Utusan Online - Jenayah |
Mayat remaja dipercayai dibunuh ditemui Posted: 30 Nov 2013 10:09 PM PST ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai dibunuh dijumpai dalam keadaan tertiarap dalam sawah di Alor Senibong petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, mayat mangsa dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 3.45 petang. Bagaimanapun katanya, dua lagi adik perempuan mangsa berusia 12 dan 3 tahun yang turut keluar bersama mangsa dengan menaiki motosikal pada Jumaat lalu untuk ke rumah rakan mereka di Kampung Gelam di sini masih belum ditemui. - UTUSAN ONLINE |
Penjenayah maut dalam cubaan samun Posted: 30 Nov 2013 09:13 PM PST KUALA LUMPUR 1 Dis. - Seorang penjenayah maut dan seorang lagi cedera parah setelah ditembak polis dalam cubaan samun terhadap sebuah keluarga di Persiaran Syed Putra di sini pukul awal pagi ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya pagi ini mengucapkan tahniah kepada pasukannya ekoran kejayaan menumpaskan penjenayah terbabit. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan