Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Masalah fail tidak dijumpai

Posted:

Masalah fail tidak dijumpai

Masalah fail tidak dijumpai

SETIAP kali saya membuka PC,  akan keluar pop up Problem starting C:/Users/user/cnmss. The specified module could not be found seperti ditunjukkan gambar rajah. Apa yang perlu saya lakukan?

-Rafeah Md. Noor

KENAPA ia berlaku?

Secara umumnya, masalah ini berlaku kerana fail atau direktori (folder) tersebut tidak dijumpai oleh sistem komputer atau ia tidak wujud dalam komputer.

Sekiranya ia wujud, fail atau direktori tersebut tidak boleh dibuang kerana ia sedang digunakan oleh sistem komputer.

Jadi, ketika program Windows mula dilarikan dan ia mencari fail atau direktori tersebut tetapi tidak menemuinya.

Simptomnya adalah seperti yang terdapat dalam gambar rajah.

Antara simptom-simptom yang lain adalah terdapat mesej ralat yang mempunyai ayat-ayat berikut iaitu "Cannot find...", "Cannot start...", "Cannot load...", "Could not run...", Cannot run", "Error loading..." atau "specific module could not be found".

Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu;

Proses pembuangan sesebuah program komputer dibuat secara tidak lengkap atau proses pembuangannya bermasalah.

Fail tersebut berada dalam senarai fungsi Startup Windows tetapi ia sudah tiada dalam komputer.

Berlaku masalah gangguan terhadap sistem komputer Windows yang normal disebabkan oleh ada fail sistem Windows yang dibuang atau dijangkiti virus dan Malware.

Biasanya fail yang berkaitan dengan nama cnmss adalah kepunyaan sesebuah program komputer yang dihasilkan oleh pihak Canon seperti program pemacu pencetak Canon dan sebagainya.

Cara untuk mengatasinya?

Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah, sila kemas kini program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Kemudian, boleh laksanakan mana-mana cara yang akan dibincangkan seterusnya.

Imbas keseluruhan komputer dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini. Sekiranya ada virus, sila kenal pasti jenis virus dan ikuti langkah-langkah pembuangannya atau baik pulih.

Sila membuat pembuangan program atau aplikasi komputer yang berkaitan secara bersih dan teratur.

Sekiranya perlu, boleh dimuat turun aplikasi komputer yang digunakan untuk membuang mana-mana program komputer secara teratur dan bersih.

Seterusnya, larikan program komputer tersebut dalam komputer.

Fail atau direktori yang dikatakan hilang itu boleh dibuang secara manual dengan membuangnya dalam persekitaran mod selamat Windows atau Safe Mode.

Ini sekiranya fail atau direktori tersebut masih ada dalam komputer.

Sila buang fail atau direktori tersebut daripada konfigurasi senarai fail dalam Startup Windows.

Ia boleh dilakukan secara manual dalam program msconfig pada tab Startup atau secara automatik dengan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti Autoruns dan lain-lain.

Ia juga boleh dibuang secara manual menerusi program Regedit dengan melaksanakan pencarian fail terlebih dahulu.

Pastikan program Regedit itu dibuat salinan pendua terlebih dahulu.

Program Autoruns dihasilkan secara percuma oleh pihak Microsoft. Ia boleh dimuat turun menerusi alamat URL, HYPERLINK "http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx" \t "_blank"http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx.

Sekiranya ia disebabkan oleh virus atau malware, proses pengimbasan komputer boleh dilaksanakan dalam mod selamat. Pastikan juga komputer tersebut bebas daripada rangkaian dan internet.

Akhir sekali, sila kemas kini sekali lagi program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Seterusnya, imbas kembali komputer yang bermasalah itu dengan perisian anti-virus.

Full content generated by Get Full RSS.

Revolusi Sony a77

Posted:

Revolusi Sony a77

Revolusi Sony a77

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Sony menampilkan kamera DSLR terbaru Alpha 77 atau a77 dengan sasaran kepada mereka yang benar-benar meminati dunia fotografi.


LEDAKAN perkembangan dunia teknologi kamera refleks lensa tunggal (DSLR) tidak lagi dapat dinafikan.

Di sana sini, kita dapat melihat pengguna kamera DSLR 'mengusung' buah hati kesayangan mereka agar detik-detik bahagia dan penting dalam hidup dapat dirakam dan disimpan kemas sebagai kenangan.

Meneruskan perkembangan dunia DSLR tersebut, Sony kini mempertaruhkan kamera DSLR terbaru keluarannya iaitu Alpha 77 atau a77 khas buat mereka yang benar-benar meminati dunia fotografi serta golongan jurugambar.

Menggantikan pendulunya iaitu a700, kini a77 muncul dengan penuh kelainan serta kelebihan.

Sony mempertaruhkan kepantasan rakaman 12 rangka sesaat (12fps) bersama teknologi penderia bersaiz APS-C di dalam a77 dan ia bukan sahaja dapat menyaingi pengeluar kamera DSLR dalam kelasnya malah juga dunia menerusi kelebihan tersebut.

Di bina dalam versi yang lebih terkehadapan dan maju, pengunaan teknologi Translucent Mirror menjadikan aplikasi a77 ditingkatkan kepada 19 poin auto fokus (AF) bersama 11 penderia grid silang dan kelajuan pemfokusan AF secara berterusan.

Malah, a77 turut dilengkapi penderia Exmor APS HD CMOS Sony yang dipertingkatkan (24.3 megapiksel) serta pemproses imej BIONZ yang terbaru membolehkan pengguna merakam imej yang jelas biarpun di dalam keadaan kekurangan sumber cahaya.

Model a77 juga turut dilengkapi kadar ISO dari 100 hingga 16,000 dan kelajuan shutter sehingga 1/8000, menjadikan setiap imej yang dirakam lebih jelas dan mampu mengelakkan kekaburan.

Apa yang anda lihat itu yang dirakam. Itu merupakan dakwaan serta kepercayaan yang Sony pertaruhkan ke atas a77 menerusi teknologi XGA OLED Tru-Finder yang mampu memberikan pandangan yang lebih jelas menerusi pencari pandangan (views finder-VF) elektronik (EVF).

Sebanyak 2,359k resolusi dot (XGA) dan pandangan dalam rangka 100 peratus penuh menerusi VF memberikan pengguna a77 menentukan imej yang lebih tajam, jelas dan terang sebelum merakam.

Namun bagi mereka yang lebih menyukai aksi rakaman imej menerusi pandangan nyata (live views), skrin LCD Xtra Fine seluas tiga inci boleh laras turut disediakan.

Menggunakan Teknologi TruBlack (921k dot) memberikan hasil imej yang lebih jelas, terang juga tajam serta memudahkan pemiliknya merakam imej pada sudut yang sukar serta lebih versatil.

Malah, ruang di antara skrin LCD serta cermin pelindung turut dipenuhi resin bagi mengurangkan kesan pantulan dan silau cahaya pada permukaannya.

Bagi penggunaan video, a77 mempertaruhkan teknologi AVCHD Versi 2.0, video HD penuh dibantu dengan kelajuan Pemproses BIONZ, membolehkan pengguna merakam video pada kapasiti 24p, 60i dan 60p (NTSC) atau 25p, 50i dan 50p (PAL).

Selain daripada kemajuan aplikasi yang ditawarkan, a77 turut memiliki reka bentuk yang agak 'rugged' bersama sistem perlindungan anti habuk dan kelembapan.

Badan a77 dihasilkan daripada aloi magnesium kemudian dibaluti plastik gred tinggi membolehkan kamera ini mampu beroperasi dalam apa jua keadaan.

Bersama binaan yang teguh serta pelindungan habuk dan kelembapan di sekeliling butang serta perlindungan dua lapis termasuk kompartmen media dan terminal menjadikan a77 amat teguh untuk kegunaan bersama aktiviti lasak.

Sony turut melancarkan aksesori tambahan baru untuk kegunaan a77 seperti lensa DT 16-50 milimeter (mm), F2.8 Super Sonic wave Motor (SSM) dengan kelebihan tiga kali pemfokusan, binaan kanta dari kaca serta tiga elemen lensa ED bagi mengurangkan kesan silau serta aberasi.

Ditambah dengan kelebihan SSM memberikan kesan yang senyap semasa lensa tersebut beroperasi ditambah kesan kabur belakang subjek (bokeh) yang baik hasil bukaan aperture F2.8 lensa ini.

a77 juga turut dilengkapi slot penggenggam bateri tambahan (battery grip) VG-C77AM bagi memudahkan pengguna merakam imej dari sudut vertikal sekali gus mampu menampung dua biji bateri Lithium NP-FM500H bagi menjana kuasa kamera agar dapat berfungsi sepanjang hari.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


SBN jana kekayaan biomas sawit

Posted:

SBN jana kekayaan biomas sawit

SBN jana kekayaan biomas sawit

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

MALAYSIA merupakan pengeksport minyak sawit terbesar dunia mengeluarkan bahan sampingan organik atau biomas sawit mencecah 80 juta tan metrik setahun.

Menyedari hakikat bahawa menjana kekayaan menerusi biomas sawit, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) sebagai agensi yang dipertanggungjawab mengadakan kerjasama 20 agensi kerajaan, 20 badan swasta, 10 universiti tempatan dan institusi penyelidikan awam bagi membangunkan Strategi Biomas Negara (SBN).

Naib Presiden Eksekutif, Ketua Impak Strategik - Penjanaan Kekayaan, AIM, Bas Melssen berkata, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara mengadakan strategi seumpama itu.

SBN dijangka dapat menjana pendapatan daripada biomas sawit sekali gus meningkatkan ekonomi negara pada masa akan datang.

Biomas adalah bahan sampingan yang didapati selain daripada minyak sawit.

Menurut Melssen, strategi berkenaan bertujuan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada biomas sawit bagi mewujudkan industri bernilai tinggi seperti biofuel, bioplastik dan biokimia yang menghasilkan barangan kegunaan harian.

Biomas sawit hanya digunakan sebagai baja, makanan ternakan, kayu serta bahan bakar dan selebihnya dibuang serta menghasilkan gas rumah hijau yang boleh memupuskan lapisan ozon dunia.

Melssen berkata, AIM sentiasa berusaha untuk menjana kekayaan daripada biomas sawit.

"Sebagai contoh biomas boleh diubah secara kimia dan bioteknologi bagi menghasilkan bahan bernilai tinggi seperti bioplastik atau biofuel yang boleh dijual dengan harga lebih tinggi," katanya.

Pendekatan berkenaan bagi memastikan pihak industri akan terus menggunakan biomas pada masa akan datang dan tidak memasarkannya ke negara luar.

Melssen berkata, dengan adanya SBN, ia dapat menghalang biomas terus dieksport dengan harga murah.

"Buat masa ini walaupun teknologi belum dikomersialkan, tetapi kerajaan perlu menyediakan persekitaran yang kondusif apabila teknologi telah sedia untuk digunakan.

"Pihak industri pula perlu mengetahui peluang yang ada bagi tempoh 10 tahun akan datang," katanya.

Melssen menambah, langkah tersebut secara tidak langsung akan dapat membangunkan industri berkaitan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Dari aspek inovasi, biomas berpotensi mencipta industri bernilai tinggi dengan modal insan berkemahiran bagi menghasilkan produk berdaya saing.

Apa yang lebih penting pelaksanaan SBN menjadikan negara sebagai pemimpin teknologi tulen biomas di rantau Asia Tenggara.

Ini selaras dengan teras kedua Strategi Inovasi Nasional yang menggalakkan Inovasi Terbuka iaitu satu mekanisme pengumpulan dan penstrukturan ilmu pengetahuan yang dapat mengenalpasti peluang baru untuk penjanaan kekayaan.

Di bawah teras ini, pendekatan model Quadruple Helix diterapkan berasaskan prinsip bahawa industri, akademik, rakyat dan kerajaan mempunyai peranan yang sama berat untuk menggalakkan inovasi di dalam negara.

Apabila semua pihak bekerjasama, inovasi akan dapat dihasilkan dengan lebih baik.

Buat masa ini AIM terlibat aktif dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Felda, Sime Darby, pekebun kecil, pengilang minyak sawit, universiti, institusi penyelidikan dan kementerian berkaitan bagi mengkaji peluang berkaitan biomas sawit.

AIM juga bekerjasama rapat dengan Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mencapai objektif Strategi Biomas Negara.

"Ini bertujuan memberi peluang bagi industri membuat keputusan tepat dengan peluang yang diberikan."

Pada hari ini AIM akan melancarkan SBN sempena BioMalaysia 2011 bertujuan memberi penerangan kepada umum mengenai biomas dan peranan yang perlu dimainkan oleh sektor yang terlibat dalam menjayakan strategi berkenaan.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AIM boleh melayari laman web www.inovation.my

Full content generated by Get Full RSS.

Labu perlu banyak air

Posted:

Labu perlu banyak air

Labu perlu banyak air

Susunan ZALEHA UJANG
Taman Pertanian Universiti zujang@putra.upm.edu.my


Labu merupakan antara tanaman yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran.


Persediaan tanah dan kawasan

LABU akan mengeluarkan hasil yang tinggi jika ditanam pada tanah yang gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan mempunyai saliran yang baik.

Nilai pH yang sesuai ialah antara 5.5-6.5. Jika pH tanah kurang dari yang disyorkan pengapuran perlu dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum penanaman dilakukan.

Kadar pengapuran antara tiga dan lima tan/hektar bagi tanah mineral.

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar.

Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara satu hingga 1.2 meter, tinggi batas di antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah satu meter.

Batas ditambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara satu dan tiga kg/meter persegi. Bahan ini hendaklah digaulkan ke dalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok atau antara tiga hingga enam tan/hektar bagi tanah mineral.

Penanaman

Labu boleh ditanam terus ke batas dengan meletakkan dua biji benih bagi setiap lubang yang telah dikorek sedalam satu atau dua sm, selepas itu biji benih dikambus nipis dengan tanah halus atau disemai dahulu ditapak semaian sebelum diubah ke ladang.  

Selepas seminggu anak benih bercambah, ia perlu dijarangkan dengan mencabut anak benih yang kurang segar dan tidak sihat.

Tinggalkan satu pokok sahaja setiap lubang penanaman bagi mengelakkan persaingan dari segi makanan, ruang, cahaya dan air.

Tanah di keliling anak benih dipadatkan supaya pokok lebih kuat dan akar tidak terdedah Jarak tanaman yang disyorkan ialah antara 60 dan 100 sm antara barisan pokok dan digalakkan ditanam dalam satu barisan sahaja.

Keperluan biji benih antara 0.8 dan satu kg/hektar.

Pengairan

Tanaman labu memerlukan air yang banyak untuk kelembapan yang cukup bagi pertumbuhan yang lebih subur.

Penyiraman dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sehingga memungut hasil.

Pengairan dibuat secara manual atau menggunakan sistem pengairan.

Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina bagi menyalirkan air yang berlebihan ke parit utama.

Pengawalan rumpai

Merumput dilakukan secara manual atau menggunakan bahan sungkupan seperti lalang, rumput kering atau agrosheet, sebarang penyemburan rumpai hendaklah dilakukan sebelum pokok labu berbuah.

Pembajaan

Baja yang disyorkan ialah 70 kg N:140 kg P2O5:200 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada jenis tanah di sesuatu kawasan, keperluan nutrien tanaman, masa dan cara pembajaan .

Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan dengan kadar 30g/pokok dan ditabur keliling dengan jarak antara 15 dan 20 sm dari rumpun pokok serta dikambus.

Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 g/pokok diselangkan setiap dua minggu, dan sebelum tanaman berbunga.

Kawalan perosak dan penyakit

Penyakit utama ialah kulapuk berdebu (Erysiphe cichoracearum) yang menyebabkan tompok putih dan berdebu di permukaan daun dan merebak pada keseluruhan daun dan bertukar menjadi kuning, perang dan kering dan berkedut.

Pokok yang diserang kurang berbuah dan kecil bentuknya. Jika terdapat tanda serangan musnahkan daun yang diserang dan sembur dengan racun kulat  yang sesuai.

Serangan kulapok downy (Pseudopereronospora cubensis) ialah pada daun, terdapat bintik berbentuk bersiku siku, berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun. Lapisan bawah diselaputi spora dan akhirnya menjadi perang dan mati, buah akan terbantut. Pastikan daun yang diserang dimusnahkan.

Jika serangan teruk sembur dengan racun kulat yang sesuai.

Perosak utama ialah kumang labu (Aulacophora sp.) akan menyebabkan pokok layu dan mati dan menyebabkan daun rosak.

Serangan kutu daun (Aphids sp) menyebabkan daun berkerekot dan pokok terbantut.

Gunakan racun serangga yang sesuai bagi serangan yang teruk.

Penuaian

Hasil labu lemak boleh dituai selepas antaar 60 dan 80 hari penanaman, kematangan boleh dikesan melalui perubahan warna pada kulit buah dari hijau ke kuning sekurangnya 80 peratus warna kekuningan pada buah.

Tangkai buah dipotong antara lima hingga tujuh sm dari pangkal buah dan dimasukkan ke dalam bakul hasil.

Dalam tempoh 90 hari pertumbuhan labu boleh mengeluarkan lima hingga enam biji labu bagi setiap pokok.

Buah labu yang kotor terkena tanah perlu dilap dengan kain yang lembap bagi menghilangkan kotorannya sebelum dijual.

Berat setiap buah labu antara satu dan dua kg sebiji. Ia boleh disimpan selama satu dan dua bulan pada suhu bilik. Hasil sehektar ialah antara 20 dan 25 tan/hektar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pastikan Islam tidak diganggu-gugat

Posted:

Pastikan Islam tidak diganggu-gugat

Pastikan Islam tidak diganggu-gugat

DI bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat tetap diberi kebebasan beragama. Peruntukan untuk kaum-kaum lain beribadat tidak diketepikan malah ditambah.

BN yang diterajui UMNO menghormati corak pengamalan agama lain. Ini rekod yang dipegang sejak merdeka. Namun akhir-akhir ini, ada beberapa hal yang mencabar kesatuan pemikiran umat Islam.

Menjawab senario ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM percaya konsep penyatuan rakyat Malaysia bersama dalam satu gagasan masih relevan untuk terus dipraktikkan dengan pendekatan agen yang bersifat wasatiyyah atau kesederhanaan berimbang.

"Kita perlu menjadi umat contoh yang tidak lekas untuk membingkas, bangun marah dan dalam masa sama kita tidak sampai untuk menjadi pendiam, yang langsung tidak mampu memberikan sebarang teguran," kata Jamil Khir.

Beliau mengungkapkan demikian pada satu pertemuan dengan pihak media yang turut dihadiri wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL, NAZMIL NASIRUDDIN dan SHARAMEI SHAIK AHMEDULLAH di Putrajaya, Jumaat lalu.

UTUSAN: Datuk Seri fikir apakah cabaran yang ditempuh oleh umat Islam di Malaysia ketika ini?

JAMIL KHIR: Kita melihat ada beberapa hal yang mencabar kekuatan dan kesatuan umat Islam. Yang lebih besar daripada itu adalah kesatuan fikrah atau pemikiran umat Islam. Lihat soal murtad yang berlaku sehingga timbul keresahan besar umat Islam di negara ini sehinggakan rata-rata yang ambil kesimpulan wajar umat Islam bersatu di bawah satu payung untuk pertahankan akidah umat Islam sehingga lahirnya perhimpunan yang dikenali Perhimpunan Sejuta Umat.

Walaupun tak perlu bincang soal besar dan kecil tapi sudah sampai rasa ketidakpuasan hati sehingga timbulnya idea perhimpuan itu. Tetapi Alhamdullillah, umat Islam ambil hikmah pendekatan yang demokrasi. Saya lihat hasil itu dan kita mula fikir mengenainya balik.

Tetapi adakah ada usaha tertentu untuk menghukum atau mengekang pihak yang cuba memurtadkan umat Islam?

Ini kita kena ucapkan terima kasih kepada generasi dulu yang telah mewujudkan enakmen bagi menyekat mereka yang ingin memurtadkan ini. Sebenarnya telah pun wujud enakmen sejak tahun 1980 lagi.

Misalnya, beberapa negeri telah mempunyai undang-undang yang dinamakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam. Undang-undang ini diwujudkan bertujuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam demi menjamin kehormatan dan kesucian Islam.

Negeri-negeri yang telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam ialah:

Terengganu (Enakmen Bil. 1 Tahun 1980) yang berkuat kuasa pada 1 April 1986, Kelantan (Enakmen Bil. 11 Tahun 1981) pada 1 Januari 1987, Selangor (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 8 Julai 1988, Melaka (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 1 Januari 1990 dan Kedah (Enakmen Bil. 11 Tahun 1988) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 1988.

Negeri-negeri lain pula ialah Pahang (Enakmen No.5 Tahun 1989) berkuat kuasa pada 1 Mac 1990, Johor (Enakmen No.12 Tahun 1991) pada 23 April 1992, Negeri Sembilan (Enakmen No.9 Tahun 1991) pada 5 April 2007 dan Perlis (Enakmen No.6 Tahun 2002) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2007.

Apa pandangan Datuk Seri tentang isu Seksualiti Merdeka?

Ia jauh menyimpang daripada norma kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, 'merdeka' yang saya boleh terjemahkan adalah kebebasan untuk amalan seksual seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Kita patut cepat berganding bahu untuk mengekangnya dan bukannya menyokong atas sifat kerana mereka ini macam ditinggalkan. Sebaliknya, kita bantu bawa mereka pulang ke pangkal jalan. Bukannya memperakukan amalan mereka pula.

Realitinya, dalam Perlembagaan negara, kita tak benarkan termasuk Sekyen 377 (a),(b), (c) dan (d) yang tidak benarkan berlaku perhubungan lelaki dengan lelaki dan sebagainya yang saya nampak di hujung terowong itu adalah untuk memadamkan Seksyen 377 ini. Nanti akhirnya pula hilang sekatan perundangan dan kelak timbullah pula kebebasan yang dilaungkan oleh golongan tersebut.

Tentang soal ibadah korban haji baru-baru ini, mengapa pula ada pihak yang pertikaikan?

Soal korban ini harus semua fahami bahawa ia suatu tuntutan ibadah dalam Islam. Kita perlu menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks agama misalnya sebelum ini tidak pernah ditimbulkan soal-soal seperti itu dan 'tertimbul' ini pun adalah kesan sebab kita umat Islam tidak bersatu.

Saya lihat konsep penyatuan dan konsep yang kita laung-laungkan selama ini iaitu Gasasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dengan pegangan agama dijalankan secara berwasatiyyah (kesederhanaan) yang bermakna sederhana di sini bukan dalam erti kata yang tak kaya dan tak miskin ataupun tak jahat sangat. Tetapi ia dalam konteks kita berbuat sesuatu yang pengertiannya cari untuk dunia dan akhirat. Ia semacam kita nak mati esok (akhirat) dan cari untuk dunia yang seakan-akan kita akan hidup selama-lamanya.

Bagaimana pula dari segi komitmen UMNO itu sendiri untuk memastikan kedudukan Islam itu tidak diganggu-gugat?

Sejak kita merintis kemerdekaan 54 tahun lalu, ramai yang barangkali hanya mengambil sikap sambil lewa mengenai sumbangan UMNO. Kita lihat betapa parti keramat UMNO pertahankan agama ini dalam konteks negara kita Malaysia.

Sejak dahulu lagi UMNO mengambil pendekatan penuh dan hikmah. Hari ini kita punyai sebanyak 22,000 masjid dan surau di seluruh negara. Ada yang berharga RM100 juta, RM50 juta dan sebagainya. Dan sudah tentu masjid-masjid ini tidak berdiri di situ tanpa ada pihak yang merancang dan menguruskannya.

Masakan kita dapat lihat ada 14,000 imam-imam yang kita bayar bergaji secara bulanan, ada elaun untuk mereka lagi. Masakan juga kita lihat ada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik anak-anak kita sebagai modal insan pada masa akan datang. Kita bentuk dengan pendidikan agama sekali. Begitu juga dengan pendikan sekolah dan sebagainya seperti 34,000 guru KAFA telah kita gajikan. Ini merupakan usaha berterusan UMNO tanpa rasa penat dan jemu.

Demikian juga dengan kelahiran Tabung Haji (TH) yang bukan hanya terlibat sebagai entiti yang menghantar jemaah haji saban tahun sehingga mendapat pujian Kerajaan Arab Saudi, malah dunia melihat ia sebagai contoh unggul dalam melaksanakan ibadah haji.

Ini semua hasil daripada garapan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN). Tabung Haji kini bergerak lebih lagi merentasi bidang ekonomi dan kini dikenali sebagai billion company dan bukannya million company. Tahun sudah sahaja kita capai keuntungan RM1.3 bilion dan beri dividen dan bonus sebanyak 5.5 peratus, ditambah 2.5 peratus untuk zakat.

Lihat pula kelahiran institusi agama yang lain seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang ada Ar-Rahnu (pajak gadai berasaskan syariah) yang menerajui gadaian Islam sehingga boleh beri keuntungan kepada penyimpannya dan pemegang sahamnya. Ini merupakan sistem yang menjadi contoh kepada dunia luar.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Masa bersama Presiden UMNO

Posted:

Masa bersama Presiden UMNO

Masa bersama Presiden UMNO

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancara Mingguan Malaysia semalam menarik untuk UMNO melaksanakan muhasabah dan menilai apakah yang telah parti terbesar orang Melayu dan bumiputera itu lakukan untuk memenangi hati dan memahami denyut nadi rakyat.

Terkaan Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa ramai ketua bahagian UMNO yang tidak dipilih menjadi calon akan melakukan sabotaj adalah sekadar peringatan yang diberikan oleh pemimpin agung itu.

Kedudukan sekarang memang agak kritikal kepada UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Semua ahli UMNO sekarang perlu merapatkan barisan termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta parti-parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada masa sekarang semua masalah dan rungutan rakyat harus diselesaikan dengan cekap serta berkesan. Buatlah apa saja supaya pengundi senang dengan UMNO dan BN. Pengundi di Malaysia paling pantang jika janji tidak ditunaikan.

Orang UMNO kenalah ambil peduli, ambil tahu apa yang berlaku di kawasan masing-masing. Adakan aktiviti bersama masyarakat dalam membanteras jenayah, membasmi kemiskinan tegar, membantu sewaktu bencana banjir, membantu orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan berkempen rumah ke rumah.

Tidak terkata pemimpin keluarga yang miskin apabila rumah yang bocor digantikan atapnya, lantai yang reput ditukar baru dan anak yang ramai dibantu belanja persekolahannya. Inilah contoh tradisi membela rakyat yang mesti sentiasa diperhebatkan oleh UMNO.

Pendekatan berkenaan akan memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Satu perkara yang amat penting apabila seseorang menyertai UMNO ialah bertanya kepada diri sendiri apakah yang boleh diberi kepada UMNO dan bukannya apa yang dapat diperoleh daripada UMNO.

Tetapi segelintir yang masuk parti ini untuk menjadikan UMNO sebagai batu loncatan bagi meraih projek dan jawatan tinggi supaya dapat kumpul kekayaan.

Sebab itu ramai yang cuba bertanding merebut jawatan dalam parti kerana percaya mereka boleh mendapat 'keuntungan besar' dari segi pengaruh politik dan ekonomi. Nilai-nilai pemimpin UMNO begini bukan sahaja merosakkan parti tetapi juga boleh menghancurkan masa depan dan nilai-nilai bangsa Melayu sendiri.

Jangan terlampau fikir hendak menjadi calon, maka ke hulu ke hilir bawa profil peribadi. Semua pemimpin UMNO sama ada dipilih atau tidak sebagai calon pilihan raya umum kena sama-sama berjuang mengangkat maruah agama, bangsa dan negara dengan hati yang ikhlas.

Sebagai pemimpin, mereka perlu tunjukkan teladan yang baik sekiranya mahu melihat UMNO menang pada pilihan raya umum, buanglah sifat-sifat yang buruk - sabotaj calon, tutup bilik gerakan, dan perkara-perkara yang menjejaskan parti.

Ahli-ahli UMNO juga kena meletakkan nilai kesetiaan kepada parti sebagai perkara paling utama bagi mengukuhkan perpaduan dan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ingatlah jangan terlampau leka. Walaupun pakatan pembangkang menghadapi kemerosotan pengaruh sekarang, UMNO tidak boleh bergantung di atas kelemahan DAP, PKR dan Pas sebaliknya perlu bekerja keras dan membina kekuatan sendiri untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Pengalaman lalu telah membuktikan kemerosotan sokongan kepada UMNO bukan kerana parti lawan kuat tetapi kerana masalah dalaman parti. Masalah dalaman sekiranya gagal dibendung, tidak mustahil beberapa kerusi UMNO akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang. Sebagai mana ditegur oleh Tun Dr. Mahathir, banyak orang Melayu menjauhkan diri daripada UMNO kerana ramai pemimpin parti di bahagian dan sayap-sayap UMNO tidak melaksanakan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat dan pucuk pimpinan UMNO sendiri.

Mereka dilihat berbalah sesama sendiri. Jika UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang tidak dapat mengukuhkan perpaduan dan persefahaman, maka pasti rakyat akan hilang keyakinan dan ini sudah tentu mendatangkan kesan sewaktu pilihan raya kelak.

Oleh itu jika UMNO dapat menghapuskan persengketaan atau masalah dalaman maka parti itu akan kuat. Jadi ahli-ahli UMNO sekarang perlu memastikan UMNO kuat untuk menang pilihan raya dan BN terus berkuasa di tanah air ini.

Pada mata rakyat khususnya orang Melayu yang semakin sensitif sekarang, UMNO perlu dilihat kukuh, mantap dan meyakinkan sama ada luaran mahupun dalaman.

Menurut penganalisis politik, Prof. Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman, kini adalah masa untuk bersama-sama dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Presiden parti itu telah melakukan pelbagai transformasi politik, transformasi psikologi dan transformasi metodologi dalam memperkasakan rakyat. Sama ada rakyat merasanya atau menjiwainya itu terpulang kepada rakyat.

"Namun sebagai ahli UMNO, tidak kisah apa jua jawatan dipegang, semuanya mesti berada di belakang Presiden UMNO untuk menjaminkan kemenangan yang besar pada pilihan raya yang mendatang ini," kata Mohd. Zainul Fithri, Naib Presiden Industri dan Perhubungan Organisasi, Management & Science University (MSU).

Untuk menunjukkan kebersamaan itu, kata beliau, maka gerakan hendaklah diatur dengan terperinci. Suara-suara sumbang dalam kalangan ahli UMNO sendiri hendaklah dihentikan sama ada di dalam blog mahupun di Facebook yang berleluasa kini.

"Presiden telah berhempas pulas memberikan kesedaran dan jaminan kepada rakyat bahawa UMNO akan tetap membela rakyat bukan hanya Melayu tetapi semua rakyat di negara ini.

"Keikhlasan beliau dalam Bajet 2012 ini terbukti bahawa Presiden UMNO ikhlas dalam perjuangannya memartabatkan rakyat. Namun, pada ahli yang lain, yang memegang jawatan kecil sehingga pucuk pimpinan pusat hendaklah membantu Presiden parti," kata beliau.

Pengarah Institut Kepimpinan dan Keusahawanan MSU ini juga berpendapat, Najib tidak boleh melakukan bersendirian. Sekarang beliau dilihat bergerak bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan sri Muhyiddin Yassin, namun yang lain hanya menunggu dan melihat sahaja.

Mohd. Zainul Fithri berkata, pemimpin UMNO semua peringkat harus memberi sokongan dan dokongan kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Berikanlah kepercayaan sepenuhnya kepada setiap tindakan yang mahu diambil oleh Najib dan Muhyiddin.

"Pengkukuhan kepada kepercayaan dan keyakinan ini perlu supaya Presiden UMNO boleh melakukan transformasi politik dengan tenang. Hentikanlah tabiat ugut-mengugut terhadap pucuk pimpinan kerana ini hanya akan menghancurkan bangsa Melayu dan rakyat yang dibela amnya. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh," katanya.

Mohd. Zainul Fithri menegaskan, UMNO harus bersatu, berani dan akan menjadi kuat jika paksi perjuangannya benar dan jelas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Edrie bersemangat hero gitar

Posted:

Edrie bersemangat hero gitar

Edrie bersemangat hero gitar

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
Lokasi PUSAT KONVENSYEN SIME DARBY
Pakaian Tajaan ED HARDY


SELAIN bergelar gitaris, Edrie juga terbabit dalam bidang penciptaan lagu dan perniagaan dalam industri rakaman album tempatan.


DALAM persada muzik tanah air, tidak ramai pemain gitar yang menonjol selain nama-nama seperti Man Kidal, Hillary Ang, Sham Kamikaze, Allahyarham Samad Lefthanded dan Allahyarham M. Shariff.

Selain nama-nama tersebut, nama Edrie Hashim pula tidak boleh disisihkan begitu sahaja. Dia juga salah seorang gitaris era masakini yang menyerlah dalam dunia muzik tempatan sejak 10 tahun lalu.

Gitaris berusia 38 tahun ini misalnya, bukan sahaja terkenal sebagai pemuzik undangan tetapi juga seorang komposer selain aktif dalam kumpulannya, Projekpistol yang membawakan konsep muzik rock.

Dalam kebanyakan konsert penyanyi solo tempatan, Edrie sering dijemput sebagai pemuzik undangan mereka. Malah, dalam konsert seperti Jom Heboh anjuran TV3 pun khidmat gitaris ini sering digunakan.

Menurut Edrie, pembabitannya dalam pelbagai cabang seni bukan kerana dia tamak atau mahu menjadi hero gitar, sebaliknya ia demi survivalnya dalam bidang muzik yang menjadi kerjayanya selama ini.

"Saya mula terbabit dalam bidang muzik pada pertengahan tahun 1990-an tetapi ketika itu nama saya tidak menonjol. Ketika itu, selain bermain muzik saya juga mencipta lagu dan lirik untuk artis lain.

"Lagu Akan Ku Tunggu nyanyian kumpulan Candy antara lagu ciptaan saya yang popular sekitar tahun 1997. Saya lakukan semua itu demi kerjaya saya dan baru kini nama saya sebagai gitaris menonjol.

"Lama kelamaan kerjaya saya juga semakin berkembang dan tidak terikat sebagai gitaris semata-mata," katanya kepada Hits pada sesi fotografi sempena kemunculan album solo keduanya tidak lama lagi.

Edrie yang pernah tampil dengan album solo berjudul Transfigurasi pada tahun 2006 berkata, biarpun lama bergiat di belakang tabir dia bersyukur kerana itu kini mampu menyerlahkan bakatnya.

Kata suami kepada gitaris dan vokalis Candy, Nurul Patricia Roberts ini, menerusi peluang itulah dia cuba mengembangkan bakatnya dengan menimba pengalaman bekerja dengan ramai artis popular tanah air.

"Saya pernah bekerja dengan Awie Wings, Search dan Hattan. Daripada situlah saya mencuba bakat mencipta lagu seperti Iris yang pernah dipopularkan oleh Awie tidak lama dulu.

"Melalui pergaulan dengan mereka jugalah saya banyak menimba pengalaman untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Antaranya dengan menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Neo Worldwide Entertainment.

"Saya kini bukan lagi seorang gitaris semata-mata tetapi juga komposer, penulis lirik, pemuzik berkumpulan dan pemilik syarikat rakaman. Saya puas dengan pencapaian ini selepas lebih sedekad dalam bidang ini," ujarnya.

Kata anak sulung daripada tiga beradik ini, kelembapan industri album ketika ini tidak boleh dijadikan alasan untuk berpeluk tubuh dan menyalahkan pihak lain. Sebaliknya, dia bijak merebut peluang yang ada.

Edrie kini sibuk mempromosikan lagu-lagu ciptaannya dalam laman sesawanganya, edriehashim.com yang akan dilancarkan pada bulan depan dan ini merupakan bisnes baru buatnya.

"Sebagai permulaan melalui laman i-Tunes itu saya akan menjual lagu-lagu saya yang berjudul Sakti, Mr. Seposen dan 1001 dalam bentuk muat turun. Ini salah satu cara untuk menjual album yang berkesan ketika ini.

"Di Malaysia belum ramai artis yang melakukan cara ini di mana kebanyakannya dilakukan oleh syarikat telekomunikasi atau syarikat rakaman. Bagi saya, setiap artis perlu ada inisiatif sendiri untuk menjalankan bisnes ini.

"Setiap lagu yang dimuat turun akan dikenakan bayaran RM3. Setakat ini sambutannya bagus apabila ramai yang melanggan termasuklah dari Mexico," ujarnya yang dalam nada penuh bangga.

Dengan menggunakan empat orang kakitangan, bapa kepada Darren Haikal, 7 tahun ini menambah kaedah baru itu bukan sahaja mampu menjana pendapatan buatnya tetapi juga patut dijadikan ikutan artis lain.

Jelas Edrie, dalam keadaan jualan album secara fizikal iaitu dalam format cakera padat semakin merudum, sudah sampailah masanya kaedah jualan album secara independent itu diperluaskan skopnya.

"Saya tidak suka kalau ada penyanyi yang mengeluh album mereka tidak boleh dijual tanpa mencari alternatif lain.

"Sebenarnya jualan album secara online lebih menguntungkan kerana ia boleh dikawal sepenuhnya oleh artis terbabit berbanding dulu jualan album lebih didominasi oleh syarikat rakaman.

"Kalau dulu jualan album RM10 seunit, artis hanya mendapat RM1 royalti sedangkan RM9 diambil oleh syarikat rakaman. Tetapi dengan kaedah yang saya gunakan ini 100 peratus hasil jualan album masuk dalam poket artis terbabit," jelasnya.

Bagi merancakkan lagi penjualan album secara muat turun dan online, Edrie juga menggunakan laman sosial Facebooknya untuki diperkenalkan kepada para peminatnya yang kini mencecah 5,400 orang di laman tersebut.

Selain sibuk dengan persiapan rakaman album solo keduanya itu, Edrie juga sibuk mengadakan persembahan bersama kumpulan Projekpistol yang telah menghasilkan album sulungnya berjudul Stereo Andromeda.

Full content generated by Get Full RSS.

Rahsia awet muda terbongkar

Posted:

Rahsia awet muda terbongkar

Rahsia awet muda terbongkar

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


WAJAH Anuar Zain yang menjalani rawatan pembentukan wajah.


KETAMPANAN wajah yang disulami dengan kelunakan suara setiap kali melantunkan lagu-lagu popularnya seperti Sedetik Lebih bukan sahaja memukau tetapi sentiasa menjadi igauan peminatnya.

Begitulah kehebatan lelaki bernama Anuar Zain yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) baru-baru ini.

Anuar Zain atau Shahrul Anuar Zain membuka rahsia kecantikan wajahnya biarpun dia sudah berusia 41 tahun.

Tidak salah jika sebagai artis, dia perlu berbuat sesuatu agar wajahnya sentiasa nampak segar dan muda selain bijak menjaga keterampilan diri di khalayak.

Maka itulah, selain menjalani rutin pemakanan yang agak ketat, pelantun lagu Lelaki Ini dilihat mempunyai petua awet muda.

"Perkara utama yang amat saya titik beratkan adalah penjagaan berat badan kerana saya perlu mengekalkan berat tertentu mengikut ketinggian.

"Selain itu, saya juga memilih untuk makan lebih banyak makanan berkhasiat serta mengambil beberapa vitamin untuk mengekalkan kesihatan kulit.

"Semua itu penting kerana saya mahu merasa selesa ," katanya kepada Hits ketika ditemui usai persembahan Majlis Makan Malam Amal Diraja Belum Temengor, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, baru-baru ini.

Tanpa berselindung, Anuar mengakui dia menyedari perubahan wajahnya sesuai dengan usianya.

Justeru, lelaki bujang ini mendedahkan, dia kini menjalani rawatan pembentukkan muka atau face reshaping di sebuah pusat kecantikan di ibu kota.

"Proses ini bukanlah rawatan muka seperti botox tetapi ia lebih kepada urutan menggunakan beberapa alatan elektronik di bahagian muka.

"Tujuan proses ini adalah untuk membuang lebihan kulit terutamanya di bahagian bawah muka saya," katanya jujur.

Anuar berkata, sesiapa sahaja yang berada dalam situasinya pasti mahu sentiasa kelihatan segak walaupun dimamah usia.

Beralih ke topik pengurusan, Anuar memberi penjelasan mengapa terjadi perpisahan di antaranya dengan pengurusnya, Rohila Tahir.

"Tidak ada apa-apa yang perlu dikecohkan kerana ini adalah keputusan kami berdua. Setelah 10 tahun bersama, kami merasakan ini merupakan keputusan terbaik untuk karier masing-masing.

"Walaupun saya masih kekok dan belum pandai untuk menyesuaikan diri tanpa kehadiran Rohila namun saya percaya perubahan ini tidak akan memendekkan rezeki saya dalam industri ," katanya

Memilih untuk berkerjasama dengan pengurus baru, Dar Danial, Anuar memberitahu, ini merupakan kali pertama dia mendapat khidmat seorang pengurus lelaki.

"Setelah berkerjasama dengan tiga orang pengurus wanita, mungkin sudah tiba masanya saya mencuba khidmat pengurus lelaki pula.

"Syukur, Danial merupakan seorang yang cepat belajar dan sehingga kini rezeki saya juga tidak tersekat dengan perubahan besar ini," katanya .

Memilih untuk tidak menyertai peringkat separuh akhir Muzik Muzik Disember ini untuk lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim, Anuar ada alasan yang tersendiri.

"Saya tidak suka memasuki pertandingan dan bertanding.

"Soal siapa yang akan menggantikan saya untuk menyanyikan lagu itu nanti, saya percaya mereka lebih tahu siapa yang sesuai," katanya merendah diri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Norlezah masuk hutan cari kelulut

Posted:

Norlezah masuk hutan cari kelulut

Norlezah masuk hutan cari kelulut

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


Norlezah Baharom menunjukkan kotak kelulut yang telah mula mengeluarkan hasil.


MUNGKIN tidak ramai yang pernah mendengar tentang madu kelulut apa lagi melihat lebah kelulut mahupun merasai madunya.

Biasanya bila dikatakan madu, ia amat sinonim sekali dengan dengan madu lebah berbanding kelulut.

Sehingga kini banyak kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.

Manakala lebah tidak menyengat atau lebih dikenali sebagai kelulut dalam genus trigona juga memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan selain menghasilkan madu.

Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.

Salah seorang pengusaha madu, Norlezah Baharom berkata, dia bermula mengusahakan lebah madu secara suka-suka pada tahun 1986 di Serdang Lama, Selangor.

"Ketika itu saya menjalankan usaha secara kecil-kecilan sehinggalah berhenti kerja pada tahun 1994," ujarnya membuka bicara berkongsi pengalaman lampau.

Norlezah berkongsi pengalamannya itu ketika ditemui di kawasan ternakan kelulut di Ibu pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang Selangor baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut dalam nada bersungguh-sungguh, Norlezah memberitahu dia membangunkan syarikat Sri Cerana untuk menternak dan memasarkan madu lebah Cerana.

Bagaimanapun pada tahun 1997, ternakan lebahnya diserang wabak penyakit selain kejadian jerebu menyebabkan lebah yang dipelihara hampir semuanya mati atau lari.

Justeru pada tahun 2005, Norlezah dengan khidmat nasihat daripada MARDI beralih kepada ternakan lebah kelulut.

"Ketika itu saya membangunkan sebuah syarikat lain, HNS Trigona bagi menternak dan memasarkan madu daripada tiga jenis lebah berlainan iaitu trigona, cerana dan melifera," katanya.

Buat masa ini Norlezah yang mempunyai ladang belimbing seluas 100 ekar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lancang, Pahang menternak kelulut di sana.

Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah.

Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim.

Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.

Norlezah berkata, koloni lebah mudah lari dan diserang penyakit dibanding dengan kelulut yang tidak melarikan diri dan tidak menyengat.

Buat masa ini, dia mempunyai 50 kotak koloni kelulut di ladang belimbing sejak bulan Jun lalu.

"Sebenarnya sebelum mendapatkan khidmat nasihat pihak MARDI, kami masuk ke hutan mencari sarang kelulut.

"Kami akan menebang bahagian pokok yang mempunyai kelulut dan menyimpannya untuk dibiakkan," katanya.

Kini dengan khidmat nasihat pihak MARDI, dia meletakkannya dalam satu kotak yang boleh dituai setiap tujuh minggu.

Biasanya satu kotak akan menghasilkan satu kilogram (kg) madu bergantung kepada makanan yang diberikan kepada lebah.

Di dalam satu kotak terdapat madu, propolis dan bee bread (pollen).

Norlezah berkata, produk kelulut mendapat permintaan yang menggalakkan daripada farmasi.

Madu kelulut dibandingkan dengan madu lebah dikatakan mempunyai antioksidan yang tinggi manakala propolis pula dikatakan mempunyai antibiotik semulajadi.

Menyentuh mengenai rasa, Norlezah berkata, madu kelulut berasa agak masam berbanding madu lebah.

Jika lebah madu menyengat menyebabkan pengumpul madu perlukan pakaian yang khusus tetapi mengumpul madu kelulut lebih mudah.

"Kelulut tidak menyengat tetapi menggigit dan tidak berbisa.

"Biasanya hanya individu pertama yang membuka kotak akan digigit dan gigitan tidak memberikan kesan sampingan seperti lebah madu," katanya.

Norlezah berkata, semua kaedah dari menternak hingga kepada pengumpulan semuanya diperoleh daripada tunjuk ajar pihak MARDI.

Jika dulu, dia menggunakan picagari untuk mengambil madu kelulut tetapi dengan teknologi MARDI tugasnya lebih senang.

Selain pokok belimbing dan durian, lebah kelulut sesuai sebagai agen pendebungaan bagi longan, rambutan, mangga, ciku serta pelbagai buah-buahan lain.

Koloni kelulut yang mendapat makanan yang secukupnya daripada ladang akan mengeluarkan hasil madu yang lebih banyak.

Sehingga kini Norlezah memasarkan produknya di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), farmasi, pengedar di pasar malam dan pelanggan yang membeli terus daripadanya.

"Sambutan terhadap produk kelulut amat menggalakkan dan saya bercadang untuk menambah kotak koloni kelulut bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai madu kelulut boleh menghubungi Norlezah di talian 012-362 5711 atau e-mel: trigona2006@yahoo.com atau facebook: trigonabee@yahoo.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Masalah bil tertunggak selesai

Posted:

Masalah bil tertunggak selesai

Masalah bil tertunggak selesai

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Penduduk menyaksikan kakitangan Syabas memasang meter individu pada program migrasi di Pangsapuri Sri Baiduri, Taman Ukay Perdana di Ampang kelmarin. - UTUSAN/ZAKARIA IDRIS


AMPANG 20 Nov. - Penghuni Pangsapuri Sri Baiduri, Taman Ukay Perdana di sini melahirkan rasa gembira kerana hasrat menukar meter pukal kepada meter individu akhirnya terlaksana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menunaikan janji mereka semalam.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Baiduri, Anuar Abdul Rahman, 53, berkata, selepas proses migrasi ini penduduk di situ bukan sahaja bakal menikmati bekalan air dengan kadar lebih rendah tetapi dapat menggelakkan masalah pembayaran dan pemotongan oleh pihak Syabas.

Katanya, sikap dan mentaliti penghuni yang menganggap proses migrasi ini tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka antara cabaran utama yang dihadapi pihak JMB di situ sepanjang tempoh mendapatkan sokongan kepada usaha itu.

"Kami berharap langkah migrasi ini dapat diikuti dan menjadi contoh kepada pangsapuri-pangsapuri lain yang ada di sini," katanya ketika ditemui pada program migrasi yang dihadiri Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred.

Turut hadir Pengurus Seksyen Program Migrasi, R. Krishamoorthi dan Ketua Pejabat Wilayah Syabas, Wilayah Gombak, Mat Saman Mat Som.

Sementara itu, Krishamoorthi berkata, Syabas telah memberi kelulusan khas bagi permohonan ini kerana 620 daripada 800 unit di pangsapuri ini telah memenuhi syarat-syarat permohonan.

Katanya, mengikut rekod sehingga 30 Oktober lalu, Syabas telah menerima sebanyak 1,211 permohonan migrasi meter yang melibatkan 243,429 akaun individu.

"Daripada jumlah tersebut sebanyak 494 permohonan telah diluluskan, sementara 227 lagi telah pun dilaksanakan proses migrasi," katanya.

Beliau menjelaskan, dengan menggunakan meter individu pelanggan dapat mengelak daripada berdepan dengan pelbagai masalah seperti bil tertunggak akibat pemaju yang tidak menjelaskan bil air.

Selain itu, katanya, pengguna juga dapat berjimat kerana hanya perlu membayar sebanyak 57 sen bagi setiap meter padu air berbanding 80 sen jika menggunakan meter pukal.

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Taman Desa terima insentif langganan tahunan tertinggi

Posted:

SMK Taman Desa terima insentif langganan tahunan tertinggi

SMK Taman Desa terima insentif langganan tahunan tertinggi

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa menerima Insentif Langganan Tahunan (ILT) berjumlah RM1,000 selepas menjadi pelanggan tertinggi akhbar Utusan Malaysia dengan langganan sebanyak 10,882 naskhah tahun ini.

Eksekutif Jualan Jabatan Pemasaran, Utusan Melayu (M) Berhad, Samsol Kamal Mohd. Saad berkata, insentif itu sebahagian usaha Utusan Malaysia menghargai pelanggan setia akhbar berkenaan.

"Jumlah langganan akhbar Utusan Malaysia juga semakin meningkat dan sudah melebihi sejuta naskhah setiap tahun," katanya selepas menyampaikan insentif tersebut di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Tambah Samsol, ILT dilancarkan pada Januari lalu di bawah skim Insentif Langganan Tertinggi Sekolah 2011 bertujuan menggalakkan sekolah memanfaatkan sisipan pendidikan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dalam Utusan Malaysia.

"Kami turut mengadakan bengkel ADaP di sekolah yang membuat langganan di mana kami menjemput cikgu-cikgu pakar memberi ceramah serta tip-tip menjawab soalan peperiksaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Tadbir Kurikulum sekolah berkenaan, Nur Elisa Tee Lee Hwa berkata, sekolahnya sudah melanggan Utusan Malaysia selama lima tahun.

"Kami menggunakan Utusan Malaysia sebagai alat bantuan mengajar kerana merasakan laras bahasa serta isu di akhbar tersebut mampu menjana fikiran pelajar, berfikiran kritis dan menguasai bahasa Melayu.

"Sejak melanggan Utusan Malaysia, kami menyaksikan peningkatan daripada segi penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar yang majoritinya berbangsa Cina," jelasnya.

Tambahnya, wang yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk mempelbagaikan aktiviti khususnya m eningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar.

Full content generated by Get Full RSS.

MB akan jumpa pembeli RKR Peter Brickworks

Posted:

MB akan jumpa pembeli RKR Peter Brickworks

MB akan jumpa pembeli RKR Peter Brickworks

SHAH ALAM 20 Nov. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan akan mengadakan pertemuan pada minggu ini dengan kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1, Petaling Jaya dekat sini berhubung masalah pembinaan rumah mereka yang terbengkalai.

Beliau berkata, lokasi pertemuan bersama para penduduk berkenaan dijangka diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya dekat sini selepas beliau pulang daripada lawatan kerja di Jepun.

"Pertemuan itu adalah susulan desakan daripada para pembeli RKR Peter Brickworks E PJS 1 yang mengadakan demonstrasi secara aman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini Rabu lalu.

"Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman akan memanggil ketiga-tiga pihak terlibat iaitu pembeli, pihak berkuasa tempatan (PBT) Petaling Jaya dan pemaju projek tersebut.

"Kami telah membuat beberapa keputusan hasil mesyuarat (Khamis lalu) untuk diterangkan kepada penduduk," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Renang Antara Kelab-kelab Kebangsaan ke-30 Piala Presiden di Pusat Akuatik Darul Ehsan di sini semalam.

Kejohanan disertai lebih 1,400 perenang amatur dari 44 kelab sukan seluruh negeri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tampilkan kuku cantik, sihat

Posted:

Tampilkan kuku cantik, sihat

Tampilkan kuku cantik, sihat

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto WAN NAQIUDDIN WAN YAACOB

Tangan dan kaki merupakan bahagian badan yang paling banyak bergerak. Maka, penjagaan pada bahagian tersebut adalah amat penting malah perlu dimulakan pada usia muda.

Selain itu, kuku kaki dan tangan yang bersih dan rapi memberikan pandangan dan tanggapan pertama kepada empunya diri.

Butik kecantikan, Beauty Palace di No 31, SS15/2A, Subang Jaya, Selangor misalnya, menyediakan rawatan kuku, spa tangan dan gaya yang lebih praktikal untuk kegunaan semasa berbanding hanya mewarna dan menghias kuku .

Bagi yang beragama Islam, mereka digalakkan melakukan rawatan kuku untuk menjadikannya lebih sihat, melembap dan bersinar.

Teknik-teknik rawatan yang diketengahkan ialah melindungi kuku dan memastikan kerja-kerja rawatan membersihkan sel-sel kuku mati.

Penjagaan kutikel kuku adalah penting agar sentiasa berada dalam keadaan cantik dan tidak rosak, luka dan akhirnya menjadi hitam, patah dan rapuh.

Bagi rawatan kulit kaki dan tangan, produk penjagaan kulit Giena seperti minyak aroma terapi digunakan.Selain memiliki kuku bersih dan cantik, rawatan juga menjadikan kulit pada tangan dan kaki lebih lembut selain mengurangkan kedutan.

Antara perkhidmatan lain yang disediakan di butik kecantikan ini adalah spa dan urutan tangan, mewarna, memotong kuku dan penyambungan kuku atau menghiasnya mengikut cita rasa pelanggan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bergaya seksi dengan batik

Posted:

Bergaya seksi dengan batik

Bergaya seksi dengan batik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Siapa kata anda tidak boleh kelihatan seksi dan moden dengan pakaian batik? Lari daripada fesyen batik yang biasa, Von Jolly cuba menyuntik kelainan dengan memberi nafas baru pada koleksi batik terbarunya.

Mungkin fesyen ini dianggap melampau tetapi pereka ini tidak mengkhususkan pada satu golongan sahaja.

Menjadikan batik sebagai unsur utama untuk koleksi musim panas 2012, dia mahu fabrik ini terkenal dan diterima di peringkat antarabangsa.

Seni kehalusan batik masih dapat dilihat pada corak atau motif kainnya.

Berbeza sedikit dengan busana tradisi, batik dijadikan gaun malam kembang dan ada pula yang singkat.

Von Jolly berjaya mengetengahkan konsep batik kontemporari dengan menggabungkan keaslian corak batik dan rekaan moden.

Seperti menyarungkan sebuah fabrik tanpa jahitan, setiap rekaan berjaya menonjolkan keindahan batik itu sendiri.

Di sebalik isu seksi, Von Jolly masih mengekalkan beberapa rekaan yang boleh digayakan bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan.

Rekaan kemeja lelaki dan batik hijau yang menutup hampir keseluruhan badan misalnya, sesuai digayakan di majlis-majlis rasmi.

Koleksi Von Jolly telah diperagakan di Festival Seni, Muzik dan Gaya Antarabangsa ( MASiF ) 2011 yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 September lalu di pusat membeli-belah KLCC.

Pada majlis tersebut, Noryn Aziz yang membuat persembahan nyanyian turut menggayakan busana rekaan Von Jolly.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved