Selasa, 23 Ogos 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Projek Kerinchi mula tahun depan

Posted:

Projek Kerinchi mula tahun depan

Projek Kerinchi mula tahun depan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


FLAT 4 Tingkat Kampung Kerinchi yang merupakan antara perumahan tertua di ibu negara akan berwajah baru apabila projek pembangunan semula kawasan itu dilaksanakan.


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi dijangkakan akan bermula pada tahun hadapan selepas rumah penghuni yang masih enggan berpindah diambil alih tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pengambilalihan rumah itu akan dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) jika semua usaha untuk memujuk dan meyakinkan mereka menemui kegagalan.

Menurutnya, selain masalah itu, lebih 90 peratus penduduk telah bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu dan berpindah ke perumahan yang disediakan.

"Semua masalah ini dijangkakan boleh diselesaikan pada tahun ini dan membolehkan pembangunan dimulakan pada tahun depan.

"Apabila pembangunan ini dibuat nanti, semua pihak termasuk yang menentangnya akan memperoleh faedah," katanya selepas program membeli belah pakaian raya bersama anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan anak-anak fakir miskin di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Adnan Md. Ikhsan.

Bagaimanapun, kata Raja Nong Chik, pihak pemaju diminta berbincang lagi dengan pemilik rumah yang enggan berpindah itu dan jika penyelesaian masih tidak diperolehi, perkara itu akan dibawa ke EPU.

"Pihak pemaju akan berjumpa dengan EPU pada Rabu ini bagi membincangkan mengenai masalah itu dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua yang terlibat," jelasnya.

Ambulans siap sedia di 31 lokasi

Posted:

Ambulans siap sedia di 31 lokasi

Ambulans siap sedia di 31 lokasi

KLANG 23 Ogos - Polis Selangor akan menempatkan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di 31 lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini dalam usaha mengurangkan jumlah kematian akibat kecederaan dari kemalangan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, tindakan itu dilakukan kerana berdasarkan kajian sebuah organisasi di Jepun, sebanyak 33 peratus mangsa kemalangan maut di lokasi kejadian dan 33 peratus lagi maut ketika dalam perjalanan menuju hospital.

"Langkah ini juga perlu berdasarkan kajian dan pemantauan kita. Kehadiran ambulans di 31 lokasi kemalangan maut ini dapat mengurangkan juga jumlah kematian membabitkan mangsa yang mengalami kecederaan parah terutama di kepala," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ops Sikap ke-24 dan kempen 'Balik Kampung, Rumah Selamat' peringkat negeri di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tun Hisan turut mengumumkan yang penunggang dan pembonceng motosikal di negeri ini akan dibekalkan topi keledar dan jaket pemantul cahaya dalam usaha pihaknya mengurangkan jumlah kematian dalam Ops Sikap kali ini.

"Penunggang serta pembonceng motosikal sering menjadi penyumbang utama jumlah kemalangan dan kami perlu melakukan sesuatu untuk memastikan jumlah kematian penunggang dan pembonceng motosikal dapat dikurangkan.

"Pemberian topi keledar dapat mengurangkan kesan kecederaan di kepala kerana ia menjadi penyebab utama kematian manakala jaket pemantul cahaya dapat mewujudkan tahap penglihatan yang tinggi," katanya.

Akta BSVN berkuat kuasa Sept.

Posted:

Akta BSVN berkuat kuasa Sept.

Akta BSVN berkuat kuasa Sept.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Akta Balai Seni Visual Negara (BSVN) 2010, pengganti Akta Balai Seni Lukis Negara 1959 akan berkuat kuasa 27 September ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Datuk Rozali Isohak berkata, Akta BSVN akan membawa satu dimensi baru dalam perkembangan seni visual negara.

Sementara itu, BSLN melancarkan empat pameran kepada orang ramai iaitu Pameran Yayadan Syukur Selalu, Pameran Manifestasi Merdeka, Pameran Jaga (pameran arca) dan Pameran Syed Ahmad Syed Jamal Dalam Kenangan.

Pameran Syed Ahmad Syed Jamal (18 Ogos - 18 September), Pameran Yayadan Syukur Selalu (8 Ogos - 11 September) dan Pameran Manifestasi Merdeka (14 Ogos - 18 September).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bina satu lagi pintu air

Posted:

Bina satu lagi pintu air

Bina satu lagi pintu air

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


HARIS Abas menunjukkan pintu air Sungai Durian, satu-satunya pintu air di Serkat, Pontian.


PONTIAN 22 Ogos - Setiap kali hujan, penduduk di beberapa kampung di Mukim Serkat dekat sini tidak senang duduk kerana khuatir rumah mereka akan ditenggelami air akibat banjir kilat.

Menurut seorang penduduk, Haris Abas, 56, dalam tempoh empat jam sahaja air parit di hadapan rumahnya akan penuh dan melimpah ke rumah penduduk.

Katanya, masalah banjir kilat apabila tiba musim tengkujuh telah dialami hampir 10 tahun lalu yang turut menjejaskan tanaman penduduk.

Haris berkata, keadaan parit dan tali air yang tersumbat di beberapa kampung termasuk Kampung Sungai Durian dan Kampung Kebun Baru dikenal pasti punca utama masalah banjir kilat itu.

"Pintu air yang menjadi laluan keluar air parit ke sungai berhampiran tidak dapat menampung air yang banyak setiap kali hujan dalam beberapa jam sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun kerja-kerja menggali parit dibuat setiap empat tahun oleh pihak kontraktor yang dilantik, namun masalah banjir masih berlaku di kawasan tersebut.

Katanya, penduduk berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana menjalankan kerja-kerja menggali dan mendalamkan semua tali air di kawasan itu bagi mengatasi masalah tersebut baru-baru ini.

Namun, penyelesaian jangka panjang perlu dibuat iaitu membina sebuah lagi pintu air di Mukim Serkat bagi memudahkan aliran keluar dengan segera tanpa bergantung kepada sebuah pintu air sahaja.

Haris turut meminta supaya sistem automatik yang kini digunakan ditukar kepada manual bagi mengelakkan tanah tersekat di hadapan pintu air yang mengakibatkan mendapan tanah.

"Mendapan tanah melambatkan pengaliran air keluar ke Sungai Durian," katanya.

Peniaga kecewa MDS tidak profesional

Posted:

Peniaga kecewa MDS tidak profesional

Peniaga kecewa MDS tidak profesional

SEGAMAT 22 Ogos - Peniaga-peniaga bazar Ramadan di Bandar Baru Utama di sini, kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Segamat (MDS) yang mula memberi tekanan dan mencari kesalahan peniaga berikutan pendedahan keputusan pihak majlis yang dilihat berat sebelah ketika meluluskan lesen tapak.

Sejurus selepas pendedahan itu dibuat, MDS mengeluarkan sekeping surat dan menyenaraikan beberapa 'peraturan' baharu yang tujuannya didakwa tidak lain untuk membalas dendam dan menyusahkan para peniaga.

Salah seorang peniaga berkata, MDS perlu bersikap profesional dengan setiap teguran kerana dilakukan untuk kebaikan agensi itu supaya pada masa akan datang tiada lagi lobi melobi dan peniaga tempatan diutamakan.

"Setiap hari kakitangan MDS akan berkeliaran dengan raut wajah yang 'kelat' dan sentiasa mencari salah peniaga untuk mengenakan saman. Sejak pendedahan itu sudah tiada lagi tolak ansur.

"Antara peraturan baharu ialah peniaga tidak boleh memasang kanvas tambahan di depan kedai sedangkan ia perlu bagi mengelak air tercurah ke jualan masing-masing," katanya di sini hari ini.

Suara Rakyat Johor pada 2 Ogos lalu mendedahkan keputusan MDS yang tidak mengutamakan peniaga tempatan, tetapi lebih memberi peluang kepada peniaga dari luar Segamat selepas berlaku lobi melobi.

Peniaga lain pula berkata, kedudukan tapak gerai di bazar itu tidak tersusun dan menyusahkan pembeli sehingga tidak tahu di mana laluan utama selain kanopi yang turut diletakkan atas tangga.

Keadaan itu katanya, bukan sahaja menyusahkan peniaga, tetapi juga pembeli apatah lagi setiap kali hujan beberapa kawasan menjadi takungan air dan keadaan tersebut menyebabkan pelanggan tidak mahu datang.

"MDS juga tidak menyediakan surau dan kemudahan air bersih, malah tandas awam yang dahulunya percuma sekarang dikenakan bayaran 40 sen untuk buang air dan RM1.50 untuk mandi," katanya.

Seorang lagi peniaga yang enggan dikenali berkata, bekalan elektrik di bazar tersebut kerap terputus dan kemudahan disediakan tidak berbaloi dengan bayaran sewa yang mahal.

"Jika peniaga-peniaga terus ditekan, ada pihak yang akan membuat satu pendedahan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat wujudnya dakwaan salah guna kuasa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Baju siap lebih mudah

Posted:

Baju siap lebih mudah

Baju siap lebih mudah

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar HAFIZ KHOSMAT dan JAKEL


KOLEKSI baju kurung dan baju Melayu siap dengan warna sedondon boleh dibuat pilihan pasangan sehati sejiwa.


SYAWAL semakin menghampiri, sekali gus umat Islam juga sudah mula sibuk untuk melakukan persiapan terakhir bagi menyambut hari bahagia itu dengan sempurna.

Bagi yang masih belum membeli baju kurung atau baju Melayu atau ingin menambah lagi koleksi untuk dipakai di pagi Syawal pastinya masih mencari-cari lokasi sesuai untuk membeli-belah.

Ada baiknya jika teruskan sahaja langkah ke mana-mana 18 gedung tekstil terkemuka Jakel di seluruh negara termasuk Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel memberitahu, Jakel bukan sahaja menawarkan pilihan koleksi baju siap yang eksklusif untuk pelanggan malah harga berpatutan serta mampu dibeli oleh semua golongan.

''Koleksi baju siap seperti baju kurung dan baju Melayu ini disediakan untuk orang dewasa sehinggalah kepada kanak-kanak,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya yang terletak di Wisma Jakel di No: 209-212, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Mohamed Feroz, pihaknya juga begitu berhati-hati dalam memilih corak kain untuk baju siap supaya pelanggan puas hati kerana memiliki koleksi eksklusif.

''Atas dasar itu kita cuma mula menyediakan baju siap ini pada sekitar bulan Jun dan Julai supaya pelanggan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kain dari corak terbaru,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, Jakel masih memberi pilihan kepada pelanggan di mana boleh membeli baju siap dengan kadar harga murah untuk koleksi yang telah dikeluarkan lebih awal.

Tambahnya, pelanggan juga tidak perlu bimbang dengan saiz baju kerana gedung tersebut telah menyediakan dengan banyak untuk semua peringkat usia.

Selain itu, katanya, Jakel juga menyediakan baju berkonsepkan 'papa dan mama' di mana semua ahli dalam sebuah keluarga itu boleh memiliki kain baju yang siap dari warna dan corak yang sama.

''Kami menyediakan pilihan koleksi baju ini bagi memudahkan mana-mana keluarga yang suka mengamalkan trend sedondon bagi menyambut raya,'' katanya.

Malah katanya, pihaknya sekali lagi memperkenalkan koleksi baju siap 'ala Bollywood' bagi pelanggan yang inginkan kelainan dalam penampilan pada hari raya.

Katanya, kain itu memang dibawa khas dari India yang disesuaikan dengan potongan baju kurung di mana Jakel menawarkannya dalam harga yang berpatutan.

Selain itu, Mohamed Faroz memberitahu, Jakel juga turut menyediakan koleksi jubah untuk pelanggan yang suka memakai pakaian ala-arab ini di hari raya.

''Jakel juga tidak terlalu berkira dengan pelanggan di mana akan memberikan potongan harga yang cukup istimewa jika membeli dengan jumlah yang banyak,'' katanya.

Malah katanya, Jakel juga turut memberikan peluang kepada pelanggan bagi urusan tawar menawar berdasarkan belian barangan tertentu.

Selain itu, Mohamed Faroz memberitahu, Ariani yang terkenal sebagai gudang tudung dan selendang kepunyaan Jakel juga menyediakan koleksi eksklusif yang mula dijual sebelum dua minggu menjelangnya bulan Syawal.

''Tarikh penjualan itu memang sesuai memandangkan kami mahukan pelanggan hanya memiliki koleksi eksklusif ini hanya dari Ariani,'' katanya.

Mohamed Feroz memberitahu, secara tidak langsung ini dapat mengelak koleksi terbaru Ariani diciplak.

Bagaimanapun katanya, pelanggan masih boleh membuat mana-mana pilihan tudung dan selendang Ariani yang mempunyai lebih 200 koleksi ini di 18 cawangan Ariani di seluruh negara.

Jelasnya, Ariani menggunakan fabrik-fabrik berkualiti yang diimport khas dari Itali, Perancis, Jerman dan Turki.

''Antara jenama antarabangsa yang boleh di dapati di Ariani adalah Valentino, Aker, Armine, Akel, Bonasera, Isadora, Ungaro dan Pierre Cardin. Di samping itu terdapat juga Tiara Eksklusif & Tiara Diamond,'' katanya.

Katanya, di Ariani pelanggan akan mendapat potongan harga yang istimewa kerana kini sedang diadakan promosi hebat sehingga 30 Ogos ini.

Mohamed Feroz memberitahu, Ariani juga telah menambah dua cawangan baru iaitu di No: 6, Tingkat Bawah, Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa di Wangsa Maju.

''Satu lagi cawangan baru Ariani di No. 23 & 25, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor,'' katanya.

Selain itu katanya, Jakel juga tidak ketinggalan untuk menyediakan perhiasan rumah kepada pelanggan termasuk permaidani yang turut menjadi barangan penting bagi menghias rumah sempena hari raya.

''Jakel Karpet kini sedang menawarkan potongan harga untuk kesemua pelanggan,'' katanya.

Antaranya Jakel turut memberikan harga istimewa untuk permaidani jenis 'shaggy' yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan warna menarik.

Tambahnya, Jakel juga turut menjual jenis pilihan permaidani dari jenis lain seperti bulu, sutera, alas kaki dan eksklusif buatan tangan dari Mesir, Iran dan Turki.

Mohamed Feroz menjelaskan yang pastinya syarikat 100 peratus bumiputera ini bukan sahaja menyediakan keperluan terbaik untuk pelanggan malah tidak lupa untuk berkongsi dengan anak-anak yatim dan ibu tunggal di seluruh negara.

Berikutan itu, katanya, buat pertama kali juga pada tahun ini Jakel meraikan kira-kira 4,000 golongan ini di seluruh negara.

Usia bukan halangan Surya

Posted:

Usia bukan halangan Surya

Usia bukan halangan Surya

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


Surya Ardila Akhiroeddin


JIKA dilihat pada usianya, siapa sangka gadis semuda itu sudah mempunyai bukan satu bahkan dua premis perniagaan sendiri.

Surya Ardila Akhiroeddin, 25, sememangnya seorang gadis bertuah kerana selain mempunyai diploma dalam jurusan perniagaan, dia dilahirkan dalam keluarga yang suka berniaga.

Bermula daripada bapanya yang mengusahakan sebuah restoran dan merupakan seorang tukang jahit, diikuti oleh kakak serta abang-abangnya yang masing-masing bergelar usahawan

Sememangnya amat meminati bidang perniagaan, Surya atau lebih mesra dengan panggilan Su terlebih dahulu menimba pengalaman dengan bekerja bersama kakaknya.

Kakaknya yang menjual kain pasang, telekung, kain batik dan sebagainya juga dilihat sebagai seorang usahawan wanita berjaya apabila mempunyai lebih daripada dua premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

Anak keempat daripada lapan beradik itu sebenarnya mula didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Ini memberi kelebihan kepada Su serta adik-beradiknya yang lain dan secara tidak langsung ia memudahkan cita-cita mereka untuk bergelar usahawan.

Turut memilih untuk berniaga kain, Su telah mengeluarkan modalnya sendiri tanpa meminjam dari mana-mana institusi kewangan.

"Dilahirkan dalam keluarga yang suka berniaga, secara tidak langsung ia memberi tempias kepada saya.

"Jika hendak bercakap sejak bila saya mula berniaga, sebenarnya dari kecil lagi saya telah didedahkan dengan berniaga dan kebetulan minat memang ada, jadi saya teruskan.

"Alhamdulillah, sebelum berniaga sendiri, saya banyak membantu kakak dan ini sedikit sebanyak memberi 'kredit' kepada saya untuk menerajui perniagaan sendiri," ujarnya ketika ditemui di premisnya di Lot No. 8, Crystal Arked, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Su lagi, kedainya beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam kecuali hari Sabtu ia ditutup pada pukul 10 malam.

Hari ini, dengan bantuan dua orang pekerja, Su mampu mengendalikan perniagaannya tanpa sebarang masalah.

Banyak mengimport produk dari China, Jakarta dan Bukit Tinggi, Indonesia serta Vietnam, Su turut menjalankan perniagaan secara borong.

Bukan itu sahaja malah dia turut mempunyai pelanggan tetap dari seluruh negara yang terdiri daripada kakitangan kerajaan yang sering mengambil produknya untuk dijual di kalangan rakan-rakan sekerja.

Antara produk yang boleh didapati di kedai Su ialah kain ela (pelbagai jenis), telekung, kain batik dan kain pelikat.

Bagi Su, untuk berjaya dalam bidang perniagaan, sifat jujur dan ikhlas harus ada dalam diri setiap peniaga selain memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan kain yang dijual Su, bolehlah layari facebook dengan menaip namanya Surya Ardila.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Aidilfitri 2011 pasti ceria

Posted:

Aidilfitri 2011 pasti ceria

Aidilfitri 2011 pasti ceria

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my


MOHD. Salleh Mat Disa (dua dari kanan) beramah mesra dengan keluarga penerima Projek Bantuan Rumah di Parit Buntar, baru-baru ini.


PARIT BUNTAR 22 Ogos - Tanggal 30 Ogos 2010 pasti sukar untuk dilupakan dalam lipatan sejarah hidup seorang nelayan, Samail Saat, 61, yang tinggal di Kampung Tok Ngah, Kuala Kurau dekat sini.

Masih segar dalam ingatan warga emas tersebut ialah bagaimana luluh hatinya apabila melihat segala harta, termasuk rumah kampung miliknya musnah dalam kebakaran pagi itu.

Lebih menyayatkan hati, kebakaran tersebut berlaku kira-kira 10 hari sebelum umat Islam bergembira menyambut hari lebaran Aidilfitri.

Tidak ada apa yang mampu dilakukan, apatah lagi ketika kejadian berlaku dia sedang bertungkus lumus di laut bagi mencari sesuap rezeki.

"Saya tidak tahu apa-apa. Apabila sampai ke jeti pada tengah hari itu orang di jeti memberitahu rumah saya terbakar," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengimbas saat mendengar makluman itu, Samail berkata, tanpa melengahkan masa dia terus mengerah kudrat yang ada selepas lebih lapan jam berada di laut, berlari pulang ke rumah.

Segala hasil tangkapan yang diperoleh dilepas dan dibiarkannya di atas jeti.

Hasrat Samail untuk menyelamatkan sisa-sisa hartanya bagaimanapun tidak kesampaian kerana sebaik tiba di kawasan rumahnya apa yang dapat disaksikan hanyalah abu.

Lebih malang, kebakaran tersebut bukan sahaja memusnahkan rumahnya, tetapi dua lagi rumah jiran.

Sebaik melihat mahligai yang dibina ranap menjadi abu, seluruh hidup Samail bagaikan gelap. Masa depannya dilihat suram.

Dengan pendapatan yang tidak tetap dan kenaikan harga barangan binaan, tidak memungkinkan dia untuk membina semula rumah.

"Hari itu, harta saya hanyalah baju yang digunakan untuk ke laut sahaja. Yang lain musnah. Semuanya tinggal abu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, setelah hampir setahun berlalu, Samail boleh menarik nafas lega kerana dengan kegigihan pemimpin di kampung serta kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengutamakan nasib rakyat, dia kembali memiliki sebuah rumah untuk berteduh bersama keluarganya.

Dua jirannya, turut menerima bantuan rumah yang dibina menerusi peruntukan Projek Bantuan Rumah (PBR) di bawah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Pujian seharusnya diberikan kerana dalam tempoh empat bulan selepas kebakaran, ketiga-tiga rumah berkenaan sudah siap dan sedia untuk didiami.

Penyelaras BN Kuala Kurau, Mohd. Salleh Mat Disa berkata, ketiga-tiga mangsa kebakaran itu mula tinggal di rumah berkenaan sejak awal tahun ini.

Katanya, keupayaan agensi kerajaan seperti Felcra untuk mempercepatkan proses permohonan dan memastikan pelaksanaannya berjalan lancar amat mengagumkan dan perlu dicontohi oleh agensi kerajaan lain.

"Saya masih ingat, hari ini mesyuarat, esok pegawai Felcra 'turun padang' membuat tinjauan kawasan.

"Dua atau tiga hari selepas itu, kontraktor pula datang membuat tinjauan dan dalam tempoh seminggu kerja-kerja membina rumah berkenaan sudah bermula.

"Masuk bulan ketiga, bekalan api dan air dipasang dan selepas empat bulan, rumah berkenaan sedia untuk didudukinya," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima rumah bantuan berkenaan, Sariff Ibrahim, 39, mengakui sangat selesa tinggal di rumah yang mempunyai tiga bilik itu.

"Saya bersyukur kerana jika mengikut gaji sebagai pekerja kilang, saya tidak tahu bila boleh memiliki rumah seperti ini," ujarnya.

Menurutnya, sepanjang pembinaan rumah tersebut dia terpaksa menyewa rumah di kawasan berhampiran bagi membolehkan anaknya meneruskan persekolahan di sekolah yang sama.

"Alhamdulillah jika tahun lalu Hari Raya Aidilfitri disambut di rumah sewa, tahun ini mungkin lebih meriah apabila diadakan di rumah baharu ini," ujarnya.

Ketua Kampung Tok Ngah, Ahmad Hamid berkata, sebanyak tiga insiden kebakaran pernah berlaku di kampung berkenaan.

"Dalam kejadian ini jika tidak kerana kerjasama penduduk memadam kebakaran lebih 10 buah rumah boleh musnah," katanya.

Kampung Tok Ngah didiami oleh 130 keluarga, majoritinya adalah petani dan nelayan manakala kira-kira 15 peratus bekerja dengan agensi kerajaan.

Felcra sedia RM21j jayakan PBR

Posted:

Felcra sedia RM21j jayakan PBR

Felcra sedia RM21j jayakan PBR

PASIR SALAK 22 Ogos - Sebanyak RM21 juta diperuntukkan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) bagi melaksanakan Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara tahun ini.

Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, peruntukkan itu melibatkan pembinaan 372 unit rumah baharu dan 248 unit rumah yang akan dibaik pulih.

Katanya, program tersebut selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi rakyat luar bandar.

"Program ini merupakan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dengan membina rumah baharu atau membaik pulih rumah rakyat yang miskin dan miskin tegar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan surat tawaran kepada penerima Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung Gajah, Pasir Salak, baru-baru ini.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, program tersebut diharap dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat miskin dan miskin tegar dengan segera bagi membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Menurutnya, Felcra akan terus merealisasikan hasrat kerajaan dalam memastikan setiap rakyat memiliki rumah sendiri menjelang 2020.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Naziatun Hussain berkata, rumah yang didudukinya perlu dibaik pulih segera.

"Saya tidak menjangka akan mendapat bantuan membina rumah baharu daripada kerajaan. Syukur semoga tuhan membalas jasa baik mereka," katanya.

Reaksi yang sama turut dikongsi oleh S. Krishnama yang bakal mendapat rumah baharu di bawah PBR.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin masalah rakyat," katanya.

Pas terbukti mungkir janji

Posted:

Pas terbukti mungkir janji

Pas terbukti mungkir janji

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Ahmad Bashah Md. Hanipah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Taman Wira, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 22 Ogos - Kegagalan membangunkan sektor pertanian iaitu mahu menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Timur' merupakan salah satu daripada ratusan janji yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan Pas Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, rakyat negeri ini mula bersuara dan sedar bahawa kerajaan negeri hanya tahu berjanji dan tidak pernah melaksanakannya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak menepati janji apabila tidak memungut hasil tanaman pemilik dusun buah-buahan di Padang Terap hingga menyebabkan kira-kira 10,000 penduduk menanggung kerugian besar.

"Saya harap rakyat terus bangkit suarakan janji-janji kerajaan negeri yang tidak ditepati.

"Dahulu mereka (kerajaan negeri) kata nak jadikan Kedah sebagai 'Belanda Timur' iaitu negeri yang maju dalam aktiviti pertanian, namun sekarang tiada satu pun perancangan mereka ke arah itu," katanya selepas menyampaikan bantuan wang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 60 penerima di Dewan Taman Wira di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kekecewaan 10,000 pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap yang membuat satu demonstrasi di Naka semalam kerana mendakwa kerajaan negeri gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Menurut Ahmad Bashah, apa yang berlaku kini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri hanya membuat perancangan di atas kertas, namun tiada pelaksanaan dibuat,

"Kalau kita nak kumpul hasil pertanian, kita kena tubuhkan satu agensi untuk kutip hasil daripada pemilik dusun. Tetapi mereka (kerajaan negeri) tak tubuhkan agensi untuk mengutip hasil, jadi memang berlaku lambakan buah-buahan bermusim seperti rambutan," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri gagal membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang mampu membela nasib rakyat seperti Barisan Nasional.

"Kita kalau janji kepada rakyat, akan laksanakan dan bantuan yang diberikan tidak mengira bangsa serta agama," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nelayan Sg. Lereh tuntut janji

Posted:

Nelayan Sg. Lereh tuntut janji

Nelayan Sg. Lereh tuntut janji

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Perumal (tengah) melihat kerja korek lumpur di muara Sungai Lereh bagi memudahkan nelayan berlabuh di muara berkenaan di Melaka, semalam.


MELAKA 22 Ogos - Kira-kira 80 nelayan di muara Sungai Lereh di sini mendesak pemaju yang terlibat dalam kerja-kerja menambak laut berhampiran kawasan tersebut menunaikan janji bagi membina benteng batu di situ yang tertangguh sejak dua tahun lalu.

Nelayan mendakwa kegagalan pemaju terlibat membina benteng batu di kawasan itu menyebabkan laluan masuk bot nelayan ke jeti menjadi sempit dan cetek sehingga menyukarkan mereka turun ke laut menangkap ikan ekoran kerja-kerja menambak laut.

Menurut Idris Harun, 46, masalah tersebut menghantui nelayan di situ dua tahun lalu iaitu sejak mereka berpindah ke jeti tersebut dari jeti lama di Pantai Klebang.

Katanya, disebabkan masalah itu, nelayan terpaksa meletak bot mereka di luar muara dan hanya boleh masuk ke kawasan jeti jika air laut pasang.

"Pemaju ada juga membuat kerja-kerja mengorek pasir dan mendapan sungai, namun mereka membuat kerja seperti 'melepaskan batuk di tangga', pasir yang mendap selepas dikorek diletak pula dekat dengan sungai.

"Apabila air laut pasang, pasir yang dikorek masuk semula ke dalam sungai dan akhirnya masalah yang sama berulang," katanya ketika ditemui pada majlis lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal ke Jeti Nelayan Sungai Lereh di sini, hari ini.

Lawatan tersebut yang turut dihadiri Pengarah JPS negeri, Gapar Asan diadakan bagi berdialog dengan nelayan berhubung masalah yang berlaku.

Wasalam Suri, 16, pula berkata, pemaju terbabit sudah beberapa kali memberi jaminan kepada nelayan untuk membina benteng batu bagi mengatasi masalah yang berlaku, namun janji berkenaan tidak pernah ditunaikan.

"Nelayan tidak tahu lagi kepada siapa mahu mengadu, janji mereka untuk bina tembok batu di muara sungai ini bukan pertama kali tetapi sudah banyak kali namun ia hanya tinggal janji," katanya.

Sehubungan itu, dia mendesak kerajaan negeri dan agensi terbabit supaya mengambil tindakan tegas ke atas pemaju terlibat dan perlu bertanggungjawab dengan kerja-kerja menambak laut yang dijalankan oleh syarikat berkenaan.

Sementara itu, menurut Perumal, pemaju berkenaan telah memberi jaminan akan membina tembok batu tersebut dalam masa dua bulan ini bagi mengatasi masalah yang timbul.

Katanya, sebagai langkah awal, pihak itu akan menjalankan kerja-kerja mengorek pasir dan mendapan tanah di muara sungai itu sebanyak sekali setiap dua bulan dan jika gagal melaksanakannya, JPS akan mengambil alih kerja itu dan kosnya akan ditanggung oleh pemaju," katanya.

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka 'bawa mulut'

Posted:

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka 'bawa mulut'

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka 'bawa mulut'

ALOR GAJAH 22 Ogos - Akibat tidak tahan dengan sikap jirannya yang didakwa sering mereka-reka cerita buruk keluarganya kepada orang kampung, seorang suri rumah membuat laporan polis kerana berasa tertekan dengan perbuatan jirannya itu.

Wanita yang berusia 35 tahun itu mendakwa, kenyataan jirannya itu yang suka 'membawa mulut' sejak setahun lalu membuatkan kehidupannya sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan tertekan.

Dakwanya lagi, tindakan jirannya itu yang sering melemparkan fitnah turut menyebabkan mereka sekeluarga menanggung malu setiap kali berdepan dengan masyarakat setempat yang termakan kata-kata hasutan jirannya itu.

"Tindakan jiran saya itu menyebabkan hubungan ibu serta adik-beradik saya yang lain semakin renggang gara-gara fitnah serta tohmahan yang dilemparkan kepada kami," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat semalam turut bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap jirannya itu.

Tambahnya, dia dan keluarga tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan jirannya itu sejak bertahun-tahun lalu selagi jirannya itu tidak berhenti mengganggu kehidupan keluarganya.

"Saya memberinya masa selama tujuh hari untuk dia dan suami berjumpa dengan saya dan suami untuk memohon maaf secara terbuka di hadapan seluruh keluarga saya, jika tidak kami akan mengambil tindakan mahkamah," tegasnya.

Bunga api buluh penyeri majlis

Posted:

Bunga api buluh penyeri majlis

Bunga api buluh penyeri majlis

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


WALAUPUN percikan api yang dihasilkan bunga api buluh tidak berwarna-warni namun tetap menarik dan mampu memukau mata sesiapa yang melihatnya.


MELAKA 22 Ogos - Tanpa pertunjukan bunga api, sambutan Hari Kemerdekaan, tahun baru atau pun majlis keraian besar yang lain pasti akan kurang serinya.

Malah, tembakan bunga api yang berwarna-warni ke udara itu menjadi acara kemuncak sesuatu perayaan yang sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh orang ramai dan tidak keterlaluan jika dikatakan bunga api merupakan pelengkap bagi sesuatu majlis.

Apatah lagi, jika majlis atau perayaan itu disambut oleh semua lapisan masyarakat seperti sambutan tahun baru atau Hari Kebangsaan, pasti ada yang berasa kecewa jika tiada pertunjukan bunga api sebagai simbol kemuncak sambutan berkenaan.

Jika dilihat dari sudut sejarah, negara China antara yang terawal mencipta bunga api iaitu kira-kira 2,000 tahun dahulu.

Negara berkenaan juga sering melakukan revolusi terhadap bunga api yang asas sehinggalah yang mampu mengeluarkan percikan api berwarna-warni.

Mungkin atas sebab inilah yang mendorong Ismail Jantan, 43, menceburkan diri dalam pembuatan bunga api secara tradisional iaitu dengan menggunakan buluh sebagai alat utama.

Biarpun percikan apinya tidaklah segah bunga api buatan China yang berharga ribuan ringgit yang sering dipancarkan di ibu negara menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan, namun Ismail tetap berbangga dengan kebolehannya.

Bunga api buatannya bukan sahaja dikenali di sekitar kampung halamannya di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini malah turut mendapat tempahan dari Negeri Sembilan dan Johor.

Kini, bunga apinya telah menjadi satu kemestian dan sebagai pelengkap serta penyeri kepada majlis perkahwinan dan majlis keraian lain di sekitar Tanjung Bidara.

Menurut Ismail, dia mempelajari cara membuat bunga api buluh daripada bapanya yang diwarisi turun-temurun daripada datuknya dan dia merupakan generasi ketiga memperjuangkan seni pembuatan bunga api buluh secara tradisional.

"Kalau di sekitar sini (Tanjung Bidara), boleh dikatakan setiap majlis perkahwinan sejak bertahun dulu akan diserikan dengan pertunjukan bunga api buluh yang saya buat.

"Walaupun tidak berwarna-warni, tetapi cukup sekadar menaikkan seri majlis dan juga sebagai hiburan kepada yang hadir dan juga pasangan pengantin," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Beliau berkata, dia turut menerima banyak tempahan bunga api buluh pada bulan Ramadan ini dan dijangka meningkat menjelang Aidilfitri.

Katanya, selain majlis perkahwinan, bunga apinya turut dimainkan di majlis seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan sambutan tahun baru di peringkat kampung.

"Bulan puasa ini tidak menang tangan menyiapkan bunga api yang ditempah yang mencapai lebih 15 biji sehari kerana bulan ini (Ogos) ada tiga perayaan itu Ramadan, Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan," katanya.

Ismail berkata, proses pembuatan bunga api secara tradisional tidak rumit namun aspek keselamatan perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan bahan bakar seperti belerang.

Katanya, pernah terjadi satu kemalangan kecil di rumahnya apabila serbuk belerang yang sedang dimampatkan di dalam buluh tiba-tiba terbakar dan akibat dari kejadian itu dia terpaksa memindahkan 'makmal' pembuatan bunga apinya jauh sedikit dari rumah.

Beliau berkata, terdapat empat bahan penting dalam membuat bunga api tradisional iaitu buluh, belerang, serbuk besi dan tanah yang digunakan untuk memampatkan belerang di dalam buluh.

Tambahnya, buluh yang digunakan perlulah tebal bagi mengelak daripada pecah semasa bunga api dinyalakan dan menjadi kemestian bagi kanak-kanak mendapat pengawasan sepenuhnya daripada orang dewasa agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Menurut Ismail, bagi sebatang buluh, dia mampu menghasilkan kira-kira 6 hingga 10 bunga api bergantung pada panjangnya dan setiap satu bunga api dijual dengan harga RM15.

Bunga api buatan Ismail juga turut mendapat perhatian daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semasa program Jejak Inovasi berlangsung di Melaka bulan lalu.

Ciptaan Ismail turut tersenarai dalam ciptaan yang berpotensi untuk dikomersialkan selepas beberapa kajian mengenai cara pembuatan, keselamatan dan undang-undang dijalankan oleh agensi terlibat.

Ismail berkata, dia sudi untuk berkongsi ilmu pembuatan bunga api buluh dengan ke rumahnya di Batu 23 ½, Lorong Haji Karim, Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Graduan JPA penggerak transformasi

Posted:

Graduan JPA penggerak transformasi

Graduan JPA penggerak transformasi

Oleh HASHNAN ABDULLAH dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan Mohd. Sidek Hassan beramah mesra dengan sebahagian daripada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan dua inisiatif bagi membolehkan para graduan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memainkan peranan utama sebagai pemacu dan penggerak transformasi negara.

Perdana Menteri berkata, program Akselerasi Bakat Di Dalam Perkhidmatan Awam (TAPS) dan Penarikan dan Pengekalan Bakat (STAR) itu akan memberi peluang kepada graduan terbabit untuk membangunkan kerjaya mereka dalam bidang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

''Saya percaya bahawa rakyat Malaysia yang telah diberikan keistimewaan dan peluang untuk mendapatkan pendidikan terbaik mempunyai tanggungjawab bersama untuk memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi faedah orang lain.

''Untuk itu, mereka diharap akan berusaha bersama-sama untuk menukar aspirasi negara kepada realiti, ini merupakan masa untuk menyumbang kepada negara tercinta kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Graduan Tajaan JPA sempena Pelancaran TAPS dan STAR di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Seramai 100 pelajar tajaan JPA yang telah tamat pengajian di beberapa universiti terkemuka di dunia hadir pada majlis itu.

Perdana Menteri berkata, di bawah program TAPS itu, graduan yang terbaik akan dipilih untuk berkhidmat secara kontrak selama dua tahun dalam beberapa projek dan isu polisi awam utama sebelum diputuskan untuk diserap dalam sektor awam.

''Kumpulan perintis pertama program TAPS yang merupakan inisiatif kerjasama antara JPA bersama Razak School of Goverment dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) itu akan membabitkan 40 graduan terbaik dan akan bermula pada bulan Oktober ini.

''Selepas itu, program terbabit akan diperluaskan secara berperingkat di kalangan graduan tajaan JPA dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain di Malaysia dan luar negara," katanya.

Bagi graduan tajaan JPA yang tidak dipilih menyertai perkhidmatan awam itu, Najib berkata, mereka akan menyertai program STAR yang dibangunkan untuk membolehkan mereka berkhidmat dalam organisasi utama yang terlibat menjayakan ETP.

Menurutnya, lebih 50 organisasi termasuk Bank Negara Malaysia, Khazanah Nasional, Intel, Shell Malaysia, Maxis, PricewaterhouseCoopers, Bank CIMB dan Teach for Malaysia telah menyertai program tersebut.

''Melalui inisiatif ini, para graduan akan diberi peluang untuk membina kerjaya mereka dalam sektor-sektor utama ekonomi dan pada masa yang sama terlibat dalam transformasi ekonomi negara.

''Sekumpulan graduan telah menyertai inisiatif perintis untuk program STAR pada awal tahun ini, mereka kini berkhidmat dalam pelbagai organisasi yang terlibat dalam sektor-sektor utama ETP," katanya.

Dakwaan guna UNHCR tidak benar – Hishammuddin

Posted:

Dakwaan guna UNHCR tidak benar – Hishammuddin

Dakwaan guna UNHCR tidak benar – Hishammuddin

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dakwaan bahawa salah seorang daripada dua ketua sindiket penyeludupan warga China yang ditahan dalam operasi 6 Ogos lalu telah menyalahgunakan tugasnya sebagai ejen Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk melakukan jenayah tersebut, adalah tidak benar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil laporan yang beliau terima menunjukkan tiada ejen UNHCR yang menyalahkan tugas mereka termasuk dalam sindiket penyeludupan manusia.

"Dakwaan mengenai salah guna kuasa ejen UNHCR daripada laporan yang saya terima adalah tidak benar, tetapi sindiket penyeludupan warga China seperti yang dilaporkan memang benar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Polis Jumaat lalu mengumumkan kejayaan menahan 16 warga China di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana terlibat dalam sindiket penyeludupan rakyat negara itu dalam dua operasi serentak di Johor Bahru, Johor dan ibu negara pada 6 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, dua daripadanya merupakan ketua sindiket yang beroperasi di Johor dan ibu negara dengan menyeludup masuk warga republik tersebut melalui Bangkok, Thailand sebelum ke Malaysia.

Ekoran kejayaan itu, laporan muka depan Mingguan Malaysia semalam melaporkan mengenai wujud salah guna kuasa salah seorang daripada dua ketua sindiket tersebut yang dipercayai menyalahgunakan tugasnya sebagai ejen UNHCR untuk melakukan jenayah berkenaan.

Lelaki berusia 29 tahun itu yang pernah bekerja di UNHCR sejak 2009, bukan sahaja menggunakan kelebihannya yang fasih bertutur bahasa Melayu, malah berkahwin dengan rakyat tempatan serta menetap di negara ini.

Dia dikatakan berperanan melindungi warga China yang diseludup masuk ke negara ini dengan mendapatkan taraf pelarian politik dari pejabat UNHCR Kuala Lumpur dengan alasan nyawa mereka terancam sekiranya dihantar pulang.

Sementara itu, UNHCR hari ini menafikan penglibatan pegawainya yang dikatakan melindungi warga China yang diseludup ke negara ini dengan memberikan taraf pelarian politik kepada mereka.

Pegawai Hubungan Luarnya, Yante Ismail berkata, setiap pemohon suaka di negara ini perlu melalui proses tapisan yang ketat sebelum layak diberikan status pelarian oleh pejabat itu.

"Bagi menentukan status orang pelarian di negara ini, UNHCR menjalankan proses soal siasat mendalam selain mendapatkan semua maklumat yang ada tentang negara asal pemohon.

"Bagi mempertimbangkan kesahihan tuntutan individu itu, setiap pemohon suaka perlu melalui proses Penentuan Status Orang Pelarian (RSD) untuk menentukan sama ada mereka benar-benar mempunyai kebimbangan yang berasas terhadap penganiayaan atau pencabulan hak asasi yang berterusan di negara sendiri," katanya.

SKMM digesa tegas ke atas blog fitnah

Posted:

SKMM digesa tegas ke atas blog fitnah

SKMM digesa tegas ke atas blog fitnah

PETALING JAYA 22 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengenakan tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap laman web serta blog yang terbukti menyiarkan berita fitnah.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sekiranya SKMM gagal menjalan tugas tersebut laman-laman web serta blog berunsur fitnah akan terus berleluasa.

Sebagai contoh, katanya, isu cincin yang berharga jutaan ringgit yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di dalam blog milik ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

''Sehingga kini, SKMM gagal mengenakan tindakan sewajarnya terhadap Badrul Hisham kerana berita fitnah tersebut, dia dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

''SKMM harus sedar individu seperti ini akan sentiasa menyiarkan berita-berita berunsur fitnah. Mereka tidak kisah untuk menyiarkan berita-berita seumpama ini kerana inilah cara mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat,'' katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Anuar berkata, semua pihak harus mengakui berita-berita berunsur fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang sama ada dalam blog mahu pun ceramah sedikit sebanyak boleh mempengaruhi rakyat.

''Sebelum isu cincin timbul, isu Altantuya kemudian isu kapal selam. Semuanya ini berita-berita yang berbentuk fitnah yang cuba dikaitkan dengan kepimpinan negara.

''Oleh itu, saya sekali lagi berharap SKMM perlu bertindak lebih proaktif terhadap mana-mana laman web atau blog yang menyiarkan berita-berita sebegini,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, bukan sahaja kepada laman web atau blog propembangkang, SKMM juga perlu bertindak ke atas laman web atau blog pro kerajaan jika terbukti mereka menyiarkan berita berunsur fitnah.

Sementara itu, beliau berkata, kegagalan Badrul Hisham atau Cikgu Bad menyahut cabarannya berhubung isu cincin yang dilakukan 17 Julai lalu menunjukkan ahli PKR itu tahu kedudukan sebenar mengenai perkara tersebut.

''Saya yakin Cikgu Bad tahu cincin ini tiada kaitan dengan Datin Seri Rosmah. Persoalan sekarang apakah motif Cikgu Bad dan siapakah yang akan meraih keuntungan politik fitnah ini? Adakah tujuan politik fitnah ini adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Paling penting agenda siapakah ini? Bagi saya ini bukan soal Datin Seri Rosmah sahaja tetapi ia melibatkan budaya politik fitnah yang perlu dibendung kerana ia boleh menggugat keamanan negara,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Rejim Gaddafi tumbang

Posted:

Rejim Gaddafi tumbang

Rejim Gaddafi tumbang


Beribu-ribu penduduk Libya meraikan kejayaan pemberontak menawan bandar Tripoli awal semalam. - AGENSI


TRIPOLI 22 Ogos - Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli, tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.

Anak lelaki bongsu Gaddafi, Saif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.

Gaddafi menyiarkan tiga mesej audio semalam, dengan berikrar tidak akan menyerah kalah dan menyeru penduduk Tripoli supaya 'membersihkan ibu negara' daripada pemberontak, tetapi beliau tidak muncul di khalayak sejak beberapa minggu lalu.

Satu sumber diplomatik berkata, pemimpin veteran Libya itu mungkin masih berada di kompleks kediamannya, Bab Al-Aziziyah di tengah Tripoli.

"Beliau masih berada di Tripoli dan mungkin berlindung di kediamannya di Bab Al-Aziziyah," kata sumber yang menemui Gaddafi dalam tempoh dua minggu lalu.

Pekarangan Bab Al-Aziziyah kerap dibedil sejak bermulanya campur tangan tentera antarabangsa di Libya pada 19 Mac lalu dan kebanyakan bangunan di kompleks itu sudah ranap.

Namun, Gaddafi boleh berlindung di dalam kubu bawah tanah yang banyak terdapat di kompleks itu, kata sumber tersebut. - AFP

Dua anak Gaddafi ditangkap

Posted:

Dua anak Gaddafi ditangkap

Dua anak Gaddafi ditangkap

TRIPOLI 22 Ogos - Dua anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam dan Mohammed Al-Gaddafi ditahan pemberontak hari ini, ketika rejim Muammar Gaddafi tumbang setelah pemberontak menawan hampir seluruh bandar Tripoli.

Saif, anak bongsu pemimpin Libya itu ditangkap oleh pemberontak, sementara anak lelaki sulungnya, Mohammed dilaporkan menyerah diri selepas diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya.

Lokasi Gaddafi, bagaimanapun masih belum diketahui sehingga kini, namun sumber pemberontak menyatakan beliau masih berada di Tripoli, manakala sumber lain berkata, beliau telah melarikan diri ke tempat lahirnya, bandar Sirte.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan penahanan Saif dan kini sedang berbincang untuk urusan memindahkannya yang dikehendaki atas dakwaan jenayah kemanusiaan. - dpa

Pilih kandang tertuduh

Posted:

Pilih kandang tertuduh

Pilih kandang tertuduh

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan, hari ini memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi di sini berhubung kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tindakannya itu yang tidak memerlukannya mengangkat sumpah dilihat seolah-olah ingin 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun, pilihan itu juga digunakan sewenang-wenangnya oleh Anwar untuk 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang sebelum ini telah berpuluh-puluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati hak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar memberi keterangannya dengan membacakan pernyataan bertaip setebal 32 muka surat, kira-kira satu jam 45 minit mulai 9.50 pagi dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespeare dan banyak lagi.

Bermula dari perenggan kedua keseluruhan kenyataannya, inti pati 'bela diri' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah menyalahkan satu persatu tindakan hakim Mahkamah Tinggi tersebut yang didakwa menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Anwar memberi tujuh alasan tindakan hakim itu yang didakwa gagal memastikan perbicaraan berjalan secara adil antaranya enggan memberi perintah agar bahan material penting diberikan kepada pihak pembelaan dan kegagalan mengarahkan saksi utama kepada pihak pembelaan hadir ke mahkamah memberi keterangan.

Beliau juga mendakwa hakim tersebut bertindak berat sebelah terhadapnya apabila membuat penghakiman awal dengan menyatakan Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi yang dipercayai di akhir kes pendakwaan tanpa mendengar keterangan di peringkat pembelaan terlebih dahulu.

''Saya telah dinafikan keperluan untuk membuat pembelaan saya secara bersumpah. Itu terjumlah kepada penafian hak saya untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dan saksama,'' katanya dalam suara yang semakin serak.

Keterangannya itu yang boleh dianggap sebagai satu 'ceramah politik' kadangkala menyebabkan Hakim Mohamad Zabidin dilihat tidak selesa sehinggakan ketika Anwar memohon untuk menangguhkan seketika perbicaraan, hakim itu bertanyakan ''Panjang lagi?''.

Pada ketika ini juga, dilihat salah seorang pakar asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibawa khas oleh pihak pembelaan sudah terlelap.

Selain itu, Anwar menyatakan walaupun hakim tersebut ada membenarkan permohonannya seperti menemui saksi-saksi pendakwaan, beliau mendakwa Hakim Mohamad Zabidin turut memberi 'talian hayat' kepada saksi bahawa mereka boleh menolak daripada ditemu bual.

Beliau turut mendakwa bersedia untuk memberi keterangan secara bersumpah tetapi tindakan-tindakan hakim itu telah 'mencipta' satu situasi yang tidak membolehkannya berbuat demikian.

Berhubung pertuduhan yang dihadapinya, Anwar seolah-oleh mengulangi hujah pembelaan di akhir kes pendakwaan di samping menafikan mempunyai hubungan seksual dengan Mohd. Saiful Bukhari.

''Saya ingin menyatakan tanpa ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan seksual dengan pengadu, Mohd. Saiful. Dakwaannya adalah pembohongan secara terang-terangan dan berniat jahat dan akan dibuktikan sedemikian,'' katanya.

Menurutnya, dalam kejadian itu, Mohd. Saiful Bukhari berpeluang meninggalkan tempat kejadian tetapi tidak berbuat demikian atas dakwaan kononnya dibelenggu ketakutan walhal pengadu berusia awal 20-an, enam kaki tinggi dan tegap berbanding dirinya yang berusia 60 tahun dan telah menjalani pembedahan sakit tulang belakang selain tidak mempunyai sebarang kedudukan.

Anwar selaku saksi pembelaan pertama juga menyatakan, tindak-tanduk pengadu itu didakwa tidak konsisten apabila turut menghadiri satu majlis PKR dan perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya selain tidak segera membuat laporan polis atau mendapatkan rawatan.

Kembali mengungkit 'kisah lama', beliau menyatakan pihak pendakwaan pada kes kali ini hanya mengubah cara agar lebih diterima dengan menggambarkan pengadu adalah seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak bersalah serta keterangannya perlu dipercayai tanpa menghiraukan sebarang bukti yang bertentangan berbanding 'ala-Stalin' yang digunakan pada kes yang pertama.

Anwar turut menyatakan bahawa pertuduhan yang dihadapinya itu adalah konspirasi politik pucuk pimpinan negara sekarang yang mengulangi dakwaan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan bersambung esok.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved