Sabtu, 22 Mac 2014

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Fabrik cetak Angola beri kelainan

Posted: 22 Mar 2014 05:36 AM PDT

PENGGUNAAN lapisan lilin pada fabrik boleh mengelakkan kain daripada jarang dan selesa apabila dipakai.

Pemilihan dress dan skirt seringkali menjadi masalah kepada gadis yang ingin mendapatkan kelainan dalam gaya pemakaian terutama untuk bersantai dan berhibur bersama rakan-rakan.

Ada kalanya jika tersalah pilih akan menyebabkan seseorang itu menjadi mangsa kepada fesyen kerana tidak sesuai untuk digayakan pada acara itu.

Di Malaysia tidak banyak yang memfokuskan rekaan dress mahupun skirt berbanding jenama-jenama besar seperti Zara, Mango dan sebagainya.

Ruangan Trend kali ini menampilkan pemilihan dress dan skirt berasaskan konsep cetakan yang amat sesuai jika digayakan oleh mereka yang ingin perhatian dan tampil berbeza di majlis-majlis tertentu.

Rekaan daripada My Apparel Zoo ini merupakan fabrik Angola atau fabrik Afrika yang tampak berbeza daripada kebanyakan dress dan skirt di pasaran.

Si pemakai akan tampil elegan dan minimalis sesuai untuk golongan muda yang inginkan gaya feminin dan anggun apabila menghadiri sebarang majlis.

Rekaan corak berasaskan ciri-ciri Afrika ini menambahkan lagi seri si pemakai dalam mendapatkan gaya menarik dan santai.

Menggunakan kain kapas dan ciri-ciri Afrika seperti lilin membuatkan si pemakai boleh memakainya tanpa sebarang pakaian lapisan dalam (inner) kerana ia tidak jarang dan selesa apabila digayakan.

Pengguna boleh memilih di antara menggunakan skirt berserta baju satu warna yang polos kerana rekaan skirt corak bercetak sudah cukup memberi efek menarik.

Bagi dress pula, pemilihan dress labuh mahupun singkat terpulang pada si pemakai. Mereka yang ingin tampak tinggi boleh menggunakan dress singkat manakala bagi yang tinggi, dress potongan labuh lebih sesuai.

Jadi pemilihan dress dan skirt yang sesuai akan memberikan efek menarik pada tubuh gadis remaja di luar sana untuk tampil bergaya dan cantik apabila menghadiri sebarang majlis formal atau tidak. - AMIRUL/SYEFRI

Puisi jiwa Azzurein

Posted: 22 Mar 2014 05:36 AM PDT

SERIUS, sukar didekati, berkarisma, sukar untuk ketawa dan pendiam adalah antara karektor yang biasa dikaitkan dengan orang seni ataupun pemuisi. Semua itu terlalu subjektif dan ternyata tanggapan itu meleset apabila penulis bertemu seorang pemuisi berusia 23 tahun yang murah dengan senyuman dan periang.

Azzurein Mohd. Yasin yang menggunakan nama pena Reinraz mempunyai pengalaman menulis blog sejak berusia 17 tahun lagi. Kebanyakan isi yang dimuatkan di dalam blognya adalah hasil seni atau karya yang ditulis sendiri.

Anak bongsu daripada lima beradik ini mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan sebelum meneruskan pelajaran sekolah menengah di Klang, Selangor. Minat mendalam terhadap bidang penulisan diteruskan apabila berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Penulisan Kreatif, manakala jurusan Pengajian Bahasa Melayu di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Menurutnya, selain menulis blog, dia juga aktif memuat naik karyanya di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter. Fokus yang ditumpukan adalah skop penulisan kreatif termasuk meluahkan perasaan, emosi, persekitaran, interpretasi kehidupan manusia dan lirik lagu. Tidak ketinggalan Azzurein turut menulis cerpen dalam bentuk realisme dan eksperimental.

Bagi yang berminat untuk mengenali lebih lanjut blogger yang memperjuangkan masa depan bahasa Melayu ini, jangan lupa berkunjung ke http://journeyofwriting.blogspot.com. - AZRIN/IZHAM JAAFAR

Bapa pendorong utama

Pendorong saya untuk menulis adalah keluarga terutama ayah. Sememangnya kami mempunyai minat yang sama. Selain itu, rakan-rakan juga merupakan sumber inspirasi yang selalu mendorong saya untuk menghasilkan karya. Pengalaman dan persekitaran juga sedikit sebanyak membantu menggerakkan minda untuk berkarya dan menghasilkan penulisan dengan tujuan memberi inspirasi kepada anak muda dalam kehidupan.

'Tegur' masyarakat secara lembut

Karya yang saya hasilkan adalah dengan niat untuk memberi inspirasi kepada masyarakat dalam seni penulisan Melayu. Ia sebagai galakan kepada generasi muda untuk mempertahankan prestasi penulisan bahasa Melayu. Saya juga sentiasa berusaha memberi ilham dan mendorong minat masyarakat yang suka menulis, di samping memberi motivasi dan kesedaran melalui pengalaman sendiri. Segalanya dalam bentuk penulisan. Jadi, segala teguran ataupun nasihat yang disampaikan tidak terlalu kasar. Kepada generasi muda yang cintakan bahasa dan seni, saya syorkan anda membaca entri yang terdapat dalam blog saya. Ini kerana mungkin ia ada kaitan serta mampu memberi sesuatu kepada kehidupan anda.

Boleh menyanyi dan berlakon

Selain menulis, saya juga suka menyanyi dan berlakon. Saya suka menghasilkan lagu ciptaan sendiri bersama teman. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam seni teater dan menyanyi. Sekiranya mempunyai kelapangan, saya diberi dorongan oleh rakan-rakan untuk bergiat dalam aktiviti teater dan nyanyian pentas.

Belajar hidup sederhana

Pengalaman saya yang paling menarik adalah saya pernah berkunjung ke rumah penduduk di Narathiwat, Thailand. Saya dapat lihat dengan dekat kehidupan mereka yang sangat daif. Sungguhpun daif, kebahagiaan di dalam keluarga mereka jelas terserlah. Anak-anak menghormati ibu dan bapa masing-masing. Mereka hanya menikmati makanan yang sedikit tetapi bagi mereka, ia sudah mencukupi. Dari situ, saya banyak belajar tentang hidup bersederhana. Pengalaman sedemikian banyak memberi inspirasi dan ilham kepada saya untuk berkarya.

Tidak biasa duduk diam

Jika ada kelapangan, saya memang tidak boleh duduk di rumah tanpa membuat sesuatu. Jadi, saya akan merancang untuk melakukan aktiviti bersama teman. Saya juga suka mengikuti perkembangan fesyen generasi muda terkini. Selain itu, saya gemar meluangkan masa berbual tentang hal semasa, menonton filem atau teater dan melakukan aktiviti mendaki gunung serta bukit untuk menikmati keindahan alam sekitar bersama rakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Utusan Online - Johor

Posted:

Utusan Online - JohorIkuti berita penuh untuk ruangan Johor menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor Utusan Online - Johorhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor 250 hektar kawasan terbakarhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140322/wj_01/250-hektar-kawasan-terbakar MUAR 21 Mac - Kira-kira 250 hektar kawasan kebun, ladang dan hutan di daerah ini dilaporkan terbakar akibat cuaca panas dan kering serta aktiviti pembersihan kebun, sejak awal tahun ini sehingga setakat...2014-03-22T01:56:27+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Zulhisham Isahak<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0322/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140322/wj_01/250-hektar-kawasan-terbakar </image></item><item><title>Kilang ayam PPNJ dapat sijil VHM, halalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140322/wj_02/Kilang-ayam-PPNJ-dapat-sijil-VHM-halal KLUANG 21 Mac - Kilang PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd. (PPMSB), merupakan salah sebuah daripada 30 peratus pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam yang memperoleh Sijil Kesihatan Veterinar Malaysia (VHM)...2014-03-22T01:56:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kelab Alumni Tekno UTM anjur karnival beliahttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140322/wj_03/Kelab-Alumni-Tekno-UTM-anjur-karnival-belia JOHOR BAHRU 21 Mac - Kelab Usahawan Alumni Tekno Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyasarkan penyertaan seramai 100,000 belia dalam program Get2gather Youth Carnival yang diadakan di Padang A, Plaza...2014-03-22T01:56:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Bekalan air bakal pulih dalam tempoh terdekathttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140322/wj_04/Bekalan-air-bakal-pulih-dalam-tempoh-terdekat JOHOR BAHRU 21 Mac - Masalah kekurangan bekalan air di beberapa lokasi di daerah tertentu di negeri ini sehingga menyebabkan pengagihan air berjadual dijangka dapat diatasi dalam tempoh terdekat. Ketua...2014-03-22T01:56:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd SPM, STPM Johor membanggakanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140321/wj_01/SPM-STPM-Johor-membanggakan JOHOR BAHRU 20 Mac -Peningkatan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi negeri ini adalah hasil usaha yang ditunjangi oleh warga pendidik serta...2014-03-21T02:21:23+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MAZNAH MOHD ARSAD1,582 pelajar catat keputusan cemerlang SPMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140321/wj_02/1582-pelajar-catat-keputusan-cemerlang-SPM JOHOR BAHRU 20 Mac - Sebanyak 1,582 daripada 57,152 pelajar negeri ini mendapat keputusan cemerlang semua A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...2014-03-21T02:21:23+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0321/Utusan_Malaysia/Johor/wj_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140321/wj_02/1582-pelajar-catat-keputusan-cemerlang-SPM </image></item><item><title>Penggunaan air di Malaysia tinggihttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140321/wj_03/Penggunaan-air-di-Malaysia-tinggi LEDANG 20 Mac - Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama syarikat Coca-Cola Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan Persidangan Wawasan Air Pelajar 2014 bagi meningkat kesedaran penjimatan...2014-03-21T02:21:23+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Zulhisham IsahakSolat sunat duha, hormat guru rahsia kejayaanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140321/wj_04/Solat-sunat-duha-hormat-guru-rahsia-kejayaan JOHOR BAHRU 20 Mac - Mendirikan solat sunat duha dan menghormati guru-guru selain memberi tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ramuan terbaik dalam usaha seseorang pelajar...2014-03-21T02:21:24+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0321/Utusan_Malaysia/Johor/wj_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140321/wj_04/Solat-sunat-duha-hormat-guru-rahsia-kejayaan </image></item><item><title>Hazli tabah biak anak angsa, ayamhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_01/Hazli-tabah-biak-anak-angsa-ayam PAGOH 19 Mac - Semakin sukar untuk melihat angsa dipelihara berbanding 30 tahun lalu yang banyak dibiak di kawasan kampung walaupun spesies burung berkenaan senang dijaga dan tidak mudah dijangkiti penyakit.2014-03-20T03:10:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Mohamed Saari<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0320/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_01/Hazli-tabah-biak-anak-angsa-ayam </image></item><item><title>Sokong suami walaupun awalnya kurang yakinhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_02/Sokong-suami-walaupun-awalnya-kurang-yakin PAGOH 19 Mac - Walaupun pada mulanya terkejut dan kurang yakin, namun Rohayu Mat Nasir, 45, tetap menyokong usaha suaminya, Hazli Makmur untuk menternak dan membiak pelbagai jenis unggas untuk dijual. "Sebagai...2014-03-20T03:10:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0320/Utusan_Malaysia/Johor/wj_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_02/Sokong-suami-walaupun-awalnya-kurang-yakin </image></item><item><title>STPM: 4,006 pelajar cemerlanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_03/STPM-4006-pelajar-cemerlang JOHOR BAHRU 19 Mac - Sebanyak 4,006 daripada 6,104 pelajar memperoleh keputusan dengan sekurang-kurangnya empat prinsipal (4P) dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 di negeri ini. Timbalan...2014-03-20T03:10:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0320/Utusan_Malaysia/Johor/wj_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_03/STPM-4006-pelajar-cemerlang </image></item><item><title>Program Tuisyen SPM YPJ asas kecemerlangan pelajar - Mohamed Khaledhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_04/Program-Tuisyen-SPM-YPJ-asas-kecemerlangan-pelajar---Mohamed-Khaled JOHOR BAHRU 19 Mac - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan memperkenalkan Program Tuisyen SPM YPJ mulai tahun ini untuk memastikan calon-calon yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia...2014-03-20T03:10:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0320/Utusan_Malaysia/Johor/wj_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140320/wj_04/Program-Tuisyen-SPM-YPJ-asas-kecemerlangan-pelajar---Mohamed-Khaled </image></item><item><title>Manfaatkan ilmu perniagaanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_01/Manfaatkan-ilmu-perniagaan SEGAMAT 18 Mac - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pelatih Pusat GiatMara di negeri ini harus memanfaatkan segala ilmu, kepakaran serta kemahiran untuk menyumbang kepada pemilikan ekuiti bumiputera...2014-03-19T02:18:41+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZULHISHAM ISAHAK<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0319/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_01/Manfaatkan-ilmu-perniagaan </image></item><item><title>Program GOAL pupuk kepemimpinan mahasiswahttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_02/Program-GOAL-pupuk-kepemimpinan-mahasiswa JOHOR BAHRU 18 Mac - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyambut baik penganjuran program Generation of Amazing Leader (GOAL) anjuran Jabatan Pembangunan Akademik dan Kepimpinan, Universiti...2014-03-19T02:18:41+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0319/Utusan_Malaysia/Johor/wj_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_02/Program-GOAL-pupuk-kepemimpinan-mahasiswa </image></item><item><title>Pastikan kebajikan tidak terabaihttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_03/Pastikan-kebajikan-tidak-terabai MUAR 18 Mac - Semua ketua cawangan dan ahli jawatankuasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di negeri ini perlu mengenal pasti veteran tentera yang memerlukan terutama orang kurang upaya (OKU) supaya...2014-03-19T02:18:41+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZULHISHAM ISAHAK<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0319/Utusan_Malaysia/Johor/wj_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_03/Pastikan-kebajikan-tidak-terabai </image></item><item><title>Usaha popularkan Penghujung Benua Asiahttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_04/Usaha-popularkan-Penghujung-Benua-Asia PONTIAN 18 Mac - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara mencadangkan supaya persembahan kebudayaan dianjurkan di Penghujung Benua Asia di Tanjung Piai seperti program 'Tip Of Borneo' di Kudat, Sabah. Ketua...2014-03-19T02:18:41+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0319/Utusan_Malaysia/Johor/wj_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140319/wj_04/Usaha-popularkan-Penghujung-Benua-Asia </image></item><item><title>Debu jejaskan kesihatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_01/Debu-jejaskan-kesihatan Saudara Pengarang, PENGHUNI Rumah Pangsa Sri Stulang di Johor Bahru kini terpaksa berdepan dengan masalah debu yang menjejaskan kehidupan seharian mereka. Masalah debu itu berpunca daripada kerja-kerja...2014-03-18T02:21:35+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0318/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_01/Debu-jejaskan-kesihatan </image></item><item><title>Jangan jadi negara maju tetapi ramai rakyat miskinhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_02/Jangan-jadi-negara-maju-tetapi-ramai-rakyat-miskin Saudara Pengarang, KAMI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) ingin turut berkongsi pandangan mengenai huraian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang usaha menjadi negara maju...2014-03-18T02:21:35+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Mohon pasang lampu isyarathttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_03/Mohon-pasang-lampu-isyarat Saudara Pengarang, SAYA memohon pihak berkuasa memasang lampu isyarat di persimpangan Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang menuju ke Jalan Masai Lama dan Jalan Besar. Ini kerana peningkatan...2014-03-18T02:21:35+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Tambah tanah rizab Melayuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_04/Tambah-tanah-rizab-Melayu NUSAJAYA 17 Mac - Kerajaan negeri akan menambah bilangan tanah rizab Melayu di negeri ini terutama di kawasan bandar sebagai salah satu usaha untuk mengimbangkan populasi pelbagai kaum. Menteri Besar...2014-03-18T02:21:35+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh HANIZA HASSAN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0318/Utusan_Malaysia/Johor/wj_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_04/Tambah-tanah-rizab-Melayu </image></item><item><title>Tiada kompromi dalam usaha banteras denggihttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_05/Tiada-kompromi-dalam-usaha-banteras-denggi NUSAJAYA 17 Mac - Tindakan tegas akan dikenakan kepada premis perniagaan dan rumah kediaman yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam usaha berterusan membanteras wabak denggi di negeri...2014-03-18T02:21:36+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Ibu bapa digesa sertai PIBGhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_06/Ibu-bapa-digesa-sertai-PIBG MUAR 17 Mac - Ibu bapa kepada 76,940 pelajar digesa menyertai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di 211 buah sekolah di daerah ini supaya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka.2014-03-18T02:21:36+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0318/Utusan_Malaysia/Johor/wj_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_06/Ibu-bapa-digesa-sertai-PIBG </image></item><item><title>Ibu tunggal naik bas 25 kilometer sara 6 anakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_07/Ibu-tunggal-naik-bas-25-kilometer-sara-6-anak SEGAMAT 17 Mac - Desakan hidup memaksa seorang ibu tunggal sanggup berulang-alik menaiki bas sejauh 25 kilometer setiap hari dari rumahnya di Felda Pemanis Dua di sini ke tempat kerja di bandar Segamat...2014-03-18T02:21:36+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0318/Utusan_Malaysia/Johor/wj_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140318/wj_07/Ibu-tunggal-naik-bas-25-kilometer-sara-6-anak </image></item><item><title>Jalan baharu Pontian-JB dibina tahun depanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140317/wj_01/Jalan-baharu-Pontian-JB-dibina-tahun-depan PONTIAN 16 Mac - Kerja pembinaan jalan baharu dari Pontian ke Johor Bahru sejauh 18 kilometer hanya akan dimulakan pada tahun depan berikutan peruntukan projek tersebut belum diterima daripada Kerajaan...2014-03-17T02:20:37+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0317/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140317/wj_01/Jalan-baharu-Pontian-JB-dibina-tahun-depan </image></item><item><title>Ceburi bidang peruncitanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140317/wj_02/Ceburi-bidang-peruncitan JOHOR BAHRU 16 Mac - Sebanyak 1,039 buah koperasi dengan 450,000 ahli di negeri ini yang memiliki aset berjumlah RM706.7 juta disaran bergiat lebih aktif menjalankan pelbagai perniagaan yang berdaya saing...2014-03-17T02:20:37+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MH370: Objek dikesan Australia di barat daya Perth tidak ditemui

Posted: 22 Mar 2014 03:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 22 Mac - Objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Australia di sekitar 2,500 kilometer barat daya Perth tidak ditemui, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Huseein. - UTUSAN...

MH370: Satelit China sah kesan objek 22m x 30m di koridor selatan

Posted: 22 Mar 2014 03:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 22 Mac - Satelit China mengesahkan telah menjejaki satu objek sebesar 22 meter x 30 meter di koridor selatan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - UTUSAN ONLINE...

MH370: China, India, Laos, Kazakhtan antara setuju cari di koridor utara

Posted: 22 Mar 2014 03:18 AM PDT

SEPANG 22 Mac - China, India, Pakistan, Laos dan Kazakhtan adalah antara penerima nota diplomatik Malaysia yang bersetuju untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor utara, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


SPM 2013: MCKK muncul sekolah terbaik di Perak

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

sebahagian daripada pelajar MCKK yang berjaya mengekalkan prestasi sekolah tersebut sebagai sekolah primer, apabila terus mencapai keputusan 100 peratus lulus cemerlang di dalam SPM 2013 yang diumumkan kelmarin. - UTUSAN/Hashim P. Mamat

KUALA KANGSAR 21 Mac - Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) muncul sekolah terbaik di negeri ini dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang diumumkan semalam apabila 85 daripada 147 calon memperoleh keputusan 10A.

Guru Penolong Kanan MCKK, Azizah Abu Bakar berkata, prestasi SPM tahun lalu mencatatkan peningkatan 1.46 peratus berbanding 1.1 peratus tahun sebelumnya.

Katanya, enam pelajar berjaya mencatatkan keputusan 10A+.

"Sungguh pun pihak sekolah menyediakan segala kemudahan belajar termasuklah bimbingan kepada setiap pelajar, tetapi kejayaan tidak dapat dicapai tanpa usaha gigih daripada pelajar sendiri.

"Kami sangat bersyukur dengan prestasi serta kejayaan yang diperolehi setiap pelajar dan mendoakan agar mereka terus berjaya dalam mengejar cita-cita masing-masing," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan SPM di kolej berkenaan di sini hari ini.

Enam pelajar yang memperoleh 10A+ ialah Ahmed Qaliff Zuber, Arif Asyraf Md. Supie, Mohamad Akmal Hakim Aziz, Mohammed Amirul Abdul Halim, Muhammad Hazman Mohd. Rozaim dan Ahmad Taib.

Salah seorang pelajar yang mencatatkan keputusan 10A+, Mohammed Amirul memberitahu, kejayaan tersebut didorong oleh kemahuan diri yang ingin berjaya seterusnya berusaha mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

"Bagaimanapun amalan utama yang saya praktik ialah tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT serta memohon restu ibu bapa, para guru serta rakan-rakan supaya memperoleh keputusan terbaik dan nampaknya dimakbulkan," jelasnya.

Seorang lagi rakan yang turut mencatat keputusan cemerlang, Arif Asyraf berkata dia gugup, terharu dan terkejut dengan keputusan diperoleh yang akan dijadikan pemangkin kepada dirinya untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

"Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi turut dikongsi bersama ahli keluarga yang lain, para guru serta rakan-rakan yang banyak membantu memberi tunjuk ajar," ujar pelajar yang berasal dari Johor itu.

Dalam pada itu, kegembiraan jelas terpancar daripada wajah Ahmad yang turut mencatatkan keputusan 10A+.

Ahmad memberitahu, selain mendapat galakan daripada ibu bapa dan juga guru, petua kejayaannya adalah sentiasa menjaga disiplin terutama ketika mengulang kaji pelajaran.

1,276 calon Perak peroleh semua A

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 21 Mac - Seramai 1,276 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di negeri ini memperoleh gred cemerlang A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Pemangku Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Idris Mohd. Ramli berkata, ia peningkatan 93 calon atau 0.32 peratus berbanding 1,183 calon tahun sebelumnya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 42 calon pula memperoleh gred cemerlang tertinggi A+ berbanding tahun sebelumnya seramai 41 orang atau 0.10 peratus.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Gred Purata Negeri (GPN) 5.01 mata berbanding 5.21 mata pada tahun 2012.

"Peningkatan sebanyak 0.20 mata ini merupakan rekod terbaik sejak lima tahun lalu.

"Berdasarkan GPN, pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.17 mata iaitu daripada 5.10 mata pada tahun 2012 kepada 4.93 mata tahun lalu.

"Bagi calon luar bandar, rekod menunjukkan peningkatan sebanyak 0.24 mata iaitu daripada 5.58 mata pada 2012 kepada 5.34 pada tahun 2013," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2013 bagi negeri Perak di sini hari ini.

Mohd. Idris memberitahu, seramai 38,856 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas dan daripada jumlah itu, 32,251 calon layak mendapat sijil berbanding 34,946 calon tahun sebelumnya.

Beliau berkata, 10 sekolah terbaik dalam peperiksaan itu ialah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), SM Sains Bagan Datoh dan SM Sains Teluk Intan

Katanya, lima lagi sekolah terbaik ialah SM Sains Raja Tun Azlan Shah di Taiping, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gopeng, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tasik Taiping, SMK Ave Maria Convent dan SMK Perempuan Methodist di Ipoh.

"Sebanyak 97 mata pelajaran diambil oleh calon-calon di negeri ini dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 56 mata pelajaran menunjukkan peningkatan manakala 38 mata pelajaran telah menurun dan tiga mata pelajaran lagi mengekalkan prestasi," katanya.

Dorongan keluarga pencetus semangat untuk cipta kecemerlangan

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

IPOH 21 Mac - Biarpun bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan enam tahun lalu, namun dorongan dan kata-kata semangat lelaki itu kekal tersemat dan menjadi pegangan kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di negeri ini.

Berbekalkan dorongan itu, M. Kishalinii, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Taiping kini mampu tersenyum lebar apabila usaha gigihnya akhirnya membuahkan hasil apabila meraih 11A dalam peperiksaan tersebut.

"Sejak kecil, bapa K. Mahenthiran sering memberi imbuhan sebanyak RM10 jika saya memperoleh markah penuh iaitu 100 dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Ini merupakan dorongan yang memang diamalkan sejak saya kecil.

"Selain itu, bapa juga selalu memanggil saya dengan panggilan pelajar A+. Kejayaan ini saya dedikasikan untuk keluarga, guru dan rakan-rakan yang banyak membantu," katanya ketika ditemui di Jabatan Pendidikan Negeri selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2013 di sini hari ini.

Kishalinii yang bercita-cita untuk menjadi doktor pakar saraf berkata, dia tidak menjangka memperoleh keputusan cemerlang tertinggi A+ tetapi hanya menyasarkan keputusan gred A sahaja.

Sementara itu, pelajar SMK Perempuan Methodist, Ipoh, Siew Viann, 18, yang juga memperoleh 11A berkata, dia banyak mengulang kaji pelajaran secara bersendirian dan berhenti mengambil kelas tambahan sejak dari tingkatan empat.

"Ibu bapa saya tidak pernah memberi tekanan dan ini membuatkan saya belajar dalam keadaan selesa. Saya sendiri tidak menyangka akan mendapat keputusan sebaik ini," katanya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Bagi pelajar Orang Asli, Azuarizam Alang, 18, berkata, pembelajaran melalui Astro Tutor TV banyak membantu dalam pelajaran selain tumpuan penuh di dalam kelas dan perbincangan bersama rakan serta guru.

Katanya, dia yang agak kecewa dengan keputusan tersebut bagaimanapun tidak berputus asa dan akan terus menyambung pengajian dalam bidang sains perubatan untuk mencapai cita-cita sebagai seorang doktor.

"Saya kecewa kerana saya mahu keputusan yang lebih baik daripada ini kerana semasa peperiksaan percubaan, saya mendapat 8A," kata Azuarizam yang tinggal di Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) 3, Bidor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Naik taraf sistem pembetungan

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan (kanan) menerima anak pokok daripada salah seorang kakitangan Jabatan Hutan Malaysia sebagai simbolik merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 di Hutan Sungai Menyala, Port Dickson, Teluk Kemang, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - utusan/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN

TELOK KEMANG 21 Mac - Pemilik pusat peranginan di kawasan ini diberi masa dua tahun bagi untuk menaik taraf sistem pembetungan masing-masing dalam usaha kerajaan negeri mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu dibuat bagi menghalang pemilik hartanah terutamanya hotel, pusat peranginan dan apartmen melepaskan air kumbahan secara langsung ke dalam laut selain mengurangkan pencemaran laut.

Tambah beliau, kerja-kerja menaik taraf sistem pembetungan berpusat bernilai RM300 juta itu siap enam bulan lalu dan telah diuji keberkesanannya.

"Kita memberi tempoh selama dua tahun kepada pemilik hartanah di sini, jadi mereka boleh merancang perbelanjaan modal dan memperuntukkan sedikit dana bagi tujuan itu.

"Kerajaan negeri juga sudah memberikan mereka notis yang cukup dan jika mereka masih gagal untuk mematuhi, kita akan menutup operasi mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Kebangsaan di hutan simpan Sungai Menyala di sini.

Mohamad berkata, sudah tiba masanya bagi sistem berkenaan dilakukan kerana beliau tidak mahu pengunjung berasa terancam semasa mengunjungi kawasan pantai popular itu.

"Saya dimaklumkan bahawa sejumlah pengunjung berasa tidak selamat ketika berenang di sini apabila segelintir pengusaha pusat peranginan melepaskan sisa kumbahan terus ke laut. Perkara ini perlu dihentikan dan kita patut bekerjasama dan memastikan laut bersih semula," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Mohamad menjelaskan pihaknya sedang mempertimbangkan untuk meminda undang-undang negeri bagi memastikan hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memutuskan sama ada kawasan hutan simpan kekal boleh diwartakan.

Ketika ini, keputusan seperti itu hanya diputuskan oleh Exco kerajaan negeri, katanya.

Tujuh sekolah aliran agama catat kelulusan penuh SPM 2013

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

MELAKA 21 Mac - Sebanyak tujuh daripada 14 buah sekolah yang mencatat kelulusan penuh dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di negeri ini merupakan sekolah aliran agama.

Penolong Pengarah Perolehan dan Pembangunan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan negeri, Suhaimi Ghazali (gambar)berkata, kesemua sekolah itu terdiri daripada empat sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang dahulunya ditadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) manakala tiga lagi adalah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA).

Menurutnya, biarpun syarat wajib lulus dan mendapat sijil telah ditingkatkan kepada dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah namun, peningkatan kelulusan dalam sekolah aliran agama dilihat semakin meningkat.

"Ini mungkin kerana kita telah melakukan pemilihan pelajar terlebih dahulu untuk memasuki sekolah-sekolah ini.

"Bagi sekolah-sekolah SABK, kita telah tetapkan sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan minimum 4A dalam Ujian Kelas KAFA (UPKK).

"Alhamdulillah pada SPM 2013, tujuh sekolah aliran agama telah berjaya mengekalkan kelulusan 100 peratus dan memperoleh dana RM5,000 daripada kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Assaiyidah Khadijah, Jasin di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengetuanya, Faridah Ismail; Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan negeri, Shamsiah Mahmud dan Penyelia Kanan Sekolah Agama Rakyat KAFA, Mohd. Nasaruddin Harun.

SMA Assaiyidah Khadijah antara sekolah yang berjaya memperoleh kelulusan penuh dalam SPM 2013 dengan 99 orang calon.

Dua pelajarnya yang memperoleh keputusan cemerlang ialah Zuhaili Kamarudin, 18, dan Nur Nabilah Mohayan, 18.

Enam lagi sekolah adalah SMA Al-Asyraf, SMA Al-Ehya El Karim, SMA Tahfiz Al-Quran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, SMKA Sultan Muhammad dan SMKA Tun Perak.

Kata Suhaimi, dua buah sekolah yang kini sedang dalam proses diserapkan di bawah SABK ialah Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka (Imtiaz Melaka) dan Sekolah Tahfiz Pulau Besar.

Katanya, sasaran SPM tahun ini adalah untuk mengekalkan kecemerlangan kelulusan penuh sekolah-sekolah aliran agama di negeri ini serta meningkatkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang.

"Kita akan terus mengekalkan program-program kecemerlangan termasuk Kem Kecemerlangan Akademik bagi calon SPM dan PMR," katanya.

Usahawan IKS terima bantuan RM65,000

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

ALOR GAJAH 21 Mac - Seramai 15 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam daerah Masjid Tanah menerima bantuan kewangan berjumlah RM65,000 daripada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Masjid Tanah bagi meningkatkan keupayaan ekonomi perniagaan golongan itu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin berkata, bantuan yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah bagi merancakkan lagi ekonomi masyarakat luar bandar khususnya dalam daerah tersebut.

Menurutnya, kementerian memperuntukkan sebanyak RM80,000 untuk golongan itu dan sejumlah RM15,000 telah pun diagihkan kepada penerima yang layak secara berperingkat sebelum ini.

"Kita menerima banyak permohonan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing serta daripada agensi-agensi yang terbabit, namun pada hari ini seramai 15 orang yang terpilih.

"Sebelum ini, kita sudah agihkan RM15,000 kepada penerima, jadi hari ini kita serahkan yang selebihnya RM65,000 kepada penerima yang terpilih dari seluruh parlimen ini dengan bantuan yang tertinggi hari ini adalah RM6,500 dan terendah RM3,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bantuan kepada penerima dalam Mesyuarat MPPP Masjid Tanah di Japerun Lendu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, ADUN Tanjung Bidara, Md. Rawi Mahmud, ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar dan ADUN Lendu, Sulaiman Md Ali.

Mas Ermieyati berkata, beliau berharap bantuan itu dapat digunakan usahawan terbabit untuk menambahbaik dan menaiktaraf perusahaan masing-masing supaya dapat menarik minat para pelanggan.

"Bantuan yang kita berikan ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan ekonomi masyarakat luar bandar terus maju dan sebagai usaha merancakkan industri asas tani di negara ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Dua pendaki melakar sejarah

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my

QOBIN dan Wan Azman (kanan) mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Carstensz Pyramid.

TIDAK mahu isu siapa dulu sampai ke puncak Gunung Carstensz Pyramid (CP) timbul, dua pendaki negara berjalan beriringan supaya sama-sama menjadi rakyat Malaysia pertama mengibarkan Jalur Gemilang di puncak berketinggian 4,884 meter dari paras laut (dpl) itu.

CP adalah antara tujuh puncak tertinggi di tujuh benua (seven summits mengikut Messner List). Menurut pendaki profesional, Richard Messner, CP merupakan puncak tertinggi di benua Australasia dan terletak di Papua, Indonesia. Bagi diri Qobin, kejayaan itu amat bermakna kerana setelah berjuang selama 10 tahun untuk menamatkan misi tujuh puncak, beliau akhirnya membuktikan kepada dunia bahawa anak muda Malaysia juga mampu menamatkan seven summits.Menurutnya, beliau terpaksa mengharung pendakian teknikal bersalji dan berbatu yang mana 95 peratus pendakian sejauh 600 meter dari kem induk Yellow Valley menggunakan tali yang basah akibat cuaca buruk dan hujan.

Sebelum ini, Qobin berjaya menakluk puncak tertinggi lain iaitu Gunung Kosciuszko (Australia 2,228 meter), Gunung Kilimanjaro di Tanzania (Afrika 5,892 meter), Gunung Aconcagua di Argentina (Amerika Selatan 6,962 meter), Gunung Vinson Massif (Antartika 4,892 meter), Gunung McKinley di Alaska (Amerika Utara 6,194 meter), Gunung Everest di Nepal (Asia dan dunia 8,848 meter) dan Gunung Elbrus di Rusia (Eropah 5,642 meter).

Messner bagaimanapun tidak mengiktiraf Kosciuszko sebagai puncak tertinggi di benua Australasia dan menggantikannya dengan CP.

Dengan itu, Qobin berjaya menakluk lapan puncak tertinggi di tujuh benua, sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama dapat melakukannya.

Mengulas lanjut, katanya, cabaran paling getir dalam pendakian CP adalah menempuh laluan permatang yang memiliki kecerunan 80 darjah.

"Saya juga perlu merentasi jurang sepanjang 25 meter dengan kaedah tyrolean (menarik badan secara terbalik sambil tergantung menggunakan tali)," katanya.

Menurut Qobin, cabaran getir yang lain adalah ketika merentasi dua tempat yang dinamakan step jump yang mana beliau perlu melepasi jurang selebar dua meter dan sekiranya terjatuh, pasti akan terhumban ke dalam jurang 600 meter.

"Alhamdulillah, setelah mengharung pendakian selama tujuh jam dari kem induk, akhirnya puncak CP dapat ditawan. Kami mengambil masa lima jam untuk berpatah balik ke kem induk," ujarnya yang merupakan Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B).

Sementara itu, Wan Azman pula memberitahu, CP merupakan puncak terakhir yang ditakluk bagi menyelesaikan misi tujuh puncak tertinggi di tujuh wilayah Indonesia (seven summits Indonesia).

Sebelum ini, beliau telah menakluk Gunung Kerinci di Kepulauan Sumatera (3,805 meter), Gunung Rinjani (Nusa Tenggara Barat 3,726 meter), Gunung Latimojong (Kepulauan Sulawesi 3,680 meter), Gunung Semeru (Jawa 3,676 meter), Gunung Binaiya (Kepulauan Maluku 3,055 meter) dan Bukit Raya (Kalimantan 2,278 meter).

Mengulas pendakian CP, katanya, persiapan awal yang dilakukannya adalah mendapatkan penunjuk arah (guide) yang benar-benar genuine.

Ini kerana katanya terdapat banyak kes penipuan dalam memperolehi kelulusan permit untuk mendaki.

"Saya bernasib baik dapat mengenali Sofyan Arief Fiesa yang merupakan anggota pasukan Indonesia pertama berjaya menawan seven summits dunia.

"Kami kemudiannya bersama-sama mendaki Bukit Raya pada tahun lalu," katanya sambil memberitahu suhu di kem induk Yellow Valley adalah sekitar 0 hingga lima darjah celsius.

Menurutnya, dengan bantuan Sofyan, beliau akhirnya dapat membentuk satu pasukan pendaki yang sesuai untuk menawan puncak CP.

"Jumlah pendaki yang sesuai penting untuk memastikan kos pendakian dapat diminimumkan. Akhirnya satu pasukan pendaki iaitu dari Malaysia (dua), Indonesia (dua), Jepun (tiga) dan China (seorang) dapat dibentuk.

Menyentuh tentang cabaran, katanya, pendaki perlu mahir menggunakan tali kerana dalam pendakian CP, hampir 95 peratus perjalanan memerlukan kemahiran tersebut.

"Antaranya adalah teknik ascending, repelling, abseiling dan paling utama kemahiran tyrolean," ujarnya yang mengakui cabaran paling getir adalah ketika melakukan tyrolean.

"Ia satu cabaran yang paling teknikal dan ini diakui sendiri oleh empat rakan pendaki yang pernah sampai ke puncak Everest," tambahnya.

Ditanya mengenai kekuatan tali untuk tyrolean, katanya jenis tali tersebut adalah static rope dan steel cable.

"Untuk keselamatan, pendaki diikat pada safety line di sepanjang pendakian. Ini kerana laluan salji mudah cair," katanya yang turut berhadapan dengan AMS (acute mountain sickness).

"Cabaran AMS juga dianggap getir kerana kami tidak melalui proses penyesuaian iklim (acclimatize) kerana menaiki helikopter terus ke kem induk Yellow Valley di ketinggian 4,200 meter dpl.

"Ini menyebabkan kami disaran mengambil pil diamox bagi mengurangkan risiko AMS," katanya.

Kejayaan dua anak muda ini wajar dijadikan contoh terutama dalam memiliki sikap yang sentiasa positif bagi menempuh setiap cabaran dan rintangan demi merealisasikan impian.

Semua orang ada impian tetapi impian hanya tinggal impian jika tidak sanggup melakukan pengorbanan wang, masa, tenaga dan paling utama, niat mestilah ikhlas, tidak riak dan apa yang dicapai adalah dengan izin Allah SWT.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Malam Cinta Allah dan Rasul berjaya

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Yakin petunjuk dari Australia

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Radar gagal kesan sebarang petanda

Posted: 21 Mar 2014 10:56 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved