahan pembaca. Dalam buku itu nanti kita hanya meletakkan gambar dan sedikit penerangan mengenainya supaya senang untuk difahami," katanya.

Sementara itu, Nolee Ashilin dalam ucapannya berkata, penemuan baru tersebut menjadi daya tarikan baharu kepada aktiviti pelancongan dan penyelidikan di kawasan berkenaan.

"Semoga kajian dan ekspedisi yang dijalankan ini mampu memberi manfaat dan menjadikan Hutan Belum Temengor terkenal sebagai salah satu destinasi ekopelancongan terkenal di negeri ini," katanya.

PPL kukuhkan pelancongan Langkawi

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menurunkan tandatangan selepas perasmian Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sambil diperhatikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (dua dari kanan) dan Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kiri) di Pantai Kok, Langkawi, Kedah, baru-baru ini. - Bernama

LANGKAWI 26 Ogos - Penubuhan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pantai Kok di sini dijangka memberi sumbangan lebih besar dan bermakna kepada Blueprint Pembangunan Pelancongan Langkawi.

Kewujudan pusat berkenaan juga bakal mengukuhkan lagi kedudukannya terhadap pembangunan Langkawi Geoforest Geopark sebagai destinasi pelancongan terkemuka khususnya berasaskan ilmu alam semula jadi sebagai produk utama.

Kompleks PPL yang mula dibina pada 2009 dan siap sepenuhnya pada penghujung 2011 dengan kos RM11 juta itu disempurnakan perasmiannya oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini.

Berangkat sama, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM dan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, pemimpin masyarakat setempat dan beberapa Exco kerajaan negeri.

Pusat tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk makmal saintifik, bilik seminar, auditorium dan galeri yang mempamerkan segala dapatan, asrama untuk 70 penghuni bagi memudahkan pascasiswazah dan penyelidik melakukan kajian dengan selesa.

Kemudahan yang ditawarkan oleh pusat itu terbuka kepada penyelidik daripada universiti lain dari dalam dan luar negara.

PPL berperanan dalam membangunkan geopark pertama di negara ini dan Asia Tenggara serta menjalankan penyelidikan sumber asli Langkawi untuk tujuan pelancongan.

Kerjasama penyelidikan yang dijalankan adalah bagi membangunkan sumber geologi dan landskap, biologi dan marin, kesihatan persekitaran dan budaya tradisi setempat bagi tujuan ekopelancongan serta pembangunan lestari sumber asli dalam geopark.

Penglibatan UKM di pulau legenda sumpahan Mahsuri itu bagi menjalankan penyelidikan dan pembelajaran bermula sejak 1970-an terutama dalam bidang geologi atau geosains.

Pada 1999, universiti itu melihat keupayaan pulau tersebut untuk dimajukan menerusi konsep pembangunan lestari wilayah.

Demi memperkukuhkan lagi kesungguhan penglibatannya dalam pembangunan lestari Langkawi, UKM diberikan mandat oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menerusi memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan PPL pada 2002 yang menjalankan penyelidikan berteraskan pelancongan tabii sejak 1996.

Pusat penyelidikan tersebut berjaya menerokai dan mengenal pasti sumber tabii pulau peranginan ini yang berdaya maju untuk diangkat menjadi produk pelancongan.

Sokongan kuat daripada pelbagai pihak seperti Lada, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains serta pihak berkuasa tempatan, PPL telah menjalankan pelbagai ekspedisi saintifik, menganjurkan beberapa siri simposium, dialog, ceramah, kursus dan latihan kepada pihak berkepentingan.

Pada 2006, UKM menerusi PPL bersama pihak berkepentingan di Langkawi melakukan persediaan untuk menjadi ahli Jaringan Global Geoparks Dunia (GGN) di bawah naungan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Setahun kemudian, Langkawi Geopark secara rasmi menjadi ahli GGN dan merupakan pencapaian terbesar yang disumbangkan oleh UKM menerusi PPL di pulau berkenaan.

Pendekatan penyelidikan PPL yang berteraskan pembangunan lestari wilayah dengan memanfaatkan sumber warisan tabii dan budaya untuk memperkasakan masyarakat setempat mewujudkan peluang-peluang ekonomi serta sumber pendapatan baharu.

Umpamanya, hasil kajian yang diperkenalkan seperti geotapak bernilai tinggi menjadi tarikan pelancongan baharu dan secara tidak langsung mewujudkan permintaan terhadap perkhidmatan sokongan antaranya bot dan kedai cenderahati di kawasan tersebut.

Ini jelas menunjukkan kejayaan Langkawi Geopark dan PPL dalam membangunkan sumber secara lestari di samping menjana pendapatan tambahan kepada masyarakat setempat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sedia tapak rumah buat belia

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

MOHAMAD Hasan (tujuh dari kanan) berkongsi kegembiraan dengan peneroka Lui Selatan Satu dan Dua pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Peneroka Felda di Padang Awam Felda Lui Selatan, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

JEMPOL 26 Ogos - Kerajaan negeri sedang membuat penelitian bagi melaksanakan dasar pembesaran kampung menerusi cadangan pemberian tapak rumah kepada generasi belia yang sedang mencari rezeki di kawasan kampung.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, perkara itu masih di peringkat cadangan dan proses penelitian dan perincian dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor selain maklum balas daripada agensi terbabit.

"Melalui projek ini kita bercadang memberikan tapak tanah kosong kepada generasi belia yang masih tinggal di kampung kerana bekerja di kawasan tersebut. Buat masa ini kita sedang menilai jika ada tanah-tanah kerajaan yang kosong dan berdekatan dengan kampung tradisional.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi bagi melancarkan projek ini. Perbincangan lanjut juga melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tujuan membuat jalan dan mengadakan sebuah perkampungan baharu yang tersusun," jelasnya.

Mohamad ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik kepada 494 peneroka Felda di Padang Awam Felda Lui Selatan, dekat sini hari ini.

Katanya, jika semua berjalan lancar, proses mengenal pasti lokasi dan keluasan tanah dapat diselesaikan akhir tahun ini.

"Jika semua generasi belia meninggalkan kampung dan mencari rezeki di bandar pastinya kawasan kampung akan sunyi. Hidup di bandar ini memerlukan kos yang tinggi apatah lagi jika mahu membeli rumah sendiri.

"Walaupun mereka hanya mencari rezeki di kampung, namun mereka sudah ada masa depan yang cerah apabila diberikan tapak rumah. Malah, kita bercadang menyediakan ruang untuk bercucuk tanah berdekatan dengan tapak perumahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad menjelaskan, pihaknya telah mendengar taklimat mengenai perumahan generasi baru Felda dan yakin projek tersebut dapat dijalankan segera.

"Projek rumah generasi baru Felda tidak dibina di semua kawasan Felda kerana bergantung kepada kawasan yang mempunyai keluasan tanah kosong yang mencukupi.

"Setiap keluarga hanya layak memohon sebuah rumah sahaja. Pihak Felda juga telah menetapkan beberapa syarat utama untuk memohon rumah antaranya sudah berkahwin dan bekerja di kawasan Felda," katanya.

Peranan media mampu pengaruhi minda orang muda - Idris

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

IDRIS Haron (duduk, tengah) bersama para peserta Kolokium Media dan Patriotisme 2013 di Hotel Avillion Legacy, Melaka, semalam.

MELAKA 26 Ogos - Peranan yang dimainkan media pada masa kini dilihat mampu mempengaruhi minda serta menjadi panduan kepada golongan muda terutama dalam penyampaian fakta dan kebenaran.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, anak-anak muda masa kini membaca apa yang ditulis dan diterjemah media seterusnya berpegang kepada apa yang mereka fahami sebagai panduan pada masa hadapan.

Menurutnya, media perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan supaya maklumat yang disampaikan dapat dijadikan bahan rujukan kepada golongan muda masa kini.

"Sehubungan itu, media masa kini perlu telus dan adil dalam menyampaikan berita serta menceritakan sesuatu fakta dan maklumat supaya tidak diputar belit pihak tidak bertanggungjawab sehingga menolak kebenaran tentang sesuatu perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kolokium Media dan Patriotisme (Cospasm) 2013 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Md. Rawi Mahmud; Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Prof. Madya Mohd. Adnan Hashim dan Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep), Datuk Aziz Ujang.

Kolokium selama dua hari itu merupakan anjuran penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Iksep.

Idris berkata, penganjuran program itu amat bersesuaian dengan sambutan Hari Kebangsaan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk menghubungkan peranan media dan patriotisme.

Sementara itu, Mohd. Adnan memberitahu, pihaknya percaya program yang diadakan mampu menjadi medan menyuarakan pandangan dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan peranan media dan semangat patriotisme.

"Program ini juga diharap dapat menyemai dan menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda," ujarnya.

494 peneroka lega terima geran tanah

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

JEMPOL 26 Ogos - Penantian selama 31 tahun untuk mendapatkan hak tanah akhirnya menjadi kenyataan bagi 494 peneroka Felda Lui Selatan Satu dan Dua, dekat sini selepas mereka menerima geran tanah masing-masing hari ini.

Penyerahan geran tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Padang Awam Felda Lui Selatan, dekat sini, hari ini.

Menurut seorang peneroka, E. Sannasy, 68 dari Felda Lui Selatan Satu, dia amat gembira dan berterima kasih di atas pemberian geran itu yang kini menjadikan dirinya pemilik sah selepas menunggu sekian lama.

''Apabila saya terima sahaja geran itu tadi, saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan gembira saya. Usaha saya selama ini akhirnya berbaloi dan kerana Felda hari ini saya memiliki geran tanah sendiri.

''Sedih juga tadi apabila teringat saat bersusah payah ketika baru menyertai Felda. tetapi hari ini semuanya sudah berubah malah Felda sangat maju," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, kini tanahnya sedang dalam proses penanaman semula dan dia bersyukur apabila Felda terus menghulurkan pelbagai bantuan.

''Untung jadi peneroka, pelbagai bantuan kami terima. Walaupun Felda sudah maju dan dikenali kami tetap dibantu sehingga ke hari ini. Antara bantuan yang diterima adalah bantuan hari raya, durian runtuh dan bantuan pembesaran rumah," ujarnya.

Tambah seorang lagi penerima, Mohd. Nabe Pich, 33, dia terpaksa mengambil geran mewakili ibunya, B.Ramtam Bebee 57, yang meninggal dunia baru-baru ini.

''Ibu meninggal dunia ketika Ramadan yang kedua akibat masalah paru-paru. Kini saya tinggal di rumah ibu di Felda Lui Selatan Satu dan membantu menjaga kebun.

''Agak sedih juga kerana ibu tidak dapat hadir untuk memegang sendiri geran ini. Saya akan menjaga geran ini dengan baik kerana inilah bukti hasil titik peluh ibu membesarkan saya,"ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


BN kekal di DUN Klawang, NS

Posted: 27 Aug 2013 02:17 AM PDT

SEREMBAN 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas. - UTUSAN ONLINE

TPM hadir majlis Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar

Posted: 27 Aug 2013 01:48 AM PDT

PUTRAJAYA 27 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan kira-kira sejam untuk menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dataran Gemilang di sini.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di dataran itu sejurus selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Pendidikan di Dewan Sri Siantan dekat sini pada kira-kira 1 tengah hari, disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta beberapa menteri kabinet.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ribuan warga Putrajaya membanjiri kawasan Dataran Gemilang untuk turut bersama dengan Timbalan Perdana Menteri bagi memeriahkan majlis itu, dan menikmati pelbagai juadah Hari Raya yang disediakan di puluhan gerai yang mengambil bahagian.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas oleh beberapa artis tempatan yang diundang. - BERNAMA

KJ sokong Waytha Moorthy berundur

Posted: 27 Aug 2013 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy terus digesa supaya berundur daripada pentadbiran kerajaan jika gagal menghormati prinsip kebertanggungjawaban bersama.

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebagai anggota pentadbiran, Waytha Moorthy tidak boleh membuat kenyataan sebagai seorang anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar Waytha Moorthy supaya berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ini disokong Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini hari ini, Khairy berkata, timbalan menteri itu mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan maklumat dan pandangan kepada pihak lain termasuk menteri, dan bukannya mempertikai tindakan tertentu secara terbuka.

"Jika beliau tidak mahu menggunakan saluran tersebut dan bertegas untuk mempertikai tindakan polis dalam membanteras jenayah berat, saya rasa beliau patut meninggalkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan," kata Khairy.

Beliau menyerahkan tugas selaku pengerusi PUNB kepada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan pelantikan itu berkuat kuasa 1 Ogos.

Khairy turut mengulas desakan supaya beliau menarik balik kenyataan berhubung dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memperakui satu laporan akhbar bertajuk 'Apa Lagi Cina Mahu'.

Menurut Khairy, NGO yang membuat gesaan itu perlu mengetahui kenyataan sebenar yang dibuatnya dalam satu sesi soal jawab Ahad lepas.

"Mereka bebas untuk melihat dan menonton video sewaktu sesi soal jawab pada Ahad untuk melihat keadaan dan kenyataan sebenar. Selagi mereka tidak boleh rujuk kenyataan yang sebenar, tidak perlulah saya jawab," katanya.

Selain itu, Khairy menyambut baik cadangan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya semua parti mewakili masyarakat India dalam BN bergabung sebagai satu parti.

"Bagus juga (cadangan) kalau kita hendak kemaskan lagi BN. Parti-parti kaum India boleh bergabung, parti Cina pun boleh bergabung untuk beri suntikan baharu dalam kalangan parti komponen kita," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Dedah senarai kongsi gelap

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Malaysia kongsi pengalaman

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

UDA perlu kembali ke peranan asal

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Isnin, 26 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia tuan rumah golf Piala EurAsia pertama tahun depan

Posted: 26 Aug 2013 05:30 PM PDT

SHAH ALAM 27 Ogos - Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Golf Piala EurAsia yang pertama, yang dimodelkan dengan Piala Ryder iaitu acara berpasukan di mana benua Eropah menentang Asia.

Piala EurAsia, yang dikitiraf oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah, akan menampilkan 10 pemain terbaik masing-masing dari Eropah dan Asia pada saingan selama tiga hari di Glenmarie Golf & Country Club di sini pada 28 Mac 2014.

Professional Golf of Malaysia (PGM) dilantik oleh kerajaan untuk menyelaras kejohanan bernilai US$4 juta (RM12.8 juta) itu.

Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, acara itu dijangka disiarkan secara langsung di lebih 45 negara di seluruh dunia. - Bernama

Malaysia perlukan seri

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

pemain-pemain skuad kebangsaan melakukan latihan kecergasan dalam kolam renang dekat hotel penginapan mereka di Ipoh, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

IPOH - Misi untuk memburu gelaran hoki Piala Asia 2013 kini bergantung kepada keputusan perlawanan menentang Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A, hari ini.

Malah, jurulatih Paul Revington juga sedar hanya kemenangan dan seri sahaja mampu menjadi penyelamat buat skuad kebangsaan untuk berada di landasan memburu gelaran Piala Asia di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.

Kata Revington, anak-anak buahnya tiada pilihan selain perlu meningkat dengan cepat untuk menentang Jepun selepas tewas kepada Pakistan 1-4, kelmarin.

"Antara bahagian yang perlu diberikan perhatian ialah pada bahagian pertahanan kami.

"Ada beberapa ruang kecil pada bahagian pertahanan perlu ditutup dan diperkemaskan ketika menentang Jepun.

"Saya percaya pasukan Malaysia mampu memperbaiki kelemahan bagi mendapatkan keputusan yang baik," kata Revington.

Pada aksi hari ini Malaysia perlu meraih sekurang-kurangnya satu mata jika mahu melangkah ke separuh akhir pada Jumaat ini.

Mengikut format kejohanan hanya juara kumpulan dan naib juara sahaja layak ke separuh akhir bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Ahad ini.

Malah, aksi menentang Jepun dijangka berlangsung sengit berikutan pasukan lawan turut memasang impian ke Piala Dunia di Belanda tahun depan.

Sementara itu, Malaysia yang atas kertas dikira layak ke Piala Dunia 2014 menerusi slot Oceania turun menentang Jepun tanpa tekanan besar.

Kali terakhir Malaysia menentang Jepun ialah pada penentuan tempat kelima dan keenam pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru, bulan lepas.

Pada kejohanan itu, Malaysia dipaksa bekerja keras untuk menewaskan Jepun menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Pitsterpro lancar dua model supermoto, LXM 125R dan Pitsterpro LX450

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

dua model bergaya dengan supermoto baharu, LXM 125R dan Pitsterpro LX450 yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pitsterpro Motors (M) Sdn. Bhd. menyasarkan jualan 150 unit sebulan bagi dua model supermoto baharu, LXM 125R dan Pitsterpro LX450.

Motosikal Pitsterpro yang merupakan jenama dari Amerika Syarikat (AS) itu dipasang sepenuhnya secara pemasangan komponen terurai (CKD) di Rawang.

Ia hasil kerjasama Pitsterpro Motors dengan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (Momos), yang memasang bahagian supermoto berkenaan dan Pitsterpro bertindak sebagai pengedar tunggal di negara ini.

Pengurus Besar Pitsterpro, Idon Pang berkata, motosikal LX450 adalah model supermotor pertama yang dipasang di dalam negara.

"Kita yakin kedua-dua model ini akan mendapat sambutan bersandarkan kualiti, harga, ciri keselamatan dan prestasinya yang mengagumkan.

"Kedua-dua model ini telah berada di pasaran dan mempunyai dua varian warna iaitu hitam dan putih," katanya selepas melancarkan dua model supermoto baharu itu di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Mofaz, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.

Model LXM 125R dijual pada harga RM6,860 (harga atas jalan) sebuah, manakala model LX450 yang berkuasa 450cc dijual pada harga RM22,123.43 (harga atas jalan).

Selain itu, Pang mensasarkan untuk melantik 60 hingga 70 pengedar setiap bulan berbanding 35 pengedar sedia ada.

"Ini akan menggalakkan lagi jualan supermoto itu, sekali gus membuka peluang kepada syarikat untuk menembusi pasaran luar negara," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved