Utusan Online - Luar Negara |
Sekurang-kurangnya 200 orang mati lemas di Sudan Selatan Posted: 14 Jan 2014 10:05 AM PST JUBA 15 Jan. - Sekurang-kurangnya 200 orang penduduk Sudan Selatan mati lemas dalam satu kemalangan feri di Sungai Nil Putih, semalam. "Dari laporan yang kami terima mangsa yang terkorban di antara 200 ke 300 orang, mereka termasuk wanita dan kanak-kanak. Dipercayai bot berkenaan terlebih muatan. "Kesemua mereka mati ketika cuba melarikan diri dari pertempuran yang tercetus di Malakal, kata jurucakap tentera, Philip Aguer. - AFP |
16 terkorban dalam kebakaran kilang di China Posted: 14 Jan 2014 10:03 AM PST BEIJING 15 Jan. - Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dalam kejadian kebakaran kilang kasut di bandar Wenling, wilayah Zhejiang, semalam. Stesen penyiaran negeri CCTV melaporkan, bomba berjaya mengawal kebakaran selepas bertungkus-lumus selama tiga jam, selain menyelamatkan 20 orang pekerja kilang tersebut. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi belum dapat dipastikan dan siasatan awal yang dijalankan mendapati bahan kimia yang terdapat di kilang berkenaan menjadi faktor utama kebakaran. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan