Isnin, 21 Oktober 2013

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Ujian pertama MT UMNO

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

Mukhriz Mahathir bersalaman dengan sebahagian masyarakat ketika hadir di majlis santai mesra bersama jentera BN dan penduduk di Bukit Besar, Sungai Limau baru-baru ini. - Utusan/Kamal Basir

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah yang akan bermula dengan penamaan calon esok (Rabu) dan diikuti dengan pengundian pada 4 November ini boleh dianggap ujian pertama kepada barisan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang baharu terpilih pada Sabtu lalu.

Jentera Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir sudah pasti memerlukan komitmen mereka bagi memastikan kerusi DUN tersebut dirampas daripada Pas.

Sudah pasti juga tumpuan diberikan kepada 25 ahli MT yang telah diberikan amanah oleh 146,500 ahli UMNO untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan parti dalam pilihan raya dengan Sungai Limau menjadi pembuka gelanggang.

Jika sebelum ini mereka bermati-matian berkempen bagi menduduki jawatan itu maka jangan disia-siakan peluang untuk membuktikan keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO bukan satu kesilapan.

Semangat yang ditunjukkan ketika pemilihan parti sehingga sanggup tidur dua tiga jam sahaja sehari dan bersedia mengelilingi seluruh negara bagi meraih sokongan seharusnya dibawa pula ke Sungai Limau kerana BN memerlukan komitmen padu mereka bagi memastikan Pas dapat 'dilemaskan' di DUN tersebut.

Berbanding 146,500 ahli UMNO yang perlu diyakinkan untuk menyokong mereka, ahli-ahli MT hanya perlu berusaha bertemu dengan 27,222 pengundi Sungai Limau dan daripada jumlah itu mengharapkan sekitar 15,000 daripada mereka mengundi BN dalam pilihan raya kecil tersebut.

Jumlah itu tidaklah banyak memandangkan pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Mohd.Fadillah Mohd. Ali mendapat 10,420 undi tetapi tewas kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mendapat 13,294 undi. Majoriti 2,774 undi yang memungkinkan Pas terus menguasai kerusi DUN itu juga bukanlah mustahil untuk dikalahkan.

Kemungkinan ini memandangkan trend pengundi yang memihak kepada Pas di kawasan tersebut menurun setiap kali pilihan raya diadakan. Jika dalam pilihan raya umum penurunan itu boleh berlaku, sudah pasti dalam pilihan raya kecil ia lebih mudah dilakukan memandangkan semua jentera BN tertumpu ke kawasan tersebut.

Tetapi segala-galanya bergantung kepada kesungguhan pemimpin-pemimpin UMNO khususnya ahli MT yang perlu membuktikan mereka berupaya menjadi pasukan pejuang kepada parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada kegigihan Muhyiddin, aura Mukhriz, kesungguhan Pergerakan Wanita UMNO dan populariti Khairy Jamaluddin mengepalai Pemuda untuk mencapai kemenangan.

Sebaliknya, ahli-ahli MT sendiri perlu berada di DUN Sungai Limau sepanjang masa untuk membantu jentera BN berkempen.

''Sementara bahagian-bahagian UMNO lain juga akan membantu, ahli-ahli MT lain harus menunjukkan komitmen memandangkan mereka sudah diberi mandat oleh ahli-ahli UMNO. Oleh itu sekarang adalah masa untuk bekerja dalam pilihan raya kerana musim pemilihan sudah tamat," kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi ketika dihubungi.

Beliau yang pernah menduduki kerusi MT berkata, ahli-ahli UMNO ingin melihat apakah barisan MT yang mereka pilih benar-benar boleh buat kerja atau ghairah semasa pemilihan sahaja.

Sememangnya hujah itu boleh diterima memandangkan harapan ahli-ahli UMNO amat tinggi, biar pun Sungai Limau dilihat kubu kuat Pas tetapi itu ketika Allahyarham Azizan menjadi wakil rakyat di situ.

Peluang sama ada BN atau Pas sama rata dan ia bergantung sejauh manakah jentera kedua-dua parti bekerja.

Sebab itulah ahli-ahli MT yang baru dipilih perlu memahami tanggungjawab berat yang terpikul di bahu mereka. Kalau di DUN Sungai Limau mereka tidak memainkan peranan yang diharap-harapkan, bukan sahaja perwakilan yang memilih mereka kecewa tetapi rakyat yang menyokong UMNO juga berasa kesal.

DUN Sungai Limau atau dahulunya dikenali DUN Sala bukanlah kubu kuat Pas, suatu ketika sebelum Azizan, ia pernah menjadi kubu BN. Tetapi setiap kali pilihan raya aura Azizan mampu memastikan Pas terus bertahan.

Bagaimanapun sekarang Pas tidak boleh bergantung kepada Azizan, apatah lagi kerana mainan politik dalaman Pas yang memungkinkan Azizan terlantar sakit sebelum kerajaan Pas Kedah tumbang.

Hakikatnya, BN berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut. Kewibawaan dan aura Mukhriz yang memimpin BN merampas kembali Kedah boleh dijadikan sandaran tetapi kalau mahu bergantung kepada aura beliau sahaja, ia belum mencukupi.

Sebaliknya, ia perlu diadunkan dengan kesungguhan seluruh kepimpinan UMNO khususnya ahli-ahli MT untuk turun ke padang membantu Muhyiddin dan Mukhriz untuk mencatat sejarah menawan Sungai Limau.

Mereka perlu mengerah segala tenaga bagi memastikan kemenangan BN seperti mana mereka membiarkan keringat membasahi tubuh ketika berkempen dalam parti.

Pendekatan kreatif yang digunakan ketika musim pemilihan juga perlu disemarakkan di Sungai Limau, ia termasuklah bersedia mengadakan pertemuan dengan penduduk dalam kelompok kecil untuk meraih undi seperti mana mereka mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli UMNO.

Mukhriz telah membuktikan keupayaan memimpin Kedah dalam pilihan raya umum lalu dan ketika itu tidak semua jentera pusat boleh membantu kerana berada dalam situasi pilihan raya umum, sekarang beliau sudah pasti gembira kerana jentera BN boleh memberi tumpuan di Sungai Limau.

Kesemua ahli MT amat memahami tanggungjawab dan harapan disandarkan, oleh itu berilah peluang kepada mereka membuktikan kemampuan.

Kita percaya adunan pemimpin baru dan lama tetapi kesemuanya berpengalaman menghadapi pilihan raya akan menjadi 'senjata ampuh' kepada BN untuk mencapai kemenangan di Sungai Limau.

Apa yang penting ialah kesungguhan dan keazaman serta tidak terpengaruh dengan sentimen kononnya Sungai Limau adalah kubu kuat Pas.

Dalil Allah tunggal di dalam al-Quran

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membuat satu keputusan yang berkait rapat dengan kepentingan umat Islam di Malaysia apabila memutuskan majalah mingguan milik Gereja Roman Katolik, The Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Keputusan amat menggembirakan itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh tiga panel hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim serta Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas mahkamah membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

Isu itu mula tercetus apabila Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Berbalik kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang ketika ini berada di Mekah selepas menunaikan fardu Haji dalam satu mesejnya yang diberikan kepada Utusan Malaysia Khamis lalu (17 Oktober) mengajak semua umat Islam di negara ini bersyukur dengan keputusan tersebut.

Beliau membuat mesej tersebut pada Hari Raya Aidiladha iaitu selepas selesai menunaikan ibadat wukuf di Arafah.

''Namun dalam proses undang-undang ini kita faham masih ada satu lagi tempat atau medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan yang tidak terduga berlaku nanti.

''Mungkin juga Malaysia bukan medan untuk pertarungan kalimah Allah. Mungkin ada Mahkamah Antarabangsa di Geneva yang mungkin akan sampai ke sana (untuk dibicarakan),'' kata Haron dalam mesej tersebut.

Walau apa pun beliau berkata, sebagai umat yang faham bahawa Islam itu adalah agama tauhid iaitu agama yang mengesakan Allah, yang beriktikad Allah itu Tunggal, kalimah suci itu wajib dipertahankan.

Menyentuh lebih lanjut mengenai isu kalimah Allah, beliau yang juga bekas Profesor di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, semua pihak di negara ini wajib menerima bahawa kalimah suci itu hanya eksklusif untuk umat Islam sahaja.

Beliau berkata, perkataan Allah dalam Islam merujuk kepada Allah Yang Maha Esa, Allah Yang Satu, Allah Yang Tunggal atau Allah Yang Ahad.

Selama-lamanya begitu, kata Haron sambil merujuk kepada pengertian Surah al-Iklhas yang mengandungi empat ayat.

Beliau berkata, di dalam surah tersebut Allah menyebut Qul, katakanlah (wahai Muhammad) kepada manusia, (Tuhanku) adalah Allah Yang Esa, Yang Tunggal. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Diperjelaskan kata Haron dengan sejelas-jelasnya di dalam surah itu, Allah yang tidak ada anak dan tidak ada bapa.

''Selepas pengertian Ahad (Esa) tadi itu dipermudahkan dengan kefahaman tidak ada anak dan tidak ada bapa diterangkan lagi bahawa tidak ada bagi Allah SWT sekutu dengan apa-apa pun,'' katanya lagi.

'Sekutu' ujar Haron bermakna penolong, pembantu atau apa sahaja yang dinamakan pelengkap kepada Allah.

Menurut tokoh agama tersebut, Allah itu maha sempurna dan perkara serupa juga ditekankan di dalam Surah al-Kafirun (mengandungi enam ayat).

''Surah ini amat popular. Boleh dikatakan kebanyakan imam kita sama ada di kampung atau di bandar terutama ketika solat maghrib biasanya surah ini amat popular. Rakaat pertama dibaca Surah al-Kafirun dan rakaat kedua Surah al-Ikhlas,'' katanya lagi.

Sebenarnya, kedua-dua surah tersebut amat berkait rapat tentang keesaan Allah, tentang Allah Yang Ahad dan Allah Yang Tunggal.

Oleh itu apabila ada pihak yang mahu mengambil kalimah suci itu dan kemudian diletakkan kepada Tuhan yang tidak Ahad, sudah tentu perkara tersebut sesuatu yang amat bertentangan dengan nas.

Sebab itu juga kata Haron, Surah al-Kafirun menerangkan sejelas-jelasnya kedudukan Allah kepada orang Islam.

Dalam surah tersebut dimulakan dengan kalimah Qul, katakanlah (Wahai Muhammad) kepada semua umat manusia, wahai orang kafir. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu pun tidak sembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu, kamu ada Tuhan sendiri, itu hak kamu. Aku ada agamaku yakni agama yang menyebut Tuhan yang satu (Allah Yang Ahad).

Sehubungan itu kata beliau, mana mungkin Allah boleh dijadikan sebagai satu kesyirikan yang nyata sebagai contoh apabila dikaitkan kepada agama Kristian.

''Mereka berpegang kepada kepercayaan mereka. Tuhan mereka tidak satu, Tuhan mereka tidak tunggal,'' katanya lagi.

Beliau di dalam mesejnya itu turut mengemukakan sepotong ayat di dalam Surah al-Maidah ayat ke 73 yang bermaksud: "Sesungguhnya kufurlah orang yang mengatakan Allah itu adalah salah satu dari tiga tuhan, padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa.

''Yakni tidak ada Tuhan yang sebenar disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Esa, Allah Yang Tunggal. Inilah kalimah Allah yang patut diterima pakai dan dipertahankan,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, ajaran agama tauhid yang merujuk kepada agama yang mengesakan Allah bukan perkara baru.

Katanya, daripada Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW, para anbiya serta rasul yang diutuskan kepada manusia kesemuanya membawa agama menyembah tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah yang Tunggal, Allah Yang Esa.

''Daripada Adam, Idris, Nuh, Hud, Lut, Saleh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Zakaria sampai kepada Nabi Muhammad para rasul dan nabi yang mulia ini membawa agama tauhid.

"Jika Allah itu sudah tidak Ahad sudah tidak Esa maka rosaklah prinsip kefahaman paling asas dalam Islam. Ia juga boleh mengundang kemurkaan Allah,'' katanya lagi.

Sesungguhnya kata Haron, dalam dua kalimah syahadah (Rukun Islam pertama) setiap umat Islam wajib menyebut dengan jelas bahawa: "Saya bersaksi dengan seluruh hati nurani saya bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Esa."

Juga dilafazkan: "Saya bersaksi dengan jiwa raga saya bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah SWT Yang Maha Tunggal".

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Mahu kawasan rekreasi kekal hijau

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

SEBAHAGIAN daripada penduduk Pandan Perdana berkumpul bagi membantah cadangan pembinaan projek mewah di Pandan Lake Club, Ampang Jaya, kelmarin. - UTUSAN/SAFIYANA SALIM

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Cadangan pembinaan projek mewah di kawasan seluas 4.4 hektar di Pandan Lake Club, Pandan Perdana dekat sini terus mendapat bantahan penduduk sekitar.

Terbaharu, kira-kira 200 penduduk sekitar Jalan Perdana 3/10 berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka seterusnya mendesak kerajaan negeri agar segera campur tangan bagi menyelesaikan isu itu.

Penasihat Jawatankuasa Menyelamatkan Tasik Pandan, Janice Lee Ying Ha berkata, penduduk tidak mahu projek itu diteruskan kerana masalah lebih besar yang akan timbul iaitu kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, sekiranya projek tersebut diteruskan dijangkakan berlaku pertambahan penduduk di kawasan sekitar.

"Memorandum yang mengandungi kira-kira 1,400 tanda tangan penduduk telah diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini, dan hari ini kira-kira 800 tanda tangan diperoleh daripada penduduk sekitar.

"Difahamkan, pihak MPAJ masih belum meluluskan projek berkenaan. Kita tidak mahu penduduk ditipu oleh pemaju dan kita mahu tapak ini terus kekal sebagai kawasan hijau dan rekreasi," katanya dalam sidang akhbar bersama-sama 200 penduduk di sini, semalam.

Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Berhampiran Kawasan Projek Cadangan Kondominium Pandan Perdana Lake Club, Hashim Mahmud pula berkata, tapak projek yang bakal dibangunkan itu merupakan bekas lombong tinggal yang berpasir.

Menurutnya, ia amat tidak sesuai untuk didirikan bangunan tinggi kerana bakal mengundang bahaya kepada penduduk berhampiran selain mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas yang serius.

"Sebelum ini dua sesi dialog antara pihak MPAJ dan ahli majlis telah diadakan. Difahamkan projek tersebut kemungkinan akan diteruskan walaupun 98 peratus penduduk membantah," katanya.

Sambil mempersoalkan di manakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Tiew Way Keng ketika penduduk berdepan dengan masalah seumpamanya itu.

"Penduduk tetap akan terus membantah projek ini dan tidak mahu pihak pemaju dan lain-lain membelakangi penduduk," jelasnya.

Projek yang masih belum diberikan nama itu dipercayai melibatkan pembinaan sebuah pangsapuri servis setinggi 39 tingkat dan dua blok bangunan small office, home office (SOHO) setinggi 35 dan 36 tingkat selain kemudahan rekreasi dan pusat perniagaan.

Kerja-kerja penstabilan cerun di Jalan 5/64 giat dilaksana

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Kerja-KERJA pembaikan cerun menggunakan kaedah paku tanah di Jalan 5/64, Seksyen 5, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor giat dilaksana kontraktor lantikan MBPJ sejak Isnin lalu - utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PETALING JAYA 20 Okt.- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil tindakan segera dengan memulakan kerja-kerja penstabilan cerun di Jalan 5/64, Seksyen 5, Bukit Gasing di sini.

Pengarah Kejuruteraan MBPJ, Ismai Shafie berkata, kerja-kerja penstabilan cerun berkenaan telah dilaksanakan kontraktor lantikan majlis iaitu Rincing Bina Sdn. Bhd sejak seminggu lalu.

Menurutnya, kerja-kerja melibatkan pembinaan dengan kaedah paku tanah soil nailing pada permukaan cerun berkeluasan 2,300 meter persegi dengan ketinggian 20 meter.

"Selain itu pembinaan sistem perparitan cerun pada permukaan cerun seluas 2,300 meter persegi.

"Kos pembinaan adalah kira-kira RM4.5 juta dan dijangka siap pertengahan Jun tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi lawatan ke tapak penstabilan cerun di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Majlis MBPJ, Derek Fernandez.

Kerja-kerja penstabilan cerun itu dilakukan susulan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di kawasan cerun bukit di Jalan 5/64, Seksyen 5, Bukit Gasing melibatkan lot tanah persendirian iaitu Lot 563, Lot 564, Lot 176 dan Lot 177 pada 4.30 petang, 5 Mei lalu.

Kesan daripada runtuhan tersebut telah menyebabkan tanah dan batuan jatuh ke Jalan 5/64 dan tanah menutupi longkang terbuka tepi jalan sehingga menjejaskan sistem saliran di kawasan tersebut.

Tambah Ismail, susulan kejadian itu tindakan segera telah diambil majlis dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan perlindungan sementara.

"Ini termasuklah dengan memasang helaian-helaian tarpaulin pada permukaan tanah yang terdedah, memotong pokok berisiko dan membersihkan lebihan tanah dan batu di atas jalan dan longkang.

"Turut dilakukan meletakkan batu konkrit sebagai penahan sementara dan kon keselamatan di sekitar lokasi kejadian," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


10 ketua bahagian muka baharu

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
utusanjohor@utusan.com.my

MD. Othman Yusof (dua dari kiri) bersama barisan kepimpinan baharu UMNO Bahagian Tanjung Piai selepas pemilihan UMNO Tanjung Piai, di Pontian, kelmarin.

JOHOR BAHRU 20 Okt. - Sebanyak 10 daripada 26 UMNO bahagian di negeri ini mendapat ketua yang baharu termasuk tiga yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti semalam.

Tiga ketua bahagian baharu yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Ir. Hamim Samuri di Ledang, Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Sri Gading) dan Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahman (Kota Tinggi).

Tujuh lagi ketua bahagian baharu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (Muar), Datuk Zulkarnain Kamisan (Parit Sulong); Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohammad Khairi A. Malik (Gelang Patah), Zahari Sarip (Segamat), Mohd. Azahar Ibrahim (Labis), Datuk Dr. Adham Baba (Tenggara) dan Datuk Zainal Abidin Jidin (Kulai).

Dalam pada itu, sebanyak 16 bahagian mengekalkan penyandang termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pasir Gudang serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong) yang tidak dicabar pada pemilihan parti kali ini.

Turut menang tanpa bertanding ialah Datuk Samsolbari Jamali (Ayer Hitam), Datuk Maulizan Bujang (Tebrau), Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai) dan Datuk Ir. Hasni Mohamed (Pontian).

Ketua bahagian yang berjaya mempertahankan jawatan masing-masing ialah Datuk Baharom Mohamed di Sekijang, Datuk Saipolbahri Suib (Bakri), Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman (Simpang Renggam), Md. Jais Sarday (Kluang), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Md. Othman Yusof (Tanjung Piai) dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat).

Dalam pertandingan itu, antara yang menjadi tumpuan ialah di Bahagian Johor Bahru yang menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Shahrir yang ditentang Datuk Ahmad Kemin dan Zulkifli Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua pencabarnya gagal menggugat sokongan terhadap Ahli Parlimen Johor Bahru itu apabila Ahmad sekadar memperoleh 137 undi, manakala Zulkifli hanya meraih 16 berbanding Shahrir yang mendapat 396 undi.

Saingan empat penjuru di Mersing turut gagal menggugat sokongan terhadap Abdul Latiff apabila bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu menang dengan majoriti tipis iaitu lima undi kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Datuk Zainal Abidin Osman yang mendapat 198 undi.

Bagaimanapun, dua lagi pencabar, Abdul Razak Pon dan Ishak Awang, masing-masing gagal meraih sebarang undi.

Turut menarik perhatian ialah pertembungan antara Mohd. Puad dan ADUN Rengit, Ayub Jamil. Bagaimanapun Mohd. Puad berjaya mempertahankan jawatannya apabila menang dengan majoriti 28 undi setelah mendapat 428 undi.

Satu lagi saingan yang dinantikan ialah usaha Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat merampas jawatan Ketua UMNO Bahagian Sekijang daripada Baharom.

Namun jawatan tersebut kekal milik Baharom yang menang dengan majoriti enam undi apabila mendapat 189 berbanding 182 yang diperoleh Ayub.

Azalina kekal sebagai satu-satunya wanita di negeri ini yang menjadi Ketua UMNO bahagian apabila terus diberi kepercayaan menerajui UMNO Bahagian Pengerang dengan mendapat 292 undi.

Beliau menewaskan saingan bekas ADUN Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah yang hanya memperoleh 55 undi, diikuti Mohamed Long (46) dan Abdul Jalil Abd. Kahar (14).

Kemenangan Radin Seri Kartini di Gelang Patah satu kejutan

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Radin Seri Kartini Abdullah

JOHOR BAHRU 20 Okt. - Ahli Puteri UMNO yang telah melepasi had usia pergerakan itu dinasihat tidak berputus asa dalam meneruskan kesinambungan politik kerana ruang sentiasa terbuka kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk mengangkat martabat parti keramat itu.

Bekas Setiausaha Kerja Puteri UMNO, Radin Seri Kartini Abdullah berkata, beliau sendiri berjaya membuktikan keadaan itu apabila menang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah biarpun selepas melepaskan jawatan sebagai Ketua Puteri bahagian tersebut kerana menghampiri umur maksimum Puteri UMNO.

''Saya tidak 'langgar' Ketua Wanita, Zainab Othman kerana dia memang mampu memberi perkhidmatan tetapi tidak salah juga untuk saya bertanding Naib Ketua Bahagian kerana ada kekosongan.

''Hala tuju saya sekarang ialah meneruskan perkhidmatan dan kali ini sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian, apa yang penting sekarang menarik golongan muda untuk menjadi ahli UMNO dan juga menambah bilangan pengundi di Gelang Patah," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kemenangan Radin Seri Kartini merupakan kejutan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gelang Patah yang menyaksikan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Mohammad Khairi A. Malik turut diumumkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah yang baharu.

Beliau berhadapan pertembungan lima penjuru sebelum berjaya memperoleh 109 undi berbanding empat calon lelaki lain iaitu Ibrahim Atan (105 undi), A. Latiff Ahmad (72 undi), Tambi Omar Latip (72 undi) dan Chamingan Bahari (30 undi).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bertaut kembali hadapi PRU - MB

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan

SEREMBAN 20 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta mereka yang tewas dalam pemilihan UMNO kali ini kembali bertaut dan bersama-sama memberikan khidmat untuk berhadapan agenda besar menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, apa yang sudah dilalui pada 12 Oktober dan hari ini adalah satu proses mematangkan UMNO, malah apa yang berlaku itu tentulah mempertaruhkan kerja yang lebih kuat, semangat yang tinggi dan bersatu padu demi agama, bangsa dan tanah air.

''Selepas ini kita semua perlu bertaut kembali bagi merancang strategi menghadapi PRU-14. Bagi yang tewas, janganlah bersedih atau kecewa.

''Kita menawarkan perkhidmatan, pengalaman dan bakti. Ini merupakan proses pemilihan yang amat baik daripada yang terbaik," katanya dalam sidang akhbar selepas berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, dekat sini malam semalam.

Mohamad menang dalam pemilihan itu selepas memperoleh undian selesa sebanyak 679 undi daripada 799 perwakilan yang hadir pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rembau itu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menewaskan pencabarnya yang juga bekas Exco, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang mendapat, 108 undi.

''Buang persepsi jika tidak berjawatan, kita tidak boleh memberikan khidmat. Sebenarnya kita boleh melakukannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," jelasnya.

Mohamad turut mengucapkan terima kasih kepada perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui bahagian itu.

Lilah tidak merajuk gagal pertahan jawatan

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Lilah Yasin (kiri) bersalaman dengan Mohd. Salim (kanan) sambil diperhatikan Mustapha Nagoor (tengah) selepas pengumuman keputusan persidangan perwakilan UMNO bahagian dekat Dewan Pejabat Daerah Jempol, kelmarin.

JEMPOL 20 Okt. - Datuk Lilah Yasin yang gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jempol dalam pemilihan semalam tidak merajuk sebaliknya bertekad terus berjuang dan menabur bakti selagi terdaya.

Pada masa yang sama, pemenang jawatan itu, Datuk Mohd. Salim Sharif tidak mahu menggunakan perkataan 'tewas' terhadap Lilah tetapi menganggap lawannya itu sebagai 'tidak terpilih' .

Lilah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong berkata, beliau akur dengan keputusan yang dibuat oleh para perwakilan UMNO bahagian berkenaan malah sudah bersedia untuk menerima sebarang keputusan sejak mengumumkan mempertahankan jawatan tersebut sebelum ini.

"Jangan bertanding jika kita takut dengan kekalahan, malah saya sudah bersedia sejak awal lagi. Saya akur dengan keputusan dan tidak kecewa. Meskipun tewas, ini tidak bermakna saya akan merajuk tetapi saya tetap akan berjuang dan menabur bakti dalam parti selagi terdaya.

"Sudah lama saya dalam UMNO malah saya sangat sayangkan parti ini. Saya pilih UMNO kerana saya amat tertarik dengan agenda parti untuk orang Melayu. Pemilihan sudah berakhir dan sekarang adalah masa untuk semua ahli UMNO kembali bersatu di bawah ketua bahagian yang baharu," katanya.

Sementara itu, Mohd. Salim berkata, perubahan kepimpinan dalam UMNO Jempol membuktikan ahli mahukan sesuatu yang baharu dan beliau kini menggalas tugas yang besar dalam membuat pembaharuan tersebut.

"Antara perancangan ialah saya mahu golongan profesional muda menyertai UMNO dan seterusnya menyumbang tenaga dan idea dalam parti. Saya mahu UMNO menjadi sebuah parti yang bukan sekadar pandai bercakap tetapi kita mahu tunjukkan apa yang parti telah lakukan.

"Saya juga mahu mengumpulkan golongan muda dari kawasan kampung dan Felda bersama pengundi muda di kawasan bandar. Golongan muda dari kampung dan Felda juga mempunyai jasa yang besar dalam UMNO dan mereka seharusnya diketengahkan," katanya kepada para pemberita selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jempol dekat dewan Pejabat Daerah Jempol semalam.

Dalam persidangan tersebut, Mohd. Salim berjaya memperoleh 308 undi manakala Lilah hanya mendapat 192 undi.

Bagi Timbalan Ketua UMNO, jawatan itu dimenangi oleh Datuk Shamsulkahar Md. Deli manakala Naib Ketua dimenangi oleh Mustapha Nagoor.

Tarik ramai Melayu jadi ahli UMNO agenda Abdul Ghafaar

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

ABDUL Ghafaar Atan dijulang oleh perwakilan selepas diumum sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah di Institut Latihan Perindustrian, Selandar, Melaka, kelmarin.

JASIN 20 Okt. - Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah yang baharu, Datuk Abdul Ghafaar Atan berazam menarik lebih ramai orang Melayu menyertai UMNO dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih dalam usaha memperkuatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, sokongan daripada orang Melayu sangat penting supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menunjangi pentadbiran negara.

''Strategi awal saya ialah meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Alor Gajah dengan melipatgandakan program parti bersama komuniti setempat," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah di Institut Latihan Perindustrian Selandar di sini malam tadi.

Selain itu katanya, beliau akan menjalinkan kerjasama erat bersama barisan jawatankuasa yang baharu dan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda bahagian bagi mempergiatkan usaha mendekati orang Melayu dalam pembangkang khususnya Pas untuk 'memujuk' mereka menyertai UMNO.

"Ini adalah strategi yang mesti kita kena buat jika masyarakat Cina tidak mahu balik semula kepada BN, India 50-50, kerana dengan kekuatan yang ada melalui usaha meningkatkan jumlah pengundi Melayu, tidak mustahil semua kerusi boleh ditandingi oleh UMNO," katanya.

Dalam pemilihan itu, Abdul Ghafaar mengetepikan pencabarnya, Datuk Ab. Wahab Ab. Latip dengan majoriti 135 undi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri mendapat 362 undi manakala Ab. Wahab yang juga ADUN Durian Tunggal memperoleh 227 undi.

Timbalan Pengerusi UMNO bahagian pula disandang oleh Rospandi Leman dengan undi sebanyak 307 dan Naib Pengerusi bahagian itu dimenangi oleh Ismail Ibrahim dengan mendapat undi sebanyak 344.

Seramai 594 perwakilan dari 66 cawangan UMNO dalam bahagian itu hadir mengundi pada sesi pemilihan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bajet 2014 babitkan beberapa pelarasan subsidi - Hassan

Posted: 21 Oct 2013 02:52 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 21 Okt. - Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini melibatkan beberapa pelarasan subsidi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek.

Jurteru, menurut beliau, bajet berkenaan akan memperlihatkan berlaku kenaikan dan penurunan harga terhadap pelbagai jenis barangan.

Bagaimanapun tegas beliau, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk persatuan pengguna, dewan perniagaan dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, meskipun beberapa keputusan tidak popular akan diumumkan namun ia adalah belanjawan terbaik yang perlu diumumkan kerajaan untuk memastikan sistem kewangan fiskal negara terus kukuh ke arah mencapai negara maju 2020.

Pada masa sama katanya, kerajaan akan tetap mengumumkan beberapa insentif untuk memastikan kesan penyelarasan subsidi terhadap rakyat berada di tahap minima selain program penerangan kepada rakyat di seluruh negara mengenai rasional setiap tindakan yang dibuat.

"Jadi begitulah, niat kita adalah pengukuhan sistem kewangan negara dan apa barang naik, barang turun esok (Jumaat) kita akan beri penerangan kepada rakyat, pengguna dan saya juga mahu persatuan pengguna memainkan peranan juga membantu kita menjelaskan kepada rakyat selain berbahas di Parlimen nanti.

"Kepentingan negara ini mesti diutamakan, pengukuhan ekonomi negara ini mesti kita utamakan sebab itulah keputusan-keputusan yang tidak popular bagi pandangan rakyat itu mestilah diterima secara positif," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 Peringkat Negeri Kelantan di Balai Islam, Lundang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tahap keselamatan di Esszone terkawal - KP Esscom

Posted: 21 Oct 2013 02:34 AM PDT

LAHAD DATU 21 Okt. - Tahap keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone), terutama di Lahad Datu, kini terkawal dan keadaan kembali pulih sejak insiden pencerobohan Februari lepas.

Menurut Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek, bagi memastikan tahap keselamatan terus terkawal, Esscom sedang dan akan melaksanakan pelbagai program.

Selain meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan, Esscom juga merancang menempatkan semula penduduk perkampungan air di kawasan Esszone dengan projek perintis di tiga daerah iaitu Semporna, Sandakan dan Lahad Datu, katanya kepada pemberita hari ini.

Mohammad ditemui selepas menyampaikan taklimat terkini mengenai Esscom kepada rombongan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan pelaburan Sabah (SEDIA), di Ibu Pejabat Esscom di sini.

Katanya sekalipun insiden pencerobohan di Kampung Tanduo itu menjejaskan sedikit sektor pelancongan Sabah, penubuhan Esscom menaikkan keyakinan rakyat dan pelabur luar.

Sebagai contoh katanya, pada 7 Oktober lalu, Kluster Perindustrian Minyak Sawit Lahad Datu memeterai memorandum persefahaman dengan Evolution Energy LLC dari Amerika Syarikat yang boleh menjana pelaburan sehingga RM500 juta bagi menghasilkan petrol, diesel, bahan api penerbangan dan arang batu pembakaran bersih daripada pelepah dan batang sawit, pada lewat 2015.

"Selain itu, seperti yang dinyatakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Esscom baru-baru ini, Amerika Syarikat berminat melabur sebayak AS$2 bilion (RM6 bilion) dalam penternakan lobster yang diketuai Darden Inc. di Semporna, Sabah, sekali gus menunjukkan keyakinan para pelabur luar negara terhadap tahap keselamatan di kawasan ini," katanya.

Mengenai pewujudan Bilik Gerakan Esscom yang beroperasi 24 jam sejak 12 Ogos lepas, Mohammad berkata setakat Jumaat lalu, bilik gerakan itu menerima 54 aduan yang kebanyakannya berkaitan dengan kehadiran orang yang diragui atau pendatang asing tanpa izin.

Katanya aduan termasuk meminta Esscom atau pasukan keselamatan meningkatkan rondaan di kawasan perkampungan mereka untuk membanteras jenayah selain mencadangkan bancian penduduk seperti di Mukim Simunul Semporna turut diadakan di kawasan mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya atau membuat pertanyaan melalui talian 089-863181 atau faks 089-863182. - BERNAMA

RUU Perbekalan 2014 dimuka untuk bacaan pertama

Posted: 21 Oct 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2014 dikemukakan untuk bacaan kali pertama dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 petang, Jumaat ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kariah masjid bantah AJK 'hantu'

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
utusanpenang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada ahli kariah Masjid Al-Qahhar berhimpun untuk membantah tindakan kerajaan negeri mencampuri urusan pentadbiran masjid itu di Permatang Damar Laut Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 20 Okt. - Kira-kira 80 ahli kariah Masjid Al-Qahhar di Permatang Damar Laut di sini membantah tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) cuba memberi tauliah kepada ahli jawatankuasa yang tidak dipilih oleh mereka dalam mesyuarat agung Mei lalu.

Mereka mendakwa, MAIPP tanpa sebarang perbincangan bertindak menukar 11 daripada 13 ahli jawatankuasa kariah masjid berkenaan.

Paling mendukacitakan dakwa mereka, ada dalam kalangan yang dilantik MAIPP itu dilihat tidak pernah berjemaah atau menyertai aktiviti yang dianjurkan masjid.

Pengerusi kariah masjid berkenaan, Rosli Salleh (gambar) berkata, mereka terkejut apabila surat pentauliahan ahli jawatankuasa masjid yang dikeluarkan MAIPP minggu lalu tidak menyenaraikan individu terpilih sebaliknya nama-nama lain termasuk yang tewas dalam pemilihan.

Tegasnya, tindakan MAIPP itu secara tidak langsung seolah-olah tidak menghormati keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli kariah yang hadir.

"Kita mahu perkara ini diperjelaskan. Bagaimana 11 nama ini boleh bertukar dan apakah kriteria yang ada pada 11 individu disenarai oleh MAIPP untuk menggantikan mereka yang dipilih oleh ahli kariah?

"Semua prosedur yang ditetapkan telah kami ikuti dalam mengadakan pemilihan dan mesyuarat agung, jadi kenapa berlaku pertukaran ini?" katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan masjid itu hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Permatang Damar Laut, Yaacob Hamat memberitahu, pihaknya pelik dengan apa yang berlaku dan meminta semua pihak termasuk MAIPP dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim supaya memberi penjelasan menjelas perkara berkenaan.

Menurutnya, beliau melihat seolah-olah wujud campur tangan dan pengaruh politik dalam pemilihan ahli jawatankuasa masjid.

"Kita tidak mahu perkara seperti ini sewenang-wenangnya dilakukan tanpa penjelasan yang kukuh kerana boleh menyebabkan perpecahan di kalangan ahli kariah.

"Ahli kariah telah sebulat suara membuat pilihan dalam menentukan ahli jawatankuasa jadi tidak sepatutnya mereka yang terpilih ditukar tanpa pengetahuan," ujarnya.

Calon wanita tunggal gagal buat kejutan di Perak

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Hamizura

GOPENG 20 Okt. - Hajat satu-satunya calon wanita yang bertanding jawatan ketua UMNO bahagian di negeri ini, Hamizura Osman untuk membuat kejutan tidak kesampaian apabila tewas dalam pertembungan empat penjuru di Bahagian Gopeng semalam.

Dalam persidangan perwakilan dan pemilihan UMNO bahagian tersebut yang diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat (Kemas) Gopeng di sini, Hamizura, 36, menduduki tempat tercorot dengan memperoleh 22 undi daripada 491 perwakilan.

Jawatan tersebut dimenangi oleh penyandang, Datuk Hamzah Kassim yang memperoleh sebanyak 240 undi manakala dua lagi pencabar iaitu bekas timbalan beliau, Mejar (B) Roslan Zakaria (157 undi) dan Saidel Khazri Malik (67 undi).

Keputusan tersebut sudah tentu amat mengecewakan Hamizura kerana sebelum ini, kakaknya, Datuk Hamidah Osman juga gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Bahagian Gopeng apabila dikejutkan bekas Ketua Puteri Bahagian itu, Juliliyana Mohd. Junid.

Mengulas mengenai kekalahannya itu, Hamizura berkata, keputusan tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus bekerja dan berjuang demi parti dan orang Melayu serta Islam walaupun tanpa sebarang jawatan.

"Saya akan terus berusaha membawa perubahan terutamanya dari segi keikhlasan dalam perjuangan dan yakin orang akan terima apa yang cuba bawa ini suatu hari nanti.

"Harapan saya kepada ketua UMNO bahagian, jagalah UMNO dan orang Melayu seperti mana datuk dan nenek kita buat dahulu," katanya.

100 anggota Puspanita JPS kesan kualiti air

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

SEBAHAGIAN daripada 100 anggota Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengesan kualiti air anak sungai Gua Kelam menggunakan kaedah petunjuk biologi (bio indicator) kelmarin.

KANGAR 20 Okt. - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini melakukan aktiviti mengesan kualiti air anak Sungai Gua Kelam yang menjadi tumpuan pelancong di Perlis dengan menggunakan kaedah petunjuk biologi.

Seramai 100 anggota Puspanita tersebut didedahkan dengan kaedah pengesanan kualiti air sempena program Lawatan Turun Padang Puspanita JPS Zon Utara selama tiga hari bermula semalam.

Turut serta dalam kegiatan di kawasan Secret Garden Gua Kelam itu ialah Pengerusi Puspanita JPS Malaysia, Datin Norliyati Said.

Melalui petunjuk biologi itu, para peserta menjelajahi anak sungai dan mengumpul sebanyak mungkin hidupan di dalamnya yang kemudiannya dipadankan dengan jadual hidupan sungai.

Ia turut menjadi ukuran tentang tahap kualiti air sungai berkenaan.

Norliyati berkata, kegiatan itu akan mendedahkan anggota Puspanita terhadap tanggungjawab mencintai alam sekitar termasuk sungai.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah melancarkan program Lawatan Turun Padang Puspanita JPS pada 18 Oktober tahun lalu dan sejak itu kegiatan demi kegiatan dianjurkan oleh persatuan itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka.

Malam tadi Puspanita JPS Malaysia turut menghulurkan sumbangan kepada dua buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis dan Rumah Sejahtera Baitul Hanan, Behor Mali, Perlis.

Setiap rumah kebajikan itu menerima RM1,000.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pengarah JPS, Datuk Ahmad Husaini Sulaiman, Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi JPS Datuk Hanapi Mohamad Noor dan Pengarah JPS Perlis Nishad Mohamed Shaffy. — BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Langkah sesuai atasi kenaikan minyak

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Media sosial perlu berperanan bawa kebajikan, bukan sebar fitnah

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Menteri Dalam Negeri boleh larang guna perkataan memudaratkan keselamatan negara

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved