Utusan Online - Johor |
Posted: Penunggang motosikal tegarOleh RAHIMAH MOHAMED
MERSING 4 Julai - Segelintir penduduk di sekitar Endau di sini masih kurang menitikberatkan keselamatan diri dengan mengabaikan pemakaian topi keledar setiap kali menunggang motosikal. Tindakan penunggang motosikal degil itu bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah, pengguna jalan raya yang lain. Meskipun pelbagai sekatan, pemeriksaan dan rondaan dijalankan oleh pihak berkuasa, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada golongan tersebut. Lebih mengecewakan, ada antara ibu bapa yang menunggang motosikal memakai topi keledar tetapi membiarkan anak-anak yang membonceng tanpa topi keledar. Seorang penduduk, Nor Dania Amar, 20, berkata, sikap degil penunggang terbabit menunjukkan mereka tidak insaf atau tidak takut melihat kecederaan dan kematian membabitkan penunggang motosikal yang berlaku saban hari. "Mungkin penunggang motosikal fikir mereka kebal atau kepala mereka tidak akan pecah. Sebab itulah mereka tidak menghiraukan keselamatan diri," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Bagi Mukmin Azani, 33, golongan pelajar harus dididik supaya memakai topi keledar meskipun menunggang motosikal ke tempat yang dekat. "Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawati sebelum terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. "Walaupun kerap disiarkan di dalam akhbar perihal bahaya menunggang tanpa menggunakan topi keledar, ia ibarat mencurah air ke daun keladi," katanya. Bagi menangani perkara itu, pihak berkuasa khususnya polis diminta terus menggiatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap penunggang degil. | ||
Terganggu bau busuk, haiwan berbisa Posted: Terganggu bau busuk, haiwan berbisaTAK TAHAN LAGI
Saudara pengarang, Bagaimanapun, aktiviti pembuangan dan pelupusan sampah di kawasan tersebut masih dijalankan seperti biasa hingga kini. Keadaan tersebut menyebabkan penduduk sekitar terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk selain kehadiran haiwan berbisa dan serangga perosak di kawasan berkenaan. Lebih membimbangkan penduduk, kehadiran haiwan dan serangga itu boleh mendatangkan penyakit. Bau busuk semakin ketara setiap kali hujan memandangkan air dari tapak pelupusan tersebut memasuki jalan raya dan kawasan sungai berhampiran. Penduduk mengakui aktiviti harian mereka terganggu dengan bau busuk yang datang dari tempat pelupusan sampah berkenaan. Justeru, penduduk meminta supaya pihak yang berkenaan menghentikan operasi di kawasan tersebut serta-merta dan mencari lokasi baru di tempat lain. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan