Utusan Online - Keluarga |
Keluarga mainkan peranan banteras jenayah Posted: Keluarga mainkan peranan banteras jenayahOleh ZUHAYATI YAZID Aminah Abdul Rahman beramah mesra dengan para penerima cek di majlis penyampaian cek peruntukan bantuan bagi melaksanakan Program Pencegahan Jenayah: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) di dewan LPPKN, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Apabila bercerita tentang jenayah pasti yang membayangkan ialah perkara yang membahayakan dan menakutkan. Malah lebih teruk ia melibatkan perkara-perkara yang menentang adat dan budaya termasuklah melanggar undang-undang Islam. Jenayah itu, jika dibiarkan pastinya membawa kemudaratan, sebab itu adalah menjadi satu kepentingan bersama untuk membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa. Menyedari kepentingan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini telah melancar Program Pencegahan Jenayah: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) bagi mempertingkatkan kualiti hidup di samping mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi. Malah melalui program SEKATA , pihaknya telah melantik beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama berjuang membanteras jenayah yang sedang meningkat naik. Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman memberitahu, keluarga dan masyarakat setempat memainkan peranan penting untuk bersama-sama kerajaan dan pihak polis mencegah kegiatan jenayah seperti sumbang mahram, rogol, seks luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain. Justeru, ahli keluarga perlu prihatin dan mengambil berat atas langkah-langkah pencegahan bagi mengelak ahli keluarga terlibat dengan kegiatan jenayah atau menjadi mangsa akibat kegiatan jenayah. "Pada peringkat permulaan, sebanyak 24 latihan untuk jurulatih telah dikendalikan kepada NGO bagi persediaan perlaksanaan program tersebut yang akan bermula pada Januari ini,'' ujarnya pada majlis penyerahan peruntukkan kepada NGO, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Katanya lagi, antara program yang akan dilaksanakan oleh bersama NGO yang terpilih adalah program teras seperti kemahiran keibubapaan, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan juga program kesedaran keselamatan keluarga. "Melalui program ini, ia bertujuan untuk menggembelingkan ahli keluarga, komuniti dan NGO setempat dalam usaha pencegahan jenayah di kawasan setempat tetapi juga membangun dan memperkukuhkan sistem-sistem sokongan sosial termasuklah yang sedia ada di dalam komuniti," ujarnya lagi. Dengan ada program seumpama itu, ia bukan sekadar mampu mengeratkan lagi kekeluargaan sesama masyarakat tetapi juga mampu memperkukuhkan lagi hubungan. Malah lebih penting, ia dapat mempertingkatkan kualiti hidup dengan mengekalkan ketenteraman , keselamatan dan kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan