Isnin, 6 Jun 2011

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


372 keluarga dapat rumah PPRT

Posted:

372 keluarga dapat rumah PPRT

372 keluarga dapat rumah PPRT

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 5 Jun - Seramai 372 keluarga di negeri ini telah menerima bantuan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melibatkan perbelanjaan lebih RM4.3 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak 153 rumah PPRT baru telah dibina manakala 219 rumah lagi telah dibaik pulih.

Menurut beliau, usaha itu adalah sebahagian daripada peranan kerajaan negeri bagi memastikan semua rakyat di negeri ini dapat hidup dengan selesa dan sejahtera.

"Di bawah PPRT tahun ini kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta di daerah Melaka Tengah untuk membina 77 rumah baru manakala 65 buah rumah dibaiki semula," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Bersama (JKKB) 2011 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Othman Muhamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Mohd. Ali menambah, bagi daerah Jasin, sebanyak 37 buah rumah baru dibina selain membaiki 98 buah rumah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.42 juta, diikuti daerah Jasin sebanyak 39 rumah bina baru dan 56 rumah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM1.13 juta.

Sementara itu, beliau berkata, dalam usaha membasmi kemiskinan di negeri ini, Pejabat Pembangunan negeri telah melaksanakan Program Peningkatan Ekonomi (PPE) melalui peruntukan yang telah disalurkan kerajaan pusat.

"Pada tahun lalu, seramai 88 penduduk miskin telah menerima bantuan program ini melibatkan peruntukan daripada kerajaan Pusat sebanyak RM240,380," katanya.

Pada majlis sama, Mohd. Ali turut melancarkan slogan baru negeri itu, Melaka Maju, Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau menggantikan slogan Melaka Maju 2010 yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Plus perlu naik taraf Plaza Tol Ayer Keroh

Posted:

Plus perlu naik taraf Plaza Tol Ayer Keroh

Plus perlu naik taraf Plaza Tol Ayer Keroh


KENDERAAN penuh sesak dari arah lebuh raya menuju ke Tol Ayer Keroh di Melaka, kelmarin. - UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 5 Jun - Kesesakan luar biasa yang kerap berlaku di Plaza Tol Ayer Keroh pada setiap cuti umum boleh diatasi jika Plus Expressways Berhad (Plus) menambah dua lorong kepada empat lorong di susur masuk ke bandar raya itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masalah tersebut telah kerap dimaklumkan kepada Plus sejak beberapa tahun lalu tetapi malangnya tidak ada tindakan segera diambil bagi mengatasinya.

Menurutnya, kesesakan yang berlaku di plaza tersebut bukan perkara baru tetapi ia telah lama berlaku terutama pada setiap cuti hujung minggu dan lebih teruk pada cuti umum.

"Saya minta pihak pengurusan tertinggi Plus agar turun padang, tengok sendiri punca kesesakan dan cuba atasi masalah ini yang telah berlanjutan begitu lama.

"Kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Plus sejak beberapa tahun lalu meminta susur masuk di Plaza Tol Ayer Keroh ditambah daripada dua kepada empat lorong tetapi langsung tidak ada tindakan diambil," katanya.

Beliau berucap merasmikan Pesta Sungai Melaka 2011 di Taman Rempah, Pengkalan Rama di sini malam tadi.

Semalam, lebih 30,000 kenderaan memasuki negeri ini melalui tiga plaza tol Lebuh Raya Utara-Selatan berlaku kesesakan luar biasa.

Di Plaza Tol Ayer Keroh kesesakan berlaku sepanjang 5 kilometer sejak dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Mohd. Ali berkata, ekoran daripada masalah yang dikemukakan oleh kerajaan negeri sebelum ini, Plus hanya menambah kaunter bayaran tiket sahaja.

"Sepatutnya Plus menambah daripada dua lorong baru menjadi empat lorong di susur masuk bagi mengatasi kesesakan itu," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan menghantar satu lagi surat kepada Plus bagi menggesa syarikat itu bertindak segera menaikkan taraf Plaza Tol Ayer Keroh supaya dapat mengatasi kesesakan pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning

Posted:

Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning

Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning



ALOR GAJAH 5 Jun - Undang Luak Naning ke-19, Datuk Abdul Latif Hashim (gambar) mendakwa beliau tidak pernah digugurkan jawatannya oleh Lembaga Adat Naning seperti yang digembar-gemburkan beberapa pihak sebelum ini.

Menurutnya, pelantikan beliau sebagai Undang Luak Naning yang membawa gelaran Datuk Orang Kaya Seri Maharaja Merah adalah pewaris takhta yang sah menerusi Adat Perpatih Naning dan tidak pernah digugurkan pesakanya.

Beliau melalui Setiausaha Adat, Datuk Paduka Setia Md. Lajis Tambi berkata, kenyataan yang mendakwa Abdul Latif telah digugurkan dari jawatan Undang Luak Naning ke-19 itu adalah fitnah dan mempunyai niat buruk untuk menjatuhkannya.

"Laporan media yang menyatakan Lembaga Adat Naning telah bersepakat meluruhkan pesaka Datuk Naning adalah tidak benar kerana Lembaga Adat Naning yang diiktiraf tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Md. Lajis berkata, menerusi laporan yang disiarkan itu, imej institusi Adat Perpatih Naning telah tercalar dan menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat.

Mengulas mengenai majlis penyampaian Anugerah Kebesaran Adat Perpatih Naning yang berlangsung pada 24 Mei lalu yang didakwa sebagai tidak sah, beliau menegaskan, anugerah yang diberikan kepada 43 penerima itu adalah sah menerusi Adat Perpatih Naning.

Berdasarkan adat berkenaan katanya, Undang Luak Naning mempunyai hak untuk memberikan Anugerah Pesaka Waris kepada orang adat di 25 mukim dalam Alor Gajah dan Jasin.

Bagi Anugerah Pesaka Melayang pula katanya, ia diberikan kepada orang luar yang pernah berjasa kepada Undang Luak Naning.

"Majlis penganugerahan ini diiktiraf dalam Adat Perpatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang serta tidak ada kena-mengena dengan perlembagaan negeri," katanya.

Justeru, pihaknya kini telah mendapatkan nasihat peguam dan bercadang akan mengambil tindakan mahkamah kepada pihak terlibat yang didakwa telah memfitnahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RISDA tubuh jawatankuasa belia

Posted:

RISDA tubuh jawatankuasa belia

RISDA tubuh jawatankuasa belia

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Wan Mohamad Zuki Mohamad (dua dari kiri ) menyampaikan sijil kepada peserta-peserta semasa Kejohanan Futsal Generasi Muda RISDA di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 5 Jun - RISDA akan menubuhkan jawatankuasa belia peringkat kebangsaan hujung tahun ini bagi menyatu dan mendekatkan hubungan generasi kedua keluarga pekebun tanah rancangan itu di samping menentukan hala tuju mereka.

Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan Korporat), Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, generasi baru tanah rancangan itu mungkin tidak mewarisi kerjaya ibu bapa mereka sebagai penoreh, tetapi boleh merencana kerjaya dan kegiatan ekonomi yang berasaskan sumber sedia ada.

''Ini termasuk sebagai peniaga, pengusaha, ejen yang menguruskan pekerja atau kebun.

''Sekiranya hasrat ini tercapai, kita percaya, purata pendapatan bulanan setiap keluarga RISDA adalah tidak kurang daripada RM2,500 menjelang tahun 2015," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Futsal Generasi Muda Risda peringkat Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah RISDA negeri, Zakaria Mat Zin.

Sebanyak 480 peserta yang terdiri daripada 32 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita dari seluruh daerah di sini mengambil bahagian dalam kejohanan futsal itu.

Juara bagi kedua-dua kategori akan mewakili Terengganu pada kejohanan yang sama di peringkat kebangsaan nanti.

Dalam pada itu, Wan Mohamad Zuki berkata, kejohanan futsal yang dianjurkan itu bertujuan membentuk jati diri golongan belia agar sentiasa terlibat dengan kegiatan berbentuk positif.

"Apabila jati diri ini telah dibentuk, mudah bagi kami untuk mendekati golongan ini melalui program berkaitan RISDA pula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih 600 polis kawal Terengganu lawan Kelantan malam ini

Posted:

Lebih 600 polis kawal Terengganu lawan Kelantan malam ini

Lebih 600 polis kawal Terengganu lawan Kelantan malam ini

KUALA TERENGGANU 5 Jun - Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan menjelang perlawanan bola sepak Liga Super yang melibatkan pertembungan antara pasukan Kelantan dan Terengganu, di sini malam esok.

Seramai 640 anggota keselamatan termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota trafik dikerah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini di dalam dan di luar stadium.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin berkata, pemeriksaan rapi akan dilakukan di setiap pintu masuk Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi memastikan tiada barang-barang terlarang seperti senjata, mercun dan bom asap dibawa masuk oleh penyokong kedua-dua pasukan.

"Kita juga akan cuba mengehadkan jumlah kemasukan penonton ke stadium kepada 10,000 orang sahaja atas faktor keselamatan," katanya, di sini hari ini.

Perlawanan esok dijangka menarik tumpuan para peminat bola sepak di Kelantan dan negeri ini ketika persaingan hampir sampai ke kemuncak bagi mengejar kejuaraan Liga Super.

Kedua-dua pasukan juga bakal beraksi di perlawanan akhir bagi merebut Piala FA yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun depan.

Katanya, bagi membolehkan mereka yang gagal mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan tersebut, satu skrin besar akan disediakan di Dewan Tunku Abdul Rahman berdekatan stadium itu.

"Para penyokong boleh menyaksikan perlawanan tersebut di televisyen kerana ia disiarkan secara langsung oleh saluran 801 Astro Arena," katanya.

Zamri turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan agar datang ke stadium seawal pukul 6 petang bagi mengelak kesesakan jalan raya di bandar raya ini yang sudah cukup sesak sepanjang musim cuti sekolah.

Jelas beliau lagi, bagi melancarkan perjalanan trafik sepanjang hari perlawanan, beberapa jalan akan ditutup bermula pukul 6 petang.

Ini termasuk di Jalan Sultan Ismail bermula di persimpangan lampu isyarat Wisma Darul Iman sehingga ke persimpangan lampu isyarat pertama ke Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Omar bermula di Bulatan Sultan Omar hingga ke persimpangan lampu isyarat Wisma Darul Iman serta Jalan Tengku Ampuan Mariam berhadapan dengan Wisma Darul Iman.

Sementara itu, kawasan letak kereta yang dibenarkan sepanjang berlangsung perlawanan itu adalah di padang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), padang Yayasan Terengganu, tempat letak kereta bertingkat di Jalan Batas Baru dan Dataran Shahbandar.

"Bagi motosikal pula, kawasan letak kenderaan yang dikhaskan adalah di Jalan Sultan Ismail iaitu bersebelahan pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri lumpuh, suami mohon bantuan JKM

Posted:

Isteri lumpuh, suami mohon bantuan JKM

Isteri lumpuh, suami mohon bantuan JKM


Jasilawati Ismail membetulkan tiub pada Che Hasnah Mohamad yang menghidap penyakit jantung di kediamannya, Wakaf Mek Zainab, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 5 Jun – Kini tidak ada lagi juadah jala emas, bunga tanjong atau nasi kaya yang menjadi pilihan keluarga dan jiran-jiran sekampung selepas Che Hasnah Mohamad, 56, terlantar diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Ketika dia masih sihat dan bertenaga, ibu kepada tujuh anak itu sering menjamu keluarga dengan aneka kuih-muih tradisional Kelantan malah ketika di bulan puasa jualannya menjadi pendapatan sampingan kepada keluarga.

Che Hasnah yang ditemui separuh sedar di rumahnya di Kampung Padang Kelochor di sini, semalam hanya terbaring lemah seperti sedang tidur dan segala urusan hariannya diurus suami, Jusoh Che Mat, 78, dan menantunya Jaslilawati Ismail, 39.

Menurut Jaslilawati, segala keperluan mertua perlu disediakan kerana sejak dibawa pulang dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas sebulan terlantar di sana, ibunya langsung tidak mampu menguruskan diri sendiri.

''Keadaannya menjadi teruk sebaik sahaja diserang strok pada 2009 untuk kali kedua apabila koma selama sebulan dan pihak hospital menasihatkan dia dibawa balik ke rumah.

''Dua tahun sebelum itu, dia telah diserang strok, tetapi masih boleh melakukan kerja-kerja ringan dan menguruskan diri," ujarnya.

Apa yang menyedihkan, katanya, sejak terlantar, ibunya hanya diberi minum susu melalui tiub menerusi hidungnya empat jam sekali serta dipakai lampin pakai buang. Tubuhnya juga perlu dialih kedudukannya empat jam sekali untuk mengelak kudis.

''Sedih melihat keadaan dirinya yang bergantung sepenuhnya kepada belas kasihan orang lain dan kebanyakan masa saya habis di sini menjaganya kerana tinggal berhampiran.

''Bapa mertua juga uzur, berpenyakit kencing manis dan darah tinggi, tetapi mujurlah mendapat wang pencen RM700 sebulan. Bagaimanapun, jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan ibu mertua kerana setin susu 90 gram berharga RM69.90 setin yang hanya bertahan lima hari," katanya.

Tambahnya, pihaknya juga terpaksa membeli lampin pakai buang dan keperluan lain dan dalam sebulan lebih kurang RM1,000 diperlukan.

''Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga anak berusia enam hingga 16 tahun amat berharap pihak tertentu menghulur bantuan bagi meringankan bebanan kerana suami juga berpendapatan rendah dan anak-anaknya yang lain berpendapatan biasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Video seks: Hadi berdolak-dalik

Posted:

Video seks: Hadi berdolak-dalik

Video seks: Hadi berdolak-dalik


Datuk Seri Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR 5 Jun - Pas terus berdolak-dalik dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

"Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

"Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia dan yang boleh selesaikan kes ini adalah syariat Islam," katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut skandal tersebut, Abdul Hadi bagaimanapun menasihatkan kepada semua ahli Pas supaya jangan terlalu beremosi, sebaliknya perlu berdepan dengan 'fitnah' itu secara berilmu.

Dalam pada itu, Presiden Pas tersebut sekali lagi terpaksa 'bersilat' untuk menyakinkan ahli Pas bahawa barisan kepimpinan baru parti itu bukan kumpulan yang menyokong Anwar.

Langkah itu terpaksa dibuat secara berterusan oleh Abdul Hadi, memandangkan penjelasannya semalam gagal menghentikan tafsiran pelbagai pihak bahawa pengaruh Anwar semakin mencengkam Pas.

"Ada yang mengatakan bahawa kepimpinan baru ini adalah kumpulan

erdogan (pro Anwar). Saya katakan ini bukan kumpulan

erdogan. Ini kumpulan Nik Abdul Aziz (Datuk) dan Abdul Hadi Awang.

"Saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang dipilih, saudara perwakilan telah melakukan pemilihan yang sangat bijak," jelasnya.

Sementara itu, dalam usaha yang dilihat cuba untuk meredakan kebimbangan golongan ulama selepas kumpulan pro Anwar menguasai pucuk pimpinan Pas, Abdul Hadi berkata, calon yang tewas akan turut diberi tempat.

Katanya perlembagaan parti membenarkan enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, empat Anggota Dewan Ulama dan 14 pesuruhjaya dilantik daripada calon yang kalah bagi turut sama berperanan di peringkat pusat.

Sebagai rekod, semua calon ulama tewas dalam perebutan jawatan Timbalan dan Naib Presiden, manakala daripada 18 anggota AJK Pusat hanya lapan sahaja mampu diisi oleh wakil ulama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haron Din tampil pertahan Utusan

Posted:

Haron Din tampil pertahan Utusan

Haron Din tampil pertahan Utusan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

"Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan 'Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din'. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak.

"Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.

"Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian," katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

"Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP adakan pilihan raya masjid

Posted:

DAP adakan pilihan raya masjid

DAP adakan pilihan raya masjid

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

BUTTERWORTH 5 Jun – Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses 'pilihan raya' - perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Difahamkan, ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.

Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada keputusan penting itu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini atau sebaliknya.

Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak yang melihat kaedah itu akan menyebabkan institusi masjid diresapi unsur-unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius dalam kalangan kariah masjid.

Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk 'berkempen' iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Sumber MAIPP memberitahu, cadangan pelaksanaan kaedah baru itu yang dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini mencetuskan percanggahan pendapat dalam MAIPP sendiri yang mahu ia dikaji kerana tidak mahu institusi masjid dicemar unsur kepartian.

Bagaimanapun, katanya, wujud tekanan daripada pihak tertentu yang mahu supaya kaedah baru dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

"Kaedah sedia ada mungkin boleh diperbaiki, tetapi pemilihan baru ini sebenarnya mengundang lebih banyak masalah malah akan menjadikan kariah lebih berpecah-belah. Lagi pula, kenapa mahu ia dibuat secara tergesa-gesa?

"Secara prinsipnya, memanglah ini adalah keputusan MAIPP, tetapi cadangan itu datang dari atas iaitu kerajaan negeri yang mahu ia dilaksanakan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria (gambar) yang dihubungi mengesahkan keputusan melaksanakan kaedah pemilihan baru tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

"Di peringkat ini, tidak perlulah saya komen. Lebih baik anda hubungi Yang Berhormat Exco Abdul Malik untuk mendapat butiran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Semua mangsa bot karam ditemui

Posted:

Semua mangsa bot karam ditemui

Semua mangsa bot karam ditemui

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 5 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemui lima lagi mayat dipercayai mangsa bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Tanjung Ayam, Pengerang di Kota Tinggi pada Rabu lalu.

Penemuan lima mayat itu selain dua yang ditemui kelmarin dan semalam menjadikan kesemua tujuh mangsa yang hilang dalam tragedi bot pancung itu telah ditemui.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, mayat pertama ditemui pukul 8 pagi ini oleh penduduk kampung di Sungai Rengit, Pengerang.

"Mayat kedua ditemui pukul 9 pagi di kedudukan dua batu nautika (3.7 kilometer) dari selatan Tanjung Stapa dan mayat ketiga pula ditemui pukul 10.30 pagi di Teluk Ramunia. Kedua-duanya ditemui oleh anggota Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan.

"Mayat keempat ditemui pukul 1.30 petang berkedudukan 2.4 batu nautika (4.4 kilometer) di tenggara Teluk Ramunia, juga ditemui oleh Maritim Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Hairi Nizam memberitahu, mayat terakhir ditemui oleh bot peronda agensi itu di Tanjung Stapa lewat petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Rabu lalu, sebuah bot pancung membawa 24 PATI Indonesia dari Sungai Rengit karam akibat dipukul ombak ketika berselisih dengan sebuah feri.

Berikutan itu, seramai 17 penumpang berjaya diselamatkan manakala tujuh lagi hilang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekerja restoran ditemui mati

Posted:

Pekerja restoran ditemui mati

Pekerja restoran ditemui mati

Oleh MOHAMMAD
YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 5 Jun – Seorang pekerja restoran makanan segera ditemui mati berlumuran darah dipercayai dibunuh di rumah sewanya di Flat Taman Cempaka Puri, Desa Cempaka di Nilai dekat sini hari ini.

Mayat Azizul Ali, 29, ditemui kira-kira pukul 9 pagi oleh rakan serumahnya dalam keadaan terbaring berlumuran darah di kepala, dipercayai dihentak menggunakan objek tumpul.

Difahamkan, mangsa baru sembilan bulan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Putra Nilai, dan hampir setahun tinggal bersama rakannya itu di tingkat dua flat tiga tingkat berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, ketika ditemui muka mangsa turut ditekup dengan bantal dan sehelai selimut membaluti separuh badannya.

Katanya, mayat mangsa dijumpai oleh teman serumahnya yang baru pulang bekerja di tempat yang sama dengan mangsa.

"Mangsa yang berasal dari Tampin dipercayai telah dipukul di bahagian belakang kepala menggunakan objek tumpul berdasarkan kesan lukanya dan disyaki meninggal dunia kira-kira 12 jam lalu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, terdapat beberapa barang berharga milik mangsa dan rakannya seperti komputer riba termasuk telefon bimbit hilang.

"Kita mendapati terdapat sedikit kesan umpil pada pintu rumah berkenaan tetapi tiada kesan pergelutan.

"Buat masa ini, polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut dan punca sebenar kematian mangsa," Katanya.

Beliau berkata, polis belum menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Dari Sukan Malaysia ke pentas dunia

Posted:

Dari Sukan Malaysia ke pentas dunia

Dari Sukan Malaysia ke pentas dunia


Kontinjen Wilayah Persekutuan menyertai perbarisan pada majlis perasmian Sukan Malaysia XIV di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.


KUALA LUMPUR - Sukan Malaysia XIV Kuala Lumpur secara rasmi membuka tirai pada majlis perasmian yang penuh warna-warni di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyempurnakan majlis perasmian temasya melibatkan yang penyertaan 4,500 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen dari seluruh negara yang beraksi di sekitar Lembah Klang.

Temasya sukan tersebut yang bermula sejak 1986 akan diadakan setiap tahun bermula tahun ini dengan menampilkan 19 acara bagi merebut 129 pingat emas, 129 perak dan 190 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pingat sebanyak 448.

Majlis perasmian bermula pada pukul 8.30 malam dengan pertunjukkan Tarian Perang oleh Angkatan Tentera Malaysia, diikuti pertunjukkan laser yang turut memaparkan logo Sukan Malaysia tahun ini berbentuk aerodinamik melambangkan satu fokus kemajuan dan mutu pencapaian sukan tertinggi.

Suasana terus meriah dengan tarian kontemporari bertemakan budaya Malaysia melibatkan 20 penari yang memegang wau bulan, diikuti persembahan gimrama oleh gimnas Persatuan Gimnastik Kuala Lumpur.

Upacara diteruskan dengan perarakan masuk 14 kontinjen bersama bendera dan maskot negeri masing-masing diikuti dengan ucapan dan gimik perasmian yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Acara kemuncak perasmian temasya ialah larian baton yang melibatkan atlet bertaraf dunia dan pernah menjadikan Sukan Malaysia sebagai platform untuk mengembangkan bakat, mereka terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei (badminton), Pandelela Rinong (akuatik), S. Kumar (hoki), Zandra Aziela Ibrahim Hakimi (boling), Azizulhasni Awang (berbasikal) dan Sazali Abdul Samad (bina badan).

Muhyiddin dalam ucapan perasmiannya berkata, Sukan Malaysia yang dianjurkan secara tahunan bermula tahun ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan negara.

Katanya, pengelolaan temasya itu pada setiap tahun membolehkan kerajaan negeri dan Persekutuan merencanakan program pembangunan sukan secara lebih sistematik dan berkesan.

Menurutnya, pendekatan baru itu serta tahap infrastruktur sukan negara juga menggalakkan rakyat terutama golongan muda untuk menyertai bidang tersebut.

"Saya amat berharap persatuan dan majlis sukan negeri dapat memainkan peranan lebih konsisten dan berterusan bukan setakat memberikan tumpuan pada persiapan atlet secara bermusim, sebaliknya perlu mempunyai sistem pembangunan atlet muda negara secara jangka panjang yang berstruktur.

"Jika ini dapat dilakukan secara sistematik, negara tentunya akan dapat melahirkan lebih ramai atlet daripada lebih banyak jenis sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim dan Gan Ping Shou, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Perasmian diakhiri dengan pertunjukkan bunga api dan persembahan alat muzik tradisional melibatkan pelbagai kaum di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Air mata Ahmad Tajuddin

Posted:

Air mata Ahmad Tajuddin

Air mata Ahmad Tajuddin


Ahmad Tajuddin Abu Bakar (tengah) diapit oleh Shamsul Solomon (kiri) dan Aaron Goh selepas memenangi pingat emas kategori atas 70 kilogram di South City Plaza, Seri Kembangan, semalam.


KUALA LUMPUR - Biarpun tegap dan sasa di luaran, namun Ahmad Tajuddin Abu Bakar tetap tidak mampu menahan air matanya daripada berlinangan sejurus diumum sebagai pemenang pingat emas Sukan Malaysia XIV dalam acara bina badan kategori atas 70 kilogram, semalam.

Kejayaan Ahmad Tajuddin, yang memasang impian untuk bergelar Mr. Universe suatu hari nanti tambah bermakna kerana ia merupakan emas tunggal yang dirangkul Melaka selepas empat hari temasya berlangsung. Malah, kemenangan itu juga dianggap rezeki buat isterinya yang kini sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Semalam, Ahmad Tajuddin menewaskan dua pencabar rapat dari Wilayah Persekutuan, Shamsul Solomon dan Aaron Goh untuk memecah dominasi Kelantan, yang terdahulu menguasai dua lagi emas yang ditawarkan di South City Plaza, Seri Kembangan.

"Saya bagaikan tidak mampu berkata-kata, akhirnya kerja keras saya sejak tujuh bulan lalu membuahkan hasil. Saya memberi sepenuh komitmen kepada sukan ini kerana mahu mengejar impian untuk menjadi juara bina badan dunia suatu hari nanti.

"Saya juga berasa bangga kerana menjadi penyumbang pertama emas Melaka untuk Sukan Malaysia kali ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih, Mohayan Rosmani," katanya ketika ditemui media semalam.

Sementara itu, bina badan turut menjadi lubuk emas Kelantan selepas empat hari menunggu untuk mencari kemenangan pertama.

Emas sulung mereka disumbangkan Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Azhar dalam saingan bawah 60kg selepas mengenepikan cabaran Mohamad Na'im Ponggoh dari Johor, manakala gangsa milik atlet Wilayah Persekutuan, Mohd. Azwan Mazlan.

Muhammad Khusairi Sibam menghadiahkan emas kedua Kelantan dengan menjuarai kategori 60-70kg, mengalahkan pencabar utama dari Negeri Sembilan, Mohd. Afiq Ab. Malek di tempat kedua dan peserta Selangor, Bahrlinza Noki Nakee Bahar meraih gangsa.

Jurulatih bina badan Kelantan, Mohd. Aqimi Baharudin berkata, kejayaan memenangi dua emas tidak dijangka kerana mereka hadir dengan sasaran mencari sebutir emas.

"Semua sangat gembira dengan pencapaian ini, dua emas adalah sasaran di luar jangkaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


UMNO utuh di hati rakyat

Posted:

UMNO utuh di hati rakyat

UMNO utuh di hati rakyat

KUALA LUMPUR 5 Jun – Pas mengakui bahawa UMNO masih kuat memenangi hati dan fikiran rakyat walaupun sebelum ini lantang menguar-uarkan bahawa parti itu bakal menggantikan UMNO untuk memimpin Putrajaya.

Hakikat itu disahkan sendiri Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar apabila beliau berkata, parti itu tidak akan berupaya mengganti UMNO jika gagal memenangi hati dan fikiran rakyat.

"Kita tidak akan mampu menggantikan UMNO dan memimpin Putrajaya jika Pas tidak berjaya menguasai hati dan fikiran rakyat terutamanya orang Melayu.

"Kita mesti mengambil hati dan fikiran UMNO yang ada dalam hati dan fikiran rakyat jika mahu impian ke Putrajaya tercapai," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz memberitahu, dalam konteks untuk menguasai Putrajaya, Pas tidak boleh hanya bercakap soal kuasa politik sehingga meminggirkan hati dan fikiran para pengundi keseluruhannya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pemimpin Pas perlu menampilkan imej yang baik dan bersih, kerana ia jalan terbaik untuk memenangi hati rakyat.

"Kita tidak mampu untuk bersaing dengan UMNO dari segi pembangunan dan pemberian projek. UMNO mempunyai sumber yang banyak dan mereka boleh berbuat demikian tetapi kekuatan kita ialah imej.

"Imej yang bersih dan baik ini perlu dikekal serta dipertingkatkan. Penampilan baik boleh meninggalkan bekas dan kesan di hati mahu pun fikiran rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nor Azli dakwa mufti syaitan bercakap

Posted:

Nor Azli dakwa mufti syaitan bercakap

Nor Azli dakwa mufti syaitan bercakap

KUALA LUMPUR 5 Jun - Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa sekali lagi bertindak biadab apabila mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu.

Dakwaan itu dibuat kerana mufti di negara ini kononnya membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran.

Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini.

"Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.

"Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.

"Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini... Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama Nor Azli bersikap biadab sebegitu. Sebelum ini beliau pernah menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa mufti Perak itu tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tidak terhenti di situ, Nor Azli turut memberi 'ingatan' agar rakyat tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka akan menerima bala daripada Allah SWT.

"Disebut dalam Hadis Qudsi di mana Allah berfirma, 'Aku bala umatmu 40,000 yang baik-baik kerana mereka tidak pernah murka dengan orang yang melakukan perkara yang aku murkai malah boleh makan, minum dan sekongkol pula dengan golongan itu'.

"Oleh itu bangkitlah, jangan sekali-kali kita menyetujui atau menyokong UMNO dan BN kerana walaupun kita sembahyang, pergi haji dan pergi umrah... Tetapi kalau kita bersekongkol dan menyokong mereka (UMNO dan BN), maka kita pasti akan dibala Allah SWT," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Inisiatif meningkatkan penguasaan BI

Posted:

Inisiatif meningkatkan penguasaan BI

Inisiatif meningkatkan penguasaan BI

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my


KEMAHIRAN berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik memberi kelebihan kepada seseorang pelajar khususnya ketika sesi temu duga biasiswa. - Gambar hiasan


PENGUASAAN bahasa Inggeris (BI) pelajar di negara kita secara umumnya masih lemah dan sering dijadikan salah satu faktor kegagalan dalam temu duga permohonan biasiswa atau untuk mendapatkan pekerjaan.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelajar telah menerima pendidikan BI secara formal bermula dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

Selama sebelas tahun, ia sepatutnya lebih daripada mencukupi untuk menyediakan asas kepada pelajar menguasai BI.

Malah pelajar juga telah didedahkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) BI pada usia lima atau enam tahun ketika di peringkat prasekolah.

Ironinya, pelajar yang sama jika diajar secara intensif selama tiga bulan, dia mampu berkomunikasi dalam BI dengan baik.

Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan BI di sekolah sama ada pengajan guru tidak berkesan atau kurikulum yang digunakan sudah ketinggalan.

Mungkin kaedah P&P guru BI tidak menyeronokkan dan terlalu berorientasikan peperiksaan. P&P lebih fokus kepada aspek akademik seperti tatabahasa, kosa kata dan penulisan.

Kurikulum yang diguna pakai mungkin kurang memberi tumpuan kepada aspek BI untuk berkomunikasi.

Justeru, Kementerian Pelajaran melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah menggunakan beberapa pendekatan inovatif untuk memantapkan penguasaan BI di kalangan pelajar.

Misalnya dengan mengambil penutur jati untuk melatih guru BI supaya P&P bahasa tersebut lebih 'hidup' dan menyeronokkan serta mudah difahami.

Proses P&P tidak lagi terlalu bergantung kepada buku teks semata-mata tetapi menggunakan bahan pelbagai media yang mencakupi elemen multimedia dan sumber daripada Internet.

Selain itu, guru yang telah bersara tetapi mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan diambil secara kontrak untuk memantapkan BI para pelajar.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kekangan kerana golongan guru bersara ini cenderung untuk memilih mengajar di sekolah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka sahaja.

Masalah guru baharu atau yang masih dalam perkhidmatan enggan mengajar di pedalaman dan kawasan luar bandar juga merupakan salah satu faktor yang merencatkan usaha memperkukuh BI selama ini.

Natijahnya, guru lain yang bukan opsyen bahasa itu terpaksa mengajar BI di sekolah luar bandar dan pedalaman. Bila ini berlaku, umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Inisiatif lain ialah kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat pada dasarnya telah bersetuju untuk menggunakan khidmat sukarelawan Peace Corp bagi mengatasi masalah penguasaan BI di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Sukarelawan yang terdiri daripada pelabagai latar belakang akademik ini bukan sahaja mempunyai kemahiran tertentu malah sanggup ditempatkan di kawasan terpencil untuk menunaikan amanah yang diberikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Alumni SMV Kuala Kangsar ditubuh

Posted:

Alumni SMV Kuala Kangsar ditubuh

Alumni SMV Kuala Kangsar ditubuh

PENUBUHAN alumni merupakan satu langkah yang bijak dan amat bermanfaat kepada semua bekas pelajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Ia bukan sahaja untuk kebajikan ahli-ahli tetapi juga untuk peluang perniagaan dan kerjaya yang lebih luas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Vokasional/Teknik Kuala Kangsar (SMVKK) atau ringkasnya AVOTEKK di sekolah itu baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Ahmad Tajuddin Jab dan Pengetua SMVKK, Hamid Jumhari.

Seramai 500 bekas pelajar bermula dari tahun pengajian 1989 hadir pada majlis yang berjaya mengeratkan semangat ukhuwah dan kemesraan antara bekas pelajar itu.

Sementara itu, Presiden AVOTEKK, Hairul Anuar Harun berkata, program ini telah berjaya menyatukan semua bekas pelajar dan ia dilihat sebagai satu titik permulaan yang baik pada sebuah alumni yang besar.

Menurutnya, sehingga kini lebih 8000 pelajar yang telah menamatkan pendidikan di sekolah ini dan mereka terdiri daripada pelbagai golongan, peringkat umur serta taraf kehidupan.

Pada hari tersebut juga telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Pertama AVOTEKK yang berjalan dengan lancar. Yuran keahlian seumur hidup sebanyak tiga puluh ringgit telah ditetapkan.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh guru-guru yang pernah mengajar di sekolah berkenaan. Ada ketikanya suasana pilu menyelubungi bila bekas pelajar bertemu kembali dengan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada mereka selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved