Khamis, 3 April 2014

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tutup pasar malam bermasalah

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (kanan) mendengar bacaan ikrar oleh Mahdzir Jaafar (kiri) pada majlis perjumpaan bersama pengusaha pasar malam di Kuala Lumpur, semalam . - utusan/ZAKARIA IDRIS

KUALA LUMPUR 2 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak tegas dengan menutup mana-mana pasar malam di ibu negara sekiranya peniaga melanggar peraturan yang ditetapkan seperti mengabai kebersihan dan menyewakan lesen tapak perniagaan kepada warga asing.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan ini terbukti apabila Pasar Malam di Taman Tun Dr. Ismail di sini ditutup baru-baru ini selepas banyak aduan dibuat mengenai tahap kebersihan di pasar malam yang mempunyai kira-kira 200 peniaga itu.

Katanya, peniaga di pasar malam itu dikesan membuang sisa makanan, minyak masak terpakai dan sampah sarap ke dalam longkang sehingga menimbulkan bau busuk.

Para peniaga di situ tidak menjaga kebersihan terutamanya selepas selesai berniaga. Mereka memberi alasan ada pihak yang akan membersihkannya kelak. Sepatutnya mereka menjaga kebersihan dan DBKL hanya datang untuk mengutip sampah bukannya membersihkan segala sampah sarap yang bertaburan.

Bayangkan, kita ada 98 buah lokasi pasar malam di seluruh Kuala Lumpur yang dibuka hampir setiap hari dan DBKL menjaga setiap kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Pengusaha Pasar Malam Wilayah Persekutuan di Dewan Megapuri , Menara DBKL Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

Antara yang turut hadir Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abd. Rahman.

Pada majlis itu, Ahmad Phesal menyampaikan watikah pelantikan kepada 30 penganjur pasar malam yang mewakili 21,618 peniaga berlesen di sekitar Kuala Lumpur.

Ini diikuti dengan bacaan ikrar Integriti Penganjur Pasar Malam 2014/2015 yang diketuai oleh Mahdzir Jaafar.

Ahmad Phesal memberitahu, mulai Mei ini, DBKL akan menyusun semula pengurusan pasar malam dengan memastikan setiap tapak mempunyai nombor manakala peniaga diberikan nombor siri untuk digantungkan pada kanopi setiap kali berniaga.

Nombor siri itu mewakili jumlah peniaga tempatan yang berdaftar di sesebuah pasar malam dan jika tiada nombor dipamerkan, peniaga tersebut diragui statusnya dan boleh dikenakan diambil tindakan," jelasnya.

Menurutnya, pasar malam di ibu negara perlu diberikan nafas baharu agar ia menjadi daya tarikan utama kepada para pelancong asing.

Pelancong datang bukan semata-mata untuk melihat bangunan moden dan tinggi tetapi juga cara hidup rakyat Malaysia yang boleh dilihat di pasar-pasar malam.

Jika pasar malam kita teruk, kotor dan tidak terurus, sesedap mana pun makanan yang dijual tidak akan memberi makna malah akan memburukkan imej rakyat dan negara ini," katanya.

Peniaga dakwa catuan air tidak ikut jadual

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Norzaini Muhammad menadah air untuk kegunaan di kedainya di Desa Pandan, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 2 April - Beberapa peniaga di kedai makanan di sekitar Taman Pandan Jaya dan Desa Pandan di sini keliru dengan pelan catuan bekalan air yang didakwa tidak mengikut jadual dikeluarkan sebelum ini.

Seorang pemilik kedai di Desa Pandan, Osman Ismail, 53, mendakwa, jadual tersebut tidak dilaksanakan dengan sempurna sehingga dia bingung untuk merancang persediaan bagi menghadapi catuan air.

Sepatutnya kawasan ini mendapat air selama dua hari dan terputus bekalan dua hari berikutnya. Malangnya, bekalan air tidak disalurkan pada hari yang dijadualkan dan ini menjejaskan perniagaan saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, dia terpaksa menutup kedainya beberapa kali sejak pelan catuan tersebut dilaksanakan dan menanggung kerugian besar.

Apabila kedai ditutup selama satu hari, saya akan rugi kira-kira RM500 dan ini menjejaskan pendapatan. Jika tiada air, peniaga tidak dapat memasak dengan kuantiti yang banyak, apatah lagi menyediakan minuman kepada pelanggan serta mencuci pinggan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Muhammad Zahid Ahmad, 51, berkata, kedainya tidak berdepan sebarang masalah berhubung catuan air namun rumahnya kerap tidak menerima bekalan air.

Rumah saya yang terletak berhampiran kawasan kedai tiada air sedangkan kedai makan tidak menghadapi masalah itu," katanya.

Seorang pemilik kedai makanan di Taman Pandan Jaya, Norzaini Muhammad, 49, pula memberitahu, kawasan itu sudah terputus bekalan air selama tiga hari.

Bagaimanapun, perniagaan semakin laris kerana pelanggan tidak dapat memasak di rumah ekoran ketiadaan air dan mereka lebih gemar membeli makanan di kedai," katanya.

MB Selangor tidak dimaklum keputusan tutup Hotel Quality

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

SHAH ALAM 2 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terkejut dengan tindakan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad menutup operasi Hotel Quality Shah Alam sehingga menyebabkan ratusan pekerja terpaksa diberhentikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai keputusan KPS tersebut.

Saya akan panggil mereka (KPS) pada minggu depan termasuk pengurusan tertinggi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang memiliki sepenuhnya KPS.

Walaupun kerajaan negeri melalui KDEB mempunyai milikan saham majoriti tetapi keputusan dibuat oleh pengurusan operasi iaitu Ahli Lembaga Pengarah KPS," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Sebanyak 105 kakitangan dan pekerja Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 di sini bakal ditamatkan khidmat berikutan penutupan operasi hotel itu pada 1 Jun ini selepas mengalami kerugian besar.

Kesemua pekerja itu menerima surat pemberhentian kerja kelmarin yang antara kandungannya memaklumkan hari terakhir mereka bertugas adalah pada 31 Mei ini.

Abdul Khalid menambah, langkah pemberhentian pekerja hotel berkenaan adalah hak Ahli Lembaga Pengarah KPS.

Saya pasti apa-apa keputusan yang dibuat oleh mereka mestilah mengambil kira kebajikan pekerja serta mengikut Akta Perhubungan Industri ," ujarnya.

Berhubung pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri, beliau memberitahu, satu perjanjian baharu akan dimeterai di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) agar proses seterusnya tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak di mahkamah.

Menurutnya, perbincangan semula akan dibuat pada Jumaat ini dengan Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili bagi menyelaras proses untuk memastikan industri air dipulangkan kepada kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, KDEB.

Dokumen perjanjian telah disediakan minggu lalu dan bakal dibawa untuk perbincangan bersama Kerajaan Pusat pada Jumaat ini.

Kita yakin mekanisme ini menguntungkan kerajaan negeri kerana pampasan yang perlu dibayar kepada pemegang konsesi lebih murah berbanding tawaran awal sebanyak RM9.65 bilion," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ceroboh tanah: 14 rumah diroboh

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh Farik Salleh
utusanjohor@utusan.com.my

Penguat kuasa Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi merobohkan sebuah bangunan kekal yang dibina di atas tanah milik kerajaan di Kilometer 11, Batu 8 Jalan Air Terjun di Kota Tinggi, semalam. - UTUSAN/FARIK SALLEH

KOTA TINGGI 2 April - Sebanyak 14 rumah termasuk dua separuh kekal yang dibina di atas tanah seluas 17.81 hektar di Kilometer 11, Batu 8 Jalan Air Terjun di sini dirobohkan kelmarin.

Operasi merobohkan kediaman itu membabitkan kira-kira 100 orang terdiri daripada penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Daerah Kota Tinggi, Pejabat Daerah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Jamaludin A. Hamid berkata, tindakan tersebut diambil selepas pemilik rumah terbabit gagal mematuhi arahan notis pencerobohan tanah kerajaan yang dikeluarkan pada November 2013 dan Februari lalu.

Menurutnya, tindakan tersebut mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 bagi mengekang penerokaan tanah secara berleluasa. Mengikut kanun tersebut, mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sama ada melakukan penerokaan tanah atau membina bangunan secara haram boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kita telah mengeluarkan notis pertama pada 20 November tahun lalu meminta penceroboh terbabit meninggalkan kawasan itu dan melarang membina sebarang bangunan kekal. Bagaimanapun kami mendapati notis tersebut tidak diendahkan, malah pemilik masih menjalankan aktiviti seperti biasa selain terdapat penambahan dua bangunan kekal yang baharu dibina di situ.

Susulan itu kita menghantar notis kedua pada 26 Februari lalu kepada penceroboh terbabit dan sebahagiannya kita tampal di rumah mereka sebelum tindakan merobohkan bangunan tersebut dilaksanakan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Jamaludin memberitahu, pihak pejabat daerah mempunyai perancangan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya membuat rujukan dan permohonan rasmi kepada pihak pejabat tanah terlebih dahulu sebelum membina rumah atau meneroka tanah kerajaan agar tidak menimbulkan sebarang risiko pada masa depan.

Kita tidak mahu berlakunya kes seperti ini yang bukan sahaja melibatkan kerugian dari segi wang ringgit malah turut menimbulkan rasa tidak puas hati meskipun pada hakikatnya mereka telah melakukan kesalahan," katanya.

Road to MAHA di Dataran Penggaram hari ini

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

JOHOR BAHRU 2 April - Kerajaan negeri akan menganjurkan Program Road To Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 selama empat hari bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, pameran diadakan di Dataran Penggaram, Batu Pahat dan akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Jumaat ini.

Ismail berkata, Road To MAHA adalah bagi mempromosikan MAHA 2014 yang akan diadakan pada November depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Beliau berkata, berdasarkan pengamatan, beberapa negeri telah dipilih untuk mengadakan program tersebut termasuk Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Melaka dan Johor.

Menurutnya, Pahang telah menganjurkan program tersebut pada 29 November hingga 1 Disember tahun lalu, Pulau Pinang pada 14 hingga 16 Februari lalu dan Perak pada 21 hingga 23 Mac lalu.

Dalam Road to MAHA 2014 peringkat negeri ini, kita mengguna pakai konsep gerak usahawan dan antara pengisiannya termasuk pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan khususnya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya kepada Utusan Malaysia.

Ismail berkata, pameran kali ini memberi penekanan tentang teknologi dan inovasi terkini dalam bidang pertanian, pendidikan dan klon terbaharu melibatkan tanaman dan ternakan.

Kita turut menjual dan mempromosikan produk pertanian dan industri asas tani oleh golongan usahawan, antaranya benih tanaman dan bunga-bungaan, produk herba, kerepek, kek dan roti serta baja pertanian," katanya.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk pertandingan penghasilan inovasi di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi bagi menyuntik minat mereka terhadap bidang pertanian.

Menurutnya, seminar keusahawanan tani juga dianjurkan untuk meningkatkan ilmu keusahawanan dan menyuntik motivasi kepada peserta supaya lebih berjaya pada masa akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MH370: Dron bawah air diperlukan

Posted: 03 Apr 2014 03:58 AM PDT

PERTH 3 April - Sebuah kapal selam robotik atau dron bawah permukaan air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan (SAR) pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Australia, Tony Abbott mengenai keperluan untuk mendapatkan bantuan daripada negara-negara lain bagi teknologi berkenaan.

Katanya, teknologi itu diperlukan sebaik pinger bateri pada kotak hitam kehabisan dalam tempoh empat hari dan perlu bagi pasukan SAR mencari pesawat berkenaan.

Dron bawah permukaan air adalah antara perkara-perkara penting yang dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan di Commonwealth Centre di sini hari ini.

Dron bawah permukaan air bergantung kepada denyutan sonar untuk mencari di dasar laut dan pernah digunakan untuk membantu mengesan pesawat Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009. - BERNAMA

624 kontraktor undi 181 projek RM6.7 juta di Terengganu

Posted: 03 Apr 2014 01:57 AM PDT

KUALA TERENGGANU 3 April - Sebanyak 624 kontraktor menghadiri majlis pengundian untuk 181 Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS) bagi daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Proses undian untuk 181 projek bernilai RM6.7 juta itu disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, undian itu merupakan proses rutin dilaksanakan kerajaan negeri bagi memastikan pengagihan projek secara adil dan telus kepada kontraktor.

"Jadi, hari ini kita tengok semuanya berjalan lancar dengan 181 projek yang bernilai daripada RM30,000 hingga RM90,000 setiap satu.

"Harapan saya agar semua projek ini dapat dilaksana dengan baik mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya di sini. - BERNAMA

Sektor penerbangan awam perlu dikaji semula - Hishammuddin

Posted: 03 Apr 2014 01:50 AM PDT

HONOLULU 3 April - Wujud keperluan untuk mengkaji semula sektor penerbangan awam bagi tujuan meningkatkan keupayaannya dan mengatasi kelemahan yang dikesan berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Semasa menyatakan perkara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, landskap keselamatan dan pertahanan juga perlu disemak semula untuk mengatasi apa yang mungkin dianggap sebagai kelemahan susulan insiden kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lalu.

"Kami mungkin perlu melihat kepada perkara seperti satelit, radar dari segi kepakaran yang diperlukan serta pemerolehan aset," katanya yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


297 pelajar terima bantuan Tapem

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh Mohamad Dzulhisham Che Hassim
utusanmelaka@utusan.com.my

Md. Yunos Husin (dua dari kiri) menyampaikan cek bantuan kewangan ke IPT kepada pelajar cemerlang lepasan SPM pada majlis penyampaian di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/Mohammad Dzulhisham Che Hassim

MELAKA 2 April - Seramai 297 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerima bantuan kewangan berjumlah RM113,300 daripada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, sebanyak RM16,500 diperuntukkan kepada 55 pelajar yang melanjutkan pelajaran peringkat diploma apabila masing-masing menerima RM300 seorang.

Menurutnya, bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula, masing-masing mendapat RM400 seorang.

Beliau berkata, sumbangan one-off itu adalah sebagai penghargaan kepada pelajar terlibat.

Tapem memainkan peranan besar dan fokus menyumbang kepada pembangunan dan peningkatan kualiti pendidikan anak negeri Melaka dan program ini merupakan manifestasi kepada usaha tersebut.

Program ini juga diadakan khusus untuk meringankan serba sedikit beban keluarga terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan itu di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Tapem, Nordin Ali.

Md. Yunos berkata, bantuan tersebut adalah bagi meringankan beban pelajar untuk membuat persiapan dan persediaan menjejakkan kaki di menara gading.

Justeru beliau berkata, kerajaan negeri melalui Tapem telah membelanjakan RM183.6 juta sejak tahun 2000 hingga kini bagi membantu pelajar sekolah negeri ini dari peringkat rendah ke pengajian tinggi.

Katanya, bantuan itu termasuklah dari segi sumbangan pakaian sekolah, biasiswa sekolah menengah, pinjaman pengajian tinggi dan bantuan kewangan ke IPT.

Dalam pada itu menurutnya, kerajaan negeri telah bersetuju menawarkan insentif bayaran balik kepada para peminjam dengan menawarkan potongan 20 peratus daripada baki pinjaman semasa.

Bagi meringankan beban peminjam, Tapem akan menawarkan potongan 20 peratus daripada baki pinjaman semasa kepada peminjam yang bersetuju membuat bayaran sekaligus bermula 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2014," katanya.

Faktor alam sekitar Melaka Gateway dipantau

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Ismail Othman (tengah) menerima kompilasi konvensyen yang disampaikan oleh Zainal Abu sewaktu majlis penutupan Konvensyen Antarabangsa Melaka Bandar Berkembar Ke-14 di Banda Hilir, Melaka, semalam. - UTUSAN/Azli Ahad

MELAKA 2 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sentiasa memantau elemen alam sekitar yang telah disyaratkan sepanjang pembangunan projek mega, Melaka Gateway.

Datuk Bandarnya, Datuk Zainal Abu berkata, amalan teknologi hijau di negeri ini sudah menjadi kemestian bagi menjamin kualiti alam sekitar negeri apabila projek tersebut siap kelak.

Menurutnya, MBMB akan mengambil langkah berhati-hati dalam memantau pembangunan projek ini agar dapat berjalan lancar ketika proses pembinaan dan ketika dalam keadaan siap kelak.

Melaka dan komponen teknologi hijau sememangnya sudah tidak boleh dipisahkan dan dalam pembangunan ini memang kita akan terapkan unsur-unsur teknologi hijau.

Sebagai contoh, kita akan beri perhatian kepada Indeks Bangunan Hijau (GBI), begitu juga elemen lain termasuk penggunaan lampu LED, sistem pembentungan yang digerakkan menggunakan kuasa bateri atau solar serta menetapkan bilangan pokok yang bakal ditanam bagi penyerapan karbon dioksida.

Daripada perbincangan konvensyen ada antara negara yang gagal melaksanakan teknologi hijau kerana tiada pemantauan dan syarat sebelum membuat kelulusan dan isu alam sekitar inilah yang sering terlepas pandang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penutupan Konvensyen Antarabangsa Bandaraya Berkembar Ke-14 di Banda Hilir di sini hari ini.

Hadir merasmikan penutupan konvensyen bertajuk Projek-projek Mega - Konsep, Strategi dan Amalan untuk Kejayaan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman.

Zainal berkata, perbincangan dan resolusi dalam konvensyen itu memberi idea kepada MBMB terhadap langkah berhati-hati yang boleh diambil dalam memantau projek itu kelak.

Katanya, elemen alam sekitar perlu diberi perhatian agar pembangunan yang dibuat tidak akan mengancam kehidupan dan kualiti alam sekitar pada masa depan.

Mohd. Zaki, Sodiq Ali johan tilawah Port Dickson

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

TELOK KEMANG 2 Apr. - Keriangan jelas terpancar di wajah Mohd. Zaki Abdullah, 33, serta Sodiq Ali Abd. Aziz, 16, selepas dinobatkan sebagai johan, masing-masing bagi kategori dewasa dan remaja pada Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Port Dickson yang berlangsung di Auditorium Pejabat Daerah Port Dickson di sini baru-baru ini.

Mohd. Zaki berkata, beliau menyertai pertandingan itu dengan berpegang teguh kepada prinsip dan niat bukan untuk merangkul kedudukan tertentu seperti johan atau naib johan semata-mata.

Ilmu membaca al-Quran dengan baik bukan sekadar untuk diri sendiri sebaliknya perlu dikongsikan dengan segenap lapisan masyarakat.

Al-Quran adalah kalam Allah yang bukan sahaja kita perlu memahami kandungannya malah ia perlu dialunkan bacaannya dengan baik serta wajib memelihara tajwid, tarannum (lagu), fasahah (sebutan), suara dan pernafasan.

Dari situlah, baru kita dapat sampaikan bacaan dengan baik dan menghayati setiap huruf bacaan terbabit," katanya yang berkhidmat di Hospital Besar Port Dickson.

Sementara itu, Sodiq Ali berkata, dia mula tertarik untuk memasuki tilawah itu sejak darjah empat apabila sering digalakkan oleh rakan-rakan di sekolahnya.

Galakan ibu bapa dan guru serta kata-kata peransang daripada rakan sekolah mendorong saya mengambil bahagian dalam tilawah ini.

Walaupun saya telah beberapa kali menyertai tilawah peringkat daerah, ini adalah kali pertama saya dinobatkan sebagai johan bagi kategori remaja lelaki," katanya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Port Dickson.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Tilawah Al-Quran daerah itu, Datuk Ab. Khalid Mat berkata, saringan bagi mencari peserta tilawah itu telah dijalankan melalui tiga peringkat bulan lalu.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Port Dickson berkata, ia melibatkan seramai 70 peserta dari mukim Port Dickson.

Ia melibatkan sebanyak enam kategori iaitu remaja perempuan dan lelaki yang berusia tujuh tahun hingga 17 tahun, dewasa perempuan dan lelaki berumur 18 tahun hingga 55 tahun serta veteran perempuan dan lelaki berumur 56 tahun ke atas," katanya.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Yang turut hadir semasa majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Abdul Rahman Mohd. Redza.

Pada majlis tersebut, Mohd. Zaki menerima wang tunai berjumlah RM1,000 manakala Sodiq Ali menerima wang tunai bernilai RM700 selain buku sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta sijil penghargaan daripada Jabatan Belia Daerah Port Dickson.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bertindak sebelum rakyat buat aduan

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUALA KANGSAR 2 April - Agensi kerajaan yang berkaitan disaran mengambil tindakan proaktif dengan mengenal pasti masalah rakyat dan tidak hanya bertindak setelah menerima aduan secara rasmi.

Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Anis Rizana Mohd. Zainuddin berkata, mengesan masalah rakyat lebih awal sebelum ia dijadikan aduan adalah kaedah yang lebih baik berbanding jika sesuatu masalah dijadikan aduan oleh rakyat.

Katanya, jika sesuatu masalah diterjemahkan dalam bentuk aduan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada masyarakat.

Dalam memastikan masyarakat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh kerajaan, agensi yang berkenaan mestilah bersikap proaktif dan tidak hanya menunggu arahan.

Dalam hal ini, antara yang perlu diberi keutamaan ialah tindakan berbentuk pencegahan sebelum sesuatu masalah menjadi rungutan rakyat," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Kaunter Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Kuala Kangsar di sini semalam.

Program dianjurkan Biro Pengaduan Awam negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar itu turut dihadiri Pengarah Biro Pengaduan Awam negeri, Rahilah Fahimah Ahmad.

Menurut Anis Rizana, kelewatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah rakyat mungkin akan me-

ngurangkan keyakinan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan agensi kerajaan.

Katanya, tuntutan rakyat perlu diambil sebagai satu cabaran untuk menambah baik mutu per-

khidmatan agensi masing-masing.

Penjawat awam harus fokus untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh pelanggan secara lebih serius agar masalah dan isu yang sama tidak berulang," ujarnya.

Rampasan UPP Bukit Kayu Hitam lebih RM1 juta

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUBANG PASU 2 April - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam merekodkan 47 kes kejayaan rampasan berjumlah lebih RM1 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berbanding 29 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Komander UPP Changlun, Asisten Supritendan Shahidan Ladin berkata, antaranya rampasan tiga pacuan empat roda (4WD) jenis Honda CRV dan sebuah kereta Honda Civic, sekali gus menggagalkan cubaan menyeludup keluar kesemua kenderaan berkenaan ke negara jiran, pada bulan lalu.

Katanya, pihaknya turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Thailand.

Tambahnya, satu lagi kejayaan pihaknya adalah merampas enam senjata api tiruan yang cuba diseludup masuk oleh seorang lelaki warga tempatan, Januari lalu.

Kesemua kejayaan itu ada yang diperoleh dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dan agensi lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


227 penumpang 'bebas' - Khalid

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

China tak pernah salahkan Malaysia

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Najib lancar ASB2 dana 10b unit

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Melahirkan usahawan tani

Posted: 02 Apr 2014 11:30 PM PDT

Mohd. Amin Sarbani (kiri) menunjukkan plak anugerah MAHA Youth 2012 yang diterima beliau sebagai pengeluar benih ikan untuk pasaran seluruh negara.

bidang pertanian mempunyai potensi besar dalam melahirkan usahawan berjaya. Malah, telah terbukti, jika diberi tumpuan dan perhatian, bidang ini mampu melahirkan jutawan tani.

Tetapi ramai yang tidak menyedari peluang yang tersedia dalam bidang ini. Bagi yang ada minat dan kemahiran pula, mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan latihan yang sesuai.

Sebab itu usaha perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang berminat untuk menjadi usahawan tani terutama generasi muda mempunyai gelanggang untuk bergerak maju.

Dalam usaha menyediakan latihan kemahiran pertanian dan keusahawanan, memberi inspirasi kepada mentor usahawan tani muda, Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (iGROW), Kampung Gajah, Perak, Nordin Abdul Malek mengambil inisiatif menggerakkan Malaysian Young Agro Businessmen (MyYAB) untuk membantu golongan itu bergerak maju dalam sektor pertanian.

MyYAB menghimpunkan usahawan-usahawan tani yang dilahir dan dibangunkan oleh beliau sendiri yang mana ini merupakan kesinambungan kepada proses latihan, bimbingan, dan pemantauan dalam kalangan usahawan tani muda terutama lepasan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Inisiatif mewujudkan MyYAB adalah atas keprihatinan dan kesedaran setelah melihat sendiri potensi, minat, keinginan dan kesungguhan mendalam dalam kalangan usahawan tani muda untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih baik di dalam mahupun di luar negara.

Namun begitu, mereka ini berhadapan dengan isu-isu penting seperti ketiadaan tanah pertanian yang mencukupi, pusingan modal, akses dengan agensi kerajaan berkaitan, tenaga kerja tempatan, daya motivasi serta keyakinan untuk berkembang besar.

Justeru, kata Nordin, beliau mengenal pasti punca masalah itu disebabkan kurangnya aspek bimbingan yang konsisten daripada mereka yang pakar serta berpengalaman dalam perniagaan berasaskan pertanian.

Oleh itu, MyYAB akan menjadi satu platform untuk membina keupayaan usahawan-usahawan tani muda ini melalui pendekatan mentor-mentee serta kerja berpasukan yang merupakan jaringan penting dalam perniagaan.

Usahawan muda tani memerlukan sokongan yang kuat bukan sahaja dari aspek teknikal pertanian tetapi juga panduan perniagaan, urusan kerajaan dan bimbingan emosi. Memandangkan sektor pertanian mempunyai cabaran yang amat besar, mereka hendaklah mempunyai daya tahan, daya juang dan daya saing yang sangat tinggi terutama dalam mengharungi cabaran pertanian akan datang," katanya.

Pengalaman beliau sendiri menjayakan Skim Kluster Latihan Kemahiran Sumber Manusia (SKLKSM) dan Masyarakat Perdagangan Perindustrian Bumiputera Fasa Kedua (BCIC-2) sejak tahun 2008 akan dicurahkan kepada usahawan-usahawan tani muda yang rata-ratanya adalah golongan Bumiputera.

Antara lain, pendekatan SKLKSM dan BCIC-2 mengamalkan sistem kerjasama antara usahawan (ILKS) yang dipimpin beliau sendiri sebagai syarikat peneraju.

Katanya, walaupun terdapat kelemahan dan cabaran, setidak-tidaknya sistem tersebut telah melahirkan golongan usahawan yang berdaya tahan hingga kini.

Oleh itu, katanya, model yang hampir sama akan dilaksanakan dalam program MyYAB tetapi akan disesuaikan dengan aktiviti perniagaan serta keperluan semasa.

Antaranya ialah mengenal pasti mereka yang berpotensi untuk dikembangkan dan dibantu supaya menjadi usahawan yang lebih kukuh pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama juga, sebahagian mereka ini akan menjadi ikon serta mentor kepada usahawan baru. Selain berkongsi pengalaman, mereka juga akan menyumbangkan kepakaran masing-masing serta mewujudkan jaringan perniagaan mereka sendiri." kata Nordin.

Menurut beliau, platform MyYAB lebih bercorak satu konsortium perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan tetapi dalam masa yang sama usahawan-usahawan itu akan mengadakan aktiviti seperti gerak kerja berpesatuan.

Konsep dan aktiviti sebegini bukanlah bersifat retorik kerana saya telah membuktikan keupayaan dan kejayaan melaksanakan kaedah keusahawanan sedemikian secara praktikal terutama dalam program kluster BCIC-2," jelas beliau.

Sebelum kewujudan MyYAB, satu program percubaan bersifat perintis telah dijalankan di Sabah melalui program Sabah Young Agro Businessman (Sabah YAB) sejak tahun 2012.

Program yang mendapat sokongan kerajaan negeri Sabah turut dibantu oleh pelbagai agensi termasuk Agrobank bagi membina asas perniagaan dalam kalangan usahawan.

Segala dapatan sepanjang tempoh tersebut akan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan keberkesanan MyYAB yang mempunyai rangkaian usahawan di seluruh negara.

Oleh kerana terdapat beberapa bukti kejayaan usahawan bimbingannya, kata Nordin, banyak pihak terutama IPTA tempatan dan syarikat-syarikat berkaitan berminat untuk bersama-sama menjayakan MyYAB.

Walau bagaimanapun, cabaran utama kata beliau, ialah untuk mempersiapkan usahawan MyYAB dengan kaedah pertanian generasi baru yang mampu bertahan dalam apa juga keadaan.

Oleh itu, aspek-aspek teknikal dengan kos efektif adalah fokus utama terhadap usahawan-usahawan muda ini," katanya.

Kajian dan pemerhatian beliau juga mendapati, pasaran bukanlah kekangan besar kepada usahawan ini kerana permintaan pertanian semakin meningkat.

Keadaan ini dijangka akan terus bertambah pada masa depan sesuai dengan peningkatan jumlah penduduk dan kualiti hidup di Malaysia dan di dunia.

Apa yang penting sekarang ialah keupayaan mereka menguruskan kecekapan pengeluaran, pengurusan perniagaan dan melalui proses psikologi keusahawanan pertanian. Sebahagian mereka sudah berani mengusahakan projek pertanian seluas 120 ekar secara berkumpulan.

Gabungan kumpulan pakar dan mereka yang berpengalaman diharap dapat membangunkan usahawan supaya lebih berdaya saing,berdikari, mapan serta produktif," ujar beliau.

Beliau yakin kumpulan usahawan itu akan terus bertahan dan berkembang jika keselesaan hidup hasil pendapatan yang tinggi menjadi faktor dorongan.

Banyak kes yang menjadikan mereka patah semangat adalah disebabkan oleh kerugian atau pendapatan yang terlalu rendah secara berpanjangan. Dalam hal ini, galakan kepelbagaian pengeluaran produk pertanian (huluan dan hiliran) akan diberi penekanan penting supaya struktur ekonomi usahawan-usahawan ini sentiasa stabil," katanya.

Walau bagaimanapun beliau optimis, perancangan struktur dan hala tuju MyYAB yang dipandu oleh kumpulan pakar serta mereka yang berpengalaman boleh melonjakkan pencapaian usahawan MyYAB dengan anjakan berganda.

Program MyYAB itu akan membabitkan kerjasama dengan sisipan Mega, Utusan Malaysia bagi mengketengahkan kisah suka-duka dan kejayaan mereka yang mengejar cita-cita untuk bergelar usahawan tani.

Sebuah buku mengenai psikologi keusahawanan pertanian juga dalam proses penerbitan melalui kerjasama Fakuilti Pengurusan Perniagaan, UiTM. Kebanyakan ikon yang akan ditonjolkan sebagai sumber kajian adalah usahawan-usahawan MyYAB.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved