Khamis, 22 Ogos 2013

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Bersalin dalam air pengalaman baru

Posted: 21 Aug 2013 10:13 PM PDT

Dr. Choong Kuo Hsiang (kiri) menerangkan mengenai kaedah bersalin di dalam air.

walaupun kaedah ini masih baru dan kurang meluas digunakan di Malaysia, ia sebenarnya sudah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan diyakini selamat serta lebih mudah berbanding bersalin secara normal.

Demikian pengalaman ibu kepada empat orang cahaya mata, Ar'nie Rozah Krogh, 45, apabila dia memilih kaedah bersalin dalam air untuk proses kelahiran anak keempatnya Ariena Ayla Krogh setahun lalu.

Nyata, pilihan tersebut memberi pengalaman berbeza yang cukup memberi keselesaan padanya.

Ini kerana ketika melahirkan tiga anaknya terdahulu, dia terpaksa menahan kesakitan berjam-jam malah makan hari, sehingga terpaksa mengambil suntikan ubat penahan sakit epidural.

"Pilihan untuk menggunakan kaedah bersalin dalam air ternyata berbeza rasa dan kesannya pada tubuh berbanding bersalin secara normal.

"Ketika bersalin secara normal saya terpaksa menahan kesakitan berjam-jam dalam bilik bersalin terutama ketika bersalin anak pertama hingga perlu disuntik dengan ubat tahan sakit epidural," ujar Ar'nie.

Menurutnya, berlainan dengan kaedah bersalin dalam air yang ternyata mengurangkan rasa sakit akibat kontraksi yang berlaku, selain diyakini lebih selamat dan rasa tenang apabila berada dalam kolam yang mengandungi air suam.

"Apabila mendapat berita saya mengandung anak keempat, saya ingin merasai pengalaman bersalin dalam air. Sebelum ini memang mengetahui kelebihan bersalin menggunakan kaedah ini kerana ia lebih tenang dan mudah.

"Selepas membuat kajian dan carian maklumat melalui Internet dan bahan bacaan lain, akhirnya saya memilih Hospital Pantai Kuala Lumpur kerana waktu itu ia satu-satunya hospital di Malaysia yang menawarkan khidmat bersalin dalam air," katanya.

Ujar isteri kepada Anders Krogh itu lagi, sebelum dibenarkan oleh doktor untuk bersalin dalam air, dia terpaksa ditahan di wad bersalin selama empat hari kerana mengalami kesakitan tetapi bukaan rahim tidak cukup untuk melahirkan bayi.

"Tiada cara lain untuk mengurangkan kesakitan selain mengambil suntikan ubat penahan sakit epidural sebagaimana disarankan oleh doktor.

"Walaupun mendapat suntikan tersebut dan doktor mengesyorkan bersalin normal kerana keadaan saya yang lemah, saya tetap ingin meneruskan proses bersalin dalam air.

"Keajaiban berlaku apabila badan mencecah air dalam kolam, perasaan tenang dan rasa sakit berkurang.

"Dalam proses menunggu saat genting tersebut, untuk menghilangkan kesakitan yang dialami, saya cuba berjalan-jalan di sekitar bilik tersebut dan adakalanya masih boleh ketawa bersama-sama suami sambil melakukan aktiviti lain seperti menari dan makan," ujarnya.

Bagi Raja Zarith Sofia Raja Zulkifli, 28, pengalaman melahirkan bayi sulungnya, Kyla Natasha, secara dalam air adalah detik indah dalam hidup yang tidak akan dilupakan bersama-sama suami tercinta Ben Ibrahim, 35.

Tambahnya, sejak disahkan mengandung, beliau sudah membuat kajian tentang kelebihan bersalin di dalam air yang banyak di aplikasi di luar negara.

"Apabila mengetahui Hospital Pantai Kuala Lumpur ada menawarkan kaedah tersebut, tanpa berfikir panjang saya dan suami mengambil keputusan melahirkan bayi sulung menggunakan kaedah ini.

"Memang tidak ada pengalaman bersalin sebelum ini, tetapi saya boleh rasai sendiri bersalin dalam air tidak terlalu sakit , mudah dan tenang.

" Saya hanya perlu meneran sedikit sahaja sebelum dapat rasai kepala bayi keluar. Selain itu, suami yang sentiasa berada di sisi di saat-saat mencemaskan itu ditambah pula dengan rendaman badan di dalam kolam dengan air suam sangat membantu dan melancarkan proses bersalin," ujar ibu muda itu.

Menenangkan

Proses kelahiran di dalam air adalah suatu kaedah yang amat menenangkan dan terapeutik di mana ibu melalui menjalani proses melahirkan bayi di dalam air yang suhu sederhana suam.

Kaedah itu banyak memberikan kebaikan kepada si ibu, terutamanya sebagai satu kaedah penahan sakit semulajadi. Berada di dalam air dapat mengurangkan rasa sakit semasa kontraksi berlaku yang mana dapat memberi keselesaan serta meningkatkan tumpuan si ibu berbanding jika berada di luar air.

Keadaan ibu yang tenang dan selesa akan membantu melancarkan proses bersalin serta dapat mengurangkan perlunya intervensi perubatan semasa kelahiran.

Sementara itu, kebaikan untuk bayi pula, air yang bersuhu sederhana suam akan memudahkan proses perpindahannya dari dalam rahim ke dunia luar kerana suhu air menyerupai suasana dan persekitaran di dalam rahim.

Pendedahan pertama bayi kepada cahaya, warna dan bunyi juga tidak berlaku secara mengejut kerana air akan melembutkan semua unsur-unsur ini.

Kaedah bersalin dalam air menggunakan kolam plastik sudah memasuki lima tahun diaplikasikan di negara ini.

Terbaru Hospital Pantai Kuala Lumpur memperkenalkan kolam jakuzi yang lebih selesa dan berkesan untuk melahirkan bayi secara semulajadi.

Pakar Obstetrik dan Ginekologinya, Dr Choong Kuo Hsiang berkata, kaedah bersalin dalam air boleh digunakan untuk ibu yang tidak ada masalah kesihatan semasa hamil.

"Jika mereka tidak selesa dengan tanda-tanda klinikal yang bahaya, kami akan membatalkan kaedah bersalin dalam air.

"Begitu pun kaedah ini sebenarnya selamat, kurang menyakitkan dan memberi keselesaan kepada ibu ketika berada dalam kolam yang mengandungi air suam.

"Semua ibu yang dipilih untuk melakukan kaedah berkenaan mestilah tiada masalah sepanjang tempoh kehamilan dan tiada berlaku sebarang komplikasi," kata Dr. Kuo Hsiang.

Tambahnya, sudah tiba masanya para ibu berani melakukan kaedah bersalin dalam air kerana diyakini ia selamat untuk ibu dan bayi tersebut.

"Semasa menanti saat kelahiran, mereka bebas melakukan aktiviti untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Ini termasuk bebas untuk bergerak di sekitar bilik bersalin, dan memilih posisi yang selesa untuk proses kelahiran.

"Selain itu, suami juga dibenarkan menemani isteri dalam bilik tersebut sehingga tiba waktu untuk bersalin. Ruang ini turut dilengkapi dengan alunan muzik dan gambar pemandangan indah bagi mewujudkan suasana tenang dan selesa," ujar Dr. Kuo Hsiang.

- SITI AISHAH YUSOFF

Zumba kumpul dana

Posted: 21 Aug 2013 10:13 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Zumba menggabungkan beberapa tarian termasuk senaman aerobik yang menyihatkan tubuh badan.

Presiden Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (PPKSSWP), Datuk Dr. Lam Peng Chong, berkata, senaman sangat penting untuk mengelakkan diri daripada menghidapi pelbagai jenis penyakit.

Kata beliau lagi, walaupun usianya telah mencecah 83 tahun dia tidak lupa untuk melakukan senaman ringan setiap hari.

"Pastikan diri berpeluh setiap hari, hanya senaman yang boleh membuatkan anda berpeluh dan tiada apa lagi aktiviti boleh menggantikannya," jelas beliau yang ditemui pada majlis pelancaran Zumbathon di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Senaman juga cukup penting kepada kanak-kanak spastik sebagai salah satu aktiviti yang amat baik untuk memulihkan fizikal kanak-kanak penghidap penyakit tersebut.

Senaman berasaskan tarian zumba pula memang satu kaedah santai yang meriangkan.

Sehubungan itu acara Amal Zumbathon bakal berlangsung pada 21 September ini untuk mengumpul dana bagi program pembangunan untuk kanak-kanak spastik.

Menurut Dr. Peng Chong, projek tersebut telah bermula sejak dua tahun lalu dan kini masih kekurangan kira-kira RM5 juta untuk melengkapkan pembinaan bangunan kedua mereka.

"Selain pembangunan untuk kanak-kanak spastik, kami juga akan menyediakan tempat untuk warga emas sehinggalah aktiviti buat kanak-kanak yang lebih muda.

"Dana yang diperolehi ini juga akan memberi wajah baru kepada bangunan yang sudah berusia 53 tahun ini. Ia dijangka lengkap memenuhi keperluan kanak-kanak spastik menjelang tahun 2020," jelas beliau.

Zumba merupakan tarian senaman yang diasaskan oleh seorang penari dan koreografer dari Columbia, Alberto Beto Perez pada tahun 1990.

Zumba menggabungkan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek.

Kini zumba telah dicuba oleh lebih 14 juta orang yang mengikuti kelas zumba yang telah dianjurkan pada 140,000 lokasi dari 150 buah negara di seluruh dunia.

Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.

Selain itu senaman Zumba juga tidak membosankan dan ia dilakukan dalam suasana tertutup dan lebih selamat.

Dengan bertemakan Live Learn Love, acara amal Zumbathon KL 2013 akan berlangsung di Dewan Wawasan Menara PGRM, bermula dari 6.00 petang hingga 9.30 malam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tanah MSN tempat buang sampah?

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

SEBUAH lori menambak tanah yang kemudiannya diratakan oleh sebuah jengkaut di atas sampah yang dibuang di tanah milik MSN di Taman Maluri, Kuala Lumpur baru-baru ini. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Sebidang tanah seluas kira-kira satu hektar milik Majlis Sukan Negara (MSN) di Taman Maluri, Cheras di sini didakwa menjadi tempat pembuangan sampah dan sisa binaan sehingga mengganggu penduduk sekitar.

Tanah lapang berdekatan Pusat Penjaja Taman Maluri dan Kolej Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) itu dikesan mula dijadikan sebagai lokasi pembuangan sampah sejak hampir tiga bulan lalu.

Aktivis masyarakat, Datuk Omar Awang berkata, beliau mendapat maklumat kerja-kerja tersebut dilakukan secara haram tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, kerja-kerja membuang sampah dilakukan terlebih dahulu sebelum menimbun longgokan tersebut dengan tanah yang dikorek di kawasan sekitar.

"Kini, lori-lori yang keluar masuk tanpa had termasuk pada hari minggu membawa pula sisa binaan konkrit sehingga mengotorkan kawasan sekitar kerana berhabuk.

"Malah, gerai di Pusat Penjaja Taman Maluri juga dihurungi lalat ketika sampah-sarap dibuang sebelum ini. Siapa yang membenarkan lokasi itu menjadi tempat membuang sampah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tanah lapang tersebut sebelum ini merupakan kawasan setinggan Sungai Kerayong dan pernah terlibat dengan kebakaran yang meranapkan sepuluh buah rumah pada Jun 2010.

Kini, kawasan tersebut menjadi laluan pintas orang ramai untuk ke Taman Maluri atau Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Jaya.

Bagaimanapun, Omar berkata, laluan terbabit tidak begitu selamat memandangkan masih dipenuhi semak samun selain terdapat air bertakung.

"Mungkin tanah lapang tersebut dalam proses untuk dibangunkan tetapi kami mencadangkan agar diwujudkan sebatang laluan khas yang sempurna kepada pejalan kaki.

"Malah, (jika dibina) sebatang jalan yang membolehkan bas mengangkut penumpang di laluan tersebut juga amat praktikal berbanding terpaksa menempuh kesesakan di Jalan 1/91 dan Jalan Pandan Indah ketika ini.

"Pelajar kolej yang berjalan kaki pula memang menjadikan kawasan tersebut sebagai laluan pintas untuk mereka pulang ke rumah sewa di sekitar Pandan atau Ampang menaiki LRT," ujarnya.

Sokong wujudkan laluan pejalan kaki - Pelajar

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

DUA orang pelajar melalui laluan di kawasan tanah lapang milik MSN yang dijadikan tempat pembuangan sampah di Taman Maluri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pelajar-pelajar yang menjadikan tanah lapang berdekatan Pusat Penjaja Taman Maluri di Cheras sebagai jalan pintas menyokong sekiranya sebatang laluan yang selesa disediakan kepada orang ramai.

Rata-rata mereka yang ditemui menyifatkan, langkah tersebut wajar dilaksanakan kerana dapat mengurangkan risiko kejadian jenayah dan perkara buruk yang lain.

Syukri Helmi Zamri, 20, berkata, biarpun tidak menggunakan laluan tersebut, dia yakin rakan-rakannya yang berjalan kaki akan gembira sekiranya laluan tersebut diwujudkan.

"Mereka memang berjalan kaki di kawasan lapang tersebut kerana dapat menjimatkan kos dan masa, sekiranya diwujudkan jalan yang sempurna mereka akan rasa selamat untuk berjalan kaki biarpun berseorangan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Orang ramai yang menggunakan laluan tersebut kini tidak selesa apabila tanah lapang milik Majlis Sukan Negara (MSN) itu nampaknya telah menjadi tempat pembuangan sampah haram.

Tambah Syukri, laluan tersebut juga tidak dapat digunakan pada waktu hujan kerana menjadi becak sehingga mengotorkan pakaian.

Seorang lagi pelajar, Norfazrina Idayu Harun, 21, berkata, dia tidak akan menggunakan laluan tersebut seorang diri kerana pernah mendengar kejadian ragut dan cabul berlaku di situ.

"Saya bersyukur sekiranya jalan tersebut menjadi kenyataan kerana akan rasa lebih selamat dan selesa untuk berjalan kaki berulang-alik dari rumah ke kolej.

"Kalau boleh percepatkan rancangan tersebut kerana memang wajar dilaksanakan demi keselamatan orang ramai," katanya.

Rakannya, Mohd. Azrin Mohd. Amri, 20, pula berkata, ramai yang bergegas untuk ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) pada waktu petang selepas tamat kelas.

"Kalau hari sudah lewat memang tidak akan lalu kerana jalan tersebut gelap, selain masih semak samun yang menakutkan orang ramai," katanya.

Persoal projek untuk satu kaum

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
kota@utusangroup.com.my

Mohd. Ridzuan Abdullah (tengah) bersama ahli jawatankuasanya dan Mohd. Ali Baharom (kiri) menunjukkan memorandum bantahan projek hab makanan Cina di Jalan Alor, Kuala Lumpur yang diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya semalam. - UTUSAN/HANAFAI KHAMSI

PUTRAJAYA 21 Ogos - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) terus menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan untuk menjadikan Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai hab makanan Cina bertaraf antarabangsa.

Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan seharusnya menjadikan kawasan tumpuan pelancong antarabangsa itu sebagai hab makanan pelbagai kaum dan bukannya menumpukan untuk satu kaum sahaja.

Malah, katanya, dari sudut politik juga tidak memberi sebarang manfaat kepada kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut yang sejak sekian lama dikuasai oleh DAP.

"Kami agak hairan kenapa kerajaan perlu membangunkan kawasan yang pengundinya secara terang-terangan tidak menyokong kerajaan. Adalah lebih baik sekiranya projek bernilai RM12 juta itu dibangunkan di tempat majoriti Melayu seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit.

"Kami bukan bangkang projek kerajaan ini tetapi mereka harus sedar pada pilihan raya lalu undi Melayu yang banyak memenangkan Barisan Nasional (BN), jadi seharusnya kerajaan melihat perkara ini dengan serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum bantahan kepada Pegawai Khas Perdana Menteri, Mohd. Saiful Azhar di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib sebelum ini berkata, satu projek bernilai RM12 juta akan dilaksanakan di Jalan Alor bagi menjadikan kawasan majoriti Cina itu sebagai 'syurga makan' bertaraf antarabangsa.

Projek tersebut dijangka bermula November ini dan dijadual siap Ogos tahun depan, membabitkan antaranya penyusunan semula tempat makan dan pengindahan kawasan.

Menurut Mohd. Ridzuan, pihaknya juga menerima banyak bantahan daripada peniaga kecil Melayu yang hairan dengan sikap kerajaan berikutan banyak membantu pengundi yang tidak menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu.

Pihaknya bimbang jika isu tersebut tidak diatasi segera akan menyebabkan peniaga kecil Melayu menolak BN pada pilihan raya akan datang.

"Saya harap projek ini diberhentikan dengan kadar segera, kenapa perlu belanja sehingga RM12 juta, bangunkan sahaja kawasan Melayu dan perkenalkan hidangan Melayu bertaraf antarabangsa.

"Ini negara Melayu dan Islam jadi kenapa perlu perkenalkan produk tidak halal antarabangsa, sepatutnya perkenalkan makanan halal antarabangsa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ekspedisi biodiesel lonjak nama UTM

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

MAHASISWA UTM memberikan penerangan mengenai biodiesel kepada mahasiswa International Institue of Cambodia di Kemboja sempena Mekong Valley Biodiesel Expedition 2013, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 21 Ogos - Tiada siapa pernah menyangka ekspedisi biodiesel yang disertai 50 mahasiswa dan kakitangan dari kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai di sini sejak 2009 bakal melonjakkan nama universiti berkenaan.

Kejayaan edisi pertama ekspedisi yang bertujuan untuk mempromosikan penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar untuk kenderaan itu berjaya menjadikannya sebagai program tahunan UTM sehingga kini malah menjadi landasan terbaik untuk universiti itu memperkukuh kerjasama dengan 'rakan sejawatan' di negara-negara yang dilawati.

Selepas Biodiesel Expedition 2009, ia diteruskan dengan Biodiesel Expedition Transborneo 2010, Biodiesel Expedition Singapore-Malaysia- Thailand Laos 2011, Transjava-Bali Biodiesel Expedition 2012 dan yang terbaharu, Mekong Valley Biodiesel Expedition 2013.

Bermula daripada edisi kedua, program tersebut turut disertai oleh mahasiswa dan kakitangan dari Universitas Tanjung Pura, Indonesia (Untan).

Menurut Timbalan Dekan (Pembangunan) Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM, Prof. Madya Dr. Firdausi Razali yang menjadi tunjang belakang kepada ekspedisi biodiesel ini, penganjuran program berjaya mempromosi penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar untuk kenderaan.

"Tetapi apa yang tersirat daripadanya adalah lebih penting. Ini kerana program seumpama ini dapat meningkatkan 'soft skill' para peserta yang terlibat kerana mereka yang membuat segala perancangan, pengurusan, pembentangan kertas kerja, berurusan dengan pelbagai pihak dan sebagainya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Firdausi berkata, ekspedisi tersebut juga mengajar para peserta untuk membuat sesuatu keputusan dengan bijak, pantas dan tepat selain bekerjasama dalam satu pasukan.

Katanya, meskipun ekspedisi tersebut ada kalanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak yang beranggapan ia sebarang program makan angin, namun beliau tidak pernah sesekali melatah apatah lagi patah semangat.

''Orang luar mungkin hanya melihat 'produk akhir' iaitu mahasiswa berjalan ke luar negara dan aktiviti-aktiviti mereka dipaparkan di dada akhbar, tetapi mereka tidak tahu cabaran dan kesukaran yang dihadapi peserta untuk merealisasikan ekspedisi ini," katanya.

Mengulas mengenai Mekong Valley Biodiesel Expedition 2013, beliau berkata, ia berjalan lancar meskipun menghadapi beberapa halangan termasuklah tayar bas tersangkut ketika dalam perjalanan ke Vientiane, Laos.

Seramai 41 mahasiswa dan kakitangan daripada UTM dan Untan menyertai ekspedisi kali ini yang menjelajah sejauh 5,600 kilometer di lima negara iaitu Kemboja, Vietnam, China, Laos dan Thailand bermula 18 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Antara aktiviti yang diadakan adalah seminar dan kaji selidik bersama universiti-universiti tempatan selain mengadakan program khidmat masyarakat dengan memberi sumbangan dan berbuka puasa bersama komuniti Islam setempat di Vietnam dan Kemboja.

Ditanya mengenai perancangan akan datang, Firdausi berkata, pihaknya optimis untuk menjelajahi lebih banyak negara pada masa akan datang berbanding beberapa negara di Asia Tenggara dan China ketika ini.

Kerajaan perluas beri rebat air

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

NUSAJAYA 21 Ogos - Kerajaan negeri akan memperluaskan pemberian rebat air kepada golongan sasaran khususnya golongan miskin dan miskin tegar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, sejak diperkenalkan pada November 2010, sebanyak 825 akaun golongan itu menerima rebat yang bertujuan menjaga kebajikan mereka.

"Ini merupakan salah tanggungjawab sosial kerajaan. Setakat ini kerajaan negeri memberikan rebat air kepada kumpulan sasar iaitu 20 meter padu untuk golongan miskin tegar, manakala golongan miskin menikmati 10 meter padu air percuma.

"Oleh itu, kerajaan bercadang memperluaskan lagi penerima rebat ini dalam jangka masa terdekat dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk mendapatkan senarai mereka yang benar-benar layak," katanya menjawab soalan tambahan Mohammad Taslim (Pas-Maharani) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berharap pemberian rebat itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berkenaan selain membangkitkan kesedaran terhadap penggunaan air dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, semasa menjawab soalan Teoh Yap Kun (BN-Paloh), Hasni berkata, seramai 511,479 daripada 1.5 juta pengguna air di negeri itu dikenakan bil kurang RM20 sebulan sejak Syarikat Air Johor Holding Sdn. Bhd. (SAJH) memperkenalkan rebat tersebut.

"Jumlah yang menerima bil air yang kurang daripada RM20 ini secara langsung juga menunjukkan rakyat di negeri ini begitu menghargai sumber air yang diperoleh," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Utusan Online - Dalam Negeri

Posted:

Utusan Online - Dalam NegeriIkuti berita penuh untuk ruangan Dalam Negeri menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri Utusan Online - Dalam Negerihttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri Nahas bas: Jangan buat spekulasi - Pemangku Menterihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_52/Nahas-bas-Jangan-buat-spekulasi---Pemangku-Menteri KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung insiden kemalangan bas mengorbankan 37 orang di Genting...2013-08-22T18:32:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ANGELINA SINYANG6 juta pencarum aktif dapat lebih manfaat simpanan persaraanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_51/6-juta-pencarum-aktif-dapat-lebih-manfaat-simpanan-persaraan KUALA LUMPUR 22 Ogos - Lebih daripada enam juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mendapat manfaat daripada kadar caruman KWSP yang kekal tidak berubah sehingga umur 60 tahun...2013-08-22T18:30:11+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Nahas bas: Pemandu sempat berhenti 3 minit sebelum teruskanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_50/Nahas-bas-Pemandu-sempat-berhenti-3-minit-sebelum-teruskan KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah...2013-08-22T18:06:41+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pekerja Bangladesh diberi kad pengenalan khashttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_49/Pekerja-Bangladesh-diberi-kad-pengenalan-khas PUTRAJAYA 22 Ogos - Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan, bakal mempunyai kad pengenalan khas. Menteri Dalam Negeri...2013-08-22T18:04:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Konsert merdeka Malaysia-Indonesia di Dataran Merdeka Ahadhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_48/Konsert-merdeka-Malaysia-Indonesia-di-Dataran-Merdeka-Ahad PUTRAJAYA 22 Ogos - Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia, buat julung kalinya satu konsert "Harmony & Unity" yang menampilkan persembahan artis terkemuka dari kedua-dua negara...2013-08-22T18:03:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Nahas bas: Tindakan tegas akan diambil - SPADhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_47/Nahas-bas-Tindakan-tegas-akan-diambil---SPAD KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan susulan dan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian...2013-08-22T18:01:50+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd PM hadir majlis Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimediahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_46/PM-hadir-majlis-Aidilfitri-Kementerian-Komunikasi-dan-Multimedia PUTRAJAYA 22 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengunjungi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Dataran Gemilang di sini.2013-08-22T18:00:39+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd MoU UTP-Universiti Brighton dimeteraihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_45/MoU-UTP-Universiti-Brighton-dimeterai KUALA LUMPUR 22 Ogos - Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan University of Brighton untuk memperbaharui semula kerjasama mereka. Dalam satu kenyataan...2013-08-22T17:59:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Padi Aerob bantu tingkatkan pengeluaran berashttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_44/Padi-Aerob-bantu-tingkatkan-pengeluaran-beras KEPALA BATAS 22 Ogos - Kerajaan yakin dapat meningkatkan pengeluaran beras bagi menampung keperluan negara dengan memperkenalkan padi baharu yang dinamakan Aerob. Jenis padi baharu tanpa air bertakung...2013-08-22T17:37:07+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_44.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_44/Padi-Aerob-bantu-tingkatkan-pengeluaran-beras </image></item><item><title>Kumpulan pertama pelajar dari Mesir tiba petang inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_43/Kumpulan-pertama-pelajar-dari-Mesir-tiba-petang-ini PUTRAJAYA 22 Ogos - Kementerian Luar memaklumkan kumpulan pertama pelajar Malaysia dari Mesir yang akan pulang dalam Op Piramid 2 dijangka tiba di tanah air pukul 6.40 petang ini. Menterinya, Datuk...2013-08-22T17:22:29+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Waythamoorthy kena faham rumah mana dia dudukhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_42/Waythamoorthy-kena-faham-rumah-mana-dia-duduk PUTRAJAYA 22 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan...2013-08-22T17:07:01+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Ops Harga: 1,543 tindakan undang-undang diambilhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_41/Ops-Harga-1543-tindakan-undang-undang-diambil KUALA LUMPUR 22 Ogos - Sebanyak 1,543 tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga sepanjang Ops Harga serta Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 dilaksanakan sejak Julai lepas. Kementerian...2013-08-22T16:22:41+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Bajet 2014: Isu harga antara intipatihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_40/Bajet-2014-Isu-harga-antara-intipati PUTRAJAYA 22 Ogos - Isu penurunan dan pengawalan harga rumah dijangka menjadi sebahagian intipati Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan pada Oktober depan. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan...2013-08-22T16:21:29+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Nahas bas: Penyelamat jumpa kaki, organ mangsahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_39/Nahas-bas-Penyelamat-jumpa-kaki-organ-mangsa GENTING HIGHLANDS 22 Ogos - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai satu kaki yang terputus milik salah seorang mangsa nahas bas yang meragut 37 nyawa di sini petang semalam. - UTUSAN ONLINE...2013-08-22T14:52:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ALI MAHMOODNahas bas: Usaha naikkan bas bermula esokhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_38/Nahas-bas-Usaha-naikkan-bas-bermula-esok GENTING HIGHLANDS 22 Ogos - Polis memaklumkan usaha membawa keluar bas yang terlibat nahas meragut 37 nyawa di sini semalam akan bermula esok menggunakan dua jentera khas dari ibu negara. - UTUSAN ONLINE...2013-08-22T14:51:36+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ALI MAHMOOD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_38.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_38/Nahas-bas-Usaha-naikkan-bas-bermula-esok </image></item><item><title>Nahas bas: Senarai nama mangsa yang mauthttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_37/Nahas-bas-Senarai-nama-mangsa-yang-maut KUALA LUMPUR 22 Ogos - Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis (sehingga pukul 2 petang ini): 1. Nama: CHAN FOOK CHOY Jantina: LELAKI Alamat:...2013-08-22T14:48:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kerajaan tak mungkin meterai TTPA Oktoberhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_36/Kerajaan-tak-mungkin-meterai-TTPA-Oktober SUBANG JAYA 22 Ogos - Kerajaan tidak dijangka memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Oktober ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri.2013-08-22T14:43:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Nahas bas: Hilang kawalan 100m sebelum terjunam - Polishttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_35/Nahas-bas-Hilang-kawalan-100m-sebelum-terjunam---Polis KUANTAN 22 Ogos - Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands Rabu, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang...2013-08-22T13:54:40+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Nahas bas: Operasi menyelamat tamat, korban kekal 37 oranghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_34/Nahas-bas-Operasi-menyelamat-tamat-korban-kekal-37-orang GENTING HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat nahas bas yang terhumban ke gaung di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur telah ditamatkan berikutan tiada lagi mangsa lain ditemui. Sehubungan...2013-08-22T13:52:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Nahas bas: Siasatan meliputi semua sudut - Polishttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_33/Nahas-bas-Siasatan-meliputi-semua-sudut---Polis KUANTAN 22 Ogos - Siasatan mengenai kemalangan bas yang mengorbankan 37 nyawa di KM3.5 Jalan Genting Highlands akan meliputi pelbagai sudut, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani. Beliau...2013-08-22T13:45:19+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Nahas bas: Warga Indonesia tak sempat belanja gaji pertamahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_32/Nahas-bas-Warga-Indonesia-tak-sempat-belanja-gaji-pertama KUALA LUMPUR 22 Ogos - Hasrat dua rakyat Indonesia ke ibu kota untuk membelanjakan gaji pertama mereka sebagai pekerja pembersihan di Genting Highlands tidak kesampaian apabila mereka terlibat dalam nahas...2013-08-22T13:44:11+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kerajaan Pusat usaha tangani isu ekonomi di Sabahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_31/Kerajaan-Pusat-usaha-tangani-isu-ekonomi-di-Sabah KOTA KINABALU 22 Ogos - Kerajaan Pusat akan berusaha menangani isu ekonomi yang dihadapi Sabah bagi memastikan pertumbuhan mampan dan menyeluruh di negeri ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni...2013-08-22T13:42:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Aduan waris: Polis, bomba teruskan usaha mencarihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_30/Aduan-waris-Polis-bomba-teruskan-usaha-mencari GENTING HIGHLANDS 22 Ogos - Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa nahas bas di sini yang mengorbankan 37 penumpang dan pemandu di KM3.5 Jalan Genting Highlands...2013-08-22T12:28:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 420 penuntut Malaysia di Mesir dibawa pulang hari ini - MKNhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_29/420-penuntut-Malaysia-di-Mesir-dibawa-pulang-hari-ini---MKN KUALA LUMPUR 22 Ogos - Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir akan dibawa pulang secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid 2 hari ini. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara...2013-08-22T12:17:50+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 37 maut bas jatuh gaunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_01/37-maut-bas-jatuh-gaung GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Sebanyak 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa 53 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_01/37-maut-bas-jatuh-gaung </image></item><item><title>Mangsa dakwa bas usanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_02/Mangsa-dakwa-bas-usang KUALA LUMPUR 21 Ogos - Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ulang-alik di Genting Highlands petang ini mendakwa bas itu berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk membawa penumpang. Zaid...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_02/Mangsa-dakwa-bas-usang </image></item><item><title>Tubuh jawatankuasa siasat punca nahas - TPMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_03/Tubuh-jawatankuasa-siasat-punca-nahas---TPM BANGKOK 21 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat punca kemalangan yang membabitkan sebuah bas sehingga mengorbankan 37 penumpangnya di Genting Highlands hari...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Lapan mangsa nahas bas stabilhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_05/Lapan-mangsa-nahas-bas-stabil KUALA LUMPUR 21 Ogos - Lapan mangsa kemalangan bas Genting Highlands yang dihantar ke Hospital Selayang petang ini dilaporkan dalam keadaan stabil. Mereka termasuk dua beradik iaitu Nur Syamimi Ja'afar...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_05/Lapan-mangsa-nahas-bas-stabil </image></item><item><title>Adakan persidangan khas OIChttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_07/Adakan-persidangan-khas-OIC PUTRAJAYA 21 Ogos - Malaysia telah menghantar surat kepada semua anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menggesa supaya diadakan persidangan khas untuk mencari penyelesaian secara aman krisis di...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Norliza Abd. Rahman<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_07/Adakan-persidangan-khas-OIC </image></item><item><title>PM beri sokongan penuh PPPM 2013-2015http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_08/PM-beri-sokongan-penuh-PPPM-2013-2015 PUTRAJAYA 21 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberi sokongan penuh kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bakal dilancarkan bulan depan. Menurutnya...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Ramai tidak mahu pulanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_09/Ramai-tidak-mahu-pulang KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ramai pelajar Malaysia di Mesir memilih untuk tidak pulang ke tanah air kerana mendakwa keadaan keselamatan, khususnya di kawasan penempatan mereka masih lagi terkawal. Presiden Persekutuan...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_09/Ramai-tidak-mahu-pulang </image></item><item><title>Keprihatinan kerajaan bawa pulang pelajar disambut baikhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_10/Keprihatinan-kerajaan-bawa-pulang-pelajar-disambut-baik KUALA LUMPUR 21 Ogos - Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan) menyambut baik keprihatinan kerajaan yang menawarkan tiket penerbangan kepada pelajar Malaysia yang memilih untuk balik setelah...2013-08-22T03:02:46+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_10.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_10/Keprihatinan-kerajaan-bawa-pulang-pelajar-disambut-baik </image></item><item><title>35 pelajar dari Mesir pulanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_11/35-pelajar-dari-Mesir-pulang PUTRAJAYA 21 Ogos - Kumpulan pertama 35 pelajar Malaysia dari Mesir akan mula dibawa pulang ke tanah air menerusi pesawat komersial Etihad Airways pada pukul 5 petang (waktu Mesir) hari ini. Perdana Menteri...2013-08-22T03:02:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kabinet dengar suara orang mudahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_12/Kabinet-dengar-suara-orang-muda KUALA LUMPUR 21 Ogos - Mesyuarat Kabinet hari ini membuat keputusan membatalkan cadangan menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman...2013-08-22T03:02:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_12.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_12/Kabinet-dengar-suara-orang-muda </image></item><item><title>Kerajaan sedia berbincang dengan semua pihakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_13/Kerajaan-sedia-berbincang-dengan-semua-pihak PUTRAJAYA 21 Ogos - Kerajaan bersedia bertemu dengan mana-mana pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mencari kaedah terbaik mengutip semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...2013-08-22T03:02:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_13.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_13/Kerajaan-sedia-berbincang-dengan-semua-pihak </image></item><item><title>'Apa wayang mereka mainkan?'http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_14/Apa-wayang-mereka-mainkan KUALA LUMPUR 21 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelar dakwaan segelintir pihak yang sentiasa mempertikaikan tindakan pasukan itu termasuk tindakan pihaknya melakukan serbuan di sebuah pangsapuri...2013-08-22T03:02:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZRIN MARZUKI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_14.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_14/Apa-wayang-mereka-mainkan </image></item><item><title>Tadika turut jadi sasaran sebar Syiahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_15/Tadika-turut-jadi-sasaran-sebar-Syiah IPOH 21 Ogos - Gerakan penyebaran fahaman Syiah yang semakin berkembang di negara ini didakwa dijalankan secara licik sehingga turut membabitkan 13 buah tadika di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang selain...2013-08-22T03:02:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh KHAIRUL ABIDIN NUARMajlis Perunding Agropreneur ditubuhhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_16/Majlis-Perunding-Agropreneur-ditubuh SERDANG 21 Ogos - Kerajaan akan menubuhkan sebuah Majlis Perunding Agropreneur pada bulan depan, khusus untuk melibatkan lebih ramai penyertaan orang muda dalam bidang pertanian. Menteri Pertanian dan Industri...2013-08-22T03:02:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_16.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_16/Majlis-Perunding-Agropreneur-ditubuh </image></item><item><title>TPPA: Jangan tuduh meluluhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_17/TPPA-Jangan-tuduh-melulu KUALA LUMPUR 21 Ogos - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta semua pihak tidak membuat tuduhan melulu terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam isu Perjanjian Perkongsian...2013-08-22T03:02:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Mantapkan kawalan sempadanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_18/Mantapkan-kawalan-sempadan TUMPAT 21 Ogos - Kerajaan akan menyediakan empat unit alat pengimbas canggih di sepanjang Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sungai Golok bagi memantapkan kawalan sempadan negara terutamanya...2013-08-22T03:02:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIBKukuhkan ekonomi bumiputera sebelum PRU-14http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_19/Kukuhkan-ekonomi-bumiputera-sebelum-PRU-14 KUALA LUMPUR 21 Ogos - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menyarankan kerajaan mengadakan satu konvensyen ekonomi bumiputera dengan segera agar blueprint memantapkan perkembangan ekonomi kaum itu dapat...2013-08-22T03:02:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_19.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_19/Kukuhkan-ekonomi-bumiputera-sebelum-PRU-14 </image></item><item><title>Pengecualian cukai disambut baik - NGOhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_20/Pengecualian-cukai-disambut-baik---NGO KUALA LUMPUR 21 Ogos - Cadangan untuk memberi pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam bidang pendidikan termasuk penghantaran anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen disambut...2013-08-22T03:02:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_20.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_20/Pengecualian-cukai-disambut-baik---NGO </image></item><item><title>Muhyiddin mulakan lawatan kerja ke Thailand hari inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_21/Muhyiddin-mulakan-lawatan-kerja-ke-Thailand-hari-ini BANGKOK 21 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan kerja beliau ke negara ini selama dua hari bermula esok. Beliau diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman;...2013-08-22T03:02:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 700 pawagam setuju tayang promo Hari Kemerdekaanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_22/700-pawagam-setuju-tayang-promo-Hari-Kemerdekaan PUTRAJAYA 21 Ogos - Lebih 700 buah pawagam utama seluruh negara bersetuju menayangkan promo Hari Kemerdekaan dan memainkan lagu Negaraku setiap kali sebelum tayangan filem dimulakan selama seminggu bermula...2013-08-22T03:02:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Jangan swastakan MAS, henti lantik warga asinghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_23/Jangan-swastakan-MAS-henti-lantik-warga-asing KUALA LUMPUR 21 Ogos - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) tidak perlu diswastakan, sebaliknya ditingkatkan tahap profesionalisme pengurusan supaya mampu bertahan dalam persaingan industri penerbangan dunia.2013-08-22T03:02:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_23.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_23/Jangan-swastakan-MAS-henti-lantik-warga-asing </image></item><item><title>Pengurusan Genting turut bersedihhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_24/Pengurusan-Genting-turut-bersedih KUALA LUMPUR 21 Ogos - Resort World Genting melahirkan rasa sedih terhadap tragedi nahas sebuah bas yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur. Naib Presiden Genting...2013-08-22T03:02:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kerajaan jamin segera cari punca kemalanganhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_25/Kerajaan-jamin-segera-cari-punca-kemalangan KUALA LUMPUR 21 Ogos - Kerajaan memandang serius kes kemalangan melibatkan bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands dan berjanji akan segera mencari punca tragedi tersebut. Pemangku...2013-08-22T03:02:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kerajaan perlu tegas terhadap Ustaz Wan Ji - Irmohizamhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_26/Kerajaan-perlu-tegas-terhadap-Ustaz-Wan-Ji---Irmohizam KUALA LUMPUR 21 Ogos - Majlis Belia Selangor mendesak kerajaan melalui agensi berkaitan seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera bertindak terhadap individu yang didakwa...2013-08-22T03:02:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0822/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_26.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_26/Kerajaan-perlu-tegas-terhadap-Ustaz-Wan-Ji---Irmohizam </image></item><item><title>Sistem pendidikan acuan sendirihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_27/Sistem-pendidikan-acuan-sendiri KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pelaksanaan sistem pendidikan negara seharusnya mengikut acuan sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan 'rentak' acuan asing. Perkara itu ditegaskan bekas Naib Canselor Universiti...2013-08-22T03:02:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDJangan berlembut, henti layan tuntutanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_28/Jangan-berlembut-henti-layan-tuntutan KUALA LUMPUR 21 Ogos - Kerajaan digesa berhenti daripada berlembut termasuk melayan pelbagai tuntutan pihak-pihak tertentu yang tidak munasabah serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Gesaan...2013-08-22T03:02:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Masalah 17 peniaga EMBA selesai

Posted: 21 Aug 2013 12:03 PM PDT

Oleh OTHMAN YAHAYA
utusanpenang@utusan.com.my

Sebahagian peniaga EMBA bersama Jahara Abdul Hamid (duduk dua dari kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang, kelmarin.

TASEK GELUGOR 21 Ogos - Masalah 17 peniaga di lot kedai Ekonomi Melayu Bagan Ajam (EMBA) di Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam di sini yang tidak dapat memulakan perniagaan mengikut jadual selepas premis mereka dibaik pulih dua bulan lalu mendapat perhatian pihak pengurusan projek berkenaan.

Wakil kumpulan peniaga tersebut, Ronyzam Abdul Ghaffar, 36, berkata, sebaik keluhan mereka disiarkan dalam Utusan Malaysia pada Sabtu, 17 Ogos lalu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pulau Pinang tampil memberi kebenaran untuk mereka memulakan perniagaan di situ.

"Kami difahamkan hasil campur tangan Ahli Dewan Undangan Negeri, Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid dengan ICU, lot kedai yang siap dibaikpulih itu akan diserahkan kepada peniaga pada 28 Ogos ini bagi membolehkan kami kembali berniaga seperti sedia kala.

"Kami difahamkan kelewatan memberi kebenaran menggunakan premis ini kerana masalah teknikal melibatkan pemasangan bekalan elektrik dan air, tetapi akhirnya masalah itu dapat diatasi," katanya.

Beliau ditemui dalam majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat ADUN Teluk Ayer Tawar di sini semalam.

Seorang peniaga nasi dan kuih-muih, Asmah Azim, 62, memberitahu, dia bersyukur kerana ICU meluluskan segera kebenaran untuk menjalankan perniagaan di situ.

"Tiada perkataan yang mampu melahirkan kegembiraan apabila mendapat tahu akhir Ogos ini saya boleh kembali menjalankan perniagaan.

"Sekarang saya sibuk membuat persiapan bagi memulakan perniagaan kerana itulah satu-satunya punca pendapatan untuk menyara lima anak selepas bergelar ibu tunggal," ujarnya.

Peniaga makanan, Huszaimi Abu Hassan, 40, pula menjelaskan, keprihatinan ICU menyegerakan kebenaran menjalankan perniagaan di situ telah menghilangkan kerisauannya selama ini.

"Ucapan terima kasih ditujukan kepada ICU dan ADUN Teluk Ayer Tawar yang turut membantu mengatasi masalah peniaga di sini," katanya.

Sementara itu, Jahara berkata, beliau mengambil pendekatan untuk berbincang dengan ICU bagi membantu peniaga berkenaan selepas dimaklumkan kesulitan yang dialami mereka berikutan proses baikpulih bangunan itu mengalami masalah teknikal.

Kemudahan infrastruktur buat rakyat

Posted: 21 Aug 2013 12:03 PM PDT

Oleh MOHAMAD HANIPAH TEH
pengarang@utusan.com.my

GERIK 21 Ogos - Parlimen Gerik akan menerima peruntukan sebanyak RM5 juta mulai tahun depan bagi membiayai kemudahan infrastruktur dalam kawasan itu demi kemudahan rakyat.

Ahli Parlimennya, Datuk Hasbullah Osman berkata, langkah berkenaan direncana selaras dengan dasar Kerajaan Pusat yang mendahulukan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

"Saya sendiri akan mengenal pasti setiap projek di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pengkalan Hulu dan Temengor supaya benar-benar memberi manfaat kepada semua kaum secara maksimum.

"Setakat ini beberapa projek telah dikenal pasti antaranya pembinaan dewan orang ramai di Kampung Tersusun Bandariang, Gerik dalam DUN Temengor serta di Taman Mutiara dan Taman Klian Intan di DUN Pengkalan Hulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, projek berkenaan yang dijangka bermula tahun ini akan membabitkan kos sebanyak RM500,000.

Menurut Hasbullah, beliau sendiri akan memantau segala pengurusan yang berkaitan dengan keperluan rakyat sehingga projek berkenaan dapat disiapkan.

"Parlimen Gerik sentiasa mendengar pandangan daripada UMNO Bahagian, Cawangan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana kita mahu menentukan projek pembangunan yang benar-benar memberi manfaat sahaja yang akan dilaksanakan,'' ujarnya.

Tambah Hasbullah, beliau juga akan memastikan dua wakil rakyat baharu di bawah Parlimen Gerik iaitu Aznel Ibrahim dan Salbiah Mohamed; masing-masing mewakili Pengkalan Hulu dan Temengor agar sentiasa dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Kami pemimpin hanyalah sebagai 'alat' kepada rakyat untuk berkhidmat dan pemimpin akan bertukar ganti bagi membawa kemajuan di kawasan masing-masing," katanya.

MAIPs rai 114 anak yatim sempena Aidilfitri

Posted: 21 Aug 2013 12:03 PM PDT

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) bersama anak-anak yatim di Kampus Induk UniMAP di Pauh Putra, Arau, Perlis, semalam.

ARAU 21 Ogos - Seramai 114 orang anak yatim seluruh Perlis diraikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Para penerima adalah penghuni lima pusat kebajikan iaitu Pusat Jagaan Nur Kasih, Rumah Mak Teh, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim), Yayasan Saad dan Teratak Rahmat.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada majlis tersebut baginda turut menyampaikan duit raya sumbangan MAIPS kepada golongan asnaf terlibat.

Turut bersama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin.

Anak-anak yatim itu juga dibawa melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Induk UniMAP di Pauh Putra, Arau di sini.

Mereka kemudiannya dibawa membeli belah di Pasa Raya C-Mart, Jitra di Kedah dengan setiap seorang diberi baucar RM15 sumbangan pasar raya itu sebelum menonton wayang di Jitra Mall.

Di akhir program, anak-anak yatim dibawa ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dalam satu Program Mengubah Destini Anak Bangsa dan menandatangani kain rentang Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Majlis Aidilfitri di Melaka meriah

Posted: 21 Aug 2013 12:03 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang merasa pelbagai juadah pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Othman Muhamad di Ayer Molek, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini seakan tidak lengkap tanpa penganjuran rumah terbuka yang menjadi tradisi tahunan dalam usaha mendekatkan lagi masyarakat dengan para pemimpin.

Kemeriahan majlis rumah terbuka bermula sejak 1 Syawal lalu membolehkan rakyat berbilang kaum dari seluruh negeri berpeluang bertemu dan bersalaman dengan para pemimpin kesayangan mereka.

Lebih menyeronokkan lagi, apabila kesemua pengunjung yang datang mengenakan pakaian baharu cantik dan berwarna-warni dengan si lelakinya berbaju Melayu lengkap bersamping manakala wanita pula berbaju tradisional kurung atau kebaya.

Kanak-kanak pula tidak ketinggalan, malah mereka lebih teruja dan bersemangat apabila mendapat duit raya.

Bermula 1 Syawal, majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Idris Haron diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Rumah terbuka yang dikunjungi lebih 30,000 masyarakat berbilang kaum dari seluruh negeri bermula pukul 11 pagi, berakhir pukul 4 petang.

Pelbagai makanan lazat seperti lemang, ketupat, rendang, lontong, sate dan sebagainya yang lazim ditemui pada hari lebaran dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.

Majlis itu turut dihadiri bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar serta barisan Exco kerajaan negeri.

Selepas itu, majlis rumah terbuka para pemimpin kerajaan negeri menyusul pada hari raya kedua bermula dengan majlis di rumah Othman Muhamad di Taman Ayer Molek diikuti ADUN Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan ADUN Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik.

Pada hari raya ketiga pula ADUN Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin, ADUN Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim, ADUN Paya Rumput, Sazali Muhd. Din dan ADUN Durian Tunggal, Datuk Abdul Wahab Ab. Latip.

Sambutan itu, pada hari raya keempat pula rumah terbuka diadakan oleh ADUN Rim, Datuk Ghazale Muhamad, Ahli Parlimen Tangga Batu, Prof. Datuk Abu Bakar Md. Diah, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan ramai lagi.

Rumah terbuka anjuran Speaker DUN di hadiri seramai 10,000 tetamu pelbagai lapisan masyarakat dicatatkan hadir.

Othman berkata, beliau menyediakan pelbagai juadah makanan kepada tetamu berbanding hanya 7,000 pada tahun sebelum ini.

"Budaya kunjung mengunjung di negara ini sangat meriah dan ini dapat dilihat melalui kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus.

"Selain itu, majlis seperti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara para pemimpin dengan orang ramai serta merapatkan silaturrahim sempena Aidilfitri," katanya.

Latiff pula mengadakan rumah terbukanya di padang bola sepak Taman Sri Telok Mas.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu tidak kurang meriahnya yang diadakan dengan konsep terbuka di tengah padang bola sepak dan dikunjungi lebih 7,000 pengunjung.

Konsep terbuka dengan puluhan gerai makanan menghidangkan pelbagai juadah enak seperti lemang, rendang, sate, ketupat dan pelbagai lagi disediakan di setiap sudut padang bagi memudahkan para tetamu.

Selepas memilih juadah, para tetamu kemudian menjamu selera di dalam khemah yang disediakan di tengah padang sambil dihiburkan pelawak terkenal tanah air, Datuk Ali Mamak dan Wan Maimunah serta pertunjukan bunga api selama lebih lima minit.

Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri berkata, beliau gembira dengan sambutan yang ditunjukkan masyarakat setempat berbilang kaum pada majlis anjurannya itu.

"Malam ini kita dapat lihat orang Melayu, Cina dan India hadir merayakan Aidilfitri seperti satu keluarga yang hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat-menghormati.

"Kehadiran yang amat menggalakkan seperti ini adalah bukti sokongan kuat masyarakat terhadap kerajaan di DUN Telok Mas selain mampu merapatkan lagi ikatan di kalangan masyarakat berbilang kaum," ujarnya.

Majlis tidak berhenti di situ sahaja, malah lebih banyak rumah terbuka diadakan para pemimpin negeri pada hari raya ketiga yang jatuh pada hari Sabtu.

Di Jasin, Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Hamzah turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya Kampung Pernu, Jasin bermula pada pukul 10 pagi.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di pekarangan rumahnya itu dihadiri hampir 4,000 tetamu termasuk para pemimpin utama serta rakyat pelbagai kaum.

Katanya, beliau amat bersyukur kerana dapat menganjurkan majlis bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati kemeriahan Aidilfitri serta peluang untuknya bertemu rakan-rakan serta masyarakat setempat.

"Majlis seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama Islam yang menyambut hari raya malah turut memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa yang sama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana muhibah," ujarnya.

Tidak ketinggalan, ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman yang mengadakan majlis rumah terbukanya di kediamannya di Kampung Parit Perawas, Jasin.

Majlis yang diadakan bermula pada pukul 10 pagi itu mencatat kehadiran amat menggalakkan di mana seramai lebih 15,000 tetamu pelbagai kaum hadir.

Hasan berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang ditunjukkan orang ramai dari pelbagai kaum dan agama ke majlis tersebut.

"Ini jelas menunjukkan rasa kekitaan yang tinggi di kalangan rakyat berbilang kaum bersama-sama meraikan hari kebesaran ini dalam suasana penuh harmoni tanpa sebarang percakaran," katanya.

Sementara itu, di Alor Gajah pula, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru bermula pukul 10 pagi.

"Sambutan yang ditunjukkan pengunjung pelbagai bangsa membuktikan rakyat sentiasa memberi sokongan dan yakin dengan kerajaan sedia ada," katanya.

Pelancaran kibar Jalur Gemilang NS meriah

Posted: 21 Aug 2013 12:03 PM PDT

Mohamad Hasan (tengah) bersama sebahagian ketua jabatan kerajaan, syarikat swasta, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, malam kelmarin.

SEREMBAN 21 Ogos - Lebih 10,000 orang memeriahkan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri yang berlangsung dengan penuh semangat patriotik dan meriah di Dataran Senawang dekat sini malam semalam.

Majlis bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku' dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam majlis itu, Mohamad menyerahkan Jalur Gemilang secara simbolik kepada lebih 400 ketua jabatan kerajaan, syarikat swasta, parti politik, badan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan persembahan hiburan antaranya oleh penyanyi terkenal Ramli Sarip dan Amelia AF yang menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotik serta persembahan bunga api sebagai acara kemuncak.

Yang turut hadir isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaluddin Said dan isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan.

Turut serta, ahli-ahli Exco kerajaan negeri, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Mohamad dalam ucapannya menyeru rakyat menunjukkan semangat cintakan tanah air dan menghargai kemerdekaan yang diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan.

"Kita generasi yang menikmati dan mengisi kemerdekaan, marilah bersama-sama berterima kasih kepada mereka yang bergelar pejuang.

"Pengorbanan mereka membolehkan kita merasai erti nikmat kemerdekaan dan erti sebuah rakyat yang merdeka daripada cengkaman penjajah," katanya.

Menurutnya, dalam usaha menghayati erti kemerdekaan, rakyat boleh menilai peristiwa yang sedang berlaku di negara lain yang mana penduduknya sedang berbunuhan sesama mereka akibat pertikaian politik yang melampau.

Mohamad turut menyeru semua pihak agar mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kenderaan masing-masing dengan harapan rakyat dapat menghayati dan mencintai negara ini, seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya.

Sains bina loji rawatan baharu

Posted: 21 Aug 2013 12:03 PM PDT

Oleh Noor Hanis Harun
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 21 Ogos - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) mengenal pasti beberapa lokasi untuk membina loji rawatan air bagi menggandakan kapasiti bekalan air terutama di kawasan yang semakin pesat membangun seperti di Seremban Barat, Nilai dan Bandar Enstek.

Antara tempat tersebut adalah di Kampung Ngoi-Ngoi dekat Pantai di sini dan Sawah Raja di Rembau.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, loji rawatan air sedia ada di Ngoi-Ngoi yang mempunyai kapasiti 120 juta liter sehari tidak dapat bertahan lama selepas mengambil kira pertumbuhan di kawasan Seremban.

"Sebenarnya di Ngoi-Ngoi, kita sudah ada loji rawatan air tetapi kali ini kita merancang untuk menambah satu lagi loji rawatan air yang boleh digandakan kapasiti air antara 189 ke 226 juta liter air sehari.

"Dalam mesyuarat bersama Lembaga Pengarah Sains, kita sudah membuat kajian agar tindakan ini dapat dilakukan memandangkan pembangunan di kawasan Seremban Barat dan sekitar amat pesat.

"Perancangan itu dibuat selepas mengambil kira perpindahan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Sendayan yang penduduknya lebih kurang 5,000 orang serta di Bandar Enstek yang akan mempunyai jumlah pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Sains di Seremban 2 di sini semalam.

Seramai 800 jemputan termasuk anak yatim dan golongan ibu tunggal menghadiri majlis tersebut.

Mohamad memberitahu, kerajaan negeri bersama Sains turut memberi perhatian kepada kawasan tumpuan lain seperti Kuala Pilah dan Port Dickson.

"Jempol ada loji yang sedang dinaik taraf seperti loji Jelai dan kita gandakan kapasiti air antara 45 ke 94 juta liter air sehari daripada 15 ke 30 juta liter air sehari serta menggantikan paip lama dan menambah paip baharu.

"Sementara itu di kawasan Port Dickson dan Rembau, kita sedang meneliti untuk membina satu lagi loji rawatan air di Sawah Raja, Rembau bagi memastikan seluruh kawasan di Port Dickson dan Rembau mendapat bekalan air mencukupi," katanya.

Mohamad berkata, perancangan untuk membina loji rawatan tambahan itu bagi menentukan isu bekalan air tidak akan timbul dan tidak menjadi masalah di negeri ini pada masa hadapan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


37 maut bas jatuh gaung

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Mangsa dakwa bas usang

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Tubuh jawatankuasa siasat punca nahas - TPM

Posted: 21 Aug 2013 12:02 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved