Utusan Online - Johor |
Naik taraf perhentian bas Endau Posted: Naik taraf perhentian bas EndauOleh RAHIMAH MOHAMED
MERSING 1 Julai - Penduduk yang menggunakan perhentian bas dan teksi Pekan Endau di sini meminta agar pihak bertanggungjawab menaik taraf kemudahan di kawasan itu seiring dengan kemajuan yang dinikmati di tempat lain. Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk berpendapat tempat tersebut tidak mempunyai daya tarikan bagi pengunjung selain tidak mempunyai kemudahan awam yang mencukupi sejak sekian lama. Seorang pengunjung dari Rompin, Mohd. Noor Idrus, 60, berkata, kesemua deretan kedai kayu di sepanjang jalan kini kelihatan usang dan sepatutnya sudah lebih awal ditukar baru. "Saya sarankan, sudah tiba masanya kedai-kedai lama yang diperbuat dari kayu yang mana telah hampir reput itu ditukar baru dan dibina beberapa kedai menjual telefon bimbit, kedai runcit dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini. Pemandu bas, Yahya Ahmad, 63, turut kecewa dengan kerana tiada penumpang yang menaiki basnya saban hari yang didakwa disebabkan lokasi perhentian itu sendiri dan ia merupakan perkara yang tidak baik kepada imej pekan ini. "Sudahlah pekan ini sunyi dan terpencil, penumpang pun jarang menaiki bas awam di tempat ini. Ia mungkin juga kerana kedudukan perhentian bas di pekan ini agak tersembunyi daripada pandangan mata orang ramai," katanya. Utusan Malaysia turut dimaklumkan, beberapa buah kedai makan yang ada di kawasan itu juga ketiadaan pelanggan malah penduduk Endau sendiri berkunjung ke Tanjung Gemok kerana tiada makanan menarik di sekitar pekan ini. Pemandu teksi Endau, Senawi Johari, 64, berkata, kekurangan pengunjung dan penduduk singgah ke pekan itu turut menyukarkan dia mencari wang perbelanjaan harian dan bayaran sewa teksinya. "Siapa yang tidak sedih kerana inilah periuk nasi saya yang hanya bergantung harap kepada mereka yang ingin menaiki teksi saya sahaja, namun jika perhentian bas dan teksi Endau ini tiada perubahan baru, selagi itulah tidak ada pengunjung yang singgah ke tempat ini," luah Senawi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Permohonan tapak bazar Ramadan dibuka Posted: Permohonan tapak bazar Ramadan dibukaJOHOR BAHRU 1 Julai - Orang ramai yang berminat berniaga di bazar Ramadan boleh membuat permohonan tapak perniagaan di Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Jalan Tun Razak di sini Isnin ini bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pengurus Eksekutif yayasan itu, Juraidah Hassan berkata, sebanyak 295 petak perniagaan disediakan di 10 tapak iaitu Bukit Kempas, Permas Jaya, Masjid Skudai Kiri, Taman Anggerik, Taman Bukit Mewah, Taman Daya, Taman Kota Puteri, Taman Rinting, Taman Sri Tebrau dan Taman Pandan Batu 7. "Kadar bayaran yang dikenakan bagi sewaan tapak adalah antara RM135 hingga RM180 bergantung kepada lokasi permohonan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Orang ramai yang berminat diminta hadir ke lokasi yang disebutkan dengan membawa salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport, penyata suntikan TY2 dan salinan suntikan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Bandaraya Johor Bahru di talian 07-2248950. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan