Sabtu, 10 Mei 2014

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tawar ikut kekosongan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan sumbangan kepada Poh Sew Lin , salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir Sentul, pada majlis penyampaian bantuan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ZAKARIA IDRIS

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kerajaan tidak menolak permohonan mana-mana individu berkelayakan untuk mendapatkan rumah bantuan khususnya Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebaliknya tawaran hanya dibuat berdasarkan kekosongan mengikut kawasan tertentu.

Menurutnya, hasil semakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kekosongan banyak terdapat di PPR Bukit Jalil.

Mungkin ada yang ditawarkan PPR Bukit Jalil berasakan ia terlalu jauh dan tidak bersedia berpindah.

Saya sudah ke sana. Lokasinya cukup strategik. Bas pengantara untuk ke stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil juga sudah disediakan.

Malah stesen Transit Aliran Massa (MRT) juga dalam proses pembinaan berhampiran PPR berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada 24 keluarga termasuk dua beradik bujang yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir Sentul pada 3 Mei lalu.

Mangsa yang terlibat menerima bantuan kewangan dan tawaran rumah baharu oleh DBKL.

Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Dr. Bala Loga Mohan Jaganathan, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Hassan.

Beliau berkata, selain peruntukan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga dan RM300 untuk dua beradik bujang itu, mangsa turut ditawarkan rumah di PPR Bukit Jalil. Manakala, dua beradik itu ditawarkan rumah di PA Negeri Sembilan.

Tambah Tengku Adnan, kerajaan pusat sentiasa prihatin dan akan terus membantu rakyat yang menghadapi bencana tanpa mengira agaman, bangsa dan kaum.

Kita tetap bantu mangsa di sini, walaupun mereka tinggal di atas tanah persendirian.

Saya harap mereka bersabar dan jangan bimbang kerana kerajaan akan membantu meringankan beban mereka, termasuk proses pemindahan ke rumah-rumah yang disediakan," katanya.

Kerja pembaikan paip pecah siap-MRT

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang menyebabkan penutupan di Jalan Bukit Bintang menghala ke pusat beli-belah Pavilion, di hadapan Ruang Pameran Audi dan Jalan Raja Chulan menghala ke Jalan Tun Razak di antara persimpangan Jalan Conlay serta Jalan Imbi siap sepenuhnya pada hari ini.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan itu melibatkan lencongan paip ke tepi Jalan Bukit Bintang.

Ia berikutan insiden yang berlaku pada Selasa lalu, mengakibatkan kejadian mendapan tanah di Jalan Bukit Bintang berdekatan persimpangan Jalan Imbi.

Kejadian paip pecah ini adalah kali kedua.

Selain pembaikan paip pecah, turut dilaksanakan kerja-kerja berkaitan pemindahan utiliti.

Ini perlu dilakukan sebelum kerja-kerja pemadatan dan pengisian tanah serta pembaikan jalan dibuat," kata MRT Corp dalam kenyataan di sini.

Tambah kenyataan itu, sehubungan itu penutupan Jalan Raja Chulan menghala ke Jalan Tun Razak dan Jalan Bukit Bintang menghala pusat beli-belah Pavilion akan dilanjutkan.

Dua penjenayah pecah premis ditahan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

KLANG 9 Mei - Polis menahan dua lelaki yang sedang memecah masuk sebuah premis di Jalan Batu Tiga Lama, Kapar di sini awal pagi ini.

Ketika ditahan pada pukul 2.45 pagi, dua suspek berkenaan bersama dua lagi rakan mereka yang berusia 30-an sedang sibuk memunggah sebuah kontena berisi kamera litar tertutup (CCTV) dan mesin pencetak yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, terdahulu, pemilik premis berkenaan telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh seorang kenalannya melalui panggilan telefon.

Beliau berkata, pemilik premis berkenaan bergegas ke tempat kejadian dan memaklumkan kejadian pecah masuk kepada pihak polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya ketika dalam perjalanan ke premis itu.

Beberapa anggota polis bertugas telah mengikut pemilik premis ke tempat penyimpanan kontena tersebut. Ketika serbuan dibuat, dua suspek berjaya melarikan diri dan dua lagi ditahan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan turut mempunyai rekod jenayah lampau dan gerakan menahan dua lagi suspek sedang giat dijalankan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Kapar di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shukor, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 397 akta sama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kawal selia projek perumahan di Johor

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Abd. Latiff Bandi

JOHOR BAHRU 9 Mei - Lembaga Perumahan Johor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi bakal menjadi satu badan yang akan mengawal selia pembangunan perumahan yang dijalankan di negeri ini dalam pelbagai aspek.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, lembaga itu juga mampu menjadi penghubung agensi terlibat sekali gus memudahkan proses berkaitan pembangunan perumahan.

Menurutnya, menerusi lembaga itu juga segala perancangan pembangunan perumahan seperti rumah jenis apa yang akan dibina dapat dikawal selia, namun kebenaran merancang masih perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Maklumat terperinci mengenai lembaga itu kita kena tunggu selepas ia diluluskan," katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perancangan Wilayah dan Bandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Amran Hamzah.

Lebih 150 peserta dari pelbagai negara antaranya Nigeria, Australia, India dan Indonesia menyertai seminar selama tiga hari yang akan membincangkan pelbagai topik berkaitan perancangan pembangunan yang berkesan.

Abd. Latiff menambah, usul mengenai penubuhan lembaga itu akan dibuat pada sidang dewan undangan negeri pada Jun ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata, permohonan perumahan mampu milik secara dalam talian menerusi laman web erumah.johor.gov.my mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan bulan lalu.

Tambahnya, lebih 6,000 penduduk di negeri ini sudah membuat permohonan menerusi laman web itu.

Sistem ini amat memudahkan orang ramai membuat permohonan selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan kerana ia membantu kita mengetahui jumlah keperluan rumah yang diperlukan rakyat," katanya.

Penoreh kesal diarah keluar dari rumah PPRT

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Mohd. Ali Abdul Wahab menunjukkan dokumen kebenaran pemilik tanah bagi membina rumah di atas tapak berkenaan sewaktu ditemui di rumah rakannya di Pekan Air Panas, Labis, semalam.

LABIS 9 Mei - Seorang penoreh getah di Pekan Air Panas kesal kerana diarahkan keluar dari rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami oleh pemilik tanah sejak hampir dua tahun lalu.

Mohd. Ali Abdul Wahab, 42, berkata, permohonannya untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT pada tahun 2010 telah diluluskan dan disebabkan tidak memiliki tapak, rumah tersebut dibina di atas tanah seorang penduduk kampung dengan kebenaran pemilik tanah tersebut.

Namun selepas dua tahun mendiami rumah tersebut, saya diarahkan oleh pemilik tanah tersebut untuk mengosongkan rumah tersebut dalam tempoh sebulan tanpa sebarang alasan.

Sejak keluar dari rumah tersebut hampir setahun lalu, saya terpaksa menumpang di rumah seorang rakan yang simpati dengan nasib malang yang menimpa kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Air Panas di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ali, dia dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan hasil upah menoreh getah penduduk kampung, dia bukan sahaja tidak mampu untuk membayar sewa rumah malah turut mengalami kesulitan menanggung perbelanjaan persekolahan anaknya.

Dia berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya kerana dia bimbang dengan masa depan mereka sekiranya pemilik rumah yang ditumpangi berniat untuk menyewakan rumah tersebut nanti.

Mohd. Ali berkata, dia masih menyimpan semua dokumen berhubung kebenaran pemilik tanah kepadanya membina rumah di atas tanah tersebut dan mendakwa perkara tersebut diketahui semua pihak terlibat ketika itu.

Kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab membantu saya dengan meluluskan permohonan memiliki rumah PPRT, tetapi saya kesal hak kami sekeluarga untuk menduduki rumah tersebut dinafikan. Saya harap pihak berkaitan dapat menilai kembali kedudukan saya termasuk menimbangkan untuk membina sebuah rumah PPRT lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pembinaan jambatan disambung semula

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Mohd. Yusof Mohamad (tiga dari kanan) bersama wakil Felda dan kontraktor melawat tapak projek pembinaan jambatan Felda Raja Alias Dua, Jempol, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Sajida asarulah khan

JEMPOL 9 Mei - Kelewatan pembinaan jambatan dekat Felda Raja Alias Dua di sini yang tergendala lebih empat bulan lalu akan diselesaikan segera.

Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias, Mohd. Yusof Mohamad berkata, punca kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor dilantik menyiapkan kerja seperti dijadualkan dan hanya melaksanakannya pada tahap 38 peratus.

Apabila kontraktor ini bermasalah dan projek tertangguh sehingga empat bulan, pihak koperasi terpaksa mencari kontraktor lain untuk menyudahkannya," katanya selepas melawat tapak projek pembinaan jambatan dekat Felda Raja Alias Dua, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Peneroka negeri, Othman Parman, wakil-wakil Felda serta kontraktor.

Beliau berkata, projek tersebut dijalankan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan sekitar.

Jika hujan lebat, kita akan melihat hampir 24 buah rumah berhadapan masalah banjir. Oleh itu kita naik taraf kawasan ini daripada pembentung kepada sebuah jambatan dengan harapan masalah banjir itu dapat diatasi.

Selepas mengadakan perbincangan, projek ini dimulakan semula dengan kontraktor yang baharu dan dijangka siap pada waktu yang ditetapkan," ujarnya.

Mohd. Yusof berkata, berikutan kelewatan tersebut pihak koperasi telah membuat permohonan maaf kepada penduduk.

Ini adalah projek yang dijalankan untuk keselesaan masyarakat Felda. Pihak pengurusan memandang serius mengenai masalah ini dan akan memastikan kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan," katanya.

Kerjasama strategik USIM, BMMB lahir juruaudit syariah

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Asma Ismail (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tengku Hasmuddin Tengku Othman (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Mohd. Munir Abdul Majid (tengah) pada majlis Menandatangani MoA USIM-BMMB di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 9 Mei - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) menjalin kerjasama strategik bagi merintis jalan melahirkan juruaudit syariah bertauliah yang sangat kritikal dalam perkembangan sistem kewangan Islam di negara ini.

Bagi mencapai matlamat itu, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) Latihan Audit Syariah pada majlis yang diadakan di USIM dekat Nilai di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, USIM diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali manakala BMMB diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Seri Tengku Hasmuddin Tengku Othman dan Ketua Audit Dalaman, Jabatan Audit Dalaman bank itu, Hafni Mohd. Said.

Yang turut hadir, Pengerusi BMMB, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid.

Asma berkata, MoA itu melakar sejarah penting dalam sistem kewangan Islam di negara ini memandangkan sehingga kini tiada institusi sama di dalam mahu pun luar negara yang menawarkan latihan dalam bidang audit syariah.

Melalui usaha itu katanya, para pegawai dan kakitangan audit BMMB akan menjalani latihan selama dua tahun mulai tahun ini dalam bidang audit syariah yang dibiayai geran Kementerian Pendidikan dan sebahagiannya oleh BMMB.

Perjanjian ini menyaksikan kedua-dua pihak mendapat faedah yang mana USIM menawarkan kepakaran akademik dalam bidang kewangan Islam dan BMMB dapat memantapkan tadbir urus melalui pengalaman dalam perkongsian teori dan teknikal berkaitan audit syariah.

Saya difahamkan program seumpama ini adalah yang pertama di Malaysia dan serantau yang disokong oleh pihak industri bagi melengkapkan juruaudit dalaman dengan pengetahuan teori dan teknikal untuk menjadi juruaudit syariah atau perunding yang bertauliah.

Ia sejajar dengan keperluan badan-badan seperti Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, Suruhanjaya Sekuriti, Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah Bank Negara Malaysia serta keperluan kawal selia Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di samping permintaan global yang semakin meningkat bagi kelayakan sedemikian," katanya.

Bagi meneruskan kesinambungan program itu, Asma berkata, USIM melalui Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) kini dalam proses memperoleh akreditasi separa daripada Agensi Akreditasi Kewangan (FAA) bagi merealisasikan aspirasi universiti itu untuk menawarkan Diploma Lepasan Ijazah Dalam Audit Syariah kepada industri di dalam dan luar negara pada masa akan datang.

Sementara itu, Mohd. Munir berkata, negara mengalami kekurangan juruaudit syariah bertauliah yang amat ketara dan tidak ada institusi pengajian yang menawarkan kursus dalam bidang tersebut.

Untuk itu, perjanjian yang ditandatangani ini bakal melakar sejarah baharu bukan sahaja kepada sistem kewangan Islam di negara ini malah di seluruh dunia.

Kami berharap ia mencetuskan minat kepada dunia kewangan Islam untuk berusaha melahirkan pakar audit syariah yang menjadi sokongan penting kepada perkembangan sistem kewangan Islam di dunia," katanya.

Padang bola sepak sintetik diiktiraf FIFA

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

ALOR GAJAH 9 Mei - Padang bola sepak sintetik kedua di negeri ini di Kompleks Rakan Muda, Lendu di sini diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana memenuhi ciri-ciri ditetapkan badan induk bola sepak dunia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, padang bola sepak yang menelan belanja RM1.8 juta itu diyakini mampu memberikan impak positif terhadap pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Menurutnya, padang berkenaan akan digunakan sebaik mungkin oleh persatuan bola sepak negeri bagi membiasakan para pemain dengan padang jenis baharu itu.

Kerajaan negeri mengalu-alukan persatuan bola sepak negeri atau mana-mana persatuan untuk mengoptimumkan penggunaan padang bola ini untuk latihan atau perlawanan bagi membiasakan pemain dengan padang jenis sintetik.

Padang yang mendapat pengiktirafan FIFA ini adalah kebanggaan kepada negeri ini dan saya berharap ia dapat membawa impak positif terhadap pembangunan sukan bola sepak negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara penyerahan padang bola sepak itu daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri di Kompleks Rakan Muda, Lendu hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan negeri, Datuk Norpipah Abdol dan Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan negeri, Asmori Saahari.

Ab. Rahaman berkata, antara ciri istimewa, padang sintetik dilengkapi sistem pengaliran bagi mengelak air tidak bertakung di atas padang selepas hujan selain tidak perlu diselenggara dalam tempoh panjang.

Menurutnya, padang sintetik berkenaan juga dibuka kepada orang ramai dengan bayaran RM150 untuk setiap perlawanan.

Tambahnya, kerajaan negeri turut merancang melakukan beberapa penambahbaikan antaranya menyediakan ruang untuk penonton dan memasang lampu di keliling padang supaya dapat digunakan pada waktu malam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


ATM guna anjing perang kawal sempadan di Rantau Panjang

Posted: 10 May 2014 02:02 AM PDT

PASIR MAS 10 Mei - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menggunakan khidmat beberapa 'anjing perang' yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik di pangkalan haram utama Rantau Panjang di sini bagi mengawal sempadan negara.

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Left. Kol. Md. Mustakim Ahamad Saluti berkata, khidmat beberapa anjing dari baka 'Labrado' itu bermula awal bulan lepas yang merupakan kali pertama diperkenalkan pasukan keselamatan itu.

"Kita letakkan pasukan anjing perang itu di beberapa pangkalan haram di Mundok, Gergaji, Ibrahim Pencen dan Pos Ular yang merupakan laluan utama terutama pendatang tanpa izin," katanya pada sidang akhbar di Pos Tok O di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak adanya unit anjing perang itu, kemasukan pendatang asing dan penyeludupan barangan semakin terkawal.

Katanya, beliau percaya pihak terbabit bagaimanapun cuba menggunakan laluan lain di sepanjang Sungai Golok namun pasukan tentera dan agensi keselamatan lain sudah bersedia mengawal laluan itu. - BERNAMA

Keupayaan Esscom perlu ditambah baik - Shafie Apdal

Posted: 10 May 2014 01:35 AM PDT

KOTA TINGGI 10 Mei - Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan untuk menangani isu keselamatan di timur Sabah perlu dikekalkan dan ditambah baik biarpun dilemparkan pelbagai kritikan berikutan kes penculikan warga China Selasa lepas, kata Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga anggota Parlimen Semporna itu berkata, keupayaan Esscom untuk membanteras kegiatan penculikan dan aktiviti jenayah yang lain di pantai Timur Sabah perlu dipertingkatkan.

"Kita berharap Esscom dapat diberi sokongan. Saya kesal kerana benda ini (penculikan) berlaku berulang kali dan saya telah pun berulang kali berkata supaya tindakan tegas dikenakan terhadap anasir ini walaupun mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan negara jiran, itu bukan alasan," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah Fasa 2 dan Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Fasa 3 di Kampung Tersusun Tuan Sheh, Tanjung Sedili di sini.

Mohd. Shafie yang merasa amat kesal dengan kejadian penculikan warga China, Yang Zailin di Pulau Baik, Lahad Datu 6 Mei lepas berkata demikian ketika mengulas kenyataan beberapa pihak yang mahukan Esscom dibubarkan dan tugasnya diambil alih oleh Majlis Keselamatan Negara. - BERNAMA

Tindakan tegas terhadap sindiket nikah ekspres

Posted: 10 May 2014 01:24 AM PDT

YAN 10 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap pemantauan dan tindakan tegas diambil terhadap individu yang terlibat dengan sindiket nikah ekspres kerana aktiviti itu memberi kesan sangat besar kepada institusi kekeluargaan.

Katanya, paling dibimbangkan adalah soal kesahihan pernikahan itu, yang memerlukan tindakan segera pihak yang terlibat dengan soal agama Islam terutama di negeri-negeri.

"Saya dah teliti hal berkaitan pernikahan seperti ini di Kedah. Yang paling bimbang soal kesahihan pernikahan, soal sah atau tidak.

"Kalau tak sah implikasinya cukup besar dari sudut hukum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, ramai yang tidak menyedari tindakan mereka itu salah dari segi hukum dan hanya menyedari apabila sijil nikah mereka tidak dapat dikeluarkan.

"(Akibatnya) anak yang dilahirkan tak boleh didaftarkan sama ada kelahiran atau untuk dibinkan. Ada kesan...tak dapat belajar, tak boleh dapat IC (kad pengenalan), nak dapat harta warisan," katanya.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Badan Bertindak Anak-anak Kariah Masjid Tunku Abdul Rahman Putra di Kuala Kedah dekat sini, membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat sindiket nikah poligami di masjid itu sejak beberapa tahun lalu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sindiket seludup diesel guna tonto

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

Seorang pegawai PPDNKK Seberang Perai Tengah memeriksa sebuah lori yang dirampas dalam operasi mencegah penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat, Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

PERMATANG PAUH 9 Mei - Sindiket penyeludupan diesel bersubsidi kini semakin berani apabila menggunakan khidmat tonto bagi mengawasi pergerakan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

Tonto itu akan menyalurkan maklumat kepada pemandu lori yang mengisi minyak diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak yang akan segera beredar sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK Seberang Perai Tengah (SPT), Md. Nasir Mohamad berkata, pihaknya menghadapi kesulitan membanteras kegiatan penyeludupan itu yang semakin licik bergerak.

Menurutnya, beberapa serbuan yang dilakukan pihaknya digagalkan oleh tonto selain terdapat kejadian maklumat risikan mereka digagalkan oleh orang dalam stesen minyak itu sendiri.

Beberapa operasi yang kami jalankan pernah digagalkan oleh tonto yang mengintip pergerakan pasukan penguat kuasa sebelum memaklumkan kehadiran kami kepada pemandu lori yang akan segera beredar bagi mengelakkan ditahan.

Oleh itu kami terpaksa mengubah strategi agar tidak diekori atau melakukan intipan 24 jam ke atas stesen minyak yang sering menjadi tumpuan penyeludup ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi ke atas sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat di sini hari ini.

Dalam operasi itu, sebuah lori ditahan kerana menyeludup sebanyak 1,100 liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM2,200 ke dalam sebuah lori yang dilengkapi tangki khas.

Seorang pemandu lori rakyat tempatan berusia 24 tahun turut ditahan dalam operasi yang disertai lima pegawai PPDNKK SPT itu.

Jelas Md. Nasir, sindiket itu juga sering bergiat aktif pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan dan akan berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain untuk memenuhkan tangki yang dibawa.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu membawa atau memiliki Barangan Kawalan Tanpa Dokumen Yang Sah daripada KPDNKK.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini boleh menghubungi kami di talian 04-3801700 bagi membantu kami," katanya.

Dadah: Suami isteri ditahan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Khalil Arifin (tengah) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada anggota sindiket memproses dadah di Kampung Perak, Bukit Selambau dekat Sungai Petani, Kedah, kelmarin. - utusan/OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 9 Mei - Empat sekeluarga termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perak, Bukit Selambau, dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, serbuan pukul 12 tengah malam itu dilakukan sepasukan lapan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), hasil maklumat orang ramai.

Ketika serbuan dilakukan, suspek yang terdiri daripada pasangan suami isteri, seorang lelaki dan wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun sedang memproses dadah. Kesemua mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Sebanyak 190 peket dadah yang setiap satu seberat 1 hingga 2 gram dirampas dalam serbuan itu. Kesemua dadah itu seberat 362 gram dan bernilai kira-kira RM20,000 mengikut harga pasaran.

Siasatan mendapati kesemua dadah itu untuk pasaran di kawasan Bukit Selambau dan dijual pada harga antara RM30 hingga RM50 satu peket," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Khalil berkata, turut dirampas empat buah telefon bimbit, tiga alat penimbang, alat pembungkus dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah beliau, polis kini memburu seorang suspek lelaki berusia 40-an yang dipercayai menjadi pembekal kepada kumpulan tersebut.

Polis tumpas 4 geng curi motosikal

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

KAMPAR 9 Mei - Polis menumpaskan empat kumpulan curi motosikal dengan tertangkapnya 12 individu termasuk remaja berusia 13 tahun, dalam empat operasi berasingan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Geng Ijai, Geng Aman, Geng Mamat dan Geng Akmal itu dianggotai lelaki berusia antara 13 hingga 38 tahun.

Katanya, kesemua kumpulan terbabit menggunakan modus operandi sama iaitu mencuri motosikal jenis Honda Ex5 di kawasan tempat letak kenderaan di pekan untuk mengambil alat ganti bagi digunakan pada motosikal sendiri.

Kita percaya mereka meleraikan motosikal yang dicuri dan mengambil komponennya sebelum rangka kenderaan itu dilupuskan dengan membuangnya ke dalam sungai dan lombong," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kaji hutan Belum-Temengor

Posted: 09 May 2014 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Utamakan kecemerlangan ahli akademik, program dan institusi

Posted: 09 May 2014 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Banteras penyelewengan diesel subsidi

Posted: 09 May 2014 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 parah, seorang mati ditembak

Posted: 09 May 2014 07:56 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Mei - Lima lelaki parah manakala seorang meninggal dunia akibat ditembak jarak dekat di Restoran Ummarani, Jalan Ipoh, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kesemua mangsa yang berusia 22 hingga 51 tahun merupakan pengunjung restoran berkenaan.

"Suspek yang menaiki kereta jenis Myvi telah turun dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh das tembakan menggunakan pistol jenis semi automatik.

"Seorang mangsa yang berusia 38 tahun disahkan meninggalkan dunia manakala lima lagi cedera dan sedang diberikan rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE

Penumpang jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat

Posted: 09 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang penumpang yang dipercayai jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah, malam tadi.

Air Asia X dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya telah berusaha yang sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua pihak.

"Kami mengesahkan kematian salah seorang penumpang penerbangan D7 171. Terlebih dahulu kami ingin memanjangkan rasa simpati terhadap keluarga yang kehilangan orang tersayang.

"Keluarga Allahyarham dan pihak berkuasa telah diberikan maklumat tentang perkara ini dan kami akan menyediakan segala keperluan untuk bantuan," kata jurucakap Air Asia X, di sini hari ini.

Difahamkan, pesawat itu telah selamat tiba di lapangan terbang, lewat malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved