Rabu, 9 April 2014

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kampung Desa Aman tidak aman

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

KEGIATAN mengangkut pasir di kawasan berhampiran landasan kereta api menimbulkan kebimbangan penduduk di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 8 April - Situasi di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh dekat sini boleh dikatakan sudah tidak aman.

Ini ekoran dakwaan penduduk bahawa beberapa kawasan yang dipercayai tanah rezab Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di perkampungan itu menjadi lokasi kegiatan perniagaan oleh pihak tertentu sejak kebelakangan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di perkampungan itu di sini hari ini mendapati, ada kegiatan mengangkut pasir dijalankan hanya beberapa meter dari landasan kereta api sekkali gus mengundang bahaya kepada para penumpang KTM Komuter yang melalui kawasan itu.

"Penduduk yang menggunakan jalan di kawasan berkenaan turut berdepan risiko kerana jentera-jentera berat digunakan untuk mengisi pasir ke dalam lori.

"Bayangkan, jika seketul batu tercampak ke atas landasan kereta api ekoran kerja-kerja memunggah pasir, pastinya akan mengakibatkan kerosakan kereta api atau paling buruk kemalangan," kata seorang penduduk yang enggan dikenali ketika ditemui di sini.

Katanya, terdapat juga premis lain yang menjalankan perniagaan menjual pasu bunga, semaian bunga dan bahan binaan di bawah pencawang elektrik dan situasi itu boleh mendatangkan bahaya jika tidak dipantau oleh pihak berkuasa.

"Saya kecewa kerana tanah yang terletak berdekatan landasan kereta api dan pencawang elektrik dijadikan lokasi untuk membuka perniagaan.

"Penduduk rasa kurang selesa dengan kehadiran lori dan kenderaan berat serta pelbagai risiko yang mungkin berlaku pada masa depan," katanya.

Menurutnya, puluhan kenderaan yang keluar masuk ke kawasan itu juga menyukarkan penduduk ketika melalui sebuah terowong sempit yang merupakan laluan utama ke kawasan tersebut.

Katanya, dia kecewa kerana tiada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pihak yang bertanggungjawab terhadap pencawang elektrik dan landasan kereta api di kawasan itu.

"Kenapa pihak TNB dan KTMB tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap individu yang menjalankan perniagaan sesuka hati di tanah rezab mereka," katanya.

Sementara itu, pihak TNB ketika dihubungi berkata, mereka akan menjalankan siasatan terhadap aduan penduduk terbabit.

Jalan tidak rata, berlubang

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com

masalah jalan yang berlubang dan tidak rata dan terdapat sisa konkrit sudah berlaruan sejak sekian lama di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 8 April - Bukan setahun dua, tetapi sudah bertahun-tahun pengguna jalan raya di sekitar Jalan Chan Sow Lin, di sini terpaksa berhadapan dengan jalan rosak dan berlubang.

Masalah itu seakan-akan tiada penghujungnya dan pengguna semakin bosan kerana biarpun jalan sudah diturap, ia kembali rosak malah kadangkala lebih teruk lagi.

Mereka mendakwa, kerja-kerja turapan yang dilakukan tidak sempurna, seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga.

Turut menjadi punca masalah itu adalah kenderaan berat yang menjadikan kawasan itu sebagai laluan utama dan sering memuntahkan sisa konkrit di atas jalan raya.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang Jalan Chan Sow Lin baru-baru ini mendapati, masalah jalan rosak bagaikan sudah sebati bagi kebanyakan pengguna terutama pekerja di kilang dan pejabat berhampiran.

Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan jalan tersebut mempunyai kesan yang baru diturap, tetapi tidak sempurna.

Difahamkan, kerja-kerja menggorek dan menimbus jalan oleh syarikat utiliti sering dilakukan di kawasan berkenaan.

Disebabkan kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan kerja-kerja penurapan, keadaan jalan bertambah teruk.

Keadaan diburukkan lagi dengan tumpahan sisa konkrit yang berselerak di permukaan jalan.

Situasi yang berlarutan walaupun pernah disiarkan oleh media, menyebakan kebimbangan kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan tetapi juga menyebabkan kemalangan.

Jika musim hujan, banjir akan berlaku di kawasan terbabit. Begitu juga dengan musim kemarau yang akan menyebabkan kawasan itu dipenuhi habuk dan debu sehingga mengganggu penglihatan penguna jalan raya.

Selain itu, tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di persimpangan Jalan Tiga, Chan Sow Lin di sini turut menjejaskan imej kawasan itu.

Utusan Malaysia difahamkan, longgokan sampah itu dibuang oleh peniaga di kawasan berhampiran. Perbuatan itu dilakukan pada waktu malam selepas operasi perniagaan mereka tamat.

Difahamkan, kedegilan peniaga membuang sampah di situ disebabkan kurangnya pemantauan oleh DBKL.

Biasanya selepas kerja-kerja pengutipan dan pembersihan dilakukan Alam Flora Sdn. Bhd., (Alam Flora), longgokan sampah akan kembali membukit sekali gus menyebabkan bau busuk.

Sewajarnya, tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh DBKL bagi mendisplinkan mereka agar tidak mengulangi perbuatan membuang sampah sesuka hati.

Pengguna mahu DBKL pantau, bertindak segera

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 April - Rata-rata pengguna jalan raya terutama mereka yang bekerja di sekitar Jalan Chan Sow Lin, di sini mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemantauan berterusan seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi penyebab kerosakan jalan di kawasan itu.

Seorang pekerja,M. Alosamy, 63, berkata, tindakan itu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Menurutnya, kerosakan jalan di sini benar-benar mengancam keselamatan, ditambah pula dengan pemilik kenderaan yang suka meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan sehingga menyesakkan lagi jalan di situ.

"Apabila tiba musim hujan, jalan di sini sering dilanda banjir kilat dan ini mengundang bahaya kepada mereka," katanya.

Tambahnya, dia tidak menafikan pihak DBKL sering memperbaiki jalan di kawasan itu, namun sampai bila tindakan perlu diambil.

"Ia bukan sahaja membazirkan wang DBKL, malah memberi gambaran pihak berkuasa itu tidak tegas dalam menangani masalah ini," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, K.R. Vadiveloo, 73, tidak menolak kejadian banjir kilat dikawasan itu disebabkan longkang tersumbat akibat tumpahan sisa konkrit dan pasir.

Katanya, terlalu sukar untuk melihat jalan di sini sempurna mememandangkan kawasan itu dipenuhi kilang.

"Bagaimanapun sebagai warga kota, kita berhak untuk mendapat jalan raya yang baik dan sempurna.

"Keadaaan ini bukanlah suatu perkara baharu kepada mereka yang sering menggunakan laluan ini kerana tumpahan pasir yang banyak tanpa disedari pemandu lori," katanya.

Pandangannya turut dipersetujui, seorang pekerja di kawasan berkenaan, Iskandar Mohd. Taib, 32.

Katanya, pelbagai insiden melibatkan penunggang motosikal sering dilihatnya ekoran keadaan jalan di situ.

"Kes seperti kereta yang tayarnya pecah juga pernah berlaku dan jalan rosak ini terjadi sejak lebih kurang 10 tahun lalu. Mungkin aduan kurang diterima DBKL menyebabkan kawasan kilang dan pejabat ini menghadapi masalah tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kenal pasti punca gagal dapat kerja

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Abd. Razak Minhat menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia kepada salah seorang penerima di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Johor, baru-baru ini.

LEDANG 8 April - Golongan siswazah perlu mengetahui faktor yang membuatkan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) sering gagal mendapat tempat dalam pasaran kerja seperti kelulusan yang ada tidak sesuai dengan keperluan pasaran dan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak Minhat berkata, penguasaan bahasa antarabangsa itu adalah satu kelebihan yang membantu mendapat pekerjaan terutama dalam sektor swasta.

"Begitu juga sikap yang salah dan gagal meyakinkan bakal majikan, mereka juga tidak bijak berkomunikasi. Saya menggesa bakal graduan supaya lebih aktif menyertai pelbagai aktiviti atau program yang dapat membantu menguasai kemahiran berkomunikasi terutama bahasa Inggeris.

"Melalui penglibatan dalam aktiviti persatuan juga akan dapat meningkatkan keyakinan berdepan dengan orang ramai selain mengasah kemahiran berkomunikasi," katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 457 pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang di Serom 4, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, aktiviti persatuan dapat memupuk semangat dalam kerja berpasukan yang membolehkan mereka lebih bersedia untuk berdepan situasi sebenar alam pekerjaan yang diceburi kelak selain mempersiapkan diri dengan kehendak dan keperluan bakal majikan.

Apa yang membimbangkan, kata Abd. Razak, adalah jumlah siswazah menganggur berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan pada 2012 adalah tinggi iaitu seramai 51,835 atau 25.6 peratus melibatkan IPT seluruh negara.

"Jumlah itu adalah satu angka yang sangat besar bagi mereka yang menamatkan pengajian tetapi tidak diterima bekerja dan untuk itu segala kelemahan perlu dibaiki selain tidak terlalu memilih kerja. Cabaran terbesar negara untuk memasuki era negara maju pada 2020 adalah kemampuan dalam membangun dan mempersiapkan modal insan berketerampilan.

"Modal insan yang dicita-citakan ini hendaklah memiliki modal intelek yang tinggi, kemahiran seni dan pertukangan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran inter dan intra-personal, kemahiran berfikir aras tinggi yang bersifat kritis dan kreatif serta kemahiran inovatif atau kemahiran mencipta sesuatu yang baharu," katanya.

Dua tinggal sehelai sepinggang

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh Farik Salleh
utusanjohor@utusan.com.my

Wakil Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Zakaria Hassan (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Roziah Othman di Kota Tinggi, kelmarin.

KOTA TINGGI 8 April - Seorang ibu tunggal bersama seorang anak angkatnya yang merupakan kurang upaya (OKU), tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Felda Pasak, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, mangsa, Roziah Othman, 60, berada di dapur sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran diikuti bunyi letupan di depan rumah.

Roziah bagaimanapun ber-syukur kerana dia dan anak angkatnya, Mohd. Nor Rahmat, 17, terselamat dalam kejadian itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya tinggal berdua bersama anak angkat selepas kematian suami, Mohd. Mukmin Hussin, tahun lalu. Kini saya terpaksa menumpang sementara di rumah jiran sementara menanti bantuan membina rumah baharu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan dan jumlah kerugian masih belum dapat ditentukan.

Katanya, tiga jentera dari balai bomba itu dan Bandar Penawar dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam dan mengawal kebakaran.

Sementara itu, Pegawai Felda Pasak, Mahat Ami ketika ditemui semasa melawat mangsa berkata, pihaknya akan membuat laporan dan memohon bantuan untuk disampaikan kepada Roziah.

"Saya berharap mangsa bersabar menerima ketentuan Allah dan kita akan membantu sedaya upaya," katanya yang menyampaikan bantuan awal daripada Felda Wilayah Johor Bahru.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Jauh perjalanan luas pemandangan

Posted: 08 Apr 2014 11:22 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB

IKLIL Haziqah rasa bertuah dapat menjelajah ke negara Eropah.

TIDAK semua bertuah dapat merasai pengalaman duduk di luar negara, apatah lagi bila dapat berkongsi pengalaman untuk diadaptasi pada budaya masyarakat di negara ini.

Sebagaimana yang dilalui oleh gadis penghias Mega kali ini, Iklil Haziqah Datuk Hashim, 20, yang banyak dibesarkan di negara barat kerana mengikuti bapanya yang berkhidmat sebagai diplomat.

Ibu saya merupakan warga Singapura dan bapa pula berasal dari Melaka. Bapa merupakan pegawai kanan kerajaan dan bekas diplomat di London. Jadi memang sejak dari kecil saya dibesarkan di luar negara iaitu pada tahun 1995 hingga 1997 di New Zealand dan pada tahun 2003 hingga 2006 pula di London.

Berada di New Zealand kerana ketika itu bapa saya menyambung pelajaran dan di London pula kerana bapa bertugas di sana," katanya.

Di New Zealand Iklil Haziqah bersekolah tadika di Riverdale Kindergarten dan dia tidak begitu ingat pengalaman tersebut kerana masih kecil. Apabila pindah di London pula, dia berpeluang bersekolah di Wessex Gardens Primary School dan Hendon Secondary School.

Seingat saya seawal usia tiga tahun, saya sudah dimasukkan ke kelas ballet dan berenang kerana majoriti masyarakat di sana memang memulakan sesuatu aktiviti di awal usia," imbas Iklil Haziqah yang berkongsi pengalaman bersama penulis di Studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Melihatkan wajah dan bentuk tubuhnya yang sangat persis wanita Eropah, Iklil Haziqah menafikan dirinya berdarah kacukan. Apatah lagi gadis ini juga lebih mudah berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu kerana sudah terbiasa dengan bahasa itu sejak kecil.

Menjadi anak diplomat, saya perlu melalui kehidupan yang lebih kurang sama seperti bapa saya, cuma bezanya saya tidak pernah berpeluang masuk ke dalam Istana Buckingham seperti ibu bapa saya atas urusan kerja.

Tapi pengalaman yang menarik bagi saya secara peribadi ialah dapat menikmati cuaca empat musim dan yang paling saya suka ialah ketika musim salji. Ketika musim salji, waktu malam lebih panjang dari waktu siang dan pemandangan bersalji bagi saya adalah sesuatu yang amat indah.

Saya masih ingat ketika itu saya memang suka membina orang salji bersama adik perempuan saya. Satu lagi pengalaman ialah ketika dalam bulan Ramadan apabila kami di sana berbuka puasa sekitar pukul 3 hingga 4 petang, tapi bila bulan Ramadan jatuh pada musim panas kami berbuka pada pukul 9 atau 10 malam," cerita Iklil Haziqah penuh teruja.

Keliling Eropah

Kata orang rugilah kalau tidak mengambil kesempatan melihat negara sekitar Eropah kalau sudah menetap di sana, dan itulah hakikat yang paling disukai Iklil apabila dapat melancong ke lebih banyak negara luar sekitar Eropah.

Ketika tinggal di United Kingdom, bapa memang membawa kami ke pelbagai negara sekitar Eropah. Pengalaman tersebut memang sukar digambar oleh saya kerana ia satu pengalaman yang perlu dilalui sendiri baru tahu betapa nikmatnya dapat melihat bumi Allah yang luas ini.

Selain dapat berjalan, saya juga sempat memantapkan skil tarian di London dan pernah menjalani uji bakat di The Royal Academy Of Dance in London. Tapi bahagian paling menarik apabila duduk di luar negara ini ialah umpama kita bercuti setiap hari," katanya sambil tersenyum.

Menurut Iklil, perbandingan paling ketara antara London dan Malaysia adalah dari segi pelajaran.

Di Malaysia sistem pengurusan sekolah secara berpusat tapi berbeza di London apabila pengurusan sekolah itu lebih bebas. Walaupun setiap sekolah mempunyai undang-undang masing-masing tapi peraturan tersebut lebih fleksibel berbanding sekolah di Malaysia.

Sebagai contoh, pelajar di London boleh mewarnakan rambut mengikut suka mereka dan boleh memilih apa jenis kasut untuk dipakai ke sekolah.

Seperkara lagi, di London, para guru sudah mengesan bakat setiap pelajar dari awal sekolah dan memupuk bakat tersebut untuk dijadikan kerjaya pada masa depan. Pelajar sekolah juga digalak menyuarakan pendapat dan berfikir di luar ruang lingkup walaupun pada usia muda," jelasnya.

Kini Iklil Haziqah memilih menyambung pelajarannya dalam bidang perniagaan.

Baginya yang mahu menjadi usahawan wanita berjaya satu hari nanti, dia dapati dunia perniagaan memang sangat menarik. Dia suka membuat orang gembira dan objektif utama selain mendapat untung ialah memuaskan hati pelanggan. Baginya perniagaan adalah seni kerana perlu berimaginasi untuk menarik lebih pelanggan.

Ibu, Datin Zairin Mahadi adalah idola saya. Bagi saya ibu memang seorang yang hebat. Bukan senang menjaga keluarga yang tinggal di luar negara dengan pelbagai cabaran tapi ibu berjaya lakukannya. Ibaratnya bapa saya menanam baja, ibu pula menjaga dan memastikan ia tumbuh dengan baik.

Dulu walaupun ibu bekerja dan pada masa yang sama dia dapat menjaga kami adik-beradik dan bapa dengan baik. Ibu saya juga seorang yang sangat menjaga penampilan diri, saya berdoa untuk menjadi hebat seperti ibu satu hari nanti," ujar Iklil Haziqah.

Sentuhan Yustie Dieanna

Posted: 08 Apr 2014 11:22 PM PDT

PENGALAMAN alam kolej dilalui Nurul Dieanna Atiqah Saifuddin, 21, begitu unik sekali, mengapa? Gadis ini begitu bertuah kerana ibunya, Noorma Yustie Abd. Majid, 37, merupakan rakan sekelasnya yang juga merangkap teman baiknya sepanjang tempoh hampir dua tahun mereka belajar di International Academy of Fashion & Design (IFTC) yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, selepas graduasi, pasangan ibu dan anak ini bergabung menghasilkan jenama mereka sendiri yang diberi nama Yustie Dieanna.

Ternyata Yustie Dieanna mempunyai kelainannya yang tersendiri. Noorma Yustie yang mempunyai kekuatan dalam menghasilkan rekaan tradisional kontemporari ditambah dengan kreativiti anak gadisnya, menghasilkan satu busana yang cukup indah dan ada kelainannya.

Kami memang sama-sama meminati fesyen. Saya mengenali anak saya dan tahu minat serta kekuatannya, jadi saya mengambil keputusan mengikutinya belajar dalam jurusan yang sama iaitu diploma dalam bidang seni reka fesyen.

Dalam kelas, kami mempunyai rakan yang sama malah pensyarah mengetahui hubungan kami anak-beranak. Walaupun begitu tidaklah bermakna kami hanya berkawan berdua. Kami berkawan dengan semua dan itu lebih menjadikan perasaan saya sebagai ibu tenang kerana dapat memantau pergerakan anak gadis sendiri," kata Noorma Yustie yang ditemui di Studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Contohnya apabila ada kerja berkumpulan, Noorma Yustie dan Nurul Dieanna akan berada dalam kumpulan yang sama.

Sebenarnya menurut Noorma Yustie, anaknya itu sudah biasa dengan fesyen kerana dirinya telah mengusahakan perniagaan butik pengantin sejak umur anaknya itu sembilan tahun lagi.

Rekaan eksklusif

Idea untuk membina jenama fesyen Yustie Dieanna bermula selepas mereka tamat belajar. Yustie Dieanna mempertaruhkan konsep fesyen bercita rasa tinggi.

Ini termasuk busana pengantin, busana ke majlis formal atau ke mana saja majlis rasmi. Semua pakaian yang dihasilkan Yustie Dieanna dijahit sendiri dan rekaannya juga eksklusif.

Inspirasi kami ialah sentuhan songket, bermakna dalam setiap rekaan, kami menerapkan sedikit atau banyak elemen songket. Misalnya pada bahagian bahu atau butang mesti ada songket.

Mengapa elemen songket? Ini kerana songket lambang kain mewah dan juga fabrik tradisi dalam masyarakat kita sejak turun- temurun. Jika kita lihat masa kini trend menggayakan songket di majlis perkahwinan juga semakin diminati.

Untuk generasi muda pula kami menghasilkan songket dalam potongan yang lebih kontemporari dan akan datang lebih banyak pakaian kasual sedia dipakai juga akan menggabungkan sentuhan songket dengan fabrik selesa berkualiti lain," kata Noorma Yustie lagi.

Mereka juga akan mengubah persepsi songket dari dilihat terlalu 'berat' kepada lebih ringkas dan moden.

Bagi meletakkan Yustie Dieanna di persada fesyen tanah air mereka perlu bekerja keras dan mengambil peluang untuk memperkenalkan hasil kerja mereka berdua.

Bagi mereka, apabila memasuki lebih banyak pertandingan fesyen membuatkan mereka yakin bahawa jenama ini mempunyai kekuatan dan boleh bertapak dalam industri ini.

Ketika zaman belajar, kami berpeluang ke kota fesyen di Paris untuk menghadiri seminar di sana. Ilmu yang diperoleh di Paris memang membuatkan kami semakin bercita-cita tinggi. Namun semuanya tidak mudah dan usaha perlu dilakukan seiring dengan matlamat kami," ujar ibu kepada lima anak ini.

Mengagumi Bernard Chandran

Yustie dan Dieanna turut berkongsi idola yang sama dalam bidang fesyen iaitu Datuk Bernard Chandran. Bagi mereka kejayaan Bernard ke peringkat antarabangsa adalah satu motivasi dan hasil rekaan Bernard memang memiliki keistimewaan yang tersendiri.

Semenjak melangkah ke IFTC lagi kami berdua menanam cita-cita untuk berjaya seperti Bernard. Kata orang impian mesti tinggi supaya kita berusaha lebih lagi. Untuk memantapkan lagi jenama Yustie Dieanna kami memilih lokasi butik di Sunway Giza, Kota Damansara. Butik ini mula beroperasi kepada peminat fesyen eksklusif sejak dua bulan lalu," ujarnya.

Dalam pembahagian kerja, Noorma Yustie mengakui kekuatannya lebih kepada pemasaran manakala anaknya pula di bahagian pengeluaran.

Sekarang semua kami buat sendiri dari operasi hinggalah ke jahitan, kami bekerja keras hingga tidur pun tidak mencukupi, namun yang penting kami puas dan seronok apabila dapat mengejar cita-cita kami.

Insya-Allah dalam tahun ini juga Yustie Dieanna akan mengeluarkan koleksi pakaian dalam eksklusif kami sendiri, saya sendiri yang akan mereka bentuknya dan akan memastikannya lain dari apa yang pernah dijual di pasaran komersial," katanya yang akan memasuki kursus penghasilan pakaian dalam selepas ini.

Untuk menemui peminat fesyen, Yustie Dieanna juga akan menganjurkan satu makan malam amal bertemakan Touch of Songket bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis makan malam ini akan menampilkan pelbagai busana rekaan pereka muda tempatan yang berinspirasikan songket. Bukan itu sahaja, Yustie Dieanna mengambil tanggung jawab sosialnya dengan mendermakan sebahagian kutipan amal makan malam ini kepada Persatuan Parkinson Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-6460022. - NOOR FAZRINA KAMAL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tapak pembinaan diarah tutup

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Ab Rahaman Ab. Karim (tengah) berkata sesuatu kepada wakil kontraktor, manakala Dr. Rusdi Abd. Rahman (kanan) menampal notis penutupan tapak pembinaan untuk kerja-kerja pembersihan daripada nyamuk aedes dan sampah sarap selama dalam Ops Gempur Aedes di salah sebuah kawasan tapak pembinaan di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/azli ahad

MELAKA 8 April - Sebuah tapak pembinaan pusat perniagaan dan hotel di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh di sini diarahkan tutup serta-merta selama tujuh hari kerana didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, tindakan drastik penutupan tapak pembinaan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri di bawah Seksyen 8(3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan lanjut di bangunan tersebut mendapati kebersihannya berada di tahap rendah dan tidak memuaskan.

"Justeru, kontraktor berkenaan diberi notis penutupan premis selama tujuh hari bagi membersihkan kawasan terutamanya yang berisiko menjadi tempat pembiakan aedes.

"Kerajaan negeri amat memandang serius perkara itu dan tindakan lebih tegas bakal dikenakan terhadap kontraktor jika mereka gagal membersihkan kawasan tersebut dalam tempoh diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Ops Gempur Khas Banteras Aedes di tapak pembinaan bangunan pusat perniagaan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr. Rusdi Abd. Rahman; Setiausaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman dan Penolong Pengurus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Melaka, Sulaiman Md. Isa.

Operasi bersepadu siri keempat yang dilaksanakan itu turut melibatkan seramai 80 pegawai dan anggota dari Pejabat Kesihatan Melaka Tengah, MPHTJ dan CIDB Melaka.

Jelas Ab. Rahaman, antara lokasi yang mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik di kawasan tersebut termasuklah di dalam bangunan, saluran air, longkang dan lubang lif.

"Selain itu, pemeriksaan di rumah kongsi pekerja tapak binaan itu turut mendapati kebersihan persekitarannya sangat rendah termasuk terdapat banyak sampah dan bekas plastik bertaburan, longkang tersumbat dan sebagainya," ujarnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua kontraktor pembinaan di negeri ini tidak memandang remeh kebersihan kawasan kerja mereka bagi mengelak peningkatan kes demam denggi di negeri ini.

"Janganlah kita membangunkan negeri dengan mengabaikan aspek keselamatan semua penduduk kerana akhirnya akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada kesihatan penduduk malah menjejaskan nama baik negeri ini," tambahnya.

Katanyanya lagi, negeri ini kini berada di tempat kelima kes demam denggi paling tinggi di Malaysia manakala daripada segi kes berulang, negeri ini berada di tangga kedua.

Dua premis makanan abai kebersihan diperintah tutup

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Pegawai Kesihatan PKDJ menampal notis perintah tutup premis makanan dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan bersama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Melaka, kelmarin. - UTUSAN/NURSURAYA ZULKIFLI

JASIN 8 April - Dua buah kedai makan di daerah ini diperintah tutup ekoran kegagalan pengusahanya mematuhi tahap piawaian kebersihan dan kesihatan dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Jasin (PKDJ) bersama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan MPJ, Juairiah Sulaimen berkata, operasi itu dijalankan secara berkala bersama PKDJ dalam usaha memastikan pemilik premis makanan mematuhi peraturan dan tahap kebersihan yang ditetapkan.

Beliau berkata, pihaknya menekan aspek kebersihan dan kesihatan dan tidak akan berkompromi dalam soal berkenaan yang merupakan asas utama untuk dipatuhi pengusaha ketika menjalankan perniagaan.

"Jika premis itu kotor dan tidak mengamalkan aspek-aspek kesihatan, sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan sekali gus memberi kesan terhadap kesihatan pelanggan.

"Peniaga perlu bertanggungjawab dengan tidak mengejar keuntungan semata-mata hingga mengabaikan aspek kebersihan selain perlu mematuhi garis panduan penyediaan makanan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin keselamatan makanan," katanya.

Operasi selama tiga jam itu membabitkan lapan pegawai dan anggota Jabatan Kawalan Perniagaan MPJ, Penguatkuasa MPJ dan Pegawai Kesihatan PKDJ.

Juairiah berkata, MPJ akan meneruskan operasi itu di seluruh daerah Jasin bagi memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya pengusaha kedai makanan supaya mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

"Kita amat mengambil berat terhadap aspek kebersihan serta mewajibkan peraturan menyediakan perangkap makanan kepada semua pengendali makanan di daerah ini.

"Jika peniaga ingkar, kita berhak mengeluarkan kompaun dan mengarahkan peniaga supaya menutup premis mereka dengan kadar segera," katanya.

Dalam pada itu, Juairiah turut menasihati orang ramai supaya membuat aduan kepada pihaknya sekiranya terdapat pengusaha premis makan dan minuman yang tidak menjaga kebersihan supaya tindakan segera dapat diambil.

GST tidak bebankan rakyat - MB

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

SEREMBAN 8 April - Rakyat tidak perlu bimbang terhadap penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa pembangkang mampu membebankan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana sistem percukaian itu sebenarnya membawa banyak faedah kepada rakyat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

"GST yang bakal dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula 2015 sebenarnya bukan sistem yang baharu, malah 160 negara telah melaksanakannya dan ternyata berkesan.

"GST hanya dikenakan kepada barangan tambah nilai, bukan kepada barangan asas. Majoriti barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak, ikan, sayur-sayuran termasuk aspek kesihatan serta pelajaran dan banyak lagi langsung tidak dikenakan cukai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar Penerangan dan Pemahaman Tentang GST anjuran Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKK) di sini hari ini.

Mohamad menjelaskan, orang ramai tidak perlu berasa risau atau terkeliru dengan dakyah serta pembohongan pembangkang berhubung pelaksanaan GST.

"Jangan dengar cakap pembangkang bahawa GST akan membebankan orang terutamanya golongan susah.

"Sebenarnya mereka (pembangkang) takut kerana memiliki kepentingan dalam perniagaan. Sebab itu DAP paling lantang mempersoalkan GST kerana parti itu sebenarnya disokong oleh siapa," ujarnya.

Tambahnya lagi, penguatkuasaan GST bakal melancar serta melicinkan sistem percukaian negara kerana bersifat progresif.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan Pas Kelantan mesyuarat pertama jawatankuasa hudud

Posted: 09 Apr 2014 01:28 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 9 April - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengadakan mesyuarat pertama Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kota Darulnaim di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Yang turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan pengarah-pengarah jabatan negeri ini.

Mohd. Amar berkata, mesyuarat selama dua jam itu mengambil maklum balas dan beberapa cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.

Selain itu, katanya, ia turut membincangkan mengenai beberapa halangan halangan daripada segi undang-undang, pentadbiran dan birokrasi dalam melaksanakan undang-undang Islam itu.

"Hari ini kita tidak bincang secara keseluruhan, cuma melihat beberapa halangan mengenai pelaksanaan hukum itu disamping memberi pandangan-pandangan kaedah mengatasinya.

"Apabila semua ini selesai kita akan mula mengatur kaedah seterusnya," katanya. - UTUSAN ONLINE

TPM lancar pavilion pendidikan Malaysia di Dubai

Posted: 09 Apr 2014 12:34 AM PDT

Daripada MARHAINI KAMARUDDIN

MUHYIDDIN Yassin disambut oleh Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan dan Humaid Mohammed Al Qatawi untuk melancarkan pavilion Education Malaysia di Pameran Getex 2014 di Dubai, hari ini. - UTUSAN/MARHAINI KAMARUDDIN

DUBAI 9 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pavilion Education Malaysia di Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 di sini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan diiringi Menteri Pembangunan Kebudayaan, Belia dan Sosial Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan dan Menteri Pendidikannya, Humaid Mohammed Al Qatawi.

Pavilion Malaysia disertai 25 universiti awam dan swasta dari dalam negara.

Getex 2014 dirasmikan oleh Sheikh Nahyan. Getex dianjurkan sejak 1983 dan merupakan forum pendidikan, latihan korporat dan pembangunan kerjaya terbesar di rantau Asia Barat.

Malaysia menyertainya sejak 2004. Sehingga kini lebih 25,000 pelajar dari rantau ini melanjutkan pengajian di Malaysia.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan pertemuan dua hala dengan Sheikh Nahyan and Humaid. - UTUSAN ONLINE

Rang undang-undang persendirian dibentang Disember ini

Posted: 09 Apr 2014 12:05 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 9 April - Kerajaan Pas Kelantan melalui ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan draf untuk tujuan tersebut dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.

"Draf rang undang-undang ini sudah ada cuma kita masih memerlukan pandangan dan akan diperkemaskan lagi sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.

"Kalau tidak ada halangan, usul tersebut sudah boleh dibentangkan pada Jun ini atau selewat-lewatnya Disember depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


hayati konsep wassatiyyah

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
utusanperak@utusan.com.my

Zambry

TELUK INTAN 8 April - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengajak umat Islam mengamalkan konsep kesederhanaan atau wassatiyyah dengan menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.

Menurutnya, wasatiyyah merupakan asas dan mekanisme bagi memelihara kesatuan ummah di samping mewujudkan persefahaman antara agama dan budaya yang berlainan selain untuk transformasi serta perpaduan nasional.

Katanya, hanya dengan bersatu padu, umat Islam akan menjadi lebih kuat dan berupaya menangani segala cabaran.

"Jika umat Islam terus berbalah dan bersengketa, mereka akan lemah dan porak-peranda," kata-

nya sewaktu merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Ne-

geri Perak 1435H/2014M di Arena Square, di sini semalam.

Ucapan beliau dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Nizar Zakaria.

Yang turut hadir Mufti Pe-

rak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Seramai empat qari dan empat qariah memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis itu.

Zambry seterusnya meminta umat Islam memahami konsep dan pengertian wasatiyyah sebagai jalan pertengahan untuk menjalani hidup secara sederhana.

"Wasatiyyah adalah jalan pertengahan untuk umat Islam bersikap serba sederhana dalam kehidupan," katanya.

Jenayah juvenil meningkat 231%

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

PULAU PINANG 8 April - Kegiatan jenayah juvenil di negeri ini termasuk melibatkan remaja sekolah meningkat 231 peratus bagi tempoh Januari hingga awal April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tahun lalu hanya 29 kes jenayah juvenil direkodkan namun angka berkenaan meningkat kepada 96 kes tahun ini.

Katanya, kes melibatkan jenayah harta benda dalam kalangan pesalah juvenil menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu meningkat sehingga 335 peratus atau 61 kes tahun ini berbanding 14 kes tahun lalu.

"Jenayah kekerasan pula meningkat sebanyak 133 peratus atau 35 kes bagi tempoh hampir empat bulan pertama tahun ini berbanding 15 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

"Kes-kes jenayah ini terutamanya berkaitan kekerasan berlaku di dalam dan di luar sekolah, oleh itu polis memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung penularan kegiatan jenayah juvenil ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Cegah Jenayah bagi sekolah menengah peringkat negeri, di sini hari ini.

Program itu diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamarudin dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Syed Jaafar Syed Ali.

Abdul Rahim dalam pada itu menambah, melalui statistik yang diperoleh, remaja berusia 15 hingga 18 tahun adalah yang paling ramai terlibat dengan aktiviti jenayah ekoran terpengaruh de-

ngan rakan sebaya selain mahu memperoleh kehidupan mewah.

"Kita juga turut mengenal pasti kebanyakan pelajar yang terlibat dalam aktiviti jenayah ini mempunyai sifat meterialistik yang seterusnya memaksa mereka terjerumus ke dalam kancah jenayah terutamanya setelah terbabit dengan kumpulan yang tidak baik," katanya.

Jelas beliau, pe-

ningkatan drastik jenayah juvenil itu amat membimbangkan dan semua pihak terutamanya ibu bapa perlu bersama bagi membendung kegiatan terbabit.

"Tindakan segera mesti diambil dalam membendung penula-

ran peningkatan jenayah juvenil ini terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah yang kebanyakan terlibat dengan aktiviti gangsterisme dan direkrut untuk menyertai kumpulan geng samun, rompak atau kegiatan jenayah lain," jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi menegaskan, Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di peringkat sekolah akan diaktifkan semula dengan mengadakan beberapa aktiviti lebih berkesan bagi me-

ningkatkan kesedaran berkenaan kaedah pencegahan jenayah membabitkan pelajar.

Katanya, usaha itu penting memandangkan terdapat sedikit peningkatan pelbagai bentuk jenayah membabitkan golongan pelajar khususnya melibatkan pelajar sekolah menengah.

"Setakat ini 128 buah sekolah di seluruh negeri telah mempu-

nyai KPJ dan saya percaya dengan tertubuhnya kelab ini di semua sekolah, kita akan lebih mudah membantu dan bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani jenayah melibatkan pelajar sekolah," katanya.

SPAD tidak boleh bertindak cepat

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

IPOH 8 April - Suruhanjaya Pe-

ngangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan serta-merta atas kesalahan di bawah Akta Pe-

ngangkutan Awam Darat (APAD) 2010, sebaliknya perlu membuka kertas siasatan terlebih dahulu bagi mendapat keizinan Timbalan Pendakwa Raya untuk melakukan pendakwaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaannya, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, biarpun siasatan itu mengambil masa sehingga tiga ke enam bulan, namun hukuman yang dikenakan adalah berat sehingga boleh didenda maksimum RM500,000 selain pembatalan serta penggantungan lesen.

Beliau berkata, hukuman-hukuman itu antara lain meliputi kesalahan seperti menurun dan mengambil penumpang bas di tempat yang tidak dibenarkan serta beroperasi tanpa permit, membawa muatan berlebihan dan teksi sapu.

"Kekuatan anggota penguat kuasa kita di Ipoh memang terhad. Mereka adalah pegawai yang menjaga Zon Tengah meliputi kawasan Kuala Lumpur sehingga ke selatan Ipoh, barat Pahang, utara Negeri Sembilan termasuk di Selangor.

"SPAD mempunyai 400 penguat kuasa di seluruh negara yang menjaga empat zon iaitu utara, selatan, tengah dan timur. Sehubungan itu, bagi menguatkuasakan APAD 2010 secara efektif, kerjasama antara agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperlukan supaya lebih mantap," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Gagasan ASEAN Berteraskan Rakyat

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

MH370: Bantuan UAE dihargai

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved