Utusan Online - Utara |
- UniKL lancar pusat perubatan
- Politeknik Ungku Omar juara Perodua Eco-Challenge 2011
- USM pusat latihan perisian Linux
Posted: UniKL lancar pusat perubatanOleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH 5 Julai - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melakar sejarah terbaharu apabila melancarkan pusat perubatan pertama di Jalan Labrooy di sini, baru-baru ini. Dikenali sebagai Pusat Perubatan UniKL-RCMP (URMC), ia bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar kolej berkenaan, tetapi masyarakat setempat turut mendapatkan rawatan perubatan berkualiti dengan harga berpatutan. Pusat perubatan yang dibuka di tiga blok bangunan rumah kedai itu menawarkan perkhidmatan pakar seperti pediatrik, pembedahan am, pakar sakit puan, kemalangan dan kecemasan, radiologi dan x-ray. Majlis perasmian URMC itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad. Hadir sama, Pengerusi UniKL, Datuk Dr. Adham Baba dan Presiden UniKL, Prof. Datuk Dr. Abdul Hakim Juri. Ibrahim berkata, Mara menerusi UniKL, meneroka bidang perubatan kerana mahu mempraktikkan segala ilmu pengetahuan yang dimiliki bagi manfaat yang lebih meluas kepada orang ramai dan generasi akan datang. "Kita mempunyai pakar farmasi dan doktor. Buat masa ini, ia dibuka di Ipoh terlebih dahulu dan kita akan melihat perkembangannya sebelum cadangan untuk memperluaskannya ke tempat lain dipertimbangkan. "Penubuhan hospital ini juga mampu menjana pendapatan melalui perkhidmatan farmasi dan perujian teknologi makmal, sekali gus membuka peluang kepada pengwujudan lebih banyak golongan usahawan dalam bidang perubatan," katanya. Ibrahim menambah, penubuhan hospital tersebut antara lain selari dengan hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mahu perkhidmatan perubatan dikenakan pada harga berpatutan kepada orang ramai. Menurut beliau, khidmat doktor pakar URMC diperoleh daripada tenaga pengajar Kolej Perubatan Diraja Perak, UniKL (UniKL-RCMP) yang sangat berpengalaman serta pernah berkhidmat dengan beberapa klinik dan hospital sebelum ini. Tambah beliau, URMC yang beroperasi pada setiap hari kini memiliki seramai 27 tenaga kerja yang berkhidmat mengikut syif. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Politeknik Ungku Omar juara Perodua Eco-Challenge 2011 Posted: Politeknik Ungku Omar juara Perodua Eco-Challenge 2011PASUKAN Politeknik Ungku Omar gembira selepas menjuarai perlumbaan Perodua Eco-Challenge 2011 di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, baru-baru ini. IPOH 5 Julai - Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, menjuarai perlumbaan Perodua Eco-Challenge 2011 di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC), Ayer Keroh, 25 Jun lalu. Pegawai Perhubungan Awamnya, Hasmiza Hussin berkata, kemenangan itu membolehkan PUO memenangi hadiah wang tunai RM20,000, medal dan trofi setelah dinobatkan sebagai juara kategori pemanduan paling jauh. Katanya, bagi kategori itu, kereta ciptaan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) berjaya dipandu sejauh 24.07 kilometer menewaskan 12 pasukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain. "Penyertaan PUO kali ini lebih mencabar kerana pensyarah dan pelajar perlu mencipta dan membina kenderaan yang mampu bergerak sejauh mungkin dalam tempoh lima bulan. "Selain itu, kemenangan ini juga bermakna apabila kami berjaya menewaskan juara tahun lalu iaitu Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Pertandingan anjuran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) itu ditentukan berdasarkan jarak maksimum yang dapat dicapai dengan hanya menggunakan minyak setengah liter petrol mengikut modifikasi pada enjin. Perodua Eco-Challenge kali ini mempertandingkan tiga kategori iaitu rekabentuk, kejuruteraan dan pemanduan paling jauh. Bagi kategori reka bentuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipilih sebagai juara dan bagi kategori kejuruteraan pula dimenangi Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada pertandingan itu, Universiti Industri Selangor (Unisel) muncul naib juara pada pertandingan itu dan memperoleh hadiah wang tunai RM10,000 dan tempat ketiga menjadi milik USM dengan membawa pulang hadiah RM5,000. Menurut Hasmiza, kejayaan tersebut merupakan hasil kerja keras semua pelajar yang memberikan sepenuh komitmen dalam pembuatan kereta dan pengubahsuaian enjin yang memakan masa lebih lima bulan. "Kami diberikan wang tunai oleh Perodua RM17,500 untuk membina kereta masing-masing dan turut diberikan enjin tiga silinder dan sistem transmisi bagi diubah suai agar mampu meminimumkan penggunaan minyak," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
USM pusat latihan perisian Linux Posted: USM pusat latihan perisian Linux
PULAU PINANG 5 Julai - Universiti Sains Malaysia (USM) terpilih untuk menjadi pusat latihan bertauliah bagi perisian Linux di negara ini. Menerusi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM menawarkan tiga program persijilan kepakaran iaitu kursus Junior Level Linux Professional, Advanced Level Linux Professional dan Senior Level Linux Professional bagi pihak Institut Profesional Linux (LPI) yang berpusat di New Brunswick, Kanada. Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, pelantikan tersebut mengukuhkan lagi keupayaan pihaknya dalam menawarkan khidmat kepada masyarakat khususnya membangunkan sektor teknologi komunikasi berasaskan perisian sumber terbuka. "Sumber terbuka bermakna sesiapa sahaja boleh dan berhak untuk mendapat akses kepada teknologi tersebut tanpa terikat kepada mereka yang mampu sahaja dan tidak langsung berlandaskan kepada komoditi. "Ia juga bermakna kita boleh berkongsi apa sahaja teknologi yang kita bangunkan untuk rakyat dan setiap orang mempunyai hak yang sama untuk memanfaatkan teknologi berkenaan," katanya di sini baru-baru ini. Beliau sebelum itu menandatangani perjanjian rakan kongsi akademik dengan LPI. LPI diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jim Lacey Master Affiliate Asia Pacific LPI, Christy Chang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan