Utusan Online - Hiburan |
Posted: 12 Apr 2014 06:10 AM PDT Oleh GARRET DAWUM HASRAT Ezlisa ketika melancong untuk menambah kenalan. ARTIS memang golongan yang serba boleh. Mana tidaknya, mereka bukan sahaja terbabit dalam bidang seni seperti nyanyian dan lakonan, malah, mereka juga boleh digunakan bagi mempromosi destinasi pelancongan. Baru-baru ini rombongan seramai 15 orang yang terdiri daripada kakitangan AirAsia, media dan selebriti berkunjung ke Kochi, India sebuah kota metropolitan yang kaya dengan budaya. Bagi golongan selebriti khususnya, melancong adalah satu kemestian kerana dapat memenuhi kehendak mereka yang mahukan kelainan dan kepelbagaian. Menurut pelakon genit Ezlisa Loy yang turut serta dalam rombongan itu, melancong ke luar negara sememangnya memberikan peluang kepada remaja sepertinya untuk lebih matang dalam berfikir mengenai keadaan sesuatu negara, masyarakat dan kehidupan mereka. Bukan sahaja dapat bercuti tetapi saya dapat belajar melihat dan melawat tempat lain yang jauh berbeza daripada negara kita. Dari situ, saya juga boleh belajar mengenali budaya, kehidupan, pergaulan dan keadaan sesebuah masyarakat di tempat yang saya lawati. Contohnya, di Kochi saya berpeluang melihat sendiri aktiviti nelayan menggunakan teknik jaring di tepi pantai. Selain itu, saya juga boleh melihat struktur bangunan yang dibina oleh penjajah Portugis, Belanda dan British di Kochi yang terletak di Kerala. Memang tidak dinafikan kunjungan ke pelabuhan Kochi menjanjikan pemandangan yang mempesonakan. Saya juga rasai keseronokan ketika menaiki sebuah bot yang dijadikan umpama rumah," kata anak ketiga daripada empat beradik ini. Memang benar, membaca menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi melancong pula boleh meluaskan pemandangan. Kata Ezlisa, ketika melancong dia juga mahu menambah lebih ramai kenalan. Penghujung Januari lalu, saya dan kakak, Elfira Loy berkunjung ke Korea Selatan. Keadaan di sana (Korea) memang cantik saya sendiri sangat terpegun dengan pemandangannya. Tidak dijangka ketika berada di lapangan terbang Seoul kami terserempak dengan seorang rakyat Malaysia yang seterusnya menjadi kawan kami sepanjang berada di sana," ujarnya. Belanja besar Tidak kurang juga mereka yang melancong adalah atas tujuan ingin berbelanja besar di negara-negara yang terkenal dengan julukan syurga beli-belah. Akui perkara itu, bintang berusia 18 tahun ini berkata, ketika melancong dia memang akan berbelanja besar. Jika pergi melancong mesti saya akan belanjakan wang yang saya bawa dengan berhemah. Banyak juga akan dihabiskan. Jumlahnya pula saya tidak boleh nyatakan. Sebagai wanita, apa sahaja dilihat terutama pakaian memang akan diambil dan dibeli. Selain itu, saya juga akan membeli cenderamata untuk keluarga mahupun kawan-kawan. Bagi saya, saya tidak kisah jika terpaksa berbelanja lebih, asalkan dapat memuaskan hati," katanya yang pertama kali melancong bersama adik-beradik ke Sabah pada 2009. Tambah Ezlisa atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, duit untuk melancong juga adalah hasil titik peluhnya sendiri yang berlakon sejak berusia 11 tahun. Duit yang saya belanjakan atas usaha saya sendiri. Kadang-kadang ada juga kakak saya yang membantu memberi duit selain ibu saya. Jadi, saya akan berasa puas jika duit hasil sendiri dibelanjakan dengan betul. Semasa melawat saya akan pastikan perbelanjaan saya cukup untuk semuanya termasuk kos hotel atau makan," katanya. |
Kal So-won diurus YG Entertainment Posted: 12 Apr 2014 06:10 AM PDT Kal So-won pelakon kanak-kanak yang berbakat. MELIHAT kepetahan watak Hong Hae-deum yang digambarkan sebagai kanak-kanak genius dalam drama The Secret of Birth, pasti kita terpegun dan terbayang bagaimana Kal So-won, 8, melakonkan karakter tersebut. Tambahan pula dialog yang perlu diucapkannya adalah panjang dan sukar, namun Kal So-won berjaya menjiwai watak tersebut dengan jaya. Lagipun The Secret of Birth bukanlah drama pertama lakonannya kerana sebelum ini penampilannya dalam drama Take Care of Us, Captain, Roller Coaster dan filem Miracle In Cell No.7. Dek kecemerlangannya sebagai pelakon, syarikat pengurusan artis YG Entertainment telah mengambilnya sebagai artis mereka sejak Februari lalu. "Kal So-won telah menandatangani kontrak secara eksklusif dengan pihak YG Entertainment. Kami melihat dia mempunyai potensi yang besar dalam bidang lakonan selepas melihat dia berlakon dalam filem Miracle In Cell No.7," jelas wakil syarikat tersebut. Tambahnya, pihak YG Entertainment akan berusaha keras untuk mengembangkan bakat Kal So-won dan bakal mengatur satu projek baharu untuknya. Kemunculan Kal So Won dalam filem Miracle In Cell No.7 pada tahun 2006 ditonton oleh 10 juta orang dan dari situ namanya mula menjadi bualan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan