Utusan Online - Jenayah |
Gas pemedih mata bukan punca kematian peserta Bersih - Polis Posted: Gas pemedih mata bukan punca kematian peserta Bersih - PolisKUALA LUMPUR 9 Julai - Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang berada di KLCC sewaktu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini, namun menolak punca kematiannya disebabkan terkena semburan gas pemedih mata. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami sesak nafas atau menghidap penyakit jantung sehingga meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam kejadian itu. "Saya dimaklumkan, selepas perhimpunan haram di KLCC selesai, seorang wanita menghubungi ambulans mengatakan lelaki itu sesak nafas. "Sebaik sahaja ambulans tiba, pesakit itu masih dalam keadaan sesak nafas namun dia disahkan meninggal dunia di HKL (Hospital Kuala Lumpur)," katanya. Beliau ditanya mengenai laporan portal sebuah akhbar propembangkang hari ini mengenai kematian seorang peserta perhimpunan Bersih yang terkena semburan gas pemedih mata di KLCC. Memetik laporan portal itu, Baharudin Ahmad, 58, bersama rakan dan keluarganya berada di KLCC tidak sedar diri apabila disembur gas pemedih mata oleh polis. Allahyarham yang tinggal di Setiawangsa merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Rosni Melan. Menurut Amar Singh, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah. |
10 ditahan, rampas peluru senapang Posted: 10 ditahan, rampas peluru senapangSHAH ALAM 9 Julai - Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun setelah menemui peluru senapang patah serta parang yang dibalut dengan bendera sebuah parti politik di Kuala Selangor, malam semalam. Penahanan tiga individu yang menaiki sebuah kereta itu dibuat dalam sekatan jalan raya bagi mencegah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada pukul 9.50 malam. Menurut kenyataan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini, polis juga menahan tujuh lelaki dalam sekatan jalan raya di dua lokasi berasingan di daerah Kuala Selangor pukul 4.30 petang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan