Rabu, 12 Mac, 2025

Ahad, 3 November 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Banduan merusuh, empat cedera

Posted: 03 Nov 2013 11:14 AM PST

RIYADH 4 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang cedera apabila sekumpulan banduan di sebuah penjara merusuh dengan membakar pejabat di dalam premis itu, di sini semalam.

Agensi berita SPA yang memetik jurucakap penjara yang terletak di bandar Buraydah, utara Arab Saudi itu melaporkan, rusuhan tersebut berlaku ketika masa melawat mingguan.

Rusuhan itu menyebabkan tiga pejabat pentadbiran dibakar, menyaksikan dua anggota polis dan dua banduan cedera," katanya.

Punca rusuhan masih belum dikenal pasti. - AFP

Jepun salur dana bantuan kepada Jordan

Posted: 03 Nov 2013 11:13 AM PST

AMMAN 4 Nov. - Jepun menyalurkan dana sebanyak satu billion yen (RM30.37 juta) kepada Jordan, semalam bagi mengurangkan beban menyara beratus-ratus ribu pelarian Syria di negara tersebut.

``Dana tersebut bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Jordan dalam membantu pelarian Syrian.

``Ianya hadir selepas Jordan mengalami masalah ekonomi dan cabaran sosial berikutan situasi politik yang tidak menentu, kata Menteri Pembangunan, Ibrahim Saif dalam satu kenyataan.

Menurut Said lagi, dana berkenaan akan digunakan untuk membeli air, tangki kumbahan dan pengurusan sisa di kawasan penempatan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved