Isnin, 21 Oktober 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita warga Filipina lemas ketika elak ditahan polis

Posted: 21 Oct 2013 09:22 PM PDT

SANDAKAN 22 Okt. - Mayat seorang wanita warga Filipina dipercayai pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari ditahan Polis Marin ditemui terapung berhampiran Jeti Pulau Nunuyan, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata wanita itu dikenali sebagai Marites Blace berusia lingkungan 30-an.

"Mayat mangsa yang dicam rakannya ditemui pada pukul 7.40 pagi oleh seorang penduduk kampung di pulau berkenaan," katanya di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan antara enam wanita warga Filipina yang menaiki sebuah bot laju yang terbalik ketika cuba melarikan pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

Dalam kejadian itu, lima wanita yang terhumban ke laut berjaya diselamatkan manakala juragan bot bersama mangsa berjaya melarikan diri, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Banjir Pantai Remis makin buruk

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 21 Okt. - Banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Pantai Remis bertambah buruk apabila bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir semakin meningkat daripada 662 kepada 815 orang.

Paras air yang turut meningkat sehingga 1.5 meter menyebabkan sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Bintang dengan menempatkan seramai 127 mangsa daripada 22 keluarga.

Tiga lagi pusat pemindahan sedia ada yang telah dibuka sejak semalam adalah di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Dewan Orang Ramai Tebuk Yan dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Azmi Ahmad berkata, sehingga pukul 3.30 petang ini, seramai 585 penduduk telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

Beliau berkata, dua lagi pusat pemindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai pula masing-masing menempatkan seramai 56 dan 47 mangsa.

"Kita sedang memantau paras air di kampung terlibat sebelum penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu di Taiping dan Kamunting, pusat pemindahan sementara di surau Kampung Jawa kini dibuka semula dengan menempatkan seramai 46 orang daripada 12 keluarga.

Sebelum ini, seramai 40 mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan tersebut selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran kejadian banjir kilat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan Mahkamah Rayuan hanya merujuk kes The Herald

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan hanya merujuk kepada kes penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan The Herald sahaja dan bukan secara umum diputuskan kepada kalimah Allah yang terkandung di dalam semua Bible.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan itu untuk keputusan terakhir.

"Dalam keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan, hanya memberikan keputusan kepada penggunaan kalimah Allah dalam The Herald. Dalam al-Kitab perkataan Allah itu masih boleh digunakan.

"Permintaan Menteri Dalam Negeri yang merayu kepada Mahkamah Persekutuan adalah untuk memberikan hukuman kepada The Herald," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta memperjelaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang sebelum ini berkata, kalimah Allah masih boleh digunakan di dalam Bible di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak menyekat sebarang perundangan dan pengamalan agama lain tetapi mereka harus mengetahui bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah dihormati.

Katanya, penerbitan Kristianiti di Sabah dan Sarawak telah diberi kebebasan untuk menggunakan kalimah Allah.

"Saya rasa semua pihak harus faham, ini bukan sekadar tidak membenarkan penerbitan semata-mata. Ia adalah demi umat Islam jadi semua pihak harus menghormatinya," katanya.

Juruukur didenda RM20,000 hina Sultan Johor

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

JOHOR BAHRU 21 Okt. - Seorang juruukur bahan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menerusi laman Facebook Oktober tahun lalu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintah Ahmad Abd. Jalil, 28, yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Ahmad disabitkan bersalah atas tuduhan menggunakan aplikasi Facebook http://www.facebook.com/ ibrahim.osman.313371 dengan nama profail 'Zul Yahya' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi satu komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat negeri itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut menggunakan alamat internet protokol 175.139.168.216 di RD Resources Sdn. Bhd., No. 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur pada pukul 6 petang, 10 Oktober 2012.

Dakwaan terhadap Ahmad dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Dalam keputusannya, Muhammad Jamil berkata, keterangan tertuduh yang tidak pernah memuat naik gambar, tidak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook berkenaan dan tidak mengenali Ibrahim Osman adalah penafian semata-mata.

Terdahulu, peguam bela, Mohd. Radzlan Jalaludin yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya tidak dipenjara, sebaliknya dikenakan denda munasabah kerana tertuduh sedang menyambung pengajian peringkat sarjana dan hukuman penjara boleh menjejaskan masa depannya.

Selain itu, Ahmad mempunyai 10 adik-beradik dan seorang isteri yang sedang menuntut di universiti.

Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya, Norashikin Ibrahim pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya memandangkan kesalahan menghina Sultan Johor adalah sesuatu yang serius.

Ahmad dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 8 November tahun lalu dan pada 14 Jun lalu, tertuduh diperintah membela diri atas pertuduhan tersebut di akhir kes pendakwaan.

Sejak perbicaraan bermula pada 5 Februari lalu, seramai 30 saksi pendakwaan dan sembilan saksi pembelaan termasuk tertuduh sendiri telah tampil memberi keterangan.

Pada prosiding hari ini, ibu bapa serta beberapa adik-beradik tertuduh turut hadir di mahkamah.

Ahmad dibebaskan selepas membayar denda.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rusia: Enam pelajar terbunuh dalam kejadian pengebom berani mati

Posted: 21 Oct 2013 10:55 AM PDT

MOSCOW 22 Okt. - Kira-kira enam orang pelajar terbunuh selepas bas yang mereka naiki diserang pengebom berani mati dalam kejadian di selatan Rusia hari ini.

Serangan yang berlaku di bandar Volgograd itu turut mencederakan 30 yang lain. Kejadian ngeri tersebut disifatkan sebagai yang terburuk pernah berlaku di kawasan bergolak, utara Caucasus sejak tiga tahun lalu.

Jawatankuasa Siasatan Rusia memberitahu, suspek utama kejadian merupakan isteri kepada komander pemberontak utara Caucasus.

"Berdasarkan maklumat awal suspek iaitu Naida Asiyalova berusia 30 tahun dan berasal dari Dagestan meletupkan dirinya, kata jurucakap jawatankuasa siasatan, Vladimir Markin. - AFP

Empat maut dalam serangan di Kaherah

Posted: 21 Oct 2013 10:52 AM PDT

KAHERAH 22 Okt. - Polis kini sedang memburu dalang di sebalik kejadian tembakan di sebuah gereja yang membunuh empat orang awam di Kaherah.

Insiden ini merupakan serangan pertama melibatkan sebuah gereja di bandar tersebut sejak penyingkiran Presiden Islam Mesir.

Serangan terhadap gereja Virgin yang terletak berhampiran kawasan perumahan al-Warak turut mengorbankan seorang budak perempuan berusia lapan tahun, manakala 17 lagi tercedera.

"Dua orang lelaki menunggang motosikal dengan salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan, kata kementerian dalam negeri. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kitar semula sisa secara terkawal

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 21 Okt. - Felda negeri diminta melaksanakan kitar semula sisa kelapa sawit secara terkawal dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, banyak rungutan diterima daripada peneroka mengenai pembakaran terbuka tandan kelapa sawit sehingga mengganggu kehidupan mereka.

Menurutnya, agensi itu mampu menangani masalah tersebut memandangkan pernah mengadakan kerjasama dengan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengenai memproses sisa bahan mentah bagi menghasilkan biogas, biogula dan bioasid.

"Sehingga kini, saya masih menerima laporan mengenai pembakaran tandan kelapa sawit yang dilonggokkan berdekatan kediaman, ladang dan jalan raya yang sepatutnya boleh diproses menjadi tenaga berkenaan," katanya kepada pemberita di Penjom di sini baru-baru ini.

Katanya, Felda perlu memainkan peranan dalam membangunkan teknologi bioteknologi terutama biomas yang dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta menambah, agensi tersebut perlu serius menangani isu pencemaran berkenaan dengan mengitar semula sisa kelapa sawit secara sistematik.

Dalam pada itu, beliau memuji langkah Felda yang merupakan antara agensi terawal melaksanakan langkah kitar semula sisa tersebut.

"Sebenarnya, kes pembakaran terbuka sisa tandan sawit merupakan kes terpencil di beberapa tanah rancangan negeri ini malah agensi berkenaan tetap menjadi penyumbang kepada persekitaran bersih dan ceria," ujarnya.

Katanya, langkah itu sejajar dengan manifestasi kerajaan negeri mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat.

Pertukaran saf kepemimpinan perkara biasa - Menteri Besar

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merasmikan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam sambil diperhatikan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar (tiga kiri) dan Adnan Yaakob (kiri) di Kompleks Budaya Pulau Keladi di Pekan, kelmarin. - utusan/AHMAD ZAKKI JILAN

PEKAN 21 Okt. - Kekalahan tiga Ketua UMNO bahagian di negeri ini adalah perkara biasa kerana perubahan dalam kepimpinan sedikit sebanyak pasti akan berlaku setiap kali proses pemilihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu seharusnya diterima dengan baik oleh semua pihak termasuk ahli kerana keputusan yang dibuat adalah kehendak para perwakilan yang mengundi.

"Dalam pemilihan, perubahan perkara biasa. Memilih ini maknanya mengganti, menukar dan memilih semula yang baharu dan secara kebetulannya tiga Ketua UMNO Bahagian ini tidak lagi dipilih pada pemilihan kali ini.

"Kita dapat lihat ketiga-tiga tokoh yang kalah ini, iaitu Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut) dan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (Paya Besar) merupakan tokoh veteran kecuali Datuk Mohd. Hazmi Yusof (Indera Mahkota) yang boleh dikatakan masih baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Adnan berkata, di Indera Mahkota misalnya, pertandingan bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian bukan melibatkan satu atau dua penjuru tetapi enam.

"Jadi, kalau enam penjuru kita biasanya akan jangka mesti ada sesuatu perubahan yang berlaku dan pembaharuannya ialah berlaku pertukaran dalam pucuk pimpinan di Indera Mahkota.

"Bagi saya itu tidak penting, yang penting adalah sama ada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota baharu, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid boleh menerajui parti untuk mengukuhkan keadaan sehingga kita boleh rampas semula Indera Mahkota yang kita kalah kepada pembangkang," katanya.

Beliau berkata, untuk Jerantut dan Paya Besar, pertukaran yang berlaku nampak biasa dan tidak akan menggugat kedudukan parti.

Contohi perjuangan veteran UMNO

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Abdul Rahman Mohamad (depan, tengah) memeluk seorang tokoh veteran UMNO semasa penyampaian surat penghargaan sempena Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 21 Okt. - Golongan muda dalam UMNO diminta mencontohi sikap veteran parti yang tinggi dengan nilai setia kawan dan bantu-membantu tanpa ada niat menghentam rakan demi merebut kuasa.

Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, walaupun latar perjuangan mereka berbeza dengan hari ini, tetapi sikap dan idea mereka sepatutnya dijadikan panduan bagi meningkatkan keyakinan semua pihak terhadap parti.

"Legasi murni veteran UMNO patut kita contohi untuk menyatukan saf kepimpinan dan menegakkan UMNO untuk kaum Melayu yang mampu bertahan sampai bila-bila.

"Saya kecewa kerana ada segelintir pihak yang tidak menghargai jasa dan pengorbanan mereka apatah lagi untuk meneladani sikap dan pandangan veteran UMNO," katanya dalam majlis meraikan veteran UMNO sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis, di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Lipis yang baharu dipilih, Datuk Ir Mohd. Soffi Abdul Razak, Naib Ketua UMNO, Datuk Mustapa Long dan bekas Timbalan Ketua, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Menurut beliau, veteran UMNO tidak harus dipinggirkan kerana mereka mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk menterjemah sesuatu dasar perjuangan yang mudah difahami ahli UMNO dan masyarakat.

"Dalam usaha Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkasakan UMNO, veteran parti tidak wajar diketepikan.

"Pengalaman veteran UMNO dalam perjuangan dan percaturan strategi menghadapi politik era penjajah dan asakan pembangkang semasa pasca merdeka wajar dipelajari oleh orang muda khususnya kalangan sayap parti UMNO," katanya.

Tambahnya, semangat kesetiaan dalam kalangan veteran UMNO terhadap perjuangan parti tetap dizahirkan walaupun mereka tidak dilantik apa-apa jawatan malah berdiri dalam satu saf perpaduan demi kaum Melayu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Inovasi tempe

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Dr. Kamariah long, menunjukkan sebahagian produk berasaskan tempe kacang hijau kajiannya.

TEMPE merupakan antara makanan popular di kalangan orang Melayu terutamanya etnik Jawa.

Rata-rata tempe yang terdapat dipasaran dihasilkan daripada kacang soya yang diperam (fermentasi) sehingga terbentuknya produk makanan tersebut.

Di Indonesia, tempe boleh dikatakan antara makanan wajib bagi penduduknya, malah dijadikan sebagai makanan ruji.

Produk makanan tersebut diambil oleh sebahagian besar penduduk Indonesia sebagai pengganti kepada sumber protein yang diperolehi daripada daging dan ikan.

Oleh kerana tempe mudah untuk dihasilkan selain boleh dimasak dengan pelbagai resipi, makanan tradisi tersebut terus menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat Melayu.

Menurut penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Dr. Kamariah Long, tempe kacang soya memiliki pelbagai kelebihan serta khasiat buat penggemar makanan tersebut, namun untuk mempelbagaikan produk berasaskan tempe agak sukar dilakukan.

Beliau menyedari jika tempe tidak dipelbagaikan menerusi penghasilan produk sampingan dan hiliran, makanan tersebut tidak akan ke mana dan tidak dapat dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Sebagai penggemar tempe, saya merasakan sudah sampai masanya makanan tersebut dipelbagaikan selain hanya dimakan begitu sahaja.

"Jika tempe boleh dipelbagaikan penggunaannya, bukan sahaja penguna malah sepanjang rantaian bermula daripada pengeluar, penjual dan pengguna akan menikmati manfaatnya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Dr. Kamariah yang juga Penolong Pengarah Program Bio-pemperosesan, Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI, menyedari potensi tempe untuk diketengahkan sebagai produk makanan amat luas beliau telah membangunkan teknologi baharu untuk tujuan tersebut.

Lebih menarik, Dr. Kamariah tidak menggunakan kacang soya sebagai bahan utama pembuatan tempe baharu tersebut sebaliknya menggunakan kacang hijau.

Antara alasan Dr. Kamariah tempe kacang soya sudah dikenali ramai selain sukar untuk mempatenkan produk-produk sampingan baharu daripada tempe kacang soya sedia ada.

"Oleh yang demikian, saya menukar daripada menggunakan kacang soya kepada kacang hijau agar tiada siapa yang akan mengatakan saya 'ciplak' idea orang lain.

"Kita semua tahu, tempe kacang soya sinonim dengan Indonesia, malah menjadi sebahagian daripada kebudayaan mereka, jadi sebarang pembangunan serta penyelidikan ke atas produk ini akan menyebabkan kita menghadapi kesukaran untuk mempatenkannya," katanya.

Pemilihan kacang hijau dilakukan selepas beberapa ujian dan penyelidikan dilakukan mendapati kacang tersebut sesuai untuk dijadikan tempe.

Selain itu, penggunaan kacang hijau sebagai pengganti kacang soya juga mampu meningkatkan khasiat selain menjadikan tempe tersebut lebih sedap serta berbau wangi.

Generasi baru tempe yang dikenali sebagai MyG-Mung Bean dikatakan mengandungi asid GAMA (Gamma Aminobutyric Acid) yang tinggi di samping memiliki pelbagai kelebihan untuk kesihatan.

Pemeraman atau fermentasi tempe MyG-Mung Bean dilakukan menerusi proses inokulasi strain terpilih iaitu Rhizopus 5351 sebagai pengganti agen pemeraman sedia ada.

Penggunaan 'strain' khas bagi menggantikan agen pemeraman biasa itu dilakukan setelah kajian mendapati penggunaannya mampu meningkatkan kandungan antioksidan, memiliki ciri-ciri anti-diabetik, anti-pigmentasi, anti-stress dan juga bahan yang boleh melindungi hati.

Sebagai inovasi baharu, kajian menyeluruh turut dijalankan meliputi ujian kesihatan dan in-vitro terhadap tikus makmal terhadap produk-produk sampingan yang dihasilkan daripada tempe kacang hijau.

Malah, menerusi kajian in-vitro yang dijalanakan mendapati komposisi tempe kacang hijau yang terhasil mampu merangsang sistem penambahan sel imunisasi dan kesan sitotoksik terhadap sel kanser manusia.

Kajian selama tiga tahun tersebut dijalankan olehnya bersama beberapa lagi ahli kumpulan iaitu Dr. Koh Soo Peng, Anisah Jamaluddin, Ainaa Abdul Kahar, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Noorjahan Banu Alitheen, Dr. Yeap Swee Keong (UPM), Norlalily Mohd. Ali (pelajar master), Hamidah Mohd. Yusof (pelajar master) dan juga kakitangan beliau Beh Boon Kee turut mendapat kerjasama daripada pihak UPM.

Tambah Dr. Kamariah, kajian terhadap tempe versi baharu itu juga mendapati produk makanan tersebut mengandungi kandungan asid protocathechuic, asid vanilik, asid syringic yang mana lebih tinggi berbanding tempe kacang soya.

Penemuan tersebut menunjukkan produk daripada MyG-Mung Bean memiliki potensi untuk digunakan sebagai makanan tambahan bagi melindungi hati dan sebagai pencegahan awal kepada penyakit kanser.

Selain dimakan begitu sahaja, penyelidikan terhadap tempe itu juga membolehkan MARDI meneroka pelbagai potensi pembangunan produk berasaskan tempe kacang hijau kepada beberapa produk sampingan bagi menggantikan tempe kacang soya.

Dalam pada itu, tempe kacang hijau juga boleh diekstrak secara bioaktif kepada bentuk kapsul, serbuk untuk bancuhan minuman, agen anti-pigmentasi serta bahan berfungsi yang boleh ditambah ke dalam pelbagai jenis makanan.

Akses terhadap produk makanan yang kaya dengan nutrisi menjadi satu keperluan bagi manusia masa kini bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.

Ujar Dr. Kamariah, makanan tambahan untuk kesihatan yang terdapat di pasaran masa kini amat mahal dan hanya mampu dibeli oleh mereka yang berkemampuan.

Namun, menerusi produk sampingan yang diekstrak daripada tempe kacang hijau dapat dimanfaatkan oleh hampir segenap lapisan masyarakat kerana produk tersebut dapat dihasilkan dengan kos yang rendah.

"Sebagai contoh warga emas yang kekurangan protein akibat kawalan pengambilan makanan seperti daging dan ikan bagi mengelakkan peningkatan kadar kolestrol dalam darah boleh mendapatkan ekstrak protein tempe kacang hijau.

"Ekstrak protein daripada tempe kacang hijau adalah lebih murah kosnya berbanding ekstrak protein yang dihasilkan menerusi kacang soya," katanya.

Selain ekstrak, pengguna juga boleh menggantikan pengambilan daging dan ikan dengan menjadikan tempe kacang hijau sebagai hidangan utama setiap hari.

Pengambilan kacang hijau atau produk kekacang semata-mata di dalam kuantiti yang banyak bagi menggantikan sumber protein juga tidak digalakkan kerana amalan tersebut akan mengakibatkan kesan negatif seperti kembung perut (gluten) atau lebih mudah dikenali sebagai angin.

Untuk mengelakkannya, produk kekacang perlu diperam (contoh dijadikan tempe) terlebih dahulu sebelum dijadikan hidangan.

MyG-Mung Bean bukan sahaja merupakan makanan bernutrisi tinggi dan mudah untuk dibeli oleh rakyat biasa, malah kewujudan satu produk baharu tersebut boleh diketengahkan oleh pihak-pihak yang berminat di sektor pembuatan makanan.

Antaranya adalah seperti usahawan industri kecil sederhana (IKS) bagi menjana pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan peningkatan dari segi ekonomi.

Penghasilan tempe kacang hijau tidak melibatkan sebarang pembaziran kerana keseluruhan kacang (kecuali kulit) akan digunakan sepenuhnya menjadikannya lebih mesra alam dan berteraskan teknologi hijau kerana tiada bahan buangan industri.

Buat masa ini, produk MyG-Mung Bean masih belum dikomersialkan kerana masih tiada syarikat mahupun individu yang berminat untuk berbuat demikian.

Bagi mereka yang berminat untuk mengkomersialkan produk tersebut anda boleh menghubungi Dr. Kamariah di alamat email amai@mardi.gov.my.

Komersial produk coklat tempe

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

JIKA tempe sinonim dengan pelbagai jenis masakan Jawa dan Melayu yang dihidangkan bersama nasi, lain pula pembaharuan yang ditonjolkan oleh Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Banting Selangor

Memperkenalkan produk ciptaan mereka sebagai DeTemps, KKKL menggabungkan dua bahan utama iaitu tempe dan coklat bagi menyuntik kelainan dalam menikmati makanan tradisi masyarakat Jawa di Kuala Langat.

Menurut Pengarah KKKL, Zainah Rujihan, idea menghasilkan coklat tempe tercetus selepas kolej tersebut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record menerusi kejayaan menghasilkan Jalur Gemilang Terpanjang pada tahun lalu,

"Kami menggunakan 28,880 keping tempe bersaiz 0.95 meter lebar dan 503.4 meter panjang untuk menghasilkan Jalur Gemilang tersebut.

"Daripada idea tersebut, KKKL menghasilkan pula coklat tempe dengan hasrat untuk mengkomersialkan tempe yang popular di kalangan masyarakat Jawa khususnya di Kuala Langat menjadi bahan utama dalam penghasilan produk coklat DeTemps," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Zainah, tujuan pembangunan produk DeTemps ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat kerana bahan utama iaitu tempe diperoleh daripada pengusaha tempatan.

Pada masa yang sama, KKKL turut menjalankan satu bentuk perniagaan produk makanan unik yang belum ada di pasaran terbuka.

Secara tidak langsung ia mampu melonjak nama kolej tersebut sebagai perintis kepada produk berasaskan tempe dan coklat.

Bagi permulaan, DeTemps memperkenalkan lima variasi coklat tempe iaitu Crispy Temps, Crunchy Temps, Choc Temps, Passion Temps dan Shocky Temps.

Kesemua jenis produk ini dijual dalam pelbagai jenis pakej yang boleh dijadikan cenderahati bagi pelbagai majlis sambutan keraian.

Selain itu, DeTemps turut mendapat peluang mempromosikan produk di karnival dan pameran seperti Jom Masuk U, Jom Heboh TV3, Karnival My3L dan Pameran Inovasi KPT.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan tempahan boleh menghubungi KKKL di talian 019-6001845 (Tengku Azizah) atau 013-3801977 (Nurul Hayati).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kepelbagaian yang dipertingkatkan

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

Paparan skrin yang lebih luas antara kelebihan yang dipertaruhkan oleh LG menerusi tablet baharunya.

LG Electronics (LG) baru-baru ini menampilkan LG tablet G Pad 8.3 tablet, sebagai kesinambungan kepada barisan Siri G premium peranti mudah alih.

LG baru G Pad 8.3 mempunyai paparan definisi tinggi (HD) penuh pada tablet kelas 8-inci , yang unik dan pengguna akan merasa pengalaman dengan pelbagai ciri-ciri sambungan.

Pelancarannya di pameran di Berlin, Jerman baru-baru ini, LG G Pad 8.3 merupakan LG G2 superphone , mengukuhkan komitmen LG untuk kepimpinan dalam peranti mudah alih melalui premium produk Siri G itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Komunikasi LG Elektronik, Dr Jong Seok Park berkata, kehadiran nya merupakan pelengkap dan mengukuhkan lagi barisan premium LG daripada kebanyakan peranti canggih.

''Pad G kami adalah satu lagi contoh peranti LG dengan titik jualan yang unik sebagai menghargai pengguna di seluruh dunia,'' ujarnya.

Bersaiz kecil dengan bateri berkuasa walaupun paparan yang besar, LG G Pad 8.3 mempunyai beberapa faktor reka bentuk nipis dan anggun yang cukup selesa untuk dipegang dalam satu tangan.

Tablet HD penuh pertama mengandungi ciri utama premium peranti siri G lain termasuk G Pro dan telefon pintar G2.

G Pad 8.3 adalah tablet yang pertama mempunyai 8 inci menawarkan paparan HD penuh yang mampu memberikan kualiti gambar dengan resolusi lebih tinggi.

Pengguna yang memiliki model tersebut tentunya teruja dengan LG G Pad 8.3 yang menawarkan ciri-ciri praktikal yang memberi manfaat sebenar, seperti kepelbagaiannya yang pertingkatkan.

Antaranya paparan HD penuh 8.3 inci merupakan ciri-ciri yang unik kepada LG G Pad 8.3, yang dimaksimumkan untuk skrin besar memberi pengalaman menarik kepada pengguna.

LG G Pad 8.3 akan dilancarkan secara global dalam pasaran utama termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia serta wilayah lain bermula pada suku keempat tahun ini . Harga akan diumumkan semasa pelancaran.

Kamera android pertama di dunia

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh MASZUREEN HADZMAN

Galaxy nx mempunyai keupayaan menukar lensa seperti DSLR biasa dan mempunyai 13 jenis lensa kamera.

Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung) baru-baru ini mengumumkan secara rasmi kamera baharu mereka, Galaxy NX menerusi platform Android.

Ketua Pemasaran Unit Perniagaan Imej Digital Samsung, Julian Thean berkata Samsung, Galaxy NX tersebut mengikut permintaan yang tinggi untuk kualiti fotografi serta kemudahan untuk memuat naik imej yang dilihat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

"Samsung begitu peka dengan kehendak pengguna terutama mereka yang inginkan kelainan dalam dunia imej digital ini," katanya.

Peranti baharu yang menggunakan platform Android 4.2 merupakan kamera digital lensa tunggal (DSLR) pertama mereka yang mempunyai sentuhan dari Android sekali gus menjadikan kamera DSLR pintar Android pertama dunia.

Mempunyai keupayaan menukar lensa seperti kamera DSLR biasa, Samsung NX mempunyai 13 jenis lensa kamera.

Antaranya lensa ultra kompak serta pemfokusan versatil kepada lensa potret yang premium serta lensa makro dan dibantu oleh skrin besar bersaiz 4.8 inci.

Rakaman imej kamera tersebut dijana oleh pemproses empat teras dengan kelajuan 1.6GHz bersama 2GB RAM.

Model berkenaan turut menggunakan pemproses imej baharu, DRIMe IV, turut dilengkapi keupayaan menukar kadar 'ISO' dari 100 sehingga 25,600.

Maksimum resolusi pula adalah sehingga 20.3 mega piksel menerusi penderia imej APS-C CMOS.

Untuk ruang storan pula, anda tidak perlu risau mengenainya kerana selain mempunyai ruang storan 16GB, Galaxy NX turut menyokong kad memori microSD.

Selain itu, Galaxy NX juga turut dilengkapi bersama kemudahan sambungan WiFi bagi memudahkan tugas memuat naik gambar serta berkongsi maklumat di alam maya.

Manakala kapasiti bateri merupakan antara yang paling tinggi di dalam siri kamera DSLR apabila Samsung menggunakan bateri dengan kapasiti 4360mAh.

Seperti siri kamera NX sebelum ini, Galaxy NX turut mempunyai 14 jenis mod dan mod 'SMART' antaranya bagi memudahkan pengguna merakamkan gambar dengan pelbagai kreativiti.

Antaranya, pemilik Galaxy NX boleh merakam objek yang bergerak pantas seperti kanak-kanak sedang berlari dengan mod 'Action Freeze'.

Selain itu pengguna juga boleh merakam saat terbaik seseorang menerusi mod 'Best Face' yang mana rakaman dilakukan sebanyak lima kali dan pengguna boleh memilih gambar yang terbaik di antaranya untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jiwa lara Bella

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ

Mahu mencuba pelbagai watak bagi memantapkan kedudukan dalam bidang seni.

SOAL kisah cinta pasti tidak akan lari daripada seseorang yang bergelar selebriti. Itulah adalah antara soalan yang pasti akan ditanya oleh wartawan kepada artis. Hal ini kerana cerita umpama itu sudah semestinya akan menjadi bualan oleh umum kelak.

Tidak mahu bercakap panjang, hadir ke sesi fotografi bersama Hits baru-baru ini, pelakon kelahiran Kota Kinabalu Sabah, Bella Dally terus diterjah tentang kisah cintanya yang hangat diperkatakan.

Menyentuh tentang soal cinta dan siapakah lelaki bertuah yang sedang bertakhta di hati, semua itu sudah tidak menjadi rahsia kerana siapa kekasihnya diketahui umum. Awal bulan November 2011, pelakon, Nazim Othman telah mengumumkan wanita yang telah mencuri hatinya adalah Bella.

Menurut Nazim, Bella merupakan seorang wanita yang taat dan sentiasa menerima apa juga nasihat sama ada berkaitan dengan kerjaya mahupun perhubungan dengan hati terbuka.

Cinta Bella dan Nazim dikatakan mula berputik sejak mereka berlakon bersama dalam satu drama muzikal terbitan RTM iaitu Inspirasi Varsiti pada 2011. Kisah itu sebenarnya telah mendapat perhatian dan berjaya membuahkan bibit mesra sehingga ke hari ini.

Namun, Bella memilih untuk tidak bercakap banyak dan lebih tentang kisah cintanya itu. Katanya, cukup sekadar orang tahu dia mempunyai teman lelaki dan sedang bercinta dengan Nazim.

"Bukan apa, saya tidak mahu bila bercerita banyak tentang kisah cinta saya bersama Nazim, orang akan labelkan saya sebagai menunjuk dalam soal itu.

"Tapi, saya tak kisah pun kalau orang tahu. Itu bukan masalah besar. Kalau orang tanya, saya akan kongsikan secara luaran sahaja dan tidak terlalu mendalam sebab saya tak selesa kalau semua cerita cinta kami diketahui umum," tegasnya.

Mengenai tahap keselesaannya dengan buah hati, kata gadis berusia 22 tahun ini, buat masa sekarang dia selesa dan Nazim tidak mempunyai banyak ragam.

"Cuma, kami pernah menolak sesi fotografi bersama selain tawaran berlakon bersama. Kami buat semua itu bukan sebab memilih atau apa tetapi masa dan jadual kami yang berbeza," katanya.

Ditanya, adakah keluarga sudah mengetahui kisah percintaannya dengan Nazim, si jelita ini pantas menganggukkan kepala. Menurut Bella, keluarga terutama ibu, Weana Quadra dan bapanya, Ali Abdul Wahid Daly memang bersifat terbuka dengan siapa dia berkawan.

"Mereka (ibu dan ayah) tidak akan banyak bertanya tentang hubungan antara saya dan Nazim walaupun mereka tahu. Bila mereka tanya, saya akan jawab dengan jujur.

"Lagipun, mereka sudah merestui hubungan ini. Sekarang matlamat saya hanya untuk bekerja," kata bekas peserta Pilih Kasih musim pertama ini sambil memberitahu yang namanya masih tidak dikenali walaupun sudah empat tahun berada dalam industri.

Akui Bella, namanya tidak dikenali sebab ada orang beritahu bahawa dia kurang mencipta kontroversi.

"Saya tidak kisah kerana tujuan saya berada dalam industri bukan untuk dipalit kontroversi atau gosip. Impian saya dalam bidang seni supaya orang dapat menerima bakat diri ini, bukan mencari populariti melalui kontroversi.

"Jika ditanya apa yang saya mahu, pastinya pengiktirafan kerana kebolehan dan bakat dimiliki," jelasnya.

Jauhi watak antagonis

jika sebulan lalu, Bella bercuti 'sakan' di Eropah untuk berehat seketika daripada bidang lakonan, kini dia kembali dan bersedia dengan projek terbarunya iaitu drama bersiri di TV3.

Sebelum ini, katanya dia baru sahaja habis penggambaran dengan TV9 menerusi drama 10 episod, +One. Dalam drama itu, dia digandingkan dengan Elfira Loy, Dj Nas-T dan Zain Saidin.

"Sekarang saya akan mula balik setelah sebulan berehat untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi permulaan saya pada kali ini ialah saya akan menjadi lebih selektif.

"Memilih maksud saya adalah dari segi watak yang dibawa. Sekian lama, saya terikat dengan watak antagonis atau peranan hitam. Dan sekarang saya ingin mempelbagaikan watak saya.

"Saya tak boleh bawa watak jahat selama-lamanya. Saya kena corakkan sikit resume lakonan saya," katanya yang mula dikenali dengan penampilan cemerlangnya sebagai orang jahat menerusi Vanilla Coklat dan Serapah Dara Bulan Madu.

Memilih bidang lakonan sebagai kerjaya yang dianggap fleksibel masanya, Bella memberitahu keinginan itu bukan disebabkan dia demand atau sebaliknya tetapi tidak rela dirinya menjadi bahan eksploitasi pihak penerbit menerusi watak-watak negatif sehingga boleh menjejaskan imej dan mengundang rasa kurang senang keluarga.

"Keluarga banyak merestui perjalanan seni saya. Saya memang hendak menjaga hati mereka. Harap permintaan saya itu tidak disalah ertikan. Saya bukan jenis lupa diri.

"Memang tidak dinafikan, watak negatif banyak mencorak personaliti saya untuk berjaya sehingga sekarang," hujah Bella panjang lebar berhubung isu menolak watak hitam.

Pertemuan empat mata dengan aktres ini yang menyambut hari jadi pada September lalu terus digunakan Hits untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Hits sempat bertanya, adakah dia mempunyai masalah komunikasi memandangkan Bella mempunyai masalah untuk berbicara dalam bahasa Melayu dengan baik, jawabnya, memang ada.

"Memang dulu orang sering pertikai kemampuan lakonan saya kerana slanga Sabah saya yang pekat. Namun kepercayaan diberi pengarah membuatkan saya cuba seday a upaya untuk bercakap seperti orang lain di Kuala Lumpur.

"Itu tidak bermakna saya lupakan asal usul, tapi ia perlu untuk membolehkan saya berlakon dan berdialog seperti pelakon lain," katanya yang pernah menerajui filem Seru dan Gila-gila Remaja 2.

Masih ada dalam industri - Gee

Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

Gee masih membuat persembahan nyanyian namun hanya untuk majlis tertutup.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Dia dan Apa Sebenarnya mengatakan dia masih berada dalam industri walaupun kisah berhubung perkembangan kariernya semakin hilang ditayang di dada akhbar mahupun kaca televisyen.

Jelas wanita yang kini berusia 43 tahun itu, sungguhpun kisah berhubung dirinya sudah kurang didengari, dia masih aktif bernyanyi khususnya untuk majlis-majlis tertutup dan korporat.

"Saya masih dalam industri, masih lagi membuat persembahan untuk majlis-majlis tertentu mungkin cuma publisiti itu sudah tiada.

"Selain itu, saya ada juga mendapat beberapa tawaran lakonan tetapi terpaksa ditolak kerana jadual kerja yang diberikan tidak bersesuai dengan jadual harian saya," katanya.

Fauziah yang lebih mesra dengan panggilan Gee ditemui sewaktu majlis pengenalan duta kempen kesedaran kanser iaitu Let's Rock Cancer Malaysia, baru-baru ini.

Tambah Gee lagi, setelah beberapa tahun berehat daripada publisiti, perasaan rindu untuk membuat persembahan dan tampil dengan karya terbaru itu semakin menebal dalam diri.

"Sekali sekala perasaan rindu untuk bernyanyi di atas pentas, di hadapan ratusan dan ribuan peminat itu ada juga.

"Buat waktu ini, saya bahagia dengan hidup yang dilalui di mana saya banyak melibatkan diri dengan kerja-kerja amal selain turut terlibat dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama kumpulan Lady Biker's Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved