Khamis, 30 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lagi NGO cuba serap fahaman komunis

Posted:

Lagi NGO cuba serap fahaman komunis

Lagi NGO cuba serap fahaman komunis


ARJUNAIDI Mohamed menunjukkan gambar Shamsiah Fakeh yang turut dirampas dalam serbuan polis di sebuah banglo pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, kelmarin.


PETALING JAYA 30 Jun - Cubaan menghidupkan fahaman komunis dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini, nampaknya tidak boleh lagi dinafikan kebenarannya berikutan penemuan bukti-bukti baru dalam serbuan polis di sebuah banglo di Seksyen 4 di sini semalam.

Pemeriksaan dalam premis yang disewa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kesedaran Komuniti Selangor yang menyokong Bersih itu menemui himpunan gambar para pemimpin komunis dari dalam dan luar negara.

Antara pemimpin yang dikenal pasti di dalam gambar hitam putih itu ialah Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD bersama isterinya dan anggota Rejimen Ke-10 PKM, Shamsiah Fakeh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan NGO itu terbongkar apabila polis menyerbu banglo itu pada pukul 12 tengah hari semalam yang dijadikan sekretariat untuk memantau dan memastikan kelancaran perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menahan lima wanita dan dua lelaki berusia antara 23 hingga 54 tahun yang bekerja dengan NGO berkenaan.

"Polis turut merampas beberapa dokumen, sepanduk dan baju T yang akan digunakan pada perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini.

"Kesemua barang itu menjurus kepada usaha untuk meracuni fikiran orang ramai agar menyertai perhimpunan haram tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Arjunaidi berkata, barang-barang yang dirampas adalah 5,154 keping risalah bercetak berkaitan Bersih termasuk 10 gambar pemimpin komunis seperti Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh serta 473 lilitan kepala tertera tulisan Bersih.

Turut dirampas, 314 helai baju T berwarna kuning, 136 baju T berwarna krim dan 91 baju T berwarna oren yang mempunyai perkataan 'Tidak Mahu Pilihan Raya Kotor' serta lapan baju T berwarna kuning tertera perkataan Bersih 2.0

Mengenai gambar-gambar pemimpin komunis yang dirampas, Arjunaidi berkata, ia adalah sama dengan gambar yang dirampas oleh polis Pulau Pinang daripada pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

"Anda nilai sendiri (kaitan dengan komunis). Yang dirampas di Pulau Pinang ada gambar sama, di sini pun ada gambar sama. Di Pulau Pinang ada perhimpunan Bersih, di sini pun ada perhimpunan Bersih," katanya.

Arjunaidi berkata, kesemua tujuh yang ditahan dalam serbuan semalam sudah dibebaskan dengan jaminan polis pukul 11 malam tadi. Polis masih menyiasat kes ini di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis hanya tahan individu berkaitan Bersih

Posted:

Polis hanya tahan individu berkaitan Bersih

Polis hanya tahan individu berkaitan Bersih

KUALA LUMPUR 30 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menahan mana-mana pihak hanya kerana mereka memakai baju berwarna kuning, sebaliknya akan mengambil tindakan ke atas individu terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada 9 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, perkara itu perlu dijelaskan setelah terdapat sindiran daripada sesetengah pihak yang mencadangkan agar kerabat diraja dan pelancong yang memakai baju berwarna kuning juga perlu ditahan.

"Perlu saya tegaskan di sini, kami tidak tangkap semua orang yang berbaju kuning. Kami hanya akan ambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan perhimpunan haram Bersih," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, polis secara jelas sudah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan kepada mana-mana pertubuhan yang merancang menganjurkan perhimpunan pada hari tersebut.

"Walaupun polis sudah memberikan amaran, penganjur tetap berdegil meneruskan perhimpunan yang boleh mencetuskan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan dan mungkin membahayakan nyawa," tegas beliau.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada menyertai perhimpunan haram tersebut demi menjaga keselamatan diri sendiri selain keamanan dan ketenteraman awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih

Posted:

Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih

Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Wan Ahmad Wan Omar berucap pada program Ceramah Makan Tengah Hari bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menegaskan bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil, telus serta bebas daripada campur tangan kerajaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, buktinya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pada 2008 pihak pembangkang berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan menguasai lima negeri.

Beliau berkata, satu lagi fakta yang harus diambil kira ialah kemampuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan partinya mempertahankan pemerintahan di Kelantan selama 21 tahun.

"Peraturan yang sama digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 (2004) yang mana Barisan Nasional (BN) menang besar. Peraturan ini juga yang digunakan untuk PRU Ke-12.

"Pada pilihan raya itu berlaku tsunami politik hingga menyebabkan BN hilang majoriti apabila pembangkang menang di 82 kerusi Parlimen. Lima negeri jatuh kepada mereka. Apa lagi yang kotor?,'' katanya.

Beliau berkata demikian di dalam program Ceramah Makan Tengah Hari yang bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR? anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat serta para peserta terdiri di kalangan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, wakil agensi kerajaan serta pelajar.

Wan Ahmad berkata, jika keadilan bukan menjadi dasar SPR sudah tentu kemenangan mereka akan dinafikan dan tidak mungkin Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri Besar selama 21 tahun.

"Di Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang tanpa diduga dan begitu juga dengan beberapa negeri lain. Ini bukti paling jelas bahawa pilihan raya di Malaysia ini adil tidak ada tersembunyi. Tuan-tuan fikirkanlah,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui keadilan yang menjadi pegangan SPR itu tidak dipandang oleh pihak pembangkang, sebaliknya mereka berusaha mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa SPR bersekongkol dengan kerajaan terutama isu daftar pemilih.

"Tujuannya supaya rakyat membenci SPR. Nampaknya apa yang mereka lakukan ini berjalan seperti mana mereka kehendaki. Bagi menterjemahkan kebencian itu rakyat akhirnya akan mengundi pembangkang pada pilihan raya,'' ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya Bersih terus berkeras mahu terlibat di dalam politik, organisasi itu perlu didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan kemudian bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Daftarkan Bersih sebagai parti politik sekiranya mahu terbabit dengan politik dan bukan anjurkan perhimpunan. Perhimpunan hanya mengundang kesan buruk kepada negara dan menjejaskan hidup rakyat.

"Jika tidak, Bersih dan Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan perlu segera pisahkan diri daripada parti politik. Perkukuhkan agenda Bersih," katanya.

Mengenai senarai daftar pemilih, beliau berkata, dalam sistem pendaftaran sekarang adalah mustahil seseorang pengundi boleh mengundi sebanyak dua kali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPR tidak pernah tutup pintu rundingan

Posted:

SPR tidak pernah tutup pintu rundingan

SPR tidak pernah tutup pintu rundingan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi tujuan menambah baik perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebaliknya berkata, SPR sedia bertemu dengan Bersih seperti mana yang pernah diadakan pada November tahun lepas bagi membincangkan segala isu berbangkit berkaitan dengan sistem pilihan raya di Malaysia.

"Laksanakan maksud perjuangan Bersih melalui cara yang betul. Kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan mereka demi kebaikan proses demokrasi negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian di dalam program Ceramah Makan Tengah Hari yang bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR? anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat serta para peserta terdiri di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, wakil agensi kerajaan serta pelajar.

Mengenai pertemuan pertama dengan pihak Bersih November tahun lalu, Wan Ahmad berkata, dalam pertemuan itu Ambiga serta anggota Bersih yang hadir telah membawa 17 cadangan untuk dibincangkan.

Beliau berkata, mereka juga diberi peluang mengeluarkan pandangan tentang perlaksanaan pilihan raya di negara ini.

"Mereka memberi pandangan berdasarkan latar belakang masing-masing dan saya akui ada di antara cadangan mereka tidak boleh dilaksanakan dalam sekelip mata kerana ia melibatkan peruntukan Perlembagaan. Namun begitu ada juga cadangan yang kita pertimbangkan,'' katanya.

Pada akhir pertemuan, beliau berkata, Ambiga dan rakan-rakannya berpuas hati perbincangan diadakan hampir empat jam di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Sebab itu, saya terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada Bersih. Jika tahun lalu mereka boleh berunding mengapa mereka tiba-tiba mahu anjurkan perhimpunan. Saya akui mereka mahu bertemu dengan SPR dan kita maklumkan ada baiknya pertemuan itu diadakan selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Mereka tidak berpuas hati kerana ia juga berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak. Mengapa terlalu tergesa-gesa sehingga semua nasihat pihak keselamatan dan nasihat pelbagai pihak tidak diendahkan,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad berkata, Bersih perlu fokus dalam perjuangan mereka sama ada mahu membantu menambah baik sistem demokrasi di negara ini atau menjadi alat kepada pihak lain menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ujarnya, dalam suasana sekarang, pihak pembangkang sentiasa mencari peluang untuk mempengaruhi rakyat termasuk mengambil contoh kebangkitan rakyat di Mesir, Yemen dan Syria menumbangkan kerajaan sedia ada walaupun perbandingan itu jelas tidak betul.

"Bagi SPR, apa yang berlaku di negara ini termasuk perhimpunan Bersih 2, semuanya adalah agenda politik.

"Pada tahun 2007, Bersih 1 telah diadakan. Seramai 50,000 orang keluar ke jalan raya menyokong perhimpunan itu. Mereka putar belitkan isu. Hasilnya mereka menang 82 kerusi dan berjaya takluk lima negeri pada pilihan raya yang diadakan pada tahun berikutnya,'' katanya lagi.

Wan Ahmad berkata, hakikatnya perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini menjadi landasan kepada parti-parti pembangkang untuk menunjukkan usaha mereka menawan Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mungkin hilang Safee

Posted:

Mungkin hilang Safee

Mungkin hilang Safee

Oleh FERZALFIE FAUZI dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my


Abdul Hadi Yahaya menjadi pilihan K. Rajagobal pada posisi penyerang ekoran kecederaan Safee Sali apabila skuad negara menentang Taiwan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Taipei, Ahad ini.


KUALA LUMPUR - Skuad negara ke Taipei semalam bukan sahaja tanpa bekalan selesa apabila cuma menang 2-1 ke atas Taiwan di laman sendiri pada Kelayakan Piala Dunia, tetapi dihimpit risiko kehilangan Safee Sali pada aksi timbal balik, Ahad ini.

Kelibat Safee hanya sempat disaksikan pada babak pertama perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, apabila pemain itu dikeluarkan akibat cedera bahagian urat pelipat lutut.

Situasi itu pastinya merumitkan lagi misi skuad negara untuk menembusi kubu lawan di Taipei, kerana Taiwan kini yang memiliki kelebihan apabila meledak satu gol di sini, kelmarin.

Jurulatih Datuk K. Rajagobal sememangnya berdepan masalah tidak banyak pilihan di bahagian penyerang sejak aksi persahabatan dengan Myanmar di Kota Bharu 18 Jun lalu dan terpaksa menggunakan penyerang Terengganu, Abd. Hadi Yahya sambil dibantu oleh Baddrol Bakhtiar.

Ekoran masalah terbaru yang membelenggu skuad negara, Rajagobal berdepan tugas berat untuk membentuk percaturan bahagian serangan pada aksi di Stadium Perbandaran Taipei, Ahad ini.

"Apa-apa pun, menang tetap menang (di sini), tetapi saya akan melihat kecederaan yang menimpa Safee. Saya rasa dia mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan kedua kerana masalah urat pelipat lutut," katanya selepas perlawanan kelmarin.

Ini bermakna skuad kebangsaan kehilangan dua penyerang utama termasuk Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi watak penting ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, kecuali jika pemain itu pulih menjelang pertemuan Ahad ini.

Selain Abdul Hadi dan Baddrol, Rajagobal masih memiliki seorang lagi calon yang mampu mengisi kekosongan bahagian serangan iaitu Ahmad Fakri Saarani, yang dimasukkan sebagai pemain gantian kelmarin.

Namun, Ahmad Fakri gagal membentuk gandingan mantap bersama Abdul Hadi, apabila mereka digandingkan buat pertama kali namun terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan pada babak kedua kelmarin.

Sementara itu, pada bahagian tengah Malaysia mungkin tidak dapat menggunakan khidmat ketua pasukan, Safiq Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian lutut, namun tahap kecederaan tersebut masih menjadi tanda tanya.

Namun, tiada masalah besar buat Rajagobal pada posisi lain termasuk penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli yang memberikan persembahan baik, namun kesilapan barisan pertahanan membiarkan Chen Po Liang menjaringkan gol kelmarin, sesuatu yang tidak boleh diterima.

Gandingan Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Fadhli Shas agak leka sehingga membolehkan Taiwan memperoleh jaringan yang amat diperlukan mereka sebagai bekalan untuk perlawanan di gelanggang sendiri.

"Jaringan pasukan lawan akibat kelalaian pertahanan kita," kata Rajagobal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyu berpeluang julang trofi

Posted:

Penyu berpeluang julang trofi

Penyu berpeluang julang trofi


penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya yang kini bersama skuad kebangsaan untuk Kelayakan Piala Dunia, akan kembali memperkuatkan pasukannya pada perlawanan terakhir Liga Super, Rabu ini.


KUALA TERENGGANU - Peluang Terengganu untuk menjuarai saingan Liga Super 2011 masih terbuka, kata ketua jurulatih pasukan itu, Irfan Bakti Abu Salim.

Menurutnya, ini berdasarkan rekod pertemuan dua pasukan teratas iaitu Kelantan dan Selangor dengan lawan masing-masing kurang memberangsangkan.

Katanya, perlawanan terakhir pada 6 Julai ini menyaksikan tiga pasukan teratas liga termasuk Terengganu, akan bertandang ke tempat lawan.

"Harus diingat Kelantan akan bertandang ke Sabah, yang mana bukan senang untuk kalahkan tuan rumah itu, dan kalau kita lihat, hanya tiga pasukan yang berjaya mencipta kemenangan ketika bermain di Sabah pada musim ini, iaitu Terengganu, Selangor dan Johor FC.

"Justeru, saya melihat Terengganu masih mempunyai peluang untuk bergelar juara Liga Super, dan kita akan memanfaatkan sepenuhnya peluang tanpa mengira apa jua keputusan yang diperoleh lawan nanti," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mengenai barisan pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan itu, Irfan Bakti berkata, beliau memilih menurunkan skuad utama ketika menentang Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA awal Jun lepas.

"Semua pemain utama kita dapat diturunkan, dan sudah tentu mempunyai harapan yang tinggi untuk dinobatkan juara Liga Malaysia selepas berjaya menjulang Piala FA 11 Jun lalu," katanya.

Beliau juga enggan mengulas persiapan untuk saingan Piala Malaysia yang dijadual selepas Hari Raya Puasa kerana ingin memberi tumpuan terhadap perlawanan terakhir menentang Felda United Rabu depan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Latihan tentera di Laut China Selatan rutin

Posted:

Latihan tentera di Laut China Selatan rutin

Latihan tentera di Laut China Selatan rutin

BEIJING 30 Jun - China menyifatkan siri latihan tentera lautnya, baru-baru ini sebagai 'rutin' dan tidak ada kaitan dengan ketegangan yang berlarutan di Laut China Selatan, melibatkan beberapa negara jiran dalam tuntutan wilayah bertindih.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Yang Yujun menggesa media supaya tidak membuat spekulasi mengenai tujuan latihan itu apabila beliau ditanya mengenai enam latihan yang dijalankan oleh tentera laut China pada bulan ini, termasuk latihan bersama Vietnam di Teluk Tonkin.

"China berharap semua pihak akan melihat latihan rutin yang dijalankan oleh tentera laut China secara objektif dan rasional," kata Yujun, yang dilapor oleh agensi berita Xinhua, semalam.

Katanya, China berharap semua negara yang terlibat dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan 'mengutamakan keamanan dan kestabilan rantau ini dan meningkatkan sumbangan' ke arah mencapai matlamat itu.

China, Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih ke atas beberapa bahagian wilayah di Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan sumber minyak dan gas dan menjadi laluan perkapalan penting bagi perdagangan global.

Filipina dan AS, kelmarin melancarkan latihan bersama tentera laut selama 11 hari di perairan Filipina berhampiran Laut China Selatan.

Di Manila semalam, kerajaan Filipina mengumumkan akan mengeluarkan lebih banyak permit kepada syarikat swasta untuk mencari gali minyak dan gas di laut tersebut.

Sejumlah 15 kontrak cari gali akan ditawarkan hari ini, kebanyakannya untuk blok luar pesisir di perairan Pulau Palawan, barat Filipina, menurut Jabatan Tenaga dalam satu kenyataan.

Jabatan itu tidak memberikan butir lanjut selain berkata, blok-blok itu termasuk Palawan Timur iaitu bahagian di dasar Laut China Selatan, serta Palawan Barat Laut dan lembangan Laut Sulu.

"Pemberian kontrak itu dijangka menarik pelaburan dalam aktiviti cari gali minyak dan gas yang akan menyumbang kepada pencapaian sasaran negara ini untuk memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaganya," menurut jabatan itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambatan terpanjang di dunia

Posted:

Jambatan terpanjang di dunia

Jambatan terpanjang di dunia


Papan tanda berbunyi: "Shandong Highway Corp. akan membuka jambatan lebuh raya Shandong Teluk Jiaozhou'' terpampang di atas jambatan teluk Jiaozhou di bandar Qingdao, wilayah Shandong, kelmarin. Ia merupakan jambatan terpanjang di atas permukaan laut di dunia yang mula dibuka, semalam. – REUTERS/China Daily


BEIJING 30 Jun - China membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut - Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao, hari ini.

Jambatan sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter itu menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).

Penilaian pembinaan jambatan itu telah diluluskan pada Isnin lalu dan jambatan beserta terowong bawah laut itu dibuka kepada lalu lintas mulai hari ini.

Jambatan yang disokong oleh 5,000 tiang itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, namun jambatan China ini lebih empat kilometer panjang daripadanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tahanan reman 30 penyokong Bersih sah, kekal - Mahkamah

Posted:

Tahanan reman 30 penyokong Bersih sah, kekal - Mahkamah

Tahanan reman 30 penyokong Bersih sah, kekal - Mahkamah

PULAU PINANG 30 Jun - Perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap 30 penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj, diisytiharkan sah dan betul oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian ketika menolak permohonan kesemua suspek supaya perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Amernudin Ahmad pada 26 Julai lalu dibatalkan.

Dalam penghakiman yang dibacakan secara lisan hampir setengah jam, Hakim Zamani berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah bertindak mengikut undang-undang yang betul ketika memerintahkan kesemua suspek itu direman tujuh hari bermula dari tarikh tersebut sehingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, seksyen tersebut memperincikan tentang niat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong merupakan satu kesalahan amat serius dan peruntukan tersebut pernah digunakan sekali sahaja sebelum ini iaitu dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah pada 2000.

"Suspek dalam kes ini juga ramai iaitu 30 orang, jadi skop penyiasatan polis amat luas sekali. Justeru, demi keselamatan negara, keselamatan saya, keselamatan awak, keselamatan anak saya, cucu saya dan kita semua, saya mendapati perintah tahanan reman terhadap semua suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari yang dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen adalah betul, sah dan dikekalkan," tegas Hakim Zamani.

Sebaik sahaja keputusan dibacakan, hampir 80 ahli keluarga suspek yang memenuhi galeri awam semasa prosiding itu berlangsung kelihatan beredar keluar seorang demi seorang dalam keadaan tenang.

Semalam, Hakim Zamani mendengar hujah kira-kira dua jam daripada peguam Datuk C.V Prabakaran yang mengetuai 12 peguam lain bagi mewakili kesemua suspek serta hujah Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed yang mewakili pihak pendakwaan.

Dalam hujahnya, Prabakaran berkata, alasan yang diberikan Hakim Mahkamah Sesyen untuk membenarkan tahanan reman ke atas kesemua suspek adalah tidak berasas.

Abdul Wahab pula dalam hujahan balasnya berkata, keputusan penahanan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dilakukan pihak polis dan ia dibuat mengikut prosedur dan prinsipal yang ditetapkan undang-undang.

Pada 25 Jun lalu, Jeyakumar, yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini ketika dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan Bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tian Chua kekal Ahli Parlimen Batu

Posted:

Tian Chua kekal Ahli Parlimen Batu

Tian Chua kekal Ahli Parlimen Batu

KUALA LUMPUR 30 Jun - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memutuskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu.

Dalam penjelasannya, Pandikar Amin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi di sini yang memutuskan Tian Chua hanya akan hilang kelayakan secara automatik sebagai Ahli Parlimen sekiranya denda yang dikenakan berjumlah RM2001 dan ke atas.

"Saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 yang dikenakan terhadap perayu (Tian Chua) tidak menghilangkan kelayakan beliau secara automatik.

"Malah, hakim juga ada menyatakan keyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberikan implikasi kepada satu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu,'' katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kedudukan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen Batu dibangkitkan oleh Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menerusi notis usul di Dewan Rakyat minggu lalu.

Notis itu menyebut, Tian Chua sepatutnya dilucutkan sebagai Ahli Parlimen kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen hilang kelayakannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Naib Presiden PKR itu didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu perhimpunan berhampiran Parlimen pada 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha, yang menolak rayuan Tian Chua berhubung sabitan itu, meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

Pandikar Amin dalam penjelasannya berhubung isu itu turut merujuk kepada doktrin 'pengasingan kuasa' yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, doktrin itu dengan jelas membezakan peranan tiga cabang demokrasi iaitu eksekutif sebagai kerajaan; perundangan sebagai penggubal undang-undang dan kehakiman, pihak yang mentafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Antara bersih jiwa - Bersih 2

Posted:

Antara bersih jiwa - Bersih 2

Antara bersih jiwa - Bersih 2

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

PERADABAN sentiasa menawarkan ruang dialog bagi mengelak sebarang konflik akibat perbezaan konsep dan persepsi daripada terus menjadi sengketa. Dialog bertujuan menjadi jambatan merapatkan perbezaan kerana daripada perbezaan itulah manusia perlu belajar. Manusia belajar memahami dan menerima sesuatu yang dapat membawa kepada kehidupan yang sempurna.

Dalam melaksanakan peranan tersebut, manusia diberikan keupayaan berkomunikasi bagi menjelaskan sesuatu pendirian atau pendapat mengenai sesuatu yang menjadi bahan utama konflik. Antara kedua-dua pihak boleh melakukan tawar-menawar sehinggalah mereka memperolehi satu titik persefahaman, yang akhirnya titik persefahaman itu menjadi keputusan bersama. Pada akhirnya, kedua-dua belah pihak bersetuju dan saling menghormatinya.

Berasaskan peristiwa Israk dan Mikraj yang ditempuhi oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab, tahun 12 kenabian baginda atau 18 bulan sebelum berhijrah ke Madinah, penetapan waktu sembahyang telah difardukan kepada umat Islam. Pada malam Nabi Muhammad SAW dibawa oleh Malaikat Jibrail menemui Allah SWT, baginda telah diperintahkan ibadat sembahyang sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Perintah itu pada mulanya diterima tanpa bantahan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi selepas bermunajat dan bertemu dengan Nabi Musa AS, memohon agar baginda kembali menemui Allah SWT, merayu agar mengurangkan jumlah waktu bersembahyang.

Proses itu berlangsung sebanyak sembilan kali, dan setiap kali merayu, Allah SWT mengurangkan waktu sembahyang sebanyak lima kali sehari semalam. Sampai kepada rayuan terakhir, baginda merasakan jumlah yang diwajibkan itu adalah satu tanggungjawab boleh dilakukan oleh setiap Muslim, atau dengan kata lain, lebih praktikal berbanding pada asalnya sebanyak 50 waktu.

Peristiwa ini memberikan gambaran bahawa, walaupun sembahyang itu merupakan perintah Allah SWT, pentafsiran terhadap peraturan itu boleh dirunding dan dibincangkan sehingga mencapai tahap persetujuan kekal, yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang beragama Islam. Cuma yang tidak boleh dirundingkan ialah perintah supaya mengerjakan sembahyang.

Dalam hal ini, ruang komunikasi terhadap sesuatu perkara yang bersangkutan budaya hidup manusia sentiasa terbuka luas, kerana perbincangan dan ruang komunikasi itulah akan menjadikan manusia lebih memahami fungsi sebenar kenapa ia dicipta.

Perhimpunan Bersih 2 jelas membuktikan adanya segelintir manusia yang cuba mencari pengaruh dengan mengeksploitasikan perasaan orang lain bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Ini amat bertentangan dengan semangat Israk dan Mikraj yang merupakan mukjizat terbesar yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW dan berbeza daripada mukjizat yang diterima oleh para nabi lain sebelum baginda.

Persoalannya, sebelum dibawa menemui Allah SWT, Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu disucikan hatinya melalui suatu pembedahan bagi mengeluarkan seketul daging hitam. Daging hitam itu dikenal pasti tempat bersarangnya penyakit was-was dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyanggah perintah Allah SWT untuk membuat kebaikan.

Perhimpunan Bersih 2 juga boleh disifatkan dipenuhi dengan bisikan hati yang berbaur syaitan kerana mereka yang menuntut itu sebenarnya lebih mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan negara. Dalam konteks itulah, sekelompok penganjur tidak boleh memahami bahawa peraturan yang sedia ada adalah untuk menjamin kestabilan dan ketenteraman awam.

Tuntutan mereka juga tidak jelas maksudnya. Mereka hanya memperjuangkan bahawa suatu sistem pilihan raya mestilah dilaksanakan secara adil dan bersih, tetapi dalam amalan kelompok tersebut mereka telah banyak menimbulkan keresahan dalam kalangan pengundi.

Setiap kali pilihan raya kecil dilaksanakan, pada hari penamaan calon mereka sudah mempamerkan aksi ganas: membaling botol, mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun dan tidak kurang dengan tindakan provokasi yang boleh menyebabkan perbalahan.

Sebagai makhluk yang lemah dan terbatas kemampuan diri, kita seharusnya dapat menerima setiap peraturan itu dengan seikhlas mungkin bagi menjamin sesuatu sistem itu berjalan dengan sempurna. Jika selepasnya kita mendapati sistem tersebut perlu diperbaiki, maka kita seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk mencadangkan perubahan.

Dalam sistem politik dan pentadbiran Malaysia, perubahan sesuatu peraturan yang termaktub sebagai undang-undang perlulah dilakukan melalui perdebatan di Dewan Rakyat.

Wakil Rakyat yang dipilih merupakan pihak yang menggubal dan memutuskan sesuatu undang-undang. Ia disahkan melalui keputusan bersama dan setelah diluluskan, tidak ada lagi pihak yang boleh mempersoalkannya. Ia mesti dihormati oleh semua orang.

Maka dalam perspektif itu, tuntutan kelompok yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai platform untuk mendapatkan keputusan meminda undang-undang adalah satu bentuk budaya barbarian, budaya masyarakat yang tidak bertamadun, budaya yang berasaskan kekuatan fizikal.

Budaya masa kini lebih mengutamakan kepada kepintaran intelektual dan kebolehan berunding. Budaya masa kini adalah budaya yang bukan bersifat memaksa, tetapi dipenuhi dengan nilai-nilai menghormati orang lain dengan melakukan proses komunikasi dan perundingan.

Jika pun kelompok yang melihat ada kelemahan peraturan dalam sesebuah sistem, mereka sepatutnya berusaha berdialog dan seterusnya mencari jalan penyelesaian secara berhemah. Di sinilah nanti akan mendapat keberkatan dan nikmatnya hidup sebagai manusia yang beradab dan bersusila.

Nabi Muhammad SAW terpaksa dibersihkan dulu hatinya sebelum dibawa oleh malaikat untuk menemui Allah SWT dan menerima perintah bersembahyang sebagai tiang agama. Maka, hakikat ini perlu dijadikan asas yang kuat oleh mereka yang ingin mengambil peluang berhimpun dan melancarkan gerakan Bersih 2.

Sebelum menjadikan jalan raya sebagai platform, mereka sepatutnya cuba membersihkan prasangka yang ada dalam diri sehinggalah boleh menerima sesuatu keputusan secara berhemah.

Jika prasangka tidak dibersihkan, tahapan susila akan menjadi semakin buruk apatah lagi bila berhadapan dengan pelbagai tekanan (termasuk tekanan persekitaran yang panas oleh panahan sinar matahari dan perasaan yang terbakar kerana tercabar), dan amat jarang berlaku perhimpunan jalanan berakhir dengan ketenangan, terutama bila dalam kumpulan yang terlalu ramai dan sukar dikawal. Inilah natijah yang harus menjadi pertimbangan.

Sebagai orang Islam dan sentiasa mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, kita seharusnya merenung hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang dipenuhi tanggungjawab, dilingkari dengan peraturan, diikat oleh budaya dan susila agar tidak mudah terjerumus dalam kancah emosi sempit dan mendidih.

Kita sebagai manusia yang sentiasa diingatkan agar melakukan sesuatu secara ikhlas, sederhana dan berhemah, maka sifat-sifat itulah yang memartabatkan kita sebagai makhluk terbaik dan paling sempurna.

Jika Rasulullah SAW sendiri menjalani pembersihan jiwa dalam peristiwa Israk Mikraj itu, apatah lagi kita umatnya yang kerdil ini? Jiwa yang bersih tidak akan tergamak menimbulkan kekotoran (kekacauan) ke atas orang lain (khalayak) kerana bagi si pemilik jiwa sebegini, agenda peribadi adalah 'seteru' yang perlu dijinakkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Radioaktif dan keselamatan manusia

Posted:

Radioaktif dan keselamatan manusia

Radioaktif dan keselamatan manusia

RENCANA ini disediakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

APABILA mendengar perkataan "radioaktif", apa yang terlintas di fikiran bahawa ia adalah bahan yang sangat berbahaya, tidak boleh didekati atau disentuh. Ada mengatakan, barangkali radioaktif itu boleh meletup, menyebabkan kematian atau mengakibatkan seseorang terkena penyakit kanser.

Itu adalah persepsi umum masyarakat! Bukan itu sahaja, radioaktif turut dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa hitam yang pernah berlaku di dunia antaranya letupan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, kemalangan loji kuasa nuklear di Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986 dan terkini peristiwa kebocoran radiasi di loji kuasa nuklear Fukushima, Jepun akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Peristiwa inilah yang menyebabkan masyarakat semakin gusar kerana beranggapan radioaktif adalah punca kehilangan nyawa, kerosakan harta-benda, pencemaran alam sekitar dan mendapat kanser.

Sedangkan, pada hakikatnya dan tanpa disedari, radioaktif wujud secara semula jadi dan kita terdedah kepada sinarannya dalam kehidupan seharian. Umpamanya pendedahan sinaran dari tanah-tanih dan batu- batan yang diduduki, dari angkasa seperti kosmik, bahkan kita turut mengambilnya melalui makanan dan minuman seperti di dalam buah- buahan serta sayur-sayuran.

Tubuh badan kita juga mempunyai bahan radioaktif semulajadi seperti potassium-40 (K-40). Data yang diperolehi daripada UNSCEAR 2000 (United Nation Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation to the General Assembly) menyatakan purata dedahan dos setahun sinaran semula jadi di sekeliling kita adalah sebanyak 2.4 milliSievert (mSv).

Malah di dalam tanah-tanih di dunia mengandungi bahan radioaktif semulajadi (Naturally Occurring Radioactive Materials - NORM) terutamanya kandungan uranium- 238 iaitu dalam julat 16 - 110 Becquerrel/ kg[Bq/kg] (bersamaan 0.016 - 0.1 Bq/gm) dan kandungan thorium-232 dalam julat 11 - 64 Bq/kg (bersamaan 0.011 - 0.064 Bq/ kg).

Di Malaysia, kandungan uranium dan thorium semulajadi ini adalah dalam julat 49 - 86 Bq/kg (bersamaan 0.049 - 0.086 Bq/gm) untuk uranium dan dalam julat 63 - 110 Bq/kg (bersamaan 0.063 - 0.1 Bq/g).

ISU LYNAS

ISU terkini yang melibatkan bahan radioaktif di Malaysia dan heboh diperdebatkan adalah mengenai projek Lynas. Secara ringkasnya, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. ialah syarikat subsidiari milik penuh Lynas Corporation Ltd, Australia. Perniagaannya berkaitan dengan pengeluaran serta penjualan nadir bumi.

Hasil pemprosesan nadir bumi sebenarnya digunakan oleh ratusan aplikasi industri contohnya bateri bagi komputer riba, telefon mudah alih serta kereta hibrid, tiub "cathode-rays" bagi monitor TV dan komputer, wayar "fibre-optic", aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin.

Syarikat Lynas di Kuantan dijangka dapat menghasilkan hampir 30 peratus daripada bekalan dunia (di luar China) apabila mula beroperasi.

Pertikaian masyarakat mengenai "residue" yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) yang dihasilkan

Punca utama kebimbangan orang awam khususnya masyarakat Pahang adalah Lynas bercadang membawa masuk bijih Lathanid dari lombong Mount Weld di Australia Barat dan bijih itu akan diproses dan diekstrak di kawasan perindustrian Gebeng.

Sisa sampingan yang bakal dihasilkan daripada proses pengesktrakan nadir bumi itu menyebabkan wujudnya pertikaian ketelusan kerajaan dan agensi-agensi lain dalam menjamin keselamatan rakyat.

Malah, isu ini digembar-gemburkan oleh pihak yang sebenarnya bermotifkan politik. Orang awam diberi maklumat mengelirukan sehingga mereka berfikir bahawa pemprosesan nadir bumi oleh Lynas adalah sama dengan pemprosesan syarikat Asian Rare Earth (ARE) dan peristiwa yang berlaku di itu pada awal 1980-an akan berulang.

TINDAKAN KERAJAAN SERTA AGENSI TERLIBAT

KERAJAAN Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian ARE berulang. Agensi kerajaan, antaranya Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin serta mutu alam sekitar dalam keadaan baik dan terpelihara.

Orang awam mempersoalkan kredibiliti agensi-agensi bertanggungjawab yang terlibat antaranya tindakan AELB dalam mengeluarkan lesen serta sejauh mana ketelusan panel pakar bebas yang dijemput dalam memberi keputusan berhubung projek Lynas ini.

Sebenarnya dalam projek melibatkan pengilangan bahan radioaktif, kelulusan pembinaan akan diberi tetapi pemberian lesen operasi hanya diberi selepas Lynas mematuhi langkah serta syarat keselamatan yang dinyatakan dalam syarat lesen dan dokumen Program Perlindungan Sinaran yang dibangunkan oleh syarikat berdasarkan keperluan dalam Akta 304 dan peraturan-peraturan subsidiarinya.

Malah, kerajaan menjemput panel pakar bebas antarabangsa yang tidak mempunyai kepentingan dengan projek Lynas ini bagi menjalankan kajian dari segi aspek kesihatan dan keselamatan. Ini membuktikan kerajaan Malaysia telus dalam proses membuat keputusannya.

SEJAUH MANAKAH TAHAP SELAMAT YANG DIUAR-UARKAN ITU ADALAH SELAMAT?

BERDASARKAN fakta serta analisis sampel-sampel yang dibuat oleh agensi-agensi bertanggungjawab, residue yang akan dihasilkan oleh projek Lynas adalah rendah iaitu 0.165 peratus torium [bersamaan dengan 1650 bahagian per juta [parts per million, (ppm)] iaitu bersamaan dengan 6.7 Becquerrel pergram[Bq/g] (atau 6500 Bq/kg).

Ia 60 kali lebih rendah berbanding projek ARE yang mengandungi 10 peratus torium iaitu 100,000 ppm (bersamaan dengan 406 Bq/g (atau 406,000 Bq/kg).

Torium dalam residue Lynas, iaitu Water Leach Purification (WLP), menghasilkan dedahan sinaran 0.002 mSv/tahun yang jauh lebih rendah dengan dedahan yang sepatutnya terdedah kepada orang awam sebanyak 1 mSv/tahun.

Sehubungan itu, penduduk setempat khususnya berhampiran kilang itu tidak perlu risau kerana projek itu tidak meninggalkan kesan kesihatan kepada mereka.

Tahap dedahan dos sinaran untuk orang awam adalah 1 mSv/tahun atau 0.50 microSievert/jam (uSv/j). Berdasarkan pemantauan dan kajian, orang awam yang tinggal di sekitar kawasan projek Lynas antaranya seperti di Balok, Beserah, Sungai Ular dan Sungai Karang tidak perlu khuatir kerana anggaran dos dedahan yang bakal diterima adalah 0.002 mSv/tahun.

Malah, kajian yang dilaksanakan oleh badan bebas berkelayakan menunjukkan kadar dos dedahan maksimum yang dapat diukur di sekitar Kuantan ialah lebih 0.00012 milliSievert/jam sahaja (1000 microSievert > 1 milliSievert).

Kadar dos dedahan ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan dos dedahan sewaktu menjalani pemeriksaan CT Scan dan juga X-Ray di mana dos dedahan yang diterima sewaktu membuat CT Scan adalah 6.9 mSv/dedahan iaitu bersamaan 41.4 mSv/jam (data dari Japan Atomic Industry Forum, JAIF) manakala sinar-X untuk dada (chest X-ray) pula ialah 0.5 mSv/dedahan iaitu bersamaan dengan 18,000 mSv/jam (UNSCEAR, 2000).

Bukan itu sahaja, lantai marmar, cawan atau pinggan porselin yang kita guna, tanah yang anak-anak kita bermain, batu untuk membuat rumah dan pejabat mengandungi bahan-bahan yang mempunyai unsur radioaktif seperti torium, uranium dan lain-lain.

Tetapi, unsur-unsur itu hanya menyumbang dos yang sangat rendah dan tidak mengancam kesihatan manusia.

KEGUNAAN SINARAN

SINARAN sebenarnya banyak digunakan dalam industri perubatan di mana sinar Gamma dari kobalt-60 untuk membunuh sel barah dalam rawatan radioterapi dan digunakan juga untuk membunuh kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari, alat pembedahan dan sebagainya.

Sinaran radioaktif daripada radioisotop turut digunakan membunuh serangga perosak. Sinaran juga digunakan dalam sistem pengawalan ketebalan secara automatik dalam pembuatan kertas, kepingan plastik dan logam.

Dalam industri pembungkusan makanan dan minuman, teknologi sinaran dimanfaatkan bagi mengukur kandungan tepat dan pengesanan bendasing yang boleh memudaratkan kita.

Imbasan sinar-x turut mampu mengesan sebarang ketidakseragaman pada susunan lilitan keluli radial di tayar kenderaan.

Di Malaysia, Lynas bukan satu-satunya yang menjalankan aktiviti pemprosesan mineral, antara syarikat lain menjalankannya ialah Petronas Cari Gali (M) Sdn. Bhd., TOR Mineral (M) Sdn. Bhd., Tioxide Hunstman (M) Sdn. Bhd. dan Samsung Corning (M) Sdn. Bhd.

Selain Malaysia, aktiviti pemprosesan nadir bumi dijalankan di Afrika, India, Kanada, Vietnam, China dan Brazil.

Justeru, adalah tidak adil sinaran dikatakan mendatangkan bahaya sahaja. Hakikatnya ia membawa banyak faedah kepterutamanya dalam rawatan dan diagnostik ke atas penyakit kanser.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sam, Lisa serasi bersama

Posted:

Sam, Lisa serasi bersama

Sam, Lisa serasi bersama

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan METROWEALTH


SHAHEIZY Sam dan Lisa Surihani bergandingan kali pertama dalam filem Sekali Lagi yang mula ditayangkan pada 30 Jun lalu.


IMPAK populariti dua bintang terkenal ini memang melangkaui segala-galanya. Harus diakui, ketika ini nama Lisa Surihani dan Shaheizy Sam merupakan pelakon yang cukup diminati ramai.

Bukan hanya menjadi kegilaan peminat tetapi juga rebutan para produser di negara ini yang mahukan mereka berdua berlakon dalam filem masing-masing.

Ternyata nilai bintang (star value) yang dimiliki oleh Lisa Surihani dan Shaheizy Sam telah meletakkan mereka di puncak tertinggi ketika ini.

Sehinggakan ada khabar angin yang berhembus lembut mengatakan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam antara pelakon yang dibayar cukup tinggi untuk sesebuah filem.

Apatah lagi, ditambah pula dengan gelaran Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) yang dimenangi mereka tahun lalu menguatkan lagi perkhabaran itu.

Dengan populariti mereka itu juga, ia mampu menarik perhatian peminat filem tempatan untuk menonton filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab yang mula ditayangkan semalam (30 Jun).

Harga Shaheizy Sam

KALAU disingkap kembali diari seni Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa Sam ini, dia tidak mengecapi populariti dalam masa yang cukup singkat.

Dia bermula dari bawah, merangkak perlahan-lahan sehinggalah dia berjaya membina namanya sebagai salah seorang aktor popular negara.

Kredibiliti lakonannya juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Berilah apa sahaja watak kepadanya, dia tidak pernah gagal membawakannya dengan baik.

Jika tidak, mana mungkin trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23 menjadi milik mutlaknya tahun lalu yang dimenanginya menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Namun, ada suara-suara sumbang sudah kedengaran apabila mereka mula mempersoalkan kemunculan Sam yang begitu kerap di layar perak.

Sehinggakan ada yang berkata dengan kekerapan itu telah menjejaskan sedikit lakonan Sam apabila hampir kesemua watak yang diberikan kepadanya hampir sama.

Untuk tahun 2010 sahaja, Sam sudah membintangi lima buah filem berbanding hanya tiga sahaja pada 2009.

Sementara itu, dianggarkan sebanyak lima buah filem lakonannya menanti giliran untuk ditayangkan di pawagam sehingga penghujung tahun ini iaitu Adnan Semp-It 2, 8 Jam, Bini-Biniku Gangster, Aku Ada...Kau Ada??? dan Songlap.

Sambil melemparkan senyum, Sam menjawab segala pertanyaan itu dengan tenang dan memberitahu dia cukup sedar akan perihal itu.

"Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu mengecewakan sesiapa dan dalam masa yang sama, saya akui sudah mula berasa penat untuk berlakon kerana tidak cukup rehat.

"Bukan itu sahaja, untuk menghayati sesuatu watak itu, saya memerlukan persediaan yang cukup rapi.

"Inilah harga yang perlu saya bayar menjadi seorang aktor dan kalau mahu merungut pun, tidak boleh kerana ini adalah jalan yang saya pilih," jelasnya dalam nada penuh diplomasi.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd. Samad itu ditemui pada majlis tayangan filem Sekali Lagi anjuran DiGi di TGV Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Mahu berehat

Demi menjaga portfolionya sebagai seorang aktor, Sam memberitahu dia kini mula memikirkan untuk berehat seketika dari dunia lakonan bermula tahun depan.

"Saya tidak mahu cepat berasa bosan dan saya bimbang peminat serta penonton juga akan berasa seperti itu. Saya juga bimbang jika terlalu penat, ia akan memberi kesan kepada mutu lakonan saya juga.

"Dalam masa yang sama, mungkin saya mahu mencari peluang lain dengan menerbitkan filem sendiri bersama kakak saya, Zizie Ezette.

"Semuanya sebagai persediaan masa depan kerana dunia seni ini ibarat roda. Bukan selalu kita di atas dan apabila sampai satu tahap, kita akan berada di bawah juga," kata Sam yang memulakan karier lakonannya seawal usia 13 tahun menerusi filem pertamanya, Sama Tak Serupa pada tahun 1995.

Barangkali ramai yang tidak tahu, rupa-rupanya Sam tidak gemar untuk menonton lakonannya sendiri di layar perak.

Bukan mahu mendabik dada, tetapi kata Sam, adalah menjadi lumrah untuk anak seni sepertinya yang tidak pernah berasa puas dengan setiap lakonannya.

Pelakon filem Kongsi dan Ngangkung ini juga memberitahu dia lebih selesa penonton dan peminat menilai hasil kerjanya berbanding dirinya sendiri.

"Saya memang tidak suka mencari kelemahan sendiri dalam mana-mana filem atau drama yang saya bintangi.

"Jika berkesempatan, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem lakonan saya tetapi jika saya merasakan ia sudah mula menjatuhkan keyakinan saya, barulah saya akan berhenti menontonnya," jelasnya yang kini sibuk di lokasi filem Ngongkrong.

Serasi dengan Lisa

Menyentuh mengenai lakonannya dalam Sekali Lagi, Sam yang berusia 29 tahun itu memberitahu watak Arman banyak dipengaruhi oleh anak saudaranya.

Kata Sam, sebagai Arman yang mengalami gangguan otak selepas pembedahan tumor sehingga berperwatakan seperti seorang kanak-kanak, dia sendiri mengkaji bagaimana pemikiran dan personaliti anak saudaranya itu.

Ditanya mengenai keserasiannya dengan Lisa, aktor yang pernah menjadi bualan kerana lakonannya dalam drama Pa'e pada tahun 1998 itu, dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon jelita itu.

"Kami sudah lama berkenalan sejak dia berusia 14 tahun lagi manakala saya pula ketika itu baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Jadi, apabila digandingkan kali pertama dalam Sekali Lagi, saya tidak mempunyai masalah untuk berasa selesa dengan dia. Tetapi, dalam masa yang sama, saya tidak menafikan ada juga rasa gementar," katanya berseloroh sambil memandang ke arah Lisa di sebelahnya.

Sekali Lagi uji Lisa

SEBELUM ini, Lisa Surihani atau lebih mesra disapa sebagai Lisa itu begitu sinonim dengan aktor kacak, Farid Kamil.

Empat filem yang dibintangi mereka iaitu Lagenda Budak Setan, Semerah Cinta Stilleto, V3 Samseng Jalanan dan I'm Not Single telah meletakkan mereka sebagai pasangan layar lebar yang cukup serasi.

Apabila digandingkan kali pertama dengan Sam, aktres berusia 25 tahun itu mengakui gementar untuk berdampingan dengan aktor pujaan ramai itu.

Walaupun sudah lama mengenali Sam, tetapi perasaan itu tetap berbeza sewaktu di lokasi penggambaran filem tersebut.

"Sewaktu dengan Farid, saya memang tidak mengenalinya dan keserasian itu mula terbentuk apabila di lokasi. Tetapi, dengan Sam, saya perlu menjaga hatinya kerana bimbang tindak-tanduk saya membuatkannya tidak selesa atau janggal.

"Dalam masa yang sama, portfolio Sam sebagai seorang aktor terkenal juga membuatkan saya gementar untuk berdampingan dengannya.

"Dalam erti kata lain, filem ini memang memberikan cabaran yang berbeza dengan filem-filem lain yang pernah saya bintangi apabila watak Sheila ini merupakan seorang ibu tunggal," jelas Lisa yang mula mencipta nama menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2007.

Sayang dengan Mia Sara

Keserasiannya dengan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha juga membuatkan Lisa tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Mia Sara yang menjadi anaknya dalam filem Sekali Lagi.

Mula digandingkan menerusi drama rantaian, Adamaya sekitar dua tahun lalu, Lisa dan Mia Sara dilihat cukup serasi di mata peminat.

Kerana itulah, ada ketikanya, Lisa perlu menjadi begitu berhati-hati sewaktu adegan bersama Mia Sara kerana menyedari sensitiviti kanak-kanak comel itu.

"Sebagai ibu dalam filem ini, saya perlu kawal emosi saya kerana tidak mahu hatinya cepat terusik dan terasa.

"Jadi, kalau mahu melepaskan rasa marah dalam adegan membabitkan saya dengan Mia Sara, saya perlu melakukannya dengan membaling kerusi.

"Selepas habis adegan itu, saya akan cepat memujuknya dengan mengatakan semua itu hanya lakonan dan saya tetap menyayanginya," cerita Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed yang akan muncul dengan filem Ombak Rindu penghujung tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kris Coleman pilihan Broadway

Posted:

Kris Coleman pilihan Broadway

Kris Coleman pilihan Broadway

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


BARISAN tenaga kerja muzikal Dreamgirls yang hadir di sidang akhbar yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEGALA spekulasi yang bertebaran tentang watak James Thunder Early akhirnya terjawab apabila pihak Broadway Academy Sdn. Bhd. mengumumkan aktor yang menjadi pilihan mereka untuk membawakan watak tersebut dalam pementasan Dreamgirls.

Bukan calang-calang pelakon iaitu Kris Coleman yang sebelum ini cukup popular menerusi pementasan Jersey Boys yang dipentaskan di Broadway, New York selama lima tahun.

Berbekalkan portfolio Kris yang cukup luas dalam pementasan teater muzikal ternyata memikat pihak Broadway Academy untuk memilihnya membawakan watak yang menjadi perhatian itu.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang apabila ada yang mengatakan watak James Thunder Early itu bakal dibawakan oleh Stephen Rahman-Hughes.

Namun, baik Stephen Rahman mahupun pihak Broadway Academy sendiri lebih selesa untuk mendiamkan diri apabila diajukan tentang kebenaran tersebut.

Bagi Pengarah Urusan Broadway Academy, Casey Koh, pihaknya mahu memilih calon yang benar-benar layak untuk membawakan watak tersebut.

Semuanya adalah untuk memastikan jenama Dreamgirls yang dilabelkan sebagai salah sebuah teater muzikal hebat itu akan terus kekal.

Begitu juga dengan pemilihan Kris yang dilakukan sejak enam bulan lalu dan prosesnya juga kata Casey, bukan dibuat sambil lewa.

Ujarnya lagi, untuk watak James Thunder Early atau lebih dikenali sebagai Jimmy Early dalam pementasan itu, pihaknya telah menilai beberapa portfolio sebelum memilih Kris.

"Sejak dari awal lagi selepas pihak kami mengumumkan akan membawa masuk Dreamgirls ke negara ini, pelbagai spekulasi telah diperkatakan terutama barisan pelakonnya.

"Kami mahu memastikan calon yang dipilih itu benar-benar menepati kriteria setiap watak dalam pementasan ini. Atas alasan itu, uji bakat telah dilakukan dan kami telah memilih yang terbaik.

"Bukan hanya untuk pelakon utama tetapi juga untuk pelakon gantian (understudy) kerana Dreamgirls sebuah pementasan yang besar.

"Seperti Kris juga, dia memang pilihan yang tepat kerana pengalamannya sebelum ini membintangi teater muzikal Jersey Boys yang sememangnya cukup popular di Broadway," jelasnya saat ditanya tentang pemilihan Kris dalam pementasan Dreamgirls terbitan pihaknya.

Casey berkata demikian pada sidang akhbar Dreamgirls yang berlangsung di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir pengarahnya, Joanna Bassey dan barisan pelakon teater muzikal itu seperti Cheryl Samad, Elvira Arul, Azura Zainal, Dina Nadzir, Dafi, Tony Eusoff, Ruzana Ibrahim dan Indi Nadarajah.

Menyambung bicara, Casey menjelaskan dengan pemilihan Kris itu juga sebenarnya membawa banyak manfaat kepada ramai pihak terutama tenaga kerja Dreamgirls sendiri.

"Selepas berbincang dengan pihak Broadway di New York, kami merasakan ini adalah peluang terbaik untuk semua pihak yang terlibat dalam pementasan ini untuk belajar sesuatu yang positif.

"Kami masih di landasan yang betul apabila kami memberitahu Dreamgirls merupakan produksi terbitan 100 peratus anak tempatan walaupun hak ciptanya dari Amerika Syarikat.

"Tetapi, kerana mahu menampilkan kelainan dan impak yang tersendiri untuk teater muzikal terbitan kami ini, atas alasan itulah kami menyenaraikan Kris dalam pementasan ini," kata Casey optimis.

Sebelum Dreamgirls, Broadway Academy yang diasaskan oleh Casey dan abangnya, Marvin pernah menerbitkan sebuah lagi teater muzikal dari Broadway, SHOUT! The Mod Musical pada tahun lalu.

Dalam sidang akhbar itu juga, Casey mengumumkan watak Effie Melody White yang sebelum ini dipegang sepenuhnya oleh Elvira Arul juga akan dilakonkan oleh naib juara Malaysian Idol musim pertama, Dina.

Kata Casey, walaupun sebelum ini Dina hanyalah sekadar pelakon gantian untuk watak tersebut, tetapi selepas melihat latihannya, pihaknya merasakan adalah wajar untuk 'menaikkan pangkat' Dina kepada pelakon utama.

"Sepanjang 11 hari Dreamgirls dipentaskan di IB, Elvira dan Dina akan mengambil giliran membawakan watak Effie. Bukan untuk membuktikan siapa yang hebat tetapi lebih kepada memberi peluang bagi mereka untuk menonjolkan bakat masing-masing kepada khalayak.

"Inilah masanya juga buat peminat dan pencinta teater muzikal amnya untuk menonton sendiri kehebatan bakat anak-anak tempatan membintangi sebuah pementasan yang memiliki jenama gah di seluruh dunia," ujar Casey yang merancang untuk membawa dua pelakon Broadway terkenal, Idina Menzel dan Kristin Chenoweth dalam sebuah persembahan istimewa kelak.

Berbicara mengenai latihan pula, Joanna selaku pengarah memberitahu, semuanya berjalan dengan baik dan sesi latihan pun sudah memasuki minggu kesembilan.

Katanya, walaupun cabaran yang digalas itu memang cukup besar dan hebat, namun, berkat kesabaran serta dedikasi semua pelakon, segala yang dirancang menunjukkan hasil yang positif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Coklat tempatan berkualiti antarabangsa

Posted:

Coklat tempatan berkualiti antarabangsa

Coklat tempatan berkualiti antarabangsa


Pembungkusan yang menarik membolehkan coklat Ryverra meraih anugerah daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


COKLAT memang digemari rakyat Malaysia. Ia dinikmati dalam pelbagai bentuk termasuk sebagai perisa makanan.

Sebab itu permintaan untuk coklat di negara ini cukup tinggi termasuk yang diimport dari luar negara.

Sejak kebelakangan ini telah muncul usahawan tempatan yang terbabit secara langsung dalam perusahaan membuat coklat yang sesuai dengan cita rasa rakyat negara ini.

Salah satu daripadanya ialah Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. (RCC) yang produknya telah berada di pasaran negara ini.

Istimewanya produk RCC yang menggunakan jenama Ryverra ialah ia dihasilkan sendiri secara manual menggunakan koko tempatan.

Yang paling penting ia dijamin halal kerana diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Latihan dan Pembangunan Produk RCC, Mohd. Radzi Othman berkata, syarikat tersebut adalah milik penuh bumiputra yang telah beroperasi sejak 2008 melalui produknya Ryverra yang telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak.

Antaranya, mereka pernah memenangi anugerah kategori pembungkusan terbaik daripada SIRIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Malah Ryverra juga meraih tempat pertama dan kedua bagi produk komersial coklat terbaik pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010.

"Dalam Ekspo Groom Big Nasional pada 2010 kami telah dianugerahkan sebagai Rekabentuk Terbaik bagi Produk Konfensi.

"Malah kesemua produk Ryverra telah dibenarkan untuk menggunakan logo 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," katanya.

Menurut Mohd. Radzi, dalam membangunkan produk pihaknya beriltizam untuk mengembangkan produk-produk yang menggunakan resipi Malaysia.

Justeru bahan asas utama dalam coklat iaitu koko dan lemak koko diambil dari sumber tempatan.

"Dengan berpegang kepada falsafah 'Biarlah Coklat Kami Yang Berbicara' kami berjaya meraih keyakinan untuk memasarkan produk di premis-premis coklat terpilih termasuk di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

"Produk kami juga telah menembusi pasaran luar seperti Xi'an dan Beijing, China, serta negara jiran, Singapura," katanya.

Tanpa meminggirkan pasaran tempatan yang menjadi tulang belakang kejayaan RCC selama ini, syarikat tersebut baru-baru ini tampil dengan satu siri produk baru yang dinamakan Estana.

Ia dimulakan dengan siri Coklat Panning Tiramisu yang sudah memasuki Pasaraya Mydin dan akan dipasarkan di Tesco tidak lama lagi.

Sementara itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini kata Mohd. Radzi, sebanyak 11 jenis produk coklat raya pelbagai warna dan bentuk telah dihasilkan oleh syarikatnya untuk dijadikan juadah istimewa kepada tetamu.

"Biskut menjadi hidangan biasa pada setiap Aidilfitri. Kali ini kami mahu mencipta kelainan dengan memperkenalkan coklat raya pula.

"Kami menyasarkan untuk menjual 30,000 kotak coklat raya tahun ini berbanding hanya 15,000 kotak tahun lepas," katanya.

Untuk koleksi Aidilfitri antara yang dijangka menjadi tumpuan ialah Shortbread, Heartshape dan Tiramisu Almond.

Bukan itu sahaja, Ryverra juga mengajak orang ramai berkongsi peluang perniagaan dan menambah pendapatan dengan menjadi agen berdaftar bagi produk tersebut.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari www.ryverra.com atau www.strawchocz.blogspot.com, atau email kepada ryverra@gmail.com atau menghubungi talian 03-42950885.

Sebagai galakan Ryverra telah menawarkan ganjaran kepada agen yang bertuah seperti televisyen Philips 42 inci, iPad dan tiket penerbangan pergi-balik bersama pasangan ke Bandung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Resipi Kak Yam sambut puasa

Posted:

Resipi Kak Yam sambut puasa

Resipi Kak Yam sambut puasa

DALAM usaha mengingati jasa yang telah ditaburkan oleh Chef Yam selama 12 tahun berkhidmat di restoran Saffron Brasserie di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur, Ramadan tahun ini hotel tersebut menawarkan promosi bagi sesiapa sahaja yang ingin berbuka puasa di sana.

Menawarkan harga dari RM53 untuk dewasa manakala dari RM35 untuk kanak-kanak, promosi Resipi Kak Yam yang terkenal dengan selera kampung pastinya memberi pelbagai pilihan kepada penggemar masakan ala kampung.

Sempena promosi yang diadakan sepanjang bulan Ramadan, bagi mereka yang membuat tempahan awal sebelum 15 Julai ini berpeluang menikmati segala juadah pada harga RM42 seorang.

Sudah pasti Resipi Kak Yam yang diketengahkan menampilkan pelbagai hidangan ala kampung yang menyelerakan. Antaranya, sup kambing berempah, tauhu bakar, bergedel, tempe bercili, ikan bilis berkacang, pecal, telur ikan goreng kunyit, tom yam ayam, cucur udang, goreng paru . gado-gado dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan sajian konsep gerai yang menawarkan hidangan seperti nasi ulam, rojak buah, otak-otak, ikan bakar, kerang rebus, apam balik, cendol, asam laksa, mi bandung, roti canai, sotong kangkung, murtabak, yong tau foo dan pelbagai lagi yang pasti membuka selera.

Bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berlainan, Hotel Ancasa & Resorts turut menawarkan kambing bermadu, ikan Portugis, ayam Bombay, daging lada hitam, roti jala, ikan dan kambing bakar cicah dengan air asam, tosai bersama acar kelapa dan kuah dal, pai tee, pelbagai pilihan sushi dan maki, putu piring, enchiladas, mi lakna dan banyak lagi.

Hidangan utamanya pula terdiri daripada menu-menu terkenal seperti nasi lemak, nasi hujan panas yang dihidang bersama ayam madu, daging hitam manis, dalca ayam dan papadom, nasi tomato yang dihidang bersama ayam kuzi, kari daging, acar Malaysia dan keropok dan sebagainya.

Sementara itu, untuk pencuci mulut pula, para pengunjung boleh mencuba bubur labu, pengat pisang, bubur cha-cha, rempeyek, tapai pulut, pelbagai pastri Perancis, badak berendam, puteri ayu, kuih muih tempatan dan juga potongan buah-buahan segar.

Tidak lengkap rasanya sekiranya tidak mencuba teh tarik, kopi atau pun teh selepas menjamu selera.

Sementara itu bagi mereka yang tinggal sekitar Port Dickson pula, jangan ketinggalan mengunjungi Ancasa AllSuites Resort & Spa untuk menikmati pelbagai hidangan tempatan.

Menawarkan promosi Warung Kita sepanjang Ramadan ini, ia turut menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pastinya membuat anda rambang mata.

Sotong kunyit, tom yam ayam, char koay teow, ayam panggang, sup kambing, tempura udang, murtabak ayam, kentang manis bergoreng, teppanyaki makanan laut, nasi beriani kambing, kerabu jantung pisang, mi kari dan ikan keli masak cekur antara menu yang disajikan.

Pada masa sama, jangan ketinggalan rebut peluang promosi Beli 5, Dapat 1 Percuma apabila menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga mahupun teman-teman.

Bufet buka puasa Ancasa AllSuites Resort & Spa ditawarkan pada harga RM35 (dewasa) dan RM25 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan hubungi 03-2026 6060 bagi Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur atau 06-6627288 (Ancasa AllSuites Resort & Spa, Port Dickson). Anda juga boleh layari laman web www.ancasa-hotel.com untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved