Sabtu, 29 Oktober 2011

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kempen I am dari FCUK

Posted:

Kempen I am dari FCUK

Kempen I am dari FCUK

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
pengarang@utusan.com.my



Mengenakan sesuatu rekaan sama ada pakaian mahupun aksesori khusus ditujukan untuk anda, pasti menimbulkan perasaan berbeza.

Mengapa? Kerana apabila perasaan 'kepunyaan' itu wujud, pastinya anda akan dapat menyerlahkan kemampuan dan keyakinan diri dengan lebih baik.

Seiring dengan prinsip itu jugalah jenama terkenal, French Connection tampil dengan kempen yang lain daripada lain.

Tujuh kempen I am (sayalah) yang berlangsung dari September hingga Disember, masing-masing memberikan maksud yang tersendiri.

Ada mesej tertentu yang ingin disampaikan oleh pereka fesyen jenama yang lebih mudah dikenali dengan singkatan FCUK ini.

Menyemarakkan sambutan atau dengan makna lain 'semangat' bergaya, I am sebenarnya adalah bentuk aura yang timbul apabila si pemakai memakai koleksi keluaran musim luruh/dingin 2011 ini.

Bermula dengan I am The Trailer diikuti dengan I Am The Blouse, I am The Lucky Shirt, I am The Skirt, I am The Jumper dan I am The Trousers kesemua ini disatukan dalam satu konklusi diberi nama I am The Magic Dress yang bakal dipamerkan pada bulan kemuncaknya iaitu Disember ini.

Wanita yang memakai jenama French Connection ini dikatakan boleh memaparkan imej sebenar mereka dengan gaya pakaian yang dipakai. Manakala bagi lelaki pula, gaya kelelakian mereka terserlah dalam potongan pakaian yang rugged untuk apa jua majlis.

Namun, apa yang ingin ditekankan ialah fesyen untuk wanita bagi koleksi ini memang lain daripada kebiasaan dengan penambahan unsur sulaman, pakaian luar dan potongan lebih feminin.

Untuk lelaki pula, walaupun mengenengahkan unsur ranggi, ia sebenarnya mengambil inspirasi konsep ketenteraan yang sudah tentu menyerlahkan lagi kehebatan mereka .

Tidak dilupakan juga adalah gabungan unsur retro tahun 1970-an untuk pakaian wanita yang diterjemahkan dalam potongan gaun maxi labuh, blaus baldu dan penambahan perincian labuci yang glamor.

Selain pakaian, French Connection juga menampilkan koleksi aksesori hebat bergaya serta unik.

Koleksi aksesori untuk musim luruh/dingin ini mengambil inspirasi daripada motif kulit kura-kura dan buaya. Pastinya aksesori ini amat sesuai dipadankan dengan koleksi I am ini.

Bagi penggemar fesyen yang teruja dengan kempen I am FCUK ini boleh berkunjung ke butik French Connection yang terletak di Pusat Membeli Belah One Utama (fasa 2), Petaling Jaya, Selangor.

Full content generated by Get Full RSS.

Gaya cantik, menarik dengan kanta lekap kosmetik

Posted:

Gaya cantik, menarik dengan kanta lekap kosmetik

Gaya cantik, menarik dengan kanta lekap kosmetik

FRESHKON nama yang terkenal dan dipercayai dalam dunia kanta lekap kosmetik antarabangsa telah melancarkan inovasi terbarunya, rangkaian kanta lekap kosmetik Dezigner dengan corak unik lagi bergaya.

Siri pertama yang dilancarkan dalam rangkaian Dezigner, Solitaire membawakan reka bentuk potongan berlian berbilang segi yang membingkaikan anak mata dengan gaya cantik dan menarik.

Terdapat empat warna menarik dalam siri Solitaire iaitu merah jambu, biru akua, oren dan hijau yang direka khusus bagi golongan wanita yang berbeza.

Solitaire merah jambu menyerlahkan senyuman manis seorang puteri manakala kelembutan warna Solitaire biru akua memberikan sentuhan kesegaran dan ketenangan pada wajah.

Solitaire Oren pula menjadikan seseorang wanita tampak mesra dan mudah disapa manakala Solitaire hijau menjadikan si pemakainya lebih berkeyakinan.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran Kumpulan Oculus, Chris Lee, rangkaian kanta lekap kosmetik FreshKon Dezigner dengan pilihan warna menarik dan corak potongan berlian yang unik memberikan kebebasan kepada pengguna bagi menentukan gaya mereka yang tersendiri.

''Anda boleh menukar penampilan dengan menggandingkan bulu mata palsu dan mekap yang menarik dengan kanta FreshKon Dezigner yang serba bergaya. Gandingan kanta lekap kosmetik aneka warna dengan gaya rambut, fesyen pakaian serta aksesori yang mencerminkan sentuhan peribadi dapat mencipta gaya tersendiri.

''Rangkaian Dezigner serba baru menyertai tiga lagi jenama kanta lekap kosmetik paling laris daripada FreshKon iaitu Alluring Eyes, Mosaic dan Colors Fusion,'' kata Chris yang ditemui pada majlis pelancaran FreshKon Dezigner di Sunway Pyramid baru-baru ini.

Beliau menambah, kanta lekap kosmetik adalah produk fesyen dan gaya hidup yang sangat menarik. Ia bukan lagi sekadar untuk membetulkan penglihatan tetapi juga untuk menyerlahkan kecantikan, fesyen dan keyakinan.

Dengan pelancaran produk baru yang inovatif, FreshKon berada di posisi yang cukup baik bagi merebut peluang dalam segmen pasaran yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

''Produk FreshKon dikeluarkan mengikut piawaian paling tinggi dan sesuai walaupun untuk mereka yang tidak perlu membetulkan penglihatan. Kanta lekap FreshKon mempunyai permukaan hidrofilik dan kandungan air tinggi pada tahap 55 peratus, membolehkan mata 'bernafas' dan menjamin keselesaan maksimum pemakai. Ia juga mudah dipakai tanpa masalah kanta mengerekot,'' ujarnya.

Kanta lekap FreshKon Dezigner boleh didapati di kedai cermin mata utama pada harga RM65 sepasang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pusat Sehenti Perumahan Negeri

Posted:

Pusat Sehenti Perumahan Negeri

Pusat Sehenti Perumahan Negeri

Oleh Norizan Abdul Muhid
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam menurunkan tandatangan pada plak semasa merasmikan Pusat Sehenti Perumahan Negeri Melaka yang bertujuan memudahkan orang ramai membeli rumah di Melaka Mall, Ayer Keroh, semalam.


MELAKA 28 Okt. - Kerajaan negeri memperkenalkan Pusat Sehenti Perumahan Negeri Melaka iaitu yang pertama diwujudkan di negara ini khusus untuk membantu golongan bumiputera mendapatkan rumah mengikut keperluan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha itu diharap mampu mengatasi masalah isu lambakan kuota perumahan bumiputera di pasaran yang gagal dijual sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, pusat itu yang beroperasi di tingkat bawah pusat beli-belah Melaka Mall, Ayer Keroh di sini akan diurus oleh Lembaga Perumahan Melaka.

"Pusat ini akan menjadi tempat sehenti bagi segala urusan tawaran dan belian rumah antara pembeli dan agensi yang terlibat. Dengan itu orang ramai tidak perlu pergi ke banyak tempat untuk mendapatkan maklumat atau mengadakan urusan jual beli rumah," katanya merasmikan Pusat Sehenti Perumahan Negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini pusat itu menawarkan 1,602 unit rumah bernilai RM386 juta dengan harga rumah antara RM35,000 hingga RM550,000 seunit di seluruh negeri dan orang ramai boleh melayari laman web http://LPM.Melaka.Gov.my bagi mendapatkan butiran lengkap mengenainya.

Menurut Mohd. Ali, pusat tersebut akan menjadi kaunter jualan rumah mewakili semua syarikat pemaju dan menyalurkan pelbagai maklumat lengkap mengenai projek perumahan yang diperlukan oleh orang ramai.

Usaha itu, katanya, diyakini mampu mengatasi masalah kuota 1,600 unit rumah bernilai RM230 juta untuk golongan bumiputera yang masih gagal dijual ketika ini.

"Pelbagai usaha telah diambil termasuk mewujudkan agensi bagi menjual kuota rumah bumiputera antaranya Pertam dan Hartanah Bumiputera Melaka, namun gagal.

"Melalui Pusat Sehenti Perumahan Negeri Melaka, kita akan gerakkan semua agensi terlibat untuk menemui golongan pekerja yang berpotensi untuk 'dipujuk' membeli kuota sedia ada," kata beliau.

Jelasnya, sekiranya usaha itu membuahkan hasil, kesemua 1,600 unit rumah kuota bumiputera dijangka dapat dijual dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Keluarga penuntut maut terima cek pampasan

Posted:

Keluarga penuntut maut terima cek pampasan

Keluarga penuntut maut terima cek pampasan


DR. Arshad Kasim (tengah) bertanyakan sesuatu kepada Sa-zali Hussian (kanan) selepas menyerahkan cek pampasan di Politeknik Merlimau, Jasin, semalam.


MELAKA 28 Okt. - Keluarga dua penuntut Politeknik Merlimau yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 26, Lebuh AMJ Melaka-Muar, di Jasin pada 25 Ogos lalu menerima pampasan masing-masing berjumlah RM21,000 dan RM31,000.

Cek daripada Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok, Etiqa Takaful itu disampaikan Pengarah Politeknik Merlimau, Dr. Arshad Kasim kepada waris mangsa dalam satu majlis di politeknik itu hari ini.

Bapa kedua-dua penuntut terbabit, Abdul Majid Kassim, 51, dan Sa-zali Hussian, 53, menerima pampasan itu bagi pihak anak mereka iaitu Mohammad Izuan dan Farah Nabila masing-masing berusia 20 tahun.

Mereka yang merupakan penuntut semester lima Diploma Kejuruteraan Awam terbunuh selepas kereta yang dipandu Mohammad Izuan dirempuh sebuah kenderaan lain ketika dalam perjalanan pulang ke Merlimau selepas membeli keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri di bandar Melaka.

Dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, Farah Nabila yang duduk di sebelah Mohammad Izuan turut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.

Pada majlis penyerahan cek berkenaan, suasana hiba menyelubungi kedua-dua waris penuntut terbabit apabila detik-detik kejadian yang menimpa anak mereka diceritakan kembali oleh pengerusi majlis.

Menurut Abdul Majid, pemergian Mohammad Izuan merupakan kehilangan besar kepada keluarganya dan sehingga kini dia masih bersedih apabila terkenangkan anaknya itu.

"Saya dan keluarga reda kerana ini merupakan ketentuan Ilahi dan sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya," katanya selepas majlis penyerahan cek tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur bebannya diringankan dengan penerimaan pampasan RM31,000 itu dan berterima kasih kepada Etiqa Takaful yang menguruskan pemberian cek berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Klinik Waqaf An-Nur ringan beban rakyat

Posted:

Klinik Waqaf An-Nur ringan beban rakyat

Klinik Waqaf An-Nur ringan beban rakyat

REMBAU 28 Okt. - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bercadang mendirikan klinik wakaf yang dinamakan Klinik Waqaf An-Nur di setiap daerah di negeri ini sebelum 2016.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, dengan kadar bayaran hanya RM5 untuk rawatan pesakit luar, pembukaan lebih banyak klinik wakaf di negeri ini bakal memberi faedah yang besar kepada rakyat.

"Kerajaan menyedari beban yang perlu ditanggung oleh rakyat terutama kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kerana itu kerajaan sentiasa mencari jalan bagi meringankan beban tersebut termasuk menawarkan rawatan perubatan yang murah di Klinik Waqaf An-Nur ini," katanya ketika berucap merasmikan Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf An-Nur MAINS di Senawang dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Berhad, Amiruddin Abdul Satar.

Klinik Waqaf An-Nur yang menggunakan konsep wakaf ditubuhkan dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad bersama MAINS pada 6 Oktober 2003.

Pada 22 Jun 2004, pusat dialisis dibuka dengan kemudahan enam unit mesin hemodialisis.

Sehingga kini, lebih 30,000 orang telah mendapatkan rawatan di klinik berkenaan dengan Baitulmal MAINS menanggung kos rawatan bagi mereka yang miskin atau tidak berkemampuan.

Mohamad memberitahu, sebuah premis di pekan Rembau sedang dinaik taraf untuk dijadikan klinik tersebut yang dijangka beroperasi pada suku pertama tahun depan.

"Sepanjang tahun lalu, Baitulmal telah menanggung rawatan perubatan untuk 1,118 orang termasuk bukan Islam dengan kos kira-kira RM1.68 juta dan RM1.78 juta dibelanjakan untuk rawatan hemodialisis untuk 114 orang," katanya.

Pada majlis hari ini, Kumpulan Perbadanan Johor (JCorp) menyumbang RM76,000 bagi membeli dua lagi mesin dialisis untuk klinik tersebut, manakala Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menyumbang sebanyak RM48,000.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Hutan Chikus diceroboh

Posted:

Hutan Chikus diceroboh

Hutan Chikus diceroboh

Oleh AIN SAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my

TELUK INTAN 28 Okt. - Jabatan Perhutanan Perak diminta membuat penjelasan berhubung isu penerokaan secara haram tanah seluas kira-kira 4,000 hektar oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpan Kekal Chikus di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan menebang pokok-pokok di hutan tersebut dan diganti dengan sawit serta tanaman kontan seperti betik, limau kasturi, limau nipis dan jambu batu perlu dipandang serius.

Menurut beliau, perkembangan itu amat dikesali memandangkan isu tersebut sudah beberapa kali dibangkitkan, tetapi penerokaan tanah secara haram di kawasan berkenaan semakin menjadi-jadi.

"Jabatan Perhutanan sepatutnya bertindak kerana ia melibatkan kawasan hutan simpan kekal dan sebarang penerokaan untuk tanaman tidak dibenarkan di kawasan ini," katanya semasa meninjau kawasan hutan tersebut semalam.

Zainol Fadzi berkata, isu itu menimbulkan kemarahan masyarakat Orang Asli di situ kerana mereka dilarang bercucuk tanam tetapi pada masa sama ada pihak yang dibenarkan berbuat demikian.

"Saya sudah bangkitkan perkara ini. Jika 150 keluarga Orang Asli dilarang meneroka dan bercucuk tanam, kenapa pula ada pihak lain yang dibenarkan sesuka hati meneroka kawasan ini?

"Persoalannya adalah kenapa jabatan berkenaan hanya berani bertindak tegas terhadap penduduk Orang Asli, tetapi tidak kepada pihak yang sesuka hati menceroboh kawasan hutan tersebut," tegasnya.

Lebih mengejutkan, katanya, sebahagian besar kawasan di hutan simpan tersebut telah diteroka sejak lebih 20 tahun lalu berdasarkan usia pokok sawit yang ditanam.

Sehubungan itu, Zainol Fadzi yang juga Exco kerajaan negeri berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat akan datang dan meminta campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

"Pada masa sama, kita akan minta kerajaan negeri bantu 500 penduduk Orang Asli di kampung berkenaan untuk bercucuk tanam di kawasan itu," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemandu rayu tempat letak kereta di Simpang Kuala

Posted:

Pemandu rayu tempat letak kereta di Simpang Kuala

Pemandu rayu tempat letak kereta di Simpang Kuala


Thana Chew Ne Meng (empat dari kiri) menunjukkan saman trafik yang diterima oleh peniaga berikutan kekurangan tapak letak kereta di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 28 Okt. - Para pemilik kenderaan di sekitar pekan Simpang Kuala dekat sini merungut sering berdepan masalah kesukaran mendapatkan tempat letak kereta terutama pada cuti hujung minggu.

Masalah bertambah buruk sejak kebelakangan ini ekoran pembinaan sebuah pusat komersial di kawasan itu menyebabkan kawasan letak kereta di situ semakin berkurangan.

Pengerusi Penaja Badan Bantuan Bertindak pekan itu, Thana Chew Ne Meng memberitahu, keadaan bertambah sesak pada cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad berikutan perniagaan di pasar pagi apabila lebih ramai pengguna tertumpu di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, jelasnya, pengguna terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan berisiko disaman oleh pihak berkuasa.

"Satu jalan penyelesaian perlu dicari bagi memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan tersebut iaitu bahu jalan di kawasan ini dijadikan tempat meletak kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu akan menjadikan Persiaran Simpang Kuala 1 sebagai laluan sehala dan tapak kosong milik pemaju pusat komersial itu dijadikan tapak letak kereta.

''Cadangan ini saya akan kemukakan kepada polis dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada pertemuan Ahad ini," katanya.

Seorang peniaga kasut, Lee Kim Chua, 50, pula terpaksa mengalihkan kenderaan setiap kali anggota polis membuat rondaan di kawasan tersebut bagi mengelak disaman.

''Saya terpaksa meletakkan sementara van di tepi jalan kerana mahu menurunkan kasut di tapak berniaga tetapi apabila ada polis terpaksa alih. Saya kerap juga disaman dan perlu melunaskannya bagi mengelak nama disenarai hitam," katanya.

Seorang peniaga nasi ayam, Mokhtar Ibrahim, 50, pula memberitahu, tapak letak kereta di medan selera sering penuh menyebabkan pelanggan sukar singgah di kawasan tersebut untuk menjamu selera.

''Saya berharap pihak berkuasa dapat membantu peniaga menyelesaikan masalah tempat letak kereta dengan menyusun aliran trafik yang baik selain menambah petak letak kereta," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

9 menang peraduan Ganjaran Kehebatan Ulang Tahun The Store

Posted:

9 menang peraduan Ganjaran Kehebatan Ulang Tahun The Store

9 menang peraduan Ganjaran Kehebatan Ulang Tahun The Store


Adibah Noor menunjukkan cabutan yang berjaya memenangi hadiah pertama, sebuah kereta Chery A520 pada sambutan ulang tahun ke-43 Kumpulan The Store yang turut dihadiri Charlie Tan (kiri) dan Poh Seng Hooi di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 28 Okt. - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitulah tuah sembilan pelanggan Kumpulan The Store yang menjadi pemenang cabutan bertuah dan menerima hadiah keseluruhan bernilai lebih RM300,000 selepas menyertai peraduan Ganjaran Kehebatan Ulang Tahun syarikat berkenaan.

Chee Moi Eng, 40, dari Selangor yang berbelanja di The Store Sungai Buloh menjadi pelanggan paling bertuah apabila diumumkan memenangi hadiah utama sebuah kereta Chery A520 (2.0L) pada majlis cabutan bertuah yang diadakan di Alor Star Mall di sini semalam.

Pemenang tempat kedua iaitu Rohani Ibrahim, 59, yang berbelanja di The Store Kangar, Perlis pula membawa pulang sebuah kereta Chery Eastar (2.0L) dan tempat ketiga yang menawarkan kereta Chery Tiggo (1.6L) dimenangi Suzanna Chu, 44, dari Sabah yang berbelanja di Milimewa.

Baucar bernilai RM10,000 dan RM5,000 pula masing-masing diberi kepada pemenang tempat keempat serta kelima.

Cabutan bertuah kepada semua pemenang disempurnakan oleh Duta Kumpulan The Store, Adibah Noor; Pengarah Pengurusan QQ North Automobile, Poh Seng Hooi mewakili Chery Automobile (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Ketua Bahagian Kad Kredit Hong Leong Bank, Chan Pui See.

Pengarah Eksekutif Pacific Hypermarket and Department Store, Charlie Tan berkata, pihaknya menerima lebih lima juta borang penyertaan dalam tempoh empat bulan peraduan itu berlangsung di 72 cawangan pusat beli-belah itu di seluruh negara sejak 28 Mei lepas.

Pada majlis itu juga, cek bernilai RM70,000 yang dikumpulkan menerusi Kempen Kebajikan Kumpulan The Store turut diserahkan kepada Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan (Nasam).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


LGM hasilkan mesin bantu penoreh

Posted:

LGM hasilkan mesin bantu penoreh

LGM hasilkan mesin bantu penoreh


DR. Salmiah Ahmad (kanan) melihat mesin menoreh getah ARTS sambil diberi penerangan oleh Ketua Unit Reka Bentuk Produk, Dr. Nazirah Ahmad (kiri) dan pegawai penyelidik Lee Jiang Joon (tengah) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Lembaga Getah Malaysia (LGM) melakar sejarah apabila berjaya menghasilkan mesin Sistem Toreh Getah Automatik (ARTS) yang pertama di dunia bagi memudahkan dan menjimatkan masa menoreh.

Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr. Salmiah Ahmad berkata, ARTS bakal meningkatkan produktiviti industri getah negara dengan memudahkan proses penorehan dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

"Dengan ARTS, pekebun kecil boleh menentukan pukul berapa pokok getah perlu ditoreh, dikumpulkan dan terus dihantar ke pusat pengumpulan getah berhampiran.

"Bagi penyelenggaraan, pekebun kecil hanya perlu mengecas bateri dan pisau torehan setiap enam bulan sekali," katanya pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS 2011) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, biasanya seseorang penoreh akan mengusahakan empat hektar kebun getah dengan kekerapan menoreh dua hari sekali.

Bagaimanapun, dengan ARTS, pekebun boleh menoreh setiap hari dengan hanya menetapkan masanya.

Salmiah berkata, kelebihan ARTS ialah mampu menghasilkan susu getah tulen tanpa sebarang pencemaran kerana sistem automatik yang tertutup.

Selain itu, katanya, ARTS amat sesuai digunakan di kebun getah di kawasan berbukit kerana pengumpulan susu getah akan lebih mudah mengikut aliran graviti.

ARTS dihasilkan menerusi kerjasama antara LGM dengan syarikat inovasi terkenal, Zull Design Autotronic dan telah pun dipatenkan serta sedang diuji di ladang LGM Sungai Buloh.

Salmiah berharap ARTS akan digunakan bukan sahaja oleh pekebun kecil tempatan bahkan di negara pengeluar getah lain seperti Indonesia dan Thailand.

Full content generated by Get Full RSS.

Akta Murtad perlu diwujudkan

Posted:

Akta Murtad perlu diwujudkan

Akta Murtad perlu diwujudkan

Oleh NOOR DIANA AZIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Akta Murtad perlu diwujudkan bagi menyokong penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di beberapa negeri.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, pada masa ini penguatkuasaan enakmen tersebut di beberapa buah negeri tidak begitu berkesan.

"Justeru, dengan mewujudkan Akta Murtad, ia dilihat mampu menyokong enakmen sedia ada sekali gus memudahkan pengamal undang-undang mengambil tindakan terhadap mereka yang terbukti bersalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi yang menyatakan akta tersebut tidak perlu diwujudkan kerana undang-undang sedia ada dalam Perlembagaan sudah cukup berkesan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini mencadangkan supaya Akta Murtad diwujudkan segera bagi menyekat dan menghalang sebarang kegiatan memurtadkan umat Islam.

Mohd.Tamyes berkata, meskipun undang-undang dalam Perlembagaan memadai namun ia perlu disusuli oleh tindakan penguatkuasaan yang serius dan berkesan.

"Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan keadaan ini seperti tidak ada kesudahan.

"Apa yang penting kini adalah penguatkuasaan yang serius agar mereka yang cuba memurtadkan umat Islam akan merasa gerun dan takut dengan hukuman yang bakal dikenakan," ujarnya.

Sementara itu, pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berpendapat, masyarakat perlu lebih terbuka untuk menerima penggubalan undang-undang yang boleh mempertahankan akidah umat Islam.

"Ini penting supaya keharmonian pelbagai kaum dapat dikekalkan. Ia juga seiring dengan transformasi yang sering diuar-uarkan.

"Negara memerlukan undang-undang baru yang lebih mampan bagi menghukum pihak yang cuba memurtadkan orang Islam agar ia tidak berlaku di masa hadapan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bahasa kebangsaan mesti dipelajari semua kaum

Posted:

Bahasa kebangsaan mesti dipelajari semua kaum

Bahasa kebangsaan mesti dipelajari semua kaum

KUANTAN 28 Okt. - Rakyat negara ini perlu memahami bahawa bahasa kebangsaan merujuk bahasa Melayu tinggi yang mesti dipelajari oleh semua pelajar di sekolah, termasuk orang Melayu sendiri.

Menurut bekas dekan Fakulti Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Emeritus Abdullah Hassan, bahasa Melayu tinggi iaitu bahasa kebangsaan bukan bahasa percakapan harian yang dipelajari di rumah atau di kampung dan ia bukan hanya milik orang Melayu.

"Bahasa Melayu tinggi bermaksud bahasa yang dipelajari di sekolah dan mempunyai sistem sebutan, ejaan, kaedah membentuk perkataan, ayat serta ungkapan.

"Ia adalah bahasa kebangsaan dan kepunyaan semua warga Malaysia dan semua rakyat negara ini termasuk orang Melayu perlu mempelajarinya terutama dari segi sebutan, ejaan, nahu dan penggunaannya," katanya.

Abdullah menyampaikan Syarahan Umum Pak Sako sempena sambutan Bulan Bahasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini hari ini.

Beliau yang juga Penasihat PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. berkata, apabila semua warga Malaysia menerima bahasa Melayu tinggi itu, terbentuklah persamaan konsep satu bahasa seperti yang dilaungkan selama ini.

Katanya, demi membina jati diri Malaysia dengan tidak menafikan kewujudan dan kepentingan bahasa kaum lain, peruntukan mengenai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan perlu dihormati.

"Ia mesti dilaksanakan tanpa bantahan kaum Cina dan India yang menerima bahasa Melayu tinggi sebagai bahasa kebangsaan termasuk orang Melayu sendiri," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Gamelan Kebangsaan 2011 dirintis

Posted:

Gamelan Kebangsaan 2011 dirintis

Gamelan Kebangsaan 2011 dirintis

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusankelantan@utusan.com.my


Salah sebuah kumpulan Gemelan yang beraksi pada Festival Gamelan Sedunia yang dianjurkan kerajaan Negeri Terengganu tahun lalu.


KUALA TERENGGANU 28 Okt. - Dalam usaha memberi nafas baru ke arah mengangkat martabat muzik dan seni persembahan yang menjadi warisan kebanggaan, kerajaan negeri akan menganjurkan Pertandingan Gamelan Peringkat Kebangsaan 2011 selama dua hari di sini mulai esok.

Pertandingan buat julung-julung kalinya di negara ini dengan kerjasama Lembaga Muzium negeri akan berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak dan bakal disertai oleh 17 kumpulan dari seluruh negara bersama 250 pemuzik.

Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah berharap, melalui usaha yang dirintis itu dapat meningkatkan kecintaan dan penghargaan masyarakat, mencambah dan menyuburkan kegiatan kumpulan-kumpulan dengan persembahan bermutu.

''Ia juga dapat mewujudkan ruang kepada penggubah muzik gamelan untuk menonjolkan hasil ciptaan mereka untuk disebarkan dan meningkatkan koleksi lagu-lagu gamelan Melayu yang semakin terbatas dan diperluaskan sebarannya kepada umum.

''Ia seiring dengan hasrat pimpinan negeri agar Terengganu menjadi peneraju dan memayungi seni gamelan negara, manakala seni itu juga kekal menjadi simbol kepada identiti negeri dan ketinggian warisannya," ujar beliau.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia di sini hari ini, pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori gamelan Melayu tradisional dan kontemporari/kreatif.

Dalam kategori gamelan Melayu tradisional, kumpulan dikehendaki menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu gamelan Melayu instrumental dan satu lagu secara vokal.

Bagi kategori kontemporari, kumpulan dikehendaki menyampaikan dua lagu gamelan Melayu sama ada instrumental ataupun vokal dan satu lagu kontemporari atau kreatif ciptaan sendiri di mana selain sembilan alatan asas, alatan muzik tradisional yang lain boleh digunakan.

''Ini termasuklah rebab, serunai, seruling, pelbagai jenis rebana dan jidur, geduk, gedombak, kesi, kertuk dan rebana ubi," ujarnya.

Juara bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 bagi anugerah khas juri dan RM1,000 bagi anugerah pemuzik terbaik di samping RM3,000 bagi hadiah saguhati kepada setiap kumpulan yang bertanding.

Kumpulan yang akan mengambil bahagian termasuklah Kumpulan Gamelan KONGA dan Kumpulan SaGa dari UniSZA, Kumpulan BAYU dari Universiti Malaysia Sarawak, Kumpulan MASanidaya Penerbangan Malaysia (MAS), Kumpulan Citra Nusantara dan UPNM Gamelan Group dari Universiti Pertahanan Negara, Kumpulan Atika Seni dari Universiti Sains Malaysia, Kumpulan Asuhan Seni, Kumpulan Gema ASWARA.

Juga Kumpulan Sanggar Kirana dan UTP Gamelan Group dari Universiti Teknologi Petronas, Kumpulan Gamelan Kuala Lumpur, Kumpulan Simfoni Lokananta, Kumpulan Gamelan Sari dari Universiti Teknologi Mara Terengganu, Kumpulan Gamelan Indera Kayangan dari Perlis dan Kumpulan Pelita ASWARA dari Kuala Lumpur.

Katanya, penganjuran pertandingan yang mungkin dijadikan acara tahunan ini diharap menjelma sebagai pemangkin baru kepada perkembangan seni gamelan Melayu sama ada di peringkat negara dan antarabangsa, malah merancakkan kegiatannya tanpa bermusim dengan peranan semua pihak.

''Pada masa kini dianggarkan terdapat 100 kumpulan Melayu di seluruh negara yang digerakkan oleh agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah dan orang perseorangan, namun, kadang kala terasa begitu sepi dan lesu, malah, masa depannya membimbangkan.

''Sehubungan itu, kita ingin menjadikan Terengganu sebagai perangsang malah, sebagai pusat pembelajaran dan rujukan kepada perkembangan dan pembangunan seni muzik dan seni tari gamelan secara ilmiah dan tersusun," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

FAMA Terengganu anjur jualan terus sempena Aidiladha

Posted:

FAMA Terengganu anjur jualan terus sempena Aidiladha

FAMA Terengganu anjur jualan terus sempena Aidiladha

KUALA TERENGGANU 28 Okt. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu akan menganjurkan jualan terus sempena Aidiladha di dua pasar tani terpilih bermula 3 hingga 5 November ini.

Pengarahnya, Hasan Jusoh berkata, dua pasar tani terlibat ialah Pasar Tani Mega Padang Hiliran di sini dan Pasar Tani Mega Kerteh di Kemaman.

Katanya, ia bertujuan memudahkan pengguna mendapatkan bekalan yang secukupnya untuk musim perayaan berkenaan dengan harga 10 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

"Memang bila tiba musim perayaan ada peningkatan permintaan bagi barang keperluan harian. Jadi kita tidak mahu bila ada peningkatan permintaan, ada pula peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

"Melalui jualan terus ini, pengguna boleh mendapatkan bekalan keperluan harian dengan harga berpatutan selain dapat mengurangkan kos membeli," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas perkara sama beliau berkata, sebanyak 80 hingga 100 gerai disediakan di setiap pasar tani itu yang akan dibuka bermula pukul 7 pagi hingga 2 petang.

Jelasnya, pelbagai barang bekalan harian akan dijual antaranya ayam serta sayur-sayuran seperti tomato, cili merah, kubis bulat, timun, bawang merah dan kelapa.

Tambahnya, jualan secara terus bukan sahaja memudahkan pengguna, malah dapat meningkatkan pengedaran bekalan petani dengan lebih efektif.

"Kita telah anjurkan jualan terus ini sejak beberapa tahun lalu khususnya apabila dekat dengan musim perayaan dan kita harap orang ramai boleh mengunjungi pasar tani yang menawarkan bekalan segar dari ladang ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SRS bantu kurangkan jenayah

Posted:

SRS bantu kurangkan jenayah

SRS bantu kurangkan jenayah

TUMPAT 28 Okt. - Kira-kira 200 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bechah Resak, dekat sini termasuk pemimpin masyarakat dan anggota keselamatan menyertai program Jom Ronda Bersama Pemimpin yang diadakan malam tadi.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar, bertujuan meningkatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin setempat di samping memperkasa aspek keselamatan awam selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan kerajaan.

Semasa ditemui pada program tersebut, Noor Zahidi berkata, penubuhan SRS dengan kerjasama pasukan keselamatan mampu meningkatkan keselamatan orang awam di kawasan masing-masing.

"Selain membantu pihak polis meningkatkan keselamatan orang ramai, ia juga secara tidak langsung menimbulkan kesedaran masyarakat untuk rasa bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan di setiap kawasan.

"Saya percaya bila ada kesedaran itu di dalam diri masing-masing, sudah pasti keselamatan kawasan akan terjamin dan kita boleh berada dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu, Datuk Rosdi Ab. Aziz; Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan, Abd. Hadi Mohd. Salleh dan pegawai-pegawai polis di daerah ini.

Noor Zahidi berkata, melalui peranan yang dimainkan oleh SRS dan jalinan erat antara penduduk dengan pemimpin masyarakat, kadar jenayah setempat dapat dikurangkan dan memudahkan kegiatan itu kenal pasti serta dibanteras pada peringkat awal.

Operasi ronda pada malam tadi melibatkan kawasan sejauh lima kilometer bermula pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi diketuai oleh Rosdi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat.

Menurut Rosdi, menerusi rondaan tersebut semua anggota singgah di setiap bilik gerakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk mendengar segala maklumat berkaitan operasi mereka.

"Kita juga akan menyerahkan sedikit bantuan kepada anggota yang bertugas di bilik gerakan berkenaan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Jelajah Gua Tempurung

Posted:

Jelajah Gua Tempurung

Jelajah Gua Tempurung

Oleh ASMARUDDIN JAMALUDDIN


MERANGKAK di dalam air untuk tembus ke ruang sebelah cabaran yang menarik perhatian peserta lasak.


KESEMPATAN untuk meneroka Gua Tempurung, Kampar, Perak, baru-baru ini sememangnya sukar untuk ditolak. Apatah lagi pelawaan itu datangnya daripada rakan lama.

Kami sebenarnya sudah lama tidak melakukan aktiviti rekreasi bersama secara berkumpulan.

Sebenarnya, kira-kira 18 tahun dahulu penulis pernah meneroka gua ini, jadi keinginan untuk melihat semula perkembangan dan perubahan yang berlaku pada gua ini sangat meluap-luap.

Dulu, tiada sebarang kemudahan tersedia, semuanya dalam keadaan yang sangat asli dan terpelihara, kecuali terdapat beberapa kesan tinggalan komunis seperti pagar besi yang masih terlekat di beberapa bahagian dinding gua tersebut.

Pada masa itu, keadaan udara di gua ini sangat segar dan sejuk menandakan gua ini sangat 'sihat' dan 'hidup'.

Ketika itu, kubah, sungai kecil, stalagmit dan stalaktit serta kolam kecil bertingkat menjadikan gua tersebut sangat menarik untuk diterokai.

Malangnya, pada kunjungan saya bersama Putrajaya Adventure Team (PAT) baru-baru ini mendapati, terdapat banyak perubahan berlaku di luar dan dalam gua tersebut.

Penulis rasa terkilan kerana gua ini tidak diselia dengan baik dan tegas, terutamanya apabila para pengunjung bebas menyentuh permukaan gua yang boleh mengakibatkan gua itu 'dibunuh' secara perlahan-lahan.

Perlu diingatkan bahawa gua ini mengambil masa ribuan tahun untuk mencapai proses kematangan bagi setiap formasi yang dilihat di dalam dan di luar gua.

Tidak dinafikan, pihak pengurusan ada menyediakan laluan pada sebahagian besar gua ini untuk kemudahan pengunjung, tetapi terdapat beberapa 'pakej laluan' yang membenarkan pengunjung melepasi beberapa bahagian gua yang masih tidak terusik.

Para pengunjung seharusnya perlu diberi garis panduan oleh jurupandu yang bertugas agar mereka tidak menyentuh dan mengganggu sebarang bentuk keaslian yang terdapat pada gua ini.

Sementara itu, terdapat empat pakej rekreasi yang ditawarkan di Gua Tempurung iaitu Golden Flowstone (40 minit), Top of the World (1 jam 45 minit), Top of the World & Short River Adventure (2 1/2 jam) dan Grand Tour (3 1/2 jam).

PAT memilih pakej Grand Tour yang merupakan pakej paling panjang, bermula dari platfom 1 hingga platfom 10.

Trek ini akan melalui laluan mencabar yang pasti akan membuatkan peserta tidak sempat kering badannya kerana di sebahagian besar laluan ini para peserta akan dipaksa merangkak ke dalam sungai yang cetek dan sejuk.

Kemudian mereka akan dibawa menggelongsor dalam kegelapan setinggi 20 kaki.

Pengerusi PAT, Saiful Kadir berkata, para peserta juga akan diajar ikatan dan simpulan wajib yang mudah, tetapi ramai di kalangan peminat rekreasi tidak ambil peduli.

"Pada kesempatan ini membolehkan PAT melatih mereka agar kemahiran tali dapat dikembangkan kerana terdapat banyak jenis ikatan yang perlu dipelajari bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran mereka.

"Antara ikatan dan simpulan yang sempat dipelajari ialah buku sila, double dan single of eight, bowline, stopper, fisherman dan italian hitch," katanya.

Selepas sarapan pagi pada keesokan harinya, para peserta sudah bersedia untuk meneroka Gua Tempurung.

Para peserta memulakan senaman ringan sambil bersiap sedia dengan lampu suluh masing-masing. Kumpulan penulis dipandu oleh Mohd. Sufi Abdul Manan.

Gua Tempurung yang berusia lebih 400 juta tahun ini adalah yang terbesar di Perak manakala trek guanya memanjang sehingga 1.9 kilometer sehala.

Terdapat lima kubah (chamber) yang besar, jadi nama gua ini diambil sempena kubahnya yang kelihatan seperti bawah tempurung kelapa.

Laluan trek ke Golden Flowstone (pada pakej satu) telah disimen, manakala di tempat yang curam dan bertebing telah dipasang tangga dihiasi lampu- lampu berwarna-warni bertujuan menimbulkan mod di beberapa kawasan permukaan gua agar menarik dilihat dari jauh.

Di sini terdapat banyak formasi batu kapur yang besar terbentuk dari larutan air batu kapur termasuk juga batu-batu marmar yang terdapat di kawasan sungai.

Formasi yang terbentuk di sini seakan- akan menyerupai rupa haiwan antaranya kelihatan kucing, lembu dan ayam.

Manakala najis-najis kelawar yang bercampur dengan kencingnya menghasilkan lukisan-lukisan abstrak semula jadi pada bumbung dan dinding gua.

Kelawar boleh dilihat pada bulan Mac hingga Mei kerana bulan tersebut adalah musim mengawan bagi haiwan itu.

Golden Flowstone dikenali kerana dinding-dinding gua yang terdapat di sini terdiri dari pasir-pasir halus seperti kristal.

Sebahagian dinding gua ini yang basah dan berair kelihatan berkilauan apabila terkena suluhan lampu. Suasana ini akan memberi mod warna keemasan di sekitarnya.

Platform empat pula yang setinggi 90 meter dari aras laut merupakan laluan angin. Situasi ini memberikan suasana nyaman kepada pengunjung kerana angin yang menerusi lorong ini sangat sejuk dan nyaman.

Angin ini datang dari dua arah bertentangan iaitu melalui pintu masuk dan pintu keluar gua ini. Pertembungan ini akan memberi suasana angin pelbagai arah. Bagaimanapun kelajuan angin banyak bergantung dengan keadaan cuaca di luar.

Jika waktu hujan, angin di sini menjadi lebih kuat dan sejuk begitulah sebaliknya. Oleh itu, lokasi ini menjadi lokasi popular untuk berehat bagi semua pengunjung.

Platfom lima pula adalah kawasan tertinggi di sini. Dikenali sebagai `top of the world'. Dengan ketinggian 125 meter dari aras laut, ia merupakan lokasi tertinggi buat pengunjung.

Bagi menjamin keselamatan pengunjung, sebanyak 640 anak tangga disediakan. Tambah menarik lagi apabila terdapat beberapa lampu menghiasi kawasan gua menjadikannya sangat menarik jika dilihat dari jauh.

Aktiviti penerokaan gua sebenarnya bermula dari platfom ini sehinggalah ke platform 10. Tiada kemudahan disediakan, yang ada hanyalah trek yang kotor dan basah.

Walaupun begitu, pakej ini adalah yang terbaik kepada pengunjung yang sukakan kelainan cabaran. Tiada lagi trek yang bersimen mahupun lampu-lampu di dinding gua. Dari sini, peserta perlu merangkak, menggelongsor, menyusur, meniarap di sungai dan menyusup ke dalam lubang-lubang kecil bagi meneruskan penerokaan ke tahap seterusnya.

Kotor dan basah menjadi mainan sepanjang penerokaan bahagian terakhir gua ini.

Hiruk-pikuk jeritan dan gurauan peserta memenuhi setiap ruang gua sesekali bergema mengiringi rentak kaki peserta.

Keseronokan ketika melakukan penerokaan di gua ini akan menjadi sia-sia jika tiada yang memberi perhatian kepada formasi-formasi yang masih ada didalam gua ini kerana di bahagian inilah banyak kehidupan gua yang masih cuba meneruskan survivalnya.

Sayang sekali kerana sepanjang penerokaan, penulis tidak melihat seekorpun kehidupan serangga mahupun mamalia di dalam gua ini selain kelawar.

Selain itu, pengunjung tidak perlu risau mengenai keselamatan diri semasa berada di dalam gua kerana kemudahan yang disediakan di sini memang memuaskan.

Full content generated by Get Full RSS.

Membina semangat waktu malam

Posted:

Membina semangat waktu malam

Membina semangat waktu malam

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my


SUKAN futsal sesuai bagi semua peringkat usia. - S2/FAIZAL ABU HASSAN


SIAPA kata masa membataskan aktiviti riadah seseorang, terutama bagi mereka yang sibuk dengan tugas pejabat hampir setiap hari?

Ramai beranggapan, rutin harian di pejabat yang bermula seawal pukul lapan pagi dan berakhir pukul empat atau lima petang menyukarkan mereka untuk aktif beriadah atau bersukan.

Bukan disebabkan penat bekerja seharian, kesuntukan masa untuk beriadah pada sebelah petang merupakan alasan biasa sebahagian besar masyarakat mengapa mereka jarang atau langsung tidak melakukan aktiviti tersebut.

Disebabkan waktu bekerja habis petang, ruang waktu yang ada sebelum menjelang malam begitu pendek - mana hendak balik ke rumah menyalin pakaian, berehat selepas penat bekerja seharian dan kemudian hendak beriadah atau bersukan!

Namun, itu semua kini bukan lagi alasan. Ini kerana kebanyakan tempat termasuk di Perlis, masyarakat pelbagai golongan tidak perlu tergesa-gesa malah mempunyai banyak masa untuk berehat selepas penat seharian bekerja.

Semua ini menjadi mudah kerana Perlis turut mempunyai kemudahan untuk melakukan aktiviti tersebut pada waktu malam terutamanya futsal.

Sebagai contoh, Arena Futsal yang terletak berhampiran Stadium Utama Negeri, Kangar cukup mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan lelaki malah golongan perempuan.

Hakikat ini diakui oleh Nurul Ashikin Mohd. Josri, 25, seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sering menjalani latihan dan mengadakan perlawanan futsal sehingga lewat malam atau awal pagi.

"Bermain futsal sebelah malam memang menyeronokkan kerana kami (pemain) mempunyai banyak masa, kadang-kadang tanpa disedari malam sudah pun menjelang pagi," katanya.

Menurut gadis muda yang mewakili negeri Perlis dalam perlawanan futsal dan pernah mewakili pasukan bola sepak wanita kebangsaan beberapa tahun lalu ini, bersukan pada sebelah malam lebih selesa dan menyeronokkan.

"Sebelah malam lebih selesa bersukan kerana tidak panas di samping memberi banyak masa untuk saya berehat panjang pada sebelah siang sebelum memulakan aktiviti," tambahnya.

Menurutnya lagi, aktiviti seumpama itu bukan sahaja mengeluarkan peluh malah turut mengeratkan hubungan persahabatan di antara rakan-rakan.

"Jika sebelah malam, ramai rakan tidak mempunyai masalah untuk bermain futsal kerana tidak dibelenggu kerja dan aktiviti lain.

"Memang menyeronokkan berjumpa rakan-rakan sambil bersukan dan menyihatkan badan," tambahnya.

Rakannya, Nur Atikah Ramli, 26, memberitahu, dia berada di gelanggang tersebut hampir setiap malam untuk berlatih dan beraksi dalam perlawanan dengan beberapa pasukan lain.

"Memang suasana dan gelagat rakan-rakan ketika di gelanggang cukup menghiburkan," katanya.

Jelasnya, aktiviti tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan disebabkan beban kerja dan sebagainya pada sebelah siang.

"Sebenarnya, ia juga dapat mengelakkan golongan remaja terlibat dalam aktiviti tidak sihat.

"Jika tidak ada halangan, saya memang tidak melepaskan peluang untuk bersama rakan-rakan bermain futsal pada sebelah malam," ujarnya.

Kata Nur Atikah, golongan remaja perlu digalakkan menceburi aktiviti berfaedah atau melibatkan diri dengan kegiatan sukan bagi menjauhkan mereka daripada gejala tidak sihat.

"Antara yang boleh dicontohi ialah bermain futsal, selain aktiviti menyihatkan, ia juga menanam disiplin, membina semangat kesukanan seterusnya mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Sesi pertama CHOGM teruji

Posted:

Sesi pertama CHOGM teruji

Sesi pertama CHOGM teruji


NAJIB Tun Razak (tiga dari kanan) bergambar bersama Ratu Elizabeth II (duduk, dua dari kiri) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (duduk, dua dari kanan) serta ketua-ketua kerajaan negara Komanwel pada sesi bergambar majlis pembukaan rasmi CHOGM di Perth, Australia, semalam. Turut sama Setiausaha Agung Komanwel, Kamalesh M Sharma (duduk, kiri) dan Perdana Menteri Trinidad and Tobago, Kamla Persad Bissessar (duduk, kanan). - BERNAMA


PERTH 28 Okt. - Cadangan agar Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia adalah baik tetapi ia memerlukan sokongan semua pihak sebelum perlaksanaannya boleh dibuat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat pelbagai pandangan terhadap usul penubuhan suruhanjaya yang dicadangkan oleh Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) itu.

"Ada beberapa negara yang mahukan cadangan itu dilaksanakan dan ada juga yang belum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari pertama CHOGM bermula di sini hari ini.

Cadangan penubuhan suruhanjaya itu menjadi isu panas berikutan ada di kalangan negara-negara anggota membantah cadangan berkenaan.

Cadangan tersebut disokong oleh Australia yang menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM yang dianggotai 54 buah negara itu manakala India dan Afrika Selatan dilaporkan membantah.

Pada masa sama, Sri Lanka yang juga menjadi kritikan beberapa negara anggota CHOGM berhubung jenayah perang mereka terhadap Kumpulan Harimau Tamil pada 2009, juga menentang usul tersebut, menjadikan mesyuarat kali ini seolah-olah terbahagi kepada dua kumpulan.

Usul mengenai penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia itu terkandung dalam cadangan EPG yang dikemukakan kepada para pemimpin CHOGM untuk diputuskan pada mesyuarat kali ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sekiranya para pemimpin CHOGM tidak mendapat persetujuan bagi melaksanakan cadangan itu, ia akan dikembalikan kepada peringkat Menteri Luar CHOGM untuk dibincangkan semula.

Mesyuarat CHOGM yang diadakan dua tahun sekali telah dibuka dengan rasminya oleh Ratu Elizabeth di Pusat Konvensyen dan Pameran Perth (PCEC) di sini hari ini.

Ia dihadiri oleh ketua-ketua negara daripada 54 buah negara anggota dan CHOGM kali ini bertemakan 'Membina Kekuatan Nasional, Membina Kekuatan Global'.

EPG yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengemukakan 106 cadangan kepada ketua-ketua negara CHOGM untuk dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.

Mengenai perbincangan dua hala beliau dengan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, Perdana Menteri berkata, pemimpin negara Afrika itu telah menyatakan sokongan beliau terhadap hubungan yang telah terjalin sekian lama sejak era apartheid.

Sehubungan itu, beliau telah melahirkan harapan agar hubungan yang telah lama dijalin ini mendapat suntikan baru kerana tumpuan yang diberikan sejak kebelakangan ini tidak sebagaimana yang diharapkan.

Selain itu, katanya, beliau telah dijemput untuk menghadiri majlis ulang tahun ke-100 tahun Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pada 8 Januari 2012.

Mengenai pertemuan dua hala beliau dengan Perdana Menteri Pakistan, Syed Yousaf Raza Gilani, Najib berkata, rakan sejawatannya itu menganggap Malaysia sebagai sahabat lama dan mahu supaya hubungan yang terjalin diperluaskan lagi.

Beliau juga mempelawa Perdana Menteri ke Pakistan dalam usaha untuk meningkatkan perdagangan selain mempelawa Malaysia agar menyertai industri perbankan di negara itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga wanita ternama warnai perasmian CHOGM

Posted:

Tiga wanita ternama warnai perasmian CHOGM

Tiga wanita ternama warnai perasmian CHOGM

PERTH 28 Okt. - Majlis perasmian Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2011 di sini yang berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang melakar keunikan apabila ia turut melibatkan peranan penting tiga tokoh wanita ternama.

Mereka ialah peneraju utama Komanwel Ratu Elizabeth II, Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan Perdana Menteri Trinidad and Tobago Kamla Persad Bissessar.

Pada majlis penuh bersejarah itu, Bissessar berkata, beliau menyerahkan jawatan pengerusi Komanwel kepada Gillard, dengan disaksikan Ratu Elizabeth.

"Ketiga-tiga kami adalah wanita," kata Bissessar dalam ucapan penyerahan jawatan itu. Trinidad and Tobago menjadi tuan rumah CHOGM pada 2009.

Kesemua 53 ketua kerajaan Komanwel, termasuk Ratu Elizabeth, duduk di atas pentas semasa upacara perasmian itu, yang disempurnakan Ratu Elizabeth.

Setiausaha Agung Komanwel Kamalesh Sharma sendiri mengakui keunikan majlis hari ini.

"Kami menetapkan tema bagi 2011 ialah "Wanita Sebagai Ejen Perubahan" dan dengan penyerahan tugas pengerusi oleh Perdana Menteri Persad-Bissessar kepada Perdana Menteri Gillard, kami mencapai maksud itu dengan cukup membanggakan," kata beliau.

Walaupun kebanyakan ketua kerajaan yang menghadiri CHOGM di bandar raya penuh ketenangan ini terdiri daripada lelaki, tetapi para pemimpin wanita yang menyertainya pasti tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan pendapat mereka serta menjadi ejen perubahan.

Daripada 53 ketua kerajaan yang menghadirinya, lima adalah wanita, termasuk Gillard dan Bissessar. Bangladesh diwakili perdana menterinya Sheikh Hasina, Dominica oleh pemangku pesuruhjaya tinggi Janet Charles dan St Lucia pula oleh Dr June Soomer, sebagai ketua delegasi.

Persembahan selama sejam itu menggabungkan unsur-unsur "moden dan tradisi". Persembahan kebudayaan, tarian moden dan nyanyian oleh artis yang sebahagian besarnya terdiri daripada belia Australia, bergema di dewan berkenaan.

Dalam ucapannya, Gillard berkata, berbeza dengan pertubuhan antarabangsa lain yang digerakkan oleh sikap prihatin terhadap perkara berkaitan perdagangan atau perniagaan, Komanwel didasari oleh daya penggerak yang amat berlainan.

"Kita merupakan sebuah "gabungan yang mementingkan nilai". Nilai yang dikongsi bersama berkaitan keamanan, demokrasi, kesaksamaan kaum, kedaulatan undang-undang dan komitmen terhadap kemajuan sosial dan ekonomi.

"Komanwel juga merangkumi nilai bersama, yang diamalkan secara sukarela dan sepakat. Nilai yang boleh kita manfaatkan untuk menangani sesetengah isu mendesak yang mendepani dunia seperti perubahan iklim, kedudukan kewangan yang tidak stabil dan jaminan makanan. "Kewujudan Komanwel amat penting dalam menangani perubahan itu," katanya.

Dalam titah baginda pula, Ratu Elizabeth menyifatkan Komanwel sebagai "jaringan sesawang sedunia yang asal."

Sepanjang tempoh CHOGM selama tiga hari itu, Perth akan menjadi tuan rumah kepada lebih 4,000 pelawat, termasuk pemimpin dari 53 negara yang mewakili lebih seperempat jumlah negara di dunia, yang didiami dua bilion penduduk.

Ia turut disertai menteri luar, ahli perniagaan dan pemimpin belia serta masyarakat.

Lebih kurang 1,200 media antarabangsa dan domestik berada di bandar raya ini untuk membuat liputan tentang mesyuarat berkenaan, yang disifatkan antara kontinjen media paling besar membuat liputan dalam sejarah CHOGM.

CHOGM memberi peluang kepada para pemimpin Komanwel untuk mengadakan pertemuan setiap dua tahun bagi membincangkan isu dunia dalam usaha membina masa depan yang lebih gemilang dan selamat untuk semua. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Golongan sibuk boleh undi awal

Posted:

Golongan sibuk boleh undi awal

Golongan sibuk boleh undi awal

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


Abdul Aziz Yusof (dua dari kiri) beramah mesra bersama sebahagian peserta ketika taklimat PRU 13 kepada pegawai pengurus di Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz


IPOH 28 Okt. - Golongan yang sibuk bertugas ketika sesuatu pilihan raya diadakan seperti wartawan, doktor, juruterbang dan pekerja dalam industri cari gali minyak mungkin dibenarkan mengundi awal atau secara pos seperti polis dan tentera pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan tersebut sedang dibincangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen sebagai antara usaha pembaharuan proses pilihan raya.

Katanya, sekiranya dipersetujui, rang undang-undang dan peraturan berkaitan akan dibentangkan di Parlimen untuk pindaan bagi membolehkan kumpulan tersebut menunaikan hak sebagai rakyat pada pilihan raya.

"Dalam negara kita, ada beberapa kumpulan yang tidak dapat mengundi dan kita fikir perlu buat perubahan supaya mereka ini boleh mengundi secara pos atau mengundi awal.

"Ini bergantung kepada pindaan undang-undang serta peraturan dan jika sempat dibuat pindaan ini, ia boleh dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya selepas merasmikan program Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada 24 Pegawai Pengurus dan 105 Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya negeri ini di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan pihak tertentu bahawa undang-undang negara sedia ada mendiskriminasi ratusan ribu rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang dihalang mengundi pada setiap kali pilihan raya umum diadakan sejak 2002.

Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan.

Semua mereka akan mengundi di pejabat kedutaan atau konsulat di negara yang didiami.

Dalam pada itu, Abd. Aziz mengingatkan pegawai dan penolong pegawai pengurus pilihan raya supaya bersikap bebas dan profesional semasa pilihan raya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius tindakan pegawai pengurus pilihan raya menyokong parti tertentu seperti pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 2009 kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti SPR.

"Pegawai daerah yang dilantik menjadi pegawai pengurus pilihan raya juga seelok-eloknya menyerahkan tugas menyambut ketibaan pemimpin kerajaan Persekutuan kepada timbalannya agar tidak dilihat bersikap berat sebelah," katanya.

Menurut Abd. Aziz, SPR dijangka melantik seramai 24 pegawai pengurus, 105 penolong pegawai pengurus dan 20,924 petugas sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 di Perak nanti.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved