Rabu, 21 September 2011

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


MASiF pentas tiga genre seni

Posted:

MASiF pentas tiga genre seni

MASiF pentas tiga genre seni

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar JEFFRI IRAN


Gaun malam ciptaan Wan Pa memberikan inspirasi tersendiri dalam seni rekaan fesyen.


MUZIK, seni dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Apatah lagi apabila ia melangkah seiring di atas pentas yang sama sebagaimana yang cuba dihasilkan oleh penganjur Festival Muzik, Seni dan Gaya Antarabangsa (MASiF ) 2011 .

Festival yang masuk tahun kedua penganjurannya itu mengenepikan segala kritikan dan salah tafsir berkaitan dengan aktiviti seni golongan remaja.

Sebaliknya ia terus berusaha mengukuhkan kedudukan sebagai platform untuk golongan muda mengetengahkan bakat-bakat yang dimiliki.

Malah MASiF 2011 dilihat mampu membuka pintu terutama dalam menghimpunkan bukan penggiat muzik tetapi juga pereka fesyen dan pelukis dalam satu 'gelanggang'.

Festival unik tersebut yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad lalu di pusat beli-belah Suria KLCC , adalah berteraskan tiga genre seni iaitu muzik, lukisan dan fesyen.

Semarak festival pastinya di pentas peragaan fesyen dengan gandingan pereka-pereka baru dan lama.

Sepanjang tiga hari itu MASiF 2011 telah menghimpunkan lebih 24 pereka fesyen lama dan baru termasuk Datuk Radzwan Radziwill, Sharifah Kirana, Calvin Thoo, Iszal Ismail, Wan Pa, Von Jolly, Nazreen Idris Ezuwan Ismail, Joanne Chan dan Merlee Shariff serta ramai lagi.

Tidak ketinggalan kehadiran jenama-jenama fesyen terkenal seperti Cosry, Hajaba, Ang Eng, Ghetto by G Aleander dan sekolah fesyen terkenal, IFTC.

Pentas peragaan dihangatkan lagi dengan koleksi pereka jemputan dari luar negara iaitu Veejay Floresca dari Filipina dan Ivan Gunawan dari Indonesia.

Gandingan lama dan baru itu menjadikan MASiF 2011 sebagai medan untuk golongan muda membuktikan bakat mereka selain menimba pengalaman pereka yang jauh berpengalaman.

Istimewanya, pada peragaan tersebut, fesyen yang diperagakan meliputi semua acara daripada pakaian majlis rasmi, keraian sehinggalah pakaian harian serta santai yang mampu dan mesti dimiliki.

Dalam pada itu pereka tersohor Radzwan, tampil dengan koleksi moden dengan potongan dres labuh yang boleh digayakan di mana-mana sahaja.

Menggunakan warna-warna mewah seperti merah , oren dan kuning menjadikan si pemakai lebih bergaya serta kelihatan anggun.

Apatah lagi, fesyen adalah bahasa universal yang mampu menterjemahkan pelbagai perasaan dan apresiasi daripada ragam budaya dan bangsa dunia.

Malah lebih menarik, peragaan kali ini menampilkan idea kreatif dan semakin moden tanpa meninggalkan unsur sopan dalam rekaan.

Selain itu, penataan rekaan Sharifah Kirana yang gemar mengguna songket dalam setiap perincian, mampu memberikan 'kredit' kepada negara sendiri serta sekali gus menaikkan nama negara apabila menggunakan songket ke peringkat antarabangsa.

Malah melalui penggunaan fabrik songket juga dilihat sentiasa diberi perhatian sehinggakan memberi inspirasi kepada beliau untuk mencipta rekaan yang sopan dan anggun, namun kelihatan bergaya.

Rekaan Sharifah Kirana adalah untuk keperluan wanita moden yang hanya memerlukan usaha minimum untuk mendapat gaya yang maksimum.

Penggunaan warna-warna lembut pula menggambarkan jiwa yang bebas dan keseronokan yang sepatutnya dinikmati wanita dalam menjalani kehidupan.

Apa pun bagi golongan muda, MASiF merupakan gelanggang terbaik untuk meraih pendedahan dan manfaat bagi mengembangkan bakat sama ada dalam fesyen, muzik dan seni halus.

Lebih bertuah lagi, penganjuran festival ini bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia yang di sambut pada 16 September setiap tahun.

Chow Gek, Virmalah terus bantu wanita

Posted:

Chow Gek, Virmalah terus bantu wanita

Chow Gek, Virmalah terus bantu wanita

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar rashid mahfof


Dari kiri, Chow Gek Chow Giat, Virmalah Nair dan Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjuran Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah WIM, Puan Sri Siew Yong Gnanalingam menunjukkan piala bakal diterima oleh pemenang pada majlis memperkenalkan barisan penaja untuk anugerah tersebut anjuran Institut Pengurusan Wanita (WIM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


NAMA mereka satu ketika dahulu mungkin begitu asing di kalangan masyarakat setempat apatah lagi mereka bukannya selebriti yang sering mendapat liputan berita setiap masa.

Tetapi setelah memenangi Anugerah Wanita Tun Dr. Siti Hasmah WIM pada tahun 2005 dan 2008, mereka semakin dikenali malah nasihat dan bantuan mereka sering 'ditagih' golongan yang begitu memerlukan.

Begitupun, bagi kedua-dua personaliti ini, anugerah yang diterima sedikit sebanyak mampu menjadikan mereka insan yang bertanggungjawab selain dapat menghulurkan bantuan yang termampu.

Bagi kontraktor, Chow Gek Chow Giat, 49, dan pesara guru, Virmalah Nair, 59, mereka amat berterima kasih kepada individu yang bertanggungjawab mencalonkan mereka untuk menerima Anugerah Wanita Tun Dr. Siti Hasmah WIM kerana sekurang-kurangnya hari ini mereka dapat berkongsi pengalaman serta kejayaan yang diraih bersama.

Menurut Chow Gek yang berketurunan Orang Asli, dia tidak pernah menyangka akan dipilih menerima anugerah tersebut apatah lagi sebelum ini dia bukanlah seorang individu yang dikenali.

Ternyata apa yang difikirkan meleset sama sekali kerana anugerah tersebut bukanlah anugerah bagi menobatkan individu yang dikenali mahupun yang banyak berjasa. Ia merupakan anugerah kepada mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing dan bermula dari bawah.

"Sudah pasti penganugerahan anugerah tersebut telah mengubah hidup saya.

"Ini kerana sebelum ini saya hanya memikirkan soal diri serta keluarga sahaja. Tetapi hari ini saya bukan sahaja perlu membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan malah kadang kala turut 'turun padang' bagi menjayakan sesuatu tugasan.

"Bagaimanapun, semua ini bukanlah satu beban. Saya amat gembira kerana sekurang-kurangnya saya dapat membantu golongan susah terutama sekali ibu-ibu tunggal," ujarnya ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan barisan penaja untuk Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah WIM Wanita Berinspirasi 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah yang diperkenalkan oleh Institut Pengurusan Wanita (WIM) itu adalah bagi mengiktiraf wanita yang meraih kejayaan gemilang hasil daripada ketabahannya menempuh halangan dan cabaran.

Ternyata anugerah yang diterima Chow Gek pada tahun 2005 bukanlah merupakan anugerah yang pertama dan terakhir diterimanya.

Pada 2006 dia sekali lagi dipilih untuk menerima anugerah Ibu Kerjaya oleh Avon.

Katanya, segala anugerah yang diterima adalah atas kejayaannya selama ini yang bekerja keras dalam usaha memajukan diri serta memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

Menurut ibu tunggal itu lagi, sehingga hari ini dia masih lagi berganding bahu bersama (WIM) membantu golongan yang memerlukan bantuan serta nasihat untuk berjaya di dalam kehidupan masing-masing.

Begitu juga dengan Virmalah seorang bekas guru yang tidak dikenali ramai walaupun pernah aktif dalam politik.

Beliau hanya dikenali di kalangan kelompok teman-teman seperjuangannya, tetapi ceritanya amat menarik untuk dikongsi bersama.

Boleh dikatakan, anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu begitu tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang diberikan kepadanya dalam menjalani kehidupan hariannya.

Berkahwin dan menjadi ibu tunggal pada usia yang begitu muda, Virmalah tidak pernah menjadikannya batu penghalang untuk meneruskan kehidupannya.

Bangkit daripada kekecewaan dengan harapan untuk melihat kejayaan anak tunggalnya, Virmalah akhirnya mampu mengukir senyuman.

Hari ini, dengan kerjaya sebagai seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta di ibu kota, Virmalah juga aktif membantu golongan yang memerlukan.

Selain menganjurkan bengkel dan seminar, Virmalah juga sering menjadi tempat untuk golongan wanita meluahkan nasib mereka.

Membantu mana yang terdaya, Virmalah kini juga aktif berkerja sama dengan WIM dalam usaha menaikkan martabat golongan wanita.

Seperti Chow Gek, Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah WIM bukanlah anugerah yang pertama dan terakhir diterimanya.

Ini kerana selang setahun selepas itu, Virmalah telah dipilih oleh Garshom Int. Ltd. melalui Internet sebagai wanita India yang paling berpengaruh di luar India.

Anugerah Parvasi Vanitha itu telah menaikkan lagi semangat Virmalah untuk terus aktif membantu wanita yang dalam kesusahan.

Bagi Chow Gek dan juga Virmalah, wang tunai yang dimenangi melalui anugerah tersebut telah digunakan untuk melatih wanita-wanita atau ibu-ibu tunggal dalam bidang perniagaan.

Jelas kedua-dua wanita ini akan membantu selagi terdaya serta bantuan mereka diperlukan dan tiada sebab untuk mereka mendabik dada dengan kejayaan yang dikecapi hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bekerja di Singapura

Posted:

Bekerja di Singapura

Bekerja di Singapura

Oleh AZRAI MOHAMMAD
utusanjohor@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Dianggarkan 250,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, daripada jumlah itu kira-kira 150,000 pekerja berulang-alik ke Singapura setiap hari dan selebihnya menetap di negara jiran tersebut.

"Sebab utamanya adalah tawaran gaji yang lebih tinggi dan mereka terdiri daripada pelbagai peringkat kerja.

"Cabaran kita adalah untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi bagi mengekalkan sumber manusia yang ada di negara ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran majalah People's Edge di sini, semalam.

Menurutnya, transformasi ekonomi adalah asas penting bagi mengatasi masalah tersebut dan ia tidak boleh dilakukan secara drastik.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan syarikat menaikkan gaji pekerja. Transformasi ekonomi yang sedang dilakukan oleh kerajaan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah itu," katanya.

Ditanya adakah ketiadaan peluang kerja turut menjadi punca masalah itu, beliau menjelaskan, negara mempunyai kadar pengangguran yang amat kecil iaitu 3.1 peratus sahaja.

"Jika mengikut piawaian antarabangsa, Malaysia adalah antara negara yang 100 peratus rakyatnya bekerja serta tiada masalah pengangguran.

"Malah, kita juga memberi peluang pekerjaan kepada pekerja asing. Maka isunya bukan disebabkan tiada pekerjaan tapi adalah disebabkan gaji," katanya.

Murid-murid SKBU 2 tidak mahu ketinggalan

Posted:

Murid-murid SKBU 2 tidak mahu ketinggalan

Murid-murid SKBU 2 tidak mahu ketinggalan

JOHOR BAHRU 20 Sept. - Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia anjuran Utusan Malaysia dan Gerakan Belia 4B Malaysia terus mendapat sambutan hangat walaupun pada saat akhir apabila murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2 (SKBU 2) tidak mahu ketinggalan menyertainya.

Penolong Kanan Kurikulum SKBU2, Isa Jupri berkata, sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak lengkap jika tidak menyertai pertandingan tersebut yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan negara.

"Rasanya inilah peluang terbaik untuk kita mengasah bakat murid-murid dengan berkarya dalam bentuk esei bagi menghayati tentang erti kemerdekaan dan semangat patriotik.

"Aktiviti ini juga membolehkan murid-murid menimba pengalaman dan pengetahuan dengan memupuk nilai-nilai murni termasuk tanggungjawab seorang pelajar terhadap negara yang telah merdeka selama 54 tahun," katanya pada Majlis Pertandingan Esei Kemerdekaan anjuran Utusan Malaysia dan Gerakan Belia 4B Johor di SKBU 2, di sini.

Esei penyertaan murid-murid sekolah berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaluddin.

Sementara itu, Syahrin berkata, pertandingan tersebut bertujuan memberi peluang kepada generasi muda termasuk belia, remaja dan kanak-kanak meluahkan perasaan dan pandangan mereka mengenai kemerdekaan negara.

"Oleh itu, menerusi pertandingan esei ini kita sediakan mereka ruang seluas-luasnya untuk berkarya dan menghayati erti kemerdekaan dalam erti kata sebenar dengan harapan dapat menyumbang dengan memelihara keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi hari ini," katanya.

Pertandingan yang mendapat kerjasama syarikat Fargoes Books Sdn. Bhd. itu diadakan sempena bulan kemerdekaan dan penulisan esei merupakan kaedah yang sesuai untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia, remaja dan kanak-kanak.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Belia, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Sekolah Rendah dengan setiap kategori meletakkan dua tajuk esei untuk dihuraikan oleh peserta.

Johan Kategori Belia menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 berserta buku dan sijil, tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM700) manakala juara Kategori Sekolah Menengah mendapat RM1,000 berserta buku dan sijil, kedua (RM500) dan ketiga (RM300).

Juara Kategori Sekolah Rendah pula akan memperoleh wang tunai RM500 berserta buku dan sijil, kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Semua pemenang iaitu juara hingga tempat ketiga setiap kategori turut akan memenangi komputer riba tajaan Mutiara Smart Computering Sdn. Bhd.

Pertandingan yang bermula selama sebulan bermula 16 Ogos itu berakhir hari ini dan majlis penyampaian hadiah dijadualkan 24 September ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Zon nelayan pantai diceroboh

Posted:

Zon nelayan pantai diceroboh

Zon nelayan pantai diceroboh

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my


MOHD. Kholil Ahmad Jusuh (kanan) menunjukkan pukat dan bot nelayan jenis B yang menceroboh zon nelayan pantai kawasan Kuala Jerlun di Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Kedah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 20 Sept. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B yang menceroboh zon nelayan pantai berhampiran Pantai Kuala Sala, Yan dekat sini hari ini.

Pegawai Operasi Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Muda Maritim, Mohd. Kholil Ahmad Jusuh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 pagi itu pihaknya mendapati bot nelayan tersebut telah melanggar syarat lesen dengan memukat berhampiran pantai pada jarak 2.5 batu nautika berhampiran Pantai Kuala Sala.

"Syarat lesen memukat untuk bot nelayan kelas B ialah lima batu nautika ke atas dari pantai.

"Kami menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu bot untuk membantu siasatan namun lelaki ini dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi dan kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, APMM juga telah meningkatkan tahap kekerapan operasi dengan melaksanakan penguatkuasaan yang maksimum di kawasan berhampiran pantai.

"Kami memandang serius pencerobohan bot-bot nelayan kelas B dan C yang menangkap ikan di kawasan pantai.

"Kami mengambil tindakan sebaik sahaja aduan tentang pencerobohan diterima namun setibanya kami di sana, kebanyakan bot yang menceroboh sudah tiada kerana mereka sentiasa bergerak," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Kholil memberitahu, sejak Januari hingga Ogos tahun ini, APMM Kuala Kedah telah melakukan 626 pemeriksaan dan 12 nelayan ditahan atas pelbagai kesalahan dan dikompaun di bawah Akta Perikanan 1985.

Lembah Lenggong akan dicalon Tapak Warisan Dunia

Posted:

Lembah Lenggong akan dicalon Tapak Warisan Dunia

Lembah Lenggong akan dicalon Tapak Warisan Dunia

IPOH 20 Sept. - Tapak arkeologi di Lembah Lenggong dekat sini akan dicadangkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada penghujung tahun ini untuk dicalonkan sebagai sebagai Tapak Warisan Dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, urusan berkaitan kini di peringkat akhir dan pihaknya juga telah mengadakan perbincangan mengenainya pada minggu lalu sebagai persiapan sebelum membentangkan pencalonan itu kepada UNESCO.

"Kita sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO di tapak arkeologi Kota Tampan di Lenggong dan berharap ia mendapat pertimbangan sewajarnya," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones dan Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura di pejabatnya di sini, semalam.

Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologi pertama di negara ini yang dicalonkan untuk mendapat pengiktirafan berkenaan setelah Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori kebudayaan.

Selain terkenal sebagai lokasi penemuan 'Perak Man', Lembah Lenggong juga dikatakan menjadi laluan manusia awal yang berhijrah keluar dari benua Afrika menuju ke Australia.

Kari mamak 1Malaysia bawa tuah kepada Faizal

Posted:

Kari mamak 1Malaysia bawa tuah kepada Faizal

Kari mamak 1Malaysia bawa tuah kepada Faizal

PULAU PINANG 20 Sept. - Campuran ikan, sotong, udang dan ketam dalam kari ala mamak yang dijadikan simbolik perpaduan pelbagai kaum di negara ini selaras konsep 1Malaysia, ternyata membawa tuah kepada Faizal Baharom, 37.

Resipi istimewanya itu berjaya mencuri hati juri bagi membolehkannya muncul juara pertandingan memasak 1Malaysia dengan mengalahkan 10 peserta lain, sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Menurut Faizal, dia tidak menyangka akan mendapat tempat pertama kerana resipi tersebut diciptanya pada saat-saat akhir.

"Mula-mula saya hampir putus asa kerana terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari rempah-ratus keluaran Suri yang sesuai.

"Bagaimanapun usaha saya berjaya juga akhirnya," katanya ketika ditemui selepas pertandingan tersebut di sini baru-baru ini.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Balik Pulau dengan Kerjasama Kumpulan Utusan serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Tempat kedua dimenangi oleh Fuziah Shafiee, 50, dan ketiga, Siti Hajar Pakwan, 46.

Hakim bagi pertandingan itu, Mohamad Azli Razali atau lebih dikenali sebagai Chef Azli memberitahu, pemarkahan dibuat berdasarkan kelazatan dan kebersihan masakan serta memenuhi ciri-ciri tema yang ditetapkan iaitu Hidangan 1Malaysia.

Jelasnya, setiap peserta diwajibkan menyediakan dua jenis masakan yang berasaskan produk keluaran Suri.

Selain Suri, Petronas turut menjadi penaja dengan menyediakan dapur, tong gas, apron dan topi memasak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bajet 2012 kurangkan beban rakyat - Muhyiddin

Posted:

Bajet 2012 kurangkan beban rakyat - Muhyiddin

Bajet 2012 kurangkan beban rakyat - Muhyiddin

DUNGUN 20 Sept. - Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi perhatian kepada isu-isu yang menjadi keluh-kesah rakyat terutama mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bajet itu terarah kepada kepentingan rakyat umum dan beliau berharap semua pihak bersabar menunggu pembentangan oleh Perdana Menteri kelak.

"Wallahualam...apa yang terkandung dalam bajet itu, kita berharap ia akan menyentuh perkara yang dapat mengurangkan kos bebanan rakyat.

"Apa yang kita alami sekarang mempunyai kaitan dengan krisis ekonomi yang turut melanda negara-negara Eropah dan membawa limpahan kesannya ke negara ini, justeru kerajaan akan terus berusaha menanganinya agar tidak menjejaskan rakyat," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berdialog pada majlis Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan Masyarakat Tempatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Swasta, Industri dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, di sini hari ini.

Lebih 1,000 orang hadir pada majlis yang diadakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini dan program itu merupakan satu aturcara lawatan sehari ke negeri ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Muhyiddin kemudiannya turut bersama dalam Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat sempena Aidilfitri bersama lebih 10,000 orang di padang Dewan Merdeka.

Muhyiddin menegaskan, bagi meringankan bebanan rakyat, kerajaan akan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dalam menggerakkan pendekatan dan pengenalan bentuk-bentuk bantuan dan pada masa sama mengawal defisit negara.

Beliau menarik perhatian, sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pastinya akan mengambil kira semua aspek yang memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin berkata, langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah selaras dengan kematangan rakyat dan perubahan keadaan.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan, pemansuhan itu tidak bermakna semua pihak termasuk mereka yang bersifat pelampau dan cuba mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara, boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau menjelaskan, pemansuhan akta ISA itu tidak bermakna rakyat boleh melakukan semua perkara sesuka hati seperti yang dibimbangkan oleh sesetengah rakyat.

"Pemansuhan akta itu diharap memberi ruang kepada rakyat untuk menghayati demokrasi yang lebih tulen, namun rakyat perlulah matang dan bertanggungjawab terhadap apa jua tindakan dan perlakuan mereka," katanya.

Tiga murid boleh duduki semula UPSR

Posted:

Tiga murid boleh duduki semula UPSR

Tiga murid boleh duduki semula UPSR

DUNGUN 20 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dukacita dengan insiden tiga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor di Sarawak dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku.

Sambil memohon maaf kepada ibu bapa murid-murid terbabit, beliau yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, mereka akan menduduki semula peperiksaan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

"Di bawah Akta Pendidikan, membolehkan murid mengambil peperiksaan itu adalah kuasa Menteri Pelajaran, saya ada kuasa untuk membenarkan mereka menduduki peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri di sini, hari ini.

Muhyiddin mengulas laporan akhbar berhubung tiga murid lelaki yang tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

Katanya, dalam keghairahan untuk mendapat insentif tertentu dan membolehkan sekolah mencatatkan pencapaian cemerlang, mereka (pentadbir sekolah) tidak harus bertindak sedemikian seperti menyekat murid yang lemah untuk menduduki peperiksaan.

"Ini adalah hak murid, ibu bapa juga berhak untuk tahu pencapaian anak mereka, jangan sampai hak murid untuk mengambil peperiksaan dihalang," katanya.

Muhyiddin berkata, Lembaga Peperiksaan akan mengolah soalan yang setara dengan soalan terdahulu dan mereka boleh mengambil peperiksaan itu dan akan diterima sebagai keputusan rasmi UPSR.

Muhyiddin berkata, Ketua Pengarah Pelajaran telah diminta menyiasat kes berkenaan dan menyediakan laporan lengkap.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang terbabit di bawah peraturan sedia ada jika ia sememangnya disengajakan.

Bagaimanapun, Muhyiddin menganggap kes berkenaan sebagai kes terpencil dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

''Walaupun kita ada buat tawaran, jangan sampai hak dan keupayaan murid untuk mengambil peperiksaan dihalang dan saya tak mahu ini menjadi satu kebiasaan.

''Kalau hal seperti ini berlaku, kita perlu ambil tindakan dan perbetulkan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai bantuan penuh kepada sekolah jenis kebangsaan, Muhyiddin berkata, ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan bukanlah satu yang menyeluruh.

"Ia adalah bersyarat dan perlu diluluskan oleh kerajaan kerana ia membabitkan kos dan implikasi yang besar serta kemampuan kerajaan dan ketika ini kita hanya lakukan secara terpilih, di sekolah-sekolah yang mempunyai merit," ujar beliau.

Menurut Muhyiddin, pelaksanaan keseluruhan bantuan itu perlulah mempunyai dasar yang jelas sebelum dilaksanakan kerana ia membabitkan peruntukan yang besar.

Kementerian Pelajaran bantu negeri-negeri

Posted:

Kementerian Pelajaran bantu negeri-negeri

Kementerian Pelajaran bantu negeri-negeri

MARANG 20 Sept. - Kementerian Pelajaran sedia membantu dan berkongsi kepakaran dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah agama seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian sedia mengaturkan latihan kepada guru-guru termasuk bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (jQAF)

Katanya, kerajaan Pusat tidak akan meminggirkan mana-mana negeri yang tidak berkeupayaan untuk mengadakan program-program berbentuk latihan dalam usaha mengukuhkan Pendidikan Islam.

"Dalam soal pendidikan agama Islam, kita tidak mengira batasan untuk memberi dan berkongsi apa yang kita ada contohnya, ketika saya berjumpa dengan guru-guru jQAF di Pulau Pinang baru-baru ini yang memaklumkan bahawa mereka kekurangan program latihan perguruan.

"Jadi, kita akan bantu dan sediakan kemudahan program latihan tersebut agar mereka setaraf dengan guru-guru di sekolah agama di negeri lain dan tidak akan berkompromi soal berkenaan sama ada siapa pemerintah negeri itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan guru-guru agama, imam dan bilal di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Kuala Terengganu di Alor Limbat dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran akan berusaha menyelaraskan standard pengajaran 13,000 guru jQAF di seluruh negara.

Ia juga bagi meningkatkan lagi keberkesanan sistem pengajaran selain dapat memperkukuhkan subjek agama.

Pada majlis berkenaan beliau menyampaikan RM1.96 juta diperuntukkan kepada 14 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) dan manakala RM1.2 juta diberikan kepada enam buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama bagi melaksanakan pembangunan pendidikan.

Muhyiddin turut meluangkan masa mengadakan sesi dialog bersama guru-guru agama, bilal dan imam yang hadir pada majlis berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Hati-hati beli kenderaan potong

Posted:

Hati-hati beli kenderaan potong

Hati-hati beli kenderaan potong

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Fadhil Hassan menunjukkan gambar kereta yang dipotong pada Program Pengarah JPJ Bertemu Pelanggan di Alor Gajah, semalam.


ALOR GAJAH 20 Sept. - Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membeli kenderaan terpakai bagi mengelak daripada terbeli kereta potong.

Pengarah JPJ negeri, Mohd. Fadhil Hassan berkata, kereta potong bukan sahaja berbahaya kepada pemiliknya tetapi turut berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya dikesan penguat kuasa JPJ.

Menurutnya, kenderaan potong tidak selamat kerana struktur kenderaan yang tidak stabil akan mendedahkan pemandu serta penumpangnya kepada bahaya sekiranya berlaku kemalangan.

"Apabila kereta dipotong, pusat gravitinya akan terjejas dan keseluruhan rangka kenderaan akan menjadi tidak stabil dan berkemungkinan akan terputus apabila berlaku kemalangan, melalui jalan tidak rata ataupun memandu laju," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Program Pengarah JPJ Bertemu Pelanggan di Puspakom Alor Gajah di sini, hari ini.

Turut serta pada program tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM), JPJ, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Turut serta, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Pos Malaysia Berhad, Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Puspakom.

Sehubungan itu, Mohd. Fadhil menasihatkan orang ramai yang ingin membeli kereta terpakai supaya mendapat khidmat nasihat daripada JPJ dan Puspakom terlebih dahulu.

Beliau berkata, JPJ menawarkan khidmat pemeriksaan kenderaan secara percuma bagi membolehkan orang ramai dan bakal pembeli kenderaan terpakai menjalankan pemeriksaan atau mendapatkan khidmat nasihat pakar.

Beliau berkata, program itu disifatkan sebagai 'serampang dua mata' kerana orang ramai yang berurusan dengan Puspakom juga boleh bertemu dengan JPJ dan agensi lain bagi mendapatkan maklumat atau khidmat nasihat.

"Kebanyakan orang yang berurusan dengan Puspakom adalah orang yang sama berurusan dengan pihak JPJ dan melalui program ini, orang ramai dapat bertemu kedua-dua agensi ini secara serentak," katanya.

Generasi pewaris negara perlu timba ilmu

Posted:

Generasi pewaris negara perlu timba ilmu

Generasi pewaris negara perlu timba ilmu


Mohamad Hasan bergambar bersama pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan selepas menyampaikan ceramah di kolej tersebut di Kuala Pilah, kelmarin.


KUALA PILAH 20 Sept. - Memikul peranan sebagai generasi pewaris negara pada masa depan memerlukan anak-anak muda menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau sebaliknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja membolehkan mereka berdepan dengan pelbagai cabaran getir termasuk penjajahan yang dilakukan secara tidak langsung.

Beliau berkata, peranan sebagai generasi pewaris negara tidak datang secara tiba-tiba tetapi ia perlu dilakukan sejak awal bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab itu dengan berkesan.

"Penjajahan sekarang bukan seperti dulu, walaupun kita boleh lihat ada negara yang dijajah secara konvensional iaitu cara bersenjata seperti Libya, Iraq dan Afghanistan tetapi banyak negara juga yang dijajah secara tak sedar.

"Mereka dijajah pemikirannya, ekonomi dan segalanya sehinggakan mereka tidak boleh berfikir dengan baik kerana pemikiran telah dijajah dalam bentuk yang tidak langsung.

"Itu sebabnya kita mesti berilmu. Ilmu yang membolehkan kita mempunyai kayu pengukur sendiri dan keupayaan sendiri untuk menapis apa yang baik dan yang tidak baik untuk diri kita dan negara kita," katanya ketika menyampaikan ceramah Bicara Cendekia di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di sini, semalam.

Turut hadir, pengarah kolej berkenaan, Fuad Hashim.

Mohamad turut menasihatkan para pelajar kolej berkenaan agar memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran dan tidak tersasar daripada tujuan asal mereka datang ke situ.

"Kita dihantar oleh keluarga, saudara dan masyarakat kita untuk memastikan kita cerdik dan boleh menjadi pemimpin pelapis pada masa akan datang," katanya.

Lelongan awam JPJ dapat sambutan hangat

Posted:

Lelongan awam JPJ dapat sambutan hangat

Lelongan awam JPJ dapat sambutan hangat

RASAH 20 Sept. - Sebanyak 62 kenderaan termasuk motosikal dan kereta hari ini dilelong dalam Lelongan Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang diadakan di Kompleks JPJ negeri, Senawang dekat sini, hari ini.

Lelongan bermula pukul 8 pagi itu telah menarik minat lebih 110 pembida yang mula berpusu-pusu memasuki pekarangan kompleks berkenaan sejak awal pagi tadi.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah memberitahu, lelongan ini bertujuan mengurangkan simpanan kenderaan yang telah disita di kompleks berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

''Sita ini menjadi bebanan kepada pihak kami untuk menyimpannya. Malahan ia juga meningkatkan risiko kejadian yang tidak diingini termasuklah kecurian kenderaan.

''Malah melalui lelongan ini juga, para pembida boleh mendapatkan pelbagai jenis kenderaan dengan harga yang berpatutan dan mereka boleh mendaftarkan kenderaan mereka secara terus di sini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelasnya, setakat ini jumlah lelongan keseluruhan terkumpul berjumlah RM76,270 setakat ini dengan jumlah bidaan tertinggi sebanyak RM 2,500 bagi sebuah motosikal jenis Yamaha 125.

Dalam pada itu bagi seorang pembida dari Selayang, Selangor, Rosli Mohd. Nasir, 41, menjelaskan setakat ini beliau telah berjaya membida sembilan buah motosikal walaupun sasaran awalnya sebanyak 10 buah.

''Saya mendapat makluman mengenai lelongan ini daripada akhbar, jadi saya bersama anak saya telah berada di sini sejak pukul 7.30 pagi untuk membida motosikal yang dilelong.

''Saya sudah biasa menyertai program lelongan seperti ini di Kuala Lumpur dan Selangor. Kesemua motosikal yang dibida ini akan dijual semula selepas dibaikpulih," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM200j bina rumah rakyat

Posted:

RM200j bina rumah rakyat

RM200j bina rumah rakyat

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

GUA MUSANG 20 Sept. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoof berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan 1,500 buah rumah yang dibina melibatkan dua fasa.

"Fasa pertama melibatkan pembinaan 1,000 buah rumah, manakala bakinya akan dibina dalam fasa kedua dan projek ini sedang giat berjalan.

"Kita jangka apabila siap, ia mampu menyelesaikan isu pemilikan rumah dan setinggan di DUN Galas melibatkan kawasan berhampiran stesen kereta api, sungai dan beberapa kawasan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Cabaran Nenggiri 2011 yang membabitkan 60 pelajar Politeknik dari seluruh negara di sini, semalam.

Ab. Aziz yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang memberitahu kos untuk membina sebuah rumah di bawah PPR itu bernilai RM85,000.

"Begitupun, pembeli hanya perlu membayar RM35,000 manakala selebihnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan.

"Ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti orang lain," katanya.

Hati-hati pilih maklumat sejarah

Posted:

Hati-hati pilih maklumat sejarah

Hati-hati pilih maklumat sejarah

KOTA BHARU 20 Sept. - Golongan muda menjadi keliru dengan sejarah kemerdekaan disebabkan sikap sesetengah pihak yang mahu menegakkan benang basah tanpa sebarang rujukan sejarah.

Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, generasi muda mesti berhati-hati dalam menerima maklumat yang diperoleh sama ada menerusi internet dan pelbagai medium lain bagi mengelak mereka terpengaruh tanpa mengetahui latar belakang sebenar.

Beliau berkata, perkara ini perlu ditekankan lebih-lebih lagi dengan timbulnya gesaan daripada pembangkang yang kian agresif meluahkan hasrat mahu menulis semula sejarah negara sehingga ke tahap mahu menukar Jalur Gemilang.

"Adakah kerana kita tidak setuju dengan keadaan sekarang, pemimpin sekarang, maka kita rasa mereka salah terutama dari segi sejarah, adakah masa kita (pembangkang) mentadbir nanti kita akan tukar bendera, tulis semula sejarah?

"Saya rasa ini berbahaya, sebab yang kita bercakap ini adalah sejarah negara, bukan sejarah parti politik, bukan sejarah individu, ia adalah sejarah negara, sejarah kebangsaan, usaha mencapai kemerdekaan itu bukan sejarah UMNO, Parti Perikatan tapi kemerdekaan adalah sejarah kebangsaan.

"Fakta Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah orang yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan negara kita tidak boleh dinafikan, kita tidak boleh kata orang lain yang dapatkan kemerdekaan, kita tidak boleh jadikan sejarah sebagai isu politik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bicara Tokoh bertajuk Kemerdekaan: Mencari Maksud dan Bagaimana Mengurus Kejayaannya anjuran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.

Hadir sama pada program sempena sambutan kemerdekaan negara itu adalah Pengarah HUSM, Datuk Zaidun Kamari.

Ramlah berkata, pimpinan atau individu biasa tidak kira yang menyokong kerajaan ataupun pembangkang mesti bertanggungjawab ketika menulis dan mengeluarkan kenyataan dan memikirkan implikasinya.

"Dia kena ada rasa tanggunggjawab kepada negara, dia kena membaca, buat rujukan kemudian berbincang dan dia juga kena belajar dulu subjek itu, dia tidak boleh juga tegas dengan pandangannya kerana ilmu itu sentiasa berkembang.

"Pemimpin bila bercakap mereka ini didengari dan pandangan mereka menjadi ikutan, kita kena fikir impak pegangan kita kepada generasi muda yang pengetahuan dan pengalaman mereka terbatas dan hanya lebih meminati maklumat merapu yang mereka dapati menerusi internet," katanya.

Beliau menambah, apabila membincangkan bab kemerdekaan, perpaduan kaum mesti diutamakan kerana kemerdekaan hari ini didukung oleh parti pelbagai kaum yang dipilih rakyat sejak daripada pilihan raya pertama lagi.

"Perpaduan kaum sangat penting, sebab kalau kita tidak bersatu negara boleh kacau bilau, akan bergaduh, ini tidak bagus untuk pembangunan ekonomi, pendidikan dan politik.

"Dasar kerajaan sudah baik tapi masyarakat terutamanya bukan Melayu kena ikhlas mahukan perpaduan dan tidak membiarkan kerajaan sahaja yang beria-ia, janganlah lagi kita berpolitik mengikut kepentingan ras," katanya.

1,268 tidak tuntut wang zakat

Posted:

1,268 tidak tuntut wang zakat

1,268 tidak tuntut wang zakat

KUALA TERENGGANU 20 Sept. - Seramai 1,268 daripada 32,000 orang yang disenaraikan sebagai penerima zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada tahun ini tidak tampil mengambil wang berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman memberitahu, seramai 21 orang pula mengembalikan wang yang diterima dengan kesedaran bahawa mereka tidak lagi berhak menerimanya.

''Perubahan taraf hidup mereka yang semakin baik dan kesedaran masyarakat mungkin menggambarkan keadaan ini.

''Pada tahun lalu kira-kira 3,000 orang menolak pemberian itu kerana merasakan mereka tidak lagi layak dan telah keluar daripada kelompok asnaf," ujarnya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini, beliau memberitahu, Maidam memperuntukkan RM12.7 juta bagi pemberian zakat kepada 32,000 penerima tahun ini.

Menyentuh mengenai pungutan pelbagai jenis zakat, beliau berkata, pihaknya menjangkakan sejumlah RM80 juta boleh dikumpul sepanjang tahun ini.

''Sepanjang Ramadan lalu, kita menerima RM22.36 juta, pertambahan sebanyak RM3 juta berbanding Ramadan 2010," ujarnya.

Katanya, hasil pungutan zakat digunakan sebaik mungkin untuk membangunkan kehidupan umat Islam termasuk dalam aspek peningkatan kesejahteraan hidup, menjana ekonomi dan meningkatkan tahap pendidikan.

Beliau menarik perhatian, pihaknya terus berusaha mempelbagaikan kegiatan seiring dengan keperluan dan tuntutan keadaan semasa.

''Segala apa yang kita rancang dan laksanakan akan diumumkan kepada masyarakat untuk membolehkan mereka mengetahui bahawa ke manfaat wang itu," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Ada PATI jadi majikan – Hishammuddin

Posted:

Ada PATI jadi majikan – Hishammuddin

Ada PATI jadi majikan – Hishammuddin

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendaftar dalam Program 6P baru-baru ini, bekerja sendiri malah sesetengahnya telah menjadi majikan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun senario tersebut telah dikesan lama berlaku, namun ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor.

Antaranya, kata beliau, ia berpunca daripada isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.

"Hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen melalui Program 6P mendapati, terdapat PATI yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.

"Agensi penguat kuasa sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja sama ada yang sah atau dipalsukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, kata Hishammuddin, melalui Program 6P, kerajaan akan mempunyai maklumat yang tepat termasuk data biometrik pekerja yang membolehkan status semasa sebenar mereka dikenal pasti.

Menurutnya, inilah kepentingan pelaksanaan 6P kerana selain menangani isu berkaitan PATI yang sedia ada dalam negara, program itu juga membolehkan kerajaan mendapat data yang tepat berhubung permasalahan sebenar berkaitan warga asing.

Dalam pada itu, beliau berkata, statistik diperoleh daripada laporan proses pendaftaran Program 6P menunjukkan seramai 327,991 PATI mengisytiharkan tidak bekerja dalam lima sektor dibenarkan dalam dasar semasa kerajaan iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

"Sebahagian besar daripada jumlah tersebut didapati sedang bekerja dengan majikan tertentu atau dalam jenis dan sektor pekerjaan yang tidak dibenarkan seperti perlombongan, bengkel kereta, restoran makanan segera, gerai, nelayan, pengedar surat khabar dan pencucian kenderaan.

"KDN akan memanjangkan syor kepada beberapa persatuan majikan dan majikan secara individu yang merayu supaya kerajaan memberikan kebenaran khas agar pekerja-pekerja tidak sah mereka yang sedang bekerja dalam jenis pekerjaan di luar sektor untuk turut dilibatkan dalam proses pemutihan," ujarnya.

Pada masa sama, Hishammuddin berkata, KDN yakin akan memperoleh data dan maklumat terperinci melalui proses pemutihan fasa kedua dalam Program 6P yang tarikh pelaksanaannya akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan PATI pada 4 Oktober ini.

Beliau berkata, data dan maklumat itu akan diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia dan agensi pusat seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta Jabatan Perdana Menteri dalam melengkapkan kajian mereka tentang keperluan sebenar pekerja asing bagi memastikan ia bertepatan dengan keperluan semasa serta diimbangi faktor keselamatan.

Perkara karut-marut pembangkang

Posted:

Perkara karut-marut pembangkang

Perkara karut-marut pembangkang

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersama Mohd. Ali Rustam bersalaman dengan ahli-ahli Persatuan Bekas Anggota Kemajuan Masyarakat (Kemas) Malaysia pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 20 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya banyak lagi perkara karut-marut yang bersarang dalam benak fikiran pakatan pembangkang untuk mengubah sejarah warisan negara sekiranya mereka memperoleh kuasa.

Tegas Perdana Menteri, matlamat pembangkang yang diutarakan menerusi wakilnya dari DAP, M. Manoharan untuk menukar Jalur Gemilang seandainya berkuasa sebenarnya hanya sekelumit perkara yang dirancang.

"Itu (nak tukar bendera Malaysia) saya fikir sedikit sahaja, banyak lagi perkara karut-marut (yang pembangkang nak buat). Kalau berkuasa, apa yang diwarisi kita akan cuba dirombak segala-galanya.

"Sebab itu ada signifikannya kita nak tuan-tuan pertahankan Putrajaya (kerajaan sedia ada). Untung nasib kita bergantung kepada BN (Barisan Nasional)...puak-puak sana tak boleh harap dan sebab itu pada pilihan raya (umum nanti), kita kena kerja habis-habisan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia di Seri Perdana di sini hari ini.

Hadir sama penasihat persatuan berkenaan yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan presiden persatuan, Datuk Melati Ali.

Perdana Menteri menegaskan, BN sebagai pemegang tampuk pemerintahan dan yang telah bertungkus-lumus membangunkan negara tidak rela menyerah begitu sahaja kepada pembangkang yang sanggup memperkotak-katikkan sejarah dan warisan sedia ada.

"Kita yang bangunkan Putrajaya (negara), takkan kita nak serah pada orang luar (dari BN), kita tidak sanggup dihina, marilah kita sematkan azam dengan tidak sanggup menempa sejarah hitam parti yang teragung (untuk tunduk kepada pembangkang)," kata beliau.

Menurut Najib, kalau tidak dengan hasil perjuangan kerja keras BN, Malaysia tidak mungkin mencapai kejayaannya seperti hari ini.

Beliau menarik perhatian di negara-negara lain masih banyak masalah dalamannya meskipun ia merupakan negara maju.

"Di London, orang masih buat masalah dengan merusuh, di Amerika Syarikat pula kadar penganggurannya 9 peratus meskipun sebenarnya kadar tersebut adalah 17 peratus disebabkan rakyatnya tidak mahu cari kerja.

"Sedangkan di Malaysia, peluang pekerjaan cukup...kadar pengangguran cuma 3.1 peratus, itupun kita ada dua juta pekerja asing dan yang hendak berdaftar pun ramai dan selain itu harga barang di negara ini masih lagi terendah di dunia," katanya.

Najib berkata, sebenarnya BN telah lama menjalan serta memperjuangkan kebajikan rakyat berbanding pakatan pembangkang yang baru sahaja mahu menguar-uarkan perkara itu.

"Ia telah menjelaskan bahawa BN dan UMNO sebagai parti yang mendahului kelok pembaharuan. Jangan ingat kita parti yang tidak ada idea baru dan tidak ada kesedaran.

"Ini (kejayaan Malaysia hasil kerja keras BN) sesuatu yang perlu kita tampilkan, kita tidak takut kepada pembaharuan, kita sanggup laksanakan demi Malaysia tercinta," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga penaung Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia mengajak lebih 3,500 pesara Kemas untuk turun padang membetulkan segala fitnah dan fakta yang diselewengkan pembangkang terhadap kerajaan selama ini.

"Jangan lembu punya susu, sapi pula dapat nama, jangan pula bila kita tolong Orang Kelainan Upaya (OKU) dan orang tua yang bajet disediakan kerajaan sebanyak RM1.4 bilion, mereka (pembangkang) pula kata mereka yang bagi.

"Bila kita bagi tiap-tiap bulan, kita dilupakan tetapi bila mereka yang hanya bagi sedikit, ia dikatakan pula lebih baik," katanya.

PM di tiga rangkaian radio AMP

Posted:

PM di tiga rangkaian radio AMP

PM di tiga rangkaian radio AMP

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak ketika ditemui bual oleh penyampai radio MIX fm, JD (kiri) dan Dilly di Pusat Penyiaran Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 20 Sept. - Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak muncul sebagai tetamu siaran radio MIX fm, Era FM dan hitz.fm, rangkaian radio milik AMP Radio Networks.

Dengan berpakaian kasual, Perdana Menteri tiba di MIX fm, stesen berbahasa Inggeris ketiga popular di Malaysia seawal pukul 7.30 pagi.

Dalam temu bual di stesen radio itu, Najib menyentuh tentang minatnya terhadap kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, jadual kehidupan seharian, tanggungjawabnya sebagai pemimpin sehinggalah beliau sebagai bapa kepada seorang anak remaja, Nor Ashman.

Najib turut mengambil bahagian dalam program Battle of the Sexes yang dikendalikan oleh DJ Jason Desmond (JD) dan Adila Shakir (Dilly).

Dalam pada itu, semasa ditemubual oleh Aznil Nawawi, Shah Reza Mohd. Shah (Ray) dan Haniff Hamzah di radio Era FM iaitu stesen radio nombor dua paling popular, Perdana Menteri memberitahu kepada para pendengar mengenai pentingnya melakukan senaman selain menyatakan komitmennya untuk melakukan terbaik bagi negara ini.

Sementara itu, di hitz.fm. iaitu stesen radio berbahasa Inggeris nombor satu, Perdana Menteri sambil dibantu oleh DJ Johan Fernandez (JJ) dan Tengku Ean Tengku Nasrun (Ean) serta Pengurus Rangkaian AMP Radio Networks, Mohamed Raqeem Brian Abdullah berpakat mengenakan panggilan Gotcha kepada Pengurus Besar Rangkaian AMP Radio Networks, Yaacob Bakhtiar Abdullah.

Berikut sedutan temu bual di studio di MIX fm dan ERA fm.

MIX fm (JD): Saya difahamkan Datuk Seri merupakan peminat setia kelab terkenal Inggeris, Manchester United.

Perdana Menteri: Saya fikir semua orang tahu tentang ini.

MIX fm (Dilly): Untuk pengetahuan Datuk Seri JD juga merupakan peminat setia Manchester United.

Dia memilih pasukan yang tepat.

MIX fm (JD): Apa komen Datuk Seri terhadap pencapaian Manchester United pada awal musim kali ini.

Nampaknya Manchester United telah melakukan permulaan yang baik apabila berjaya mengumpulkan 15 mata hasil daripada lima perlawanan. Menang dengan Arsenal (8-2), Bolton (5-0).

Persembahan dan jaringan yang dilakukan oleh pasukan Manchester United sukar dipercayai, tidak pernah didengar dalam musim-musim lalu dan ini adalah permulaan yang menakjubkan.

Namun kita harus sedar EPL merupakan salah satu liga paling hebat saingannya di dunia. Oleh itu, untuk mempertahankan rentak persembahan dalam tempoh jangka yang panjang terutama menjelang Krismas dan tahun baru, itu bukan satu tugas mudah.

MIX fm (Dilly): Mari kita bincang selain bola sepak. Pukul berapa Datuk Seri memulakan kehidupan seharian?

Sebaik sahaja saya menjalankan tugas baru saya (sebagai Perdana Menteri) masa siang saya menjadi lebih panjang, manakala waktu malam saya semakin pendek. Itu adalah petunjuk terhadap tanggungjawab serta tugas yang harus saya pikul selain masa saya bertemu dengan rakyat termasuk di rumah.

Kita juga tidak ada cukup masa di pejabat untuk lakukan kerja-kerja apa yang saya katakan 'bahagian untuk berfikir'. Saya percaya kebanyakan daripada kita bekerja di pejabat dalam tempoh tertentu tetapi hanya sedikit sahaja daripada kita mampu duduk dan berfikir serta bertindak balas apa yang harus dilakukan antaranya seperti mengatur strategi dalam menentukan hala tuju kita.

MIX fm (Dilly): Terutama bagi seseorang seperti Datuk Seri kerana Datuk Seri sekarang menerajui pemerintahan sebuah negara.

Ya, saya ini umpama Ketua Pegawai Eksekutif bagi sebuah syarikat malah lebih besar (daripada) itu.

MIX fm (JD): Bagaimana Datuk Seri uruskan masa bagi tempoh 24 jam sehari?

Kita perlu katakan pada diri sendiri bahawa itu sahaja tempoh yang kita ada. Kita perlu uruskan masa dengan sebaik-baiknya dan kita perlukan masa untuk diri sendiri, untuk beriadah mahupun menonton rancangan kegemaran. Kita perlukan itu kerana kita semua adalah manusia. Selama mana kita berjaya menyeimbangkan cara hidup kita, kita tidak akan menghadapi tekanan.

MIX fm (JD): Datuk Seri seorang yang amat sibuk. Cuma saya hendak bertanya adakah Datuk Seri atau pegawai Datuk Seri menjawab tweeter serta Facebook?

Saya lakukannya sendiri tetapi ada masanya pegawai saya yang lakukan untuk saya. Setiap kali saya tweet dan saya akan menerima reaksi begitu segera daripada pengikut saya. Dalam tempoh dua minit sahaja mereka telah memberi maklum balas. Ini sesuatu yang amat baik dan begitu juga dengan Facebook.

MIX fm (JD): Siapakah tokoh pemimpin dunia yang Datuk Seri temui boleh disifatkan sebagai hebat?

Saya begitu tertarik dengan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela. Beliau merupakan seorang yang begitu pemaaf walaupun pernah menjadi mangsa kekejaman (kerana dipenjarakan) dalam tempoh beberapa tahun. Itu yang amat mengagumkan saya. Saya kagum dengan kekuatan yang ada pada karakternya.

MIX fm (Dilly): Adakah Datuk Seri keluar bersiar-siar seperti kami?

Saya pernah mencubanya sekali tetapi Bukit Aman tidak membenarkannya. Saya perlu diiringi oleh pasukan keselamatan. Bagaimanapun saya beritahu mereka, kalau boleh mereka tidak terlalu bertegas dan bersikap agak lembut iaitu sesuai dengan tugas mereka sebagai polis.

MIX fm (JD): Sekiranya Datuk Seri mahu menonton wayang mereka perlu iring Datuk Seri?

Ya , sudah tentu (ketawa).

MIX fm (JD): Bagaimana pula dengan filem?

Saya minat filem-filem yang mampu menyentuh emosi. Maksud saya sama ada aktor mahu pun aktres yang berlakon mampu menghayati sepenuhnya watak yang dibawa.

MIX fm (JD): Apa pandangan Datuk Seri tentang muzik seperti ini. (memainkan muzik moden)

Anak saya (Nur Ashman) hebat dalam menggabungkan muzik. Di dalam biliknya, terdapat sistem yang membolehkan dia menggabungkan muzik. Pernah saya luangkan masa selama sejam dan saya dapati pelbagai bentuk bunyi muzik yang keluar. Saya bertanyakan kepadanya apa jenis ini. Saya tidak faham. Apabila keadaan itu berlaku, saya teringat Allahyarham ayah saya, Tun Abdul Razak Hussein juga tidak pernah faham jenis muzik yang saya dengar dan ini yang berlaku pada saya sekarang.

MIX fm (Dilly): Kami difahamkan lagu yang Datuk Seri minat ialah Save The Last Dance For Me nyanyian Ben E. King? Mengapa?

Sebenarnya saya boleh menyanyikan beberapa buah lagi di hadapan satu kumpulan yang kecil tetapi bukan untuk di hadapan umum. Kalau di hadapan umum akan timbul masalah. Kesemua lagu ini mudah saya bawakan.

(Dalam pertandingan Battle of the Sexes yang menawarkan hadiah wang tunai RM150, Perdana Menteri berjaya mengalahkan Paulin apabila beliau menjawab dengan tepat kumpulan band wanita dianggotai oleh Belinda Carlisie iaitu the Go Go's.

Perdana Menteri kemudian bermurah hati menyerahkan wang kemenangannya sebanyak RM150 kepada Paulin).

MIX fm (JD): Baru-baru ini Datuk Seri telah hadir dalam konsert Suara Kami. Apa pandangan Datuk Seri?

Ia sungguh menarik. Saya rasa begitu teruja. Saya sepatutnya hanya berada bawah pentas namun penonton mula bertepuk tangan dan melambai kepada saya, lalu saya dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah dijemput naik ke pentas dan kemudian telah diperkenalkan secara formal. Ini sesuatu yang hebat dan menakjubkan.

MIX fm (JD): Selain menakjubkan adakah konsert itu kelihatan 'sempoi' ?

Ini merupakan perkataan baru bagi saya. Seseorang telah tweet kepada saya dan menggunakan perkataan sempoi dan kemudian saya menyemaknya dan saya faham makna perkataan sempoi.

MIX fm (JD): Apa kata-kata terakhir Datuk Seri untuk pendengar radio MIX fm ?

(Pengalaman ini) Hebat dan menarik, juga menjadi tugas saya untuk memastikan masa depan yang cerah bagi generasi muda di Malaysia.

Sementara itu di konti Era FM Perdana Menteri sempat ditemu bual oleh Aznil.

Era FM (Aznil): Tidakkah Datuk Seri merasa penat apabila Datuk Seri berada di banyak tempat dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri?

Kadang-kadang rasa penat juga tetapi saya perlu melakukan yang terbaik untuk negara. Inilah peluang saya. Rakyat telah memberi amanah dan saya menggalas amanah saya dan saya cuba lakukannya sedaya upaya.

Era FM (Aznil): Apa yang Datuk Seri amalkan untuk memastikan Datuk Seri sentiasa cergas dan sihat?

Kena makan pil sedikit tetapi dalam masa sama saya akan melakukan senaman tiga ke empat kali seminggu. Cara ini memberi tenaga kepada saya.

Era FM (Aznil): Untuk sekian kalinya apakah pesanan Datuk Seri kepada pendengar-pendengar Era FM?

Terus lakukan yang terbaik kerana sebagai kerajaan kita sentiasa berusaha untuk membuat transformasi yang besar kepada negara kita semata-mata untuk generasi muda hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved