Selasa, 29 Oktober 2013

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rahim Razali sudah dipindahkan ke wad biasa - Anak

Posted: 29 Oct 2013 03:15 AM PDT

RAHIM RAZALI

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Pelakon filem, pengulas sukan dan pengarah terkenal tanah air, Datuk Rahim Razali, 74, sudah dipindahkan ke wad biasa kira-kira pukul 5 petang semalam.

Menurut anak keduanya, Nadia Rahim, 41, pembedahan masih tidak dapat dijalankan buat masa sekarang dan mereka masih menunggu keputusan daripada doktor pakar saraf yang sedang memantau keadaan seniman tersohor itu.

"Keadaan ayah sudah stabil dan sihat, cuma tidak tahu bilakah masa sebenar akan dibedah untuk membuang pendarahan dalam otaknya. Buat masa ini, saya kena kawal pelawat kerana dia memerlukan rehat yang mencukupi.

"Ayah sebenarnya kepenatan dan tidak ada masa nak berehat kerana tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebelum ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Sementara itu, kata Nadia, ayahnya menerima banyak kunjungan daripada rakan-rakan artis antaranya, Datuk Rosyam Noor, Erma Fatima, Eman Manan dan Rozie Rashid.

Rahim yang dirawat di Pusat Perubatan Sunway dekat sini, dijadual menjalani pembedahan pada esok atau Khamis ini. - UTUSAN ONLINE

Idola Kecil musim keenam bersiaran mulai 9 November

Posted: 29 Oct 2013 12:17 AM PDT

Oleh MOHAMMED KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Program realiti nyanyian kanak-kanak terbitan TV9, Idola Kecil bakal kembali untuk musim keenam apabila bakal bersiaran mulai 9 November ini pukul 8.30 malam.

Pengurus Besar TV9, Zurina Othman berkata,Idola Kecil adalah sebuah platform untuk mengasah dan mempamerkan bakat terpendam yang dimiliki oleh peserta-peserta muda ini.

"Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti tutorial muzik dan menimba ilmu serta pengalaman berharga," katanya.

Program yang akan bersiaran setiap Sabtu itu turut menampilkan Alif Satar sebagai pengacara, selain Tomok sebagai juri tetap.

Turut terlibat sebagai tenaga pengajar vokal ialah Fadlita Mohd. Taib dan AG Coco untuk susunan muzik dan komposer lagu manakala Fazrin Zainudin sebagai pereka tari. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga luah rasa terkilan

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@grouputusan.com.my

Rusli Hashim (dua, kiri), Mohd. Ridzuan Abdullah (tengah) dan Mohd. Ali Baharom (dua dari kanan) melihat tapak gerai yang dirobohkan DBKL di Jalan 20, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/AimY Ahmad

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan empat gerai peniaga di Jalan 20, Bandar Tasik Selatan di sini, pagi semalam mengundang rasa tidak puas hati beberapa peniaga terlibat.

Rata-rata peniaga yang merupakan bekas tentera dan menjalankan perniagaan sejak tujuh tahun lalu di kawasan itu mendakwa tindakan tersebut dilakukan tanpa sebarang notis.

Wakil peniaga terlibat, Kapten (B) Rusli Hashim berkata, kerja-kerja meroboh gerai yang beroperasi di atas sebidang tanah milik Kementerian Pertahanan itu dilakukan sekitar pukul 9 pagi sebelum peniaga memulakan operasi perniagaan.

Menurutnya, tindakan tersebut menyebabkan peniaga kerugian termasuk peralatan perniagaan mereka turut dirampas.

"Tindakan tersebut tidak adil apabila gerai milik peniaga lain terutama warga asing masih dibiarkan beroperasi tanpa sebarang gangguan," katanya kepada Utusan Malaysia di lokasi hari ini.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan memandangkan tiada sebarang notis diberikan kepada peniaga.

"Maklum balas yang diterima DBKL sebelum ini kerja-kerja merobohkan hanya melibatkan gerai yang baharu didirikan.

"Apa yang menimbulkan kemusykilan gerai-gerai berkenaan sudah tujuh tahun beroperasi.

"Saya berharap DBKL dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini," tegasnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, bekas tentera adalah golongan yang perlu dibantu memandangkan jasa mereka terhadap negara.

"Sebelum Ramadan lalu, saya ada berjumpa dengan Ketua Pengarah DBKL bagi mencadangkan agar peniaga diberi kebenaran berniaga di sini dan disokong oleh beliau.

"Tetapi, malangnya operasi perobohan tetap dilakukan.Lebih mengecewakan tanpa pengetahuan peniaga terlibat.

"Sekurang-kurangnya dengan notis tersebut peniaga boleh menyelamatkan barangan perniagaan mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Bandar Tasik Selatan, Datuk Bashir Mohd. Sardar Husin berkata, berdasarkan kepada pemerhatiannya lokasi tersebut tidak mengganggu lalu lintas atau penduduk berhampiran.

"DBKL sepatutnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian sebelum bertindak.

"Ini termasuk menyediakan tapak baharu yang dirasakan lebih sesuai terutamanya melibatkan bekas tentera yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan," katanya.

Penduduk terkilan MPS keluar saman tanpa notis

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

Winnie Lee menunjukkan notis saman yang dikeluarkan MPS kerana meletakkan kenderaan di kawasan lapang hadapan rumahnya di TB5, Taman Tun Perak, Rawang, kelmarin.

RAWANG 29 Okt. - Seorang surirumah melahirkan rasa terkejut apabila diberi notis saman oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berjumlah RM2,000 bagi kesalahan meletakkan dua kenderaan di tanah lapang berhadapan rumahnya di TB5, Taman Tun Perak di sini.

Winnie Lee, 48, berkata, dia berasa amat terkilan kerana bukan sahaja tidak menerima sebarang notis peringatan , bahkan sikap anggota penguat kuasa bertugas yang didakwa berlagak sombong.

Menurutnya, lebih mengejutkan jumlah kompaun dikenakan sebanyak RM1,000 bagi sebuah kenderaan amat tinggi dan tidak masuk akal.

"Saya cuba untuk memberi penjelasan ketika itu kenapa kenderaan tersebut terpaksa diletakkan di kawasan itu dan bersedia untuk mengalihkan ke tempat lain, tetapi mereka enggan mendengar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengemukakan aduan berhubung masalah itu kepada Pengerusi MCA Selayang, Jessie Ooi di sini.

Winnie yang menetap sejak tujuh tahun lalu di kawasan perumahan itu berkata, kekurangan tempat meletak kereta merupakan masalah yang dihadapi penduduk di situ.

Katanya, dia terpaksa meletakkan sementara kenderaan milik pekerjanya itu di kawasan lapang berkenaan sejak seminggu lalu kerana bertugas di luar daerah.

Sementara itu, Jessie meminta MPS memasang papan tanda peringatan di mana-mana kawasan yang tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan pentadbirannya.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan orang awam terpaksa menanggung beban membayar kompaun sebanyak RM1,000 hanya bagi kesalahan meletakkan kenderaan ditempat tidak dibenarkan.

"Sekurang-kurangnya orang awam sentiasa berwaspada sekali gus menyedarkan mereka terdapat akta tertentu yang membolehkan tindakan saman diambil pihak berkuasa tempatan bagi kesalahan itu," katanya.

Dalam notis kesalahan tersebut, menerangkan Mengikut Akta 8 (1), meletakkan kenderaan bermotor, basikal, basikal beroda tiga di mana-mana tempat di dalam taman kecuali pada tempat yang disediakan oleh Yang Dipertua bagi tujuan tertentu.

Permudah urusan dalam talian

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com

Asmawi Kasbi (kiri) melihat seorang pelanggan MPSJ, Rafida Mohammad Sarif cuba menggunakan sistem dalam talian di Subang Jaya, kelmarin.

SUBANG JAYA 29 Okt. - Kesemua pembayar cukai di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak perlu lagi datang ke pejabat untuk sebarang urusan pembayaran cukai kerana boleh dilakukan secara dalam talian di My@MPSJ.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, ini berikutan sistem butiran bil pembayaran cukai secara elektronik yang dihantar terus kepada pelanggan akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan itu mulai pada tahun depan.

Menurutnya, pihak majlis sentiasa mencari pendekatan terbaharu bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang diberi kepada pelanggan.

"Menerusi My@MPSJ ini pelanggan khususnya pembayar cukai taksiran, kompaun trafik dan pembaharuan lesen perniagaan akan lebih mudah berurusan dengan MPSJ.

"Pelanggan hanya perlu mendaftar sebagai ahli My@MPSJ dan terus boleh berurusan dengan MPSJ tanpa perlu menunggu di kaunter perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Daftar My@MPSJ: Ke Arah Kaunter Sifar yang diadakan di pekarangan Ibu Pejabat MPSJ, di sini.

Katanya, aplikasi melalui rekod pembayar akan memudahkan pihak majlis menghantar bil berkenaan kepada mereka.

Tambah Asmawi, MPSJ juga menyediakan alternatif untuk pendaftaran keahlian di kaunter ibu pejabat MPSJ dan mereka yang mendaftar berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah sehingga RM20,000.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan My@ MPSJ boleh melayari di laman sesawang MPSJ http://www. mpsj. gov. my dan datang ke Jabatan Teknologi Maklumat MPSJ.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Segamat, Muar sesuai bina RTC

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

Ayub Rahmat (tengah) menyerahkan peruntukan kepada salah seorang penerima dalam Majlis Penyampaian Peruntukan Projek-Projek Kecil di DUN Kemelah, Segamat, baru-baru ini.

SEGAMAT 28 Okt. - Pembangunan di negeri ini tidak seharusnya tertumpu di sesuatu kawasan sahaja malah kemajuan wilayah di sebelah utara Johor seperti Muar dan Segamat juga perlu diteliti supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, perindustrian baharu berskala besar dan pembangunan hebat seperti Iskandar Malaysia mampu membangunkan daerah-daerah terlibat terutama di Johor selatan.

"Saya dulu pernah mencadangkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dibina di Segamat tetapi UTC berkenaan dibina di Kulaijaya. Sepatutnya, daerah Segamat dan Muar adalah lokasi strategik untuk pembinaan RTC kerana Kulaijaya termasuk dalam pembangunan Iskandar Malaysia.

"Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beliau juga sedia maklum mengenai perkara ini," katanya selepas Majlis Penyampaian Peruntukan Projek-Projek Kecil di DUN Kemelah, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah berkata, kawasan yang diwakilinya juga banyak mengalami perubahan prasarana lebih baik berbanding beberapa tahun kebelakangan ini seperti Klinik 1Malaysia di Bukit Siput, pembinaan beberapa buah sekolah agama dan sebuah Maktab Rendah Sains Malaysia (MRSM) yang bakal dibina.

Menurutnya, dua buah sekolah agama telah siap dibina iaitu Sekolah Agama Pogoh dan Sekolah Agama Bandar Putra sementara Sekolah Agama Melayu Raya, Bukit Siput dan Taman Pelangi sedang dibina.

"Sekolah Agama Segamat Baru pula dalam proses mencari tanah menjadikan enam buah sekolah agama secara keseluruhan. Pembinaan MRSM pula dijangka bermula tahun hadapan dan sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah juga akan dibina di Bukit Siput bagi memudahkan penduduk di sekitar kawasan berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Ayub memaklumkan sejumlah RM150,000 telah diperuntukkan Pejabat Menteri Besar ke DUN Kemelah untuk pembangunan projek-projek kecil dan peruntukan tahunan tersebut diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Kumpulan Seri Putera juara Ghazal Terbuka Johor

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Mohamed Khaled Nordin (tengah) menyampaikan replika cek kepada wakil kumpulan Seri Putera Ghazal selepas mereka muncul johan Pertandingan Ghazal Terbuka Johor 2013 di Pasir Gudang, Johor, malam kelmarin.

JOHOR BAHRU 28 Okt. - Kumpulan Seri Putera Ghazal dari Kluang berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Pertandingan Ghazal Terbuka Johor 2013 yang berlangsung di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini malam tadi.

Kejayaan mempertahankan kejuaraan bagi kategori Terbuka yang dimenangi dua tahun lalu itu melayakkan kumpulan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi pusingan Pak Lomak dan sijil penyertaan.

Wakil kumpulan tersebut, Zamri Zainir, 29, berkata, kemenangan dalam pertandingan dwi tahunan anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) itu amat bermakna kepada sembilan ahli kumpulan yang ditubuhkan pada 1999.

"Kami mengambil masa selama dua minggu untuk membuat latihan memandangkan sebelum ini kami sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Sudah semestinya kemenangan ini sungguh bermakna kerana usaha kami generasi muda yang turut memartabatkan seni ghazal dihargai," katanya.

Naib johan kategori Terbuka dimenangi Kumpulan Sri Muar Ghazal yang membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga diraih Kumpulan Aswarisan Ghazal dengan hadiah RM3,000 dan sijil penyertaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan.

Tiga lagi kategori yang dipertandingkan pada pertandingan selama tiga hari itu ialah kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Harapan.

Juara kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, trofi pusingan Mokhtar Zam Zam dan sijil penyertaan.

Kategori Sekolah Menengah pula dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Batu Pahat yang membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan Ahmad Jusoh dan sijil penyertaan, manakala kategori Harapan diungguli Kumpulan Seri Bayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang membawa pulang RM4,000, piala pusingan S.A Aisyah dan sijil penyertaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Hargai jasa pahlawan negara

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
utusanN@utusan.com.my

Pelajar turut dibimbing oleh guru ketika menyertai pertandingan mewarna dan melukis sempena kempen derma Rayuan Hari Pahlawan di SMK Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

KUALA PILAH 28 Okt. - Sebuah lagu patriotik telah dicipta pada 1964 untuk membangkitkan semangat tentera negara ketika era konfrantasi dengan Indonesia.

Ini lirik lagu tersebut:-

Inilah barisan kita

Yang ikhlas berjuang

Siap sedia berkorban

Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang

Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua

Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa

Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi

Menuju medan bakti

Lagu itu dikenali dengan judul Inilah Barisan Kita yang dirakam oleh seorang petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jamaludin Alias yang bukan sahaja meningkatkan semangat anggota tentera di medan pertempuran malah orang ramai yang mendengar pasti ingin turut berjuang untuk negara.

Pada era serba moden kini, bagi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Juasseh dekat sini yang mempunyai 250 ahli, perjuangan mereka bukan lagi di medan pertempuran tetapi lebih tertumpu pada mengadakan pelbagai program kesedaran khususnya kepada pelajar sekolah untuk menghargai jasa pahlawan negara selain berkongsi pengalaman mereka sebagai anggota tentera dalam era perang.

Baru-baru ini, persatuan itu menganjurkan pertandingan melukis dan mewarna sempena kempen derma Rayuan Hari Pahlawan peringkat Kuala Pilah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh dekat sini.

Menurut Ketua PBTM cawangan itu, Lt. Kol (B) Mohd. Nasir Abd. Hadi, kempen itu bukan hanya untuk menggalakkan orang ramai dan pelajar menderma tetapi memberi pendedahan kepada mereka menghargai pengorbanan pejuang negara yang pernah berkhidmat ketika era pemerintahan British atau ketika era penentangan komunis melalui karya seni.

Katanya, pertandingan secara percuma itu bertujuan membina nilai patriotik dalam diri agar sentiasa menghargai jasa pejuang yang berkorban untuk mempertahankan negara.

"Walaupun pelajar itu hanya menderma 10 sen, sumbangan itu sudah cukup kerana objektif kami hanya untuk memupuk sikap menderma dalam kalangan pelajar dan tiada paksaan dalam menderma.

"Kita tidak kisah mengenai nilai sumbangan mereka tetapi lebih kepada menanam semangat patriotik pelajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, sekolah itu dipilih sebagai lokasi pertandingan melukis dan mewarna kerana sesuai dengan matlamat PBTM cawangan tersebut untuk membantu komuniti setempat dalam mengadakan kempen.

"Kempen itu yang bermula pada 9 September lalu dan berakhir pada 9 Disember ini diadakan setiap tahun, di samping pelbagai acara lain turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Pahlawan," katanya.

Seramai 100 pelajar dari 15 sekolah rendah dan menengah seluruh Kuala Pilah menyertai pertandingan itu melalui tiga kategori penyertaan iaitu Tahun 3 hingga 6, Tingkatan 1 hingga 3 dan Tingkatan 4 hingga 5 yang turut mendapat sokongan penuh Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

Sementara itu, Pengetua SMK Juasseh, Mahsurah Moh Sani berkata, beliau menyambut baik penganjuran kempen itu di sekolah dalam usaha menyemai semangat patriotik, galakan menderma dan pelajar dapat mendengar pengalaman bekas tentera yang pernah terlibat dengan peperangan.

Katanya, pihak sekolah menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama dalam penganjuran program yang berorientasikan mendidik pelajar kerana mereka perlu didedahkan dengan pengalaman daripada bekas tentera sendiri mengenai perjuangan ketika zaman peperangan.

"Pelajar hanya pernah membaca kisah pejuang melalui buku namun dengan mendengar sendiri pengalaman dengan anggota tentera mereka akan lebih teruja.

"Kita dapat lihat perkara ini melalui lukisan pelajar yang mempunyai banyak elemen bertemakan kenegaraan hasil daripada pemahaman mereka," katanya.

Tambahnya, beliau amat berterima kasih kepada PBTM kerana menganjurkan program itu selain menawarkan hadiah yang menarik dan berharap acara itu diadakan lagi pada tahun hadapan.

Selain pertandingan mewarna dan melukis, PBTM turut mengadakan majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia dari kerajaan kepada 76 bekas anggota tentera di dewan sekolah itu.

Pelajar teruja sertai kempen Rayuan Hari Pahlawan

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

KUALA PILAH 28 Okt. - Peserta pertandingan melukis dan mewarna sempena kempen Rayuan Hari Pahlawan peringkat Kuala Pilah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh dekat sini baru-baru ini, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka.

Ini dapat dilihat dengan jelas melalui pelbagai jenis karya lukisan yang cantik dan mempunyai daya kreativiti tinggi yang dihasilkan oleh mereka.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Mohd. Amirul Forestho Ibrahim, 16, bangga kerana terpilih mewakili sekolahnya dalam pertandingan itu di samping dapat berkenalan dengan rakan baharu.

Katanya, dia sering menyertai pertandingan melukis yang dianjurkan pelbagai pihak dan gembira dengan pertandingan kali ini kerana berdasarkan tema ketenteraan.

"Saya melukis pelbagai aset ketenteraan seperti kereta kebal dan senjata yang canggih dalam tentera dan berharap pertandingan ini dapat dianjurkan lagi pada tahun depan," katanya.

Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Kepis, Muhd. Syahrul Amri, 12, yang menyertai kategori mewarna turut seronok menyertai pertandingan bersama rakan-rakan.

"Saya minat mewarna dan berjumpa kawan baharu dari sekolah lain dalam pertandingan ini," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Huwaida Hasri, 14, pula menyifatkan pertandingan itu sangat meriah kerana ramai pelajar menyertainya.

"Saya gembira kerana tergolong dalam peserta pertandingan ini dan mencuba sedaya mungkin untuk menghasilkan lukisan yang cantik.

"Di samping melukis, kita juga dapat menderma untuk menghargai jasa pahlawan negara," ujarnya.

Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hua Kuala Pilah, Chin Le Yi, 14, pula berkata, dia gembira apabila dipilih oleh guru menyertai pertandingan melukis itu.

Katanya, hobinya memang melukis dan pasti akan menyertai pertandingan sekiranya mempunyai peluang berbuat demikian.

"Tema yang berkaitan ketenteraan ini amat menarik dan saya gembira dapat melukis.

"Di samping melukis, kami turut berpeluang berkongsi pengalaman dengan bekas tentera dahulu," katanya.

Jangan rosak akidah umat Islam

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 28 Okt. - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam sebarang aktiviti menggugat akidah umat Islam termasuk ajaran Syiah Imamiah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amaran telah diberikan dan pewartaan menghalang ajaran itu sudah dibuat.

''Jangan ingat kita tidak pantau atau tidak tahu apa yang mereka lakukan. Kita tahu gerakan mereka dan jangan salahkan kerajaan jika individu terlibat ditahan.

''Tindakan tegas akan diambil dan amaran sudah diberikan. Jangan rosakkan akidah umat Islam dan kerajaan sedang mengumpulkan semua bukti," katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika mengulas program penjelasan dan pencerahan bahaya ancaman Syiah Imamiah yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini.

Menurut beliau, terdapat pelbagai ajaran Syiah dan paling ekstrem adalah puak Syiah Imamiah kerana ada ahli kumpulan tersebut mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah umat Islam yang menentang ajaran mereka.

''Puak ini beroperasi secara berselindung dan sampai satu peringkat mereka wajib berbohong jika terdesak. Syiah Imamiah ini tidak boleh bertolak ansur jika ajaran yang dibawa tergugat, malah pengikutnya boleh melakukan apa sahaja keputusan drastik dan bahaya," katanya.

Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, antara penyelewengan Syiah Imamiah berkaitan perkara ketuhanan ialah mendakwa Saidina Ali adalah tuhan mereka.

''Jangan pandang ringan hal ini kerana ia ada elemen yang memporak-perandakan akidah umat Islam sehingga boleh mendorong kepada permusuhan dan menghancurkan negara," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jangan terpengaruh maklumat bahaya radiasi di Internet

Posted: 29 Oct 2013 01:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Rakyat di negara ini dinasihatkan tidak terpengaruh dengan penyebaran maklumat tentang bahaya radiasi di Internet yang belum terbukti kesahihannya.

Ini kerana menurut Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektronik Universiti Sapienza, Rome, Prof. Michael Repacholi, kebanyakan maklumat di dalam internet itu berbentuk negatif dan disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang hanya untuk mengelirukan pengguna.

Selain itu katanya, tahap pengetahuan rakyat Malaysia tentang isu pendedahan radiasi masih di tahap rendah dan dikhuatiri mengakibatkan mereka mudah mempercayai apa sahaja maklumat negatif yang disebarkan melalui internet.

"Kebanyakan kes protes dalam kalangan orang awam di Malaysia melibatkan salah faham tentang peletakan stesen atau menara pemancar telekomunikasi di sesuatu kawasan.

"Rakyat perlu faham tahap pendedahan radiasi di negara ini mengikut standard piawaian dan syor yang dikeluarkan oleh International Commision on Non-Ionising Radiation Protection (ICNIRP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Persidangan Non-Ionising Radiation 2013 di sini hari ini.

Katanya, pertikaian berhubung isu pendedahan radiasi tidak perlu ditimbulkan kerana standard piawaian itu telah diguna pakai di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. - UTUSAN ONLINE

Jalan Melayu dibangun semula dengan identiti Melayu

Posted: 29 Oct 2013 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Jalan Melayu di sini akan dibangunkan semula dengan identiti Melayu daripada segi perniagaan, seni budaya dan muzikal, kata Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Rais berkata, usaha itu penting memandangkan tiada sebatang jalan di ibu negara yang benar-benar mencerminkan sosiobudaya kaum Melayu di Malaysia untuk ditonjolkan kepada pelancong asing.

Katanya, usaha kerajaan membangunkan semula Jalan Melayu yang terletak berhampiran Jalan Masjid India tidak harus dicemburui kaum lain memandangkan masyarakat India telah mempunyai Little India di Brickfields, manakala kaum Tionghua mempunyai China Town di Jalan Petaling.

"Kaum lain tidak patut rasa kecil hati kerana masing-masing telah ada tempat, tapi kaum Melayu tiada Malay Street yang betul-betul tipikal Melayu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar Jalan Melayu di sini, hari ini.

PETA Kuala Lumpur yang menunjukkan kedudukan Jalan Melayu iaitu yang menghubungkan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Rais, yang juga bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) berkata pembangunan semula Jalan Melayu itu dijangka dimulakan Januari tahun depan dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Warisan Negara.

"Apa kegiatan yang akan kita lakukan di Jalan Melayu ini akan kita fikirkan tapi mula-mula sekali kita akan cuba baiki bumbung kedai yang ada dan petak-petak perniagaan untuk penjaja Melayu," katanya.

Selain itu, Rais berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai penubuhan Yayasan Warisan Negara bagi memperkasakan lagi pembinaan negara bangsa.

Katanya jika penubuhan yayasan itu dipersetujui, ia akan mencari formula paling praktikal untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa celik budaya, seni dan juga warisan. - BERNAMA

TPM pengerusikan mesyuarat MB, Ketua Menteri ke-119

Posted: 28 Oct 2013 11:48 PM PDT

MUHYIDDIN Yassin menyaksikan majlis bertukar dokumen persefahaman (MoU) dan terma rujukan (ToR) di antara Negeri Sembilan yang diwakili oleh Mohamad Hassan dengan negeri Melaka yang diwakili oleh Idris Haron (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian sempadan itu di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Turut sama Adnan Yaakob (kiri). - BERNAMA

PUTRAJAYA 29 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-119 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat yang turut dihadiri beberapa menteri Kabinet itu bermula kira-kira pukul 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Ini merupakan mesyuarat kali ketiga diadakan tahun ini, kali pertama dan kedua masing-masing pada Februari dan Jun lepas, yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Selepas mesyuarat itu, Muhyiddin turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Bersama Negeri Sembilan dan Pahang serta Memorandum Persefahaman (MoU) dan Term of Reference (ToR) (perjanjian rangka kerja) Negeri Sembilan-Melaka di bangunan yang sama.

Melaka diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Negeri Sembilan diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Pahang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Perlis mampu jadi pengeluar batik

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

AHMAD Bakri Ali cuba mewarna batik sambil diperhatikan oleh Mohd. Noor Effendy Abdul Karim (kiri) dan Mohd. Nasir Ismail (tiga dari kiri) pada Majlis Pendidikan Kraf Batik Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar, semalam.

KANGAR 28 Okt. - Perlis mampu muncul sebagai pengeluar batik pada masa depan jika program melibatkan penyertaan generasi muda khususnya di peringkat pelajar sekolah dalam pembelajaran batik canting dilaksanakan secara lebih serius.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, Ahmad Bakri Ali berkata, tidak mustahil jika suatu hari nanti Perlis bakal menyaingi pengeluar batik sedia ada iaitu Kelantan dan Terengganu.

''Menerusi program yang memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai proses pembuatan batik canting secara praktikal, akan membantu mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan pada suatu hari nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pendidikan Kraf Batik Perdana bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Perlis, Mohd. Noor Effendy Abdul Karim dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Syed Alwi, Mohd. Nasir Ismail.

Sebanyak 400 pelajar dari tingkatan tiga hingga enam pelajar sekolah berkenaan menyertai program tersebut yang pertama kali diadakan pada tahun ini dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis.

Ahmad Bakri berkata, program itu juga dapat memupuk minat generasi muda untuk mewarisi seni batik yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini.

''Program seperti ini sedikit sebanyak akan membantu pelajar untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai pembuatan batik canting,'' katanya.

Beliau berkata, pengalaman dari program itu juga akan mencetuskan minat kalangan pelajar untuk menjadikannya sebagai jurusan yang bakal diceburi pada masa depan.

Katanya, Kraftangan Malaysia juga sentiasa memberi dorongan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengusaha batik yang berjaya.

Naib kadi baca 300 buku setahun

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

KUALA KANGSAR 28 Okt. - Seorang naib kadi di daerah ini yang menjadikan amalan membaca buku sejak dari bangku sekolah mendapat penghargaan daripada Perpustakaan Negara apabila dipilih sebagai Pembaca Aktif Negeri Perak pada tahun ini.

Minat Hisham Ariffin, 63, terhadap buku membolehkannya membaca sebanyak 300 naskhah buku pada tahun lalu dan kecenderungan tersebut menyebabkan beliau dipilih sebagai penerima anugerah tersebut sempena Karnival Membaca 1Malaysia Dan Pemantapan Nilai-Nilai Murni 2013 di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketika ditemui, Hisham berkata, minat untuk membaca secara serius mula timbul sejak beliau aktif sebagai penulis sastera semasa bersekolah di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh pada 1963.

Pesara kerajaan itu berkata, hobi tersebut diteruskan sehingga sekarang kerana amalan membaca sudah menjadi satu kemestian baginya setiap hari bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

"Sebagai seorang penulis dan pembaca, saya banyak mengikuti kursus penulisan dan belajar daripada penulis-penulis terkenal tanah air. Walau di mana sekalipun saya bertugas, buku tetap menjadi teman setia saya setiap hari," katanya.

Menurut Hisham, disebabkan minat yang terlalu mendalam terhadap amalan membaca, beliau mewujudkan sebuah perpustakaan mini di rumahnya di Kampung Ketior di sini.

"Di samping membeli buku di kedai, saya meminjam buku di Perpustakaan Daerah Kuala Kangsar untuk dibaca. Biasanya, saya meminjam sehingga lapan buah buku setiap minggu," katanya.

Dalam pada itu, beliau menghargai anugerah yang diberikan oleh Perpustakaan Negara itu dan menyifatkan pengiktirafan tersebut menjadikannya lebih bersemangat untuk membaca buku.

"Saya membaca bagi mencambahkan minda dan mendapatkan maklumat terkini. Amalan membaca ini bagus khususnya untuk golongan pelajar menimba ilmu pengetahuan lain yang tidak diajar di sekolah atau universiti," katanya.

Tunai cita-cita ibu jadi jururawat

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

MUSTAPHA Kamal Abu Bakar menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Pengambilan Tahun 2009 kepada Alim Hamzan sempena Majlis Konvokesyen ke-4, Bukit Merah Laketown Institute of Allied Health Sciences, Perak, kelmarin.

BAGAN SERAI 28 Okt. - Saya memang mahu menjadi seorang jururawat kerana ingin merealisasikan cita-cita ibu terdahulu yang tidak kesampaian kerana faktor kewangan keluarga.

Jadi, ini merupakan hadiah istimewa buat ibu yang telah membesarkan saya dari kecil setelah berpisah dengan bapa sejak 18 tahun yang lalu."

Demikian luahan seorang graduan Diploma Kejururawatan Bukit Merah Laketown Institute of Health Sciences (BMLIAHS), Alim Hamzan yang akhirnya berjaya dianugerahkan Pingat Tan Sri Mustapha Kamal dalam majlis konvokesyen kolej itu di sini semalam.

Pingat Tan Sri Mustapha Kamal merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada graduan BMLIAHS bagi mengiktiraf pencapaian dalam semua bidang meliputi akademik, kokurikulum dan kepemimpinan.

Menurut Alim, beliau berharap melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi selepas memperoleh pengalaman bekerja.

Di BMLIAHS, selain keluarga, para pensyarah dan kakitangan di sini banyak membantu saya untuk terus menguatkan semangat agar berjaya di masa hadapan," katanya yang kini berkhidmat sebagai jururawat di bilik pembedahan Hospital Fatimah di Ipoh, Perak.

Dia ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen BMLIAHS Kali Keempat yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort, di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengelola BMLIAHS, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan turut dihadiri Ketua Eksekutifnya, Salmah Awang.

Dalam majlis itu, Mustapha Kamal turut menganugerahkan Pingat Tun Mahathir dan Pingat Tun Siti Hasmah masing-masing kepada dua lagi graduan iaitu Fairuz Azmi dan Siti Zabedah Che Mazlan atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang akademik dan kepemimpinan.

Sementara itu, Siti Zabedah berkata, pengalaman mengikuti kursus praktikal setiap semester termasuk di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang banyak membantu memahami profesion kejururawatan secara mendalam.

Anak sulung kepada pasangan Che Mazlan Awang Abu dan Rohani Husin yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu juga berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.74 dalam peperiksaan akhirnya yang lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Rakyat negara ini ambil kalori berlebihan

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Ambil lebih ramai amah Kemboja

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Ribut terburuk landa Eropah

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved