Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ringkas tetapi berprestij

Posted:

Ringkas tetapi berprestij

Ringkas tetapi berprestij

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my


beg tangan dan kasut Michael Kors untuk musim luruh 2011 tampil dengan pelbagai warna dan reka bentuk.


TAMPIL gaya mewah dan anggun, koleksi Michael Kors kali ini lambang 30 tahun kemewahan Amerika.

Rekaan barunya ternyata lebih ringkas dengan warna lembut, warna tanah dan warna-warna gelap.

Michael Kors merupakan individu bertanggungjawab menghasilkan rekaannya sendiri. Menampilkan rekaan mewah dan eksklusif untuk musim luruh tahun ini, Michael Kors menggunakan fabrik polos berkualiti tinggi dalam menterjemahkan setiap rekaannya.

Direalisasikan menerusi himpunan terbarunya, semua rekaan Michael Kors dicipta untuk tata gaya kehidupan moden dan berani. Ia sudah pasti sesuai digayakan ke mana-mana jua tanpa mengira sama ada majlis rasmi atau tidak rasmi.

Setiap rekaan Michael Kors kaya dengan budaya dan seni. Ini sekali gus mencerminkan falsafah Michael Kors dalam menghasilkan koleksi mewah dan berkualiti tinggi dengan gaya Eropah.

Kebanyakan rekaan mempamerkan warna tanah seperti coklat, kelabu, putih dan krim.

Reka bentuk glamor mengikuti trend memperlihatkan baju, seluar serta blaus wanita juga banyak bermain dengan warna putih dan hitam.

Sudah pasti rekaan Michael Kors menampilkan warna rekaan yang segar, natural dan lembut khusus untuk mereka yang mementingkan gaya canggih.

Selain baju, seluar dan gaun, Michael Kors tampil dengan pelbagai aksesori wanita seperti kasut, beg tangan dan perhiasan diri.

Semua himpunan aksesori itu dihasilkan ringkas, mencerminkan gaya hidup kasual.

Himpunan beg tangan dan kasut nampak indah dengan pelbagai rekaan dan warna.

Kesimpulannya, kesemua rekaan musim luruh 2011 Michael Kors adalah ringkas tetapi masih menampilkan gaya berprestij.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Fazura setia pada satu produk

Posted:

Fazura setia pada satu produk

Fazura setia pada satu produk

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
pengarang@utusan.com.my


SESI tata rias kuku yang begitu menceriakan para peminat Fazura.


MEMANG sejak dari zaman remaja lagi, pelakon terkenal, Nur Fazura hanya menggunakan satu jenis produk untuk penjagaan kulit wajahnya. Menurut aktres jelita ini lagi, dia tidak suka banyak produk kerana keberkesanan satu produk itu mencukupi baginya.

"Cara Faz menjaga diri tidak susah, setiap pagi Faz akan ambil cuka epal, dan beberapa lagi suplemen serta jus oren. Dan Faz juga memang sudah beberapa tahun tidak minum minuman berais," jelas Fazura yang ditemui di majlis beramah mesra Bintang Selebriti Lux di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Jelas pelakon dan juga pengacara itu lagi, dia juga tidak menjamah makanan berminyak kerana tahu ia tidak baik untuk kesihatan.

"Faz memang banyak makan buah, buah yang paling banyak Faz makan ialah nanas. Walaupun ada yang mengatakan nanas 'tajam' untuk perempuan tapi Faz yakin dengan vitamin c yang ada dalam buah tersebut memberi keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh Faz," jelasnya.

Selain menjaga pemakanan, Fazura juga sering memanjakan diri di spa, dia paling gemar berurut. Menurut Fazura, ketika berurut dia akan rasa begitu lega, segar dan benar-benar merehatkan mindanya juga.

"Faz akan berurut sekurang-kurangnya dua kali sebulan, skrub badan pula dua kali seminggu, Faz juga percaya bahawa aroma terapi memang memberi kesan untuk merehatkan minda seseorang," jelas Fazura yang kini merupakan duta jenama pembersih badan Lux.

Menurut si cantik ini lagi, jika tidak berlakon, dia memang bukan seorang yang gemar mengenakan solekan. Yang akan dibuat sebelum keluar ialah memakai krim pelindung matahari dan sedikit gincu, alasannya supaya kulit bebas bernafas.

"Sebelum tidur pula biasanya Faz akan memasangkan lilin dan minyak aroma terapi. Faz akan pastikan sebelum tidur buang semua energi negatif, tidur dengan minda yang positif, kadang-kadang Faz akan baca buku atau menonton DVD, tapi sudah jarang dapat peluang tersebut kerana kesibukan tugasan lakonan," ujarnya.

Bagi Fazura, kecantikan sebenar bukan terletak pada rupa, ia lebih kepada cara seorang wanita itu membawa dirinya. Cara berinteraksi, tutur kata yang elok, itulah kecantikan yang sebenarnya bagi seorang wanita.

"Satu yang menjadi pesanan mama Faz ialah untuk menjaga kecantikan seorang wanita itu perlu cukup tidur," ujarnya yang mengagumi kejelitaan bintang antarabangsa, Angelina Jolie.

Dalam pada itu, Fazura sebenarnya didatangkan khas oleh Lux untuk memenuhi permintaan peminat setianya yang telah memenangi pertandingan mencipta tanda tangan Lux.

Seramai 10 pemenang telah dipilih dalam pertandingan yang telah berlangsung dari 16 Jun hingga 16 Julai lalu. Kesepuluh pemenang ini juga boleh membawa kawan baik mereka untuk sesi tatarias kuku dan majlis makan malam eksklusif bersama Nur Fazura, artis kesayangan mereka.

Malah Fazura turut berkongsi rahsia kecantikan dengan pemenang kali ini dalam suasana penuh intim. Selain beramah mesra, para pemenang ini juga berpeluang membawa pulang produk mandian badan Lux yang sudah ditandatangani oleh Nur Fazura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kupon RM2 tindas penumpang

Posted:

Kupon RM2 tindas penumpang

Kupon RM2 tindas penumpang

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian pemandu teksi bersama Pemuda UMNO, MCA, MIC dan NGO mengadakan piket membantah sistem kupon di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 29 Julai - Kira-kira 300 pemandu teksi di Terminal Pengangkutan Awam Larkin di sini, berpiket membantah kaunter tiket teksi yang mengenakan kupon RM2 bagi setiap penumpang yang dikuatkuasakan mulai semalam.

Piket yang turut disertai oleh wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, MIC dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak bersetuju dengan sistem tersebut kerana didakwa membebankan penumpang.

Seorang pemandu teksi, Samsul Kahar Othman, 45, mendakwa sistem baru itu bukan sahaja menyusahkan penumpang dan pemandu teksi, malah, dilihat menguntungkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Kita dapati SPAD dan pihak yang ditugaskan mengutip duit iaitu Mesra Indah Jaya Sdn. Bhd. (MIJ) mempunyai kepentingan dan hanya mahu untung 'atas angin'.

"Bayangkan jika lokasi yang dituju mengambil masa lebih lama daripada biasa kerana kesesakan, sudah tentu tambangnya akan lebih dan ini tentu merugikan pemandu teksi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rakannya, Rozano Salleh, 47, pula mendakwa sistem itu menyusahkan mereka kerana kupon tersebut hanya boleh tuntut dalam masa seminggu selepas dikumpulkan.

"Keadaan ini membuatkan kami susah kerana apa yang kami mahu makan kalau kena kumpul kupon dalam seminggu lepas itu baru boleh tuntut wang," katanya.

Seorang penumpang, Ibrahim Azamat, 46, yang menggunakan perkhidmatan teksi di situ setiap hari berkata, sistem itu tidak perlu kerana sistem sedia ada menggunakan meter memberi kepuasan kepada pemandu dan pelanggan.

"Saya berulang-alik setiap hari dari Larkin ke Kampung Majidee dengan tambang RM6 dan sekarang RM8 pula. Bukankah ini bakal menimbulkan kemarahan penumpang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor Bahru akan menyerahkan memorandum bantahan kepada SPAD dalam masa terdekat.

Menurutnya, sistem tersebut menguntungkan sebelah pihak sahaja dan perlu mendapat persetujuan persatuan teksi dan penumpang sebelum dilaksanakan.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi pula berkata, sistem sedia iaitu dengan menggunakan meter adalah paling praktikal dan tidak banyak menimbulkan masalah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lahirkan modal insan berkualiti – Asiah

Posted:

Lahirkan modal insan berkualiti – Asiah

Lahirkan modal insan berkualiti – Asiah


Orang ramai mengerumuni gerai-gerai pada Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran di Bandar Penawar, Johor, semalam.


KOTA TINGGI 29 Julai – Pembangunan modal insan berkualiti merupakan perkara utama dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff berkata, antara langkah penting yang diambil bagi merealisasikan wawasan tersebut termasuk menyediakan peluang kemahiran kepada rakyat.

Beliau berkata, menerusi program kemahiran yang ditawarkan di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, kerajaan yakin mampu melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran semasa.

"Pembangunan ekonomi yang pesat di negeri ini perlu seiring dengan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah, terutamanya golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan dan masih di bawah garis miskin serta miskin tegar.

"Justeru, kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan secara inklusif dan turut memberi fokus kepada pembangunan modal insan," katanya semasa merasmikan Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Bandar Penawar di sini, hari ini.

Karnival selama tiga hari yang bermula semalam itu menyediakan pelbagai peluang kepada orang ramai menambah ilmu pengetahuan untuk melahirkan modal insan berkualiti bagi memenuhi pasaran kerjaya.

Program 'turun padang' secara menyeluruh dan agresif yang diadakan itu membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000.

Asiah berkata, Kepak 2011 merupakan program yang direncanakan oleh kerajaan negeri sebagai inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.

"Keunikan Kepak juga terletak kepada konsep permuafakatan jabatan serta agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan serta swasta.

"Kerajaan negeri akan meneruskan usaha seperti ini dengan memperbanyakkan program turun padang yang lebih agresif bagi memberi peluang kerjaya, perniagaan dan kemahiran," katanya.

Berdasarkan sambutan yang diterima, kerajaan negeri dengan kerjasama agensi awam dan swasta akan membawa program Kepak ke daerah lain di negeri ini dalam usaha memastikan penglibatan anak tempatan lebih menyeluruh dalam peluang kerjaya yang disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Rawatan, wad wanita lebih selesa di HTJS

Posted:

Rawatan, wad wanita lebih selesa di HTJS

Rawatan, wad wanita lebih selesa di HTJS

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan dan Jaafar Che Mat (tengah) bersama sebahagian kakitangan hospital menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun Kelima Penjenamaan Semula Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, semalam.


SEREMBAN 29 Julai - Pembinaan Pusat Rawatan Harian dan Hemodialisis serta Wad Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dijangka memberikan impak positif kepada penduduk negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek yang menelan belanja RM236.7 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu selain Pakej Rangsangan Ekonomi oleh kerajaan dijangka menyelesaikan beberapa isu termasuk tempat letak kereta.

''Pusat Rawatan Harian dan Hemodialisis yang kini sudah 91 peratus siap dijangka memberikan keselesaan kepada orang ramai yang mendapatkan rawatan di hospital ini.

''Sementara pembinaan Wad Wanita dan Kanak-Kanak pula akan memudahkan pihak hospital memberikan perkhidmatan berkualiti terhadap pesakit selain mengurangkan kesesakan lalu lintas akibat kekurangan tempat letak kereta," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Ulang Tahun Kelima Penamaan HTJS di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir dan Pengarah HTJS, Dr. Jaafar Che Mat.

Dalam pada itu, Mohamad juga berbangga dengan kemajuan yang dilakar oleh HTJS dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai hasil daripada sokongan dan komitmen oleh setiap warga hospital berkenaan.

''Walaupun pelbagai kecemerlangan sudah dilakar oleh HTJS, namun ia tidak bererti kita boleh berada di tempat yang selesa.

''Sebaliknya usaha berterusan untuk mengangkat martabat HTJS perlu dilakukan secara berterusan ke tahap lebih tinggi,'' kata Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin sertai Bulan Patriotik

Posted:

Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin sertai Bulan Patriotik

Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin sertai Bulan Patriotik


Fadhilah Shahurain (tengah) bersama guru-guru dan pelajar menyertai sambutan Bulan Patriotik di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, semalam.


MANTIN 29 Julai - Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54, seramai 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin menyertai sambutan Bulan Patriotik anjuran sekolah berkenaan.

Pengetua Kanan SMK Mantin, Fadhilah Shahurain berkata, program selama sebulan itu bertujuan membolehkan warga pendidik memberi galakan kepada pelajar untuk menanam semangat mencintai negara.

Katanya, menerusi tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera serta pengisian program berkenaan, diyakini mampu memupuk semangat menghargai erti kemerdekaan negara di kalangan pelajar.

''Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang kita miliki hari ini tanpa mengira kira kaum, bangsa dan agama.

''Semangat ini mesti dimiliki oleh setiap individu bagi melambangkan identiti rakyat yang hidup dalam komuniti yang bersatu padu dan berbudaya tinggi," katanya ketika ditemui pada perasmian sambutan berkenaan di SMK Mantin di sini, hari ini.

Jelasnya, antara pengisian program termasuk pameran patriotik, tayangan video dan pelbagai pertandingan seperti penghasilan kolum, kek merdeka dan menghias papan kenyataan.

Bagi seorang pelajar, Men Foo Hoo, 19, sambutan kemerdekaan bukan sekadar dilafaz, sebaliknya ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya disemat serta lahir dari dalam diri setiap individu.

''Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana mampu memiliki harga diri yang tinggi bernaung di bawah satu negara yang aman," katanya.

Sementara itu, N. Nagajothi, 18, berkata, menerusi program berkenaan, pelajar berpeluang memperingati jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam usaha memelihara perpaduan sejak negara mencapai kemerdekaan.

''Saya berasa amat bertuah kerana mengecapi hidup dalam masyarakat berbilang kaum yang bersatu.

''Program ini akan membangkitkan semangat patriotik di kalangan pelajar," ujarnya.

Menurut seorang lagi pelajar, Muhammad Hazim Redzuan, 18, program tersebut merupakan platform terbaik bagi para pelajar untuk mengenangkan kepayahan pemimpin serta tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

''Program ini amat baik bukan sahaja untuk memupuk semangat cintakan tanah air, tetapi menyedarkan kita tentang peranan generasi kami untuk terus berjuang demi kemajuan dan perpaduan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peneroka jangan percaya anasir luar

Posted:

Peneroka jangan percaya anasir luar

Peneroka jangan percaya anasir luar

ALOR GAJAH 29 Julai - Peneroka Felda di negeri ini diminta tidak mudah terpedaya dengan anasir luar yang cuba menyebarkan dakyah negatif bertujuan memecahbelahkan perpaduan golongan itu.

Exco Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia, Jamaludin Che Ros berkata, golongan itu perlu bersatu hati dan proaktif mengerakkan program komuniti sesama mereka agar silaturahim yang terjalin terus berkekalan.

Menurutnya, sikap mementingkan diri segelintir masyarakat peneroka Felda dan enggan terlibat dengan sebarang program anjuran kerajaan menyebabkan perpaduan golongan itu terhakis.

''Semangat masyarakat peneroka hari ini berbeza dengan generasi awal kerana keadaan telah berubah dan masyarakat peneroka sekarang menjalani kehidupan lebih baik berbanding dulu," katanya pada program Sambutan Hari Peneroka peringkat Felda Hutan Percha di sini, hari ini.

Kira-kira 60 orang masyarakat Felda Hutan Percha terlibat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan sempena program itu termasuk pertandingan cari harta karun, majlis tahlil, hafazan al-Quran dan pertandingan gubahan bunga.

Kata Jamaludin, amalan tradisi peneroka Felda dahulu juga semakin dilupakan oleh generasi hari ini termasuk lebih gemar menyediakan hidangan kenduri secara katering.

Namun, ujarnya, keprihatinan kerajaan termasuk Felda telah berjaya meningkatkan status kehidupan masyarakat di tanah rancangan ke peringkat lebih baik malah dikenali hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, peranan Felda dipertingkatkan secara menyeluruh dan akhirnya berjaya membangunkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat peneroka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Prima: Golongan muda ada tempat

Posted:

Prima: Golongan muda ada tempat

Prima: Golongan muda ada tempat


NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin melihat model kondominium mewah selepas perasmian BN Youth Hope 'Rumah Pertamaku' di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Khairy Jamaluddin.


KUALA LUMPUR 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan sebahagian daripada rumah mampu milik di bawah program Projek Perumahan 1Malaysia (Prima) turut diperuntukkan kepada golongan muda.

Kata Perdana Menteri, ia selaras dengan dasar dan agenda kerajaan dalam pemilikan rumah di kalangan rakyat termasuk menerusi Skim Rumah Pertamaku yang menyasarkan golongan muda di bawah umur 35 tahun dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan dan ditawarkan pinjaman 100 peratus.

"Malah kerajaan dalam dasar pemilikan rumah di kalangan rakyat juga tidak mengabaikan golongan yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan yang mana sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) misalnya, kerajaan telah membina 111,000 buah rumah mampu milik dengan 75 peratus daripadanya disasarkan kepada golongan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kempen Pameran Program Pemilikan Rumah (Hope) 2011 anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khariy Jamaluddin.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya memohon kerajaan mempertimbangkan satu bentuk kuota khas kepada golongan muda untuk memiliki rumah di bawah program Prima yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, Hope 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini bakal memberi peluang kepada golongan muda mendapatkan rumah idaman menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Kata beliau, program itu yang menghimpunkan pembeli, pemaju dan syarikat kewangan di bawah satu bumbung bakal memudahkan golongan muda mendapatkan maklumat mengenai rumah mampu milik yang ditawarkan kepada mereka di bawah skim tersebut.

"Kita menjangkakan pameran ini akan mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 15,000 kumpulan sasar iaitu golongan muda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM nafi lulus Projek Gas Trans-Asian

Posted:

PM nafi lulus Projek Gas Trans-Asian

PM nafi lulus Projek Gas Trans-Asian

KUALA LUMPUR 29 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan beliau memberi persetujuan kepada sebuah syarikat tempatan untuk membangunkan saluran paip gas dari Mersing, Johor ke China.

Beliau yang tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut ketika diajukan soalan oleh pemberita berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai keputusan untuk membenarkan syarikat tempatan berkenaan ketika ini.

"Tidak ada. Perkara ini kita tidak pernah bincangkan," katanya ringkas selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lima beradik dapat sijil lahir

Posted:

Lima beradik dapat sijil lahir

Lima beradik dapat sijil lahir


ABU Seman Yusop (tengah) dan Amir Hamzah Aziz (kanan) bermesra dengan lima beradik dan ibu bapa mereka selepas menyerahkan sijil lahir di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 29 Julai - Penantian sepasang suami isteri bagi memperoleh sijil kelahiran untuk lima anak mereka sejak hampir 10 tahun lalu berakhir hari ini.

Jamilah Zulkifli, 37, dan suaminya, Adnan Darus, 49, yang tinggal di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah di sini berkata, pendaftaran kelahiran kelima-lima anak mereka tidak dapat dilakukan sebelum ini berikutan sijil nikah mereka hilang.

Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan penggantian juga masih belum berhasil.

Bagaimanapun, katanya, dia dan suami bersyukur kerana dua daripada lima anaknya tidak menghadapi masalah untuk bersekolah kerana mendapat surat sokongan daripada Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri.

"Dua anak saya tidak menghadapi masalah untuk bersekolah kerana Pembela BN telah mengeluarkan surat yang menyatakan sijil kelahiran untuk anak saya sedang diproses," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sijil kelahiran bagi kesemua anaknya berusia setahun hingga sembilan tahun itu di rumahnya di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Sijil berkenaan disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop. Turut hadir Ketua Penyelia Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.

Menurut Jamilah, dia kini tidak lagi bimbang terhadap masa depan anak-anaknya terutama apabila mereka semakin meningkat dewasa.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Pembela BN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Datuk (Abu Seman) kerana datang ke rumah saya bagi menyampaikan sijil kelahiran anak-anak saya ini," katanya.

Sementara itu, Abu Seman berkata, setiap ibu bapa perlu peka dan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada agensi berkaitan seperti Pembela BN sekiranya gagal untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi anak mereka atas sebab-sebab tertentu.

"Kes ini berjaya diselesaikan cepat kerana lima beradik ini berusia bawah 12 tahun dan bagi kes orang dewasa, ia memerlukan prosedur tertentu yang memakan masa lebih lama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM4j bantu golongan miskin

Posted:

RM4j bantu golongan miskin

RM4j bantu golongan miskin

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 29 Julai – Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) membelanjakan RM4.042 juta bagi membantu 479 golongan miskin menceburi perniagaan di bawah Skim Pinjaman Mikro Kredit sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu.

Ketua Khidmat Mikrokreditnya, Ghaffarud-din Usulud-din berkata, skim tersebut yang bertujuan menjana pendapatan golongan kurang berkemampuan itu sekali gus diharapkan mampu mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

"Kita memberikan pinjaman dalam lingkungan RM2,000 ke RM20,000 untuk mereka yang mempunyai isi pendapatan rumah kurang daripada RM1,500 terlibat dalam bidang perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan peruncitan.

"Untuk tujuh bulan pertama tahun ini, kita menerima bayaran balik pinjaman cukup memberangsangkan kerana melebihi daripada yang kita sepatutnya kutip," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Penganugerahan Skim Pinjaman Mikro Kredit YBUDR kepada 25 penerima di sini, semalam.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Khidmat Korporat YBUDR, Hairul Anwar Mohamed Nor.

Pada majlis tersebut, satu taklimat perniagaan ringkas turut diberikan kepada bakal-bakal penerima skim pinjaman mikro kredit tersebut.

Dalam pada itu, Ghaffarud-din berkata, pihaknya akan menilai setiap permohonan terlebih dahulu bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerimanya sahaja.

Selain itu, katanya, YBUDR juga akan melakukan pemantauan perniagaan ke atas semua peminjamnya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Sementara itu, seorang suri rumah, Laila Hussin, 44, yang bakal menerima pinjaman tersebut berkata, dia berhasrat untuk menjalankan perniagaan menjual makanan seperti nasi lemak dan kuih di rumahnya di Pasir Puteh.

"Saya baru berhenti kerja sebagai pekerja am di sebuah pasar raya setelah berkhidmat selama 25 tahun.

"Melalui skim pinjaman mikro kredit, saya harap dapat memulakan perniagaan seterusnya mengembangkannya melalui jualan secara bergerak menggunakan van," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kompaun, penjara makan di tempat terbuka semasa Ramadan

Posted:

Kompaun, penjara makan di tempat terbuka semasa Ramadan

Kompaun, penjara makan di tempat terbuka semasa Ramadan

PULAU PINANG 29 Julai - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan bertindak tegas terhadap umat Islam yang tidak menghormati Ramadan termasuk mengenakan kompaun dan penjara untuk mereka yang ditahan kerana makan di tempat terbuka.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, tindakan sama juga akan diambil terhadap pengusaha premis yang didapati menghidangkan makanan kepada umat Islam sepanjang Ramadan ini.

Menurut beliau, pihaknya akan mengadakan Ops Jejak pada setiap hari sepanjang Ramadan mulai pukul 7 pagi melibatkan setiap lima daerah di negeri ini.

''Umat Islam yang didapati menjual apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda-benda lain untuk dimakan, diminum atau dihisap juga boleh didakwa mengikut seksyen 15(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

''Mereka yang didapati makan atau minum secara terbuka atau di tempat awam pula didakwa mengikut Seksyen 15 (b). Jika didapati bersalah, kesemua mereka akan dikenakan kompaun RM1,000 atau enam bulan penjara atau keduanya-duanya sekali," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Jaafar memberitahu, pihaknya juga akan meningkatkan serbuan ke atas pusat hiburan, kafe siber dan premis nombor ekor dalam operasi Ops Judi dan Ops Cegah Maksiat.

Katanya, penguat kuasa JHEAIPP tidak akan berkompromi dengan pesalah yang melakukan tindakan tersebut dan pemantauan dijalankan secara berterusan.

Orang ramai yang ingin membuat laporan boleh melayari laman web e-aduan maksiat: penguatkuasajaipp.blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zurinah terima bantuan barang makanan

Posted:

Zurinah terima bantuan barang makanan

Zurinah terima bantuan barang makanan


Lim Weng Khung (kiri) menyerahkan pelbagai barang makanan kepada Zurinah Ibrahim di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.


SUNGAI PETANI 29 Julai - Bulan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi dijangka membawa sinar baru kepada seorang ibu tunggal, Zurinah Ibrahim yang cedera dalam kejadian ambulans terbalik di sini, baru-baru ini.

Zurinah, 48, yang turut menghidap penyakit kanser pundi kencing, kini boleh menarik nafas lega apabila beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan.

Semalam, sebuah pasar raya besar, Econsave di Bandar Puteri Jaya dekat sini, menghulurkan bantuan berupa barang makanan berjumlah RM1,000 di rumah wanita itu di Taman Bandar Baru Sungai Lalang, di sini.

Dia yang tidak dapat bekerja sejak kemalangan itu, amat bersyukur dengan kunjungan Pengurus Econsave, Zamzuri Mansor dan Pengurus Pengeluaran, Lim Weng Khung yang berjanji untuk meringankan bebannya bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Menurut Zurinah, sebelum ini, dia berasa bimbang kerana tidak mampu membeli barang persiapan menyambut bulan puasa.

"Dulu saya berniaga kecil-kecilan dengan menjual rojak di hadapan rumah dan hasilnya dapatlah tampung perbelanjaan harian. Namun, selepas terlibat dalam kemalangan itu, saya hilang punca," katanya.

Ibu tunggal itu memberitahu, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan RM300 sebulan, namun wang tersebut tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi tambahan pula perlu tanggung perbelanjaan sekolah anak-anak.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana Econsave bermurah hati menghulurkan bantuan kepadanya.

Sementara itu, Zamzuri berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Zurinah selepas membaca kisahnya yang disiarkan Utusan Malaysia pada 25 Jun lalu.

"Bantuan yang kami sampaikan sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau dan keluarga terutama apabila hendak masuk bulan puasa ini," katanya.

Zurinah cedera parah dengan patah tulang selangka dan bahu kiri selepas terlibat dalam kejadian ambulans terbalik di persimpangan Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara, di sini, pada 20 Jun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pendaftaran biometrik dilanjutkan

Posted:

Pendaftaran biometrik dilanjutkan

Pendaftaran biometrik dilanjutkan

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


HISHAMMUDDIN Tun Hussein mengucapkan tahniah kepada Gouri Dasi Malakar, 80, yang mendapat penganugerahan dokumen pengenalan diri sempena program MyDaftar Masyarakat India di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Julai – Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sepatutnya berakhir 31 Julai ini akan dilanjutkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu juga akan berjalan serentak dengan program pendaftaran pekerja asing tidak sah yang akan bermula pada 1 Ogos ini.

"Sasaran kita adalah supaya proses pendaftaran pekerja asing sah dan tidak sah ini dapat diselesaikan secara keseluruhannya dengan cepat.

"Dari situ barulah kita dapat tahu berapakah jumlah sebenarnya pekerja dan warga asing yang berada di dalam negara kita ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri kepada 100 penduduk keturunan India di sini hari ini.

Hishammuddin menambah, proses pendaftaran biometrik pekerja asing itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh kerana ia melibatkan soal keselamatan terutama dari sudut jenayah rentas sempadan.

Katanya, meskipun pasukan keselamatan negara ketika ini masih berjaya mengawal keselamatan membabitkan anasir luar, namun jumlah pekerja asing yang bertambah boleh memberi tekanan dan meningkatkan ancaman kepada keselamatan negara.

"Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada masa depan membabitkan pekerja asing ini, maka ketika itu kita sudah terlewat," katanya.

Hishammuddin menambah, proses pendaftaran biometrik itu juga dapat membantu kerajaan menempatkan pekerja asing di sektor yang memerlukan tanpa perlu membawa masuk pekerja asing baru.

Justeru, tegas beliau, mana-mana majikan dan pekerja asing yang gagal mendaftar selepas tarikh baru yang akan diberitahu kelak tidak boleh menyalahkan kerajaan sekiranya dikenakan tindakan termasuk dihantar pulang ke negara asal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Selesaikan masalah rakyat

Posted:

Selesaikan masalah rakyat

Selesaikan masalah rakyat

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com,my


NAJIB Tun Razak memotong pulut kuning sempena ulang tahun kelahirannya sambil diberi tepukan oleh Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan kanan UMNO sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Menara Dato' Onn, PWTC, semalam. – Utusan/ Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 29 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa sayap-sayap politik dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) mengambil inisiatif mengadakan program yang boleh menyelesaikan masalah rakyat secara langsung.

Kata Perdana Menteri, menerusi pendekatan yang merupakan salah satu aspek penting di bawah model baru politik itu, rakyat dapat didekatkan dengan sayap-sayap parti dan parti-parti komponen BN.

"Rakyat juga tidak akan bergantung kepada pihak lain, sebaliknya meletakkan sepenuh harapan kepada BN bahawa parti inilah yang mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kempen Program Pameran Pemilikan Rumah (Hope) 2011 anjuran Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Najib menambah, BN dalam mendahulukan keperluan rakyat juga sentiasa utuh dan tidak pernah goyah meskipun sering dipertikai dan diperlekehkan oleh pembangkang.

Katanya, pembangkang boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan namun BN tidak akan sesekali lari daripada tanggungjawab untuk terus membela nasib rakyat.

"Apa yang penting adalah BN amat serius dan komited (membela nasib rakyat). Daripada keperluan rumah sehinggalah kepada harga bekalan ayam serta keperluan lain, kita akan tetap memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Kerana itu tegas Najib lagi, BN akan kekal menjadi pilihan utama rakyat sekiranya tidak tergelincir daripada landasan membela nasib rakyat itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri

Posted:

Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri

Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Nuramni ATIRAH CHE PAUZI


KOTA BHARU 29 Julai - Bulan Ramadan bakal menjelma minggu depan dan kesempatan itu digunakan sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka untuk membeli persiapan menyambut bulan puasa dan baju raya.

Namun, apa yang dirancang, lain pula jadinya. Ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Che Pauzi Mamat, 44, mengundur untuk keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok di sini, dia secara tidak sengaja terlanggar dan tergilis anak perempuannya itu yang baru berusia setahun 10 bulan sehingga mati.

Nuramni Atirah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus digilis kereta yang diundur bapanya itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Che Pauzi ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38.

"Sebelum itu, saya panaskan enjin kereta selama 15 minit dan saya ingat anak saya bersama isteri. Saya kemudian mengundurkan kereta. Tiba-tiba saya dengar orang yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu anak saya ada di bawah.

"Saya keluar dari kenderaan, sudah tidak boleh buat apa-apa bila melihat Nuramni Atirah dalam keadaan terduduk di tayar depan sebelah kiri.

"Saya terus bawa dia pergi ke klinik, ketika itu dia masih bernafas tetapi sampai di klinik dia sudah tiada," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hospital tersebut hari ini.

Che Pauzi, pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini berkata, kehilangan Nuramni Atirah amat dirasainya kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas dua kali berkahwin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Waspada denggi di Telipot

Posted:

Waspada denggi di Telipot

Waspada denggi di Telipot

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Julai – Penduduk sekitar Telipot dekat sini, diminta berwaspada dan melakukan kerja-kerja pembersihan premis kediaman masing-masing bagi mengelak berulangnya kes wabak denggi.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, tahun lalu Telipot dikategorikan sebagai kawasan red spot selepas wabak berlaku dalam tempoh lebih sebulan.

Beliau berkata, kejadian sama tidak mustahil berlaku sekali lagi sekiranya penduduk mengambil mudah aspek penjagaan kebersihan dengan membiarkan air bertakung terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang.

"Penduduk jangan hanya membuat pembersihan kawasan kediaman apabila ada wabak. Sepatutnya, mereka menjadikan kerja-kerja membersihkan kediaman sebagai satu tabiat dengan memperuntukan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas operasi penyemburan asap mencegah nyamuk aedes yang dilancarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri di perumahan sekitar belakang Jalan Asrama Zainab dekat sini, lewat petang semalam yang dikenal pasti telah mencatatkan kes demam denggi.

Menurut Wan Mansor, selain sikap penduduk yang masih tidak mengambil berat aspek penjagaan kebersihan premis kediaman, pihaknya juga berdepan masalah kewujudan rumah-rumah kosong yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beliau berkata, kerja-kerja penyemburan asap yang dilakukan oleh jabatan hanyalah penyelesaian jangka pendek bagi mencegah penularan nyamuk aedes di premis-premis kediaman.

"Penyelesaian berkekalan ialah sikap penduduk yang sentiasa menjaga kebersihan persekitaran rumah dengan memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Secara umum, kes menurun berbanding tahun lalu, tetapi kita tidak boleh berhenti, tambahan pula musim hujan dan panas sekarang memudahkan nyamuk membiak," katanya.

Wan Mansor turut melahirkan kebimbangan sekiranya senario itu tidak berubah, berkemungkinan kes denggi 'boleh meletup' apabila rakyat Kelantan di perantauan pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang Hari Raya akan datang.

Tahun lalu, Kelantan mencatatkan 3,578 kes denggi membabitkan 11 kematian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tengku Mahkota Kelantan agih mesin hemodialisis

Posted:

Tengku Mahkota Kelantan agih mesin hemodialisis

Tengku Mahkota Kelantan agih mesin hemodialisis


Tengku Muhammad Fa-iz Petra (tiga dari kanan) menyerahkan mesin hemodialisis kepada hospital-hospital kerajaan d Kolej Kejururawatan di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 29 Julai - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mencemar duli berangkat ke majlis Pengurniaan Mesin Hemodialisis di Kolej Kejururawatan di sini, semalam.

Baginda telah menyerahkan sembilan mesin tersebut yang bernilai RM400,000 kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Che Will Awang yang mewakili hospital-hospital kerajaan di sini.

Che Will dalam ucapannya berkata, sumbangan tersebut merupakan kesinambungan bantuan mesin hemodialisis yang diserahkan oleh MAIK kepada pihak hospital kerajaan pada 2007 dan 2008 sebanyak tujuh buah bernilai RM311,000.

Katanya berdasarkan rekod, jumlah pesakit buah pinggang di negeri ini meningkat sebanyak enam kali ganda dalam tempoh sembilan tahun.

"Pada 2001, pesakit buah pinggang seramai 165 orang dan meningkat kepada 739 orang pada tahun lalu. Disebabkan kekurangan pusat rawatan hemodialisis di negeri ini, kadar purata keupayaan perawatan pesakit baru buah pinggang adalah rendah iaitu 83 orang bagi sejuta penduduk berbanding purata kebangsaan 160 orang untuk nisbah yang sama.

"Melalui sumbangan yang disampaikan hari ini diharap memberi peluang kepada lebih ramai lagi pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan terutama di kalangan senarai menunggu akan mendapat rawatan," katanya.

Menurutnya, tahun lalu terdapat hanya 21 buah pusat rawatan hemodialisis di negeri ini dengan jumlah mesin 88 buah yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan di hospital-hospital daerah.

Selain itu, 62 buah dikendali oleh pihak swasta manakala 24 lagi diurus pertubuhan bukan kerajaan.

"Selain sumbangan mesin hemodialisis, MAIK juga merupakan penyumbang agihan zakat kepada pihak hospital sebanyak RM792,000 yang melibatkan 391 pesakit.

"MAIK juga telah menyampaikan bantuan RM269,565 kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II melalui projek khas bantuan rawatan perubatan kanta mata sejak dimulakan pada 2004 hingga kini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis dekati remaja ajak banteras jenayah

Posted:

Polis dekati remaja ajak banteras jenayah

Polis dekati remaja ajak banteras jenayah


Mazlan Lazim (kanan) bersalam dengan peserta tarik tali sempena Program Polis Bersama Masyarakat di Kampung Sabak, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 29 Julai - Polis Kelantan akan mendekati remaja dan menjadikan mereka sumber maklumat dalam usaha membanteras dan mencegah jenayah di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis akan merancang pelbagai program bersesuaian untuk menarik dan memberi kesedaran kepada golongan ini tentang bahaya jenayah.

"Polis harap menerusi program sebegini kadar jenayah dapat terus dikurangkan dan kerjasama antara remaja juga dilihat penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Polis Bersama Masyarakat Sabak dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin.

Menurutnya, pendekatan tersebut diperkenalkan sebagai menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Bulan Cegah Jenayah di Melaka baru-baru ini yang bertemakan Remaja Bersatu Memerangi Jenayah.

Mazlan memberitahu, polis akan terus 'turun padang' dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat berhubung tanggungjawab pihak berkuasa serta peranan penduduk untuk membantu.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mencadangkan supaya penduduk di kawasan Sabak aktif dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kerana ia menutup ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.

Sementara itu, Dali berkata, pihaknya menyambut baik program tersebut dan berharap ia dapat dijalankan lebih kerap bagi mendidik masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved