Utusan Online - Feminin |
Posted: Tampilkan kuku cantik, sihatOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Tangan dan kaki merupakan bahagian badan yang paling banyak bergerak. Maka, penjagaan pada bahagian tersebut adalah amat penting malah perlu dimulakan pada usia muda. Selain itu, kuku kaki dan tangan yang bersih dan rapi memberikan pandangan dan tanggapan pertama kepada empunya diri. Butik kecantikan, Beauty Palace di No 31, SS15/2A, Subang Jaya, Selangor misalnya, menyediakan rawatan kuku, spa tangan dan gaya yang lebih praktikal untuk kegunaan semasa berbanding hanya mewarna dan menghias kuku . Bagi yang beragama Islam, mereka digalakkan melakukan rawatan kuku untuk menjadikannya lebih sihat, melembap dan bersinar. Teknik-teknik rawatan yang diketengahkan ialah melindungi kuku dan memastikan kerja-kerja rawatan membersihkan sel-sel kuku mati. Penjagaan kutikel kuku adalah penting agar sentiasa berada dalam keadaan cantik dan tidak rosak, luka dan akhirnya menjadi hitam, patah dan rapuh. Bagi rawatan kulit kaki dan tangan, produk penjagaan kulit Giena seperti minyak aroma terapi digunakan.Selain memiliki kuku bersih dan cantik, rawatan juga menjadikan kulit pada tangan dan kaki lebih lembut selain mengurangkan kedutan. Antara perkhidmatan lain yang disediakan di butik kecantikan ini adalah spa dan urutan tangan, mewarna, memotong kuku dan penyambungan kuku atau menghiasnya mengikut cita rasa pelanggan. |
Posted: Bergaya seksi dengan batikOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Siapa kata anda tidak boleh kelihatan seksi dan moden dengan pakaian batik? Lari daripada fesyen batik yang biasa, Von Jolly cuba menyuntik kelainan dengan memberi nafas baru pada koleksi batik terbarunya. Mungkin fesyen ini dianggap melampau tetapi pereka ini tidak mengkhususkan pada satu golongan sahaja. Menjadikan batik sebagai unsur utama untuk koleksi musim panas 2012, dia mahu fabrik ini terkenal dan diterima di peringkat antarabangsa. Seni kehalusan batik masih dapat dilihat pada corak atau motif kainnya. Berbeza sedikit dengan busana tradisi, batik dijadikan gaun malam kembang dan ada pula yang singkat. Von Jolly berjaya mengetengahkan konsep batik kontemporari dengan menggabungkan keaslian corak batik dan rekaan moden. Seperti menyarungkan sebuah fabrik tanpa jahitan, setiap rekaan berjaya menonjolkan keindahan batik itu sendiri. Di sebalik isu seksi, Von Jolly masih mengekalkan beberapa rekaan yang boleh digayakan bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan. Rekaan kemeja lelaki dan batik hijau yang menutup hampir keseluruhan badan misalnya, sesuai digayakan di majlis-majlis rasmi. Koleksi Von Jolly telah diperagakan di Festival Seni, Muzik dan Gaya Antarabangsa ( MASiF ) 2011 yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 September lalu di pusat membeli-belah KLCC. Pada majlis tersebut, Noryn Aziz yang membuat persembahan nyanyian turut menggayakan busana rekaan Von Jolly. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan