Selasa, 23 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


TPM arah siasat dakwaan pelajar makan dalam tandas

Posted: 23 Jul 2013 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di dalam tandas.

"Saya telah mengarahkan KPPM untuk siasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan di laman Twitter hari ini.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, kementerian telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah tersebut sedang dibaik pulih. - BERNAMA

Segera dakwa rakyat tempatan dalang insiden Lahad Datu

Posted: 23 Jul 2013 12:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan digesa bertindak segera mendakwa

rakyat tempatan yang disyaki menjadi dalang kepada pencerobohan

kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Kadzim M. Yahya berkata, tindakan itu

perlu dilakukan demi memberi keadilan kepada anggota-anggota pasukan

keselamatan yang terkorban dan tercedera ketika mempertahankan

kedaulatan negara.

"Saya meminta kerajaan mempercepatkan siasatan secara telus ke atas

dalang-dalang dalam negara yang terlibat dengan pencerobohan itu.

Mereka mestilah didakwa.

"Inilah satu cara kerajaan memberi penghormatan kepada pasukan

keselamatan yang terlibat di Lahad Datu di mana jasa dan bakti mereka

telah diperlekehkan oleh beberapa pemimpin pembangkang," katanya

ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara

hari ini.

Pada 26 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid

Hamidi menyatakan, kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin

pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas

Kiram di Sabah. - UTUSAN ONLINE

Tanjung Malim kawasan terbaharu IPU tidak sihat

Posted: 23 Jul 2013 12:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Julai - Berikut Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan-kawasan di seluruh negara sehingga pukul 2 petang ini.

Tidak sihat (101-200):

1. Tanjung Malim - 110

2. Muar - 104

3. Pelabuhan Klang - 104

4. Bukit Rambai - 103

Sederhana (51-100):

1. Kemaman - 99

2. Cheras - 98

3. Kuala Selangor - 97

4. Petaling Jaya - 96

5. Shah Alam - 94

6. Seri Manjung dan Kuala Terengganu - 91

7. Putrajaya, Batu Muda dan Banting - 90

- UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved