Rabu, 12 Februari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


JKM bantu 4 beradik sakit mental dapatkan rawatan

Posted: 12 Feb 2014 12:38 AM PST

KULIM 12 Feb. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim akan membantu empat beradik, yang sakit mental sejak 10 tahun lepas di Kampung Sri Bongsu, Karangan dekat sini, mendapatkan rawatan psikiatri.

Pegawainya, Mohammad Md Nor berkata, pihaknya berharap mereka akan mendapatkan rawatan dalam tempoh yang panjang dari masa ke masa.

"JKM memberi bantuan RM800 sebulan sejak beberapa tahun lepas kepada empat beradik itu namun tiada rawatan lanjutan diberikan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menzirahi keluarga itu bersama-sama Anggota Dewan Undangan (ADUN) Kulim Chua Thiong Ghee di rumah mereka.

Beliau berkata, Halimah Darus, 44, Ali Bongsu, 38, dan Yassin, 36, kini

dijaga adik bongsu mereka Zakaria, 34, yang masalah mentalnya agak kurang.

Masalah keluarga itu dibawa ke pengetahuan Chua oleh Pengerusi

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sri Bongsu, Ismail Osman yang menyedari kemelaratan hidup mereka.

Mohammad berkata buat permulaan, JKM akan menghantar Halimah ke

Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk menjalani rawatan psikiatri

untuk tempoh yang panjang mulai esok.

Ali Bongsu dan Yassin akan mendapatkan rawatan kemudian.

Sementara itu, Chua berkata beliau amat berterima kasih kepada JKM kerana segera mengambil tindakan membantu empat beradik itu. - BERNAMA

Adenan Satem Ketua Menteri baharu Sarawak mula 1 Mac

Posted: 12 Feb 2014 12:37 AM PST

KUCHING 12 Feb. - Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), Tan Sri Adenan Satem dipilih oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan dan nama Adenan sebagai calon pengganti kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam pertemuan di Astana Negeri hari ini.

"Saya akan meletak jawatan pada 28 Februari dan Adenan akan mengangkat sumpah pada hari yang sama.

"Peletakan jawatan saya dan Adenan sebagai Ketua Menteri baharu berkuat kuasa 1 Mac depan," katanya dalam sidang akhbar di Astana Negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dua pemandu teksi warga asing miliki MyKad

Posted: 12 Feb 2014 12:30 AM PST

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KAJANG 12 Feb. - Dua daripada tiga pemandu teksi warga Pakistan yang ditahan dalam operasi membanteras pemandu teksi warga asing oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikatakan memperoleh MyKad mereka di Sabah melalui seorang rakan.

Malah, seorang daripada mereka yang didakwa berusia 55 tahun melalui tahun lahir di MyKadnya, mempunyai gambar yang amat berbeza iaitu jauh lebih muda daripada gambaran sebenar.

Lebih menghairankan, MyKad lelaki yang dikatakan berasal dari Pakistan itu adalah MyKad baharu yang dilancarkan awal Januari 2012 yang dikatakan mempunyai ciri-ciri tambahan lebih baik termasuk 'ghost image' melalui teknologi turisan laser berbanding MyKad versi lama.

Ketika diasak penguat kuasa SPAD mengenai keadaan yang mencurigakan itu, lelaki berkenaan tetap mempertahankan beliau adalah warganegara Malaysia walaupun mengatakan dia hanya tiba di negara ini pada 1986.

Ironinya, lelaki berkenaan 'terpaksa' dilepaskan selepas pemeriksaan oleh petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap MyKad versi baharu itu mempunyai data lengkap di pusat maklumat utama JPN.

Sementara dokumen pengenalan sementara seorang lagi pemandu teksi yang dikatakan warga asing itu telah dirampas JPN ekoran dia dikatakan telah disenarai hitam.

Kedua-dua mereka tidak ditahan oleh SPAD dan terpaksa dilepaskan ekoran mempunyai segala dokumen yanjg diperlukan oleh suruhanjaya berkenaan.

"Apa pun keadaannya, kami akan tetap dan terus mengadakan operasi membanteras pemandu teksi warga asing yang ada di Kuala Lumpur.

"Malah, kita juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi panas dan akan bila-bila menahan mereka daripada terus beroperasi.

"SPAD tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan mengenai dokumen pengenalan diri mereka dan hanya JPN dan juga Jabatan Imigresen yang boleh mengambil tindakan, tapi soal teksi, kita tidak akan berkompromi.

"Jika kita mempunyai fakta kes, bukan hanya pemandu itu yang boleh dikenakan denda, malah teksi berkenaan boleh disita dan syarikat yang menggaji mereka juga boleh dikenakan tindakan keras dan denda," kata Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad selepas mengetuai operasi membanteras pemandu teksi warga asing dan ingkar peraturan di R&R Bukit Dukong, di sini hari ini.

Pada operasi bersepadu yang dijalankan selama sejam bermula pukul 11 pagi itu, 13 pemandu teksi tidak menggunakan guna meter, dua pemandu teksi yang menetapkan tambang manakala tiga warga asing yang disyaki menggunakan MyKad palsu telah ditahan.

Operasi yang akan diteruskan hingga ke malam itu turut disertai 84 anggota dan pegawai SPAD, JPN dan Jabatan Imigresen. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved