Utusan Online - Johor |
Keindahan Kota Tinggi tercemar Posted: Keindahan Kota Tinggi tercemar
Saudara pengarang, Senario itu mencacatkan pemandangan apatah lagi keadaan longkangnya yang tidak diurus dengan sempurna sehingga mendatangkan bau busuk dan pemandangan menjijikkan. Keadaan tersebut dapat dilihat melalui Jalan Tun Sri Lanang berdekatan premis perniagaan di Dataran Jam ekoran sikap penduduk yang membuang sampah-sarap di dalamnya. Pelbagai kempen dilaksanakan oleh PBT untuk melestarikan kebersihan dan keceriaan di daerah Kota Tinggi tidak akan tercapai jika sikap pentingkan kebersihan di kalangan penduduk dan peniaga masih di takuk lama. Keadaan ini boleh menjejaskan masa depan sektor pelancongan lebih-lebih lagi tahun ini merupakan Tahun Melawat Kota Tinggi. Apalah guna langkah pihak yang berkenaan mengindahkan lokasi tumpuan pelancong seandainya aspek kebersihan longkang dan kemudahan lain masih diabaikan. Usaha itu juga menjadi sia-sia jika peniaga dan orang ramai tidak mementingkan tahap kebersihan dan hanya mengutamakan keuntungan tanpa mengambil berat aspek kebersihan serta sistem perparitan. Apa yang membimbangkan, masalah kebersihan longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna itu akan mewujudkan ketidakselesaan penduduk dan pengunjung sekali gus menyumbang kepada penularan wabak penyakit. TEROPONG KOTA Kota Tinggi | ||
Anak Segamat bangga dengan Pegawai Daerah Posted: Anak Segamat bangga dengan Pegawai DaerahMAWAR BIRU Saudara Pengarang, Antaranya, pokok-pokok besar telah ditebang, kawasan tanah perkuburan turut dibaik pulih seperti di Kampung Lubuk Batu, laluan pejalan kaki dibaiki, kawasan sekitar bandar diperindahkan dengan landskap malah kawasan semak di tepi jalan utama di bandar turut dibersihkan. Saya juga pernah mendengar cerita seorang warga emas yang mengadu kepada Pegawai Daerah agar laluan ke rumahnya diturap dan beberapa hari kemudian jalan tersebut siap diturap. Malah walaupun baru bertugas, beliau telah menjelajah ke seluruh pelosok kampung di daerah ini untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat seterusnya mengarahkan jabatan berkaitan mengambil tindakan segera. Diharapkan juga agar Pegawai Daerah dapat membuat lawatan melihat keadaan kuarters kerajaan yang dihuni oleh kakitangan yang rata-rata berhadapan dengan pelbagai kerosakan. Walaupun telah beberapa kali memohon pihak Jabatan Kerja Raya agar membaik pulih kuarters kerajaan tersebut namun alasan yang diberikan hanyalah tiada peruntukan atau peruntukan tidak mencukupi. Kuarters lama juga semakin terbiar seperti rumah yang pernah didiami oleh Yang Berhormat Othman Jais di Bandar Batu Anam. Saya yakin jika diberi peluang ada di antara kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters berkenaan bersedia membeli kuarters tersebut jika pihak kerajaan tidak bersedia membaik pulih kuarters berkenaan. Demikian juga diharapkan agar jalan-jalan diturap semula sebagaimana yang dilakukan pada belakang dan antara kedai di bandar ini. Rata-rata penduduk Segamat mengharapkan Pegawai Daerah yang ada sekarang dapat terus berkhidmat di daerah ini agar banyak masalah dapat diatasi. Kepada Pegawai Daerah Segamat, segala usaha dan jasa baik anda amat dihargai. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan