Khamis, 1 Disember 2011

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Resipi rahsia Warong Soto Berlada

Posted:

Resipi rahsia Warong Soto Berlada

Resipi rahsia Warong Soto Berlada

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT


Kualiti dan kebersihan hidangan amat dijaga di Warong Soto Berlada.


ADUNAN rempah ratus yang disebatikan dengan ramuan tersendiri akhirnya menjadikan soto menu istimewa di Warong Soto Berlada.

Malah, tidak lengkap sekiranya soto tidak disajikan dengan bahan-bahan sampingan seperti isi ayam, begedil dan juga sambal cili kicap.

Sajian tradisional tersebut bukan sahaja mampu membuat anda terliur malah tidak sah sekiranya tidak mencuba barang sepinggan.

Warung terletak di Jalan AU 1A/2, Bengkel Mara, Taman Keramat, Selangor. Menurut Pengurusnya, Mohamad Ramadan, 31, resipi yang digunakan adalah resipi turun temurun.

Katanya, perniagaan tersebut pada asalnya diusahakan oleh arwah bapanya, Ahmad Safari Yunus bersama ibunya, pelakon veteran, Ruminah Sidek, yang dikenali dengan panggilan Mak Mah.

Tetapi kini ia diusahakan oleh adik-beradiknya yang lain dalam usaha mengingati usaha ibu bapa mereka itu.

"Jika hendak berbicara tentang perniagaan ini panjang ceritanya. Ia sememangnya diusahakan oleh arwah bapa dan juga ibu pada awal 70-an.

"Mereka mula berniaga di pasar-pasar malam sekitar Kuala Lumpur dan juga di gerai di Dataran Merdeka yang ketika itu terkenal dengan gerai hidangan sate dan mi Jawa.

"Kemudian ia terhenti lebih kurang lima tahun selepas arwah ayah meninggal dunia sebelum ia beroperasi semula di Jalan Enggang dan diusahakan oleh kakak dan abang," ujarnya ketika ditemui di warung sotonya, baru-baru ini.

Tambahnya, selepas beroperasi selama tiga tahun di situ, gerai tersebut telah berpindah ke lokasi hari ini.

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, mereka mempertaruhkan menu-menu berasaskan kuah dan sup. Sememangnya kesemua masakan yang disediakan di Warong Soto Berlada boleh diberikan pujian lima bintang.

Cukup sekadar menyajikan hidangan seperti soto, mi Jawa, mi kari, laksa, nasi ayam, nasi lemak dan rojak buah. Ia sudah memadai bagi peminat-peminat hidangan berkuah seperti itu.

Jelas Ramadan lagi, keistimewaan soto, mi Jawa dan mi karinya terletak pada kuahnya.

"Kesemua kuah yang dihasilkan sememangnya resipi asli turun temurun daripada ayah cuma kami olah sedikit untuk menyedapkannya lagi.

"Bahan-bahan yang digunakan sudah pasti yang segar dan berkualiti agar para pelanggan datang lagi pada masa akan datang.

"Alhamdulillah setakat ini pelanggan-pelanggan yang datang tidak hanya yang tinggal di sekitar Lembah Klang malah boleh dikatakan dari seluruh negara termasuk pelancong-pelancong luar," katanya.

Turut menjadi tempat persinggahan bagi selebriti-selebriti tanah air, Warong Soto Berlada memberi pelbagai pilihan soto kepada pelanggan seperti soto biasa, soto special dan juga soto taukeh.

Begitu juga dengan mi Jawa di mana anda boleh memilih sama ada mahukan yang biasa ataupun yang special.

Bagi hidangan nasi lemak pula, selain dibungkus dalam daun pisang, ia juga lebih sedap sekiranya dinikmati bersama paru goreng.

Kesemua hidangan yang terdapat di warung tersebut ditawarkan pada harga serendah RM1.20 sehingga RM9.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati karamel sebagai pencuci.

Tambah Ramadan, selain menerima tempahan, mereka kini dalam perancangan untuk menambah menu seperti sate dan juga pecal untuk memberikan kelebihan menu buat pelanggan.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 014-2345504 atau untuk maklumat lanjut boleh ke laman sosial facebook, warong soto berlada.

Full content generated by Get Full RSS.

Istimewa koleksi Qaira Hijab

Posted:

Istimewa koleksi Qaira Hijab

Istimewa koleksi Qaira Hijab

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar KOLEKSI QAIRA HIJAB


Koleksi tudung Qaira Hijab yang menggunakan fabrik berkualiti.


Mendapatkan koleksi tudung terkini secara online menjadi trend di kalangan wanita muda hari ini.

Tanpa perlu memandu jauh sekadar duduk melayari laman-laman sesawang berkaitan, mereka berpeluang memilih tudung yang diminati.

Antaranya koleksi Qaira Hijab, perniagaan tudung menerusi Internet yang diusahakan oleh Ainil Hawa Sazali, 26, bersama suaminya, Jumal Ridzan Mohd. Roslan, 31.

Perniagaan yang didaftarkan sebagai Qaira Hijab ini telah beroperasi di laman sosial Facebook dan blog qairashijab.blogspot.com sejak dua tahun lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar tudung dalam talian.

"Menariknya mengenai koleksi Qaira Hijab ini ialah tudung yang dijual mengikut cita rasa wanita moden pada masa kini serta sangat sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan umur.

"Selain itu, mutu kain tudung yang berkualiti menyebabkan pelanggan sentiasa tertunggu-tunggu koleksi terbaru," ujar Ainil Hawa selaku pemilih dan penentu rekaan tudung bagi Qaira Hijab.

Menurut Ainil lagi, dia akan sentiasa mengemas kini Facebook Qaira Hijab dan akan memuat naik koleksi tudung terbaru pada setiap minggu bagi menampilkan rekaan dan corak terbaru yang selari dengan peredaran masa.

"Antara corak terkini yang laris di pasaran adalah tudung benang kapas , tudung sutera Thai dengan sulaman bunga, selendang syifon dan tudung fabrik denim.

Namun keistimewaan koleksi Qaira Hijab ialah pada bahagian hadapan tudung (awning) yang lebih mudah dijaga termasuk jika dicuci dalam mesin basuh.

Biarpun tidak menggunakan pelapik keras bagi membentuk awning, tudung tetap cantik terletak.

"Sementara itu, wanita yang mempunyai raut muka yang agak lebar juga tidak perlu berasa bimbang mengenai kesesuaian wajah kerana pemakaian tudung tersebut akan menampakkan muka lebih tirus," jelasnya yang juga merupakan pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Selain itu, penjelasan yang terperinci mengenai saiz, warna dan harga tudung boleh didapati pada setiap gambar produk sekali gus memudahkan lagi urusan jual beli secara Internet.

Pelanggan hanya perlu memilih rekaan tudung yang diminati dan segala urusan tempahan tudung dan pertanyaan akan dibuat melalui e-mel. Urusan pembayaran pula boleh dibuat melalui perbankan Internet dan tempahan yang dibuat akan dihantar melalui Pos Laju Malaysia.

"Pelanggan akan mendapat tempahan mereka dalam tempoh satu hingga dua hari daripada tarikh pembayaran," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tak sempat selamat barangan

Posted:

Tak sempat selamat barangan

Tak sempat selamat barangan

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusan.com.my


SEORANG penduduk, Mohd. Nazri Jumuri terpaksa mengangkut buah kelapa sawit yang telah dipetik menggunakan sampan setelah Kampung Sungai Sireh di Tanjung Karang mengalami banjir semalam. – utusan/ saharuddin ABDULLAH


TANJONG KARANG 1 Dis. – Meskipun masih berpantang selepas melahirkan anak pertamanya pada 5 November lalu, Noor Azizah Mohd. Tugi, 23, perlu menempuh cabaran getir berikutan Kampung Sungai Sireh di sini dilanda banjir sehingga menyebabkan 208 penduduk terpaksa dipindahkan.

Dia yang kini ditempatkan di pusat penempatan sementara di balai raya kampung itu bagaimanapun tetap bersyukur kerana keperluan asas untuk bayi lelakinya itu sempat diselamatkan daripada rosak akibat bencana alam tersebut.

"Walaupun bersedih, saya tetap bersyukur kerana hanya peti sejuk dan mesin basuh yang rosak akibat banjir. Barang berharga lain sempat diselamatkan.

"Malah, saya juga gembira dengan kemudahan di penempatan sementara ini yang bersih dan selesa selain layanan baik yang diberikan petugas yang ditugaskan di sini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa yang ditemui, Misnan Paiman, 52, berkata, dia terkilan apabila mendapati tilam kesihatan yang dibelinya pada harga lebih RM1,000 rosak teruk kerana tidak sempat diselamatkan dalam kejadian tersebut.

"Saya dan isteri baru bangun dari tidur untuk solat subuh pada pagi Selasa lalu dan menyedari rumah kami telah dimasuki air. Selepas diperiksa, saya mendapati tilam kesihatan yang dibeli beberapa tahun lalu telah rosak dibasahi air banjir.

"Bukan itu saja, katil, almari serta set dapur saya juga rosak teruk kerana dimasuki air," katanya yang menggunakan rakit batang pokok pisang buatannya untuk keluar dari kawasan rumahnya yang teruk dinaiki air.

Seorang suri rumah, Juhriah Tosan (gambar), 21, berkata, ketika menyedari rumahnya dinaiki air, dia dan suaminya bersama anak mereka berusia lapan bulan ketika itu sedang nyenyak tidur.

"Akibat banjir itu, perabot serta barang elektrik milik kami rosak teruk kerana tidak sempat diselamatkan.

"Saya berharap keadaan banjir ini akan surut segera supaya kami sekeluarga boleh kembali ke rumah selain memastikan bayi kami ini tinggal dalam keadaan selesa," katanya yang kini berlindung di penempatan sementara di Sawah Sempadan di sini.

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir kilat: 2 kereta terkandas

Posted:

Banjir kilat: 2 kereta terkandas

Banjir kilat: 2 kereta terkandas


ANGGOTA skuad penyelamat DBKL berusaha menarik keluar sebuah kereta Perodua MyVi yang terkandas dalam banjir kilat yang berlaku di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Hujan lebat yang melanda ibu negara sejak pukul 5 petang ini mengakibatkan dua buah kereta terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku terus berlaku di Jalan Chan Sow Lin, berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) di sini hari ini.

Dua buah kereta tersebut iaitu Volkswagen GTI dan Perodua MyVi diliputi banjir sehingga setengah badan apabila pemandu kenderaan tersebut masing-masing tidak menyedari kawasan jalan sepanjang kira-kira 100 meter itu telah dinaiki air setinggi 0.3 meter.

Seorang daripada pemilik kereta itu, Lee Xin Yee berkata, kereta Volkswagen miliknya tiba-tiba mengharungi banjir kilat yang dalam dan tanpa disedari air mula masuk sedikit demi sedikit.

"Ketika kejadian, hujan lebat dan saya dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum kenderaan saya terperangkap dalam banjir kilat.

"Saya tidak sedar tiba-tiba laluan berselekoh di bawah jambatan ini dinaiki air banjir yang tinggi. Tanpa membuang masa, saya segera keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui pukul 6 petang ini.

Sementara itu, skuad penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kedua-dua kenderaan itu dari kawasan banjir.

Beberapa anggota polis trafik turut kelihatan di tempat kejadian bagi mengawal keadaan lalu lintas ekoran jalan tidak dapat digunakan.

Full content generated by Get Full RSS.

Paip pecah: 150,000 akaun di Gombak, KL terganggu

Posted:

Paip pecah: 150,000 akaun di Gombak, KL terganggu

Paip pecah: 150,000 akaun di Gombak, KL terganggu

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Sebanyak 150,000 akaun pengguna di wilayah Gombak dan sebahagian Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air apabila berlaku kejadian paip pecah berdekatan Hospital Selayang, Selayang semalam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan saluran paip yang pecah tersebut membekalkan air kepada 104 kawasan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som hari ini berkata, kawasan di wilayah Gombak yang terlibat ialah Kawasan Perindustrian Batu Caves, Jalan Gombak, pekan Setapak, Jalan Genting Klang, seluruh Hulu Klang, sebahagian Jalan Ampang, seluruh pekan Ampang, AU 1 hingga AU 5 dan Keramat.

Di wilayah Kuala Lumpur pula, kawasan yang akan mengalami gangguan ialah keseluruhan Jalan Semarak, sebahagian kawasan Ampang, keseluruhan kawasan Cheras Batu 2 dan Batu 3 serta keseluruhan kawasan Pandan.

"Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan oleh Syabas Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur pada pukul 3.45 petang semalam berikutan kejadian paip dari jenis mild steel (MS) berukuran 2,000 milimeter dari Kolam Air Dusun Kubung (di Gombak) telah pecah.

"Kejadian ini berpunca daripada kerja-kerja pembinaan oleh pihak ketiga dan telah disahkan pada waktu tengah hari.

"Pengaktifan ERP Kod Kuning adalah untuk memastikan agar kawasan-kawasan terlibat mendapat bantuan dan usaha mengatasi masalah bekalan air kepada pengguna dapat dilakukan dengan segera," katanya.

Jelas beliau, bagi mengurangkan jumlah kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini, Syabas telah meminta pihak operator loji rawatan air untuk meningkatkan pengeluaran dari sumber-sumber yang lain dan juga menyalurkan sumber alternatif ke kawasan terlibat.

Tambah Abdul Halem, Syabas juga telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia sekiranya diperlukan.

"Kerja-kerja pembaikan telah selesai kira-kira pukul 2 pagi hari ini dan bekalan air pulih secara berperingkat-peringkat ke kebanyakan kawasan terlibat pada pukul 12 tengah hari," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Iskandar Malaysia patuhi piawaian

Posted:

Iskandar Malaysia patuhi piawaian

Iskandar Malaysia patuhi piawaian

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


JOSEPH Kurup bertanya sesuatu mengenai kraf tangan semasa Seminar Alam Sekitar Transformasi Cintai Alam Sekitar di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 30 Nov. - Kesemua projek pembangunan di Iskandar Malaysia adalah bebas daripada sebarang pencemaran termasuk jumlah pelepasan karbon dioksida yang sangat rendah.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, projek-projek mega di wilayah tersebut dibangunkan mengikut spesifikasi dan piawaian.

"Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan negatif dan ini bermakna projek-projek itu dibangunkan dengan baik tanpa mencemarkan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar selepas Seminar Alam Sekitar Transformasi Cintai Alam Sekitar di Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Joseph berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyatakan projek-projek di Iskandar Malaysia mencemarkan alam sekitar serta tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan 350 buah kilang di kawasan perindustrian Pasir Gudang supaya mematuhi dan mengamalkan sistem yang mesra alam.

"Ia penting bagi memastikan pencemaran udara, air, sisa-sisa toksik, jerebu dan sebagainya berada pada tahap paling minimum," katanya dan meminta pihak industri turut menyedia program kesedaran alam sekitar untuk para pekerjanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar berkata, pihaknya melakukan pemantauan di semua kilang tersebut secara berkala dan berdasarkan aduan orang ramai bagi memastikan tiada pencemaran berlaku.

Menurutnya, MPPG merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini yang mempunyai unit khas untuk memantau perkembangan alam sekitar kerana Pasir Gudang adalah kawasan perindustrian utama di selatan Semenanjung.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaya mengawal kewujudan kilang-kilang haram di Pasir Gudang yang biasanya beroperasi untuk sementara waktu sahaja.

On memberitahu, sebanyak 20 notis dikeluarkan MPPG dalam tahun ini terhadap kilang-kilang yang melakukan pelbagai kesalahan tetapi semuanya tidak berlarutan sehingga ke mahkamah kerana pihak berkenaan mematuhi perintah MPPG.

Sekiranya berlaku sebarang kesalahan katanya, mereka akan didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang memperuntukkan denda antara RM2,000 sehingga RM10,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Semangat 1Malaysia pada sambutan Deepavali

Posted:

Semangat 1Malaysia pada sambutan Deepavali

Semangat 1Malaysia pada sambutan Deepavali


Baderi Dasuki (tiga dari kiri) bersama pemimpin masyarakat setempat menyampaikan duit raya pada sambutan Deepavali di Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 30 Nov. - Semangat 1Malaysia jelas terserlah apabila lebih 1,500 penduduk pelbagai kaum dan agama menghadiri majlis sambutan Hari Deepavali Barisan Nasional Tenggara di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laksamana, di sini baru-baru ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki berkata, majlis bermula kira-kira pukul 8 malam itu mendapat sambutan menggalakkan dan kehadiran adalah melebihi anggaran asal, selain pelbagai juadah, mereka juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan artis terkenal.

"Ini menunjukkan sambutan rakyat khususnya di sekitar kawasan Tenggara terhadap konsep 1Malaysia adalah sangat menggalakkan dan ini terbukti apabila mereka menghadiri majlis hari ini bagi meraikan sambutan Hari Deepavali," katanya selepas majlis tersebut.

Turut hadir Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Bahagian Tenggara, F. Thurayraju, Pengerusi MCS Bahagian Tenggara, Gan Ong Pin dan Pengerusi Gerakan Bahagian Tenggara, Albert Teo.

Baderi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti turut menyampaikan sumbangan perayaan kepada lebih 200 kanak bawah 15 tahun pelbagai kaum yang hadir pada majlis itu.

Ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata, majlis itu adalah adalah satu cara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan keharmonian masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan latar belakang.

Ujuarnya, sekali gus kejayaan itu menjadi bukti gagasan 1Malaysia menjadi amalan penduduk negeri ini dalam kehidupan rukun dan damai.

"Ia membuktikan konsep 1Malaysia diamalkan rakyat di negeri ini yang sentiasa hidup aman dan damai," katanya

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


6 pesakit terima sumbangan

Posted:

6 pesakit terima sumbangan

6 pesakit terima sumbangan

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa melawat Karnival Kesihatan Sekretariat Kebajian, Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Timbalan Presiden UMNO itu yang hadir bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kemudian menyampaikan bantuan kepada enam pesakit termasuk warga emas yang menderita penyakit buah pinggang dan angin ahmar.

Pesakit tersebut adalah Mohd. Aimi Mohd. Bukhari, 34, yang menderita penyakit buah pinggang; Mohamed Razali Abdul Karim, 67, (angin ahmar); Saamah Saad, 53, (kanser payu dara); Mohd. Nor Abdul Hamid, 64, (kencing manis); Mohd. Supie Ismail, 57, (kencing manis) dan Maarif Mabol, 50 (buah pinggang).

Setiap pesakit tersebut menerima sumbangan RM100 daripada Yayasan Angin Ahmar Melaka dan sumbangan iringan.

Full content generated by Get Full RSS.

Noramfaizul terima Anugerah Kesatria Terbilang

Posted:

Noramfaizul terima Anugerah Kesatria Terbilang

Noramfaizul terima Anugerah Kesatria Terbilang

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini memberi penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor melalui Anugerah Kesatria Terbilang sempena Persidangan Perwakilan pergerakan itu di sini hari ini.

Allahyarham yang terkorban sebagai wira ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lalu, adalah penerima kedua anugerah tersebut sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2009.

Anugerah disampaikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, sebelum bermulanya persidangan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Suasana hiba menyelubungi dewan ketika klip video mengenai Noramfaizul dimainkan sehingga meruntun perasaan para perwakilan manakala ibu bapa Allahyarham, Mohd. Nor Yassin, 66, dan Naemah Abdul Majid, 63, yang turut hadir, dilihat menutup muka tidak dapat menahan kesedihan.

Keadaan dewan senyap seketika apabila para perwakilan bertafakur dan membacakan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Noramfaizul, 39, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda terbunuh akibat terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di negara bergolak itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood pula menerima Anugerah Khas Pemuda sebagai menghargai keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibawa arus deras sungai dalam satu insiden Jun lalu.

Sempena pemberian anugerah itu, Abdul Samad, 36, yang juga bapa kepada tiga anak, menerima penghormatan pemakaian tengkolok daripada Khairy sambil diberi sanjungan berdiri (standing ovation) oleh para perwakilan.

Full content generated by Get Full RSS.

60% jalan rosak berpunca kerja korek syarikat utiliti

Posted:

60% jalan rosak berpunca kerja korek syarikat utiliti

60% jalan rosak berpunca kerja korek syarikat utiliti


Ahmad Fuad Ismail kelihatan serius mempersoalkan artikel laporan khas yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia.


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Lebih 60 peratus kerosakan jalan yang banyak berlaku di bandar raya Kuala Lumpur dikenal pasti berpunca daripada kerja-kerja pengorekan oleh syarikat utiliti bagi tujuan pemasangan kabel bawah tanah.

Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, kerja-kerja pengorekan tanpa penurapan yang baik boleh mengakibatkan jalan menjadi mendap, beralun dan berlubang.

Bagi mengelak keadaan itu terus berlaku, jelasnya, syarikat-syarikat utiliti berkenaan seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Telekom dan syarikat telekomunikasi lain disaran menggunakan teknologi Horizontal Directional Drilling (HDD) bagi tujuan pemasangan kabel tanpa mengorek jalan.

''Bagaimanapun penggunaan teknologi ini memakan kos tinggi sehingga tiga kali ganda daripada biasa.

''Hanya Syarikat Gas Malaysia Berhad yang mengaplikasikan teknologi ini bagi mengurangkan kerosakan jalan akibat kerja-kerja pengorekan yang dijalankan,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Laporan Khas akhbar ini dua hari lalu mendedahkan masalah jalan rosak, berlubang dan tidak berkualiti di sekitar ibu kota terus berlaku tanpa ada kesudahan.

Kerja penurapan jalan juga tidak ubah seperti kain perca apabila jalan ditampal tidak sempurna dan kelihatan daif.

Ahmad Fuad bagaimanapun kecewa dengan laporan terbabit apabila menafikan gambar-gambar jalan rosak yang disiarkan adalah bukan di Kuala Lumpur.

''Saya akui bahawa jalan-jalan di Kuala Lumpur banyak rosak dan perlu dibaiki. Tetapi saya tengok (melalui gambar yang disiarkan) ada di antara jalan dan tempat letak kereta bukan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

''Kalau tulis berita tidak betul adalah fitnah,'' tegasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuad berkata, kebanyakan kerja-kerja pengorekan dibuat tanpa pengetahuan dan pemberitahuan kerana ia dijalankan pada waktu malam.

Katanya, biarpun segala syarat dan garis panduan ditetapkan kepada pihak mereka, namun ia sekadar 'di atas kertas'.

Ini kerana, katanya, di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kesalahan mengorek jalan tanpa kelulusan atau tidak menurap kembali jalan dengan baik hanya akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

''Kita tidak boleh halang mereka untuk mengorek jalan bagi pemasangan kabel kerana kita tidak mahu dipersalahkan pula oleh orang ramai akibat tidak dapat bekalan air atau elektrik kerana DBKL tidak benarkan mengorek jalan.

''Sebab itu kita berharap sangat mereka dapat menggunakan teknologi HDD biarpun membuat bayaran deposit untuk kerja penurapan,'' katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad menjelaskan, antara punca lain yang turut menyumbang kepada kerosakan jalan adalah disebabkan tumpahan minyak diesel dan konkrit selain aktiviti pembangunan di sekitarnya.

''Sepanjang tahun ini sebanyak 37 jalan utama telah siap dibaik pulih dan diturap semula, 10 jalan utama dalam pelaksanaan dan dua jalan utama dalam proses pelantikan kontraktor,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pengusaha bas dibantu

Posted:

Pengusaha bas dibantu

Pengusaha bas dibantu

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 30 Nov. - Kerajaan negeri sedia memberi pertimbangan kepada syarikat bas henti-henti kecil di negeri ini bagi mendapatkan bantuan daripada Tabung Pengangkutan Awam yang diwujudkan baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib yang dialami oleh syarikat tersebut yang wujud sejak berpuluh tahun lalu tetapi mengalami kerugian akibat kos operasi yang tinggi.

"Kita sedang memantau keadaan sekarang dan kerajaan negeri tidak akan membiarkan situasi itu berterusan kerana ia boleh menjejaskan orang ramai," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan beberapa syarikat bas henti-henti kecil mendapatkan bantuan daripada tabung berkenaan kerana tidak mampu menampung kerugian kerana kos operasi yang tinggi.

Tabung itu diwujudkan oleh kerajaan negeri selepas memorandum persefahaman (MOU) dengan Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) pada 21 November lalu bagi membolehkan kerajaan negeri menyalurkan subsidi bagi perkhidmatan bas henti-henti yang dijalankan oleh syarikat berkenaan.

KTB melalui Cityliner sebelum itu menghentikan operasi bas henti-henti di 10 laluan di negeri ini kerana tidak mampu menanggung kerugian yang berterusan.

Mohamad menjelaskan, kerajaan negeri menandatangani MOU dengan KTB memandangkan ia adalah operator bas henti-henti yang paling besar di negeri ini.

"Tetapi kami sedar pengusaha kecil juga mengalami masalah kewangan yang sama dan kami sedia memberi pertimbangan terhadap permintaan itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan yang boleh diberikan adalah untuk jangka pendek kerana perkhidmatan bas terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau memberitahu, kerajaan negeri telah membuat kertas kerja mengenai masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan bas henti-henti dan berharap SPAD dapat melaksanakan tindakan menyeluruh yang boleh menjamin masa depan sektor berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Rayu MBMB naik taraf medan selera

Posted:

Rayu MBMB naik taraf medan selera

Rayu MBMB naik taraf medan selera


Premis medan selesa yang telah uzur di Tanjung Kling, Melaka.


MELAKA 30 Nov. - Beberapa peniaga di Medan Selera, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Tanjung Kling di sini merayu kepada MBMB supaya menaik taraf premis perniagaan itu yang kini semakin daif sejak dibina 22 tahun lalu.

Mereka yang ditemui kecewa dengan keadaan dinding bangunan premis itu yang semakin dimakan anai-anai, saluran longkang yang tidak sempurna dan siling bocor serta reput.

Keadaan itu menurut peniaga, turut menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengunjung medan selera itu tetapi tidak mempunyai pilihan lain kerana lokasi yang dekat dengan tempat kerja selain harga ditawarkan juga berpatutan.

Seorang peniaga, Omar Aman, 61, berkata, gerainya mengalami kerosakan agak teruk apabila siling bocor dan reput selain dinding juga telah reput dimakan anai-anai.

"Saya telah berniaga di sini sejak hampir 20 tahun lalu dan ramai juga pelancong yang datang ke Melaka melalui jalan lama dari Seremban atau utara akan singgah makan di sini.

"Penduduk tempatan pula gemar makan di sini kerana lokasinya yang dekat dan mereka juga ada mengadu mengapa keadaan medan selera ini daif dan tidak dinaik taraf," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Norlizah Amzah, 43, berkata, dia sedia bekerja sama sekiranya MBMB bersetuju menaik taraf gerai yang disewa daripada pihak berkuasa tempatan itu pada harga RM112 sebulan.

"Malah, kalau gerai baru siap nanti, saya juga tidak kisah jika kadar sewa dinaikkan tetapi biarlah berpatutan dengan lokasinya yang terletak di kawasan kampung ini," katanya.

Seorang pelanggan di medan selera itu, Naimah Azizan, 25, berkata, medan selera itu menjadi destinasi tetapnya untuk menikmati makan tengah hari setiap hari bekerja.

"Saya bekerja di kawasan berhampiran, jadi tentulah medan selera ini menjadi pilihan kerana makanannya yang sedap dan harga yang berpatutan.

"Cuma saya rasa memang sudah sampai masanya MBMB menaik taraf medan selera ini yang dilihat tidak lagi sesuai status Melaka sebagai sebuah negeri maju," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

MPAG serbu empat premis jual barang lusuh

Posted:

MPAG serbu empat premis jual barang lusuh

MPAG serbu empat premis jual barang lusuh


PENGUAT Kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengambil maklumat daripada seorang lelaki di premis membeli barangan lusuh di Alor Gajah, kelmarin.


ALOR GAJAH 30 Nov. - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyerbu empat premis membeli barangan lusuh di sini semalam dalam usaha membanteras kegiatan membeli barang curi.

Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Shadan Othman berkata, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya menemui sebatang paip pembetung milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di sebuah premis tersebut di Pangkalan.

"SAMB yang turut menyertai operasi itu telah mengambil maklumat daripada pekerja di situ termasuk daripada siapa, mereka membelinya sebelum dikenakan tindakan lanjut.

"Operasi ini turut disertai 13 anggota termasuk daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium (IWK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi dilakukan susulan banyak aduan yang diterima daripada agensi terbabit tentang kehilangan harta benda mereka seperti penutup najis, kabel dan saluran paip yang dipercayai dijual kepada premis barangan lusuh.

Tambahnya, operasi dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari itu telah memeriksa empat premis barangan lusuh masing-masing dua di Pangkalan dan kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) Kuala Inas.

"Namun hanya satu premis di Pangkalan dipercayai memiliki paip pembetung milik SAMB," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jalan baru sukarkan pengguna

Posted:

Jalan baru sukarkan pengguna

Jalan baru sukarkan pengguna

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Laluan jalan ke Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial di Jalan Teluk Wanjah mempunyai selekoh yang tajam serta merbahaya bagi pengguna jalan raya dan orang awam di Alor Setar.


ALOR SETAR 30 Nov. - Kira-kira 200 kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Jalan Teluk Wanjah di sini meminta pihak pemaju membina satu laluan khas untuk memasuki bangunan Perkeso demi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Ini kerana jalan baru dibina oleh pihak pemaju untuk memasuki bangunan Perkeso mempunyai selekoh tajam serta berbahaya bagi pengguna jalan raya dan orang awam yang ingin berurusan di pejabat itu.

Pengarah Perkeso Kedah, Othman Mohd. Nordin berkata, jalan baru yang dibina oleh pihak pemaju itu tidak sesuai bagi pengguna jalan raya.

"Selekoh yang ada sebelum memasuki bangunan Perkeso tajam dan pengguna kenderaan yang ingin keluar dari bangunan ini boleh bertembung dengan kenderaan yang ingin memasuki bangunan ini.

"Kami menerima aduan daripada orang ramai yang berurusan di sini mengenai kesukaran yang dihadapi mereka apabila ingin memasuki bangunan Perkeso," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, orang awam yang berurusan dengan Perkeso kebanyakannya ialah orang kelainan upaya (OKU) dan mereka mengalami kesukaran kerana jalan baru itu berbahaya.

"Kami sangat berharap pihak pemaju dapat membina laluan khas dengan segera supaya tidak berlaku kemalangan di jalan ini," jelasnya.

Seorang kakitangan Perkeso, Ahmad Ismail berkata, jalan baru itu sepatutnya mesra pengguna, namun malangnya ia menjadi sebaliknya.

"Setiap hari kami menghadapi kesukaran untuk memasuki tempat kerja dan ada ketikanya saya bertembung dengan motosikal yang tidak nampak saya memandu keluar dari sini.

"Saya amat berharap pihak pemaju dapat membina jalan baru yang lebih mesra pengguna dan tidak mempunyai selekoh yang tajam," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasar jadi peneraju pembekal makanan

Posted:

Sasar jadi peneraju pembekal makanan

Sasar jadi peneraju pembekal makanan

IPOH 30 Nov. - Koperasi Mega Ipoh Bhd., (KMIB) yakin mampu menjadi peneraju perniagaan kuih muih tradisional, makanan ringan dan dingin beku di negeri ini dalam masa terdekat berdasarkan sambutan hebat pelanggan terhadap produk-produk keluarannya sejak setahun lalu.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Nasir Hashim berkata, pasaran makanan yang diceburi KIMB mempunyai potensi besar dan mampu berkembang lebih pesat selepas ini.

''Kita menyasarkan pulangan dividen melebihi 10 peratus kepada ahli pada tahun kewangan akan datang.

''Kita juga merancang membuka dua lagi premis jualan di negeri ini dalam masa terdekat selepas yang pertama di Arked D'Mara di sini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Kedua KMIB di sini semalam.

Menurutnya, penglibatan KMIB dalam bidang perniagaan itu bertepatan dengan keperluan masyarakat kini yang lebih tertumpu pada produk makanan halal khususnya bagi kuih tradisional dan moden.

Katanya, buat permulaan, KMIB menghasilkan lima jenis kuih dingin beku yang dibekalkan di sini dan ia mendapat sambutan sangat baik daripada orang ramai.

''Sebanyak 15 jenis kuih tradisional antaranya karipap, pau dan roti canai segera kini dalam proses pembuatan dan kami sedang menyiapkan pakej pembungkusan agar ia setanding produk berjenama popular dari segi kualiti dan kesegaran," ujar beliau.

Menurut beliau, KMIB kini berbincang dengan para peniaga tempatan untuk menjadi pembekal dalam usaha meningkatkan kelancaran pemasaran.

''Kita juga sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk kami," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita derita sakit buah pinggang hidup sebatang kara

Posted:

Wanita derita sakit buah pinggang hidup sebatang kara

Wanita derita sakit buah pinggang hidup sebatang kara


NORMAZIAN Abdul Rahman menunjukkan gambar dua anaknya Shakina (kiri) dan Shahdatul Shuib yang masih disimpannya di Kampung Sberang Pekan Baling, Kedah, semalam.


BALING 30 Nov. - Seorang ibu tunggal yang mengidap penyakit buah pinggang mengharapkan bantuan dan keprihatinan anak-anaknya.

Normazian Abdul Rahman, 47, yang mempunyai enam orang anak kehidupan keseorangan dan terpaksa bergantung kepada simpatik jiran-jiran yang dimasukkan ke hospital.

Sambil menitis air mata Normazian berkata, dia melalui saat-saat menyedihkan dalam hidupnya apabila dibuang anak sendiri ketika dia amat memerlukan mereka.

Tambahnya, sudah lebih 10 tahun dia tidak bertemu dengan anak-anaknya itu walaupun mereka tahu di mana dia menetap.

"Inikah balasan yang saya terima? Mereka tahu di mana saya berada, selama ini saya yang membesar dan memberi pendidikan ilmu apabila mereka sudah besar melupakan saya," katanya ketika ditemui di Hospital Baling di sini hari ini.

Menurut wanita itu lagi, paling memilukan apabila dia tidak pernah merasai kegembiraan menyambut hari raya bersama mereka walaupun sering ternanti-nanti kepulangan anak-anak.

Tambahnya, selepas berpisah dengan suaminya, dia hanya melakukan kerja ringan kerana kesihatan tidak mengizinkan dengan menjual goreng pisang untuk menampung pendapatan.

"Dengan pendapatan yang tidak seberapa wang itulah digunakan untuk berbelanja setiap hari tetapi mujurlah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 bagi membolehkan saya menampung kos rawatan ke hospital," ujarnya.

Katanya, dia sangat merindui anak- anaknya dan berharap mereka pulang menjenguknya selagi dia masih bernyawa.

"Saya teringat anak-anak dan mengharapkan kasih sayang tetapi mengapa mereka meninggalkan saya dalam keadaan begini yang sudah dimamah usia," katanya yang menetap di Kampung Seberang Pekan Baling, dekat sini.

Kata Normazian, dia kerap mendapat rawatan di hospital sejak akhir -akhir ini kerana keadaan penyakit yang dihidapinya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Rakyat diseru manfaat e-zakat

Posted:

Rakyat diseru manfaat e-zakat

Rakyat diseru manfaat e-zakat

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my


Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Dzulkifli Fadzilah (dua dari kanan) menunjukkan replika cek zakat perniagaan yang dibayar oleh PUNB pada Majlis Pelancaran Pembayaran E-Zakat Maik di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 30 Nov. – Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berharap rakyat Malaysia di luar negara dan juga warga asing dapat menunaikan bayaran zakat kepada negeri ini dengan adanya sistem pembayaran atas talian atau e-zakat yang diperkenalkan Ogos lalu.

Baginda bertitah, e-zakat memberi kemudahan kepada pembayar zakat mentaksir seterusnya membuat pembayaran melalui sistem yang disediakan dalam portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

"Maik telah memperkenalkan satu kaedah terkini bagi memudahkan umat Islam dari serata dunia menunaikan kewajipan berzakat tanpa mengira masa dan tempat dengan cepat serta selamat," titah baginda semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembayaran E-Zakat Maik di Hotel Renaissance di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNM), Dzulkifli Fadzilah.

Sementara itu, Che Hamat berkata, sejak prapelancaran e-zakat empat bulan lalu, lebih RM157,000 berjaya dipungut dengan sebanyak RM93,483 daripadanya dikutip sepanjang Ramadan.

Beliau percaya aplikasi atas talian melalui portal www.e-maik.my itu akan mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Kita permudahkan kaedah pembayaran kerana mahu lebih ramai membayar zakat kepada negeri ini memandangkan Kelantan adalah negeri miskin dan lebih ramai asnaf yang perlu dibantu," katanya.

Jelas beliau, aplikasi e-zakat tersebut memberikan tiga pilihan bahasa kepada pengguna iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan telah melalui proses penambahbaikan sebelum pelancarannya secara rasmi hari ini.

Tambahnya, tahun ini Maik menyasarkan kutipan zakat sehingga RM85 juta berbanding RM71 juta tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Hubungan istana, UMK bertambah erat

Posted:

Hubungan istana, UMK bertambah erat

Hubungan istana, UMK bertambah erat

KOTA BHARU 30 Nov. - Hubungan silaturahim antara institusi raja negeri ini dengan golongan akademik khususnya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi lebih erat dengan kesudian Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berangkat mencemar duli menghadiri program bersama warga universiti tersebut di sini hari ini.

Naib Canselor UMK, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed berkata, kehadiran rombongan cerdik pandai yang diketuai baginda selaku Pro-Canselor amat dinantikan dan diharap dapat dimanfaatkan untuk kebaikan seluruh rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikan.

"Program Ramah Mesra ini diharapkan menjadi titik permulaan ke arah silaturrahim yang lebih erat antara Tuanku Pro-Canselor bersama kami warga universiti dalam usaha memberi khidmat demi meningkatkan taraf dan kesejahteraan hidup rakyat.

"Dengan kepimpinan Tuanku Pro- Canselor, universiti ini akan terus membangun, berwibawa dan mampu menyumbang dengan lebih efektif kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Ramah Mesra Tengku Mahkota Kelantan bersama lebih 300 warga UMK di Kampus Pengkalan Chepa di universiti itu di sini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengelola Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood.

Sempena majlis itu, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra telah dibawa melawat Galeri Di-Raja, pameran fakulti dan melancarkan lapan buah buku yang dihasilkan oleh kakitangan UMK.

Dalam ucapannya juga, Zainai berkata, pihak universiti juga amat menjunjung kasih atas perkenan baginda menyampaikan ijazah kepada 269 graduan sulung UMK semasa Majlis Konvokesyen Pertama UMK pada 19 Spetember lalu.

Beliau berkata, universiti itu mengambil berat peranan sebagai agen perubahan minda masyarakat dan bertekad membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunan sosio ekonomi di negeri ini.

Katanya, tanggungjawab UMK sebagai salah satu Pusat Kecemerlangan ECER Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di pantai timur adalah satu penghormatan kepada universiti sebagai sebuah universiti baru dalam membantu kerajaan membasmi kemiskinan tegar.

"Pada tahun ini UMK telah mencapai usia operasi empat tahun dan melengkapkan satu proses kitaran pengajian dengan sempurnanya Majlis Konvensyen Pertama pada September lalu.

"Pembangunan fasa kedua bagi tempoh lima tahun bermula pada 2011 hingga 2015 akan menumpukan kepada pembangunan keupayaan kakitangan, fizikal yang lebih mapan dan pemantapan sistem organisasi," katanya.

Zainai menambah, penerapan budaya dan ciri keusahawanan yang menjadi teras pendidikannya tidak terhad kepada siswa UMK sahaja malah turut diterapkan di kalangan kakitangan universiti.

"Sebagai 'Universiti Berteraskan Keusahawanan,' UMK akan sentiasa mengatur langkah strategik membangunkan ekosistem yang lebih kondusif bagi memastikan kecemerlangan universiti dalam arus globalisasi pendidikan tinggi yang mencabar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

22 wanita China diberkas di rumah urut

Posted:

22 wanita China diberkas di rumah urut

22 wanita China diberkas di rumah urut


Sebahagian tukang urut warga China yang ditahan dalam serbuan Imigresen ke atas sebuah pusat urut refleksologi di Jalan Kampung Dalam, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 30 Nov. - Jabatan Imigresen negeri menahan 22 wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan di sebuah kedai urut refleksologi di Jalan Kampung Dalam di sini semalam.

Dalam serbuan disertai seramai 26 anggota pada pukul 4.30 petang itu, dua lelaki warga China turut ditahan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohd. Khaira Daud berkata, sebelum ini premis yang sama pernah tiga kali diserbu namun pemiliknya masih tidak serik melakukan kesalahan serupa dengan menggaji pekerja warga asing tanpa pas kerja yang sah.

"Ketika diserbu, sebahagian daripada wanita warga China itu sedang leka melayan tujuh pelanggan masing-masing," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, kata Mohd. Khaira, dalam operasi di beberapa lokasi lain di daerah ini hari ini, pihaknya turut menahan 44 warga asing atas pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah menyalahgunakan pas lawatan sosial, tiada dokumen dan tinggal lebih masa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved