Utusan Online - Timur |
Posted: Pelan majukan TerengganuOleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB KUALA TERENGGANU 25 Mei - Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Terengganu (PSAMPPT) dilancarkan semalam sebagai panduan kepda penjawat awam dalam menterjemah dasar dan pendekatan kerajaan membangunkan rakyat dan negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap menyempurnakan pelancaran itu berkata, ia diharap dapat membantu mereka memahami kehendak kerajaan, merancang dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha yang telah dipersetujui. "Ini adalah satu lagi usaha kita bagi memastikan setiap agenda yang dirancang dapat dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik serta memberi kesan menyeluruh," katanya. Pelancaran dilakukan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat negeri di Wisma Darul yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Tuan Mamat Tuan Ngah dan Ahli-ahli Exco kerajaan negeri. Beliau berharap penjawat awam di semua jabatan dan agensi selaku tunjang kepada kerajaan dapat bergerak dengan lebih lancar dan pantas dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta menerapkan budaya kecemerlangan. Sementara itu, terdahulu Mazlan ketika berucap pada majlis tersebut berkata, kakitangan yang cekap, amanah dan bertanggungjawab memberi kelebihan kepada kerajaan dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat. "Saya berharap semua penjawat awam menghargai kepercayaan yang diberikan dengan menggalas tanggungjawab penuh integriti serta menyokong pentadbiran negeri membawa tranformasi dalam perkhidmatan awam," katanya. Kata beliau, penjawat awam di negeri ini perlu berusaha untuk berada di hadapan dalam setiap tindakan serta mahir menilai keputusan kerajaan dan kehendak rakyat secara keseluruhannya. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda adalah antara 30 penjawat awam yang menerima anugerah. Mereka yang dipilih masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,500 seorang beserta pakej menunaikan ibadat haji atau umrah (bagi yang telah menunaikan haji). Katanya, Terengganu mempunyai kira-kira 8,000 penjawat awam daripada 10,000 jawatan yang ditawarkan dan akan membuat pengambilan baru secara berperingkat bagi memenuhi jawatan yang masih kosong. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
MAIK bantu bina rumah baru ibu tunggal Posted: MAIK bantu bina rumah baru ibu tunggal
TUMPAT 25 Mei - Impian seorang ibu tunggal, Hasimah Hussain, 56, dan keluarganya untuk memiliki rumah lebih selesa tercapai apabila Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membaiki rumahnya yang uzur di Kampung Kok Bedollah dekat sini, melibatkan kos RM38,000. Penyerahan rumah baru itu telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua MAIK, baru-baru ini. Menurut Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamarudin Mohd. Zain, pembinaan rumah baru itu dibuat hasil lawatan Tengku Mahkota Kelantan sendiri ke rumah ibu tunggal berkenaan sebelum ini. "Rumah yang lama telah kita robohkan dan kita bina yang baru dengan harapan ia dapat memberi sinar baru kepada keluarga Hasimah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Ziarah dan Pengurniaan Zakat oleh Tengku Muhammad Fa-iz di sini baru-baru ini. Hadir sama, Penasihat Yang Dipertua MAIK, Datuk Wan Mohammad Wan Konok; Ketua Jajahan Tumpat, Saifudin Mohamad dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Ismail Mohd. Noor. Sementara itu, Hasimah ketika ditemui melahirkan rasa terharu dan gembira dengan sumbangan rumah baru itu. Baginya, sumbangan tersebut memberi erti yang cukup besar buat dirinya serta lima anak serta seorang cucunya yang sebelum ini hidup serba kekurangan. "Rumah ini merupakan satu anugerah tidak ternilai buat kami sekeluarga. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tengku Mahkota Kelantan di atas sumbangan yang diberikan. "Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik Tengku Mahkota Kelantan dan semua yang terlibat menjaya perkara ini," ujarnya. | ||
Kereta mewah hangus dalam kebakaran Posted: Kereta mewah hangus dalam kebakaran
KOTA BHARU 25 Mei - Tindakan pantas seorang pekerja stesen minyak berjaya menyelamatkan sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Sultan Ibrahim di sini daripada hangus dalam kebakaran hari ini. Kebakaran kira-kira pukul 1.30 petang itu bagaimanapun memusnahkan sebuah kereta mewah jenis BMW yang sedang dibaiki di bengkel berkenaan, sementara beberapa buah kenderaan lain berjaya diselamatkan. Menceritakan detik cemas itu, pekerja stesen minyak berkenaan Najman Ismail, 48, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang rakan berada di kaunter apabila dikejutkan dengan bunyi hon kereta kuat dari arah luar. Menurutnya, hairan dengan bunyi tersebut, rakannya itu bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. "Tiba-tiba dia memberitahu bengkel kereta yang terletak di belakang terbakar. Saya terus berlari keluar dengan membawa alat pemadam api untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut daripada terus merebak. "Masa saya sampai, api sedang marak membakar kereta tersebut. Mujurlah saya tidak panik dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut hasil kerjasama mekanik di bengkel tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zainuddin Senawi memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.53 petang dan tiga buah jentera bersama 16 anggota bergegas ke tempat kejadian. "Sejurus tiba, kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh orang ramai. Ia hanya melibatkan sebuah kereta dan tiada kemalangan jiwa. Kerugian dianggarkan berjumlah RM200,000," katanya sambil memberitahu punca kebakaran masih dalam siasatan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan