Ahad, 23 Mac 2014

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jalur lebar percuma setahun

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

MOHD. Ghazali Abd. Wahid (dua dari kiri) menekan butang alat kawalan sebagai gimik pelancaran TM Bersama Komuniti DUN Paroi sambil diperhatikan oleh Ramlan Omar (kiri) dan Mohd. Asri Che Mat (kanan), di Seremban, semalam.

SEREMBAN 22 Mac - Seramai 8,000 penduduk di Taman Bandar Senawang dekat sini menikmati perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar daripada Telekom Malaysia (TM) secara percuma selama setahun.

Ini hasil pelancaran perkhidmatan yang dikenali sebagai WiFi Dewan Undangan Negeri (DUN) Komuniti Paroi di kawasan perumahan itu oleh TM menerusi program kemasyarakatan 'TM Bersama Komuniti DUN Paroi' hari ini yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd. Ghazali Abd. Wahid.

Yang turut hadir Pengurus Besar Negeri TM Negeri Sembilan, Ramlan Omar dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bandar Senawang, Datuk Mohd. Asri Che Mat.

Mengulas lanjut mengenai perkhidmatan itu, Ramlan berkata, itu adalah sebahagian daripada sumbangan TM kepada komuniti setempat bagi membolehkan penduduk di taman berkenaan menikmati akses internet jalur lebar.

"Penduduk boleh mengakses perkhidmatan ini di balai raya di taman perumahan ini. Selain itu, kami merancang menawarkan beberapa kursus seperti kursus asas photoshop dan membina lawan web sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas majlis tersebut di sini hari ini.

Beliau memberitahu, program hari ini mengetengahkan kempen pemasaran terbaru TM, 'Life Made Easier' yang menumpukan kepada manfaat yang boleh dinikmati oleh komuniti menerusi inovasi terbaru TM - UniFi, HyppTV dan Streamyx.

Sementara itu, Mohd. Ghazali berkata, perkhidmatan WiFi DUN Komuniti Paroi akan diperluaskan ke seluruh kawasan DUN berkenaan secara berperingkat sebagai satu kemudahan kepada rakyat.

Katanya, itu akan dilaksanakan dengan kerjasama persatuan penduduk atau rukun tetangga (RT).

"Kerajaan negeri sentiasa mengalu­alukan sumbangan serta inisiatif pihak swasta mahu pun korporat yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat," ujarnya.

Banteras jenayah sekitar PD

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

TELOK KEMANG 22 Mac - Usaha membanteras jenayah di sekitar PD Waterfront dekat sini mendapat perhatian dari pihak swasta apabila pemaju hartanah, TSR Capital Bhd. menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPK) dalam melaksanakan perkara itu.

Menerusi memorandum itu, pihak pemaju akan memberi kerjasama dengan memudahkan pihak polis melihat sebarang kegiatan jenayah yang berlaku menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan projek PD Waterfront sementara polis akan mempertingkatkan usaha rondaan di kawasan terbabit.

Ketua Pegawai Operasi TSR Capital, Datuk Wan Abdul Razak Ismail berkata, biarpun pihaknya giat merangka agenda pembangunan di kawasan berkenaan, namun pada masa sama adalah penting bagi syarikat berkenaan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah.

Jelas beliau setakat ini terdapat 90 unit CCTV dipasang termasuk di premis kedai sekitar kawasan projek PD Waterfront.

"Langkah yang dilaksanakan ini dapat membantu kami mempertingkatkan ciri keselamatan di sekitar PD Waterfront dan memberi keselesaan kepada pelancong terutama melibatkan pelancong antarabangsa ke lokasi ini," katanya.

"Pada masa sama, tindakan susulan akan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian jenayah menerusi rakaman CCTV di kawasan ini,'' katanya pada Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'Safe Cam PartnerShip' Sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di PD Waterfront dekat sini semalam .

Yang turut hadir Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab. Khalid Mat dan Ketua Polis daerah, Supritendan Abd. Wahab Harun.

Sementara itu Osman berkata, syarikat swasta boleh memainkan peranan membantu pihak polis dan tanggungjawab sosial itu mampu melancarkan misi cegah jenayah dan memberi keyakinan kepada masyarakat serta pengunjung terhadap aspek keselamatan mereka.

"Di bandar pelancongan ini aspek keselamatan turut memainkan peranan yang amat penting. Kemudahan yang diberikan syarikat ini akan memudahkan lagi proses cegahan jenayah serta melancarkan aspek penjagaan keselamatan," katanya.

Pamer karya pelukis tempatan

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

MELAKA 22 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) membuka pintu kepada mana-mana pelukis tempatan yang ingin mempamerkan karya mereka di dua buah galeri milik perbadanan itu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Hamdin Abdollah berkata, Perzim sentiasa menggiatkan usaha memperkenalkan bakat pelukis tempatan dalam usaha membantu mereka memperkenalkan karya masing-masing kepada masyarakat.

Menurutnya, pihaknya menyediakan dua buah galeri untuk sebarang pameran karya pelukis tempatan iaitu di Balai Seni Lukis Melaka dan Galeri Seni Rakyat Melaka.

Beliau berkata, pameran yang dianjurkan di galeri seni itu merupakan langkah bagi mengangkat martabat pelukis tempatan khususnya anak jati negeri ini melalui hasil karya supaya setaraf dengan pelukis antarabangsa.

"Ternyata ruang-ruang seni visual masih banyak lagi yang perlu diterokai dan diperhalusi melalui bakat semula jadi yang ada pada para pelukis tanah air.

"Penampilan karya pelukis-pelukis Melaka dapat membuka minda dan minat generasi muda untuk menonjolkan bakat mereka ke persada seni visual tempatan hingga ke luar negara," katanya ketika berucap merasmikan Pameran 5 Sahabat di Balai Seni Lukis Melaka, Banda Hilir di sini semalam.

Yang hadir sama Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas.

Pameran selama sebulan itu menampilkan hasil karya gabungan lima ahli daripada Kumpulan Pelukis Negeri Melaka iaitu Muhamad Tain, Zaini Aman, Pardan Moslem, Mohd. Zuwairi Abd. Rahman dan Othman Abu.

Sebanyak 34 keping lukisan dipamer menggunakan pelbagai teknik dan medium antaranya cat air, warna poster, cat poster, cat minyak, akrilik dan 'oil pastel'.

Sementara itu Zaini berkata, sebahagian besar karya mereka yang terdapat di pameran itu mengabadikan alam semulajadi sebagai tema utama selain warisan sejarah yang menjadi kebanggaan negeri Melaka.

"Setiap pelukis menghasilkan karya mereka dengan cara tersendiri selain mendokumentasikan alam semulajadi yang semakin terhakis akibat pembangunan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MH370: Satelit Perancis kesan objek di Lautan Hindi

Posted: 23 Mar 2014 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Mac - Satelit Perancis mengesan objek yang berpotensi merupakan serpihan pesawat MH370 di selatan kawasan pencarian di Lautan Hindi, lapor pihak berkuasa Malaysia.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya berkata, maklumat tersebut diterima oleh pihak berkuasa Perancis awal pagi ini dan menghantar imej tersebut kepada pusat penyelarasan Australia yang terlibat dalam operasi di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak memberi butiran lanjut tentang imej satelit yang diperoleh. - REUTERS

RM28 juta tanam semula pokok buah-buahan - Ismail Sabri

Posted: 23 Mar 2014 02:31 AM PDT

RAUB 23 Mac - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan Program Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program yang pertama kali diadakan itu mampu melonjakkan pendapatan masyarakat luar bandar dengan melibatkan penyertaan kira-kira 6,000 peserta.

"Melalui bantuan itu kita akan membuat bayaran tunai berdasarkan jumlah pokok atau keluasan tanah pemilik kebun.

"Selain itu, kita juga akan membantu menyediakan benih berkualiti, input pertanian, alatan kecil pertanian, infrastruktur asas dan kerja-kerja pembersihan kawasan,'' katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Bantuan Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih di Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Dong di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Semua 16 pusat undi ditutup

Posted: 23 Mar 2014 02:20 AM PDT

HULU LANGAT 23 Mac - Kesemua 16 pusat pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup tepat pukul 5 petang ini.

Peti-peti undi dijangka tiba di pusat penjumlahan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) di sini pada bila-bila masa sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan akan diketahui seawal pukul 9 malam ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM18 juta bina dua projek

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh ROKIAH
ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

LUMUT 22 Mac - Dua projek bernilai hampir RM18 juta yang dilaksanakan kerajaan negeri di beberapa kampung berhampiran Sungai Ayer Tawar dekat sini bakal merubah sosioekonomi kawasan itu selain manfaat kepada kira-kira 2,000 penduduknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, projek berkenaan ialah pembinaan jambatan menghubungkan Kampung Baharu-Kampung Teluk bernilai RM17.3 juta yang akan siap sepenuhnya April tahun depan serta pembinaan sebuah jeti baru di Kampung Telaga Nenas dekat sini bernilai hampir RM400,000.

Jelas Zambry, kedua-dua projek berkenaan termasuk Jeti Kampung Telaga Nenas yang sudah boleh digunakan penduduk mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat di kampung terlibat selain kawasan sekitar yang terletak agak terpencil.

''Hari ini jeti Kampung Telaga Nenas sudah boleh digunakan dan kita (kerajaan) bukan buat sekadar melepaskan batuk di tangga kerana jeti ini saya difahamkan boleh tahan sehingga 100 tahun berikutan ia dibina daripada konkrit sepenuhnya.

''Begitu juga jambatan yang menghubungkan Kampung Baharu dengan Kampung Teluk yang akan siap tahun depan. Semua usaha ini antara langkah untuk membangunkan kawasan ini dan membantu penduduk kampungnya untuk hidup lebih baik meskipun berada agak terpencil dan jarak lokasinya jauh daripada bandar," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan jeti Kampung Telaga Nenas, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Safry Kamal Ahmad dan Ketua Kampung Telaga Nenas, Nafis Budin.

Jeti baharu tersebut yang dibuat daripada konkrit mula dibina pada Ogos tahun lalu dan telah siap sepenuhnya pada 28 Februari lalu oleh JKR negeri untuk kemudahan penduduk terutama nelayan.

Zambry memberitahu, pembinaan jambatan Kampung Baharu-Kampung Teluk yang bermula pada Oktober 2012 lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang April 2015 pula membolehkan penduduk setempat berurusan terus ke pekan Sitiawan dan Lumut.

Jelas beliau, pembinaannya juga sekali gus mengurangkan jarak perjalanan kedua-dua perkampungan itu hanya lima kilometer (km) berbanding 30km ketika ini.

''Apabila adanya jambatan ini, ia akan merancakkan lagi pembangunan dan menyelesaikan masalah perhubungan yang menghubungkan lokasi ini dengan pekan terdekat.

''Kebiasaannya 40 minit masa diambil penduduk untuk sampai ke Lumut namun apabila jambatan tersebut siap kelak ia akan memendekkan masa perjalanan kepada 15 hingga 20 minit sahaja," katanya.

Azam Tani tambah pendapatan peniaga

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

SIK 22 Mac - Seorang peniaga kini boleh menarik nafas lega apabila gerai lamanya yang bertiangkan buluh dan berbumbungkan kain serta daun rumbia digantikan dengan gerai yang lebih baik melalui program bantuan Azam Tani.

Ahmad Jamil Ismail, 52, dari Kampung Sungai Namek, Teloi Tua dekat sini berkata, dia amat menghargai bantuan tersebut yang membolehkan dia menjalankan perniagaan gerai makannya itu dengan lebih selesa.

"Dulu berniaga di gerai usang yang dibina sendiri dengan menggunakan bahan-bahan dari hutan dan kini saya lebih selesa dan gembira berniaga di gerai baharu ini.

"Pendapatan saya juga bertambah daripada RM40 sehari kini mencecah RM80 sehari," kata Ahmad Jamil ketika ditemui dalam Program Masuk Kampung MARDI Bersama Rakyat, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Masri Muhamad.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Tajudin, projek itu diselenggarakan oleh MARDI untuk membantu rakyat miskin yang telah mendaftar dalam E-Kasih.

"Kerajaan amat prihatin dengan masalah rakyat dan sentiasa membantu mereka yang miskin untuk menjana pendapatan agar mereka boleh keluar daripada belenggu kemiskinan," katanya.

"Melalui projek Azam Tani ini, pihak MARDI akan memberikan bantuan dan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan projek mereka yang terpilih itu berjalan lebih sempurna seperti yang diharapkan," katanya.

Melalui projek itu, setiap peserta akan memperoleh bantuan sehingga RM10,000 yang diberikan mengikut keperluan peserta dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab sosial bank bantu sekolah

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Mohd. Khairil Mohd. Nor (dua dari kiri) menyampaikan cek pampasan kepada Husni Hussin pada Program Karnival Sekolah BSN 2014 di Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin. - MINGGUAN/SAZALI CHE DIN.

KEPALA BATAS 22 Mac - Dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, Bank Simpanan Nasional (BSN) memilih enam sekolah di negeri ini untuk menaja program Karnival Sekolah BSN bagi meningkatkan dana mereka.

Sekolah berkenaan melibatkan dua sekolah kebangsaan, tiga sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Pengurus BSN negeri, Mohd. Khairil Mohd. Nor berkata, penajaan berjumlah RM10,000 kepada setiap sebuah sekolah itu adalah untuk tujuan menganjurkan karnival serta pertandingan bakat dan mewarna.

"Karnival ini merupakan inisiatif BSN untuk membantu pihak sekolah meningkatkan dana melalui jualan amal dan aktiviti," katanya dalam ucapan pada Program Karnival Sekolah BSN 2014 di dewan Sekolah Menengah Bertam Indah di sini semalam.

Mohd. Khairil berkata, 78 sekolah terlibat dengan Karnival Sekolah BSN di seluruh negara tahun ini.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa supaya mendidik anak-anak untuk menabung sedari kecil.

"Melalui usaha ini akan membolehkan anak-anak menyimpan wang demi masa depan mereka," katanya.

Sementara itu, BSN turut menyerahkan pampasan insurans kemalangan berjumlah RM10,250 kepada waris Nur Alif Naim Husni yang mati lemas pada September tahun lalu.

Mohd. Khairil menyerahkan cek berkenaan kepada bapa murid terbabit, Husni Hussin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Satu lagi penemuan baharu

Posted: 22 Mar 2014 11:19 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Australia tingkat operasi

Posted: 22 Mar 2014 11:19 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

SPR jangka lebih 80% mengundi

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Cabar adrenalin dengan ATV

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

SUKAN lasak kian diminati golongan muda dan setiap minggu ada sahaja aktiviti dilakukan untuk mengisi masa lapang bersama rakan-rakan dengan aktiviti berfaedah.

Pada minggu ini ruangan Lasak dan Santai memaparkan cabaran sukan lasak menggunakan all-terrain vehicle (ATV) menyusuri kawasan berbukit dan berair di kawasan kebun getah dan dusun di Kampung Rinching Tengah, Beranang, Selangor.

Krew dan beberapa orang pembaca .com dijemput merasai sendiri pengalaman mengendalikan kenderaan empat roda ini di dalam hutan.

Bagi mereka yang pertama kali memandu ATV ini, mungkin agak sukar kerana pengendalian kenderaan ini umpama motosikal tetapi mempunyai empat roda.

Walaupun biasa dengan motosikal, kenderaan ini tetap memberi cabaran ketika mengendalikannya apatah lagi kawasan yang dilalui berbukit dan curam.

Pada peringkat awal, setiap peserta diberi penerangan oleh pihak Rinching ATV Advanture Park yang dikendalikan oleh Affendi Hassan yang merupakan pemilik bersama taman itu.

Teknik pengendalian, keselamatan dan kecemasan diajar kepada setiap peserta agar kenderaan tersebut dapat dikendalikan dengan baik dan mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku,

Menurut Affendi, jarak trek hanya 860 meter, tetapi setiap halangan yang diberikan agak mencabar kerana melalui kawasan semula jadi seperti menuruni bukit curam, kawasan berair dan mendaki bukit dengan kadar kecuraman sehingga 45 darjah.

Itulah yang memberikan kelebihan kepada taman ini walaupun jarak dekat tetapi kemahiran menunggang, kelasakan dan keberanian peserta akan dicabar sepenuhnya.

Usai sesi taklimat peserta dilepaskan memasuki kawasan kebun getah tua yang tidak lagi digunakan. Debaran mula terasa kerana cabaran pertama adalah menuruni kawasan curam yang membuatkan penunggang terpaksa mengelak beberapa batang pokok ketika turun.

Nasib tidak menyebelahi penulis apabila pada cabaran pertama telah melanggar pokok ketika menuruni laluan itu kerana gagal mengawal ATV dengan baik dalam keadaan bukit yang agak curam.

Namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat penulis untuk meneruskan misi tersebut kerana banyak lagi cabaran akan dihadapi.

Laluan paling sukar adalah kawasan berair sepanjang 50 meter, tetapi kedalamannya menenggelamkan keseluruhan tayar ATV tersebut ternyata memberikan satu pengalaman baru kepada semua peserta.

Boleh dikatakan semua peserta terkandas di kawasan itu kerana keadaan tanah yang berselut banyak menguji teknik pemanduan peserta.

Bagi yang terkandas sudah pasti baju dibasahi dengan lumpur kesan daripada percikan tayar ATV tersebut.

Walaupun kotor dan basah, peserta terpaksa meneruskan misi kerana perjalanan masih lagi jauh dan pelbagai halangan lain menanti.

Setibanya di satu kawasan mendaki, peserta dilepaskan seorang demi seorang kerana bukit yang agak curam. Beberapa peserta terpaksa ditolak kerana tidak lepas halangan tersebut dan ada juga yang berjaya.

Ternyata mengendalikan ATV nampak mudah tetapi pengalaman sebenar membuktikan kemahiran seseorang peserta itu untuk mengawal dan memandu kenderaan tersebut.

Kesan-kesan calar pada tangan akibat terbabas dan terlanggar pokok adalah perkara biasa. Itulah yang dikehendaki oleh peserta dan penggemar aktiviti lasak yang inginkan cabaran dalam meningkatkan adrenalin dalam diri mereka.

Bagi mereka yang inginkan cabaran lasak sambil mengamati alam semula jadi bolehlah bermain dengan ATV di kawasan-kawasan yang menyedikan perkhidmatan ini jika masih belum mampu memilikinya sendiri.

Ternyata pengalaman yang ditimba dan keseronokan berbaloi dengan pelaburan dikeluarkan di samping dapat merapatkan silaturahim antara rakan serta menjadi aktiviti pengisi masa lapang.

Menurut rakan kongsi taman itu, Mohd Ruzian Azis, bagi mereka yang ingin datang dalam kumpulan besar dan mengadakan barbeku juga dialu-alukan kerana kawasan yang luas dan kemudahan seperti tandas turut disediakan.

"Tidak kira pertama kali atau sudah mahir, kawasan taman ini memberikan pengalaman yang berlainan dari tempat-tempat lain yang menyediakan perkhidmatan sama," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Sabtu, 22 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


17 rumah musnah dijilat api

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh ROSMAWATI SALIHIN
pengarang@utusan.com.my

Yahya Hussin (dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada penduduk ketika melawat kawasan kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putatan, Sabah, semalam. - UTUSAN/ROSMAWATI SALIHIN

KOTA KINABALU 22 Mac - Sebanyak 25 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, dekat sini awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu memusnahkan sebanyak 17 buah rumah kayu yang didiami sejak puluhan tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.52 pagi dan tiga jentera dengan kekuatan 25 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Maklumat awal mendapati kebakaran berpunca daripada kelalaian salah seorang penghuni yang terlupa menutup dapur gas," katanya di sini hari ini.

Tambah Nordin, ketangkasan pihaknya berjaya mengawal api dari merebak ke penempatan lain.

Katanya, api berjaya dikawal kira-kira pukul 4.30 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

"Jumlah kerugian dan punca sebenar masih dalam siasatan," kata beliau lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin turut melawat mangsa kebakaran dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, beliau akan berbincang dengan kerajaan negeri dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai pembinaan sebuah balai bomba baharu di daerah Putatan.

"Daerah Putatan memerlukan sebuah balai bomba sendiri bagi menghadapi kecemasan terutamanya kejadian kebakaran serta insiden-insiden lain.

"Pembangunan yang pesat dan bilangan jumlah penduduk yang terus meningkat menuntut daerah Putatan mempunyai balai bomba sendiri bagi menampung keperluan semasa," katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa ditempatkan di penempatan sementara Dewan Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan (JBSP) negeri.

Lelaki bersenjatakan pistol rompak lima beranak

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Goh Wong Leng memeriksa beberapa dokumen ketika ditemui selepas kejadian samun dan tembak di rumah ibunya di Jalan Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 22 Mac - Lima beranak warga emas bukan sahaja kerugian barangan berharga dan wang tunai, malah berdepan detik cemas apabila dua lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ketika merompak rumah mereka di Jalan Kubang Pasu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, tembakan yang dilepaskan salah seorang suspek yang memakai topi keledar tersebut terkena dinding dan almari namun kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.

Suspek dipercayai warga tempatan kemudiannya mengikat tiga daripada lima beranak itu sebelum menyelongkar rumah mereka untuk mencari barangan berharga.

Salah seorang mangsa, Goh Wong Leng, 61, memberitahu, rumah berkenaan didiami ibunya yang berusia 86 tahun bersama seorang kakak dan seorang adik lelaki yang lumpuh akibat strok.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia dan seorang lagi kakaknya menziarahi ibu mereka selain mahu membersihkan rumah tersebut.

"Seorang lelaki bertopi keledar tiba-tiba masuk ke dalam rumah sebelum mengacukan sepucuk pistol dan mengarahkan saya menyerahkan barang berharga.

"Saya cuba berlindung di sebalik meja namun lelaki berkenaan melepaskan tembakan lalu terkena dinding dan almari di belakang saya.

"Seorang lagi lelaki masuk dan mengikat saya serta dua orang kakak sebelum menyelongkar rumah," katanya di sini hari ini.

Wong Leng berkata, suspek kemudian berjaya menemui beberapa berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai RM500, melarikan diri bersama sebuah kereta Honda Accord kepunyaan adiknya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Rafar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa mangsa.

"Kesemua mangsa yang berusia antara 60 tahun hingga 86 tahun itu tidak mengalami kecederaan namun semakan ke atas motosikal yang ditinggalkan dua suspek berkenaan mendapati nombor pendaftarannya palsu," katanya.

Idris berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelebihan gol bawa Malaysia ke final

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
sukan@utusan.com.my

PEMAIN Malaysia, Helmi Jali (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain Australia dalam perlawanan terakhir peringkat awal kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam yang berkesudahan Malaysia tewas 6-2. - MINGUAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

IPOH - Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah tetapi hanya selepas menanti keputusan dengan penuh debaran sebelum mengesahkan tempat menerusi kelebihan gol ke atas Korea Selatan.

Setelah dibelasah juara bertahan, Australia 2-6 dalam perlawanan awal di Stadium Azlan Shah di sini semalam, nasib Malaysia terpaksa ditentukan berdasarkan keputusan perlawanan terakhir peringkat awal di antara Korea Selatan dengan Afrika Selatan yang berakhir dengan juara Asia itu menang 5-2.

Skuad kebangsaan seharusnya berterima kasih kepada Afrika Selatan yang berjaya menyekat Korea Selatan daripada menang besar.

Keputusan itu menyebabkan Malaysia dan Korea Selatan terikat dengan 10 mata tetapi anak-anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah memiliki kelebihan jaringan setelah menjaringkan 17 gol berbanding pencabarnya 14 gol.

Dalam aksi menentang Australia, skuad negara tampil kental pada babak pertama apabila hanya dibolosi satu gol setelah Nicholas Budgeon menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-17.

Namun gawang gol skuad kebangsaan dibolosi lima kali pada babak kedua, masing-masing menerusi Chris Ciriello (m-38 dan m-59) Russell Ford (m-42), Daniel Beale (m-43) dan Eddie Ockenden (m-46).

Perbezaan jaringan yang besar itu bagaimana pun berjaya dikurangkan menerusi dua gol hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Faizal Saari pada minit ke-61 dan ke-70.

Jurulatih kebangsaan, Muhammad Dharma berkata, walaupun kalah dia berpuas hati dengan persembahan pasukannya terutama pemain muda yang pertama kali beraksi dalam kejohanan ini.

"Matlamat kita memang mahu mengurangkan jumlah jaringan dan berjaya melakukannya hasil dua gol pada penghujung perlawanan.

"Menentang pasukan No. 1 dunia, pemain membuktikan kita bukan pasukan pengecut, malah memberikan tentangan hingga ke penghujung perlawanan.

"Apa yang membanggakan kita menjadi pasukan pertama yang membolosi gawang Australia sebanyak dua kali," katanya.

Dalam pada itu, Korea Selatan dikerah sebelum mengalahkan Afrika Selatan 5-2 setelah mendahului 2-1 pada babak pertama menerusi Jung Man Jae dan Kang Moon Kweon pada minit ke-22 dan ke-26.

Sebelum itu Korea Selatan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan Afrika Selatan hasil gol padang Ignatius Malgraff pada minit ke-18.

Korea Selatan menambah tiga gol pada babak kedua menerusi Hyun Hye Sung (m-42), Kang Moon Kyu (m-68) dan Jang Byung Jin (m-70) manakala gol kedua Afrika Selatan dijaringkan Brandon Panther (m-69).

Pemain 17 tahun kejutkan Nicol

Posted: 22 Mar 2014 11:20 AM PDT

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
sukan@utusan.com.my

Nicol Ann David ditenangkan bapanya, Desmond David selepas tewas kepada Nour El Sherbini dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Pulau Pinang semalam. - BERNAMA

PULAU PINANG - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal dalam misinya mencari kejuaraan dunia kelapan dalam Kejohanan Wanita Dunia CIMB ke-29 selepas tewas mengejut kepada pemain muda Mesir, Nour El Sherbini di sini semalam.

Masuk ke gelanggang selaku pilihan utama kejohanan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (SPICE), Nicol, 31, gagal memanfaatkan kelebihan bermain di hadapan sokongan padu peminat di negeri kelahirannya apabila tewas dalam perlawanan lima set yang berlangsung kira-kira satu jam.

Nicol, yang muncul juara kejohanan ini di Pulau Caymen tahun lalu, kelihatan akan meraih laluan mudah setelah menang mudah pada set pertama dengan 11-4 ke atas juara remaja dunia sebanyak tiga kali berusia 17 tahun itu.

Bagaimanapun, dia gagal mengekalkan rentak kemenangan untuk tewas dua set berikutnya dengan 9-11 dan 6-11.

Namun, pemain nombor satu dunia itu mengikat kedudukan dua set sama apabila bangkit pada set keempat untuk menang 11-2 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Dalam set terakhir, Nicol seolah-olah hilang tumpuan selepas membenarkan Sherbini mendahului agak selesa malah pernah ketinggalan agak jauh dengan 4-8.

Meskipun cuba mengejar, namun Nicol tidak mampu menyaingi permainan pantas dan menyerang Sherbini sebelum tewas 9-11.

Selepas perlawanan, Nicol mengakui dia kecewa dengan kekalahan itu apatah lagi ditewaskan di hadapan penyokong sendiri.

Bagaimanapun, menurut Nicol, dia tetap berasa bangga kerana tewas di tangan seorang pemain muda yang berbakat besar serta seorang lawan yang cukup hebat seperti Sherbini.

"Dia terlalu bagus hari ini dan memberi persaingan yang cukup sengit dan saya akui pertemuan dengannya adalah perlawanan yang sukar.

"Apa pun saya terima kekalahan ini meskipun pahit kerana kecundang di negara serta negeri kelahiran saya sendiri dan saya akan menilai kekalahan ini untuk persediaan dalam kejohanan akan datang," katanya.

Kekalahan Nicol itu juga bermakna dia gagal untuk mengulangi pertemuan dengan musuh tradisi, Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir hari ini seperti dalam kejohanan musim lalu.

Massaro yang juga pemain No. 2 dunia melangkah ke peringkat akhir selepas menewaskan pemain No. 3 dunia juga dari Mesir, Raneem El Weleily dengan 11-9, 11-7, 6-11 dan 11-7 dalam masa 48 minit.

Dalam pada itu, Sherbini berkata, kemenangan ke atas Nicol adalah pengalaman paling manis dalam kariernya memandangkan tidak pernah berjaya menewaskan Nicol sebelum ini.

"Saya turun tanpa sebarang tekanan berbanding Nicol dan keadaan itu memberi kelebihan kepada saya untuk menewaskannya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved