Isnin, 30 Disember 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sampah tidak dikutip ikut jadual

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Ishak Jamros menunjukkan timbuan sampah sarap yang terkumpul lama di hadapan rumah sampah kerana tidak dikutip oleh kontraktor pembersihan di Pangsapuri Jubli Perak di Bangi, Selangor. - UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

BANGI 30 Dis. - Pangsapuri Jubli Perak nampaknya tidak segah namanya. Terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini, penghuninya agak malang kerana terpaksa berdepan dengan masalah sampah yang tidak diurus mengikut jadual.

Menurut penduduk, sudahlah sampah gagal dikutip mengikut jadual, yang dilonggok di depan rumah sampah ditinggalkan begitu sahaja oleh kontraktor pembersihan.

Boleh dikatakan separuh daripada 13 blok pangsapuri setinggi lima tingkat yang mengandungi kira-kira 300 unit rumah itu mengalami masalah yang sama.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati, longgokan sampah itu bukan sahaja menyakitkan mata memandang tetapi turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Penduduk mendakwa, bungkusan sisa domestik terpaksa mereka letakkan di hadapan rumah sampah kerana kemudahan itu sering penuh dengan sampah akibat kegagalan kontraktor mengutip mengikut jadual.

Mereka mendakwa, ironinya bahan yang boleh dikitar semula yang diletakkan di hadapan rumah sampah itu dikutip pula oleh kontraktor kerana boleh dijual untuk mendapatkan wang sampingan.

Seorang penduduk, Ishak Jamros, 54, berkata, kontraktor hanya mengutip sampah yang berada di dalam rumah sampah tetapi langsung tidak menyentuh sampah yang dilonggok diluar sekiranya tiada barang yang boleh dikitar semula.

"Walhal, kelewatan mereka mengutip sampah yang menyebabkan penduduk terpaksa melonggokkan sisa buangan di situ, malah sudah beberapa kali penduduk mengambil inisiatif membersihkan longgokan itu.

"Masalah ini berulang sejak beberapa tahun dahulu," ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, Shahrol Azman Ishak, 27, berkata, penduduk berasa tidak selesa melihat longgokan sampah tersebut.

"Baru beberapa hari lalu saya nampak lori sampah datang memungut sampah di dalam rumah sampah selepas dua minggu tidak melakukannya, tetapi yang di luar tetap tidak dikutip.

"Kadang-kala rasa malu kalau ada rakan atau sepupu datang menziarah kami kerana baunya amat busuk terutama sekali ketika waktu hujan," ujarnya.

Sehubungan itu, penduduk berharap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyiasat perkara itu, dan jika boleh jadual kutipan sampah di perumahan mereka dapat dikerapkan untuk mengelak longgokan di luar rumah sampah semakin bertambah.

800 pelajar India miskin terima bantuan alat persekolahan

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

MOHANA Muniandy (dua dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, A. Prakash Rao (kanan) menyampaikan baucar bantuan alat persekolahan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dalam majlis di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Senyuman jelas terpancar pada wajah 800 pelajar kurang bernasib baik kaum India baru-baru ini apabila diberikan baucar peralatan sekolah bernilai RM50 seorang bagi sesi persekolahan 2014 minggu ini.

Program anjuran Wanita MIC yang digerakkan serentak di seluruh negara itu menyasarkan kumpulan pelajar berkenaan yang terdiri daripada anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan melalui program 'Kembali ke Sekolah'.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy berkata, program itu bertujuan mengurangkan beban keluarga selain memberi semangat kepada pelajar berkenaan sebelum memulakan sesi persekolahan 2014.

Jelasnya, program itu merupakan sebahagian aktiviti amal bagi membantu dan meringankan beban keluarga miskin yang mempunyai ramai anak serta kurang mampu untuk membuat persediaan persekolahan anak mereka.

"Anak adalah aset paling berharga, apatah lagi kami sendiri dalam Wanita MIC terdiri daripada kaum ibu. Melalui program ini, kami berharap ibu bapa yang tidak berkemampuan akan mendapat manfaat.

"Memandangkan peralatan sekolah semakin mahal, lebih-lebih lagi sekiranya keluarga itu mempunyai ramai anak, Wanita MIC prihatin membantu golongan yang memerlukan ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian 'Program Kembali Ke Sekolah' di Ibu Pejabat MIC di sini baru-baru ini.

Menurut Mohana, pihaknya membelanjakan hampir RM10,000 dalam program tersebut dan akan menambah jumlah peruntukan mulai tahun hadapan.

"Ini adalah program pertama, saya harap mendapat lebih banyak tajaan pada tahun depan agar bantuan ini dapat diperluas dan menggandakan jumlah pelajar yang menerima bantuan," ujarnya.

Lebih sejuta DVD tidak ditapis, 3,000 DVD lucah dirampas

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

Noor Aziah Abdullah bersama Timbalan Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Fazi Amar Ahmad Suhimi menunjukan sebahagian DVD yang dirampas dan akan dimusnahkan selepas sidang akhbar di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM 30 Dis. - Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor merampas lebih satu juta keping cakera video digital (DVD) tidak ditapis dan lebih 3,000 keping DVD lucah dalam operasi sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Noor Aziah Abdullah berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 946 operasi serbuan melibatkan premis perniagaan, kilang, pasar malam, lapangan terbang dan pelabuhan telah dijalankan sepanjang tahun ini.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 1.19 juta DVD yang tidak ditapis atau tiada Perakuan B dan 3,468 lagi DVD lucah yang kesemuanya bernilai RM33.6 juta.

"Selain DVD, pihak kami turut merampas peralatan yang digunakan untuk menyalin atau memuat naik filem-filem secara haram seperti penyalin DVD, komputer riba, televisyen dan komputer.

"Operasi yang dijalankan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 untuk membanteras penjualan filem tidak ditapis dan lucah itu meliputi semua premis berdaftar serta tidak berdaftar. Pada masa sama sebanyak 86 orang ditahan untuk tindakan," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Noor Aziah seterusnya berkata, sebanyak 119 pertuduhan telah dibuat di mahkamah bagi mendakwa mereka yang terlibat dengan keseluruhan denda bernilai RM305,900.

Menurutnya, selain premis perniagaan, pihaknya turut menyerbu pawagam yang menyiarkan filem-filem yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa atau tidak memiliki Perakuan A.

"Kami akan meneruskan operasi serbuan bagi mematahkan kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini kerana bagi kami apa yang penting adalah keselamatan negara berbanding hiburan.

"Pihak kami juga akan sentiasa peka dengan perubahan modus operandi mereka yang sering berubah-ubah untuk memperdaya pihak berkuasa," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Instedt rancang bina kampus baharu

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

SYAZA Syazwana Nyaspan (kiri) dan Junaifie Afikin Jamaluddin menunjukkan plak anugerah mereka pada Konvokesyen ke-8 Instedt di Persada, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU 29 Dis. - Sebagai persediaan untuk mencapai status kolej universiti pada tahun depan, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) merancang membina sebuah kampus baharu di Bandar Penawar, Kota Tinggi tidak lama lagi.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Shahrul Azila Mohd. Salleh berkata, hingga kini perancangan membina kampus yang lengkap dengan asrama itu masih dalam permohonan kebenaran untuk merancang.

Beliau berkata, kampus yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan itu dirancang dibina di atas tanah seluas 20 hektar melibatkan beberapa fasa dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Kita masih dalam proses memohon untuk kebenaran merancang dan kita harap impian ini akan tercapai selaras dengan sasaran untuk mendapat status kolej universiti tahun depan.

"Kampus baharu itu dijangka dapat menampung kira-kira 5,000 penuntut dan membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk belajar," katanya selepas majlis konvokesyen Instedt ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Seramai 488 graduan yang menerima diploma masing-masing terdiri daripada penuntut jurusan Diploma Kejururawatan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancong dan Diploma Teknologi Maklumat.

Pada majlis berkenaan, Junaifie Rafieyana Afikin Jamaluddin, 21, graduan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat menerima Anugerah Khas Pengerusi Eksekutif manakala pemegang Diploma Kejururawatan, Syaza Syazwana Nyaspan, 24, menerima Anugerah Pengerusi Eksekutif.

Instedt berjaya berkembang menjadi salah sebuah kumpulan pendidikan tinggi swasta milik bumiputera yang terbesar di Johor sejak penubuhannya pada 1997 dan kini menawarkan 13 kursus.

Shahrul Azila berkata, bagi memenuhi pasaran kerja di negara ini, Instedt mengorak langkah dengan menawarkan kursus baharu iaitu Diploma Kesetiausahaan Sains Kesihatan yang dirangka meliputi pelbagai aspek bagi membolehkannya relevan dengan persekitaran.

"Pengambilan pertama kursus berkenaan telah dilakukan pada Jun lalu dengan kemasukan 50 penuntut. Mereka akan mengikuti kursus itu selama tiga tahun termasuk menjalani latihan amali," katanya.

Beliau memberitahu, semua kursus yang ditawarkan menekankan program akademik bersifat hibrid, setaraf dengan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang turut mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selain relevan dengan permintaan pasaran kerja.

Pilih jururawat setelah gagal jadi guru

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

JOHOR BAHRU 29 Dis. - Biarpun tidak dapat menunaikan impian arwah ibunya untuk menjadi seorang guru, pemegang Diploma Kejururawatan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt), Syaza Syazwana Nyaspan, 24, terus mengatur langkah dengan memilih bidang kejururawatan sebagai kerjaya.

Anak kelahiran Batu Pahat itu sungguh beruntung apabila ibunya memberi sokongan padu kepadanya biarpun bukan bidang perguruan yang menjadi pilihannya.

Beliau yang menerima Anugerah Pengerusi Eksekutif pada majlis konvokesyen Instedt ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini mampu tersenyum lebar apabila diterima bekerja di sebuah hospital di Klang, Selangor beberapa bulan lalu.

"Saya bukan tak cuba dalam bidang perguruan, mungkin rezeki saya sudah tertulis dalam bidang kejururawatan dan saya bersyukur kerana keluarga sangat menyokong keputusan ini.

"Alhamdulillah, segala usaha dan pengorbanan saya berbaloi dan kejayaan ini atas dorongan semua pihak termasuk keluarga, pensyarah dan rakan-rakan," katanya yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.65.

Seramai 488 graduan yang menerima diploma masing-masing dalam konvokesyen itu terdiri daripada penuntut jurusan Diploma Kejururawatan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancong dan Diploma Teknologi Maklumat.

Ditanya tentang resipi kejayaannya, anak bongsu daripada 10 beradik itu memberi tumpuan sepenuhnya semasa dalam kelas dan sering membuat nota ringkas bagi memudahkannya memahami dan mengingati kursus yang diajar.

"Saya seorang yang aktif dalam aktiviti kelab. Jadi, saya perlu bijak bahagikan masa antara kedua-duanya supaya seimbang iaitu masa dalam kelas saya memberi sepenuh fokus supaya tidak ketinggalan berbanding penuntut lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kewangan Negeri Sembilan kukuh

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Oleh Ainol Amriz Ismail
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 29 Dis. - Pengurusan kewangan yang berhemah kerajaan negeri telah membawa pengiktirafan daripada Jabatan Audit Negara melalui Anugerah Empat Bintang bagi Indeks Akauntabiliti 2012 yang diterima pada tahun ini.

Keputusan itu diperoleh melalui agensi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Kehakiman Syarie negeri, Majlis Daerah Rembau dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

Perkembangan ini memberikan gambaran betapa pengurusan yang cekap yang mana dalam tahun berakhir 31 Disember 2012, kedudukan Akaun Hasil Disatukan Negeri telah meningkat sebanyak RM21.96 juta kepada RM228.45 juta.

Malah, sehingga 13 Disember tahun ini, jumlah Akaun Hasil Disatukan Negeri atau rizab semasa kerajaan negeri adalah berjumlah RM483.85 juta.

Berdasarkan keupayaan itu, kerajaan negeri akan terus mengekalkan sumber utamanya iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil, yang mana pada tahun 2014, dijangka kutipan yang diperoleh itu adalah sebanyak RM352.626 juta, RM152.519 juta (hasil cukai), RM126.505 juta (hasil bukan cukai) manakala RM73.602 juta (terimaan bukan hasil).

Angka ini diperakui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) yang mana sebahagian besar hasil cukai diperoleh melalui cukai tanah dengan anggaran pada tahun 2014, kerajaan akan memperoleh RM144.833 juta.

"Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan secara puratanya berjaya mengutip lebih daripada 90 peratus cukai tanah.

"Ini berdasarkan kutipan dari tempoh Januari hingga November tahun ini, kerajaan negeri berjaya mengutip RM106.1 juta iaitu kira-kira 89.9 peratus daripada anggaran 2013. Angka ini terus meningkat pada penutupan akaun 31 Disember ini," katanya di sini hari ini.

Maka di atas sikap tanggungjawab rakyat dan syarikat swasta di negeri ini dalam melaksanakan cukai tanah amat dihargai kerajaan negeri, seiring dengan apa yang diperkatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - "pembayaran cukai adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dan mereka yang telah membayar cukai adalah rakyat yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat patriotik serta taat setia kepada negara."

Dalam pada itu juga, bagi memastikan pengurusan kewangan yang baik dan teguh pada tahun hadapan, kerajaan dilihat dapat meningkatkan hasil bukan cukai sebanyak RM38.347 juta atau 43.5 peratus kepada RM126.505 juta.

Kata Mohamad lagi, sebahagian besar terimaan bukan cukai ini disumbangkan oleh terimaan premium tanah yang setakat ini sering melepasi sasaran yang ditetapkan setiap tahun.

"Dalam tempoh Januari hingga November tahun ini, terimaan premium tanah adalah berjumlah RM78.674 juta dan terimaan ini melebihi anggaran belanjawan 2013 iaitu RM22.480 juta.

"Ini bermakna kerajaan negeri telah berjaya mencatatkan lebihan kutipan sebanyak RM56.194 juta atau 250 peratus lebih tinggi berbanding anggaran belanjawan 2013. Kita menjangkakan dalam penutupan akaun 31 Disember ini, angka itu juga akan meningkat," tegasnya.

Tambah Mohamad, peningkatan premium tanah pada setiap tahun jelas membuktikan proses pindah milik, pemberi milikan dan pertukaran syarat tanah yang efektif.

"Kesannya boleh dilihat pada tahun ini yang mana pembangunan yang rancak telah berlaku di negeri ini dalam pelbagai sektor dan paling pantas ialah perumahan dan komersial," katanya.

Bagi terimaan bukan hasil pula, untuk tahun hadapan, dianggarkan berjumlah RM73.602 yang mana antara sumbernya adalah daripada pemberian kerajaan pusat.

Apa pun kata Mohamad, adalah tidak benar mengatakan negeri ini bankrap ataupun dicemuh sebagai gagal menguruskan kewangan dengan baik.

"Tohmahan yang dibuat hanya untuk memburukkan kerajaan negeri yang terbukti berjaya menguruskan kewangan dengan baik, sekali gus dapat mensejahterakan rakyat, malah keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) bertambah kukuh," tegasnya.

UMNO Rasah pergiat kempen penerangan GST kepada masyarakat

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

FAUZIAH Abu Zarim (berdiri, kanan) memberi penerangan dalam Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu dekat Rasah, Negeri Sembilan, kelmarin.

RASAH 29 Dis. - UMNO Bahagian Rasah akan mempergiatkan kempen penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketuanya, Datuk Hasim Rusdi berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.

Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.

"Pada masa ini terdapat pihak yang cuba memesongkan fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan mengenai GST dengan tujuan mendapatkan sokongan peribadi.

"Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini terus berlarutan begitu sahaja dan kerana itu UMNO Bahagian Rasah akan turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu semalam.

Taklimat GST itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Kastam II (Unit Tugas-Tugas Khas GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Fauziah Abu Zarim.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Hassan Datuk Ayop dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hapsah Hamid.

Hasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu memberitahu, UMNO Bahagian itu bercadang mengadakan taklimat kepada kumpulan masyarakat yang lebih kecil seperti peringkat Dewan Undangan Negeri dan cawangan parti.

"Kita akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kastam bagi membolehkan para pegawai mereka yang pakar dalam hal-ehwal GST untuk memberikan penerangan tersebut.

"Selain memberi penerangan, orang ramai juga boleh bertanya atau mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan GST," katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak 200 keluarga menerima bantuan beg sekolah daripada UMNO Bahagian tersebut sempena musim persekolahan baharu yang akan bermula minggu depan.

'Kader Za'aba' sudah ada dalam pendidikan N. Sembilan

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

SEREMBAN 29 Dis. - Pada tahun 2005, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekolah merupakan tapak semaian dan pelaburan jangka masa panjang dalam kecemerlangan pendidikan.

Hari ini, apa yang diperkatakan oleh Mohamad itu bukan impian kosong apabila sudah ramai golongan cerdik pandai, ilmuan dan pemikir lahir daripada dasar pendidikan yang diilhamkannya.

Ini bukan sahaja tumpuan pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah, bahkan lepasan universiti selepas begitu ramai graduan kelas pertama lahir dari negeri ini.

Maka tidak hairanlah dasar Lembah Ilmu yang sentiasa 'basah' di bibir dan bicara Mohamad, kini berubah menjadi senyuman apabila golongan cerdik pandai itu kini bertebaran mengisi kekosongan pelbagai jawatan sama ada peringkat kerajaan mahupun swasta bertaraf industri antarabangsa.

Buktinya, bilangan pelajar Negeri Sembilan yang mendapat ijazah kelas pertama telah bertambah daripada seorang pada tahun 2005 kepada 150 orang (2011).

Lebih mengejutkan pada tahun ini, 174 orang anak negeri ini yang belajar di dalam dan luar negara memperoleh ijazah kelas pertama - sesuatu kejayaan yang luar biasa.

Malahan kata Mohamad, pelajar yang dihantar melanjutkan pelajaran di Asia Barat tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam bidang perubatan, kini sudah pun kembali ke negeri ini untuk menabur bakti kepada rakyat.

Oleh itu, impian melahirkan 'kader Za'aba' seperti mana hebatnya ilmuwan dan cendekiawan sekitar tahun 60-an dahulu, kini bertapak semula dan Negeri Sembilan sudah pun mempunyai barisan modal insan untuk berkhidmat dalam mana-mana sektor di negara ini.

Apa pun kata Mohamad, semua kejayaan ini adalah atas usaha semua pihak, sama ada pelajar, guru, pentadbir dan paling utama ibu bapa kerana bersama-sama mahu melihat pendidikan itu sebagai pelaburan yang menguntungkan.

Kegigihan ini jugalah telah menyaksikan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), telah berjaya menempatkan negeri ini dalam kelompok lima terbaik negara.

"Di samping akademik, kerajaan juga menitikberatkan soal pendidikan sahsiah, keagamaan dan kerohanian. Banyak sekolah, kolej dan universiti berasaskan keagamaan ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan.

"Di peringkat sekolah rendah, kerajaan telah melaksanakan Kelas Agama Petang, yang dijadikan asas dan kekuatan jati diri pelajar untuk memahami asas agama Islam dengan lebih sempurna dan baik, sehingga menyaksikan kemampuan pelajar mengkhatamkan al-Quran dalam jumlah yang besar," katanya.

Apa yang pasti, kata Mohamad, kerajaan sentiasa memastikan pendidikan agama dan akademik dilakukan serentak agar anak negeri ini tidak berhadapan kejutan dalam saingan pasaran pekerjaan kelak, malah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil turut memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan kebangsaan.

Tambahan pula, pada masa hadapan, saingan dalam sektor pendidikan ini akan lebih mencabar sebaik sahaja Komuniti ASEAN dilaksanakan, yang mana rakyat negara ini perlu bersaing dengan bijak pandai dari negara serantau untuk mendapatkan pekerjaan terutama dalam industri antarabangsa.

Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail memuji pendekatan Lembah Ilmu yang diilhamkan Mohamad di negeri ini dan melihat sebagai keputusan bijak.

Ini kerana katanya, melalui Lembah Ilmu itu dasar pendidikan negeri ini telah dapat diperluaskan, sekali gus terbukti sudah melahirkan kelompok cerdik pandai yang suatu ketika dahulu mengangkat nama Negeri Sembilan sebagai lubuk ilmuwan, pemikir serta penyumbang tenaga kerja dalam negara.

"Melalui dasar ini juga, jelas menampakkan kegigihan kerajaan negeri meningkatkan pembangunan sekitar, bukan sahaja dalam soal infrastruktur tetapi kemudahan lain untuk kehendak dan keperluan penduduk berhampiran.

"Ini secara langsung dapat meningkatkan ekonomi persekitaran Lembah Ilmu, wujudnya taman perumahan baharu, sektor perniagaan dikembangkan dan taraf kehidupan yang lebih baik," ujarnya.

Menurut Asma, USIM sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan pemasaran pendidikan untuk menjadikan kawasan seperti di Nilai, Enstek, Sendayan, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Port Dickson sebagai zon pendidikan.

"Bagi pihak USIM sendiri, permintaan kemasukan diterima dengan baik, bukan sahaja dalam kalangan pelajar tempatan tetapi juga antarabangsa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


270 poster, iklan ah long diturun

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 29 Dis. - Sebanyak 270 poster dan iklan ah long yang ditampal di merata tempat di seluruh negeri ini telah dipadam dan diturunkan dalam Op Cantas Khas, semalam.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, operasi selama empat jam yang bermula pukul 8.30 pagi itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri.

"Operasi kali ini adalah yang kedua kita adakan sejak 22 November lalu dan turut mendapat kerjasama sepenuhnya Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

"Dalam operasi kali ini, daerah Timur Laut menunjukkan jumlah poster dan iklan yang paling tinggi diturunkan iaitu 113 keping diikuti Seberang Perai Tengah (65), Seberang Perai Selatan (60) dan Seberang Perai Utara (32)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Thaiveegan dalam pada itu menambah, polis akan memproses maklumat yang diperolehi melalui poster dan iklan yang diturunkan itu bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil kepada mereka terlibat.

"Kita juga berharap pihak berkuasa tempatan seperti MPPP dan MPSP supaya mengeluarkan saman jika dapat mengenal pasti sindiket ah long yang terlibat," katanya.

2,000 pelajar terima sumbangan kelengkapan persekolahan

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Zambry Abd. Kadir (duduk, tengah) bersama sebahagian pelajar yang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan dalam Program Kembali Ke Sekolah di Ipoh, Perak, kelmarin.

IPOH 29 Dis. - Sramai 2,000 pelajar kurang berkemampuan di 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menerima sumbangan kelengkapan persekolahan untuk sesi 2014 di bawah Program Kembali Ke Sekolah.

Sumbangan berupa uniform, beg, kasut, tudung dan alat tulis itu ditaja oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri) di sini semalam.

Program itu turut mendapat sokongan syarikat swasta antaranya Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Latex, Hovid yang menyediakan vitamin, pengeluar pakaian sekolah jenama Canggih yang memberi diskaun untuk pembelian pakaian sekolah serta KPerak dan Milo.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika berucap merasmikan majlis tersebut merakamkan penghargaan kepada Baiduri dan syarikat swasta atas inisiatif mereka membantu meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Beliau seterusnya menggesa lebih banyak syarikat swasta membantu kerajaan negeri melaksanakan projek kebajikan untuk rakyat.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Zambry berkata, sumbangan seperti bantuan persekolahan tersebut tepat pada waktunya ketika rakyat berdepan dengan beban kos sara hidup semakin meningkat.

"Sumbangan seperti ini dapat meringankan masalah ibu bapa terutama mereka yang mempunyai keluarga besar untuk mencari sumber kewangan sebagai persiapan untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah," katanya.

Yang turut hadir Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli, Pengerusi YBU, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Eksekutif YBU, Datuk Ismail Safian.

Sementara itu, Saarani berkata, pelajar yang menerima sumbangan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

"Pemberian sumbangan ini adalah sebahagian misi Menteri Besar yang mahukan tiada rakyat tertinggal dan terpinggir terutama dalam pendidikan sempurna.

"Sumbangan ini juga sudah tentu menceriakan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan," katanya.

YBU Holdings umum sumbangan RM5 juta kepada YBUDR

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Ismail Saffian (dua dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan YBU kepada wakil Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak sambil diperhatikan Khairul Azwan Harun (dua dari kanan) dalam majlis penyerahan cek sumbangan di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

IPOH 29 Dis. - YBU Holdings mengumumkan sumbangan korporat berjumlah RM5 juta kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) sebagai menyokong usaha badan itu mengendalikan program pembasmian kemiskinan dan pengupayaan masyarakat untuk tahun 2014.

Pengerusi YBU Holdings, Khairul Azwan Harun berkata, sumbangan itu bertujuan menyokong projek-projek yang dilaksanakan YBU sejak 2012.

Menurutnya, sumbangan untuk tahun depan meningkat berbanding RM2 juta pada 2012 dan RM4.87 juta tahun 2013.

Katanya, sumbangan itu selaras dengan visi kerajaan negeri yang sentiasa membantu YBU yang merupakan entiti korporat bertanggungjawab menjaga golongan bawahan di negeri ini.

"Sumbangan ini akan digunakan bagi menampung projek YBUDR seperti program Infra Bina Upaya, Ikhlas Bina Upaya dan Imarah Bina Upaya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek sumbangan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Ketua Eksekutif YBU, Datuk Ismail Saffian menerima sumbangan cek berkenaan.

Tambah Khairul Azwan, YBU Holdings turut berhasrat memberikan sumbangan dalam empat bidang atau kumpulan penerima yang melibatkan aktiviti sukan, pendidikan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"YBU Holdings amat komited dan mengambil berat tentang pembangunan rohani dan masyarakat di negeri ini," katanya.

Beliau juga memberitahu, YBU Holdings akan merealisasikan cadangan memiliki Menara Bina Upaya tidak lama lagi yang akan dijadikan ibu pejabat baharu untuk semua kakitangan di bawah kumpulan YBU.

"Insya-Allah tidak lama lagi kita akan mendapatkan sebuah bangunan atau menara untuk YBU.

"Cadangan sudah dibuat dimana kita akan beli Wisma Bougainvillea yang terletak berdekatan dengan UTC Ipoh dan juga Pasar Besar Ipoh yang merupakan milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Syabas laksana operasi bil tertunggak

Posted: 30 Dec 2013 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sedang melaksanakan operasi terhadap bil tertunggak di tujuh wilayah termasuk di ibu negara.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kawasan lain ialah Gombak, Klang/Shah Alam, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Tindakan akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal menjelaskan bil air tertunggak.

"Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM25 dan caj penyambungan semula RM25," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna yang bilnya tertunggak membuat pembayaran secepat mungkin bagi mengelak dikenakan tindakan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222. - BERNAMA

Ambang 2014: KTM Komuter beroperasi 24 jam

Posted: 30 Dec 2013 01:16 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi 24 jam bermula esok hingga 1 Jan sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014.

Menurut kenyataan KTM Berhad, perkhidmatan terus menerus disediakan bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai meraikan sambutan tahun baharu yang dianjurkan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

KTM Berhad menyediakan 36 tren tambahan antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi dengan kekerapan setiap 30 minit hingga jam 2 pagi dan setiap 60 minit sehingga jam 5 pagi bagi laluan pergi balik Rawang ke Sg Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

KTM Berhad menasihatkan para penumpang agar membeli tiket dua hala bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket ketika waktu pulang.

"Pada pelanggan juga dinasihatkan sentiasa memastikan semua tanda dan arahan keselamatan dipatuhi sepenuhnya. KTMB juga akan menyediakan jumlah kakitangan tambahan yang mencukupi bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna terjamin," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi KTM Berhad di talian 1300-88-5862. - BERNAMA

KTMB terima 10 koc ETS Januari 2015

Posted: 30 Dec 2013 01:13 AM PST

BATU GAJAH 30 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menerima 10 set gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baharu pada Januari 2015, kata Pengurus Besar KTMB Antara Bandar, Mohd. Zain Mat Taha.

Beliau berkata, selain meningkatkan perkhidmatan lima ETS sedia ada, gerabak baharu itu akan diguna untuk laluan Gemas-KL Sentral-Butterworth-Padang Besar yang dijangka memulakan operasi pada 2016.

"Apabila landasan berkembar elektrik yang dibina telah siap, kita akan adakan perkhidmatan ETS ke laluan Padang Besar. Perkhidmatan yang lebih baik ini dapat memendekkan tempoh perjalanan daripada 12 jam kepada enam jam, namun laluan lain yang menggunakan perkhidmatan keretapi koc biasa beroperasi seperti biasa," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penganugerahan Sijil ISO 9001:2008 kepada Depot Penyelenggaraan ETS Batu Gajah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata gerabak baharu itu tidak mempunyai perbezaan dari segi kapasiti penumpang dan kelajuan operasi minimum, namun reka bentuknya disesuaikan untuk perjalanan jarak jauh demi keselesaan penumpang.

"Kita akan menambah ruang solat yang akan disediakan pada bahagian tengah gerabak untuk kemudahan penumpang muslim," katanya.

Menurut Mohd Zain, dengan pertambahan gerabak itu jumlah penumpang dijangka meningkat kepada 6,000 sehari, berbanding 4,000 ketika ini.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pengurusan Perkhidmatan Teknikal KTMB, Hilmi Mohamad berkata, Depot Penyelenggaraan ETS Batu Gajah merupakan depot kedua yang mendapat pengiktirafan itu, selepas Depot EMU Sentul yang mendapat pengiktirafan sama pada 14 Sept tahun lepas.

"Tujuan kerajaan mengkehendaki penggunaan sistem kualiti Sijil ISO 9001:2008 adalah sebagai strategi untuk menerapkan budaya kerja cemerlang. Pensijilan ini adalah satu piawaian yang didokumenkan secara bertulis dan merupakan petunjuk keutuhan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan," katanya.

Beliau yakin pengiktirafan ini menjamin proses kerja yang lebih sistematik serta meningkatkan kualiti kerja dalam suasana kerja yang harmoni.

Hilmi berkata tiga lagi depot penyelenggaraan iaitu di Kempas Baru, Bukit Tengah dan Padang Besar sedang dibina. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Polis ada bukti kukuh

Posted: 29 Dec 2013 10:41 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kebakaran Universiti Al-Azhar angkara samseng

Posted: 29 Dec 2013 10:41 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Staf awam boleh tuntut insurans

Posted: 29 Dec 2013 10:41 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Ahad, 29 Disember 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Anjakan kuasa, wajah Volvo V40 T5

Posted: 29 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

Design around you menjadikan volvo v40 ini keluar daripada model estet yang terdahulu.

''MODEL V40 lima pintu dan lima tempat duduk adalah kesinambungan daripada model C30, model ini merupakan model pertama yang dibina berdasarkan strategi Designed Around You,'' jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Car Corporation Stefan Jacoby.

Betullah kata-kata orang nombor satu Volvo itu. Memang tidak dapat dinafikan, kebelakangan ini kebanyakan model Volvo telah mengalami anjakan paradigma yang cukup besar, keluar daripada kepompong kereta estet dan kereta orang tua.

Ketika penulis diberi taklimat mengenai Volvo V40 T5, sebelum menerima kunci untuk pandu uji, fizikal kereta itu telah menjelaskan tentang reka bentuknya yang ultra moden dan prestasinya yang cukup membanggakan.

Bonet model ini berbentuk V klasik, dikemaskan lagi dengan garisan ekspresif yang lebih menonjol. Gril depan direka rendah dan lebar bagi menampakkan imej sporty dan rapat ke bumi untuk daya graviti yang tinggi ketika memecut dan membelok.

Rekaan berlekuk pada bahagian bawah kereta bukan sahaja menambah karakter badan bahkan turut mengalirkan angin untuk efek aerodinamik yang lebih baik. Lampu DRL (Daytime Running Lights) pula dipasang pada bahagian bawah bampar dan menghala ke atas jika dipandang dari depan.

Lampu depan rekaan bilah pula mempunyai corak yang menarik di waktu malam. Bahu badan kereta yang lebar bermula dari lampu depan dengan garisan yang tajam dan rekaan pada pintu belakang adalah warisan daripada model klasik P1800.

Imej yang kuat pula boleh dilihat pada gugusan pintu belakang kereta. Silhouette bumbung kereta memberi kesan seolah-olah kereta condong ke depan seperti tidak sabar-sabar untuk bergerak.

Selain daripada itu, Volvo V40 turut menawarkan kepada pemandu opsyen grafik pada paparan pemandu dengan tiga tema. Tema elegan memaparkan grafik yang menampakkan aura yang tenang dan tradisional.

Tema Eco pula mempunyai grafik latar belakang berwarna hijau bagi menampakkan efek alam sekitar.

Meter Eco dipaparkan di sebelah kiri dan pemandu akan dihadiahkan lampu hijau apabila kereta dipandu secara ekonomi.

Bagi memberikan penjimatan bahan bakar selain menggunakan mod Eco, V40 turut dilengkapi dengan sistem start/stop yang boleh dihidupkan menerusi butang di konsol tengah.

Tema Performance pula mempunyai grafik latar belakang berwarna merah, sesuai dengan imej prestasi dan sporty. Kesemua tema itu dipaparkan secara meter analog, tetapi digital.

Kali ini penulis memilih lebuh raya Karak terus ke Raub sebelum menuju ke Cameron Highland, Pahang dengan memilih jalan Sungai Koyan, ke tanah tinggi itu.

V40 T5 ini tidak mengecewakan, sesuai dengan imej sporty, penulis memilih tema Performance dan menggunakan gear manual enam kelajuan.

Dengan menekan minyak, terasa kuasa 'G' yang menyebabkan penulis seperti ditarik kebelakang dan terbenam di kerusi bucket kulit yang selesa.

Model ini mampu memecut 0-100 kilometer pada 6.9 saat dan kuasa horse power ialah 213@6,000 rpm. Volvo V40 T5 ini tidak ada masalah untuk memecut sehingga kelajuan maksimum 230 kmj.

Tetapi untuk model ini, penulis tidak berani untuk mencuba kelajuan maksimum kerana jalan yang dipilih tidak memiliki laluan yang lurus dan panjang,

Perlu penulis akui bahawa model Volvo ini cukup tangkas mengambil selekoh dengan kelajuan yang tinggi tanpa terasa tayar belakang membuang dengan stering yang dilengkapi bantuan kuasa elektrik dengan tiga pilihan.

Tayar bersaiz 225/45R bersaiz 17 inci banyak membantu kenderaan ini mengambil selekoh yang tinggi selaju 100 kmj ketika penulis mengambil selekoh turun dari Cameron Highland.

Terima kasih juga pada sistem brek Elektronic Brake Distribution (EBD) dan Anti-lock Brake System yang membolehkan memperlahankan jentera dengan cepat ketika mengambil selekoh.

Bagi penulis, seperti juga model-model Volvo yang lain, soal keselamatan amat dititikberatkan. Jika penulis tulis setiap ciri-ciri keselamatan untuk model ini, senarainya amat panjang.

Cuma apa yang dapat penulis katakan tentang model ini ialah ciri-ciri keselamatan pada model ini tidak mengecewakan dan sesuai kepada mereka yang pentingkan keselamatan serta kelajuan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved