Ahad, 21 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


140 rumah dibina di bawah projek Agropilitan Pekan

Posted: 21 Apr 2013 02:24 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD

PEKAN 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sebanyak 140 buah rumah lagi bakal di bina untuk peserta projek Agropolitan Pekan sebagai usaha membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Menurut Perdana Menteri, projek kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan memberi peluang kepada 100 orang peserta Orang Asli di Runchang dan 40 peserta di Batu 8, Lepar di sini.

"Dengn cara seperti ini masyarakat luar bandar tidak perlu hidup dalam keadaan yang tiada sumber pendapatan kerana melalui projek Agropolitan Pekan sebelum ini seramai 415 peserta di Tanjung Batu, Batu 8 dan Runchang telah mendapat manfaat daripadanya.

"Purata pendapatan peserta yang terlibat telah meningkat daripada RM500 sebelum ini menyertai projek ini kepada RM1,100 dan dijangka meningkat kepada RM5,000 menjelang 2020," katanya. - UTUSAN ONLINE

Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka meninggal dunia

Posted: 21 Apr 2013 01:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 April - Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, di sini malam semalam.

Allahyarham, 95, yang juga Orang Besar Empat Perak itu, meninggal dunia kerana masalah buah pinggang dan sakit tua, menurut anaknya, Syed Hassan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 12 tengah hari tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Toh Puan Halimah Md Noh, 88, dan 10 orang anak serta lebih 30 cucu dan cicit.

Syed Hassan ketika dihubungi berkata, Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya sejak 10 hari lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka (1975 hingga 1984), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom ((1974), Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland (1975), dan Pro-Canselor Universiti Malaya ke-3 (1987). - BERNAMA

Gempa kuat melanda Honshu, Jepun

Posted: 20 Apr 2013 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 April - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Honshu, Jepun pada 11.22 pagi ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu berpusat 537 kilometer (km) tenggara dari Hamamatsu, Jepun dan 3,457km timur laut dari Pitas, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved