Rabu, 26 Mac 2014

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Utusan Online - Berita Utama

Posted:

Utusan Online - Berita UtamaIkuti berita penuh untuk ruangan Berita Utama menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/ Utusan Online - Berita Utamahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/ Polis siasat punca sebenar tragedi - Najibhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/dn_03/Polis-siasat-punca-sebenar-tragedi---Najib KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dengan secepat mungkin punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370. Menurut Perdana...2014-03-26T02:51:36+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_03/Polis-siasat-punca-sebenar-tragedi---Najib </image></item><item><title>SAR masuki fasa baharuhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/dn_01/SAR-masuki-fasa-baharu KUALA LUMPUR 25 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi kini memasuki fasa baharu dengan fokus pencarian serpihan...2014-03-26T02:51:36+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_01/SAR-masuki-fasa-baharu </image></item><item><title>Keutamaan cari serpihanhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/dn_02/Keutamaan-cari-serpihan KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan tetap memberi keutamaan terhadap usaha mencari serpihan, rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370 yang disahkan...2014-03-26T02:51:36+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_02/Keutamaan-cari-serpihan </image></item><item><title>'Hancur luluh hati saya'http://www.utusan.com.my/utusan//20140326/dn_05/Hancur-luluh-hati-saya SEPANG 25 Mac - "Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini." Itulah kata-kata Ketua Pegawai...2014-03-26T02:51:37+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_05/Hancur-luluh-hati-saya </image></item><item><title>Ahli keluarga penumpang MH370 adakan bacaan Yasin di hotelhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/dn_15/Ahli-keluarga-penumpang-MH370-adakan-bacaan-Yasin-di-hotel PUTRAJAYA 25 Mac - Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengadakan bacaan surah Yasin di Hotel Everly hari ini memohon agar misi pencarian pesawat berkenaan dipermudahkan oleh Allah...2014-03-26T02:51:39+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_15.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_15/Ahli-keluarga-penumpang-MH370-adakan-bacaan-Yasin-di-hotel </image></item><item><title>Keahlian NSS perlu diperluas banyak negara agar terus relevanhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/dn_24/Keahlian-NSS-perlu-diperluas-banyak-negara-agar-terus-relevan THE HAGUE 25 Mac - Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) perlu memastikan penglibatan lebih banyak negara dalam perhimpunan dwi-tahunan berkenaan bagi memastikan ia terus relevan dan berkesan pada masa...2014-03-26T02:51:41+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_24.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_24/Keahlian-NSS-perlu-diperluas-banyak-negara-agar-terus-relevan </image></item><item><title>Tian Chua tidak bertanggungjawabhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/po_01/Tian-Chua-tidak-bertanggungjawab MUKAH 25 Mac - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal kesal dengan tindakan beberapa pihak terutama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang tidak sensitif terhadap perasaan keluarga...2014-03-26T02:51:47+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd 'Azmin dianggap pengacau keluarga'http://www.utusan.com.my/utusan//20140326/po_02/Azmin-dianggap-pengacau-keluarga KUALA LUMPUR 25 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah dianggap sebagai pengacau dalam keluarga Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (gambar). Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata...2014-03-26T02:51:47+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Remaja 16 tahun dicabul depan sekolahhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/je_01/Remaja-16-tahun-dicabul-depan-sekolah IPOH 25 Mac - Seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah dekat Kampar, dicabul seorang lelaki ketika sedang menunggu bapanya selepas tamat aktiviti persekolahan, Sabtu lalu. Dalam kejadian...2014-03-26T02:51:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Pemilik hotel rugi RM50,000 rumah dipecah masukhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/je_02/Pemilik-hotel-rugi-RM50000-rumah-dipecah-masuk IPOH 25 Mac - Seorang pemilik sebuah hotel di sini kerugian kira-kira RM50,000 selepas rumahnya di Jalan Kelab Golf dekat sini dipecah masuk malam semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 malam ketika...2014-03-26T02:51:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Anak perempuan tampar bapa kerana RM2.50http://www.utusan.com.my/utusan//20140326/ma_01/Anak-perempuan-tampar-bapa-kerana-RM2.50 KOTA BHARU 25 Mac - "Hanya kerana tidak memberi RM2.50 untuk membeli air batu, kamu tergamak memukul bapa yang mengalami strok. "Sedih bapa kamu apabila kamu buat begitu kepadanya. Selalunya kita mendengar...2014-03-26T02:51:46+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140326/ma_01/Anak-perempuan-tampar-bapa-kerana-RM2.50 </image></item><item><title>Sebutan kes polis didakwa tembak kanak-kanak 22 Aprilhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/ma_02/Sebutan-kes-polis-didakwa-tembak-kanak-kanak-22-April PARIT 25 Mac - Seorang anggota polis hari ini menghantar surat representasi agar Ketua Unit Pendakwaan Perak mengkaji semula pertuduhan yang dihadapinya iaitu dengan sengaja melepaskan tembakan sehingga...2014-03-26T02:51:47+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Capex sektor huluan O&G cecah RM198bhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/ek_01/Capex-sektor-huluan-O&G-cecah-RM198b KUALA LUMPUR 25 Mac - Perbelanjaan modal (Capex) untuk sektor huluan minyak dan gas (O&G) Malaysia dijangka mencecah hampir AS$60 bilion (RM198 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Datuk Seri...2014-03-26T02:51:43+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Fadzil Zainol<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Ekonomi/ek_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140326/ek_01/Capex-sektor-huluan-O&G-cecah-RM198b </image></item><item><title>Konflik selatan Filipina berakhirhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/lu_01/Konflik-selatan-Filipina-berakhir MANILA 25 Mac - Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bakal mencatat sejarah penting apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani perjanjian pada Khamis ini yang akan mengakhiri krisis...2014-03-26T02:51:45+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0326/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140326/lu_01/Konflik-selatan-Filipina-berakhir </image></item><item><title>Barack Obama digesa bantu Rohingyahttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/lu_02/Barack-Obama-digesa-bantu-Rohingya WASHINGTON 25 Mac - Bekas ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Tom Andrews yang melawat kem pela­rian etnik Rohingya di barat Myanmar menggesa Presiden AS, Barack Obama menggunakan pengaruhnya di negara...2014-03-26T02:51:45+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Indonesia pula haramkan filem Noahhttp://www.utusan.com.my/utusan//20140326/lu_03/Indonesia-pula-haramkan-filem-Noah JAKARTA 25 Mac - Indonesia menjadi negara terbaharu yang mengharamkan tayangan filem Noah atas alasan agama, selepas Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengambil tindakan yang sama sebelum ini.2014-03-26T02:51:46+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Selasa, 25 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Remaja 16 tahun dicabul depan sekolah

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

IPOH 25 Mac - Seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah dekat Kampar, dicabul seorang lelaki ketika sedang menunggu bapanya selepas tamat aktiviti persekolahan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 4.20 petang di pintu utama sekolah itu, mangsa didatangi oleh suspek berusia 30-an lalu duduk di sebelahnya lalu tiba-tiba memeluknya.

Mangsa melawan sehingga berlaku pergelutan dan terjatuh di atas lantai sebelum suspek bertindak mengoyakkan baju remaja tersebut.

Bagaimanapun jeritan mangsa berjaya menakutkan suspek menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami rasa sakit di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, ketika kejadian, mangsa seorang diri dan tiada saksi berada di lokasi berkenaan.

"Imej dipercayai suspek berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat letak kenderaan. Siasatan percaya imej itu adalah suspek berdasarkan warna baju serta bentuk badan.

"Pihak polis telah melakukan soal siasat terhadap beberapa staf serta guru sekolah tetapi tiada yang mengenali atau pernah melihat suspek sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Kong Soon, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Pemilik hotel rugi RM50,000 rumah dipecah masuk

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

IPOH 25 Mac - Seorang pemilik sebuah hotel di sini kerugian kira-kira RM50,000 selepas rumahnya di Jalan Kelab Golf dekat sini dipecah masuk malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 malam ketika mangsa yang berusia 70 tahun dan keluarganya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian hanya tiga pembantu rumah warga asing berada di dalam rumah tersebut.

Beliau berkata, kejadian itu disedari selepas salah seorang daripada pembantu rumah terbabit terdengar bunyi bising dari luar bilik tidur mereka.

"Semasa pembantu rumah cuba memeriksa punca bunyi bising itu mereka dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

"Penjenayah terbabit kemudiannya mengurung dua daripada pembantu dalam sebuah bilik manakala seorang lagi pembantu diacukan parang di leher dan diugut agar memberikan kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Polis Ke-207 peringkat negeri di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis di sini hari ini.

Chang Keong berkata, penjenayah terbabit kemudiannya bertindak menggeledah rumah berkenaan dan mengambil barangan berharga termasuk barang kemas bernilai RM50,000.

Katanya, pembantu rumah berkenaan yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah menghubungi majikan mereka bagi memaklumkan kejadian sebaik penjenayah terbabit meninggalkan rumah.

"Siasatan mendapati, rumah tersebut dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) namun alat perakamnya sudah dilarikan penjenayah.

"Kita kini sedang mengesan penjenayah itu dan siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Mercedes-Benz lancar S-Class baharu

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Mac - Mercedes-Benz Malaysia (Mercedes-Benz) meletakkan penanda aras baharu bagi segmen kenderaan mewah melalui pelancaran Mercedes-Benz S-Class serba baharu hari ini.

Menurut Naib Presiden Kereta Penumpang, Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz, Kai Schlickum, S-Class baharu mewakili aspirasi kepimpinan mereka dan menandakan permulaan era baharu dalam kemewahan moden dan keselamatan kereta.

Ujarnya, barisan S-Class baharu itu menampilkan model hibrid dan dua model petrol terdiri daripada S400 Hibrid, S500 dan S63AMG.

"Semua model mempunyai kecekapan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding siri model yang telah dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Mercedes-Benz bercita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam setiap aspek dan ini juga bermaksud tiada kereta lain dapat menandingi janji Mercedes-Benz lebih daripada S-Class,

Model S400 pemasangan tempatan (CKD) itu dianggarkan berharga RM900,000 sebuah manakala model S500 yang diimport sepenuhnya (CBU) berharga kira-kira RM1.08 juta dan S63 CBU pada kira-kira RM1.6 juta.

Mercedes-Benz dikeluarkan oleh Kumpulan Daimler yang merupakan antara pengeluar kereta premium dan pembuat kenderaan komersial terbesar di dunia dan turut menawarkan khidmat kewangan melalui Daimler Financial Services.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terengganu bedil ATM

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
dan ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

Abdul Manaf Mamat diraikan oleh rakan-rakan sepasukan ketika menjaring gol pertama Terengganu dalam perlawanan Liga Super menentang ATM di Stadium Selayang, malam tadi. Terengganu menang selesa 3-0. - Utusan/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR - Terengganu membuktikan kejayaan menerajui Liga Super bukan sekadar nasib apabila mengekalkan takhta pendahulu dengan membedil ATM 3-0 di tempat lawan, semalam.

Skuad Penyu kini berkongsi 16 mata bersama Pahang dan Selangor selepas menang lima daripada lapan perlawanan musim ini, namun mereka kekal di tangga teratas menerusi perbezaan gol.

Pahang dan Selangor terus mengejar kedudukan teratas selepas turut mencatat kemenangan. Tok Gajah menundukkan PKNS 3-1, manakala Red Giants menang 2-0 di Sarawak.

Dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Terengganu cemerlang di semua posisi, terutama serangan untuk mendapatkan tiga gol.

Tiga gol pelawat hadir pada minit ke-23 menerusi penyerang Abdul Manaf Mamat sebelum Norfarhan Mohammad menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-77 dan Faiz Subri menambah derita ATM untuk keputusan 3-0 di masa kecederaan.

Di Stadium Shah Alam, PKNS tidak gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri hingga membolehkan Pahang menguasai perlawanan untuk menang 3-1.

Pahang mendapatkan jaringan menerusi pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-43 dan pada separuh masa kedua pemain dari Nigeria itu menambah gol di minit ke-59, sebelum Fauzi Roslan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-64.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team berjaya menebus kekecewaan Terengganu yang tumpas 2-3 di tangan Sime Darby tempoh hari apabila membenam pasukan yang sama 2-0 di laman sendiri semalam.

Dalam aksi di Stadium Perak, pasukan tuan rumah Perak terus keciciran mata dan menghuni tangga tercorot apabila tewas 0-1 kepada LionsXII.

The Red Warriors kecundang lagi

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar (tengah) cuba melepasi dua benteng pertahanan Johor Darul Tazim dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. - UTUSAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU - Belum reda kekecewaan tumpas 1-0 kepada Selangor minggu lalu, Kelantan meratapi kekalahan kedua berturut-turut selepas ditumpaskan oleh Johor Darul Tazim (JDT) 2-1 di tempat sendiri, semalam.

Ini juga merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat juara Piala FA itu selepas turut kalah pada saingan Piala AFC, minggu lalu.

Lebih malang lagi, Kelantan yang menguasai keseluruhan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV dikejutkan dengan gol kemenangan oleh JDT pada minit terakhir perlawanan menerusi Fazli Mazlan.

Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong setia, The Red Warriors bermula garang apabila mengancam pintu gol JDT menerusi beberapa serangan bahaya namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan lawan.

Pada minit ke-13, Kelantan hampir membuka jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter oleh Mohamed Shawky Yazid, namun ia sedikir tersasar melepasi palang gol walaupun ketika itu penjaga gol, Izham Tarmizi sudah tertewas.

Kelantan yang tidak berputus asa selepas itu terus mengatur serangan dan berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-17 menerusi bintang import sensasi mereka, Mohamad Ghaddar yang bijak menolak masuk bola ke gawang selepas melakukan gerakan cantik satu, dua dengan Ahmad Fakri Saarani

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT mula memperkemaskan corak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Penyerang kebangsaan, Amri Yahyah bijak mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan Kelantan, Mohd Nazri Ahmad yang gagal mengeluar bola dari lawasan bahaya.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus melipat gandakan asakan dan hampir memperolehi gol masing- masing pada minit ke-58 dan 62.

Begitupun kedua-dua percubaan menerusi sepakan percuma oleh ketua pasukan, Mohd. Badri Radzi itu terkena palang gol.

Kelantan yang terdesak memburu gol, kemudianya memasukkan seorang lagi penyerang import mereka, Francis Forkey Doe mengantikan Mohamed Shawky pada minit ke-85.

Kemasukkan Forkey Doe bagaimanapun tidak banyak membantu pasukan tuan rumah untuk menambah gol.

Ketika perlawanan berbaki dua minit menuju wisel penamat, JDT berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Fazli Mazlan yang bijak menyudahkan hantaran Luciano Figueroe.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Konflik selatan Filipina berakhir

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

Gambar fail bertarikh 11 Februari 2012, menunjukkan Benigno Aquino III, (kanan) berkongsi gula-gula dengan Murad Ebrahim semasa lawatannya ke kubu kuat MILF di Sultan Kudarat, selatan Mindanao. - AFP

MANILA 25 Mac - Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bakal mencatat sejarah penting apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani perjanjian pada Khamis ini yang akan mengakhiri krisis pemberontakan berdarah paling lama di Asia.

Perjanjian itu bakal menyaksikan penubuhan entiti baru wilayah autonomi Bangsamoro di selatan negara ini.

Naib Pengerusi MILF, Ghazali Jaafar berkata, perjanjian itu sangat penting bagi menamatkan perjuangan di Mindanao selepas Bangsamoro menempuh pelbagai detik sukar dan kepayahan.

"Bangsa kami telah melalui kesukaran selama berpuluh-puluh tahun. Kejayaan ini amat dinanti-nantikan," katanya.

MILF telah berjuang lebih empat dekad untuk mendapatkan kemerdekaan atau hak autonomi di wilayah itu atas tuntutan bahawa kawasan tersebut merupakan tanah warisan nenek moyang mereka.

Konflik itu meragut lebih 120,000 nyawa, sekali gus menyebabkan Mindanao menjadi wilayah paling miskin dan dicemari isu rasuah di Filipina.

Dalam majlis memeterai perjanjian itu Khamis ini, Presiden Benigno Aquino III akan mewakili kerajaan Filipina, sementara MILF diwakili Pengerusinya, Murad Ebrahim.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyaksikan upacara menandatangani perjanjian tersebut selepas rundingan damai anjuran Kuala Lumpur itu akhirnya berjaya dilaksanakan.

Wilayah autonomi melibatkan 10 peratus kawasan Filipina itu, akan mempunyai pasukan polis dan Parlimen yang ditubuhkan sendiri selain kuasa untuk mengenakan cukai kepada penduduk. - AFP

Barack Obama digesa bantu Rohingya

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

WASHINGTON 25 Mac - Bekas ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Tom Andrews yang melawat kem pelarian etnik Rohingya di barat Myanmar menggesa Presiden AS, Barack Obama menggunakan pengaruhnya di negara itu untuk melindungi anggota etnik tersebut.

Andrews yang merupakan presiden kumpulan aktivis, End Genocide dalam laporannya semalam memberi amaran, anggota etnik tersebut mengalami kekurangan bekalan perubatan dan sentiasa hidup dalam ketakutan.

"Tanda-tanda bahaya dapat dilihat dengan jelas. Jumlah yang terkorban adalah tinggi.

"Mereka diserang bukan kerana apa yang telah mereka lakukan. Serangan dilakukan kerana etnik dan agama mereka," katanya yang melawat kem tersebut selama sebulan.

Beliau berkata, tanda-tanda amaran berlakunya pembunuhan kaum dan keganasan besar-besaran sudah dapat dilihat di sana.

Sejak pertengahan 2012, hampir 280 orang terutama etnik Rohingya Islam maut dalam pertempuran kaum di negeri Rakhine, kejadian yang membayangi perubahan Myanmar ke arah demokrasi selepas lima dekad diperintah oleh kerajaan junta.

Hampir 140,000 anggota Rohingya Islam terpaksa tinggal di kem-kem sesak dan berpuluh ribu melarikan diri ke negara lain menaiki bot.

Andrews berkata, jumlah pelarian yang melarikan diri melalui laut meningkat dua kali ganda tahun ini walaupun perjalanan tersebut amat berbahaya dan sukar mendapat perlindungan di tempat lain.

Myanmar menganggap kira-kira 1.3 juta etnik Rohingya Islam sebagai pendatang yang berpindah ke negara itu secara haram dari Bangladesh walaupun kebanyakannya sudah tinggal di sana sejak beberapa generasi. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Anak perempuan tampar bapa kerana RM2.50

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

MOHAMAD Idris mengesat air mata selepas anaknya, Nor Diana Mohamed di bebaskan daripada pertuduhan menamparnya selepas warga emas itu menyatakan kesediaan untuk memaafkan Nor Diana di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam. - utusan/Irwan Majid

KOTA BHARU 25 Mac - "Hanya kerana tidak memberi RM2.50 untuk membeli air batu, kamu tergamak memukul bapa yang mengalami strok.

"Sedih bapa kamu apabila kamu buat begitu kepadanya. Selalunya kita mendengar ayah memukul anak tetapi hari ini berlaku sebaliknya. Lebih-lebih lagi kamu adalah anak perempuan dia.''

Demikian teguran seorang majistret di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap seorang wanita yang menghadapi tuduhan memukul bapanya dengan cara menampar mangsa, tahun lalu.

Nor Diana Mohamed, 30, yang tidak bekerja bagaimanapun dilepas dan dibebaskan oleh Majistret Nik Habri Muhamad daripada tuduhan itu setelah Mohamad Idris, 66, bersetuju kes tersebut diselesaikan menerusi permohonan maaf oleh anaknya.

Wanita tersebut didakwa menampar bapanya sehingga mendatangkan kecederaan kepada warga emas itu kira-kira pukul 4.15 petang, 2 Ogos 2013 di rumah mereka di Kampung Pintu Geng, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

Nor Diana mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Terdahulu, selepas Nik Habri meminta warga emas itu tampil ke hadapan, bapa tertuduh yang mengalami kesukaran berjalan akibat serangan strok menyatakan hasratnya untuk menarik balik pendakwaan terhadap anaknya itu.

"Saya mahu menarik balik laporan polis dan pendakwaan yang dibuat pada hari ini. Saya telah bersedia untuk memaafkan dia," katanya sambil mengesat air mata.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan tersebut tetapi membenarkan kes itu diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah menerusi kompaun kesalahan dengan permohonan maaf oleh anaknya.

Nor Diana kemudian tanpa menunjukkan sebarang emosi hanya menyatakan permohonan maaf daripada bapanya.

Nik Habri sebelum membuat keputusan membebaskan tertuduh turut menyifatkan tindakan wanita itu menampar bapanya hanya kerana lelaki tidak memberi wang yang diminta sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.

"Kali ini saya melepaskan kamu di atas permintaan bapa kamu, namun jika perkara ini berulang lagi saya tidak akan bertolak-ansur," tegas beliau.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sebutan kes polis didakwa tembak kanak-kanak 22 April

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

PARIT 25 Mac - Seorang anggota polis hari ini menghantar surat representasi agar Ketua Unit Pendakwaan Perak mengkaji semula pertuduhan yang dihadapinya iaitu dengan sengaja melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang kanak-kanak, Oktober tahun lalu.

Peguam Luqman Hakim Azhar yang mewakili Sarjan Abdul Rahim Md. Atan, 52, memaklumkan kepada Mahkamah Majistret di sini, pihaknya akan menyerahkan surat tersebut melalui Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi yang mengendalikan kes itu.

Sehubungan itu, Majistret Solehah Noratikah Ismail menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April ini untuk mendapatkan keputusan berhubung representasi itu daripada Ketua Unit Pendakwaan Perak.

Abdul Rahim yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping didakwa dengan sengaja melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Ammar Muhamad Azizi, 11.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh kira-kira pukul 4 petang, 14 Oktober tahun lalu di tangga rumah mentuanya di No.66, Kampung Belanja Kiri di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Abdul Rahim juga didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu dengan sengaja melepaskan tembakan tanpa mendapat sebarang kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Negeri pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam kejadian pada 14 Oktober tahun lalu iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, Muhammad Ammar cedera parah pada leher akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh seorang anggota polis ketika mengosongkan senjata di tangga rumah mentuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit itu selamat menjalani pembedahan berisiko tinggi mengeluarkan sebutir peluru dari kerongkong di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini enam hari kemudian.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perjalanan yang tiada destinasi

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

SEJAK 8 Mac lalu sehingga ke hari ini, Malaysia diselubungi perasaan sedih, hiba dan tertanya-tanya dengan peristiwa kehilangan misteri pesawat MH370. Dalam keghairahan dunia tampil dengan pelbagai teknologi canggih, penjelajahan mencari dan menyelamat melibatkan 26 negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Jepun, China, India, Perancis, Australia, Korea dan gergasi besar dunia lain cukup sukar sekali.

Ada pihak dengan mudah menuding jari kepada Malaysia kerana dikatakan tidak sensitif terutama dalam menyediakan maklumat dan data yang secukupnya. Malahan, rakyat Malaysia sendiri memburuk-burukkan negara tanpa segan-silu; tanpa melihat sensitiviti keluarga penumpang dan anak kapal.

Ada yang menjadi terlalu seronok menunjukkan kejaguhan dalam isu ini walaupun ia sebenarnya direkacipta untuk mencari populariti. Di manakah nilai kemanusiaan, pertahanan menyeluruh dan patriotisme tatkala dunia goyah disebabkan oleh insiden ini?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri sebak dan turut menangisi kesukaran yang dilalui oleh kaum keluarga terlibat tetapi ada pula yang seronok memperlekehkan apa sahaja tindakan yang dibuat oleh pihak berwajib malahan ada tokok-tambah yang tidak masuk akal sama sekali.

Soalnya mengapa dalam negara berhadapan dengan krisis kehilangan pesawat Boeing 777-200, kita masih tidak mahu bersatu, memobilisasi sokongan dan keazaman merentasi apa sahaja perbezaan.

Ia sewajarnya dijadikan iktibar agar operasi mencari dan menyelamat tidak dipengaruhi oleh apa sahaja sentimen terutama dalam kalangan kelompok tertentu yang terlalu taksub dengan berita-berita sensasi diterbit dan disiar oleh pihak yang cuba berperang dengan psikologi rakyat Malaysia.

Berita mengelirukan oleh media tertentu dan kemaruk untuk menjadikan sesuatu berita viral yang tidak ada keabsahan daripada sumber rasmi menjadi-jadi.

Sejak awal kerajaan cuba mengurus krisis MH370 secara berhemah dengan melihat ia sebagai peristiwa yang memerlukan komitmen besar bukan sahaja dari pihak Malaysia tetapi juga negara luar. Malaysia sebagai pemilik pesawat dan titik permulaan penerbangan menjadi peneraju dalam pencarian pesawat ini. Ia dilakukan dengan penelitian sebaik mungkin kerana yang diutamakan oleh pihak berwajib adalah penumpang, anak kapal dan keluarga mereka.

Malaysia turut dikritik kerana saga MH370 penuh dengan spekulasi oleh pelbagai pihak termasuk yang mahu menjadi orang pertama merungkai misterinya walaupun maklumat yang disebar tidak benar atau hanya berasaskan kepada sedikit maklumat yang sumbernya diragui.

Pelbagai dakwaan dibuat termasuk oleh media asing.

Saya percaya jika radar satelit gelombang beberapa negara yang terlibat dalam operasi pencarian ini dikongsi sepenuhnya, barangkali kita mampu mengesan dengan lebih baik. Ada pihak yang menyalahkan Malaysia kerana dikhuatiri tidak memberikan kesemua informasi tanpa menyedari bahawa kebanyakan negara asing lebih mengutamakan keselamatan negara masing-masing daripada diceroboh melalui data yang boleh dikongsi bersama-sama Malaysia untuk mengesan dengan lebih mendalam.

Jika maklumat radar diberikan serta-merta, barangkali ia sudah dirungkai hari ini.

Ia ketara kerana Thailand baru muncul dengan pengesahan radar tenteranya bahawa pesawat MH370 melencong ke Selat Melaka pada 8 Mac lalu.

Rakyat Malaysia mengharapkan negara yang ada maklumat sekurang-kurangnya berkongsi secara tertutup dengan pihak berwajib Malaysia agar ia tidak melengahkan masa operasi mencari pesawat ini.

Begitu juga di Maldives apabila ada yang menyuarakan terlihat pesawat terbang rendah sedangkan ia tidak wujud.

Apakah Malaysia wajar dikritik jika negara lain memakan masa mengeluarkan maklumat yang ada? Jika Malaysia mengutamakan perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal, ada media asing yang tidak tahu menghormati sensitiviti kerana lebih berminat untuk menampilkan teori konspirasi daripada mendekati jalan pencarian yang benar-benar praktikal kerana mereka sendiri sukar mempercayai pesawat ini sudah menjadi satu misteri di kala mereka megah dengan pelbagai peralatan canggih melangkaui zaman. Ada yang berlumba-lumba mahu ke hadapan tanpa menyedari ia memberikan impak negatif kepada keseluruhan insiden ini.

Angka korban, terhempas, dirampas sebagai tebusan dan bunuh diri ataupun dibunuh merupakan yang terakhir mahu dilihat oleh kerajaan yang komited atas keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walau ada segelintir yang syok dengan agenda ini untuk melemahkan pendekatan yang diambil oleh kerajaan kini.

Penyatuan dalam kalangan masyarakat Malaysia penting sewaktu negara berhadapan dengan krisis. Ini bukan pertama kali kita melihat ada pihak yang cuba memanipulasi situasi untuk meraih sokongan daripada percaturan politik.

Ia dilakukan sewaktu peristiwa Lahad Datu dan diulang semula sekarang. Apakah segalanya perlu dipolitikkan? Apakah belum wujud kematangan berpolitik sesama kita ketika cakap-cakap kita sudah berada di kepompong politik baru? Adakah kedaulatan negara tidak mahu dijunjung bersama kerana perbezaan fahaman politik?

Apakah politik masih menjadi titik pemisah sesama kita?

Barangkali, ramai yang tidak tahu bahawa koordinasi yang membabitkan 26 buah negara bukan mudah terutama dengan kesediaan beberapa negara dunia pertama sendiri mahu terlibat. Ada data radar yang sensitif tidak boleh dijadikan tatapan umum dan ada juga yang tidak dikongsi sebarangan oleh negara yang terhalang dengan limitasi dasar keselamatan negara masing-masing.

Ia juga membabitkan soal risikan, intipan serta justifikasi penanda aras ke atas kekuatan dan kekurangan teras bucu-bucu yang boleh dibolosi ketika berhadapan dengan konflik dan persengketaan. Ia adalah benteng mempertahankan kedaulatan serta sekuriti sesebuah negara.

Kewibawaan pimpinan negara terserlah walaupun dihimpit dengan bermacam tohmahan. Apa yang diberikan keutamaan adalah bukti sahih yang boleh dijadikan laporan rasmi; bukannya spekulasi dan ramalan penganalisis aviasi yang tiba-tiba muncul. Kesemua ini memerlukan keterampilan hubungan diplomatik dan terbukti dilakukan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin menggunakan kesemua saluran hubungan dua hala serta pelbagai hala demi MH370.

Usaha kerajaan, MAS, pasukan keselamatan dan yang lain perlu diiktiraf. Walau ada kelemahan, penambahbaikan dilakukan secara berterusan dalam masing-masing dahaga maklumat.

Malaysia terus diuji dengan kehilangan MH370, masalah kemarau yang berpanjangan; jerebu, cuaca panas terik dan isu air; kesemuanya cuba ditangani dengan mencari formula menang-menang untuk semua.

Yang penting, kita perlu muafakat, bersatu, cekal dan tidak digoda oleh tangan-tangan yang mahu melihat Malaysia cemas dan runtuh di mata dunia.

Bagi yang secara berterusan mengkritik usaha kerajaan termasuk pemimpin yang ghairah memberikan bahan kepada media luar serta membogelkan martabat tanah air melalui sindiran lukisan, temubual dan penulisan, bayangkan jika yang ada dalam pesawat ialah insan yang kita kenali dan sayangi.

Cuba fahami dan selami jiwa keluarga dan waris mereka yang berada dalam MH370 sebelum mahu memburuk-burukkan insiden ini kerana tidak ada keuntungan yang boleh diperolehi melainkan kebencian dan perasaan marah.

Bersatulah mempertahankan kedaulatan, martabat dan kelangsungan negara-bangsa yang bernama Malaysia ini. Megah sebagai warga yang bertanggungjawab lebih baik daripada megah sebagai Si Kitul yang menjadi musuh dalam selimut kepada negaranya sendiri kerana penyatuan melangkaui politik adalah satu perjalanan yang tidak ada destinasinya.

Dr. Sivamurugan Pandian ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia (USM)

Jangan hilangkan kotak hitam kemanusiaan

Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT

Oleh Abdul Razak Idris

DI SAAT ini doa untuk penumpang dan anak kapal pesawat MH370 masih belum putus-putus dipanjatkan oleh umat Islam di negara ini.

Doa adalah janakuasa keimanan kepada umat Islam yang mempercayai segala perkara yang berlaku di dunia ini telah ditentukan. Namun sebagai umat Islam kita perlu berusaha dan bertawakal.

Sementara pelbagai lapisan masyarakat daripada Perdana Menteri sehingga kanak-kanak prasekolah terus berdoa, malangnya masih ada yang menjadikan peristiwa kehilangan MH370 sebagai modal bicara di laman sosial.

Baru-baru ini penulis berpeluang menyaksikan kanak-kanak prasekolah dan murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 menzahirkan rasa sedih dan harapan mereka terhadap penumpang MH370 yang tidak dikenali oleh mereka. Kanak-kanak prasekolah tersebut melukis dan mewarna dengan cantik gambar kapal terbang yang mungkin tidak pernah mereka naiki sebelum ini.

Antara mereka ada yang mengatakan MH370 telah terbang tapi masih belum pulang lagi ke negara ini. Ada juga mengatakan ibubapa mereka memberitahu tugas juruterbang adalah hebat dan memerlukan keberanian.

Malahan lebih menyayat hati apabila kanak-kanak ini mengatakan MH370 tidak hilang tetapi telah berada di dalam hati kita semua.

Bayangkan anak-anak yang masih hijau sudah memahami sentimen kesedihan atas hakikat sebuah kehilangan.

Sayangnya mengapa kita orang dewasa pula bertanggapan yang peristiwa kehilangan pesawat MH370 itu akan terus hilang daripada ingatan dan radar keprihatinan kita.

Di sana-sini di dunia maya ada yang terus menyebarkan spekulasi negatif hingga ada waris penumpang dan anak kapal MH370 menganggap Kerajaan Malaysia menyembunyikan sesuatu.

Isu yang di luar bidang kuasa kita bukan kita yang berhak menentukan. Apa yang penting kita memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sebaik-baiknya maklumat yang diterima dibincangkan mengikut kebijaksanaan dan bukan menonjolkan sisi jumud dan sinis diri kita.

Kita takut nanti setelah segala misteri kehilangan MH370 terungkai, kita pula sibuk mencari kotak hitam kemanusiaan kita.

Hentikanlah sikap buruk yang menyakitkan hati waris-waris 239 penumpang dan krew sama ada di dunia maya atau dunia realiti.

Biarlah operasi SAR memberi fokus mencari kotak hitam penerbangan MH370. Jangan pula kotak hitam kemanusiaan kita hilang dari radar keprihatinan kita.

Lautan Hindi dan cuaca sejuk adalah halangan operasi SARberdoalah.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved