Isnin, 28 Oktober 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fizo Omar-Mawar nikah 10 November ini

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
pengarang@utusan.com.my

FIZO Omar dan Mawar Abdul Karim menunjukkan cincin pertunangan mereka di e@Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/RIDUAN RIZAL AHMAD

PETALING JAYA 28 Okt. - Tarikh 10 November ini dipilih oleh pelakon Fizo Omar sebagai detik istimewa untuk menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Mawar Abdul Karim, 24.

Berkenalan sejak setahun lalu, Fizo memberitahu tarikh itu telah dipersetujui kedua-dua belah pihak keluarga dan hanya bertunang selama sehari.

Itu adalah permintaan keluarga, kami akan bertunang dahulu, pada 9 November sebelum dinikahkan pada keesokan harinya.

Kedua-dua majlis akan berlangsung di rumah Mawar yang terletak di Kajang, Selangor dan untuk majlis resepsi pula kami masih belum membuat keputusan tetapi yang pasti akan berlangsung di tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan," katanya dalam sidang akhbar di sebuah pawagam di Damansara, di sini hari ini.

Bercakap mengenai persiapan menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, buat masa ini semuanya berjalan dalam keadaan baik, sungguhpun kedua-dua mereka sebenarnya agak sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing.

Kami hanya membuat persiapan secara sendiri memandangkan waktu untuk berjumpa itu agak terhad.

Saya hanya akan bercuti minggu hadapan, manakala Mawar pula sedang sibuk dengan rekaan tudung eksklusif keluaran khas sempena majlis pertunangan dan pernikahan kami nanti," katanya.

Ditanya mengenai kejutan melamar Mawar di dalam pawagam, menurut Fizo idea ini datang dalam waktu yang singkat. Mahu menjadikannya lebih bermakna Fizo sempat menyiapkan filem pendek lakonannya yang menunjukkan kisah sebelum lamaran ini dibuat. Tanpa diduga Mawar yang pada mulanya beranggapan dia akan menonton filem lain, langsung terkejut apabila melihat kemunculan Fizo di layar.

Mengapa saya memilih untuk melamar di pawagam adalah kerana saya mahu Mawar tahu ini merupakan dunia saya. Saya memulakan rakaman filem pendek pertama arahan sendiri dan telah disiapkan dua hari lalu," katanya.

Sementara itu Mawar yang nyata terkesima dengan kejutan itu, memberitahu dia sebenarnya tertarik dengan sikap Fizo yang amat komited dalam setiap hal yang dilakukan.

Saya tidak sangka akan ada kejutan sebegini dari Fizo, sampai sekarang saya masih terkejut. Sebenarnya sikap Fizo yang tidak pernah putus asa menambat hati saya untuk menerimanya," katanya.

Fizo-Mawar pilih 10 November tarikh pernikahan

Posted: 28 Oct 2013 12:51 AM PDT

FIZO Omar dan bakal isterinya, Mawar Abdul Karim ketika mengumumkan tarikah pernikahan mereka dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN

PETALING JAYA 28 Okt. - Tanggal 10 November depan dipilih oleh Fizo Omar dan kekasihnya, Mawar Abdul Karim sebagai tarikh pernikahan mereka berdua.

Dalam satu sidang media di Damansara hari ini, Fizo memberitahu, majlis pertunangan mereka akan diadakan sehari sebelum pernikahan tersebut.

"Majlis pertunangan dan pernikahan kami akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9. Kami memilih kediaman Mawar yang terletak di Country Heights, Kajang sebagai lokasi pernikahan nanti," katanya.

Sebelum itu Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, membuat kejutan untuk Mawar dengan melamar kekasihnya itu di dalam pawagam yang turut disaksikan para media dan keluarga terdekat. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved