Rabu, 19 Mac 2014

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Difitnah pembantu sendiri

Posted: 19 Mar 2014 06:09 AM PDT

Pembantu rumah bermasalah kerap menimbulkan dilema kepada majikan. - Gambar hiasan

KISAH ini menurut Rozana (bukan nama sebenar), 33, telah berlaku kira-kira tiga tahun lalu, ketika Rozana dan keluarganya bertugas di Kuala Lumpur dengan menyewa di sebuah kondominium yang terletak di Selayang.

Disebabkan kehidupan di Kuala Lumpur yang sangat sibuk dengan masa lebih diperuntukkan di pejabat dan kesesakan trafik, maka Rozana dan suaminya, Rifki (bukan nama sebenar), 34, telah mengambil seorang pembantu rumah.

"Kami mengambil pembantu ini menerusi kawan yang mempunyai sebuah agensi pembantu rumah kecil-kecilan. Melalui kawan tersebut urusannya lebih mudah dan murah. Hanya dengan RM6,000 kami telah berjaya mendapatkan seorang pembantu yang sangat menepati kriteria yang kami mahu iaitu berusia lingkungan 30-an, masih belum berkahwin dan sihat.

"Pembantu kami ini dikenali dengan nama Indah dan pada hari pertama bekerja ternyata dia memang dilihat seorang yang rajin," ujar Rozana membuka bicara.

Ketiga-tiga anak perempuan Rozana juga mula serasi dengan Indah, yang juga berdisiplin dan mempunyai jadual kerjanya sendiri.

Menurut cerita Indah, dia pernah berkhidmat di sebuah rumah milik orang kaya berbangsa Cina dan dari situ dia belajar tentang rutin cara hidup masyarakat di Malaysia.

"Saya berasa amat beruntung kerana memiliki pembantu yang terlatih, walaupun saya ambil dari ejen yang bukanlah begitu besar tapi kualitinya seakan sama. Sudahlah rajin, pandai masak pula, setiap hari ada saja masakan baru dan kami sekeluarga memang menikmati masakan yang dimasak Indah.

"Pernah satu hari suami berkata, untungnya hari-hari macam ini, sedapnya umpama makan di gerai tomyam. Walaupun dalam hati saya rasa sedikit cemburu tapi saya tidak ambil pusing sebaliknya bertindak profesional memadamkan rasa gusar yang mula terbit di hati," ujar Rozana yang bertugas sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Namun, jauh di sudut hati wanita itu begitu yakin suaminya tidak akan jatuh cinta atau tunduk kepada kemahuan pembantu rumah, mungkin kerana faktor paras rupa yang jauh berbeza antara dirinya dan Indah.

Ini juga membuatkan Rozana begitu yakin apa yang dikhuatiri kebanyakan wanita yang mempunyai pembantu rumah tidak mungkin berlaku padanya.

Selepas hampir setahun Indah berkhidmat dengan pasangan Rozana dan Rifki, wanita berasal dari negara seberang itu meminta cuti untuk pulang sementara ke kampungnya.

Disebabkan prestasi kerjanya yang boleh dikatakan cemerlang, Rozana mengizinkan, walaupun mengikut kontrak Indah hanya boleh pulang selepas dua tahun bekerja.

"Saya tidak mahu terlalu berkira, tiketnya saya belikan dan dia berjanji akan pulang selepas seminggu. Alhamdulillah, walau ada banyak kes pembantu rumah yang saya dengar tidak pulang semula ke Malaysia selepas balik bercuti di negara asal, Indah tidaklah begitu. Dia mengotakan janji, malah anak-anak saya juga sudah mula merindui dan menanti kepulangannya," kata ibu kepada tiga anak berusia lima hingga dua tahun itu.

Namun, kepulangan Indah kali ini sungguh berbeza, dia nampak seperti agak malas, bangun tidur mula lambat dan adakalanya tidak masak.

Beberapa kali juga Rozana melihat Indah berlari masuk ke bilik air kerana muntah.

"Saya terfikir, sakitkah dia, atau mengandungkah dia? Untuk kepastian saya bawa Indah ke klinik dan sah Indah sudah mengandung empat minggu. Persoalan yang menerjah ke fikiran saya ialah bagaimana boleh mengandung, sedangkan katanya dia belum berkahwin dan dia baru seminggu pulang ke kampungnya.

"Bermacam-macam persoalan mula bermain di fikiran saya. Paling saya takuti Indah mungkin mempunyai hubungan dengan suami kerana sepanjang pengetahuan saya wanita itu tidak pernah keluar rumah.

"Namun, bukan mudah saya mengatur strategi untuk membongkar perkara ini dan saya rasa kasihan kepada bayi dalam kandungan Indah," cerita Rozana lagi.

Sekembalinya mereka ke rumah, dia mengajukan soalan bertubi-tubi kepada Indah kerana mahu tahu bagaimana wanita tersebut boleh mengandung.

Persoalan itu akhirnya dirungkai Indah yang mengakui ada teman lelaki yang bertandang ke rumahnya sewaktu Rozana dan Rifki pergi bekerja.

"Indah mengakui teman lelakinya yang juga berbangsa Indonesia ada singgah ke rumah sewaktu anak-anak saya tidur dan ketika itulah mereka terlanjur.

"Peliknya Indah langsung tidak rasa takut atau menyesal, dia menceritakan segalanya dengan begitu selamba seperti ia bukan satu perkara besar bagi dirinya.

"Indah malah memberitahu saya yang dia bercuti balik ke Indonesia tempoh hari adalah untuk menggugurkan kandungannya tapi tidak berjaya.

"Walau saya masih terkejut tapi saya cuba memikirkan dengan rasional tentang apa tindakan yang sewajarnya saya ambil selepas itu," jelas Rozana.

Beberapa lama kemudian perubahan sikap pada Indah makin jelas ketara, dia semakin malas, tidak menjalankan tugasnya dan lebih banyak melepak di atas sofa.

"Saya beritahu padanya yang jika dia meneruskan sikap seperti itu saya tidak akan teragak-agak memberhentikannya.

"Indah juga semakin kurang ajar dan berani melawan saya, mula-mula dia hanya membuat reaksi muka, lama-kelamaan dia sudah mula menjawab apa yang saya katakan padanya.

"Mahu tak mahu saya pula terpaksa mengambil alih tugasnya melakukan segala kerja rumah. Bekalan stok makanan juga sering habis dan Indah tidak lagi masak yang sedap-sedap untuk keluarga saya," katanya.

Dengan sikap Indah yang semakin culas, Rozana menghubungi rakannya yang dulu bertindak sebagai ejen dan mahu menghantar Indah kembali kepada ejennya.

"Akhirnya Indah balik kepada agensinya semula. Saya ingatkan tekanan yang kami lalui berakhir di situ, rupanya tidak. Indah membuat cerita kepada rakan saya bahawa suami saya yang telah menyebabkan dia mengandung.

"Saya hanya mampu bersabar dengan tohmahan yang ditujukan kepada suami. Suami pula menjadi semakin serik dengan pembantu rumah," katanya.

Biarpun sudah memulangkan Indah kepada agensinya, hati Rozana belum rasa lega sebaliknya diburu rasa curiga dan berdebar-debar.

Ternyata perasaan itu tidak silap kerana ketika Rozana memeriksa tempat simpanan barang kemasnya dan mendapati memang ada beberapa utas rantai, gelang dan cincinnya yang hilang.

"Tersentap sungguh hati saya, ternyata memang sukar membaca hati budi orang lain. Mereka ini boleh dianugerahkan pelakon terbaik kerana pandai berlakon menjadi pembantu yang sangat baik hingga berjaya meraih keyakinan majikan, padahal apa yang berlaku sangat menjelekkan.

"Walau peristiwa ini sudah tiga tahun berlalu, kesannya masih dirasakan hingga ke hari ini. Kesannya melibatkan fizikal dan emosi kami sekeluarga, sehingga menyebabkan kami suami isteri berjanji tidak akan mengambil pembantu lagi.

"Sebenarnya baru-baru ini kami menerima panggilan dari Indah yang mahukan suami menanggung anaknya yang sudah berusia tiga tahun. Bayangkan betapa berkecamuknya fikiran saya, sedikit sebanyak termakan juga kata hati yang mengesyaki suami sendiri walaupun percaya pembantu rumah itu memang tidak boleh langsung dipercayai.

"Walau hubungan saya dan suami baik, tapi saya tidak mampu menidakkan rasa gusar. Setiap hari saya bermohon kepada Allah agar berikan saya petunjuk, moga kesudahan kisah ini tidaklah seburuk yang saya sangka," luah Rozana penuh emosi.

Minat hiasan dalaman

Posted: 19 Mar 2014 06:09 AM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Ghazali Sidek

Katrina Tan

SELAMA 23 tahun melibatkan diri dalam perniagaan hiasan dalaman dan reka bentuk bukanlah suatu tempoh yang singkat, malah usaha ini sangat menuntut individu tersebut menjadi seorang yang bersemangat dan mempunyai wawasan yang tinggi seperti Katrina Tan, 50.

Ini kerana, sudah pasti dalam tempoh itu pelbagai dugaan dan cabaran sebagai seorang ahli perniagaan perlu dihadapi dan ditangani sebaik mungkin bagi memastikan perniagaan tersebut terus berjaya dan mendapat kepercayaan daripada pelanggan.

Berkat usaha dan minatnya yang mendalam terhadap hiasan dalaman, kini Katrina boleh berbangga dengan pencapaiannya apabila berjaya membuka dua buah pusat sehenti hiasan dalaman reka bentuk iaitu Syaqreena Interior di Ampang Point, Ampang, Selangor dan juga Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut tentang sejarah penglibatannya dalam dunia hiasan dalaman, beliau mengakui minat yang mendalam dalam hiasan dalaman mendorong wanita ini menyambung pengajian dalam bidang yang sama di luar negara.

"Selepas pulang, saya mengambil keputusan membuka perniagaan berasaskan hiasan dalaman. Saya sendiri apabila ada masa lapang gemar menghias ruang dalam rumah.

"Dengan kemahiran yang ada ini saya suka membantu orang ramai untuk memiliki rumah impian mereka dengan menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh Shaqreena Interior," jelasnya.

Bagi Katrina, individu yang ingin menghias rumah menggunakan khidmat juruhiasan dalaman lebih menjimatkan dan kosnya berpatutan.

Ini kerana terlebih dahulu mereka boleh berbincang dengan pereka tersebut sebelum memutuskan untuk mengubah suai rumah berdasarkan minat dan tema mereka sendiri.

"Selalunya kami tidak memberi tekanan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat di sini sebaliknya biarkan mereka melilih berdasarkan bajet dan kemampuan masing-masing," jelasnya.

Tambahnya lagi, bagi membantu dan memudahkan pelanggan yang berkunjung mendapatkan idea dan barangan hiasan dalaman dengan mudah, Shaqreena Interior telah mewujudkan pusat sehenti yang menampilkan pelbagai pilihan variasi elemen-elemen rekaan dan dekorasi hiasan rumah.

Antara perkhidmatan di Syaqreena Interior termasuklah kepelbagaian rekaan dan binaan kabinet dapur, menerima tempahan langsir dan menjual langsir pasang siap, khidmat rundingan taman dan landskap, aksesori rod kayu atau besi, kertas dinding dan kepelbagaian blind karpet serta kerja-kerja pengubahsuaian.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, mereka akan memastikan setiap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan Syaqreena Interior berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana pihaknya sangat mementingkan kualiti sesuatu rekaan.

"Bagi perkhidmatan pengubahsuaian dan hiasan dalaman rumah, kami tidak memilih pelanggan kerana kami sentiasa terbuka untuk membantu mereka yang ingin memiliki rumah idaman.

Berhadapan cabaran

"Sama ada pelanggan itu mempunyai rumah pangsa, teres mahupun banglo semua mereka akan dilayan sebaik mungkin ketika berurusan," katanya.

Beliau mengakui sepanjang bergelar usahawan tidak terkecuali berhadapan dengan cabaran untuk membawa Syaqreena Interior lebih jauh kehadapan terutama kepada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat mereka.

"Trend hiasan rumah turut mempunyai perubahan dari masa ke semasa dalam pelbagai aspek rekaan dan mainan kombinasi warna. Kami sentiasa mengambil perkembangan rekaan terbaharu dan yang muncul setiap tahun demi kepuasan pelanggan.

Ditanya megenai sokongan di sepanjang beliau menguruskan perniagaan ini, akuinya anak-anak dan kerjasama yang diberikan oleh pekerja-pekerja sangat membantu untuk beliau terus bertahan sehingga ke hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penghuni 'tanggung' beban

Posted: 18 Mar 2014 12:07 PM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Penyediaan tong sampah antara kemudahan yang disediakan kepada penduduk PPR Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sejak kerajaan negeri mengambil alih pengurusan bangunan.

PETALING JAYA 18 Mac - Kerajaan negeri Selangor diminta menyemak semula kadar baharu sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansaradaripada RM124 sebelum ini kepada RM250 sebulan.

Ini kerana kadar tersebut didakwa terlalu tinggi dan membebankan kira-kira 5,000 penghuni yang rata-rata berpendapatan rendah.

Sejak dikuatkuasakan pada Mei tahun lalu, penghuni mendakwa begitu 'terbeban', lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin mening-kat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kenaikan Sewa PPR Kota Damansara dan Lembah Subang, Johari Nander (gambar) berkata, rata-rata penghuni di PPR itu masih berada pada paras kemiskinan dengan pendapatan kurang daripada RM1,500 seisi rumah.

"Jadi di mana rasionalnya pihak kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa tersebut sedangkan status perumahan ini Projek Perumahan Rakyat, iaitu perumahan untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Jika dinaikkan sehingga RM250, adakah penduduk di sini sudah terkeluar dari kategori tersebut sedangkan pada hakikatnya mereka tetap terdiri daripada golongan yang perlu dibantu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Johari yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk PPR berkenaan berkata, penghuni pernah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai kadar sewa baharu itu sebelum dikuatkuasakan, namun suara mereka tidak didengari.

"Kadar sewa baharu itu tetap dilaksanakan. Kami tidak ada pilihan lain.

"Bagi memastikan sewa dapat dilunaskan, ada antara ketua keluarga di sini terpaksa bekerja lebih masa sehingga 16 jam sehari bagi menambahkan pendapatan," katanya.Beliau berkata, pihak pengurusan tidak melihat ini sebagai satu masalah kerana penduduk tetap membayar kadar baharu tersebut sejak ia dikuatkuasakan sehingga hari ini.

"Jika ada tunggakan, notis keluar dari unit akan dihantar kepada penghuni. Jika ada penyewa yang membayar sebanyak RM124, mereka dikira masih berhutang sewa kepada kerajaan negeri tetapi pada hakikatnya rata-rata penduduk di sini sebenarnya tidak mampu dan mempunyai pelbagai tanggungan lain.

"Apabila terpaksa berkerja lebih masa menyebabkan kualiti masa bersama keluarga semakin kurang dan ini menjadi punca kepada timbulnya pelbagai gejala sosial dalam institusi kekeluargaan di sini," katanya.

Tambah Johari, dia tidak menafikan sejak pengurusan bangunan diambil alih oleh kerajaan negeri, pelbagai perubahan positif dilihat terutamanya dari segi kutipan dan pembersihan sampah.

"Namun ini tidak bermakna penduduk perlu membeli 'perubahan' tersebut dengan menaikkan kadar sewa kerana rata-rata penduduk terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya yang berpendapatan rendah," katanya.

Sambil mempersoalkan, sampai bila penghuni menyewa di situ kerana jauh disudut hati mereka mahu memiliki kediaman sendiri, sedangkan dasar kerajaan negeri pula tidak menjual unit-unit tersebut.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di PPR 18 tingkat yang mempunyai empat blok itu turut mendapati notis tidak membenarkan sebarang rayuan terhadap keputusan kadar sewa daripada RM124 kepada RM250 ditampal di bahagian dinding berhampiran pejabat pengurusan PPR di kawasan itu.

Nelayan Sungai Nibong dapat jeti baharu

Posted: 18 Mar 2014 12:07 PM PDT

Noriah Kasnon menyempurnakan majlis perasmian jeti nelayan Batu 23, Sungai Nibong, Sungai Besar, Kuala Selangor, baru-baru ini.

SUNGAI BESAR 18 Mac - Nelayan pantai di Batu 23, Kampung Sungai Nibong di sini melahirkan rasa syukur apabila jeti kayu yang telah usang kini diganti baharu bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

Seorang nelayan, Ahmad Daud Abdul Hamid (gambar), 47, berkata, jeti kayu sebelum ini yang berusia lebih 30 tahun begitu usang dan tidak selamat lagi digunakan walaupun telah beberapa kali dibaik- pulih.

"Dengan terbinanya jeti baharu, kami lebih mudah menaikkan hasil tangkapan selain sampan dan bot dapat diletakkan dengan selamat berbanding sebelum ini," katanya di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, perasmian jeti baharu berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar.

Pembinaan jeti baharu bagi menggantikan jeti lama itu menelan kos kira-kira RM200,000.

Seorang lagi nelayan, Shamsul Bahri Shafie, 34, memberitahu, walaupun baru empat tahun menjadi nelayan, dia merasai kesukaran menggunakan jeti kayu yang kurang selamat sebelum ini.

Sehubungan itu dia melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kepada masalah nelayan di situ.

Dataran Merdeka dinaik taraf

Posted: 18 Mar 2014 12:07 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusanroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (kanan) mendengar penerangan mengenai proses penyemaian benih rumput di padang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

KUALA LUMPUR 18 Mac - Padang Dataran Merdeka akan dinaik taraf dengan melibatkan kos berjumlah RM3.8 juta bagi memberi keselesaan kepada pengguna serta menarik perhatian pelancong ke kawasan tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, di samping menambah baik struktur padang tersebut, rumput baharu yang ditanam mampu bertahan selama 20 tahun jika diurus dengan rapi.

"Antara langkah bagi memastikan rumput di padang seluas 15,000 meter persegi itu sentiasa terpelihara adalah dengan membekalkan 600,000 keping pelapik rumput bagi melidunginya daripada rosak apabila sesuatu acara diadakan di Dataran Merdeka.

"Rumput yang dilapik itu masih boleh mendapat cahaya dan air kerana terdapat ruang kecil serta boleh bertahan sekurang-kurangnya lima hari tanpa sebarang masalah," katanya dalam sidang akbar berhubung kerja-kerja menaik taraf padang Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau meletakkan benih rumput ke dalam mesin untuk ditaburkan ke seluruh padang tersebut yang kini hanya merupakan tanah lapang bagi tujuan naik taraf.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerja-kerja naik taraf itu turut melibatkan pembinaan sistem pengairan automatik, menaik taraf sistem air permukaan dan saliran bawah tanah.

Beliau menjangkakan projek terbabit bakal siap sepenuhnya pada akhir Mei ini untuk memberi laluan kepada beberapa acara bermula Jun ini selepas penganjurnya menghantar permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Setakat ini, kita telah menerima beberapa permohonan untuk menggunakan dataran ini bagi tujuan pelbagai aktiviti daripada pelbagai agensi sama ada pihak kerajaan mahupun swasta," katanya.

Kemajuan kerja terkini yang diuruskan Syarikat RS Greenmaster (M) Sdn. Bhd. setelah dilantik DBKL adalah sebanyak 71 peratus dan projek tersebut telah mendahului jadual selama 14 hari.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal memberitahu, pihak DBKL tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang didapati merosakkan struktur serta padang Dataran Merdeka.

"Apabila padang ini siap nanti, mereka yang menganjurkan sebarang acara di sini perlu memastikan keadaannya terkawal dan tiada sebarang kerosakan terhadap mana-mana struktur padang ini.

"Pada masa sama, DBKL sedang merangka prosedur tertentu yang perlu diikuti oleh pengguna dan penganjur acara dan mereka perlu mematuhi segala syarat yang akan ditetapkan nanti," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa bas persiaran pelancong tidak boleh diletakkan bersebelahan padang itu seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

"DBKL telah menyediakan petak bas persiaran pelancong untuk mereka berhenti dan menunggu di hadapan sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Manfaatkan ilmu perniagaan

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada peserta Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di UiTM Kampus Segamat, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD

SEGAMAT 18 Mac - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pelatih Pusat GiatMara di negeri ini harus memanfaatkan segala ilmu, kepakaran serta kemahiran untuk menyumbang kepada pemilikan ekuiti bumiputera yang masih belum mencapai 30 peratus.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, penuntut yang mengambil jurusan perniagaan dan pelatih yang mempunyai kemahiran berpotensi besar memainkan peranan itu.

"Mereka ini yang terlibat (dalam jurusan atau kemahiran) berorientasikan perniagaan berpotensi untuk berjaya kerana mempunyai pendidikan yang tinggi, mendapat banyak pendedahan, latihan dan memiliki keilmuan yang luas.

"Ini berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai latar belakang itu. Sebelum ini kadar kegagalan tinggi apabila 100 syarikat bumiputera ditubuhkan hanya 18 atau 20 sahaja mampu bertahan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di UiTM Kampus Segamat, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir dan menjadi panel ialah Pengarah Institut Kajian Strategik, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Idris Md. Noor dan Pengerusi KMB Educational Services Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Shukor Omar.

Abdul Rahim percaya, mereka yang mempunyai latar belakang tersebut akan lebih komited untuk mencipta kejayaan sebagai usahawan sekali gus diharap mampu membimbing generasi muda menceburi bidang perniagaan.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya mengubah persepsi terhadap peniaga bumiputera dengan meninggalkan sikap-sikap negatif antaranya apabila meminjam modal harus membayarnya selain menepati janji.

Jelasnya, sejak merdeka sehingga kini kerajaan sudah menyalurkan peruntukan lebih RM100 juta untuk membantu bumiputera bertapak dalam perniagaan tetapi hasilnya rugi, gagal dan tidak ke mana-mana.

Justeru, beliau berharap melalui program berkenaan dengan penyertaan kira-kira 500 remaja dari UiTM, kolej komuniti dan Pusat GiatMara seluruh negeri akan dapat melahir usahawan bumiputera yang berjaya.

Objektifnya adalah memberi kefahaman kepada peserta mengenai kepentingan perjuangan ekonomi bumiputera katanya, selain menerapkan nilai serta budaya keusahawanan, berdaya saing mahupun kreatif.

"Program ini juga bertujuan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam semua sektor perniagaan dan meningkatkan ekuiti pemilikan mereka dalam perekonomian negara. Peserta perlu menerapkan minda usahawan," katanya.

Program GOAL pupuk kepemimpinan mahasiswa

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

NUR Jazlan Mohamed (berdiri, tengah) bergambar bersama mahasiswa yang terlibat dalam program GOAL di UTM Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 18 Mac - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyambut baik penganjuran program Generation of Amazing Leader (GOAL) anjuran Jabatan Pembangunan Akademik dan Kepimpinan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membentuk nilai kepimpinan dalam diri penuntut.

Katanya, pemimpin pelajar disaran menggunakan peluang di universiti untuk menyerlahkan bakat kepimpinan mereka dan menjadi contoh kepada pelajar lain.

"Ciri-ciri kepemimpinan yang baik perlu diasah dari peringkat universiti lagi bagi membentuk keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

"Nilai-nilai kepimpinan yang berkarisma itu perlu ada bagi meyakinkan orang ramai dalam apa yang diperkatakan serta mendapat sokongan mereka dalam apa yang dilakukan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan program GOAL di UTM Skudai baru-baru ini.

Program GOAL yang digerakkan Majlis Perwakilan Mahasiswa itu memberi tumpuan melatih kemahiran insaniah serta berkomunikasi dalam kalangan pemimpin persatuan.

Program dua hari itu disertai oleh kira-kira 70 peserta yang terdiri daripada kalangan pemimpin persatuan dan akademik di UTM.

Antara pengisian program tersebut ialah sesi debat ala parlimen, slot bicara ikon bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dan latihan dalam kumpulan bersama Biro Tatanegara.

Menurut pengarah program, Wan Hamiza Wan Abdul Hamid, program yang pertama kali diadakan itu mendapat maklum balas yang baik dalam kalangan peserta kerana memberi input yang membina kepada mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Vanessa mahu jadi doktor

Posted: 19 Mar 2014 06:08 AM PDT

Oleh ZIININE ABDESSELAM
Gambar Zakaria Idris

VANESSA Cruz meminati bidang peragaan tetapi pada masa sama mahu bergelar seorang doktor.

MINATNYA dalam bidang peragaan memang cukup mendalam. Sebab itu sejak berusia 16 tahun Vanessa Cruz sudah mula melibatkan diri dalam bidang peragaan.

Kerana minat dalam bidang itu juga, Vanessa turut menyertai pelbagai pertandingan yang berkaitan dengan peragaan termasuk pertandingan Ratu Chipou 2014 yang mana dia muncul sebagai naib juara.

Vanessa, 20, seorang pelajar kolej yang berasal dari Klang, Selangor, turut memenangi gelaran Ratu Fotogenik pada pertandingan yang memerlukan para peserta menggayakan pakaian tradisional Cina itu.

"Saya yakin untuk memenangi gelaran Ratu Chipou, tetapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya muncul sebagai peserta kaum India yang pertama muncul naib juara dan memenangi gelaran sampingan pada pertandingan ratu cantik pakaian tradisional Cina itu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain menjadi model, Vanessa juga pernah berlakon dalam beberapa filem Tamil di samping terlibat dalam beberapa program televisyen serta iklan komersial.

"Baru-baru ini saya berlakon dalam filem India bertajuk Matlamat dan menyertai beberapa program di Astro selain terlibat dalam beberapa iklan, video muzik untuk MTV dan video untuk lagu-lagu artis terkenal tempatan. Jadi, saya berpengalaman dalam bidang peragaan dan bergaya di hadapan kamera.

"Peranan terbaik ketika saya berlakon dalam filem Tamil ialah dengan melakonkan watak seorang wanita kaya. Saya juga menari mengiringi sebuah lagu dalam filem itu.

"Akhir-akhir ini pula saya terlibat dalam video muzik iaitu lagu untuk artis rap terkenal Malaysia, Viveck Ji," katanya.

Namun semua itu dilakukan hanya kerana minat. Ini kerana, cita-cita sebenar bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Klang dan pelajar Asasi Sains Perubatan di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) itu ialah menjadi seorang doktor.

Sebab itu katanya, dia akan meneruskan cita-citanya termasuk menyambung pembelajaran bagi merealisasikan impian bergelar seorang doktor perubatan.

Selari dengan impiannya itu juga, Vanessa merupakan seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan termasuk memastikan bentuk badannya kekal menarik.

Untuk menjaga bentuk badan yang menarik, aktif dan bertenaga, Vanessa berkata, dia bersukan dan menjaga pemakanan yang sihat.

"Acara kegemaran saya ialah menjadi ketua kumpulan sorak. Saya mengawal berat badan dengan mengambil makanan seimbang. Perkara paling penting adalah makan tepat pada waktunya.

"Biasanya ibu saya akan menyediakan minuman panas dan pada tengah hari makan nasi dan lauk-pauk tetapi tidak terlalu berat.

"Pada waktu malam hanya makan roti dan mi. Kadangkala saya tidak makan malam, sebaliknya hanya minum minuman jus buah-buahan segar.

"Saya suka makan masakan ibu saya. Selalunya saya makan piza dan juga keju dalam semua bentuk seperti kek keju, lasagna, kepingan keju tetapi masih dalam had yang berpatutan.

"Saya juga bersenam dan menari bagi memastikan kalori makanan yang diambil adalah seimbang dengan kerja yang saya lakukan," katanya.

Menurut Vanessa, dia juga suka makanan Melayu seperti masak lemak pucuk paku, rendang ayam dan kuih-muih seperti seri muka , kuih koci dan onde-onde.

Kerana penglibatannya dalam bidang peragaan sejak di usia yang boleh dikatakan muda, Vanessa juga suka mendengar muzik serta menghayati makna lirik dan menari.

Vanessa memberitahu, dia juga pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Kebaya dan teringin menjadi duta kepada pekaian tradisional Melayu itu. Apakan daya dia gagal berada dalam kelompok tiga teratas.

"Saya telah melakukan yang terbaik pada pertandingan itu. Namun, disebabkan melakukan kesilapan mengenakan pakaian pada pusingan akhir, maka saya tidak berjaya merebut mahkota ratu.

"Bagi saya walaupun tidak berada dalam senarai lima peserta teratas tetapi saya berpendapat semua peserta adalah pemenang dengan cara tersendiri.

"Saya menjadikan pertandingan itu sebagai platform untuk menambah pengalaman," katanya.

Selain itu, Vanessa juga pernah berada dalam senarai lima peserta teratas pada pertandingan Ratu Sari Malaysia 2013, Ratu Bakat untuk Ratu Sari Malaysia 2013, Duta Ratu Kebaya Malaysia, Duta Amitaruci Boutique selain muncul juara pertandingan Tarian Antara Universiti 2013 dan juara pertandingan Tarian Antara Universiti 2013 untuk Deepavali.

Pua dalam rekaan moden

Posted: 19 Mar 2014 06:08 AM PDT

Gabungan hitam dan kuning nampak menawan.

PUA, kain warisan Sarawak kini diberi nafas baru dengan menghasilkan rekaan fesyen moden yang dibuat daripada fabrik ini. Pua yang ditenun tangan mempunyai nilai yang tinggi dan menjadi kebanggaan rakyat Sarawak. N-Inspired By Pua Heritage yang dimiliki oleh Gading Kenyalang Sdn. Bhd. berusaha memperkenalkan pua dengan rekaan moden bagi memberi peluang kepada semua orang dapat memakainya. Pengaruh etnik Sarawak dapat dilihat pada setiap rekaan.

Rekaan blaus pendek, potongan peplum, skirt pensel, kain potongan duyung, kemeja berkolar untuk wanita dihasilkan menggunakan fabrik yang mempunyai corak yang unik ini.

Nampak ringkas, namun bergaya dan praktikal, satu contoh daripada pelbagai kegunaan fabrik pua.

Pengurus Pemasaran Gading Kenyalang, Frank Rays berkata, pihaknya amat komited dalam mempromosi pua sebagai produk yang boleh diketengahkan dengan pelbagai aplikasi dan kegunaan.

Katanya, usaha tersebut sedikit sebanyak dapat membantu komuniti etnik dengan menyediakan platfom bagi memasarkan produk yang dibuat daripada fabrik pua.

"Dengan itu, penenun-penenun pua dapat memperoleh pendapatan yang stabil dan tetap," katanya.

Menurut Rays, selain fabrik pua yang ditenun tangan, pelanggan juga boleh mendapatkan fabrik yang dicetak dengan corak pua dan boleh diperoleh pada harga yang tidak terlalu tinggi serta fabrik corak Orang Ulu.

Bukan setakat pakaian malah terdapat kasut wanita dan lelaki yang dihiasi dengan fabrik pua.

Bagi kasut wanita terdapat pilihan sama ada yang bertumit tinggi, bertumit baji atau leper.

"Kasut bertumit tinggi ini boleh dipadankan bersama baju atau skirt pua yang amat sesuai dipakai ketika ke majlis formal atau rasmi.

"Bagi yang pertengahan usia boleh pula memakai kasut bertumit baji yang di bahagian hadapannya dihiasi dengan pua, manakala kasut leper lebih sesuai bagi golongan remaja atau muda," katanya.

Selain baju yang telah siap yang boleh didapati di butik, menurut Rays, pelanggan juga boleh menempah mengikut rekaan mereka sendiri menggunakan fabrik yang terdapat di butik.

Pelanggan juga boleh memadankan baju dengan aksesori yang terdapat di sini seperti beg tangan yang dibuat daripada manik bercorak pua, beg telefon, beg duit atau rantai manik.

Koleksi aksesori manik dibuat daripada bahan-bahan tempatan yang mencerminkan seni dan budaya tempatan Sarawak.

Setiap yang ada di butik ini adalah mencerminkan kaum yang tinggal di Sarawak dan keunikan produk yang mereka hasilkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Laporan MH370 dilihat di Maldives tidak benar - Hishammuddin

Posted: 19 Mar 2014 03:12 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 19 Mac - Laporan mengenai pesawat Malaysia Airlimes MH370 dilihat terbang rendah oleh penduduk di Maldives adalah tidak benar, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein...

MH370: Kumpulan dakwa keluarga dari China gemparkan pusat media

Posted: 19 Mar 2014 02:58 AM PDT

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

SEPANG 19 Mac - Bilik sidang akhbar kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini gempar hari ini dengan kehadiran sekumpulan enam orang yang mendakwa mereka ahli keluarga penumpang dari China.

Mereka yang tiba kira-kira pada pukul 4.45 petang itu membuka sepanduk bertulisan bahasa Cina sambil menangis meraung-raung juga dalam bahasa Cina.

Kehadiran mereka mencuri tumpuan media asing dan tempatan yang telah bersedia untuk menunggu sidang akhbar oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dijadual pada pukul 5.30 petang.

Menurut wartawan dari China, kumpulan tersebut kesal dengan tindakan kerajaan Malaysia yang lambat mendedahkan maklumat berkaitan MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sepuluh minit kemudian kumpulan tersebut telah ditenangkan oleh pegawai keselamatan dan dibawa keluar dari bilik media ke sebuah bilik khas sambil dikerumuni ratusan media asing dan tempatan yang berada di hotel berkenaan. - UTUSAN ONLINE

MH370: Krew, penumpang tidak boleh dipersalahkan

Posted: 19 Mar 2014 02:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 19 Mac - Juruterbang, pembantunya, krew dan semua penumpang MH370 tidak boleh dipersalahkan mengenai kehilangan pesawat itu sehingga didapati bersalah, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri...
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


1,647 graduan PPD terima diploma

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Oleh KHAIRUL NAJIB
ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Sebahagian daripada graduan gembira selepas menerima diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson (PPD) Ke-23 di Dewan Wawasan PPD, dekat Telok Kemang, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - Khairul Najib Asarulah Khan

TELOK KEMANG 18 Mac - Seramai 1,647 pelajar pelbagai jurusan Politeknik Port Dickson (PPD) dianugerahkan diploma dalam Majlis Konvokesyen ke-23 di Dewan Wawasan PPD di sini.

Konvokesyen yang dilangsungkan pada Sabtu hingga semalam itu disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Penerima terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan.

Menurut seorang penerima diploma, Lee Wai Hong, 23, dia amat gembira kerana berjaya menamatkan pengajian namun menyedari langkahnya masih jauh dalam memburu kejayaan.

"Saya akan terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi mencapai cita-cita menjadi seorang perunding yang dikagumi.

"Dengan mengikuti bidang Kejuruteraan Awam, langkah untuk maju amat perlu kerana saya mempunyai ramai pesaing dalam bidang ini.

"Saya akan sambung pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor," kata anak pemandu lori yang berasal dari Mambau itu, kelmarin.

Bagi, Ikhwan Kamarudin, 22, pula, dia amat gembira apabila dapat menyarungkan jubah konvokesyen.

"Saya merupakan anak sulung dan perlu menunjukkan contoh yang baik kepada tiga orang adik.

"Perjuangan dalam menuntut ilmu akan diteruskan sebelum memasuki alam pekerjaan. Pelbagai lagi rintangan perlu ditempuhi bagi mencipta kejayaan yang lebih besar," jelasnya.

R. Shankar, 22, berkata, dia berhasrat menyambung pengajian di luar negara bagi mendapatkan suasana mendalami ilmu yang berbeza.

"Walaupun ayah seorang penternak lembu dan ibu adalah suri rumah, saya ingin menyambung pengajian untuk membalas jasa mereka," katanya.

Video Origami harumkan nama USIM

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Kumpulan penuntut USIM yang mendapat tempat ketiga pada pertandingan menghasilkan video berhubung penyakit Disleksia di Melaka,baru-baru ini.

SEREMBAN 18 Mac - Meskipun tidak mengikuti pengajian dalam seni persembahan atau perfileman, namun ia tidak menjadi penghalang bagi sekumpulan penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyertai pertandingan menghasilkan video berhubung penyakit Disleksia, di Melaka baru-baru ini.

Lebih membanggakan, video pendek berdurasi 3.04 minit yang berjudul Origami terbitan kumpulan itu telah terpilih untuk menduduki tempat ketiga pertan-dingan anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Persatuan Dyslexia Malaysia.

Pertandingan itu terbuka kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai Disleksia.

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Skrip dan olahan jalan cerita yang menarik telah menjadikan video Origami terpilih sebagai lima finalis untuk mara ke peringkat akhir.

Penilaian dan pemenang dibuat berdasarkan pilihan penonton secara online di laman YouTube melalui jumlah 'Like' yang diperolehi bagi setiap video yang dipertandingkan sebelum finalis diminta membentangkan hasil kerja mereka di hadapan para juri profesional.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Fairus Abdul Manaf, kejayaan itu dianggap sebagai satu bonus kepada-nya dan seluruh ahli kumpulan yang lain.

"Ini kerana Origami adalah satu-satunya video yang bukan dari UTeM berjaya tersenarai sebagai finalis.

"Syukur alhamdulillah, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyokong kami serta para penonton yang telah sudi menonton dan 'Like' video Origami di YouTube,'' katanya di sini baru-baru ini.

Kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Maisarah Mohamad, Jasmi Mohd Zain, Muhammad Nor Amin Jamaluddin, Ahmad Hafiz Mislachuddin, Muhamad Safuan Mohd Fadzil, Muhammad Aiman Mohd Nasaruddin dan Zainal Hakim Zakaria.

Sebelum ini, kumpulan terbabit juga berjaya merangkul Anugerah Video/Filem Paling Popular menerusi penerbitan filem pendek berjudul Dompet dalam Majlis Anugerah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada hujung tahun lalu.

Peserta mampu raih RM4,000

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Oleh Nursuraya Zulkifli
utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Khalil Yaakob bersama sebahagian peserta Rimbunan Kaseh ketika mengadakan lawatan ke projek berkenaan di Serkam Darat di Jasin, Melaka, kelmarin. - Utusan/NURSURAYA ZULKIFLI

JASIN 18 Mac. - Peserta projek Rimbunan Kaseh Serkam dijangka mampu meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan berbanding RM1,500 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, sasaran itu boleh direalisasikan dengan perluasan kawasan tapak projek selain mewujudkan industri hiliran di kawasan berkenaan.

Menurutnya, aktiviti ekonomi kawasan tersebut tidak hanya bergantung kepada pertanian dan ternakan ikan sahaja tetapi dipelbagaikan dengan industri seperti pemprosesan bebola ikan, pengetinan buah-buahan dan sebagainya untuk dikomersial serta dipasarkan di dalam dan luar negara.

"Projek Rimbunan Kaseh adalah paling berjaya di negara ini dan diakui sebagai contoh yang berhasil selain menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dalam pertanian yang berteknologi moden, peserta mendiami rumah yang lebih selesa dan kadar sewa yang rendah.

"Saya yakin dan percaya masa depan peserta projek ini mempunyai masa depan yang cerah dan seperti yang digambar oleh pihak Iris Corporation Berhad yang bertanggungjawab melaksanakan projek pertanian di kawasan itu pasti mempunyai rancangan untuk terus membangunkan kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke tapak projek Rimbunan Kaseh Serkam di sini semalam.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Naim Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Zaidi Attan

Hasan berkata, namun ada beberapa yang dibangkitkan selain cadangan dan pendapat yang bernas untuk penambahbaikan projek Rimbunan Kaseh Serkam ini akan dibawa kepada kerajaan negeri untuk dipertimbang dan diberi perhatian.

Tambahnya, konsep projek Rimbunan Kaseh Serkam ini boleh digunapakai di 28 DUN di negeri ini dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu golongan yang berpendapatan rendah serta kurang bernasib baik keluar dari kepompong kemiskinan dan membina kehidupan yang lebih selesa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


80% beban guru berkurangan

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

SAR fokus empat tugas utama

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Thailand sahkan radar kesan pesawat dipercayai MH370

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved