Khamis, 24 April 2014

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pembangunan kekalkan ciri-ciri tradisi, kebudayaan Melayu

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) 2020 bakal membangunkan Kampung Baru sebagai model baharu penempatan moden orang Melayu di tengah-tengah ibu negara.

KUALA LUMPUR 23 April - Dikenali dengan imej sebagai kampung di tengah-tengah kesibukan ibu negara, Kampung Baru di sini pasti akan berubah wajah sekiranya Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB 2020) dapat direalisasikan bagi memajukan penempatan orang Melayu itu.

Berdasarkan perancangan yang digariskan PITPKB 2020, hampir 39 buah projek akan dibangunkan dengan setiap projek menelan kos pembinaan antara RM200 juta hingga RM300 juta.

Sebagai salah satu perkampungan Melayu yang masih kekal di Kuala Lumpur, PITPKB 2020 telah digubal oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dengan mengambil kira pelbagai elemen terutama sekali mengekalkan ciri-ciri tradisi dan kekampungan kawasan itu namun dalam masa yang sama memodenkannya.

PKB ditubuhkan pada 2011 untuk memaju, menyelaras dan menyelia pembangunan Kampung Baru yang seluas 121.7 hektar.

Mengikut pelan tersebut, Kampung Baru akan dibangunkan dengan sebagai sebuah ruang bandar moden bercirikan Melayu-Islam dengan penekanan kepada aspek kebudayaan dan warisan.

Dengan kata lain, kemodenan akan menjadi tema kepada pembangunan Kampung Baru tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kampung tetap akan dikekalkan.

Ini termasuklah pengekalan unit-unit kediaman unik bercirikan seni bina rumah Melayu yang akan ditempatkan semula sebagai ruang perniagaan, inap desa, kedai-kedai berkonsepkan butik, pusat informasi pelancongan dan sebagainya.

GAMBARAN artis mengenai Pusat Kebudayaan dan Pengajian Islam yang akan dibina di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bangunan-bangunan warisan dan unik seperti Masjid Pakistan, Kelab Sultan Sulaiman dan Gurdwara Sahib akan diberi perhatian.

Turut dikekalkan adalah nama-nama jalan yang mempunyai nilai sejarah seperti Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Haji Yaakob.

Salah satu cadangan PITPKB 2020 adalah konsep Menghijaukan Kampung Baru yang akan menjadi agenda utama dalam perancangan pembangunannya. Ia bakal menyaksikan pembentukan 15 peratus kawasan lapang di atas tanah, 15 peratus lagi di atas bumbung dan penanaman 10,000 pokok-pokok yang mewujudkan suasana segar.

Selain itu, sebuah tasik rekreasi berkeluasan 6.9 hektar akan dibina sekali gus menyelamatkan semula pengaliran air Sungai Bunos.

Orang ramai pasti akan terpikat dan mengagumi usaha-usaha bagi memberikan wajah baharu kepada Kampung Baru termasuk mengekalkan tradisi penduduk antaranya amalan memasak bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru.

Terdapat tujuh peringkat pelaksanaan PITPKB 2020 yang perlu dijayakan terlebih dahulu sebelum sebarang pembangunan dapat dimulakan.

Ia melibatkan program turun padang, penyediaan draf, hari terbuka dan sesi maklum balas pemilik atau pewaris tanah, penambahbaikan, memuktamad, menerima pakai dan pelaksanaan PITPKB 2020.

Mengikut rancangan, ia akan bermula pada tahun hadapan yang melibatkan empat fasa projek pembangunan yang mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan iaitu pada tahun 2035.

Sehubungan itu, pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru dijemput meneliti draf PITPKB 2020 di pejabat PKB di Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah, di sini.

Mereka boleh mengemukan sebarang cadangan bagi tujuan pembangunan itu sehingga hujung bulan Mei ini.

Isu pemilikan tanah perlu diselesaikan segera

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Dua pemilik tanah melihat pelan pembangunan Kampung Baru di Ibu Pejabat PKB di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 23 April - Hartanah di Kampung Baru akan bernilai tinggi sekiranya dibangunkan secara penyatuan lot bagi membolehkan projek komersial berskala besar dijalankan di kawasan itu.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Datuk Astaman Abdul Aziz menjelaskan, harga tanah akan meningkat jika terdapat prospek dan corak pembangunan di tanah tersebut selain tiada kemelut pemilikan hak tanah.

Pelabur dan pemaju akan lebih berminat untuk melabur sekiranya telah tersedia lot-lot sekurang-kurangnya 30,000 kaki persegi atau tanah yang luas bagi menjayakan pembangunan bersifat ikonik.

Mereka tidak akan membangunkan mana-mana tanah yang bersaiz kecil, tidak strategik dan bermasalah.

Jika kita selesaikan dahulu soal pemilikan tanah dan kesemuanya dapat disatukan, maka dengan sendirinya berlaku kenaikan pada nilai tanah.

Ini kerana ada sebuah lot tanah yang dimiliki oleh lebih daripada 200 individu," katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas permintaan pemilik dan waris tanah di Kampung Baru supaya aset mereka itu dapat ditawarkan pada harga yang tinggi sehingga mencecah RM4,000 bagi setiap kaki persegi sebelum dimajukan oleh pemaju dengan projek Pembangunan Kampung Baru 2020.

Astaman berkata, kekangan utama bagi penduduk Kampung Baru adalah untuk menjual tanah kerana aset tersebut merupakan tanah kurnia dan hak milik kekal.

Bagaimanapun, jelasnya, jika para pemilik tanah bersetuju untuk lot mereka disatukan, PKB akan bertindak sebagai Badan Pendaftar yang bertanggungjawab menjaga hak untuk membangunkannya bagi pihak mereka.

Katanya, PKB tidak menetapkan secara khusus sebarang nilai atau harga asas tanah (kosong) milik penduduk Kampung Baru kerana pada amnya nilai mana-mana lokasi di bandar raya Kuala Lumpur ialah RM500 bagi satu kaki persegi.

Ini dapat dilihat pada pembinaan bangunan KLCC milik Petronas yang dibangunkan pada nilai RM400 bagi satu kaki persegi.

Bagaimanapun, setelah dibangunkan, nilai hartanah di antara pusat komersial utama di Kuala Lumpur itu telah mencecah sehingga RM2,000.

Pada asalnya tapak KLCC itu hanyalah tempat lumba kuda, jika tidak dibangunkan untuk sebarang pembangunan sehingga sekarang harga atau nilai tanah di situ hanyalah RM400 bagi satu kaki persegi," jelasnya.

Astaman memberitahu, dengan keluasan 121.96 hektar atau 1,335 lot yang dimiliki 5,300 pemilik tanah berdaftar, adalah sukar untuk menetapkan nilai tanah secara sama rata di Kampung Baru.

Sudah tentu tanah yang terletak berhampiran Jalan Sultan Sulaiman lebih tinggi nilainya berbanding lokasi yang agak ceruk di Kampung Baru," katanya.

Pastikan pembangunan tidak ragut hak orang Melayu

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Kiri umrah Kassim, Zulkifly

KUALA LUMPUR 23 April - Pemilik tanah di Kampung Baru menyambut baik hasrat membangunkan kawasan itu, namun mahu pemilikan tanah dan warisan orang Melayu dikekalkan.

Seorang warga emas, Umrah Kassim, 81, mahu melihat Kampung Baru dibangunkan supaya ia menjadi mercu tanda kepada penempatan orang Melayu di tengah-tengah kemajuan ibu negara.

Saya sudah tua dan tiada apa yang boleh ditinggalkan untuk anak cucu kecuali tapak rumah dan tanah di Jalan Raja Abdullah.

Justeru, bangunkanlah tapak tersebut mengikut apa yang dirasakan sesuai tetapi manfaatnya mestilah dirasai oleh anak cucu saya," katanya selepas melihat pelan pembangunan kawasan itu di Ibu Pejabat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) di Rumah Rohas, Jalan Raja Abdullah di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pewaris tanah di Kampung Baru, Zulkifly Razali 49, berkata, pada dasarnya dia bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada PKB bagi membangunkan tanah miliknya seluas 10,000 kaki persegi di kampung itu.

Bagaimanapun, tanah saya terletak bersebelahan pejabat sebuah syarikat permotoran dan sudah tentu akan timbul isu untuk menyatukan lot kedua-dua tanah tersebut. Saya tidak pasti sama ada syarikat tersebut mahu mengosongkan tanahnya untuk dibangunkan," katanya.

Seorang pengusaha syarikat penyediaan makanan, Nazwan Mohd. Saaie, 62, berkata, dia bersedia untuk membenarkan tanah miliknya seluas 10,000 kaki persegi Jalan Raja Alang dimajukan dalam usaha mengubah landskap Kampung Baru.

Saya harap pembangunan itu nanti tidak akan menghilangkan hak milik dan identiti warisan orang Melayu di kawasan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Nilai rampasan RM146,000

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Ayub Abdul Rahman (kanan) memeriksa sebahagian daripada komputer riba dan perisian cetak rompak yang dirampas di pejabatnya di Menara Ansar di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 23 April - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas pelbagai salinan perisian komputer, cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak bernilai RM146,205 sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Ayub Abd. Rahman berkata, dalam serbuan terbaharu di sebuah firma arkitek di Skudai, di sini semalam, pihaknya merampas sebuah komputer riba dan dua salinan perisian komputer bernilai RM33,000 disyaki cetak rompak.

"Sebanyak 16 kes dan serbuan dicatatkan di bawah Akta Hakcipta 1987 dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini hasil risikan, maklumat awam dan kerjasama daripada Business Software Alliance (BSA).

"Malah, dalam tempoh dua hari operasi khas membanteras cetak rompak yang dijalankan bermula kelmarin hingga Sabtu ini di premis perniagaan, syarikat termasuk pasar malam di negeri ini, sebanyak enam kes membabitkan rampasan berjumlah RM41,790 dilaporkan," katanya di pejabatnya, di sini hari ini.

Ayub memberitahu, dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, pihaknya turut mengambil keterangan daripada pemilik syarikat berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Jika sabit kesalahan, firma arkitek itu boleh didenda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap perisian cetak rompak atau penjara sehingga lima tahun.

Mengenai Akta Kawalan Bekalan 1961, beliau berkata, sebanyak 42 kes penyelewengan diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dengan rampasan bernilai RM1.31 juta dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

"Berbanding tempoh sama tahun lalu, sebanyak 72 kes dicatatkan melibatkan rampasan bernilai RM1.31 juta manakala nilai rampasan keseluruhan sepanjang tahun lalu ialah sebanyak RM5.82 juta daripada 195 kes," katanya.

Tolak cadangan bina kondominium di atas tanah ATJ - Nur Jazlan

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

JOHOR BAHRU 23 April - Kerajaan negeri diminta menolak sebarang cadangan pembangunan hartanah di atas tanah Akademi Tenis Johor (ATJ) di Taman Perling di sini kerana jelas akan membantutkan pembangunan sukan berkenaan di negeri ini.

Presiden Persatuan Tenis Johor (PTJ), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sebarang cadangan untuk memindahkan akademi itu ke kawasan lain dan menggunakan tanah terbabit untuk pembangunan kondominium perlu ditolak sama sekali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, ATJ yang terletak di Pesisiran Perling 1 jelas menjadi antara kemudahan sukan bertaraf nasional di kawasan pusat bandar raya dan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat.

"Saya mempunyai misi untuk menjadikan sukan tenis di Johor sebagai antara sukan popular di negeri ini dan sejak memegang jawatan sebagai Presiden tahun lalu, kita sudah menggariskan beberapa pelan ke arah mencapai matlamat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Akademi kendalian PTJ yang terletak di atas tanah seluas kira-kira dua hektar di sini turut mempunyai kemudahan, asrama selain dewan serta bilik seminar.

Nur Jazlan mendakwa mendengar ura-ura sebuah syarikat pemaju hartanah ada menghantar cadangan pelan pembinaan kondominium di atas tanah ATJ dan mahu memindahkan kemudahan sukan itu ke Nusa Duta.

Beliau berkata, ATJ yang dibina lebih 10 tahun itu telah dibaik pulih dan menjadi tempat untuk pembangunan sukan tenis di negeri ini terutama dalam kalangan remaja serta pusat komuniti bagi penduduk di sekitar Taman Perling.

"Kawasan Node 2 Iskandar Malaysia terutama sekali di sekitar Teluk Danga sudah dipenuhi dengan pembinaan kondominium dan saya berpendapat bahawa pembangunan sebuah lagi kondominium di atas tanah ATJ tidak akan mempunyai sebarang kesan positif terhadap pasaran hartanah di Iskandar Malaysia," katanya.

Nur Jazlan menegaskan, pembinaan sebuah lagi akademi tenis yang baharu jelas satu pembaziran kerana kemudahan sedia ada mencukupi dengan ATJ mampu menganjurkan pertandingan di peringkat antarabangsa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Avon rai pemenang

Posted: 24 Apr 2014 06:05 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Para pemenang pertandingan Love Collides Opposites Attract bergambar kenangan bersama Scha Al-Yahya ketika majlis makan malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SERAMAI lapan pemenang bertuah yang terpilih dalam peraduan Love Collides Opposites Attract anjuran Avon Cosmetics telah diraikan pada satu majlis makan malam yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Hadiah utama bagi peraduan ini adalah majlis makan malam bersama duta haruman Avon Malaysia dan pelakon popular, Scha Al-Yahya.

Para pemenang yang datang bersama pasangan masing-masing sama ada bersama suami dan kekasih nampak begitu teruja pada majlis makan malam ala candle light dinner yang romantik dengan hidangan set menu masakan Barat.

Bertemakan hitam dengan sentuhan warna merah jambu, para pemenang hadir berpakaian glamor dengan warna-warna tersebut.

Sambil menjamu selera, mereka dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu romantik yang dinyanyikan oleh penyanyi jemputan pada malam tersebut.

Selain itu, mereka berkesempatan beramah mesra dengan Scha melalui sesi fotografi, bermain permainan, cabutan bertuah dan pakaian terbaik.

Peraduan Love Collides 'Opposites Attract yang diadakan pada bulan Februari lalu adalah terbuka kepada orang ramai.

Syarat untuk menyertai peraduan tersebut adalah dengan setiap pembelian haruman Love Collides Eau de Toilette, yang mana peserta hanya perlu menghantarkan sekeping gambar mereka bersama orang tersayang berserta resit pembelian. Mereka juga perlu mendaftar sebagai wakil Avon.

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi dan Pemasaran Avon, Elaine Aisyah berkata, mungkin ramai peminat jenama tersebut tidak mengetahui bahawa pengasas Avon, iaitu David H. McConnell merupakan seorang peniaga bagi Union Publishing Company yang menjual buku dari rumah ke rumah pada tahun 1886.

"Bagi menarik hati pelanggan untuk membeli buku-buku yang dijual, beliau menghadiahkan haruman yang dinamakannya Little Dots kepada setiap pelanggan.

"Idea hadiah percuma dengan setiap pembelian ini merupakan satu idea baru dalam sejarah kempen pemasaran pada waktu itu.

"Haruman Little Dots menerima sambutan yang hangat dan setelah itu, lahirlah California Perfume Company yang kemudian ditukar nama kepada Avon Cosmetics pada tahun 1939," jelas beliau.

Kini setelah 128 tahun, Avon telah menghasilkan beberapa produk haruman dan antara yang paling popular ialah Butterfly, Sweet Honesty dan banyak lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelbagaikan ilmu di pondok

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh Nazarrudin Idris
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Mahathir
Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 23 April - Institusi pengajian pondok disarankan agar membuka pintu kepada agensi latihan kemahiran bagi mempelbagaikan cabang ilmu yang boleh dipelajari kepada pelajar-pelajar di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, langkah itu perlu diambil untuk membantu melonjakkan potensi institusi berkenaan terutama dalam menyediakan nilai tambah dari segi aspek kemahiran kepada warga pondok.

Beliau berkata, cadangan itu bukannya bertujuan untuk merendahkan pendidikan Islam itu tetapi menyahut seruan agama agar umat Islam kaya dengan segala ilmu yang ada.

Ilmu agama adalah tumpuan, namun ilmu-ilmu bersifat keduniaan juga wajar dipentingkan. Gabungan ilmu sememangnya dituntut oleh agama.

Ummah yang mantap didikan agama Islamnya dan kaya pula dengan pelbagai kemahiran sudah pasti tidak mudah diperkotak-katikkan, sebaliknya dihormati, disegani dan disanjungi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Dewan Seri Mentalon di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, hubungan antara pihak pemerintah dengan institusi pengajian pondok perlu terjalin dengan akrab melalui perbincangan bersama untuk memastikan institusi ini dapat memainkan peranan dalam memperkasa ilmu Islam.

Pihak kerajaan akan sedaya upaya berusaha membantu institusi ini dalam pelbagai aspek yang difikirkan sesuai demi masa depan kita bersama," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri telah merangka beberapa usaha untuk memartabatkan institusi pondok pada tempat sewajarnya termasuk pelan jangka pendek melibatkan pemberian elaun guru pondok sebanyak RM2,000 sebulan.

Program ini telah dijalankan sejak Januari tahun ini dengan melibatkan 11 pondok. Selain itu, kerajaan negeri turut memberi wakaf kitab sebanyak RM20,000 setahun kepada 11 pondok tersebut.

Strategi berikutnya adalah untuk menyelaras kurikulum pembelajaran di pondok agar selaras dan seragam dengan sukatan pelajarannya, bersesuaian tuntutan semasa. Ini akan diselia oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah," jelasnya.

Perak rancang bangun wilayah selatan

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com.my

ZAMBRY ABD. KADIR

IPOH 23 April - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan Wilayah Pembangunan Perak Selatan, mirip projek pembangunan Iskandar Malaysia di Johor yang melibatkan kawasan bersempadan dengan Selangor hingga ke Hilir Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, idea pembangunan di bawah Perak Amanjaya itu dicadangkan memandangkan kawasan selatan negeri ini tidak termasuk dalam mana-mana wilayah atau koridor pembangunan.

Beliau berkata, nilai pelaburan di wilayah itu kelak mampu mencecah beratus bilion ringgit dan perancangannya turut mengambil kira peranan kilang pengeluar kereta nasional Proton City di Tanjung Malim.

Kerajaan negeri masih pada peringkat perbincangan dengan kerajaan Pusat untuk pembangunannya.

Pembangunannya berasaskan kemampuan sesebuah daerah sama ada sesuai untuk industri automatif, pembangunan pendidikan mahupun pelabuhan atau industri keluli seperti di Manjung kerana kawasan itu memiliki pelaburan asing iaitu Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. (Vale)," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Menurut Zambry, kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan kerajaan Pusat berhubung perkara itu.

Menurutnya, permohonan rasmi akan dikemukakan sebaik sahaja pelan pembangunan yang dicadangkan siap sepenuhnya.

Dari segi pembangunannya kelak, wilayah ini diharap dapat menggerakkan pembangunan menyeluruh di kawasan selatan negeri ini.

Juga diharapkan pembinaan lebuh raya baharu Pantai Barat akan merancakkan lagi pertumbuhan wilayah ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zambry menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan negeri tidak serius mengatasi masalah kecurian pasir.

Menurut beliau, ini adalah tuduhan yang tidak betul, sebaliknya kerajaan negeri sentiasa berusaha mengatasi masalah itu.

Mereka (pembangkang) juga tahu isu pasir bukan mudah untuk diatasi, jadi untuk mengatakan kerajaan tidak melakukan apa-apa, ini tidak betul.

Semua pihak kena serius untuk mengatasi isu ini dan jangan ada pihak yang cuba melindungi mereka yang terlibat," katanya.

Kedah mahu jadi pengeluar kelapa matag, pandan

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

SURAYA Yaakob melihat pokok dan buah kelapa matag selepas merasmikan Kursus Pengurusan Perosak dan Musuh Tanaman Kelapa 2014 di Pusat Pertanian ban Merbok, Jalan Segantang Garam, Merbok, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 23 April - Pengeluaran kelapa matag dan pandan di Kedah boleh dipertingkatkan jika pengusahanya membuat pemantauan tentang serangan kumbang perosak, Rhynchophorus Ferrugineus yang menjejaskan tanaman itu sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaakob berkata, semua pihak termasuk pegawai pengembangan Jabatan Pertanian perlu serius jika ingin melihat bidang itu terus berkembang maju.

Katanya, tanaman pokok kelapa matag dan pandan seluas 1,900 hektar ketika ini tidak mencukupi dan perlu diperluaskan lagi.

Mulai tahun depan, kita mahu memastikan tambahan seluas 40 hektar tanaman pokok kelapa matag dilakukan secara serius," katanya ketika merasmikan Kursus Pengurusan Perosak dan Musuh Tanaman Kepala 2014 yang dihadiri 40 kakitangan Jabatan Pertanian negeri, Perlis dan Pulau Pinang di Pusat Pertanian Ban Merbok Jalan Segantang Garam Merbok di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Seksyen Tanaman Industri Jabatan Pertanian Malaysia, Zabind Dun dan Pengarah Pertanian negeri, Ismail Salleh.

Menurut Suraya, Kedah mampu menjadi pengeluar kelapa matag dan pandan yang berkualiti jika semua pihak terlibat berjaya membawa transformasi tersebut dengan kaedah betul.

Pada masa ini, tiga daerah dipilih untuk projek tanaman kelapa matag iaitu Kuala Muda, Langkawi dan Padang Terap.

Salah seorang peserta, Nor Hafizah Abdul Rahman, 37, dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda berpendapat, langkah diambil oleh pihak berkenaan bagi mengadakan kursus tersebut adalah baik sekali.

Apabila kakitangan lebih memahami secara jelas kaedah menanam pokok kelapa matag dan pandan, mereka dapat sampaikan perkara itu kepada petani dengan mudah," katanya.

Pegawai Pertanian Daerah Langkawi, Mohd. Reduan Ahmad pula berkata, memperbanyakkan tanaman kelapa matag dan pandan boleh melahirkan industri pengeluaran minyak kelapa dara, nira kelapa dan jeli kelapa untuk keperluan tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tubuh unit khas pantau JKKK

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian Pengerusi dan Setiausaha JKKK selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK Peringkat Negeri Sembilan 2014 di Dewan MPS di Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

SEREMBAN 23 April - Kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi khusus bagi mengatasi masalah birokrasi dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, unit tersebut berperanan menjadi sebuah badan khas dalam meneliti serta memantau keperluan dan kehendak rakyat yang disampaikan melalui ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kita yakin unit ini mampu melenyapkan banyak lapisan birokrasi yang dihadapi dalam menyelesaikan masalah mereka (rakyat).

Sebelum ini, JKKK dipantau oleh Pegawai Daerah, namun kita melihat banyak masalah rakyat tidak sampai ke saya, ini mungkin Pegawai Daerah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab itu kerana terlalu ramai yang perlu dipantau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini hari ini.

Jelas Mohamad, selepas ini kesemua permasalahan rakyat yang diajukan kepada JKKK akan dibentangkan kepada unit tersebut untuk diberi perhatian.

Usaha ini selari dengan hasrat kita untuk mensejahterakan rakyat kerana kita sekarang bukan sekadar untuk memberikan perkhidmatan malah ingin menawarkan bantuan kepada yang memerlukan.

Kita tidak mahu lagi ada penduduk tercicir daripada menerima bantuan terhadap masalah yang dihadapi mereka," ujarnya.

Sementara itu, katanya, seramai 372 orang telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin JKKK di negeri ini.

Mereka ini akan berkhidmat untuk tempoh tiga hingga empat tahun sehingga pilihan raya umum akan datang.

Kesemua yang dilantik ini telah melepasi proses saringan yang ketat di mana mereka ini merupakan calon yang dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

RGTSU, Melaka meterai pajakan tanah 25 tahun

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Idris Haron (dua dari kanan) menerima replika cek pampasan daripada Pengarah Urusan Petronas Gas Berhad, Yusa Hassan (dua dari kiri) di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/Mohammad Dzulhisham Che Hassim

MELAKA 23 April - Sebuah anak syarikat milik Petronas Gas Berhad (Petronas), Regas Terminal (Sungai Udang) Sdn. Bhd. (RGTSU) menandatangani perjanjian pajakan tanah untuk tempoh 25 tahun bersama kerajaan negeri hari ini.

Pajakan itu untuk kemudahan pembangunan dan operasi projek gas asli cecair (LNG) 'regasification' termasuk penempatan dua unit penyimpanan terapung, dermaga pulau dengan sistem 'regasification' LNG dan saluran paip dasar laut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, perjanjian itu merupakan kerjasama dua pihak dalam menambahbaik perkhidmatan dan produk Petronas yang menjadi antara penyumbang utama kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.

Kerajaan negeri menerima bayaran komitmen sebanyak RM1.18 juta sebagai pampasan.

Jumlah tersebut merupakan bayaran kepada kegiatan regas oleh Petronas di Pusat Penapisan Petronas di Sungai Udang.

Setiap tahun sejak hampir tiga tahun lalu, kerajaan negeri menerima sejumlah RM110,000 sebagai bayaran pajakan dan ini sedikit-sebanyak menambah pendapatan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dan menandatangani perjanjian itu di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

RGTSU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norarnizar Ali Amran dan Pengerusinya, Yusa' Hassan.

Yang turut hadir menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Naim Abu Bakar.

Perjanjian itu adalah untuk tempoh pajakan selama 25 tahun antara 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2036 bagi kawasan seluas 15.795 hektar.

Operasi besar-besaran banteras mesin judi

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

MELAKA 23 April - Kerajaan negeri akan menjalankan operasi besar-besaran dalam usaha membanteras sepenuhnya kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa dan sukar dibendung di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, operasi tersebut akan melibatkan pelbagai agensi diterajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang kegiatan tersebut berikutan terdapat premis-premis perjudian kembali beroperasi semula walaupun telah diserbu dan diarahkan tutup.

Menurutnya, operasi yang dirancang itu adalah setiap hari itu bertujuan untuk membanteras haram tersebut daripada terus berleluasa di negeri ini.

Kita akan membendung kegiatan ini habis-habisan dalam memastikan penguatkuasaan terhadap premis terbabit serta individu dapat dilakukan secara berterusan.

Pelaksanaan operasi harian secara konsisten itu seterusnya akan membantu kerajaan negeri menghapuskan sepenuhnya kegiatan tidak sihat tersebut yang sukar dibendung melalui penguatkuasaan biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Jelas Idris, walaupun banyak premis mesin judi haram telah diserbu dan diarahkan tutup, tetapi masih ada pemiliknya yang degil dan menjalankan operasi seperti biasa.

Justeru, operasi harian ini diharap dapat mengekang serta menjamin tiada lagi premis perjudian yang telah diarahkan tutup beroperasi semula," katanya.

Selain itu ujarnya, pemilik premis turut diminta agar lebih peka dan prihatin terhadap jenis perniagaan atau perkhidmatan ada pihak yang ingin menyewakan kedai mereka.

Katanya lagi, pemilik premis perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil tahu kegiatan apa yang bakal dijalankan penyewa sebelum membenarkan premis tersebut disewakan.

Tindakan juga bakal diambil terhadap pemilik premis seperti mengenakan syarat ketat terhadap bangunan dimiliki dan tindakan lain yang lebih keras jika gagal mematuhi arahan tersebut," tegasnya.

Sementara itu tambahnya, kerajaan negeri turut mencadangkan pusat perjudian berlesen di negeri ini dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak premis tersebut dikunjungi orang Islam.

Pemasangan CCTV ini bagi menggantikan cadangan asal meletakkan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di semua pusat perjudian berlesen di negeri ini," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PABM 2014: Sembilan juri adili peringkat separuh akhir hari ini

Posted: 24 Apr 2014 02:50 AM PDT

SERDANG 24 April - Buat pertama kali dalam sejarah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri sembilan orang dilantik sebagai juri bagi mengadili pertandingan peringkat separuh akhir hari ini.

Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2014, Dr. Mazlena Mohamad Hussain berkata, sembilan orang juri terpaksa dilantik berikutan persaingan yang sengit daripada para peserta daripada 12 negara untuk kategori antarabangsa dan lima peserta bagi kategori alam Melayu.

Dr. Mazlena berkata, pelantikan sembilan orang juri itu berbanding tujuh orang sebelum ini juga kerana timbul isu mengenai keputusan pertandingan peringkat suku akhir semalam.

"Semalam bila kita umumkan keputusan untuk separuh akhir ada yang mempersoalkan kenapa peserta negara tertentu walaupun bagus tidak terpilih.

"Hari ini, kita ada wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, wakil daripada Mingguan Malaysia yang kita anggap sangat berpengalaman dan berpengatahuan dari segi teknik berpidato dan gaya bahasa. Juri-juri ini bebas dan bukan daripada mana-mana IPT yang bertanding," kata Dr. Mazlena.

Tegas beliau, dalam penghakiman sesuatu pertandingan pidato juri sentiasa mempunyai persepsi yang berbeza daripada masyarakat awam.

"Dalam pidato, persepsi juri berbeza dengan persepsi penonton sebab juri adalah mereka yang benar-benar berpengalaman dan berpengetahuan mengenai teknik berpidato yang sebenar.

"Mereka menilai dari segi isi, bahasa, gaya dan juga markah bonus untuk persembahan keseluruhan," jelas Dr. Mazlena.

Beliau turut menjelaskan mengapa peserta kegemaran penonton seperti Akira Yamaura dari Jepun dan Maria Mitsura dari Rusia tidak terpilih ke peringkat akhir.

"Sebenarnya adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Kedua dari segi konsep, kemenangan bukan bermakna anda bertanding di pentas akhir tetapi pengalaman yang dikutip ketika berada di sini dalam meningkatkan prestasi diri itulah kemenangan.

"Komen yang diterima daripada juri ialah walaupun mereka boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik, tetapi ini pertandingan pidato ilmiah. Kita harap isi pidato yang melambangkan pemikiran peserta yang terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi," kata Dr. Mazlena.

PABM 2014 menyaksikan Selamet Nur Anom (Indonesia); Chen Nan (China); Aiman Ariff Abdul Azij (Malaysia); Mahamad Yusof (Thailand); Sally Jane Hill (Australia); Waleed Basil Mohamed Ali (Iraq); Aiman Saleh Hasn Alammari (Yamen) dan Bridget Johnson (Amerika Syarikat) terpilih ke peringkat akhir yang diadakan esok. - UTUSAN ONLINE

RTC Kedah satu insiatif kerajaan pacu transformasi luar bandar

Posted: 24 Apr 2014 02:27 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI dan MOHD RAFIE AZIMI

KUBANG PASU 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kedah di Napoh di sini merupakan satu insiatif yang mampu membantu memacu transformasi luar bandar.

Katanya, perkara itu jelas menunjukkan usaha kerajaan membantu masyarakat luar bandar dilakukan secara berterusan.

Beliau dalam pada itu mahu agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk mencari jalan bagi membolehkan jalinan kerjasama di antara RTC dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dalam membantu keseluruhan rakyat meringankan beban sara hidup. - UTUSAN ONLINE

Polis jamin keselamatan sempena lawatan Barack Obama

Posted: 24 Apr 2014 01:52 AM PDT

JOHOR BAHRU 24 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari di negara ini, bermula Sabtu depan.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kehadiran mana-mana individu dari negara luar ke negara ini khususnya pemimpin negara pasti mendapat perhatian dan keprihatinan daripada pihak berkuasa.

"Kunjungan Presiden AS ke negara ini pastinya sudah mendapat perhatian dan saya yakin pucuk pimpinan PDRM sudah mengambil kira pelbagai faktor keselamatan berhubung perkara itu.

"Keprihatinan ini bukan ditujukan khas kepada beliau sahaja tetapi kepada mana-mana pemimpin negara lain yang membuat lawatan rasmi," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


PlaTCOM pemangkin PKS

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pemandu bas ambil dadah serius

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Aset operasi SAR MH370 diperhebat

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved