Ahad, 21 April 2013

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tolak pemimpin tak hormati rakan

Posted: 21 Apr 2013 11:40 AM PDT

UTUSAN: Sebagai orang yang terlibat bersama ABIM di peringkat awal dan akrab dengan Anwar sekian lama, apa pandangan saudara dengan sikap partisan ABIM terhadap politik Anwar Ibrahim.

ISMAIL: Saya memang salah seorang pengasas ABIM bersama kawan-kawan yang lain seperti Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Zakaria Hashim, Datuk Kamarudin Mohd Noor dan beberapa lagi. ABIM sebagai sebuah organisasi, sejak tertubuhnya lagi berpegang kepada prinsip non partisan. Tetapi, ketika Anwar menyertai UMNO dan berada dalam kerajaan, ABIM mengambil keputusan menyokong beliau.

Kemudian, apabila dia disingkirkan daripada UMNO dan menubuh parti sendiri, ABIM mengambil pendirian bersama dengan beliau dan mendokong falsafah dan konsep politik Anwar sehingga ada semacam deklarasi bahawa warga besar ABIM wajib bersama Anwar.

Dalam sistem demokrasi seperti Malaysia ini, memang kita perlu ada kesedaran politik, tetapi apa yang dikesalkan ialah ABIM sebagai sebuah organisasi masyarakat dan dakwah, tidak wajar menyebelahi mana-mana parti politik kerana anggota ABIM mungkin mempunyai pelbagai fahaman politik atau dari sisi lain, tidak semuanya mendokong Anwar.

Kalau secara individu tidak mengapa nak sokong siapa pun, parti apa pun, tetapi dengan memaksa dan mengheret ABIM sebagai sebuah organisasi, mesti menyokong Anwar, itu yang tidak betul dan dibangkang keras oleh ramai pengasas ABIM, beberapa pemimpin negeri dan juga ahli biasa.

Kalau ada yang nak masuk parti politik dan sokong Anwar tak mengapa dengan syarat mereka mesti tinggalkan jawatan dalam ABIM dan jangan ganggu perjalanan ABIM melalui kuku besi yang tak nampak. Biarkan ABIM diurus oleh orang yang benar-benar mendokong dasar non partisan dan berdakwah secara bebas tanpa terikat kepada seseorang individu.

Anwar sedar bahawa dia sangat-sangat memerlukan kumpulan Islam, maka dengan naif politik dalam kalangan pimpinan dan Majlis Syura ABIM yang dikuasai 100 peratus oleh orang Anwar, maka mereka mudah membuat manipulasi.

Sebab itu Majlis Syura ABIM tidak memanggil Datuk Dr. Sidek Baba hadir bermesyuarat. Dr. Yusri juga tidak dimasukkan sebagai ahli Syura, walhal bekas Presiden ABIM secara automatik menjadi ahli majlis syura. Juga pengasas ABIM yang sudah tidak aktif dalam politik dan senior-senior ABIM yang banyak memberi sumbangan fikiran, tenaga dan kewangan, tidak dijemput menjadi ahli syura seperti Datuk Zakaria Hashim, Amin Hashim dan ramai lagi. Kenapa?

Kerana mereka itu semua sudah mufaraqah dengan Anwar. Atau syura takut kalah hujah dalam mesyuarat dan agenda menyokong Anwar terhalang.

Sebagai rakan karib Anwar sejak di Universiti Malaya, Yayasan Anda dan dalam ABIM, apa yang tidak kena pada Anwar hingga saudara mengambil sikap meninggalkannya?

Asas penubuhan ABIM ialah memperjuangkan Islam Sunnah Waljamaah. Dalam usrah-usrah, tamrin atau program membina jati diri atau sahsiah, program kepimpinan dan wacana-wacana pemikiran dan keilmuan, semuanya adalah dalam skima pemikiran dan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah.

Rupa-rupanya semua wacana Sunni dalam semua program ABIM itu, semacam mencurah air di daun keladi semata-mata, tidak ada kesan dalam akal, kefahaman dan hati. Ini dibuktikan apabila Revolusi Syiah Khomeini berjaya, ABIM di bawah pimpinan Anwar, menjadi ejen penyebaran doktrin dan akidah Syiah di Malaysia. Buku Khomeini diterjemahkan pada hal buku tersebut amat bercanggah dengan akidah Sunnah Waljamaah.

Pada masa itu saya sudah bangkang mereka. Alhamdulillah, ABIM sekarang tidak menerima Syiah lagi. Walaupun ABIM menolak fahaman Syiah, tetapi mereka tetap tidak dapat memisahkan diri daripada Anwar.

Saya mengikuti pemikiran Anwar. Saya menelaah Asian Renaisance tulisannya dan di situ saya mula terhidu faham liberalisme agamanya. Dalam perjumpaan di rumah Profesor Osman Bakar, dia mengaku bahawa di situ sudah ada bunga-bunga fahaman liberalisme dan pluralisme agamanya. Alhamdulillah dia mengaku. Masa membaca buku itu, saya masih belum tolak dia lagi.

Saya benar-benar menolak beliau apabila kami meneliti tulisan yang beliau ucapkan di London School of Economics, Universiti London. Beliau nyatakan bahawa seseorang Islam tidak boleh mengatakan yang agama lain itu salah dan katanya semua orang yang beragama akan selamat ertinya selamat daripada masuk neraka. Pegangan ini bercanggah dengan akidah Islam. Boleh membawa kepada murtad. Maka kami mengambil keputusan, mengadakan wacana ilmiah dan majlis penerangan di seluruh negara bagi menerangkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang dibawa oleh Anwar adalah bercanggah dengan Islam dan wajib umat Islam menolaknya.

Apabila saudara meragui Anwar tentang isu liberalisme dan pluralisme agama, berlaku pertemuan di rumah Profesor Osman Bakar yang Anwar turut hadir dan menyatakan sesuatu mengenai isu itu. Apa yang dikatakan oleh Anwar dan apa yang berlaku selepas itu?

Apabila kami meneliti ucapan beliau, kami mengadakan wacana mengenai fahaman liberalisme dan pluralisme agama. Ekoran daripada wacana kami itu, beliau meminta untuk bertemu dengan kami. Saya amat bersetuju dengan harapan semoga beliau menarik balik fahaman tersebut. Dalam pertemuan pada malam itu, dia mengaku yang dia menulis perkara tersebut. Dia kata, 'longgar' sikit. Saya menjawab, 'tak sedikit'. Dia bersetuju nak edit tulisan tersebut bersama Profesor Osman dan saya. Tetapi dia tidak menepati janjinya untuk mengedit. Malah selepas perjumpaan tersebut, beliau mengungkit perkara tersebut dengan memperleceh kami dalam ceramah politik beliau.

Di depan orang ramai yang tak faham isu itu bolehlah dia temberang tetapi dalam perjumpaan pada malam tersebut seperti kata pepatah Melayu - dia seperti, tikus di depan kucing! Hingga kini dia tak edit tulisan tersebut. Dan yang menggelikan hati ialah selepas perjumpaan itu Anwar telah mengeluarkan tulisannya itu dari blog beliau, tetapi tak lama kemudian dimasukkan balik dan selepas itu dibuang semula. Dia tetap yakin dengan akidah pluralisme agamanya itu hingga sekarang. Malah untuk mendapat simpati masyarakat Islam dan untuk mempertahankan akidah palsunya itu, dia mengaitkan pula beberapa ulama Islam ke dalam kelompok batilnya itu.

Kalimah Allah berkait rapat dengan isu akidah - tauhid. Bila Anwar mengambil pendirian kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dan Majlis Syura Pas mengambil pendirian sebaliknya, apa pendapat saudara mengenainya?

Memang benar, kalimah Allah adalah berkait rapat dengan akidah dan tauhid. Salah konsep mengenai kalimah ini, akan menyebabkan seseorang itu menjadi kontra tauhid ertinya menjadi syirik. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW datang mengajar tauhid yang benar dan membetulkan fahaman dan konsepsi salah mengenai Allah kepada golongan Yahudi, Nasrani-Kristian dan Musyrikin.

Yahudi percaya Allah memiliki anak bernama Uzair, Nasrani percaya Isa anak Tuhan di samping yang percaya Allah ada anak perempuan dan sebagainya. Sesuatu yang Anwar keliru ialah dalam hujah-hujahnya di depan orang bukan Islam, katanya perkataan Allah sudah ada sejak sebelum kedatangan Nabi SAW lagi, sebab itu ayahanda Baginda bernama Abd Allah atau Abdullah. Anwar keliru kerana dua fakta. Pertama kalimah Allah dalam tradisi Ibrahimiyah, Musa dan Isa dan Khalid bin Sinan adalah menepati konsepsi tauhid yang benar. Tetapi konsepsi ini telah mengalami proses dekonstruksi epistemologi sehingga Baginda Muhammad SAW datang membetulkannya.

Ya, memang benar orang Musyrikin pun percaya kepada wujudnya Allah tetapi seperti yang dinyatakan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran, bahawa mereka menggunakan berhala dan patung-patung sebagai alat atau objek atau perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah sebab itu di dalam al-Quran, Allah menyatakan kepada kita bahawa jika golongan Musyrikin itu ditanya siapa yang menjadikan semesta Alam ini, pasti mereka akan menjawab Allah. Akan tetapi, konsepsi Allah yang mereka faham itu bertentangan dengan konsepsi Allah seperti di dalam Surah al-Ikhlas dan seperti yang diajar oleh Nabi SAW.

Kedua, Anwar terlalu naif dalam isu kalimah Allah ini apabila ia menjadi juara memperjuangkannya supaya kalimah tersebut boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Dia terlalu amat naif kerana golongan gereja mahu menggunakan perkataan yang biasa dengan budaya dan masyarakat tempatan untuk tujuan memurtadkan orang Islam.

Di Bangladesh, gerakan Evangelican ini tidak menggunakan perkataan Allah di dalam Bible menggantikan God tetapi menggunakan perkataan Iswar, kerana perkataan ini biasa dipakai dalam masyarakat Hindu di Bangladesh bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.

Kami mendapat kritikan apabila kami terus menerus menerangkan bahawa kalimah Allah hanya semata-mata boleh digunakan oleh orang Islam sahaja. Di Selangor, program menjelajah untuk menerangkan isu ini, telah diperintah oleh pihak berkuasa negeri supaya dihentikan. Sementara Pas pula, walaupun telah difatwakan oleh Majlis Syura Ulama mereka tetapi aktivis mereka tetap berkeras berkata, kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Yang penting juga ialah Anwar langsung tidak menghormati fatwa rakan tahalufnya itu yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dan Pas pula tidak berani mengambil apa-apa langkah mencegah Anwar daripada terus memperjuangkan isu tersebut. Sepatutnya Pas bertegas meminta Anwar berhenti daripada bercakap isu ini kerana bercanggah dengan fatwa mereka.

Bersambung esok

Usah dipertikai lagi 'kenapa dia dicalonkan, aku tidak'

Posted: 21 Apr 2013 11:40 AM PDT

Oleh Hassan Mohd. Noor

MARAH, merajuk dan mengalah. Itulah beberapa sikap yang 'terpampang' semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin. Ada yang sanggup keluar parti, tutup bilik gerakan dan macam-macam lagi. Bak kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau nak merajuk, biar merajuk betul-betul supaya akhirnya tidak menjadi seperti api dalam sekam, musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan sehingga menjejaskan jentera kempen. Tahniah kepada orang seumpama ini kerana berani berterus terang, tegas bertindak secara berhadapan, bukannya tikam belakang.

Pada hari penamaan calon kelmarin, sudah terserlah apa yang tersurat dan tersirat dalam perjuangan sesetengah orang politik. Walaupun tidak semua mempunyai cita-cita besar tetapi 'paparan' yang berlaku Sabtu lalu menceritakan suasana politik dalam negara. Kuasa, pangkat dan jawatan jadi impian. Sikap seperti ini meresap dalam semua parti politik malahan bagi orang yang tidak berparti. Amat sedikit yang mahu mengalah. Akhirnya kerana kuasa, mereka tolak ke tepi soal agama, bangsa dan tanah air.

Begitulah rencam politik pada PRU-13 ini yang dianggap sebagai ibu segala pilihan raya. Apa pun inilah demokrasi. Hak mereka untuk marah, merajuk atau mengalah. Bagaimanapun amat malang bagi mereka yang dianggap sebagai 'panglima' di barisan hadapan tetapi sanggup berundur sebaik sahaja tiba di medan perang. Malang sekali kerana 'panglima' sanggup menanggalkan 'seragam' dan meninggalkan medan perang tetapi kembali semula untuk menentang pasukan sendiri. Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan penghulu seluruh kampung diamuk dan dibakar. Sekali lagi ditegaskan itu hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. Dalam kehidupan rumah tangga pun, ada yang berkahwin hingga ke anak cucu tetapi akhirnya berpisah juga.

Apakah pengajaran daripada pelbagai peristiwa yang berlaku pada hari penamaan calon? Mungkin salah satu daripadanya ialah persoalan apakah tujuan berpolitik? Adakah sekadar mahu mengejar jawatan, pangkat atau berjuang untuk manfaat bersama demi masa depan anak cucu yang bakal ditinggalkan? Jangan menjadikan politik pentas untuk mengaut keuntungan dan mencari pengaruh. Amat malang apabila politik dijadikan pentas untuk mengejar pangkat, projek dan pendapatan yang apabila tidak ditemui sanggup meninggalkan perjuangan. Ingatlah mereka yang terpilih itu pun belum pasti 'ketulenan' perjuangannya. Begitu juga mereka yang tidak terpilih bukanlah semuanya tidak memiliki semangat perjuangan yang tulen.

Masih ramai yang setia kepada perjuangan tetapi tidak mempunyai cita-cita besar untuk 'berkuasa'. Mereka ini adalah orang yang tidak pandai menonjolkan diri tetapi tidak pernah lupa untuk hadir mesyuarat di peringkat cawangan dan tidak pernah lupa untuk keluar mengundi dengan memilih kapal layar (Perikatan) pada satu masa dulu dan kini dacing. Bagi yang terpilih sebagai calon, anda adalah segelintir manusia yang bertuah dapat mewakili parti untuk membawa 'obor' perjuangan mewakili rakyat. Obor itu bukannya untuk menerangi diri, keluarga atau sahabat handai sendiri. Kepada mereka yang tidak dicalonkan, teruskan perjuangan bersama calon-calon yang menjadi pilihan. Tidak ada guna lagi mempertikaikan kenapa 'dia dipilih, aku tidak dipilih'. Masa semakin suntuk untuk memperkatakan semua itu.

Rapatkan barisan anda. Dalam konteks ini, Selak tertarik dengan perarakan calon kelmarin apabila ramai yang tidak terpilih turut sama mengiringi calon ke pusat penamaan calon. Misalnya di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Mereka nampak begitu bersemangat walaupun sudah beberapa kali kecundang dalam PRU. Penyelaras BN bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh, Jalil Abdul Majid mengetuai perarakan itu yang melibatkan calon bagi kawasan Parlimen (Dr. Mazlan Ismail) dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya (Mohammad Nasir Abdullah), Permatang Pasir (Anuar Faisal Yahaya) dan Penanti (Ibrahim Ahmad atau Art Burger).

Jalil yang juga Ketua UMNO Bahagian sebelum ini pernah berkata: Kami sudah lama dahagakan kemenangan di Permatang Pauh, sesiapa sahaja yang dipilih kami akan sokong. Apa yang penting adalah kemenangan parti,''.

Perarakan itu mengingatkan bagaimana pada tahun 1982, Anwar Ibrahim yang menjadi calon jemputan diarak oleh pemimpin bahagian ketika itu yang diketuai Ketua UMNO Bahagian ketika itu, Mohamad Nor Bakar. Tekad mereka untuk mengambil balik kerusi yang dimenangi Pas pada 1978. Ketika itu Mohamad Nor tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi DUN Kubang Semang. Kini semangat 1982 berulang. Matlamat utama UMNO Permatang Pauh adalah untuk memastikan kemenangan BN melalui Dr. Mazlan. Walaupun bukan daripada kalangan pemimpin utama UMNO bahagian tetapi semangat yang ditunjukkan sudah membuktikan bahawa Dr. Mazlan diterima dengan baik untuk menebuskan kekecewaan pada PRU lalu.

Ketika namanya disebut-sebut bakal dicalonkan beberapa minggu sebelum itu, ramai sahabat terutama bekas pelajar Sekolah Menengah Kubang Semang (sekarang SM Penanti) yang bersamanya ketika itu sebagai ketua pengawas berjanji untuk menyokongnya. Tidak ketinggalan rakan-rakan yang menjadi anggota Pas. Apakah sejarah akan berulang apabila Anwar yang berada di luar barisan depan UMNO menang pada 1982? Mungkin bagi mereka yang pernah memilih Anwar pada 1982 kerana menjadi pilihan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden UMNO ketika itu akan tetap setia memilih calon pilihan pucuk pimpinan kali ini yang diketuai Najib Tun Razak. Ini kalilah pengundi-pengundi Permatang Pauh dapat membuat keputusan untuk ubah (tema kempen DAP) kedudukan kerusi itu dari PKR kepada BN. Penyokong-penyokong Pas terutama yang pernah mengundi pada 1982 boleh turut sama menyaksikan bagaimana giliran Anwar pula ditumbangkan selepas calon Pas yang juga penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh ketika itu, Zabidi Ali dikalahkan dengan majoriti 14,352 undi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Shaheizy Sam buka kedai makan

Posted: 21 Apr 2013 03:27 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR 21 April - Rezeki sebagai pelakon, tidak selamanya nama berada di puncak populariti.

Menyedari hakikat itu, pelakon paling popular, Shaheizy Sam memulakan bidang kerjaya baru dengan membuka sebuah kafe sebagai langkah persediaan masa depannya.

Diberi nama Best Time Family Cafe & Grill, kafe di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu dibuka berdasarkan minat pelakon itu sendiri terhadap bidang perniagaan.

"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.

"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," jelas Sam yang pertama kali membuka premis perniagaan makanan. - UTUSAN ONLINE

Siti Fazurina rindu ibu

Posted: 21 Apr 2013 03:23 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN

SITI FAZURINA bersama suami, Hykal Zulkifli.

KUALA LUMPUR 21 April- Pelakon Siti Fazurina mengaku dia kini melalui episod kehidupan yang 'huru-hara' gara-gara hubungannya dengan ibu kandung, Zubaidah Abu Bakar, 61 belum pulih sepenuhnya.

"Ini takdir saya dan saya tidak menyesal. Ia adalah satu pengalaman yang sangat mengecewakan.

"Siapa tidak sayang ibu sendiri, tetapi saya memilih untuk bernikah dengan suami sebab kami sama-sama sayang," beritahu pelakon Trilogi Cinta ini.

Siti Fazurina, 31 bernikah dengan Hykal Zulkifli, 32 pada 20 Disember 2012 dalam majlis tertutup, meskipun tanpa restu keluarga, terutama ibunya sendiri.

Pada 20 Mac 2013, pasangan ini dinikahkan sekali lagi setelah pihak Jabatan Agama Islam Bahagian Timur Laut Pulau Pinang mengesahkan perkahwinan pertama mereka tidak sah dari segi hukum syarak kerana masalah wali.

"Walaupun ibu tidak memberi restu kepada pernikahan kami, saya harap suatu masa nanti, hati ibu akan kembali terbuka dan merestui kami seadanya" kata pelakon ini lagi.

Penjelasan terperinci Fazurina dan suaminya disiarkan dalam Hits, Utusan Malaysia keluaran esok. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya busana 3G

Posted: 21 Apr 2013 02:00 AM PDT

Flow tampil dengan blaus dan seluar berwarna terang.

ANDA menggemari baju bersaiz besar atau ingin menutup kaki yang tidak cantik? Kini, bukan lagi mustahil dalam memenuhi impian wanita yang mempunyai tubuh saiz besar atau lebih dikenali golongan wanita 3G (gebu, gempal, gemuk).

Mungkin sentuhan terbaru Flow menepati cita rasa anda

Elegan dan mewah. Itulah inspirasi corak retro yang ditampilkan Flow.

Jenama pakaian khusus untuk wanita berbadan besar ini seperti memahami kebuntuan yang dialami oleh mereka yang berkenaan.

Koleksi terbaru Flow ini memang sesuai untuk golongan bekerja supaya sentiasa kelihatan selesa dan feminin.

Dengan pilihan warna terang, si pemakai kelihatan menyerlah dan cantik.

Keyakinan itu penting untuk membina penampilan di tempat kerja.

Pilihan koleksi ini, mampu merealisasi impian dengan himpunan fesyen vintaj era 70 dinyatakan melalui gaya retro zig-zag dan cetakan paisley.

Selain itu, rekaan warna hitam dan putih dengan corak ringkas memancarkan sedikit kilauan.

Begitu juga cetakan kulit harimau bintang dan kuda belang menjadikan koleksi baru ini begitu menawan.

Masih menekankan konsep feminin, Flow tidak ketinggalan memilih motif etnik tribal dalam warna-warna terang-terang seperti merah dan biru.

Hasilnya, golongan 3G kini boleh bergaya feminin tanpa mengenepikan soal keselesaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


140 rumah dibina di bawah projek Agropilitan Pekan

Posted: 21 Apr 2013 02:24 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD

PEKAN 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sebanyak 140 buah rumah lagi bakal di bina untuk peserta projek Agropolitan Pekan sebagai usaha membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Menurut Perdana Menteri, projek kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan memberi peluang kepada 100 orang peserta Orang Asli di Runchang dan 40 peserta di Batu 8, Lepar di sini.

"Dengn cara seperti ini masyarakat luar bandar tidak perlu hidup dalam keadaan yang tiada sumber pendapatan kerana melalui projek Agropolitan Pekan sebelum ini seramai 415 peserta di Tanjung Batu, Batu 8 dan Runchang telah mendapat manfaat daripadanya.

"Purata pendapatan peserta yang terlibat telah meningkat daripada RM500 sebelum ini menyertai projek ini kepada RM1,100 dan dijangka meningkat kepada RM5,000 menjelang 2020," katanya. - UTUSAN ONLINE

Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka meninggal dunia

Posted: 21 Apr 2013 01:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 April - Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, di sini malam semalam.

Allahyarham, 95, yang juga Orang Besar Empat Perak itu, meninggal dunia kerana masalah buah pinggang dan sakit tua, menurut anaknya, Syed Hassan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 12 tengah hari tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Toh Puan Halimah Md Noh, 88, dan 10 orang anak serta lebih 30 cucu dan cicit.

Syed Hassan ketika dihubungi berkata, Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya sejak 10 hari lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka (1975 hingga 1984), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom ((1974), Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland (1975), dan Pro-Canselor Universiti Malaya ke-3 (1987). - BERNAMA

Gempa kuat melanda Honshu, Jepun

Posted: 20 Apr 2013 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 April - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Honshu, Jepun pada 11.22 pagi ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu berpusat 537 kilometer (km) tenggara dari Hamamatsu, Jepun dan 3,457km timur laut dari Pitas, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Penamaan calon catat sejarah

Posted: 20 Apr 2013 12:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

DAP tetap tolak hudud Pas - Karpal

Posted: 20 Apr 2013 12:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Warga Perlis serbu MSAM 2013

Posted: 20 Apr 2013 12:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM500,000 bantu PIBG

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

KUALA TERENGGANU 20 April - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk diagihkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua 493 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negeri tahun ini.

Menerusi peruntukan tersebut, setiap sekolah dijangka menerima bantuan sebanyak RM1,000 untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang melibatkan persatuan itu.

Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin berkata, peruntukan itu merupakan salah satu daripada pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan berkaitan dengan usaha dan peranan membangunkan pendidikan.

''Bantuan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap sebarang kegiatan yang melibatkan PIBG.

"Justeru, kita harap PIBG dan pihak sekolah dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program Seminar Keibubapaan: Hala Tuju Pendidikan Negeri Terengganu 2013 yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof serta beberapa kenamaan lain.

Pada program itu, beberapa pelajar cemerlang khususnya dari segi akademik turut menerima penghargaan daripada kerajaan negeri.

Turut diadakan sempena program itu ialah siri ceramah keibubapaan serta majlis lafaz ikrar pelajar bersama ibu bapa masing-masing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Shah seronok meluncur air

Posted: 20 Apr 2013 03:19 AM PDT

BERMULA secara suka-suka, namun lama-kelamaan selepas beberapa kali mencuba, akhirnya aktiviti meluncur air bertukar menjadi hobi buat Mohd. Saharani Muhammad, 27.

Tidak sekadar seronok bermain air dan belajar mengimbangi tubuh di atas papan luncur, penyampai radio THR Gegar itu juga menyukai aktiviti berenang jika ada masa lapang.

Baginya, aktiviti berenang dan meluncur air adalah terapi terbaik untuknya menenangkan fikiran selepas sehari suntuk sibuk di konti radio.

Leka mendengar cerita Shah dan para peminat yang turut berkongsi hobi yang sama dengannya, dia menyifatkan aktiviti meluncur air kini sudah menjadi satu budaya baru yang menarik minat remaja.

Para peminat Shah pula berpendapat peluang mendekati penyampai radio itu di Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya baru-baru ini menjadi ruang terbaik buat mereka berkongsi keseronokan dan rahsia kepuasan di sebalik sukan urban tersebut.

Menurut Shah, sebagaimana sukan lasak yang lain, aktiviti meluncur air menuntut tenaga dan strategi ketika menggayakan pelbagai aksi menarik.

Saya suka berenang dan semakin aktif sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, setelah diperkenalkan oleh salah seorang rakan, saya semakin tertarik dengan sukan luncur air yang mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita.

Golongan muda patut mencuba surfing ini kerana aktiviti tersebut memberikan kepuasan terbaik," katanya yang mula berkhidmat di THR Gegar pada 1 Mei 2012.

Bagi yang tidak mengenali Shah, dia memulakan kerjaya sebagai penyampai radio selepas meninggalkan kerjaya juruhebah di sebuah kompleks membeli-belah. Sebelum itu juga, Shah sering diundang sebagai pengacara majlis kenduri perkahwinan.

Selepas beberapa tahun berkhidmat dengan stesen radio Manis FM, Shah kemudian berhijrah ke RTM Pantai Timur.

Daripada pengalaman tersebut, Shah melebarkan sayap kerjayanya di THR Gegar sebagai seorang penyampai radio.

Dalam pada itu, Shah pernah mencatatkan nama dalam Malaysia World Book of Record selepas berjaya ke udara selama 120 jam tanpa henti.

Mengulas lanjut hobinya meluncur air, graduan Kolej Institut Teknologi Putra dalam jurusan Sains Komputer itu menambah, bermain air di lautan buatan manusia dan ombak simulasi seperti di Sunway Lagoon masih menyeronokkan.

Biarpun sekadar meluncur air di Sunway Lagoon, namun pantai dan ombak buatan ini masih menjanjikan keseronokan tersendiri, selain mampu memberikan kepuasan yang sama seperti bermain ombak di pantai sebenar.

Keseronokannya memang sukar untuk diterjemahkan melalui kata-kata," ujarnya yang sering ke udara menerusi segmen Gegar Petang bermula pukul 3.00 hingga 7.00 petang.

Manakala pada hari minggu pula, Shah ke udara bermula dari pukul 6.00 petang hingga 10 malam. - SYAHRIL/SAFRIZAL AZMI

NOA takluk Gunung Benum

Posted: 20 Apr 2013 03:19 AM PDT

PARA pendaki berhati-hati menyeberang Sungai Terbun yang deras.

TERDAPAT dua trek hutan yang boleh dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Benum yang berketinggian 2,107 meter (6,914 kaki) dari paras laut.

Laluan pertama adalah dari Lata Berembun di Raub, Pahang dan laluan kedua dari Pos Perlok di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Laluan kedua diselenggara oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pada pertengahan bulan Februari lalu, penulis bersama 15 pendaki dari National Outdoor Adventure (NOA) telah mendaki Gunung Benum melalui Pos Perlok yang memakan masa lima hari empat malam.

Ekspedisi itu diketuai oleh Siti Norhidayah Mohd Azlan dan dibantu oleh tiga penunjuk jalan dari Perhilitan Ulu Cheka, iaitu Saiful Alias (Ali), Azman Samah (Pak Andak) dan Ismail Johar.

Perjalanan hari pertama adalah menuju ke Kem Jeneruh. Kami diberitahu bahawa trek dari Pos Perlok baru dibuka semula pada 16 Januari 2013 setelah ditutup sementara untuk kerja-kerja membaikpulih dan merintis laluan baru.

Pendakian agak mudah pada mulanya walaupun kami terpaksa menahan gigitan pacat yang mula menyerang. Setelah menyeberangi Sungai Kepal, langkah kami terhenti di kawasan yang terdapat bunga Rafflesia yang sedang mekar.

Kami meneruskan pendakian dan berhenti rehat di puncak Bukit 800 sebelum menuruni sebuah kawasan lembah menuju ke Kem Jeneruh untuk bermalam.

Pada hari kedua, sebaik selesai menikmati sarapan, kami mengatur langkah menuju ke Kem Batu Serondong. Kira-kira 30 minit perjalanan, kami berhenti di kawasan Mata Air Bukit Damar. Mata air yang keluar dari celah batu itu menjadi sumber air terakhir kami dalam ekspedisi ini.

Kami dimaklumkan sumber air tidak akan ditemui dalam pendakian dua hari berikutnya. Perjalanan diteruskan sehingga ke puncak Gunung Lilin.

Disebabkan tiada sumber air (sungai) selepas kawasan Mata Air Bukit Damar, maka pihak Perhilitan telah mendirikan pondok kecil yang mempunyai sebuah tangki air. Tangki air juga disediakan di Kem Permatang Angin. Bekalan air diperoleh daripada tadahan hujan.

Dalam perjalanan seterusnya, kami menjumpai tumbuhan periuk kera yang amat besar saiznya dan jarang ditemui. Lewat senja, barulah kami tiba di Kem Batu Serondong.

Keesokan paginya, kami meneruskan misi menawan puncak Gunung Benum. Setelah hampir empat jam mendaki, kami tiba di Kem Permatang Angin. Terdapat pokok pain di kiri dan kanan kawasan ini.

Kami meletakkan peralatan perkhemahan dan beg galas besar di kem ini dan dengan hanya membawa beg galas kecil, kami meneruskan pendakian ke puncak. Terdapat sebuah kawasan lapang bekas tempat helikopter tentera mendarat berhampiran puncak. Setelah dua jam mendaki, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Benum.

Setelah bergambar kenang-kenangan di puncak, kami berpatah balik ke Kem Permatang Angin untuk bermalam. Walaupun suhu dingin, kami tetap merancakkan aktiviti malam dengan berbual mesra bersama-sama rakan pendaki yang lain.

Pada hari keempat, kami menuju semula ke Pos Perlok untuk keluar dari hutan. Kami berhenti rehat di satu kawasan anak sungai sebelum meneruskan perjalanan dengan mendaki tebing curam. Setibanya di atas tebing, tiba-tiba Pak Andak menyuruh kami berhenti. Ini kerana dia telah menemui sesuatu yang unik.

Penulis bersama rakan-rakan tergamam melihat seekor cacing yang besar dan panjang di tepi laluan kami. Inilah cacing gergasi yang pernah diceritakan oleh rakan-rakan penulis.

Setelah hampir lima jam menuruni beberapa laluan curam, akhirnya kami tiba di Kem Sungai Besar untuk bermalam.

Hari terakhir atau kelima dalam ekspedisi ini menyaksikan kami berjalan menuju ke Kem Lata Bujang. Untuk sampai ke sana, kami perlu melintasi Sungai Terbun.

Hujan lebat semalaman membuatkan paras air naik mendadak dan mengalir deras. Kami tiba di persimpangan denai antara Pos Perlok ke Lata Bujang yang mana jarak persimpangan ke Lata Bujang hanya memakan masa 20 minit berjalan. Lata Bujang dikenali kerana mempunyai air terjun empat tingkat.

Terdapat kolam di tingkat pertama yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Setelah puas mandi-manda, kami keluar semula ke persimpangan denai untuk menuju ke Pos Perlok dan hampir dua jam perjalanan barulah kami selamat tiba di Pos Perlok.

Kami kemudian menaiki pacuan empat roda (4x4) untuk kembali ke Ulu Cheka dan pulang. Kenangan sepanjang mendaki Gunung Benum melalui Ulu Cheka ini tidak akan kami lupakan kerana ia suatu pengalaman yang amat bermakna. - FAIZAL SAMAT

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved