Isnin, 29 Ogos 2011

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Wanita penjalin perpaduan

Posted:

Wanita penjalin perpaduan

Wanita penjalin perpaduan

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD. ASRIKUZAIREY SALIM


Shahrizat mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan wanita daripada golongan orang kelainan upaya.


WANITA di Malaysia mencapai satu lagi mercu kejayaan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluluskan Dasar Sekurang-kurangnya 30 peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat pada bulan Jun lalu.

Peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak kerajaan sudah pasti tidak akan dipersia-siakan oleh wanita.

Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengambil langkah mengimplemen program melatih dan menyediakan lebih ramai wanita yang berpotensi bagi dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah di syarikat-syarikat bursa saham, syarikat milik kerajaan (GLC), perbankan dan sebagainya.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan sektor awam yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 2004 telah menampakkan kejayaan yang memberangsangkan.

''Bilangan wanita yang memegang jawatan utama dalam sektor awam telah meningkat daripada 18.8 peratus pada tahun 2004 kepada 32.3 peratus pada tahun lalu.

''Di kalangan ahli profesional wanita yang berdaftar pula, 62.8 peratus adalah doktor gigi, 48 peratus peguam, 48.5 peratus akauntan, 45.6 peratus doktor perubatan dan 41 peratus juru ukur bahan.

''Daripada segi penyertaan wanita dalam tenaga buruh, usaha keras perlu dilakukan oleh semua pihak, iaitu kerajaan dan swasta bagi meningkatkan kadar daripada 46.1 peratus kepada 55 peratus pada tahun 2015 seperti yang disasarkan oleh kerajaan.

''Kerajaan menyediakan bantuan bagi melaksanakan semua aktiviti di bawah 13 sektor Dasar Wanita Negara (DWN).

" Semenjak tahun 2001 hingga Jun tahun ini, sebanyak RM35.8 juta telah diperuntukkan kepada NGO wanita bagi melaksanakan program-program pengupayaan wanita yang merangkumi kepentingan pelbagai bangsa termasuk wanita daripada etnik minoriti,'' kata Shahrizat sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sambutan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Turut hadir ialah Datin Seri Rosmah Mansor, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta 5,000 jemputan yang terdiri daripada ahli NGO, usahawan wanita dan wakil agensi kerajaan serta swasta.

Shahrizat turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan Profesor Datuk Zaleha Kamarudin seorang ahli akademik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa.

Shahrizat berkata, pihak kementeriannya membuat keputusan bahawa tema perpaduan, keamanan dan keselamatan akan menjadi teras perjuangan wanita sempena Hari Wanita Kebangsaan 2011.

''Justeru, ia amat bertepatan dengan tema yang dipilih, iaitu Wanita Penjalin Perpaduan.

''Oleh kerana pihak NGO dan masyarakat awam telah menjadi rakan smart partner dalam perjuangan wanita, pihak Kementerian telah mempelawa pihak NGO bersama-sama turun padang mendampingi rakyat bagi mengekalkan perpaduan dan keselamatan negara,'' ujar beliau.

Menurut beliau, sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini telah dimulakan sejak bulan Julai lalu dengan sambutan 10 tahun penubuhan Jabatan Pembangunan Wanita.

Ini diikuti dengan Sidang Kemuncak Wanita 2011 dan seterusnya pelaksanaan program-program pembangunan kapasiti wanita seperti I-Kit di seluruh negara, program Kraf Kreatif dan Jejari Bestari yang dijalankan di kawasan parlimen dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Tambah Shahrizat, memandangkan NGO mempunyai keupayaan untuk mendampingi masyarakat setempat, perdana menteri telah meluluskan RM20 juta bagi melaksanakan program-program Sekata (Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita).

Pada sambutan itu juga, sebanyak RM9.75 juta diagihkan kepada 127 NGO yang akan menjalankan program di peringkat akar umbi dengan ahli-ahli gabungan atau cawangan mereka.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada tidak kurang 100 ribu ahli keluarga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Mantai dipromosi seluruh negara

Posted:

Mantai dipromosi seluruh negara

Mantai dipromosi seluruh negara

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan melapah daging lembu ketika melawat gerai menjual daging segar pada Mantai Perdana 2011 di Seremban, semalam.


SEREMBAN 28 Ogos – Program Mantai Perdana Aidilfitri 2011 bukan sahaja akan dijadikan acara tahunan yang hanya diketahui masyarakat di negeri ini semata-mata, tetapi bakal dipromosikan ke seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, melihat pada keberkesanan dan maklum balas orang ramai yang begitu memberangsangkan, program itu akan dijadikan pusat sehenti bagi menemukan pembeli, penternak, peladang dan petani dalam urusan jual beli produk.

Malah katanya, langkah itu sebagai cara memudahkan pembeli untuk mendapatkan bekalan daging dan tani di satu tempat tanpa perlu ke bandar atau pasar menjelang musim perayaan pada kadar harga yang lebih murah.

''Kita melihat program itu semakin berjaya setelah beberapa kali diadakan sebelum ini. Kita belajar daripada apa yang telah berlaku dan mahu menjadikan ia sebagai acara tahunan setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas melawat jualan daging dan tani di tapak bekas kem Paroi di sini, hari ini.

Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Program itu dianjurkan bersama kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Lembaga Pelancongan negeri dan Jabatan Pertanian negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Mohamad berkata, beliau dimaklumkan harga jualan yang lebih rendah di pasar berkenaan menyebabkan ia semakin dikenali seperti harga sekilo daging lembu dijual RM18 dan ayam pula RM7 sekilogram.

Menurutnya, pada Mantai Perdana itu, kerajaan menyediakan sebanyak 100 ekor lembu, 20 ekor kerbau, 50 ekor kambing, 2,000 ekor ayam daging, 2,000 ekor ayam telur daging, 2,000 ekor puyuh dan beberapa ekor itik dan rusa untuk dijual kepada orang ramai.

Kukuh perpaduan elak Islam hancur - KM

Posted:

Kukuh perpaduan elak Islam hancur - KM

Kukuh perpaduan elak Islam hancur - KM

MELAKA 28 Ogos - Umat Islam di negeri ini diseru memperkukuhkan perpaduan dan mengelak daripada berpecah-belah kerana kelemahan itu akan digunakan oleh musuh untuk menghancurkan kesucian agama Islam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan berkata, benteng terbaik umat Islam ialah memperbaiki hubungan dingin, bertoleransi dan mengekalkan keamanan.

Menurutnya, hanya dengan cara itu agama Islam akan terus terpelihara daripada diancam oleh musuh-musuh yang ingin melihat umat Islam bersengketa sesama sendiri.

''Sambutan 1 Syawal menandakan kejayaan besar umat Islam bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh dunia selepas menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang menunaikan ibadah puasa.

''Sudah tentu kedatangan Syawal akan meningkatkan keyakinan dan kesungguhan kita untuk meneruskan lagi kemenangan bagi memastikan kita sebagai umat Islam akan terus cemerlang," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Ali meminta seluruh rakyat menggunakan Aidilfitri untuk berbaik-baik sesama sendiri selain menghapuskan prasangka dan kebencian yang wujud.

Di samping itu, katanya, umat Islam juga harus menjadi pembawa obor perpaduan dan kemajuan kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau menambah, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna kerana seluruh rakyat menyambutnya serentak dengan hari kemerdekaan negara yang ke-54.

Katanya, dua sambutan serentak itu sudah tentu dapat mempertingkatkan iltizam untuk menjadi warganegara yang berjaya di samping mengekalkan perpaduan serta toleransi sesama kaum di negara ini.

''Kita perlu ingat, kemerdekaan bukan bermakna membebaskan diri daripada belenggu penjajah tetapi lebih penting adalah bagaimana kita mengisi ruang kemerdekaan,'' ujarnya.

Kemalangan maut di Melaka catat penurunan tiga peratus

Posted:

Kemalangan maut di Melaka catat penurunan tiga peratus

Kemalangan maut di Melaka catat penurunan tiga peratus

MELAKA 28 Ogos - Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini bagi tempoh Januari hingga Julai lalu mencatatkan penurunan sebanyak tiga peratus dengan 141 kematian berbanding 146 pada tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, jumlah kes kemalangan maut juga turut menurun daripada 134 kes dari Januari hingga Julai tahun lalu kepada 132 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

Menurutnya, bagi mangsa yang mengalami kecederaan parah juga menunjukkan penurunan sebanyak 10 peratus iaitu 91 orang bagi tempoh tujuh bulan tahun lalu kepada 82 orang untuk tempoh yang sama tahun ini.

"Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 211 kes atau 2.5 peratus iaitu sebanyak 8,203 kemalangan yang dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun lalu kepada 8,414 kes tahun ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Kempen Selamat Balik Kampung sempena Aidilfitri dan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Plaza Tol Ayer Keroh di sini, hari ini.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Plus Ekspressway Berhad (Plus).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasan Rahman dan Pengarah JKJR negeri, Norazle Sulaiman.

Ab. Karim berkata, mangsa teramai yang terlibat ialah penunggang dan pembonceng motosikal membabitkan 92 daripada 141 kematian yang dicatatkan.

Beliau mengingatkan kepada golongan tersebut agar lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Hospital baru Perak Tengah

Posted:

Hospital baru Perak Tengah

Hospital baru Perak Tengah

Oleh MOHD. ANUAR SULAIMAN
utusanperak@utusan.com.my

PARIT 28 Ogos – Kementerian Kesihatan diminta menyegerakan pembinaan hospital baru Perak Tengah bernilai RM104 juta yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2007.

Ahli Parlimen Parit, Mohd. Nizar Zakaria berkata, hospital baru itu sangat penting bagi menyediakan kemudahan kesihatan lebih baik kepada penduduk kawasan ini yang jumlahnya kini melebihi 120,000 orang termasuk 20,000 pelajar institusi pengajian tinggi.

Katanya, ia juga perlu kerana Bandar Baru Seri Iskandar kini menjadi pusat perniagaan dan pentadbiran yang menjadi tumpuan penduduk.

''Saya berharap kerajaan Pusat dapat memasukkan peruntukan pembinaan hospital ini di dalam bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan kuih raya kepada kakitangan serta pesakit di Hospital Changkat Melintang di sini, semalam.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini meluluskan pembinaan sebuah hospital baru di Seri Iskandar di atas tapak seluas 12.1 hektar bagi menggantikan Hospital Changkat Melintang, di Lambor, Bota, di sini yang cuma mempunyai kapasiti 50 katil.

Namun, sehingga kini, hospital yang ditunggu-tunggu oleh penduduk itu belum lagi dibina.

Mohd. Nizar turut mencadangkan supaya hospital baru yang bakal dibina itu menyediakan rawatan pakar untuk kanak-kanak serta penyakit kronik seperti jantung.

''Pada masa ini, penduduk terpaksa pergi ke Ipoh atau Manjung untuk mendapatkan rawatan pakar. Jika ada rawatan pakar di sini, ia akan memudahkan penduduk," ujarnya.

Penduduk lega lif pulih menjelang Aidilfitri

Posted:

Penduduk lega lif pulih menjelang Aidilfitri

Penduduk lega lif pulih menjelang Aidilfitri


Penghuni Pangsapuri Sutera gembira dapat menggunakan semula lif yang rosak sejak tiga minggu lalu di Seberang Jaya Pulau Pinang ,kelmarin.


BUKIT MERTAJAM 28 Ogos - Penghuni Pangsapuri Sutera dekat Seberang Jaya di sini menerima hadiah cukup bermakna menjelang hari lebaran ini apabila lif di Blok A pangsapuri tersebut yang rosak sejak tiga minggu lalu, kini sudah dibaiki.

Ia hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang menerima peruntukan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sebanyak RM20,000 selain peruntukan pusat khidmatnya sebanyak RM10,000.

Menurut Arif Shah, pihaknya memandang serius masalah penyelenggaraan lif serta kemudahan di rumah bertingkat di sekitar kawasan itu ekoran beberapa masalah termasuk kegagalan penduduk melunaskan bayaran penyelenggaraan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

"Tindakan segelintir penghuni menyebabkan JMB sukar menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan akibat dana yang tidak mencukupi dan seterusnya menyusahkan penduduk lain yang turut sama terpaksa menerima tempiasnya.

"Namun pada hari ini hasil perbincangan yang dibuat bersama JMB, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pembekal lif, kita setuju buka lif ini untuk kegunaan penduduk sebelum Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi lif di pangsapuri terbabit semalam.

Lif di pangsapuri itu rosak selepas disambar petir awal bulan ini namun, kerja-kerja pembaikan tertangguh akibat kekurangan dana untuk menampung kos pembaikan yang berjumlah RM62,000.

Arif Shah berkata, biarpun telah dibaiki, lif itu perlu mendapat kelulusan daripada JKKP terlebih dahulu sebelum ia dapat digunakan seperti biasa.

"Apa pun ia dapat memberi kelegaan kepada warga emas, ibu mengandung serta orang kurang upaya yang tinggal di pangsapuri 26 tingkat itu yang terpaksa menggunakan tangga selama tiga minggu ini," jelasnya.

Ibu tunggal ceria media, JKM beri sumbangan Aidilfitri

Posted:

Ibu tunggal ceria media, JKM beri sumbangan Aidilfitri

Ibu tunggal ceria media, JKM beri sumbangan Aidilfitri

BALIK PULAU 28 Ogos - Kedatangan 1 Syawal ternyata lebih meriah buat seorang ibu tunggal, Hasliza Abdullah, 38, apabila menerima kunjungan serta sumbangan daripada media Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini.

Hasliza yang tinggal bersama lima orang anak berusia lima hingga 17 tahun di Kampung Pondok Upeh di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi membantu meringankan beban mereka untuk menyambut hari lebaran.

Selain itu, para petugas daripada pelbagai organisasi media cetak dan elektronik di negeri ini turut menghulurkan sumbangan untuk membeli perabot serta perkakas baru bagi menggantikan dengan yang lama.

Mereka juga bergotong-royong membersihkan dan menghiasi persekitaran rumah Hasliza dengan lampu berwarna-warni.

"Terima kasih kepada semua. Syukur. Ini adalah hadiah hari raya yang sangat bermakna bagi kami sekeluarga dan tidak sangka masih ada masyarakat yang prihatin terhadap kami," katanya.

Dia ditemui pada program Ziarah Masih Ada Yang Sayang anjuran media Pulau Pinang dan JKM negeri di rumahnya baru-baru ini.

Suaminya, Norafendi Che Ros yang bekerja sebagai pemandu bas meninggal dunia Julai lalu akibat penyakit buah pinggang yang dihidapi sejak tahun lalu.

Hasliza yang merupakan surirumah sepenuh masa hanya bergantung hidup dengan bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM450.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Esso Malaysia tetap milik SMC

Posted:

Esso Malaysia tetap milik SMC

Esso Malaysia tetap milik SMC

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Ogos - ExxonMobil Corporation tetap menjual 65 peratus pegangan sahamnya dalam Esso Malaysia Berhad (EMB) kepada San Miguel Corporation (SMC) walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.

Langkah penjualan itu dilakukan kerana SMC menawarkan kadar tertinggi iaitu RM3.50 sesaham beserta pakej terbaik.

Naib Presiden ExxonMobil Corporation, Stafford T. Kelly berkata, pakej dimaksudkan termasuk SMC bersedia meneruskan operasi dua loji penapisan minyak syarikat itu di Port Dickson, Negeri Sembilan yang menjamin peluang pekerjaan buat 750 kakitangan tempatan ExxonMobil sedia ada.

Katanya, tawaran oleh SMC itu jauh lebih baik berbanding oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sebuah lagi syarikat tempatan tidak dinamakan yang menawarkan harga pembelian lebih rendah serta enggan meneruskan pengoperasian dua loji penapisan tersebut.

Lebih menarik, katanya, SMC juga menyatakan hasrat untuk membina sebuah pusat kejuruteraan di negara ini sebaik sahaja mengambil alih EMB dan ia dijangka memberi 20 peratus pertambahan peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

"Sebanyak tujuh syarikat Malaysia menyatakan hasrat untuk membeli pegangan saham kami, tetapi hanya dua sahaja yang disenarai pendek termasuk LTAT, saya tidak boleh nyatakan satu lagi syarikat berkenaan.

"Kesemuanya telah diberi peluang sama rata, tetapi SMC menawarkan kadar tertinggi pada RM3.50 sesaham iaitu premium 25 peratus daripada harga seunit saham EMB pada RM2.80 kira-kira enam bulan sebelum pengumuman penjualan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan melalui telefon dari ibu pejabat ExxonMobil di Virginia, Amerika Syarikat hari ini.

Isu penjualan saham EMB dan syarikat milik penuhnya ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. (EMMSB) serta ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd. (EMBSB) kepada SMC pada RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham menarik perhatian pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan kerana disifatkan merugikan negara serta mengurangkan peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

Kelly menambah, laporan sebelum ini yang menyebut LTAT menawarkan RM5.20 sesaham untuk pembelian EMB adalah tidak benar, sebaliknya ia jauh lebih rendah daripada kadar yang ditawarkan SMC.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah SMC, Eric O. Recto pada satu lagi persidangan melalui telefon memberitahu, SMC tidak akan menggunakan sumber daripada hasil penjualan arak dalam pembelian tersebut, sebaliknya hanya akan menggunakan sumber kewangan daripada anak syarikatnya, Petron Corporation yang turut berkecimpung dalam bidang cari gali minyak.

Menurutnya, SMC yang berpangkalan di Filipina merupakan sebuah konglomerat yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, minuman, petroleum serta tenaga dan 70 peratus daripada perolehannya terdiri daripada segmen selain makanan dan minuman termasuk arak.

Katanya, SMC melalui Petron Corporation kini merancang melabur sehingga AS$1 bilion (RM2.98 bilion) untuk menaik taraf dan memasang peralatan baru di loji penapis berusia 48 tahun di Port Dickson.

Beliau memberitahu, syarikatnya kini merancang membawa jentera baru bagi menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah ke pasaran Malaysia.

"Syarikat menjangkakan pencapaian yang sama seperti mana yang kami lakukan semasa memperoleh Petron Corporation tiga tahun lalu," katanya.

PPIM ketuai boikot minyak Esso

Posted:

PPIM ketuai boikot minyak Esso

PPIM ketuai boikot minyak Esso

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak teragak-agak untuk mengetuai tindakan memboikot minyak serta lain-lain produk Esso Malaysia Bhd. (EMB) berikutan penjualan sahamnya kepada San Miguel Corporation (SMC) dalam masa terdekat.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu penting bagi mengingatkan syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini supaya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan ekonomi tempatan yang telah menjadi pusat operasi mereka selama berpuluh tahun.

"PPIM akan mengetuai boikot ke atas Esso dan mengajak rakyat Malaysia supaya menggunakan minyak Petronas kerana tindakan ExxonMobil (Corporation) menjual EMB kepada SMC jelas tidak menjaga sensitiviti rakyat negara kita.

"Seperti semua maklum, SMC turut berkecimpung dalam pembuatan serta pengedaran arak dan walaupun itu bukan merupakan perniagaan utama mereka, ia tetap menjadi satu pertimbangan yang akan PPIM gunakan dalam pemboikotan Esso nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setelah hampir dua minggu pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa ExxonMobil supaya tidak menjual pemilikan saham EMB kepada SMC, Naib Presidennya, Stafford T. Kelly dalam satu sidang akhbar hari ini menjelaskan penjualan itu tetap akan dibuat kepada syarikat berpangkalan di Filipina tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna Malaysia (PPPM), M. Subramaniam berkata, keputusan ExxonMobil menjual saham EMB kepada SMC jelas menunjukkan ia tidak sensitif dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam.

Katanya, ExxonMobil perlu mengambil kira iklim sosiopolitik negara dan tidak hanya membuat tindakan berdasarkan keputusan perniagaan semata-mata.

"PPPM boleh menyertai tindakan boikot ke atas Esso tetapi ia tidak bermakna semua pengguna akan melaksanakannya (boikot).

"Bagaimanapun, jika majoriti pengguna Islam memboikot minyak Esso selepas ini, ia akan turut mempengaruhi rakan-rakan bukan Islam lain untuk turut sama menyertai boikot itu namun ia memang tertakluk kepada individu tertentu," jelasnya.

Ismail Sabri: Kerajaan tidak boleh paksa

Posted:

Ismail Sabri: Kerajaan tidak boleh paksa

Ismail Sabri: Kerajaan tidak boleh paksa

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kerajaan tidak boleh memaksa ExxonMobil menjual saham Esso Malaysia Bhd. (EMB) kepada syarikat tempatan kerana ia merupakan hak mutlak syarikat multinasional itu yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, beliau telah bercakap dengan Naib Presiden ExxonMobil Corporation, Stafford T. Kelly dan menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat berkenaan penjualan EMB kepada San Miguel Corporation (SMC).

"Namun, Kelly memberitahu saya SMC menawarkan harga pembelian yang paling menguntungkan. Kerajaan tidak boleh memaksa ExxonMobil menjual saham EMB kepada syarikat tempatan kerana itu akan memburukkan imej kita di mata para pelabur antarabangsa dan ia akan merugikan kita dalam jangka panjang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, kerajaan sentiasa berharap supaya syarikat tempatan terutama bumiputera mampu memiliki pegangan saham syarikat seperti EMB, namun ia bergantung kepada keupayaan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Saya tak ingat – Mat Sabu

Posted:

Saya tak ingat – Mat Sabu

Saya tak ingat – Mat Sabu

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


SEBAHAGIAN anggota Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, semalam.



  • Mohamad Sabu yang dikecam pelbagai pihak kerana menyokong perjuangan komunis, akhirnya muncul memberi reaksi pertama beliau yang dianggap cukup mengejutkan.
  • Dalam kenyataan ringkasnya, Timbalan Presiden Pas itu mendakwa tidak ingat apa yang beliau ucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
  • Sementara itu pelbagai pihak terus mengecam beliau dan setakat ini 20 laporan polis dibuat ke atasnya.
  • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula secara tegas melabelkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai pengganas dan pengkhianat negara.
  • KUALA LUMPUR 28 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang terpalit dengan kontroversi terbaru selepas menganggap pengganas komunis sebagai hero memberi jawapan mengejutkan apabila memberitahu, dia tidak mengingati apa yang diucapkannya.

    Ia kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mohamad dalam usahanya 'membela' diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.

    Lebih mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuat ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu telah mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook sejak petang semalam.

    "Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana," katanya seperti mana dipetik dari lidah rasmi Pas, http://harakahdaily.net, hari ini.

    Utusan Malaysia dalam laporan muka depan semalam melaporkan, Mohamad menganggap Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

    Menurut Timbalan Presiden Pas itu, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.

    Dalam ceramahnya itu juga, beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.

    Rentetan kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa 'penyembelihan' Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

    Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menganggap Mohamad sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

    Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan

    Posted:

    Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan

    Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan


    Tan Sri Musa Hassan


    KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

    Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

    Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

    "Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

    "Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

    Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

    Wajar dikenakan tindakan ISA

    Posted:

    Wajar dikenakan tindakan ISA

    Wajar dikenakan tindakan ISA

    KUALA LUMPUR 28 Ogos – Anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md. Shah yang terbunuh sewaktu mempertahankan balai polis berkenaan menganggap tindakan Mohamad Sabu mengagungkan pengganas komunis menunjukkan pengkhianatan Timbalan Presiden Pas itu terhadap negara.

    Ahmad Jamil, 68, berkata, tindakan Mohamad yang memperlekeh pengorbanan pasukan polis dalam mengekang kemaraan Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) itu merupakan satu tamparan hebat kepada pengikutnya yang masih belum sedar keperibadian sebenar pemimpin Pas itu.

    "Adakah seseorang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang seluruh kehidupannya berpegang pada Perlembagaan negara sanggup mengeluarkan tuduhan yang tidak wajar itu? Kenapa cetek benar pemikiran dia?

    "Kalau saya jumpa dia (Mohamad), saya mahu menyekolahkan dia kerana saya percaya dia buta sejarah dan hanya berlagak tahu untuk mendapat kepercayaan pengikutnya sahaja. Ini dapat dilihat apabila dia mengiktiraf Muhammad Indera sebagai hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

    "Dia masih muda, tidak faham keperitan kehidupan mangsa kekejaman komunis seperti kami. Saya berharap Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat dan bermuhasabah diri," katanya pada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Jelas Ahmad, tragedi yang meragut nyawa 22 perwira iaitu 18 anggota polis dan empat tanggungan mereka disebabkan kerakusan PKM yang dikepalai Chin Peng untuk menubuhkan negara komunis yang membelakangi agama, bangsa dan negara seharusnya ditentang, bukan diiktiraf.

    "Saya sangat sedih dengan sikap pemimpin politik sebegini. Kecenderungannya untuk mengelirukan rakyat semata-mata untuk kepentingannya wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," ujarnya.

    Kredit: www.utusan.com.my

    Utusan Online - Timur

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    sumber :-

    Utusan Online - Timur


    Projek naik taraf

    Posted:

    Projek naik taraf

    Projek naik taraf

    Oleh YULPISMAN ASLI
    utusankelantan@utusan.com.my


    MUSTAPA Mohamed (tengah) menekan butang lampu isyarat lalu lintas sebagai simbolik perasmian jalan baharu di bandar Jeli, kelmarin. - Utusan/Aizzul A.Majid


    JELI 28 Ogos - Projek menaikkan taraf Jalan Gua Musang-Jelawang-Jeli melibatkan kos RM59.5 juta akan siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan lagi.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, komponen utama projek itu yang dimulakan dua tahun lalu, antara lain melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan di bandar Jeli daripada dua lorong kepada empat lorong sepanjang 4.5 kilometer.

    Selain itu, katanya, ia turut melibatkan pembinaan dua jambatan baharu iaitu di Sungai Jeli dan Sungai Rusing dan tiga lampu isyarat di sebahagian Jalan Jeli-Jelawang.

    Skop lain projek itu adalah melebarkan jalan sepanjang 600 meter di Kuala Balah, membaik pulih cerun dan melebarkan jalan sepanjang satu kilometer di Kilometer 52 dekat Mukim Kuala Stong, menaik taraf jalan sepanjang 360 meter di bandar baharu Gua Musang dan melebarkan jalan sedia ada sepanjang 15 kilometer dari bandar Jeli ke Kuala Balah.

    Beliau berkata, apabila siap sepenuhnya, laluan tersebut bakal mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Jeli, selain menjadi laluan alternatif kepada pengguna untuk ke Gua Musang, Kota Bharu dan negeri-negeri di utara Semenanjung.

    "Kita bersyukur jalan siap dalam bulan Ramadan, kalau tak siap akan berlaku kesesakan lalu lintas yang ketara. Yang penting bandar Jeli telah berkembang. Sebagai Ahli Parlimen, saya bersyukur dapat memainkan peranan untuk membawa pembangunan di Jeli bagi menyediakan kemudahan lebih selesa kepada rakyat Jeli," katanya.

    Beliau ditemui selepas majlis praperasmian projek tersebut di sini, semalam.

    Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha dan Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheikh Azhar Sheikh Omar.

    Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kelewatan projek itu disebabkan masih terdapat jalan sejauh satu kilometer yang baharu memulakan kerja-kerja pelebaran akibat masalah pengambilan tanah dan pembayaran ganti rugi.

    77 atlet Terengganu menuntut di IPT

    Posted:

    77 atlet Terengganu menuntut di IPT

    77 atlet Terengganu menuntut di IPT

    KUALA TERENGGANU 28 Ogos - Seramai 77 atlet anak Terengganu kini dianugerahkan biasiswa dan bantuan lain bagi menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

    Ia demi masa depan mereka dan berdasarkan maklumat Majlis Sukan Negeri, seramai 54 orang sedang mengikuti pengajian di dalam negeri ini manakala 23 lagi di luar.

    Menurut sumber kerajaan negeri, daripada jumlah itu 13 adalah penerima biasiswa Yayasan Terengganu, 15 biasiswa sukan Kementerian Belia dan Sukan manakala 49 orang menerima biasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi nasional (PTPTN).

    Katanya, kerajaan negeri berusaha meningkatkan tahap pencapaian akademik para atlet agar penglibatan mereka dapat terus menjamin sumber ekonomi selain pemberian imbuhan jangka pendek.

    Melalui Majlis Sukan Negeri katanya, kerajaan negeri telah menjalin persefahaman dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah Program Kecemerlangan Akademik.

    "Ia bagi membantu atlet mendapat tempat dengan kelayakan minimum.

    Tindakan ini bertujuan memastikan aspek akademik diberi perhatian selain menjadi atlet cemerlang.

    "Dengan bekalan kelulusan akademik yang ada, selepas bersara nanti, mereka lebih mudah untuk membina kerjaya sendiri dengan masa depan lebih terjamin," ujar sumber itu.

    Kerajaan negeri juga telah memberi biasiswa pengajian, bayaran asrama dan bantuan tuisyen bagi atlet Sukan Malaysia (Sukma) dan atlet Sekolah Sukan Terengganu.

    Bomba keluar notis peringatan keselamatan kebakaran

    Posted:

    Bomba keluar notis peringatan keselamatan kebakaran

    Bomba keluar notis peringatan keselamatan kebakaran


    AZMI Osman (tengah) meninjau bilik pam air dalam operasi di bangunan KBTC Kota Bharu, baru-baru ini.


    KOTA BHARU 28 Ogos - Tahap keselamatan kebakaran di premis perniagaan terkemuka, terutama yang melibatkan pasar raya di bandar ini masih berstatus rendah dan mesti dipertingkatkan.

    Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Osman berkata, pemeriksaan mengejut yang dijalankan ke pasar raya terlibat sepanjang Ops Raya bermula 22 Ogos lalu mendapati, masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

    Katanya, antara kelemahan itu ialah pintu rintangan api dihalang, lampu kecemasan tidak berfungsi, lampu tanda keluar tidak mencukupi dan alat pemadam api tamat tempoh.

    Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan mengeluarkan notis peringatan kepada pasar raya terbabit untuk menambah baik sistem keselamatan kebakaran.

    "Walaupun kelemahan itu kecil, tetapi ia memberi impak besar kepada pelanggan dan pekerja pasar raya apabila berlaku kebakaran.

    "Pemilik premis perniagaan perlu menitik berat tanggungjawab itu dalam memastikan ia memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak bomba," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke aras bangunan Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) dan pasar raya Parkson di sini, kelmarin.

    Azmi berkata, pihaknya sudah berbincang dengan pihak pengurusan semua pasar raya itu, termasuk mengeluarkan notis peringatan.

    "Kita berharap mereka mengambil tindakan segera agar keselamatan pengunjung dan pekerja sentiasa terjamin kerana kebakaran boleh berlaku tanpa diduga.

    "Sekiranya pihak berkenaan tidak mengendahkan notis yang diberikan, tindakan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) boleh diambil terhadap pengurus bangunan," ujarnya.

    Sementara itu, Pengurus Operasi Parkson Kota Bharu, Nasir Sulaiman berkata, pihaknya akan memberi perhatian serius dan tindakan segera pasti diambil untuk mengatasi sedikit kelemahan dalam sistem keselamatan kebakaran di premis berkenaan.

    Katanya, kesemua 70 pekerja, termasuk pengawal keselamatan di pasar raya itu juga akan diberi taklimat berterusan untuk memastikan keselamatan kira-kira 1,000 pengunjung setiap hari ke pasar raya itu sentiasa terjamin.

    Kredit: www.utusan.com.my

    Ahad, 28 Ogos 2011

    Utusan Online - Sukan

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    sumber :-

    Utusan Online - Sukan


    Sathia timbang hijrah ke seberang

    Posted:

    Sathia timbang hijrah ke seberang

    Sathia timbang hijrah ke seberang

    Oleh YATIMIN ABDULLAH
    utusankelantan@utusan.com.my

    KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bola Sepak Al-Hambra Red Warrior (ARMY) yang juga bekas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianthan mengakui beliau kini bersedia untuk 'kembali' selepas bebas daripada penggantungan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebulan lalu.

    Sathianathan ketika ditemui berkata, dia sedang menimbang beberapa tawaran sebagai jurulatih dari beberapa pasukan Liga Malaysia termasuk tawaran dari luar negara iaitu Indonesia dan Myanmar.

    Katanya, beliau sedang memperhalusi setiap tawaran tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

    "Memang saya ada menerima tawaran daripada kelab di Indonesia dan Myanmar dan ejen saya sedang berunding sekarang. Saya juga ada dihubungi oleh beberapa pegawai pasukan bola sepak tempatan mengenai tawaran ini namun belum memberikan kata putus.

    "Sebagai jurulatih sudah pasti saya ingin kembali ke padang. Saya bukan jenis seorang yang suka duduk diam. Saya sudah menerima padahnya digantung selama enam bulan dan berharap ia menjadi satu pengajaran berguna kepada diri saya sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

    Bekas jurulatih kebangsaan itu digantung FAM selama enam bulan bermula 24 Januari sehingga 23 Julai gara-gara kritikan pedas terhadap tindakan badan induk bola sepak tempatan itu mengubah venue perlawanan Liga Super antara Perlis menentang Terengganu tahun lalu.

    Akibatnya, penyandang juara Piala Malaysia, The Red Warriors terpaksa melupakan khidmat Sathianathan untuk saingan musim ini dan menggantikannya dengan bekas penggendali Perak, Datuk M. Karathu.

    Sathianathan memberitahu, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau terlebih dahulu akan merujuk perkara tersebut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bagi mendapatkan pandangan.

    "Saya sudah maklumkan kepada beliau mengenai tawaran ini. Kalau saya hendak menandatangani tawaran sekalipun saya perlu minta izin daripada beliau," ujarnya.

    Ditanya mengenai kesediaannya untuk mengembangkan kerjaya di luar negara, Sathianathan turut mengakui teruja untuk berbuat demikian, namun ia perlu dinilai daripada pelbagai sudut.

    Mengulas mengenai peluang Kelantan dalam kempen Piala Malaysia ini, Sathianathan optimis Kelantan mampu mempertahankan kejuaraan.

    "Sekarang saya lihat Kelantan merupakan satu pasukan yang cukup kuat. Kita sudah ada asas yang kukuh dalam pembentukan pasukan. Saya yakin kita akan memenangi Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini," katanya.

    Penyu tidak perlu gopoh umum nama pemain

    Posted:

    Penyu tidak perlu gopoh umum nama pemain

    Penyu tidak perlu gopoh umum nama pemain


    Irfan Bakti (lima dari kiri) tetap berpuas hati walaupun pasukannya tidak mempamerkan aksi rancak seperti biasa menentang T-Team pada perlawanan persahabatan di Kuala Terengganu, kelmarin. - utusan/AZLAN BAHRUM


    KUALA TERENGGANU - Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Aku Salim dijangka menamakan kesebelasan utama pasukannya minggu depan setelah menilai prestasi mereka.

    Beliau berkata, posisi pemain pertahanan akan menjadi fokus utamanya setelah ketiadaan Mohd. Zubir Azmi yang akan mewakili skuad Olimpik.

    "Di bahagian pertahanan sekarang, kita ada Marzuki (Yusof), Mazlizam (Mohamad) dan pemain baru, Faizal (Mohamad) yang dipinjamkan daripada skuad Harimau Muda.

    "Alhamdulillah. Saya tengok mereka bermain baik setakat ini dan saya harap kita dapat beri yang terbaik pada hari sebenar perlawanan (perlawanan pembukaan menentang Sime Darby FC pada 6 September ini)," katanya.

    Beliau berkata kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang tetangga, T-Team di Stadium Nasiruddin Shah yang berakhir dengan keputusan 2-2, kelmarin.

    Menyentuh pertemuan tersebut, Irfan berkata, dia berpuas hati walaupun pasukannya tidak mempamerkan aksi rancak seperti biasa.

    "Saya tak kisah kepada keputusan (seri 2-2) walaupun inilah satu-satunya perlawanan persahabatan yang kami lalui sebelum memulakan kempen Piala Malaysia musim ini," katanya.

    Jelas beliau, apa yang penting ialah, para pemain perlu memberikan komitmen yang jitu sebaik kempen Piala Malaysia bermula nanti.

    Terengganu pernah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 2001 dan muncul sebagai naib juara pada tahun 1973, 1982 dan 1998.

    Kredit: www.utusan.com.my
     

    Akhbar Utusan Malaysia

    Copyright 2010 All Rights Reserved