Utusan Online - Feminin |
Posted: Penyertaan terbesar IFF-19Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN SELEPAS berkunjung ke beberapa destinasi antarabangsa, Festival Fesyen Islam (IFF) bertamu di bandar 'Serambi Mekah' Kota Bharu, Kelantan sebelum kembali ke lubuk asalnya, Kuala Lumpur bagi menjayakan pertunjukan ke-19 sepanjang minggu lalu. Membawa tema Oriental Charm, lebih 40 pereka tempatan dan antarabangsa terlibat dalam pertunjukan yang dikatakan paling besar pernah dianjurkan itu. Lebih menarik, pertunjukan kali ini turut disertai label antarabangsa, Kenzo yang membawa koleksi musim sejuk istimewa untuk IFF 2011. Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah berkata, ini merupakan lokasi keenam untuk tahun ini sahaja dan IFF sudah singgah ke lima destinasi baru dalam usaha mengembangkan sayap fesyen dunia Islam. Menurut beliau, apa yang ingin ditonjolkan pada setiap pertunjukan adalah satu sisi mengenai Islam dalam erti kata sebenar yang penuh kelembutan. "Tahun ini, 10 daripada 14 pertunjukan yang diadakan bertujuan meraih sumbangan bagi disalurkan kepada beberapa badan kebajikan. Adalah menjadi harapan kami agar usaha ini mampu meringankan beban mereka yang memerlukan," kata beliau. Pereka lama dan baru Beberapa pereka terkenal negara tidak ketinggalan menjayakan IFF-19 yang berlangsung di Hotel JW Marriot pada 14 hingga 18 November lalu. Antaranya Datuk Radzuan Radziwill, Datuk Tom Abang Saufi, Jovian Mandagie, Melinda Looi, Calvin Thoo, Farah Khan dan ramai lagi. Turut tersenarai, Syed Zain Al-Edrus (label Dezaine), Mohd. Azizi Hassan (Zizi Design), Nor Aini Mohd Sharif (Jarumas) dan banyak lagi. Tidak ketinggalan jenama busana muslim yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Hajaba oleh Moda Din, Najjah (Farrah Adeeba & Awin) dan juga pereka muda yang bernaung di bawah label Young Designers Arena (YODA). IFF-19 turut menggamit pereka dari Indonesia bagi memperaga busana indah ciptaan mereka iaitu Deden Siswanto, Ghea Panggabean, Ian Adrian, Itang Yunasz, Iva Latifah, Jenny Tjahyawati dan Paul Ropp. Pereka dari Australia, Amalina Aman juga tidak ketinggalan mempamer rekaannya selain pereka Hong Kong (Kanchan), Jepun (Sara Arai), Singapura (Mantara oleh Natasha Mirpuri & Sabeena Bani Ahuja, Jaipore Jewel) dan juga pereka dari Taiwan (Jenny Lin). Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan