Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Diseru dekati Orang Asli

Posted:

Diseru dekati Orang Asli

Diseru dekati Orang Asli


Tahrir Samsuddin (kiri) mengusap pipi salah seorang kanak-kanak Orang Asli sebaik sahaja melafazkan kalimah syahadat bagi memeluk agama Islam di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor, semalam.


NUSAJAYA 3 Jun – Para pendakwah di negeri ini diseru meningkatkan kefahaman Islam di kalangan saudara baru khususnya masyarakat Orang Asli bagi membolehkan mereka mendalami dan menghayati Islam dalam erti kata sebenar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Elias Hasran berkata, golongan itu wajar didekati sebaik mungkin terutama di kalangan mereka yang baru menganut Islam.

"Selepas proses pengislaman para pendakwah tidak kira dari JAIJ, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu menerapkan nilai-nilai Islam dengan harapan mereka tidak dipengaruhi dengan agama lain.

"Ini merupakan kewajipan untuk membimbing mereka dari perkara asas hinggalah sedalam-dalamnya mengenai ajaran Islam," katanya ketika berucap merasmikan pengislaman 28 Orang Asli di Kampung Simpang Arang, di sini, hari ini.

Pengislaman 12 lelaki dan 16 wanita Orang Asli di kampung tersebut telah disempurnakan oleh pendakwah JAIJ yang diketuai Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.

Sehubungan itu, Elias memuji langkah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan NGO-NGO Islam yang banyak memainkan peranan dalam menjayakan majlis pengislaman tersebut.

Sebanyak RM7,000 disumbangkan oleh pelbagai pihak bagi menjayakan program itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak kapal maut melecur

Posted:

Anak kapal maut melecur

Anak kapal maut melecur

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
pengarang@utusan.com.my


Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Abdul Razak Johan memeriksa mayat Amir Mahmud yang terkorban dalam kebakaran atas kapal di Pengerang, Johor, semalam.


KOTA TINGGI 3 Jun – Seorang anak kapal terbunuh setelah terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah kapal tangki di perairan Pengerang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Amir Mahmud, 29, dari Lombok, Indonesia terperangkap dalam asap tebal dan melecur dari bahagian dada hingga ke pinggang.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bekerja di bahagian bawah kapal tersebut sebelum berlaku litar pintas yang mengakibatkan kebakaran sehingga api menyambar mangsa.

Berikutan kejadian itu, 11 rakannya yang menyedari kebakaran tersebut beberapa minit kemudian cuba memberi pertolongan namun gagal kerana asap terlalu tebal.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, mangsa kemudian berjaya ditemui tetapi sudah meninggal dunia.

"Kebakaran itu berjaya dikawal oleh anak kapal tetapi mangsa gagal diselamatkan. Kapal tangki itu berlabuh secara haram kira-kira 3.6 batu nautika (6.6 kilometer) dari perairan Tanjung Ayam, Pengerang.

"Kita sedang menyiasat kehadiran kapal itu di perairan negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Jeti Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih, Pengerang di sini.

Beliau menambah, agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan hari ini menghentikan operasi mencari dan menyelamat tujuh mangsa bot pancung yang karam di Tanjung Ayam, Pengerang di sini kelmarin, setelah peluang untuk menemui mangsa yang kini masuk hari ketiga semakin tipis.

Zulkifli berkata, mangsa berkemungkinan dihanyutkan ke perairan negara jiran atau ke kawasan perairan yang lebih dalam.

"Berdasarkan pengalaman kita, peluang mangsa yang hilang dalam masa tiga hari untuk ditemui hidup adalah tidak mungkin. Operasi yang dilakukan tidak menemui apa-apa pun setakat ini termasuk serpihan, beg atau barangan dalam bot itu.'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Isu dibangkit mahasiswa ke Kabinet

Posted:

Isu dibangkit mahasiswa ke Kabinet

Isu dibangkit mahasiswa ke Kabinet

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap isu yang dibangkitkan oleh pemimpin mahasiswa menerusi mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk tindakan sewajarnya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara isu yang diutarakan adalah berkaitan penglibatan mahasiswa dalam isu kemanusiaan global serta permintaan supaya syarikat-syarikat berkaitan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menyediakan tempat yang luas untuk latihan industri.

Menurut beliau, mahasiswa juga melahirkan harapan agar kerajaan mengkaji semula soal pemberian biasiswa selain mahukan komitmen dalam menyediakan ruang untuk mereka terlibat dalam bidang keusahawanan, kreativiti dan inovasi.

"Kita (kerajaan) menyambut baik pandangan mereka ini terutama soal bagaimana mahasiswa perlu dilibatkan dalam isu kemanusiaan dan sukarelawan di peringkat global," katanya selepas menghadiri mesyuarat MPPK Bilangan 1/2011 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,707 terima Darjah Persekutuan

Posted:

1,707 terima Darjah Persekutuan

1,707 terima Darjah Persekutuan

KUALA LUMPUR 3 Jun - Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub hari ini mengetuai senarai 1,707 penerima anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abdullah, yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia, dikurniakan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 1979.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh dikurniakan Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Tiga puluh tujuh individu lain turut dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri.

Antara mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd. Radzi Abdul Rahman; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail; Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan; Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Mohd. Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Anthony Francis Fernandes; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B), Datuk Seri Abdul Hamid Ngah@ Zainal Abidin, Mahaguru/ Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omar Din Mawaidin; Pengerusi, Syarikat Jendela Hikmat Sdn. Bhd., Jen. (B) Datuk Seri Che Md Noor Mat Arshad, Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), Lt. Jen. (B) Datuk Wan Abu Bakar Omar juga menerima PSM.

Sementara itu, sembilan individu dikurniakan Darjah Panglima Setia Di-Raja (PSD) yang membawa gelaran Datuk. Antaranya ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd. Zuki Ali; Pengarah Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad, Tan Hong Hing@ Tan Eng Hing dan Juruiring Tentera Udara kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig. Jen. Zaharin Ahmad dan Wakil Pengurusan Badal Haji, Korban dan Aqiqah Al-Musa Agensi (Pengurus), Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie AlKathiri.

Seramai 67 orang lagi dikurniakan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk. Mereka termasuk Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Majid Tun Hamzah; Profesor Kanan Patologi Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr. Looi Lai Meng; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara, Dr. Abdul Shariff Hamid; ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Rajagobal Krishnasamy dan legenda bola sepak negara, mendiang R. Arumugam

Pendaki Gunung Everest, Datuk Mohanadas Nagappan; pendaki Gunung Everest, Datuk Magendran Munisamy; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin; Naib Ketua Wanita UMNO Pusat, Kamilia Datuk Ibrahim dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak, John Sikie Tayai juga dikurniakan PJN.

Tiga warganegara asing yang dikurniakan PJN ialah Pengasas/Pengerusi Ghanim bin Saad Alsaad & Sons Group (GSSG), Qatar Ghanim Saad M Alsaad Al-Kuwari; Penasihat Kanan dan Naib Pengerusi Qatari Diar, Doha, Qatar Ikbal Abouelkacem Abbassi dan Konsul Kehormat Malaysia di Adelaide, Australia Selatan, Hassan Salleh; Pengarah Urusan Gapurna Sdn. Bhd., Datuk Mohamad Salim Fateh Din dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib bertemu Gates, Chee Hean

Posted:

Najib bertemu Gates, Chee Hean

Najib bertemu Gates, Chee Hean

SINGAPURA 3 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membincangkan isu keselamatan dan pertahanan dengan Amerika Syarikat dan kepentingan dua hala bersama Singapura sempena Dialog Shangri-La ke-10 di sini.

Beliau menghadiri dialog atas jemputan Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) Singapura bagi menyampaikan ucaptama pada hari pembukaan persidangan itu malam ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Hotel Shangri-La kira-kira pukul 3.30 petang dengan diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketibaan beliau disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan.

Sebaik tiba, Najib terus mengadakan mesyuarat dua hala dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates dan Pemangku Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean.

Semasa pertemuan itu, Perdana Menteri membincangkan mengenai isu-isu pertahanan dan keselamatan antara kedua-dua negara manakala ketika pertemuan dengan Chee Hean, Najib memberi fokus kepada soal kepentingan dua hala.

Dialog Shangri-La yang dikenali sebagai forum tahunan Sidang Kemuncak Keselamatan Asia dianjurkan oleh IISS Singapura sejak 2002.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Ipoh diiktiraf Bandar Warisan

Posted:

Ipoh diiktiraf Bandar Warisan

Ipoh diiktiraf Bandar Warisan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


Roshidi Hashim
Datuk Bandar Ipoh


IPOH 3 Jun – Bandar raya Ipoh akan mendapatkan pengiktirafan Bandar Warisan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim (gambar) berkata, setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 147 bangunan dan monumen warisan untuk disenaraikan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 untuk diwartakan.

''Kita rasa tidak ada masalah untuk mendapatkan status tersebut kerana syarat minimum daripada UNESCO adalah sebanyak 120 bangunan dan monumen tetapi kita mempunyai 147 bangunan dan monumen.

''Sekarang, kita sedang siapkan inventori bangunan dan monumen warisan dan kita akan mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO selepas inventori itu diluluskan oleh kerajaan negeri dan Jabatan Warisan Negara," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Kini, terdapat 248 bandar warisan dunia yang diiktiraf UNESCO. Di Malaysia, setakat ini, hanya bandar Georgetown di Pulau Pinang dan Melaka diiktiraf oleh badan antarabangsa itu.

Menurut Roshidi, dengan pengiktirafan status Bandar Warisan akan menarik kedatangan para pelancong ke bandar raya ini, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.

''MBI juga telah membahagikan pusat bandar raya ini kepada lima zon utama iaitu Zon Sejarah Pusat Warisan Seni Pentadbiran Kolonial, Zon Sejarah Budaya India, Zon Sejarah Pusat Seni, Pusat Selera, Pusat Budaya dan Hiburan, Zon Gerbang Seni Bina Warisan Melayu dan Asli Perak serta Zon Warisan Pesisiran Sungai Kinta.

''Bangunan dan monumen warisan seperti Balai Bomba Lama di Jalan Sultan Idris Shah, Dewan Bandaran Ipoh (Jalan Panglima Bukit Gantang), Hong Kong dan Shanghai Bank (Jalan Bandaraya) serta Mahkamah Tinggi dan Kelab Diraja Ipoh di Jalan Kelab terletak dalam lima zon ini," katanya.

Katanya, MBI juga bercadang untuk membangunkan program Jejak Warisan seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dan Melaka bagi menarik kedatangan pelancong ke sini.

Sebanyak tiga peringkat Jejak Warisan dicadangkan iaitu Jejak Warisan Timah sepanjang 2.5 kilometer, Jejak Warisan Kota Lama (4 kilometer) dan Jejak Warisan Kota Timah (14 kilometer).

Roshidi berkata, cadangan tersebut terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan seterusnya diwartakan untuk pelaksanaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Langkawi Geopark sediakan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Posted:

Karnival Langkawi Geopark sediakan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Karnival Langkawi Geopark sediakan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

LANGKAWI 3 Jun - Karnival Langkawi Geopark 2011 yang bermula Selasa lalu terus dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik yang mampu menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk terus berkunjung ke pulau bebas cukai itu.

Pada hari ini, seawal pukul 8 pagi, pertandingan bola tampar pantai diadakan di Taman Lagenda dan kemudian kemeriahan karnival ini diteruskan dengan pameran gerai-gerai jualan oleh pelbagai agensi di Dataran Lang.

Pada sebelah petang pula, pihak penganjur mengadakan acara mengukir buah-buahan di Dataran Lang dan acara ini terbuka kepada para pengunjung yang berbakat.

Selain itu, antara acara lain yang berlangsung petang ini adalah Langkawi Geopark Karaoke, Student Dance Performance dan Langkawi Geopark Karaoke dan kesemua acara ini berlangsung di Dataran Lang di sini.

Karnival diteruskan sehingga esok dan antara aktiviti menarik yang diadakan adalah gerai jualan, futsal, photo race di sekitar Langkawi, Sepak Raga, pertandingan ayam serama, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan kraftangan, pertandingan teh tarik dan sebagainya.

Perasmian penutup karnival itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit pada malam esok di Dataran Lang, kira-kira pukul 8.50 malam.

Ia akan diserikan dengan kemunculan artis terkenal tanah air iaitu Noraniza Idris serta persembahan bunga api selama tiga minit sebagai simbolik penutup karnival itu.

Karnival yang dijangka dapat menarik lebih 20,000 pengunjung itu diadakan bagi meraikan ulang tahun keempat pengisytiharan Langkawi sebagai Global Geopark Network oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekerja maut jatuh ketika potong dahan pokok

Posted:

Pekerja maut jatuh ketika potong dahan pokok

Pekerja maut jatuh ketika potong dahan pokok

KANGAR 3 Jun - Seorang pekerja kontrak maut selepas terjatuh dari ketinggian 21.3 meter ketika dia bersama seorang lagi rakan sedang menjalankan kerja-kerja memotong dahan pokok di Jalan Raja Syed Alwi di sini semalam.

Zamzarul Zainul Abidin (gambar), 24, mengalami pendarahan otak, patah kaki kiri dan rangka tulangnya patah selepas terjatuh bersama sebuah bekas boleh memuatkan dua pekerja yang dinaikkan oleh kren dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi.

Berikutan kecederaan yang dialaminya itu, mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, meninggal dunia pada pukul 11.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, ketika kejadian, Zamzarul bersama rakannya berada dalam bekas itu bagi memudahkan kerja-kerja memotong pokok.

Bagaimanapun, kata beliau, bekas tersebut tiba-tiba dikatakan tercabut dan terhempas bersama Zamzarul dan rakannya.

Rakan Zamzarul yang belum dikenal pasti identitinya terselamat kerana tersangkut di celah dahan pokok.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan dirawat di ICU Hospital Sultanah Bahiyah. Dia bagaimanapun meninggal dunia pukul 11.30 pagi ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurut Abdul Rahman, berikutan kejadian itu, operator kren berusia 59 tahun ditahan sebelum dibebaskan atas jaminan polis.

Beliau berkata, Zamzarul dan rakannya merupakan pekerja sebuah projek tapak perumahan yang ditugaskan untuk memotong dahan pokok di kawasan tersebut.

Polis turut merampas kren berkenaan dan bekas yang digunakan untuk memuatkan dua pekerja itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bas Panorama percuma ke Pesta Sungai Melaka, Konsert Pancaindera hari ini

Posted:

Bas Panorama percuma ke Pesta Sungai Melaka, Konsert Pancaindera hari ini

Bas Panorama percuma ke Pesta Sungai Melaka, Konsert Pancaindera hari ini

MELAKA 3 Jun - Perkhidmatan bas Panorama secara percuma disediakan bagi orang ramai yang ingin menyaksikan majlis perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 dan Konsert Pancaindera di Taman Rempah malam esok.

Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn. Bhd., Mohd. Saleh Jusman berkata, perkhidmatan itu akan bermula dari pukul 5 petang hingga 1 pagi melibatkan perjalanan ke beberapa destinasi di bandar raya ini.

''Kita akan sediakan empat bas ulang alik dari Taman Rempah ke beberapa tempat yang ditetapkan supaya orang ramai tidak perlu membawa kenderaan sendiri.

''Ini kerana dijangkakan kesesakan luar biasa akan berlaku di sekitar Taman Rempah," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, antara lokasi laluan bas Panorama ialah Tanjung Kling, Pantai Puteri, Padang Temu, Telok Mas, Alai, Kandang, Semabok, Gangsa, Batu Berendam, Bukit Katil, Bukit Baru dan Ayer Keroh.

Mohd. Saleh berkata, hanya empat bas disediakan dan ia ditempatkan di kawasan berhampiran asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Bandar bagi orang ramai untuk pulang selepas tamat majlis perasmian dan Konsert Pancaindera.

''Perkhidmatan yang kita sediakan adalah percuma dan orang ramai boleh menaiki bas tersebut yang mempunyai pelekat tertera ditaja oleh Melaka Sentral Sdn. Bhd.," katanya.

Katanya, perkhidmatan bas Panorama disediakan secara percuma berikutan rungutan orang ramai mengenai jumlah tempat letak kenderaan berhampiran Taman Rempah yang terhad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ceburi inap desa tambah pendapatan

Posted:

Ceburi inap desa tambah pendapatan

Ceburi inap desa tambah pendapatan

MELAKA 3 Jun - Kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 15 buah rumah di setiap kampung di negeri ini dijadikan projek inap desa bagi menampung permintaan industri pelancongan negeri yang semakin meningkat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenal pasti mana-mana rumah kediaman yang terbiar dan menyalurkan maklumat tersebut kepada wakil rakyat untuk tindakan susulan.

"Saya difahamkan, banyak pelancong luar yang datang ke Melaka merungut sukar untuk mencari penginapan, malah, hotel-hotel pun penuh terutamanya pada musim cuti sekolah," katanya di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Katanya, masyarakat juga terutamanya yang berkeluarga besar semakin gemar dengan konsep inap desa dan peluang itu harus direbut bagi meningkatkan ekonomi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia komited keamanan sejagat

Posted:

Malaysia komited keamanan sejagat

Malaysia komited keamanan sejagat

Oleh LUQMAN HAZIQ
pengarang@utusan.com.my

SINGAPURA 3 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia akan terus komited memainkan peranan sebagai warga dunia yang bertanggungjawab memastikan kestabilan dan keamanan sejagat.

Perdana Menteri berkata, komitmen itu bukan setakat retorik tetapi dizahirkan menerusi tindakan menghantar pasukan pengaman di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke negara bergolak seperti Somalia hingga ke Balkan.

"Tetapi kita bukan hanya memainkan peranan sebagai pengaman. Malaysia memberikan sumbangan yang banyak, kadang-kala di luar jangka.

''Misalnya di Afghanistan apabila kita menjadi sebahagian daripada usaha pemulihan dengan menghantar doktor wanita Islam yang amat diperlukan," katanya dalam ucaptama pada Dialog Shangri-La ke-10 di sini malam ini.

Delegasi Malaysia disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perdana Menteri berkata, Malaysia memainkan peranan proaktif dalam memerangi keganasan global bagi memastikan negara tidak menjadi pusat transit kepada operasi pengganas.

Menurut Najib, perkongsian maklumat dengan pihak keselamatan serantau membantu penahanan dan penghapusan golongan pengganas seperti Mas Selamat, Dr. Azhari dan Nordin Mat Top.

Tambahnya, di selatan Filipina, Malaysia meletakkan pasukan pemantau antarabangsa dan bertindak sebagai orang tengah dengan menganjurkan rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) manakala di selatan Thailand, Malaysia bersetuju membantu dalam pembangunan sosioekonomi di empat wilayah yang ramai penduduk Muslim.

Dalam hubungan dua hala pula, katanya, Malaysia bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) memerangi jenayah seperti pengedaran dadah, keganasan dan penipuan manakala dengan Australia berhubung isu pemohon suaka dan memastikan kestabilan rantau.

"Dalam hubungan pelbagai hala, kita berusaha melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB dalam pembatasan senjata pemusnah besar-besaran melalui Akta Perdagangan Strategik. Saya bertekad bahawa kami akan memainkan peranan sebagai ahli yang bertanggungjawab bagi masyarakat antarabangsa dan serantau dan atas semangat Deklarasi 1995, kita bersama-sama akan menjadikan ASEAN zon bebas nuklear," katanya.

Perdana Menteri berkata, pasca tragedi 11 September 2001 menyaksikan landskap keselamatan turut berubah dengan beberapa ancaman baru yang perlu ditangani secara menyeluruh.

"Perang antara negara bukan lagi senario ancaman yang terbesar di rantau atau dunia, sebaliknya kita menghadapi satu cabaran baru asimetrik dan bukan tradisional - penyeludupan manusia, keganasan, penyeludupan dadah dan pembatasan nuklear yang tidak lagi boleh diselesaikan menerusi isolasi atau struktur keselamatan masa lalu," katanya.

Menurut Najib, pada abad ke-21, ekonomi saling bersepadu dan bergantungan serta proses pengeluaran merentasi sempadan dan kepentingan kolektif harus menjadi keutamaan semua.

"Ini adalah langkah ke hadapan, saya tidak ragu-ragu bahawa kerjasama harus dibina dan bukan berkonfrontasi. Semua pihak iaitu setiap daerah, setiap negara, setiap pemimpin pada hari ini harus memainkan peranan masing-masing," katanya.

Najib berkata, Malaysia sentiasa mengutamakan perundingan dalam menyelesaikan pertikaian sempadan, misalnya dengan Thailand, kedua-dua negara bersetuju membangunkan kawasan secara bersama untuk berkongsi hasil bumi manakala dengan Singapura ia dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan dengan Brunei asas penyelesaian menerusi perjanjian bersama memajukan kawasan berkenaan.

Beliau berkata, semua pertikaian sempadan boleh diselesaikan dengan semangat saling menghormati dan kerjasama.

"Saya juga optimis bahawa ASEAN dan China akan mampu segera bersetuju mengenai Kod Etika bagi menggantikan Deklarasi Etika 2002 di Laut China Selatan.

"Hari ini, China adalah rakan kongsi kita. AS juga rakan kongsi kita dan malam ini saya katakan dengan jelas kepada rakan-rakan kita dari AS, dari China, dari Rusia, India dan yang lain bahawa kita dalam ASEAN berkongsi nilai dan aspirasi bersama.

''Kami mengalu-alukan anda. Bekerjalah dengan kami, bukan di sisi. Kita perlu menggantikan hubungan dua hala era Perang Dingin bukan dengan hubungan dua hala yang baru tetapi dengan hubungan pelbagai hala pada masa hadapan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

China, India bukan ancaman Malaysia

Posted:

China, India bukan ancaman Malaysia

China, India bukan ancaman Malaysia

SINGAPURA 3 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dunia tidak harus bimbang dengan kebangkitan China dan India, tetapi sewajarnya mempunyai pandangan yang lebih membina mengenainya.

Perdana Menteri berkata, kebangkitan kedua-dua kuasa itu bukanlah ancaman dan Malaysia sejak sekian lama mempunyai hubungan yang baik, misalnya dengan China.

"ASEAN sebagai negara yang berada di tengah-tengah kedua-dua kuasa itu, kita tidak memilih atau berpihak kepada mana-mana negara kerana tidak mahu kembali ke era Perang Dingin.

"Kita amat optimis dapat menjalin hubungan yang baik dengan kedua-dua negara berkenaan. Apatah lagi China menjadi sebahagian daripada pembangunan rantau ini menerusi ASEAN+3," katanya menjawab soalan pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Dialog Shangri-La ke-10 di sini malam ini.

Mengenai usaha meningkatkan keupayaan ketenteraan oleh negara di rantau ini, Najib berkata, ia bukan usaha membangunkan ketenteraan, namun usaha pemodenan seiring dengan perkembangan ekonomi negara masing-masing yang kuat dan semakin baik.

"Melihat kelengkapan dan peralatan yang dipertingkatkan, kita tidak merasa tertekan kerana kita merasakan ia bukan untuk mempamerkan kekuatan masing-masing yang boleh menggugat kestabilan rantau ini," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Najib turut menggariskan enam prinsip yang mampu meningkatkan kerjasama di rantau Asia dengan yang pertama adalah penglibatan semua negara bagi mengenal pasti peranan masing-masing sama ada anggota kaya atau miskin, kecil atau besar.

Prinsip kedua katanya, mengaku dan menghormati bahawa setiap negara anggota berbeza dalam hal sejarah, budaya dan kedudukan ekonomi, manakala yang ketiga, negara anggota juga perlu bertindak meningkatkan kepercayaan dan mewujudkan dialog agar lebih memahami antara mereka.

"Keempat, kita memerlukan jaringan pelbagai bentuk keselamatan, bukan sahaja serantau tetapi juga dengan operasi bersama untuk meningkatkan kekuatan serantau," katanya.

Kelima, perlu ada hubungan antara institusi iaitu tidak hanya pada peringkat tertinggi sementara yang keenam, tidak membiarkan kesukaran terus mengganggu sebaliknya harus membina dengan menyelesaikan pertikaian, tegas beliau.

Perdana Menteri turut mengajak semua negara serantau bekerjasama menubuhkan tabung bantuan kemanusiaan dan pasukan bertindak cepat untuk menghadapi bencana yang berlaku.

"Ini sangat relevan kerana ia meningkatkan interaksi secara langsung antara aspek pertahanan dan keselamatan institusi di pelbagai negara, melampaui deklarasi formal dan dialog peringkat tinggi untuk diselaraskan di tempat kejadian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agong bersyukur Malaysia dilindungi daripada sengketa, kekacauan

Posted:

Agong bersyukur Malaysia dilindungi daripada sengketa, kekacauan

Agong bersyukur Malaysia dilindungi daripada sengketa, kekacauan

KUALA LUMPUR 3 Jun — Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersyukur kerana Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama dilindungi daripada sengketa dan kekacauan.

Baginda dalam titah ucapan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong esok, bertitah bahawa rakyat negara ini telah sama-sama membuktikan bahawa walaupun berbeza agama, budaya dan cara hidup, mereka masih dapat tinggal bersama dalam keadaan aman sentosa dan saling menghormati.

Namun, titah baginda, masih ada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman dengan membangkitkan isu-isu sensitif bagi agenda peribadi mereka.

"Beta yakin, rakyat Beta yang cintakan perpaduan tidak akan mudah terpengaruh dengan hasutan ini dan Beta mahu rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan ini demi kesejahteraan tanah air yang tercinta ini," titah baginda dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

"Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini bukanlah datang bergolek malah hanya dapat dikekalkan dengan perpaduan dan kerjasama di antara semua warga tanpa mengira kaum dan agama," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur kerana untuk tempoh setahun yang lalu, Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan sentosa tanpa huru-hara yang mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat.

Namun titah baginda, negara sedikit terjejas dengan masalah kegawatan ekonomi global yang melanda dengan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa di mana fenomena tersebut berlaku di luar kawalan.

Baginda merakamkan rasa sukacita kerana kerajaan terus mengekalkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair kepada harga semasa.

"Sesungguhnya Beta berharap agar keputusan ini dapat mengurangkan beban rakyat dalam perbelanjaan harian," titah baginda.

Seri Paduka juga berharap agar dengan pengekalan harga minyak itu, tidak ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan keperluan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

Dalam pada itu, baginda mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

"Beta juga percaya, setiap dari musibah yang berlaku itu ada terselindung rahmat di sebaliknya, naluri kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan sejagat jelas terpancar tatkala kejadian itu melanda, rakyat Malaysia telah sama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam pelbagai aspek kepada mangsa-mangsa yang terlibat," titah baginda.

Baginda bertitah ia merupakan satu semangat dan penghayatan nilai-nilai murni yang amat tinggi dan berharap agar segala usaha tersebut akan sentiasa diamalkan dan mendapat rahmat dan diberkati Allah SWT.

"Walau bagaimanapun, Beta mengingatkan agar rakyat sentiasa berwaspada dan memberi kerjasama kepada kerajaan untuk melindungi negara daripada kejadian bencana alam ini pada masa-masa akan datang," titah baginda.

Baginda bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecapi oleh negara selama ini dan berharap kesejahteraan negara di bawah gagasan 1Malaysia akan berterusan, di mana rakyat yang didorong oleh semangat kesatuan akan dapat menggembleng tenaga untuk menghasilkan pencapaian yang lebih baik dalam pelbagai bidang. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Tanjung Balau destinasi surfing

Posted:

Tanjung Balau destinasi surfing

Tanjung Balau destinasi surfing

rekreasi@utusan.com.my


PELANGI Balau Resort merupakan pilihan terbaik buat mereka yang berminat dengan aktiviti sukan air.


Malaysia juga mempunyai lokasi luncur ombak sebagaimana yang terdapat di Tanjung Balau, Johor B haru.

Mungkin destinasi tersebut tidak dikenali ramai seperti Desaru, tetapi lokasi perkampungan nelayan itu juga menjanjikan keseronokan buat peluncur (surfer).

Tanjung Balau terletak di daerah Kota Tinggi berhampiran Desaru dan Bandar Penawar.

Secara tidak langsung, ia kini dijadikan sebagai antara lokasi pilihan buat mereka yang menggemari aktiviti sukan air ekstrem tersebut.

Selain pengunjung tempatan, lokasi itu turut menjadi tumpuan pelancong-pelancong luar dari Singapura, Indonesia dan Thailand terutamanya ketika pertandingan luncur ombak sedang diadakan.

Di sini pengunjung berpeluang melihat pelbagai gelagat anak-anak muda yang sedang asyik melayari gelora ombak perairan Laut China Selatan, malah ombaknya juga kuat kadang-kala tinggi melebihi saiz badan manusia.

Oleh itu, meluncur di atas ombak setinggi tujuh kaki sudah tentu mendebarkan, lebih-lebih lagi apabila berjaya melepasi cabaran saat getir ketika ombak sedang mengganas.

Itulah antara gambaran yang dihadapi setiap peluncur yang sedang berdiri di atas papan luncur ombak.

Sukan ekstrem itu menguji keberanian dan kemahiran setiap peluncur untuk mengawal kestabilan papan luncur ketika ia dibawa gelora arus deras.

Pada asasnya, mereka yang ingin mencuba aktiviti itu hanya memerlukan kemahiran berenang dan meluncur.

Cara untuk mengawal papan luncur itu pula agak mudah untuk dipelajari kerana peluncur pada mulanya perlu meniarap di atas papan luncur tersebut dan mengayuh sehingga melepasi ombak.

Selepas itu, peluncur perlu berdiri di atas papan tersebut dan tunggu sehingga ombak datang dan itulah masa yang ditunggu-tunggu peluncur untuk mempamerkan pelbagai aksi menarik.

Luncur ombak merupakan sukan air ekstrem paling diminati dan telah berkembang sehingga menjadi sub-budaya paling dominan di pantai-pantai terkenal di California, Florida dan Hawai, Amerika Syarikat.

Industri sukan ekstrem itu semakin berkembang mengikut arus popularitinya, malah ia turut dibangunkan sehingga menjana berbilion ringgit terutama sekali dalam penjenamaan pakaian dan membentuk pasaran.

Malah ada sesetengah individu menjadikan aktiviti itu sebagai kerjaya tetap dengan menerima tajaan daripada badan-badan korporat.

Menurut penduduk setempat, Silahuddin Ali, kemahiran meluncur dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu menangkap gelombang (drop in catch the wave), pantulan jaringan (the pop-up) dan kedudukan pada gelombang (positioning on the wave).

Selain kemahiran itu, peluncur juga perlu menguasai teknik-teknik untuk menembusi ombak seperti duck diving atau eskimo roll.

"Posisi drop in memerlukan pengalaman yang luas untuk meramal kedudukan gelombang ombak di mana ia akan berpecah.

"Peluncur perlu cepat bertindak sebaik sahaja permulaan gelombang menolak ke hadapan. Oleh itu, latihan mengimbangi badan merupakan persiapan terbaik sebelum terjun ke dalam laut," katanya.

Beliau berkata, saiz papan luncur juga memainkan peranan yang penting.

"Papan luncur ombak dibahagikan kepada dua jenis iaitu papan luncur panjang (longboard) dan papan luncur pendek (shortboard) yang direka berbeza-beza untuk disesuaikan dengan gaya aksi yang bakal dipamerkan.

"Papan luncur pada asalnya dibuat daripada kayu keras yang besar dan berat. Biasanya saiz papan tersebut dalam tujuh hingga 12 kaki dan berat sekitar 20 hingga 45 kilogram.

"Papan luncur kayu balsa pula lebih ringan tetapi papan luncur moden hari ini banyak yang dibuat daripada polyurethane, jalur-jalur kayu, kain gentian kaca (fiberglass) dan polyester yang lebih ringan dan tahan lasak," jelasnya.

Tambahnya, peralatan lain yang biasanya digunakan oleh peluncur termasuk ikatan leash yang digunakan bagi menghentikan papan luncur tersebut daripada berlanggar dengan peluncur lain.

Surf wax dan pelapik traction pads pula membantu peluncur daripada tergelincir ketika dilambung ombak.

Selain Tanjung Balau dijadikan sebagai lokasi pilihan peluncur, ia turut menjadi destinasi tarikan ramai yang boleh memberikan keamanan dan ketenangan buat pengunjung.

Ia menyediakan pelbagai kemudahan penginapan antaranya, Pelangi Balau Resort.

Lokasi biliknya nyata strategik dan selesa bertemankan bunyi desiran ombak pantai yang nyaman lagi mengasyikkan.

Selain itu pelbagai lagi lokasi menarik yang terdapat di sekitarnya seperti Muzium Nelayan, Go-Kart, Bujang Boat Fireflies Cruise dan Desaru Fruit Farm.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


15,000 sertai Walkaton D'Raja Kelantan hari ini

Posted:

15,000 sertai Walkaton D'Raja Kelantan hari ini

15,000 sertai Walkaton D'Raja Kelantan hari ini

KOTA BHARU 3 Jun - Walkaton D'Raja Kelantan - Walk With Me 2011 yang akan berlangsung esok dijangka dijadikan acara tahunan sebagai langkah merapatkan hubungan istana dengan rakyat.

Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan apabila lebih 15,000 rakyat berbilang kaum dijangka menyertai program tersebut esok.

''Hubungan baik di antara pihak istana di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V dijangka bertambah erat kerana acara sebegini sentiasa mendapat sokongan semua pihak dan berharap ia akan menjadi acara tahunan.

''Penyertaan yang ramai ini juga akan memastikan hasrat penganjur menyenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara walkaton dengan peserta paling ramai akan tercapai," katanya berucap merasmikan karnival sempena Walkaton D'Raja Kelantan - Walk With Me 2011 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, selain walkaton, acara sampingan yang diadakan turut merancakkan lagi kepelbagaian sumber ekonomi terutama di kalangan peniaga gerai yang mengambil bahagian.

''Di samping itu juga, orang ramai berpeluang menyaksikan lebih 100 kenderaan yang menyertai pameran kenderaan termasuk dari Proton dan Perodua. Turut mengambil bahagian, kenderaan klasik dan kenderaan pacuan empat roda," ujarnya.

Pelbagai acara termasuk pameran koleksi diraja, bazar jualan, persembahan kebudayaan seperti dikir barat, tarian, pertandingan memasak, pertunjukan silap mata, pertandingan pakaian beragam dan cabutan bertuah diadakan bermula hari ini sehingga Ahad.

Katanya, beberapa laluan akan ditutup termasuk, Jalan Mahmood dan Jalan Temenggong selain sekitar laluan utama di pusat bandar.

Kepada sesiapa yang berminat mendaftar untuk menyertai acara tersebut boleh melayari laman web www.walkwithme.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

79 PATI ditahan

Posted:

79 PATI ditahan

79 PATI ditahan

BESUT 3 Jun - Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah ini dan Setiu yang bermula petang kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu, Bakri Sulaiman berkata, dalam operasi selama 14 jam itu, kebanyakan PATI ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan selain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

''Seramai 78 warga Indonesia dalam lingkungan usia 19 dan 40 tahun ditahan di beberapa kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Kuala Besut, Jerteh dan Setiu.

"Seorang warga Filipina pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu dan kesemua yang ditahan dihantar ke Pusat Penempatan PATI di Ajil, Hulu Terengganu," katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved