Utusan Online - Feminin |
Posted: Fesyen Muslimah Allya MysaraOleh NOOR FAZRINA KAMAL
KOLABORASI dua sahabat karib untuk menghasilkan butik yang menjual pakaian berkonsepkan busana Muslimah akhirnya menjadi realiti. Lebih menarik, Kimi dan Yusri menggabungkan nama kakak dan anak saudara mereka iaitu Alya dan Maisara untuk mendaftarkan perniagaan mereka. Lalu tertubuhlah Alya Maisara Collections awal tahun 2011 eksklusif dari Ahmad Yusri Ismail (Yusri), 30, dan Wan Iskandar Zulkarnain Wan Ismail (Kimi), 26 tahun. Pada awal penubuhan, operasi perniagaan hanyalah bermula dari kondo kediaman di Setapak, Kuala Lumpur. Menjalankan perniagaan secara maya, Alya Maisara Collections telah berjaya mendapat tempat di hati peminat fesyen terutamanya busana muslimah elegan dan eksklusif. Keistimewaan busana Muslimah dua sahabat karib ini, walaupun penuh elegan namun ia dijual dengan harga yang mampu dimiliki. "Alya Maisara Collections mengorak langkah dengan menawarkan jualan secara borong busana kaftan, jubah dan blaus yang eksklusif. Koleksi yang ditawarkan sekali lagi telah berjaya menambat hati pemilik-pemilik butik muslimah. Koleksi Alya Maisara telah menjadi langganan pengusaha butik termasuk beberapa artis terkenal," ujar Kimi. Bukan itu sahaja, sentuhan Kimi dan Yusri membuatkan busana Muslimah yang dijual sesuai untuk dipakai semua lapisan umur. Malahan potongannya yang longgar turut memuatkan semua jenis badan. Pemilihan fabrik dan warna yang menarik menambah kepelbagaian dalam pemilihan oleh pelanggan. Bukan itu sahaja, butik ini turut menyediakan turban, tudung atau selendang bergaya yang boleh disuai padan dengan jubah yang dipilih. "Kami amat komited membawa koleksi dan rekaan terkini untuk dimiliki oleh setiap wanita di Malaysia. Walaupun kami menampilkan koleksi yang elegan dan eksklusif, harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh wanita di Malaysia bersesuaian dengan motto 'Kini Semua Mampu Bergaya Eksklusif… Hanya di Allya Mysara'," jelas Yusri. Koleksi Allya Mysara juga telah mendapat tempat di hati artis ternama antaranya Ogy dan adik beliau, Fazlina Datuk Ahmad Daud. Butik ini juga adalah antara penaja persalinan Ogy di Konsert AF9 dan juga rancangan terbitan Astro Jaguh Kampung. Bagi yang berminat melihat sendiri koleksi fesyen Muslimah ini boleh berkunjung ke butik yang terletak di Dataran Otomobil Shah Alam, Selangor dan Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan