Isnin, 27 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Cabar jadi ‘anak jantan’.

Posted:

Cabar jadi 'anak jantan'.

Cabar jadi 'anak jantan'.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas (kiri) melaungkan 1Malaysia sempena Perhimpunan Agung Ke-58 PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti 'anak jantan' dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara.

Justeru, Najib mengingatkan pembangkang supaya bertanggungjawab dan menghadapi akibat sewajarnya jika terjadi keadaan huru-hara pada demonstrasi jalanan yang dirancangkan oleh mereka itu.

Beliau memberitahu, jika Barisan Nasional (BN) benar-benar memanipulasi sistem pilihan raya secara kotor, parti itu tidak akan membiarkan pembangkang menguasai lima negeri seperti pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung ke-58 PPP di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan, tindakan pembangkang yang menyokong atau berada di belakang perhimpunan haram Bersih adalah disebabkan mereka sedar momentum sokongan rakyat kini sudah kembali menyokong BN seperti dibuktikan dalam siri pilihan raya kecil lalu.

Menurut beliau, kejayaan BN meraih kembali sokongan rakyat sejak pilihan raya umum lalu adalah disebabkan hala tuju kerajaan yang jelas melalui usaha berterusan seperti diterjemahkan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kejayaan BN itu juga, katanya, diperakui oleh pihak ketiga serta para penyelidik berkecuali dan keadaan tersebut kini menggusarkan pembangkang.

Justeru itu, jelas beliau, pembangkang kini hanya mempunyai satu pilihan iaitu mewujudkan keadaan huru-hara bagi meraih kembali sokongan rakyat secara tidak demokratik melalui perhimpunan haram Bersih nanti.

Katanya, perhimpunan haram itu juga diadakan demi membantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sudah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun bukan melalui proses demokrasi.

Menurutnya, keadaan itu terbukti dalam struktur PKR sendiri yang menyaksikan Anwar muncul sebagai ketua parti itu tanpa dilantik secara rasmi (de facto) seperti kebiasaan parti politik lain iaitu melalui pemilihan atau pertandingan.

"Tidak usahlah hendak betulkan pilihan raya kita, betulkan parti sendiri. Dalam pemilihan parti (PKR) tahun sudah, apa yang sudah terjadi? Reformasi, reformasi, akhirnya baling kerusi,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan

Posted:

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan


NAJIB Tun Razak bergambar bersama sebahagian daripada 1,111 orang belia yang menyertai kursus praperkahwinan teramai di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, semalam. Hadir sama, Adnan Yaakob dan Danny Ooi. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


PEKAN 26 Jun - Seramai 1,111 belia di daerah ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) apabila menyertai kursus praperkahwinan paling ramai di negara ini.

Penyampaian sijil penyertaan program anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pekan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Najib turut menerima sijil pengiktirafan MBR daripada Pengarah Urusannya, Datuk Danny Ooi dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kursus dua hari bermula semalam itu diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Dewan Komuniti Majlis Daerah Pekan (MBP) dan Dewan UMNO Pekan.

Peserta yang terdiri daripada 514 wanita dengan selebihnya lelaki itu membabitkan golongan belia dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, DUN Chini, DUN Peramu Jaya dan DUN Bebar dekat sini.

Sepanjang kursus itu, peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk Pengurusan Tekanan dan Konflik Dalam Kehidupan, Pengurusan Sumber Manusia, Munakahat, Ibadah dan Pembubaran Perkahwinan.

Sementara itu, seorang guru, Nurziana Ibrahim, 25, berkata, dia bertuah kerana menjadi peserta ke 1,111 dalam kursus berkenaan yang sekali gus mewakili kesemua peserta bagi menyerahkan replika angka tersebut kepada Perdana Menteri pada majlis berkenaan.

"Saya menyertai kursus ini kerana tertarik dengan matlamat penganjuran terutama dalam melahirkan belia berilmu, beriman dan bertaqwa dengan harga yang cukup berpatutan.

"Saya sememangnya tidak menyangka akan terpilih sebagai wakil peserta untuk menyampaikan nombor penyertaan saya kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

Posted:

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa.

"Saya tidak kata kita tidak boleh guna ISA. Buat masa ini kita tidak memerlukannya. Kita sedang pantau Bersih dan hanya akan menggunakan akta ini (ISA) jika suatu perkara yang dilakukan menggugat keselamatan awam dan negara.

"Kita tidak pilih bulu, Pemuda UMNO dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia} juga kita tidak beri permit untuk adakan perhimpunan menentang Bersih. Kita akan adil, tindakan sama jika didapati menyalahgunakan kuasa dan undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pertimbangan serius perlu dibuat sebelum ISA digunakan dalam isu Bersih kerana bimbang ia dieksploitasi oleh pihak tertentu dalam keadaan di mana masih ada undang-undang lain yang boleh digunakan.

"Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada mereka yang akan terlibat dalam Bersih supaya jangan bermain dengan emosi dan mencampuradukkan apa yang kononnya diperjuangkan, tetapi mungkin ada matlamat lain yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu," katanya.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang seharusnya ditimbulkan kepada rakyat ialah mengenai adakah perhimpunan haram Bersih itu betul-betul bersih dalam perjuangannya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pembangkang sebenarnya tiada kekuatan di akar umbi, sebaliknya gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memperkudakan Pas bagi mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu.

"Apa kita (ahli UMNO) perlu lakukan sekarang adalah dedahkan kepada rakyat bahawa Pas sudah hilang identitinya, mereka hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pembangkang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


26,800 hektar tanah diceroboh

Posted:

26,800 hektar tanah diceroboh

26,800 hektar tanah diceroboh

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 26 Jun – Kerajaan negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penerokaan tanah kerajaan secara haram.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan mengikut undang-undang itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, ini kerana siasatan pihaknya mendapati lebih 26,800 hektar tanah kerajaan diceroboh di negeri ini yang dikesan didalangi oleh sindiket tertentu.

"Kebanyakan tanah yang diteroka itu digunakan untuk tujuan pertanian dan perindustrian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan ulang tahun kelima Pusat Pendidikan Al-Barakah di kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Zambry turut melancarkan buku Puasa dan Permasalahannya karya Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Mohd. Kazim Elias.

Lebih 600 peneroka mendakwa mengalami kerugian apabila Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Daerah Perak Tengah memusnahkan ladang pisang dan tanaman kontan di Sungai Tumboh dekat Seri Iskandar, Khamis lalu.

Operasi membabitkan 350 anggota termasuk PTG, polis, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

Zambry berkata, tindakan yang diambil PTG itu bukan zalim kerana pencerobohan tanah kerajaan negeri begitu serius sejak kebelakangan ini.

"Kerajaan tidak zalim dan menganiaya sesiapa kerana ia merupakan sesuatu yang serius jika tidak dibendung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Posted:

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Daripada ZAINU'L AZHAR ASHA'ARI


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (duduk, dua dari kiri), Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (duduk, dua dari kanan) dan Azizan Hamid (duduk, kiri) bersama 13 pelajar Perlis di Novotel, Bandung, semalam. - BERNAMA


BANDUNG 26 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta pelajar Perlis yang berada di luar negara termasuk Indonesia pulang ke tanah air selepas berjaya menamatkan pengajian masing-masing walaupun ditawarkan gaji lumayan di negara asing.

Baginda bertitah, pelajar terlibat mempunyai tanggungjawab besar kepada negara dan rakyat begitu memerlukan perkhidmatan mereka.

"Ingatlah kepentingan untuk berkhidmat kepada negara dan bangsa terlebih dahulu kerana negara kekurangan doktor ekoran pertambahan populasi dan hospital serta klinik," titah baginda pada Program Titian Kasih Pelajar-Pelajar Malaysia di sini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar.

Sebelum itu, baginda menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap seorang kepada 13 pelajar Malaysia yang menuntut di sini, Jakarta dan Yogyakarta.

Sehubungan itu, titah baginda, pelajar berkenaan seharusnya proaktif dan dinamik supaya dapat menjamin kejayaan dalam cabaran dunia global selaras aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang diakui di persada antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, titah baginda, Majlis Agama Islam Perlis memperuntukkan sebanyak RM944,630 untuk pembelajaran termasuk sumbangan kepada pelajar-pelajar negeri berkenaan yang berjaya mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Titah baginda, menerusi sumbangan tersebut, para pelajar berkenaan diharap tidak mensia-siakan peluang diberikan kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang sekali gus dapat mengurangkan kadar kemiskinan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

Posted:

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

KUALA NERANG 26 Jun - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Kedah perlu memainkan peranan menerangkan kepada masyarakat tentang usaha pembangunan yang dilakukan Kerajaan Persekutuan untuk rakyat di negeri ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Kedah kini ditadbir kerajaan Pas, namun segala pembangunan di negeri ini dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sehubungan itu, Pengerusi JKKKP perlu dijemput dan turut serta dalam setiap program anjuran Kerajaan Persekutuan bagi mengelak salah faham mengenai sesuatu projek dan mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat kampung bahawa ia dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukan kerajaan negeri.

"Jika tidak, masyarakat di negeri ini akan menganggap segala projek pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, sedangkan Kerajaan Persekutuan di bawah BN membelanjakan jutaan ringgit demi keselesaan rakyat negeri ini.

"Ada pihak tertentu yang bercakap kepada masyarakat setempat ini adalah projek kerajaan negeri. Ia sekali gus membolehkan mereka mendapat faedah politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Skim Bantuan Pelajaran Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil kepada 27 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi, di Pusat Latihan Naka hari ini.

Beliau berkata, ini akan merugikan Kerajaan Persekutuan dan turut memberi implikasi negatif kepada UMNO. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM42 juta wang ihsan diagih

Posted:

RM42 juta wang ihsan diagih

RM42 juta wang ihsan diagih

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 26 Jun – Sebanyak RM42 juta peruntukan wang ihsan diagihkan kepada rakyat negeri ini sejak sumbangan itu mula diberikan tahun lalu.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, agihan itu meliputi aspek pendidikan, bencana alam dan bantuan ekonomi demi kepentingan rakyat.

"Dalam soal agihan, tidak timbul soal pilih kasih kerana golongan sasar mendapat manfaat sama tanpa mengira perbezaan politik. Kita tidak pernah tanya mereka penyokong UMNO atau Pas dalam pengagihan wang berkenaan.

"Sebagai contoh, dalam soal pendidikan, hari ini seramai 12,000 pelajar cemerlang seluruh negeri menerima manfaat antara RM100 hingga RM800 melalui agihan wang ihsan ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh dan Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Zahari Daud.

Mengulas lanjut, Mustapa memberitahu, sumbangan tersebut bertujuan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.

"Setiap murid dapat 5A dalam UPSR, menerima sumbangan RM100, PMR dengan keputusan 8A ke atas (RM150) dan pelajar SPM yang memperoleh 8A ke atas akan menerima RM200 setiap seorang.

"Sementara bagi calon STPM, mereka dapat Gred Nilai Purata 3.5 dan ke atas menerima RM200, manakala yang layak ke program matrikulasi, asasi dan prauniversiti terima RM300," katanya.

Tambahnya, pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda pula akan menerima sumbangan berjumlah RM500 dan RM800.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

450 tentera gotong-royong bersih masjid, kubur

Posted:

450 tentera gotong-royong bersih masjid, kubur

450 tentera gotong-royong bersih masjid, kubur


Zambery Jefry Darus (kiri) bersama ahli jawatankuasa masjid Gunung Reng menanam pokok pinang di kawasan Masjid Gunung Reng, Jeli, baru-baru ini.


JELI 26 Jun - Seramai 450 anggota tentera pelbagai pangkat menyertai gotong-royong perdana sempena ulang tahun ketiga Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan di Kampung Gunung Reng dan Batu Melintang di sini kelmarin.

Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Zambery Jefry Darus berkata, gotong-royong itu yang turut disertai penduduk kampung melibatkan empat kawasan iaitu masjid dan kawasan perkuburan Gung Reng serta masjid dan perkuburan di Batu Melintang.

Beliau berkata, aktiviti itu merupakan acara pembukaan sempena ulang tahun pasukan dan ia bagi mengeratkan hubungan anggota dengan masyarakat.

"Aktiviti ini merupakan projek jiwa murni yang dirancang oleh pasukan pada tahun ini dan ia juga merupakan tanggungjawab sosial tentera terhadap masyarakat setempat.

"Matlamatnya adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa tentera boleh melakukan semua aktiviti sosial, kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, selain gotong-royong, pelbagai acara menarik lain turut diadakan bersempena sambutan ulang tahun pasukan itu, antaranya kempen derma darah, ceramah perdana ehwal Islam, sukaneka, sukan rakyat dan 'makan besar' bersama rakyat.

Pada majlis gotong-royong itu, pihak Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan turut menanam pokok pinang dalam usaha mengindahkan persekitaran masjid yang telah berjaya dibersihkan.

Dalam pada itu, imam Masjid Gunung Reng, Seman Dollah melahirkan penghargaan atas usaha anggota tentera terbabit.

Menurutnya, bantuan itu membolehkan sekitar masjid dan tanah perkuburan dibersihkan dalam waktu yang singkat.

"Saya berharap, selepas ini hubungan antara tentera dengan penduduk lebih erat dan kerjasama sentiasa terjalin antara kedua-dua pihak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Juara Rakyat Pemuda UMNO Ketereh meriah

Posted:

Juara Rakyat Pemuda UMNO Ketereh meriah

Juara Rakyat Pemuda UMNO Ketereh meriah

KOTA BHARU 26 Jun - Lebih 1,000 pengunjung memeriahkan program Juara Rakyat anjuran Pemuda UMNO Ketereh di Sekolah Kebangsaan Peringat dekat sini kelmarin.

Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Mohammad Abdullah berkata, program itu bertujuan mendekatkan pergerakan itu dengan masyarakat setempat terutama golongan muda.

"Alhamdulillah, kehadiran pengunjung amat menggalakkan dan menampakkan program ini semakin diterima masyarakat. Melalui program sebegini, memudahkan kami menyampaikan mesej kerajaan kepada masyarakat.

"Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara kami dengan golongan muda dan masyarakat sekitar Ketereh, sekali gus berkongsi masalah yang dihadapi mereka," katanya di sini, kelmarin.

Program itu dirasmikan Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Mohammad memberitahu, program tersebut akan diteruskan ke peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Ketereh sedikit masa lagi.

"Kita akan memperluaskan program ini dalam usaha untuk mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat dan menyahut seruan pimpinan selaras dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya

Jelasnya, sepanjang program berlangsung pelbagai acara menarik diadakan antaranya pameran, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan negeri dan servis motosikal percuma yang dikendalikan oleh pelatih Giat Mara.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd. Noraidi Jaafar berharap, program seumpama itu diperbanyakkan dari semasa ke semasa untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapat maklumat terkini daripada agensi kerajaan terlibat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Usaha hidupkan komunis

Posted:

Usaha hidupkan komunis

Usaha hidupkan komunis

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


KECEKAPAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sekali gus membanteras kegiatan antikerajaan yang dipercayai melibatkan sebuah parti pembangkang lengkap dengan bukti risalah dan pakaian prokomunis diperoleh selepas tangkapan ke atas mereka di Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 26 Jun – Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai 'kesatria' termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

"Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

"Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Jeyakumar bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini.

Kumpulan itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran yang dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.

Abdul Rahim berkata, pihaknya merampas 28 helai baju T tertera wajah pemimpin komunis, 15 batang bendera logo PSM, 5,000 risalah 'Udahlah tu..Bersaralah', 600 risalah perhimpunan Bersih, 1,500 risalah PSM dan dua banner tertulis 'Udahlah tu, Cukup 54 Tahun, Bersaralah'.

Turut dirampas dalam bas berkenaan adalah dua alat pembesar suara dan mikrofon.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Rahim turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:

"Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan".

Menurut Abdul Rahim, tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 64 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 20 tahun atau denda.

"Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan polis manakala seorang daripadanya yang berusia 16 tahun dibebaskan kerana masih di bawah umur," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam

Posted:

Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam

Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam


Beberapa individu dipercayai ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan kelmarin diiringi polis ketika hadir di Mahkamah Majistret, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Jun – Tindakan golongan kiri yang sengaja mencabar dan mengelirukan persepsi rakyat terhadap institusi raja-raja dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak wajar dibiarkan berlaku, apatah lagi memberi persepsi amalan raja berperlembagaan dikaitkan dengan istilah feudal yang negatif.

Kekeliruan ini diburukkan lagi apabila istilah kerajaan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris disebut sebagai government yang sekali gus melupuskan status kewujudan institusi raja-raja sebagai pendukung kerajaan raja berperlembagaan.

Pakar Sejarah, Tan Sri Profesor Khoo Kay Kim berkata, istilah government seakan-akan menidakkan kewujudan istilah kuasa raja dalam kerajaan, sebaliknya penterjemahan ini, secara lateral menafikan kedudukan institusi raja dalam Perlembagaan Malaysia.

''Perkataan Inggeris yang sesuai ialah kingdom atau monarki," katanya ketika muncul secara langsung dalam program Bual Bicara Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah pagi ini.

Menurut Prof. Khoo, fakta sejarah menyebut pegawai British, Sir Hugh Clifford sendiri dalam ucapannya pada tahun 1927 mengakui, pihaknya mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dipanggil Mohamoden Mornarchy, merujuk kepada istilah Mohamaden yang digunakan untuk orang Islam pada ketika itu.

''British pada masa itu mengadakan perjanjian dengan raja-raja untuk menguasai pentadbiran, bukan pemerintahan, jadi dalam soal undang-undang, kuasa raja-raja Melayu kekal sebagai kuasa tertinggi," katanya.

Prof. Khoo menjawab ketika ditanya pengacara Assalamualaikum, Amin Idris yang juga graduan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Turut dijemput menjadi tamu ialah Mohamad Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, serta pengacara tetap program itu, Irma Hasmie.

Malah jelas Prof. Khoo, British melalui undang-undang mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu sebagai kuasa tertinggi.

''British tidak pernah menjajah Tanah Melayu, apa yang dilakukan pada tahun 1948 ialah menggabung kuasa sembilan raja Melayu yang berdaulat untuk menjadi sebuah negara bangsa dan British menguasai pentadbiran sahaja," jelasnya.

Justeru apa yang berlaku pada 1957, katanya, British dan raja-raja Melayu bersetuju membentuk negara bangsa dengan menyerahkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan yang dipilih rakyat namun kuasa tertinggi mengenai Islam dan hak Melayu tetap pada raja-raja.

Mohamad Naser pula mengingatkan, adalah penting rakyat negara ini memahami mengenai kuasa prerogatif yang dimiliki raja-raja Melayu dalam isu pentadbiran agama Islam.

''Walaupun raja bersetuju membentuk Majlis Agama Islam Negeri, tetapi kuasa mutlak tetap pada raja-raja dan majlis ini tidak berada di bawah kuasa kerajaan, sebaliknya melaporkan terus kepada raja-raja," katanya.

Menurut Mohammad Naser, sejarah adalah fakta yang berlaku dan sejarah menjadi kuasa utama dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia untuk hidup sebagai negara bangsa.

Raja-raja pada waktu itu, jelas Mohamad Naser lagi, bersetuju dalam pembentukan perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai agama negara.

''Raja-raja mempunyai kuasa tertinggi berkaitan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, dan sekiranya perkara ini hendak diubah, ia mesti mendapat persetujuan raja-raja Melayu," katanya lagi.

Mohamad Naser turut menjelaskan mengenai peranan ini adalah kelangsungan kuasa yang dimiliki oleh institusi raja sejak lama dahulu.

Catatan Batu Bersurat juga menyebut mengenai tatacara pemerintahan raja-raja Melayu yang tertera pada seawal tahun 1303.

"Seseorang raja hendaklah memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah, rakyat yang patuh pada undang-undang boleh tinggal dalam negeri, sesiapa yang ingkar boleh tinggal dalam hutan… itu catatan sejarah," jelasnya.

Assalamualaikum setiap Sabtu dan Ahad menyiarkan segmen Kenali Kuasa dan Peranan Institusi Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO berkaitan gerakan Kristian penyumbang dana Bersih?

Posted:

NGO berkaitan gerakan Kristian penyumbang dana Bersih?

NGO berkaitan gerakan Kristian penyumbang dana Bersih?



KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.

"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Ahad, 26 Jun 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Hadi tambah keresahan Rajagobal

Posted:

Hadi tambah keresahan Rajagobal

Hadi tambah keresahan Rajagobal

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Abdul Hadi Yahya (kiri) mengalami kecederaan bahagian otot belakang pinggul ketika sesi latihan dan mungkin tidak dapat diturunkan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan, Rabu ini.


KUALA LUMPUR - Ketika kelibat Norshahrul Idlan Talaha belum pasti dapat digunakan, skuad bola sepak kebangsaan menerima perkhabaran yang meresahkan apabila seorang lagi penyerang, Abdul Hadi Yahya dilanda kecederaan menjelang Kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan, Rabu ini.

Penyerang Terengganu itu mengalami masalah pada bahagian otot belakang pinggul, menyebabkan dia tidak beraksi pada perlawanan persahabatan dengan Harimau Muda A di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu lalu.

Pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, mengesahkan kecederaan tersebut dan berkata, beliau tidak pasti sejauh mana tahap kecederaan penyerang prolifik Terengganu itu.

Menurutnya, semuanya bergantung kepada pemeriksaan yang akan dilakukan oleh pemain itu hari ini.

"Kita akan buat keputusan selepas sesi latihan pertama esok (hari ini) dan daripada situ, saya boleh tentukan peluang Hadi untuk bermain.

"Jika Hadi tidak dapat diturunkan, saya mungkin memikirkan beberapa pilihan lain untuk digandingkan dengan Safee Sali di bahagian serangan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Namun, kecederaan Norshahrul yang semakin pulih memberikan sedikit khabar gembira , bermakna pemain itu mempunyai harapan untuk diturunkan berdepan Taiwan nanti.

"Kecederaan Norshahrul semakin pulih tetapi masih terlalu awal untuk saya katakan apa-apa, semuanya bergantung kepada sesi latihan pagi esok, " ujarnya.

Selain Hadi, penyerang Johor FC, Shahrizal Saad masih belum cergas sepenuhnya sementara Ahmad Fakri Saarani diturunkan ketika pertemuan dengan Harimau Muda A Sabtu lalu.

Alternatif terbaik buat Rajagobal seandainya Hadi dan Norshahrul tidak dapat bermain menentang Taiwan nanti ialah meletakkan Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar atau Ashari Samsudin di bahagian hadapan membantu Safee Sali menggempur kubu lawan.

Mengenai keupayaan Taiwan, Rajagobal berkata, dia mempunyai sedikit maklumat pasukan tersebut tetapi tidak mahu menggangap ia sebagai rumusan yang tepat.

"Kita memang tahu mengenai Taiwan berdasarkan persembahan mereka pada Piala Cabaran AFC, namun itu cerita pada Mac lepas.

"Mungkin mereka menggunakan pemain lain pada masa itu dan pada masa kini, pemain yang mereka bawa ke Kuala Lumpur tidak sama, sama jugalah seperti kita yang ada beberapa penambahan pemain baru.

"Walaupun begitu, saya tahu cara Taiwan bermain dan saya harap ia boleh membantu menentang mereka nanti, " ujarnya.

Malaysia akan bertemu Taiwan pada perlawanan timbal balik pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini sebelum melengkapkan pertemuan kedua di gelanggang lawan, 3 Julai depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejuaraan sempurna Chong Wei

Posted:

Kejuaraan sempurna Chong Wei

Kejuaraan sempurna Chong Wei

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei bukan sekadar merangkul gelaran Siri Super Terbuka Indonesia buat kali keempat, bahkan pemain badminton No. 1 dunia itu mempamerkan kesempurnaan apabila tidak melepaskan walau satu set pun pada kejohanan tersebut selepas perlawanan akhir, semalam.

Kemenangan mudah 21-11, 21-7 ke atas Peter Hoeg Gade dalam tempoh 31 minit di Stadium Istora Senayan semalam, membuktikan kejaguhan anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini selain melebarkan rekod pertemuan dengan pemain veteran Denmark itu kepada 12 berbalas satu.

Selaku juara Terbuka Indonesia 2011, Chong Wei yang turut mengulangi kejayaan di sini pada 2007, 2009 dan tahun lalu, meraih ganjaran AS$45,000 (RM136,822).

Gade, 34, yang muncul naib juara pulang dengan hadiah AS$22,000 (RM66,891).

Pemain negara itu juga mencatat sejarah tersendiri pada kejohanan itu sebagai pemain bukan Indonesia pertama yang menjuarainya kali ketiga berturut-turut.

Chong Wei, pilihan pertama kejohanan tidak kalah walau dalam satu set, turut mencatat kemenangan mudah sebelum ini dengan menewaskan pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto 21-16, 21-8; Wong Wing Ki (Hong Kong) 21-17, 21-12; Nguyen Tien Minh (Vietnam) 21-10, 21-14 dan Chen Long (China) 21-17, 21-18 pada separuh akhir, kelmarin.

Hasrat peminat badminton dunia menyaksikan pertembungan ulangan Seluruh England dengan Lin Dan, tidak menjadi kenyataan apabila musuh tradisi dari China itu ditewaskan Sho Sasaki dari Jepun, 12-21, 18-21 pada pusingan kedua.

Mengulas kemenangannya semalam, Chong Wei berkata, dia berpuas hati kerana berjaya menang mudah ke atas Gade, yang dikenali sebagai pemain yang tidak kenal istilah putus asa.

"Saya memang mengagumi Gade kerana dia seorang pemain yang sama sekali tidak akan mengalah walaupun jauh ditinggalkan oleh lawan.

"Namun hari ini dia nampaknya mula kenal makna putus asa setelah jauh ketinggalan.

"Kemenangan ini menjadi perangsang untuk saya menjelang Kejohanan Dunia Ogos depan.

"Dengan prestasi saya sekarang, kali ini mungkin giliran saya untuk menjuarai Kejohanan Dunia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nik Aziz digesa solat istikharah

Posted:

Nik Aziz digesa solat istikharah

Nik Aziz digesa solat istikharah

oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Jun – Pemimpin Pas terutamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa melakukan solat sunat istikharah, bagi mencari hidayah Allah untuk melihat segala kebenaran membabitkan skandal seks seorang pemimpin pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana bukti utama iaitu rakaman video seks, telah disahkan tulen oleh dua pakar Amerika Syarikat, Prof. Hany Farid dan Prof. Lorenzo Torresani bahawa pelakunya 99.99 peratus menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, katanya, bukti alibi kononnya Anwar bersama keluarga dan sedang berinteraksi di laman sosial Twitter serta Facebook ketika aksi seks berlangsung juga satu pembohongan, kerana sistem kamera liter tertutup (CCTV) menunjukkan Anwar berada di lokasi kejadian.

"Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak? Sebelum ini mereka buat solat sunat pohon kebenaran dan kebenaran itu kini tersedia.

"Mereka juga elok tengok dulu video tersebut, betul Anwar atau tidak, menyerupai Anwar atau tidak? Kalau Anwar, mereka kena buat ketetapan. Jangan buat tuduhan sebelum tengok kebenaran video tersebut," katanya kepada pemberita di Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin Pas dan golongan yang menyokong perjuangan parti itu, harus membuka hati serta minda mereka untuk menerima fakta, bukan semata-mata membuat pendirian berdasarkan persepsi jika bercita-cita mahu memimpin negara.

Mengenai penafian berterusan Anwar, bahawa lelaki yang 99.99 peratus itu bukan dirinya, Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia perlu mengadili moral ketua pembangkang tersebut berdasarkan maklumat pakar selain bukti sahih berbentuk rakaman video dan CCTV.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pendirian kerajaan berhubung isu tuntutan bertindih di kepulauan Spratly kekal sebagaimana sebelum ini, iaitu segala permasalahan perlu diselesaikan melalui diplomasi dan bukan ketenteraan.

"Pendirian kerajaan dan negara yang terlibat kekal tetapi kita telah meletakkan anggota tentera di setiap terumbu yang berada dalam perairan negara. Soal tuntutan Vietnam, Filipina dan China kita tidak campur, kita hormati tuntutan negara-negara terbabit," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda lancar Himpunan Patriot

Posted:

Pemuda lancar Himpunan Patriot

Pemuda lancar Himpunan Patriot

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my


Reezal Merican Naina Merican (tiga dari kanan) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (tiga dari kiri) bersama barisan kepimpinan Patriot bangkit membantah perhimpunan haram Bersih 2 pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) yang merupakan perhimpunan membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Patriot melambangkan satu kumpulan anak-anak muda yang cintakan tanah air dan sanggup menggadai apa sekalipun demi menyelamatkan tanah air daripada kumpulan perosak.

Menurut beliau, Patriot dianggotai seramai 10 ahli jawatankuasa yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku pengerusi himpunan.

''Kita akan turun dan tentang perhimpunan itu habis-habisan. Mereka pengkhianat, kita tahu niat mereka sebenar. Sebab itu, adakah kami anak-anak muda ini perlu tunggu lagi? Kalau kita tunggu kita juga akan jadi pengkhianat.

''Kita yang akan turun pada 9 Julai itu bagi menjadi suara kumpulan majoriti senyap selain pemuda, wanita dan mewakili seluruh rakyat demi mendokong proses demokrasi dan hak rakyat sejak zaman merdeka,'' katanya pada sidang akhbar Himpunan Patriot di sini, hari ini.

Reezal Merican yang juga Penyelaras Patriot seterusnya mempersoalkan kenapa Bersih tidak mahu mengadakan perhimpunan yang didakwa akan dilakukan secara aman itu di negeri-negeri yang diperintah pihak pembangkang.

Jelas beliau, ini terbukti bahawa Bersih bukanlah sebuah gerakan yang bersih sebaliknya ia bertopengkan pakatan pembangkang kerana Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah menyatakan bahawa jika pembangkang tidak menumbangkan kerajaan melalui pilihan raya, mereka akan memilih jalan raya.

Ditanya adakan Patriot memilih untuk mengadakan perhimpunan secara aman, ''kalau aman yang Bersih berikan, maka natijahnya amanlah,'' katanya sambil menunjukkan lambang dan warna Patriot merah kuning kepada wartawan.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi menyampaikan hasrat Patriot.

Sementara itu, Abdul Azeez memberi ingatan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga dan konco-konconya supaya jangan melakukan perhimpunan haram tersebut dan sekiranya masih berdegil, himpunan tersebut akan berhadapan dengan kumpulan majoriti senyap yang terbesar.

Beliau berkata, sekiranya kumpulan berkenaan mempunyai niat yang baik dan betul, mereka tidak perlu membawa sehingga 10,000 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) seperti yang mereka pernah lakukan pada tahun 2007.

''Saya minta mereka pergi ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menghantar memorandum kepada pengerusinya, manakala di Istana Negara pula, hantar kepada pegawai istana, setakat empat, lima orang sudah memadai.

''Justeru, saya merayu kepada pihak polis supaya jangan tunggu lagi, sudah lebih 1,000 laporan polis dibuat bagi membantah himpunan berkenaan, dah sampai waktunya tangkap sahaja mereka,'' ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


KJ terima ugutan bunuh

Posted:

KJ terima ugutan bunuh

KJ terima ugutan bunuh

SEPANG 26 Jun - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menerima ugutan bunuh yang dituju kepada ahli pergerakan itu berhubung penyertaan mereka dalam satu perhimpunan yang dijadualkan serentak dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada awal pagi tadi melalui satu nombor yang tidak dikenalinya.

''SMS tersebut antara lain mengandungi kata-kata kesat dan mengugut untuk menyembelih setiap ahli Pemuda UMNO yang menyertai perhimpunan pada hari sama dengan dengan perhimpunan Bersih.

''Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima sms yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas untuk menyertai misi kemanusiaan antarabangsa 'Freedom Flotila II' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Menyentuh perhimpunan anjuran Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perhimpunan Patriot, Khairy berkata, pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga pelajar KIST maut nahas

Posted:

Tiga pelajar KIST maut nahas

Tiga pelajar KIST maut nahas

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
utusankelantan@utusan.com.my


AZMAH Yusoff (dua dari kanan) yang terlalu sedih melihat jenazah anaknya, Mohammad Aliff Mohd. Suhaimi, ditenteramkan oleh anggota keluarganya di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 26 Jun - Tiga pelajar Kolej Islam Sains Teknologi (KIST) kampus Bachok terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori ais di Kilometer 15, Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, di sini malam semalam.

Mereka ialah Shaiful Jawahir Razali, Mohammad Aliff Mohd. Suhaimi dan Sheikh Muhammad Farhan Shikh Md. Saud yang kesemuanya berusia 19 tahun.

Shaiful Jawahir dan Aliff berasal dari Tanah Merah manakala Sheikh Muhammad Farhan dari Georgetown, Pulau Pinang.

Seorang lagi rakan mereka, Muhammad Aznil Afnan Ariffin, 19, dari Pengkalan Chepa, cedera parah.

Turut parah pemandu lori, Zamri Hussien, 29, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identitinya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan mendapati dalam nahas kira-kira pukul 11 malam itu, kereta Proton Iswara yang dipandu Shaiful dipercayai memotong beberapa kenderaan lain.

"Kereta itu bertembung dengan sebuah lori dari arah depan, mengakibatkan tiga maut selepas tersepit di dalam kereta yang remuk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zamri dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Muhammad Aznil pula di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala kelindan lori berkenaan di Hospital Pasir Mas.

Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Mohd. Nasir Mamat berkata, pasukannya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.

"Ketika sampai di tempat kejadian, saya dapati ada lima mangsa tersepit termasuk empat di dalam kereta dan seorang pemandu lori," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat pemotong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved